Tuesday, October 11

Alahai Nik Ajis.


77 DALIL KENAPA NIK AZIZ TIDAK LAGI LAYAK MEMIMPIN PAS SEBAGAI MURSYIDUL AM , WAKIL RAKYAT & MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR KELANTAN

1.Dia telah menjadi Menteri Besar selama lebih dari 20 tahun, sudah terlalu lama.

2.Dia tak mahu mendengar pendapat seorang pun kecuali dirinya sendiri.

3.Dia memberi gambaran mengenai dirinya adalah seorang yang berilmu tinggi, amat disanjung dan tidak boleh dikalahkan, malah mana2 ulamak sekali pun.
...
4.Dia tidak teragak-agak untuk menunjukkan kuasanya untuk memberitahu semua bahawa dia berkuasa, sangat berkuasa dan kebal dari sebarang tindakan -menyerlahkan gambaran seorang diktator.

5.Dia berada di luar kawalan. Tidak siapa yang mampu mengawalnya, bahkan Presiden Partinya sendiri. Seseorang yang berada di luar kawalan sangatlah berbahaya.

6.Dia tidak berada dalam kesihatan yang terbaik untuk mengurus negeri. Dia sendiri beritahu dia uzur, ada masaalah jantung dan uzur selalu sakit tua.

7.Dia menghabiskan lebih banyak masa di berpolitik dari tanggungjawab membangunkan negeri. Selama 5 tahun terakhir ini, dia sudah tidak lagi mempedulkan nasib rakyat di negeri dibawah tanggujawabnya, terlalu sibuk untuk berada di arena persada politik nasional walau pun dia hanya seorang menteri besar, dia lebih berminat bersekongkol dengan chauvanist dap untuk berkuasa di putrajaya. Dia tahu anwar hanyalah kuda tunggangan chauvanist dap dalam agenda meruntukan kuasa politik islam melayu di tanah air. Ini bererti dia tidak mempunyai masa untuk mentadbir kelantan.

8.Dia dibayar gaji sebagai menteri besar, tetapi dia tidak menunaikan tanggungjawab tugas hakiki sebagai menteri besar sama sekali, Dia lebih memilih untuk menghabiskan waktunya berpolitik di pentas2 ceramah perdana, mana2 jemputan dan di masjid mempengaruhi ummah supaya membenci pemerintah islam yang tak sehaluan dengannya. Membiarkan anak menatu mencari peluang bisnes untuk meluaskan empayar perdagangan keluarga. Politiknya tentang pembangunan adalah salah satu 'Penipuan Besarnya'.

9.Dia membohongi ummah dengan berkata kepada mereka bahawa mereka harus terus menyokong pas, dap, pkr & bersedia untuk menerima pemimpin2 pas menguasai putrajaya, serta pemimpin2 pas sebagai perdana menteri, TPM, menteri2 kabinet. Namun walau pun ahli2 pas sedar nisbah stake holder dalam PR, pas hanya minority sahaja dalam pakatan rakyat, tetap mempercayai kata2 dusta ulamak politik ini kerana terlalu taksub dengan pembohongan nya.

10.Dia tidak mahu sesiapa pun untuk menggantikannya hingalah dia mati. Seorang pemimpin yang dipimpin chauvanist tetapi oleh kerana ugama diperkakaskan sebagai senjata politik, seluruh ahli2 pas terpaksa akur, kerana takut akan di hantar ke neraka oleh pemuka agama akhir zaman ini.



Kerajaan Barisan Nasional Keliru (HuLiHuTu), Kenapa?


Nurul izzah kata negara akan bankrap ternyata sifat yang kurang cerdik dalam setiap isu telah dijawap didalam parlimen dan telah dibongkar ternyata ini adalah sifat terdesak untuk maklumat lanjut baca disini untu maklumat lanjut mengenai hutang negara.

- Posted using BlogPress from my iPad

Rakyat Johor Minta Guan Eng Jelas Hutang




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap terus 'berhutang' selagi beliau tidak menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk negeri ini.


Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor, Abdullah Md. Yusof berkata, selagi Guan Eng tidak berbuat demikian, seluruh rakyat negeri ini tidak akan memaafkannya.

"Isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang memburuk-burukkan negeri ini sebenarnya belum selesai. Walaupun telah memohon maaf menerusi akhbar kepada Sultan Johor, beliau masih tetap menyalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya.

"Kita mahu dia menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seterusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor yang amat tersinggung dengan kenyataannya yang memburukkan Johor dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini," katanya.

Kemarahan rakyat Johor yang belum reda terhadap Guan Eng memuncak semula apabila beliau dilaporkan datang ke Tangkak baru-baru ini bagi mencari sokongan politik.

Abdullah berkata, sebagai Setiausaha Agung DAP dan pemimpin yang merasakan dirinya hebat, adalah amat memalukan, biadap dan tidak bermaruah kerana sanggup datang secara 'curi-curi' ke Tangkak bagi mencari sokongan politik di negeri yang didakwanya tidak selamat.

Justeru, beliau mengingatkan kira-kira 200,000 ahli gabungan NGO itu supaya tidak terpedaya dengan permainan politik Guan Eng.

