Sunday, October 23

LGE Boleh Kena Penjara??????????/


Biar betul apa yang aku tengok dan baca nie keliru pulak rasanya selalunya meloyakini nie tak lapor benda macam nie takkan dah kantoi lepas tue kona pulak dah....Dunia,dunia ternyata apa yang diucapkan oleh Karpal nie dah nampak ketidakfahaman oleh pakatan rakyat dan DAP.Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.Belum selesai isu ramas buah dada kini timbul pula isu Kg Buah Pala yang boleh membawa Kalipah PAS di Penjara…???
Kah..kah..kah….

"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

Pulau Pinang Lubuk Maksiat.LGE/DAP Memerintah.


Pulau Pinang menjadi lubuk maksiat dan masaalah sosial dikalangan remaja dan belia jika ini tidak dikekang oleh pihak berkuasa ironinya Guan Eng dan DAP menyalahkan orang lain dan memburukkan JOhor dan menyatakan Negeri itu tidak selamat padahal Pulau Pinang dibawah pentadbiranya lebih dari itu dengan masaalah sosial dan pendatang asing mengambil tempat sebagai GRO dan lain-lain.Pihak polis telah melakukkan yang terbaik akan tetapi diselar oleh lidah bewak ini dengan mengambil kredit daripada usaha polis dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada pihak berkuasa.Apa yang dilihat disini seolah-olah DAP dan sekutu setuju membela dan membelai pihak pengusaha rumah urut serta kegiatan kurang bermmaruah ini untuk mendapatkan dana bagi melancarkan pentadbiran beliau.Umpama ayam jantan berkokok garang tetapi hakikatnya ekor penuh taik dan noda.


GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, di sini awal pagi Ahad dan menahan 21 orang wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Jurucakap polis berkata mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam Ops Noda yang bermula pukul 2.45 pagi.
Katanya, mereka terdiri daripada 15 warga China, Vietnam (5) dan seorang Kemboja.
"Mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial, baru bekerja di pusat hiburan berkenaan dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an yang dipercayai 'pelindung' kepada wanita berkenaan.
"Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Timur Laut dan kes disiasat menurut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Gan Kok Meng ketika dihubungi berkata operasi seupama itu akan diteruskan. BERNAMA

HIMPUN: Manifestas​i kekecewaan gerakan Islam kepada PAS



Sama-sama kita renungkan analisis rakan media tentang #himpun oleh Helmi hanafi
JIKA kita selalu menghadiri program ceramah besar-besaran PAS, kita akan dapati cara kerjanya (SOP) sama dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Sabtu.
Baik dari segi kedudukan petugas yang menyambut orang ramai, susun atur program, ungkapan takbir setiap kali habis ucapan, bentuk dan design banting yang tergantung di sekeliling stadium, dan paling terang sekali, sebelum penceramah terakhir berucap, keluar karung khas kutip derma, memang sah DNA PAS.
Bagi wartawan yang biasa liputi program UMNO dan PAS, sebahagian besar daripada 10,000 hadirin itu adalah aktivis-aktivis Islam yang sinonim dengan PAS bukannya UMNO.
Deretan belia dan beliawanis, berkopiah dan bertudung litup, duduk tertib dari awal hingga akhir majlis, jarang bertepuk tangan, memang sinonim dengan gerakan Islam di manapun.
"Mereka ini aktivis Islam yang selama ini menyokong PAS dan mula kecewa dengan Pakatan Rakyat," kata seorang bekas pemimpin PKR pusat ketika kami terserempak di majlis tersebut.
Menurut beliau, majoriti yang hadir itu adalah golongan yang kecewa dengan pengaruh kumpulan Erdogan dalam parti Islam tersebut.
"Mereka merasakan PAS di era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini terlalu berkompromi dengan isu-isu Islam seperti murtad yang sudah lama menjadi retorik dalam ceramah-ceramah PAS.
"Tapi mereka juga bukan penyokong apatah lagi pengundi UMNO, jadi HIMPUN menjadi medan mereka untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Baru yang lari dari asas perjuangan dan retorik tradisi mereka," katanya.
PAS dalam muktamar terakhirnya Jun lalu bahkan menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan bagi menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu.
Penganjur bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad memberitahu Agendadaily, beliau teruja melihat kehadiran ramai orang muda dalam majlis tersebut.
"Kami hanya mengharapkan NGO-NGO yang menyertai HIMPUN agar memobilisasi ahli mereka," katanya ketika ditanya cara penganjur kumpul peserta program tersebut.
Ada yang kata angka 10,000 itu tanda kegagalan penganjur kumpul satu juta tapi kalau kita lihat dari sudut lain, angka 10,000 adalah angka kehadiran biasa bagi program-program besar PAS di Lembah Klang.
"Sebut apa saja program besar PAS samada di Stadium Melawati atau Taman Melewar, kehadiran mesti kurang atau lebih 10,000, sebab apa, sebab itulah akar umbi mereka," kata bekas pemimpin PKR yang biasa dengan kerja-kerja mobilisasi penyokong PAS apabila program melibatkan Anwar Ibrahim.
"Jika di Kelantan atau Kedah mungkin boleh dakwa sehingga 50,000 tapi kalau di Lembah Klang, 10,000 itu angka sebenarnya," katanya penuh yakin.
Jika ditolak satu pertiga daripada 10,000 itu untuk penyokong Perkasa, UMNO, dan NGO seperti PPIM dan PEMIMPIN yang dilihat condong kepada kerajaan, yang lain itu memang dikenali berat belah pembangkang.
Dalam bahasa mudahnya, perhimpunan petang Sabtu itu adalah manifestasi kekecewaan kelompok gerakan Islam kepada PAS Baru.
Mereka kecewa melihat PAS yang tunduk kepada Anwar, yang tunduk kepada DAP sehingga hilang jati diri parti itu.
Sehingga mereka sendiri (ketua-ketua NGO Islam) perlu 'turun padang' menjadi satu kumpulan pendesak baru tanpa lagi bergantung harap kepada PAS yang kini dilihat banyak berkompromi asas perjuangannya untuk meraih undi bukan Islam.
Soal kehadiran bukan isu besar, bagi mereka yang duduk dan menyaksikan betapa bersemangatnya kumpulan HIMPUN ini, pasti sedar tapak sokongan PAS sudah bergoyang.
Apatah lagi bila ada cadangan dari wakil-wakil NGO yang berucap, mahu  menjelajah setiap negeri dengan HIMPUN dan disambut dengan laungan 'allahuakbar' yang gegak gempita.
PAS sehari dua lagi, akan merasai kesannya dan jangan terkejut sekali lagi parti menggunakan nama Islam itu menukar retoriknya seperti kes hudud baru-baru ini.
Selepas melihat PAS semakin hilang sokongan Melayu terutama di Kelantan, Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membangkitkan semula soal pelaksanaan hudud yang PAS sudah tidak bincang sekian lama.
Hujah PAS kepada DAP dan Anwar mudah, orang Kelantan mengundi PAS sebab nak laksana hudud.
Di Shah Alam petang Sabtu, kisah Datuk Dr Hasan Ali yang hadir dan berdoa menutup majlis bukan sebagai pemimpin atau ahli PAS tetapi sebagai umat Islam (seperti kata pengerusi majlis) pasti menjadi bualan dikalangan gerakan Islam.
Terutama ratusan wakil NGO, yang khuyuk mengaminkan tatkala Hasan Ali dengan mata berair berdoa "Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati. Kekalkan kami di atas landasan Islam,".
Stadium yang boleh memuatkan 100,000 pengunjung itu mungkin terlalu besar untuk 10,000 yang hadir, tapi gema doa munajat yang dibaca Hasan Ali, pasti berbekas di hati mereka yang mengaminkannya dan berkembang kepada yang lain juga.
Kita sama-sama lihat nanti.-22\10\2011- OLEH HELME HANAFI

Orang UMNO Sebenarnya Komunis.



Wahai Aziz Bari bukan semua pelajar UIAM itu suka kamu, termasuklah pelajar dari Fakulti kamu sendiri. 

ANTARA PROSES PERUNDANGAN, DUNIA AKADEMIA DAN POLITIK

Persoalan kebebasan dunia akademia, perjuangan menuntut keadilan oleh mahasiswa dan campur tangan politik nampaknya berkumandang sekali lagi. Demonstrasi acap kali dilakukan selepas sembahyang Jumaat. 
Sebab utamanya sudah pasti untuk mendapatkan bilangan penonton yang ramai selain daripada bilangan penggerak sebenar demonstrasi tersebut. Kali ini, ia bertempat di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
Demonstrasi hari ini adalah bertujuan membantah penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perundangan bidang Perlembagaan. Kisah penggantungan ini bermula selepas beliau menegur DYMM Sultan Selangor yang telah menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC).  
Rentetan daripada isu tersebut, Professor Dr Abdul Aziz Bari dihantar surat tunjuk sebab, dimaklum bahawa beliau digantung sehingga 25hb Oktober untuk mendapatkan penjelasan bertulis beliau serta tidak dibenarkan masuk ke kampus universiti tanpa kebenaran Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim. 
Sebagai seorang pelajar undang-undang di universiti ini, ingin saya memaklumkan bahawa proses penggantungan Professor Dr Aziz Bari bukanlah suatu hukuman tetapi ia lebih kepada memberi masa kepada beliau membela diri dan menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Barang kali atas sebab pentadbiran salah menggunakan istilah, sifat marah masyarakat terbina. 
Jika diteliti, proses penyiasatan memang secara lumrah kadang-kala menyebabkan seseorang pekerja digantung. Mereka akan dihalang bekerja supaya pekerja tersebut boleh menumpukan diri dalam membela diri beliau. 
Ia juga berfungsi untuk tidak menyalahkan pekerja tersebut jika tidak dapat menjalankan kerja beliau apabila sibuk mendapatkan bukti-bukti membela diri.  
Oleh itu sebagai masyarakat yang mempunyai nilai yang tinggi, kita sepatutnya menunggu penjelasan daripada Professor Dr Aziz Bari dan alasan sebarang keputusan pihak pentadbiran sebelum kita sendiri membuat keputusan muktamad. 
Walau bagaimanapun, seperti satu adat atau tradisi dalam isu-isu sebegini, maka mula pula proses tuduh-menuduh tanpa bukti bahawa ada tangan-tangan ghaib yang menekan pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah ini.  
Dalam kehangatan ini semua, maka lahirlah demonstrasi selepas solat Jumaat pada hari ini. Mahasiswa-mahasiswi diseru untuk bangkit memperjuangkan keadilan seorang guru yang menurunkan ilmu kepada sebilangan daripada mereka termasuklah saya. 
Aneh sekali dalam suara lantang pembahas kelompok mahasiswa tertentu ini mengecam pihak pentadbiran dan menyatakan penentangan kehadiran tangan-tangan ghaib dalam proses pentadbiran universiti, tidak jauh daripada mereka berdiri pula pemimpin-pemimpin parti politik yang tiada kaitan dengan universiti. 
Mereka tidak pernah pun menuntut di Taman Budi dan Ilmu ini. Hanya seorang saja daripada pemimpin parti tersebut yang hadir merupakan alumni universiti ini. 
Kehadiran mereka ini kemudiannya cuba dijustifikasikan. Terdapat pihak mengatakan bahawa individu-individu politik ini sebenarnya mengambil berat akan dunia akademik. Soalnya adakah mereka ini benar mengambil berat atau mahu mengambil kesempatan akan bilangan pelajar yang turun menyatakan pendirian mereka? 
Inilah projeksi imej yang dimahukan ahli-ahli politikus ini. Soalan yang muncul dibenak hati saya adalah, jika benar mereka mengambil berat tentang universiti mengapa mereka tidak boleh hormat akan sifat neutraliti dunia akademia yang tidak mahu kehadiran watak-watak politik yang tidak diundang?  
rakan-rakan ahli politikus mereka yang lain yang pernah menuntut di universiti ini tidak menghadirkan diri kerana tahu bahawa dunia akademik tidak patut dicemari oleh tindakan politik, mereka pula tanpa malu melakukan sebaliknya.  
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tiada pensyarah-pensyarah berkaliber mahupun pemikir-pemikir matang di kalangan mahasiswa-mahasiswi? Ini hanya menunjukkan bahawa orang seperti ini langsung tidak hormat akan universiti yang akan menjadi 'alma mater' kami. 
Secara amalan di universiti, ahli politik sepatutnya hanya menghadirkan diri jika dijemput untuk memberi perspektif mereka agar ia boleh diselidik dan dipelajari oleh penuntut dan pensyarah. 
Ahli politik yang hadir pada demonstrasi ini walau bagaimanapun tidak dijemput dan pendapat mereka juga tidak diminta. Dalam isu ini, dunia akademik tidak mahu melihat sesuatu isu dari kaca mata sentimen tetapi kebenaran. 
Saya pasti ahli politikus yang hadir hari ini akan mengatakan bahawa lawan mereka tidak mengendahkan hal ehwal dunia akademik. Ini jelas mengambil kesempatan untuk kepentingan parti politik mereka. Sebagai tindak balas, lawan mereka pula akan masuk ke pentas universiti bagi setiap isu dan peluang yang ada.  
kesemua ahli-ahli politikus berkejar-kejar masuk ke universiti. Akhirnya sebuah universiti yang menjadi gedung ilmu dan pembelajaran akan menjadi lagi satu ruang debat orang-orang ini. Tidak cukup dunia di luar kampus, di sini juga dikotorkan dengan fitnah, retorik dan sentimen. 
Sebagai rakan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain, saya seru marilah kita bersama-sama terus memikul tanggungjawab membina negara kita sama ada dari segi fizikal, rohaniah mahupun mental.  
Dalam sifat berkobar-kobar kita mahu menegakkan keadilan jangan pula kita dipermainkan untuk kepentingan tertentu. Mahasiswa -mahasiswi perlu terus berpendirian, melihat dan menyiasat sesuatu isu secara adil dan saksama. Maka dengan ini, barulah masyarakat tahu bahawa Malaysia masih mempunyai harapan cerah di masa hadapan.

Akmal Saufi
 
Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MKP  sarankan semua pihak tidak mengambil sikap 'double standard' terhadap kes Dr Aziz Bari digantung tugas. 25hb ni dia masuk balik pun.

Beri kebebasan sepenuhnya kepada pihak pengurusan UIAM selesaikan tugas mereka mengikut bidang kuasa yang tersedia rangkum. Semua pihak tak kira pelajar, pembangkang mahupun Timbalan Menteri Kabinet yang 'bersedih' tidak harus campur tangan.

Kedai Makan 1Malaysia Pulau Pinang.


Pengusaha kedai makan 1malaysia di Pulau Pinang berterima kasih kepada PM dengan pelancarannya tempoh hari.61 pengusaha telah berjaya mendapat tawaran tersebut.Kini rakyat Pulau Pinang dapat merasa dan menikmati hidangan kedai makan 1malaysia untuk rakyat.


Pengusaha kedai tersebut ialah  Nasi Kandar Ariff pemiliknya Ariff Abdul Rahman yang beroperasi di Ayer Itam mendapat respon yang bagus dikalangan pelanggannya.Kedai 1malaysia bertemakan Menu rakyat dengan hidangan seperti nasi dan ikan berharga 2ringgit sahaja.Manakala nasi putih,sayur,ayam goreng dan telur berharga hanya 4ringgit sahaja.Pelanggan juga dapat menikmati air sirap yang berharga 1ringgit sahaja.



Ini adalah insiatif kerajaan BN untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan rendah khususnya di Pulau Pinang.Kedai rakyat 1malaysia dapat membantu rakyat berjimat.Kepada DAP lepas nie jangan pulak nak ambil kredit lepas apa yang dilakukkan oleh BN untuk mengurangkan beban rakyat dan menyalahkan Kedai makan 1malaysia nie.





Saturday, October 22



Satu sub-plot telah muncul dalam skandal seks terkini di Malaysia. Bukan sahaja parti Perdana Menteri Najib Razak UMNO yang terlibat, tetapi komponen BN Gerakan dan MCA jjuga mungkin telah memainkan peranan dalam konspirasi untuk menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui anaknya.
Pemimpin-pemimpin DAP telah mendakwa pemimpin Gerakan dan MCA memujuk ketua gabungan, UMNO, untuk menuduh anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun mencabuli seorang pelajar perempuan. Perempuan itu kemudian dikenal pasti sebagai juara catur UK Anya Sun Corke, yang telah menafikan mengenali budak lelaki itu dan mengecam mereka yang terlibat dengan khabar angin itu.
“Pemuda Gerakan mungkin telah mendedahkan maklumat itu, yang tidak benar tetapi apa yang mungkin terdengar oleh mereka di jalanan,” kata Ng Wei Aik, ahli DUN Komtar, yang juga mrupakan setiausaha politik Lim.
Jangan salahkan kami kalau kamu sembelit!
Pemimpin DAP itu juga menyalahkan Ketua Rancangan Strategik Pemuda MCA Foo Seck Chyn, yang telah menggunakan laman-laman web sosial untuk menyebarkan pembohongan itu dan pada masa yang sama, cuba berlagak suci di media dengan menghentam serangan ke atas keluarga Lim itu.
Wei Aik juga mendakwa setiausaha media Presiden MCA Chua Soi Lek yang juga bekas pemberita Giam Say Khoon, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang H’ng Khoon Leng dan Naib Ketua Pemuda Albert Tan Kah Leong bersubahat dalam komplot yang telah makan tuan ini.
Sementara itu, Gerakan telah menyerang semula Wei Aik, mencabar ahli DUN Komtar itu untuk membuat laporan polis daripada membuat tuduhan kosong. Ketua Publisiti Gerakan Thor Teong Gee mendakwa Wei Aik mempunyai motif politik dalam melibatkan Gerakan dalam isu ini.
“Ng juga bermain politik kotor dan menyalahkan Gerakan untuk semua isu-isu negatif. Jangan sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti kukuh. Jangan sewenang-wenangnya melibatkan kami dalam air keruh apabila kamu atau bos kamu tidak senang hati,” kata Thor dalam satu kenyataan.
“Jangan salahkan Gerakan kalau kamu ada sembelit dan tidak boleh ke bilik air. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, tolong berkata-kata dengan munasabah dan dengan fakta.”
Malaysia Chronicle blog MPP.

PROVOKASI OLEH PIHAK HAPRAK #HIMPUN


Sedih MKP tengok ada pihak cuba memprovokasi himpunan sejuta umat dengan mengedarkan risalah bebaurkan perkauman yang telah tersebar.Siapa yang bertanggungjawap harap pihak yang berkuasa mengambil tindakkan yang sewajarnya.


This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis.Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.


LIVE DOA OLEH HASSAN ALI.


KLIK DISINI UTUSAN MALAYSIA

HIMPUNAN SEJUTA UMAT.

Ramai yang menyokong himpun dan lihat masih ada yang sayangkan keamanan dan mempertahankan umat dari murtad.

Dalam PAS dok kata ahlinya tidak membenarkan menyertai HIMPUN kerana ada agenda dari parti politik tertentu masih ada lagi pemimpin dari PAS yang sayangkan Islam dan mengetepikan politik demi Islam.Hassan Ali berada diHIMPUN.

Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

 Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.




Bangkitlah KuSeru HIMPUN.



Jika kita masih sayangkan Agama dan Islam marilah ramai-ramai menyertai HIMPUN  yang diadakan Petang ini.Pakatan Rakyat telah melakukan pelbagai helah supaya memecahkan umat Islam dan umumnya melayu dibumi bertuah ini.Teresa Kok telah mengeluarkan sms yang berbaur hasutan supaya rakyat tidak menyertai perhimpuan yang bakal berlangsung pada petang ini.Khalis Ibrahim Pula telah mengarahkan supaya stadium shah alam ditutup,Kita tengok dan saksikan apa yang bakal berlaku pada petang ini.

Friday, October 21

Berita Panas;Komtar Kecoh Buah Dada Punya Pasal.



Sebentar tadi selepas solat jumaat satu demo membantah kekejaman kerajaan DAP yang diketuai oleh Bapak pegang Nenen LGE.Demo kali ini membantah penindasan oleh DAP kepada orang melayu di pulau pinang.


Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai.
Mereka terdiri anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat.
Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat.
MKP akan up-date gambar dan video pada tampalan seterusnya.

Ustaz Zul Kasi Gamat Skit.



Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas) menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin dengan dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, kelmarin.

Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.

Sebelum itu, Zulkifli mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid.

Katanya, dari segi umur, setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira mumayyiz dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka.

"Tetapi dalam hudud PAS akan dilaksanakan setelah berumur 18 tahun. Ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu mumayyiz iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun," katanya.

Kesalahan-kesalahan seperti itu, katanya, sengaja dilakukan oleh para pemimpin PAS untuk membolehkan enakmen tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana akan ditolak oleh Umno bagi meraih kepentingan politik.

Dakwaan-dakwaan tidak berasas beliau memaksa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR bangun menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang sengaja dicetuskan itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Beberapa orang ahli Parlimen dari BN pula termasuk dari Kinabatangan turut bangun mempertahanlkan Zulkifli, manakala Zulkifli sendiri enggan memberikan laluan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjelaskan kebenaran.

Sikap mereka menyebabkan persidangan menjadi semakin kecoh sehingga tamat tempoh masa Zulkifli dibenarkan berucap.

MKP Kata:Eloklah PAS nie dok buat hukum hakam ikut suka hati depa saja demi kepentingan politik sempit mereka.Fikirkanlah apa yang depa buat lagi jika mendapat putrajaya?????????????????

Himpunan Sejuta Umat.



PAS seperti juga UMNO dan parti-parti