Sementara itu, Pengerusi Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor Bahru, Mohd. Ghauth Mohd. Yusoff berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut amat biadap dan menunjukkan keangkuhannya terhadap rakyat Johor.

"Tahap kesabaran kita ada had dan batasannya kerana kita orang Johor memang kaya dengan adab dan sopan. Oleh itu, kita harap beliau wajar menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seluruh rakyat Johor ini dengan segera," katanya.

Beliau berkata, jika Guan Eng terus berdegil dan tidak mahu memohon ampun, pihaknya bersama gabungan NGO Melayu Johor akan membuat laporan polis sehingga beliau dihadapkan ke muka pengadilan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaluddin pula berkata, tindakan Guan Eng datang ke negeri ini menterjemahkan beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai maruah dan biadab.

"Sebagai pemimpin politik yang sering menunjukkan 'kehebatannya,' sepatutnya beliau tidak melangkah ke bumi Johor selagi tidak menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor.

"Kata Johor tak selamat, tetapi terhegeh-hegeh juga datang ke sini. Ini satu contoh fahaman politik sempit dan terdesak yang diamalkan oleh pemimpin DAP khususnya Guan Eng," katanya sambil menyifatkan tindakan itu seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.

- Posted using BlogPress from my iPad

DAP:Penang Tak Selamat.


Guan Eng kata penang adalah paling selamat untuk didiami,Adakah dengan apa yang berlaku ini akan selamat jika DAP masih lagi memegang tampok pemerintahan kerajaan negeri.Inilah natijahnya jika mulut capul mengata johor tidak selamat padahal pulau pinang masih lagi ada jenayah yang meruncingkan.Bak kata pepatah umpama berkokok garang ekor penuh taik.


PULAU PINANG 11 Okt. – Polis menahan lapan termasuk seorang wanita serta merampas dua pucuk pistol dalam serbuan di sebuah hotel di kawasan Bukit Dumbar di sini hari ini.

Dalam serbuan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri pada pukul 12.45 tengah hari itu, polis turut menemui 18 butir peluru bersaiz 9 milimeter (mm) dan .38 mm.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan pertama di sebuah bilik di hotel itu dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Hasilnya, polis menemui sepucuk pistol jenis Walter, 15 butir peluru bersaiz 9 mm dan 29 biji pil Eramin 5 di dalam beg suspek.

“Soal siasat membawa kepada serbuan kedua di bilik lain dan menahan dua lelaki berusia 22 dan 26 tahun serta merampas sepucuk revolver dan tiga butir peluru .38 mm.

“Dalam serbuan di bilik ketiga, lima lagi ditahan termasuk seorang wanita berusia antara 29 dan 41 tahun dan merampas beberapa biji pil Eramin 5, ekstasi dan ganja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Senjata Api 1960. - Utusan

- Posted using BlogPress from my iPad

Dedah punca Pas disingkir dari BN



Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.

Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang.

Tetapi kelihatannya di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Ceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Lebih elok lagi, huraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ini secara langsung diyakini dapat membuka mata hati dan pemikiran rakyat untuk menyedari bahawa mereka selama ini tertipu dengan cerekarama dan dongeng klasik yang seolah-olah menunjukkan bahawa kerajaan BN 'dulu, kini dan selamanya' adalah kejam terhadap parti Pas dan juga terhadap rakyat.

Setidak-tidaknya juga usaha 'membuka pekung di dada' Pas ini juga akan menutup mulut busuk mereka yang sewenang-wenangnya menyebarkan penipuan terhadap kerajaan BN dalam kalangan penyokong mereka dan rakyat amnya. Semoga Tuhan akan terus merahmati negara Malaysia ini dan melindungi rakyatnya daripada pertelagahan, penindasan dan perpecahan.



- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, October 10

Hutang Negara.



Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
RINGKASAN
1. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).
2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)
Malaysia5.6% (Terendah)
UK12.8%
Greek12.0%
Ireland11.7%
Sepanyol9.3%
Portugal7.3%.
3. Hutang Negara – % KDNK (GDP)
Malaysia34% (Terendah)
Sepanyol60%
Portugal82%
USA90%
Singapura98%
UK158%
Greek160%
Jepun200%
4. HUTANG PER KAPITA
MalaysiaRM7,918
(US$2,514)/seorang - Terendah
USAUS$31,000/seorang
Belanda,
Switzerland dan
US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden
dan Kanada
US$17,000/seorang
AustraliaUS$11,400/seorang
5. Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited  untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
ISU – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
PENJELASAN
1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:
2009 (Bilion)2010 (Bilion)
1.1 Hutang Sektor Awam:RM   13.8 (16.2%)RM   17.1 (20.0%)
a) Hutang Kerajaan PusatRM   71.6 (83.8%)RM   68.3 (80.0%)
b) PABK*RM   85.4RM   85.4
1.2 Sektor SwastaRM   70.0RM   64.2
1.3 Hutang Jangka PendekRM   77.8RM   72.1
JumlahRM 233.1RM 221.7
• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
4. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?
6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).
9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).
10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada
(US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).
11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.
Bacaan tambahan Hutang Negara
- Posted using BlogPress from my iPad

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive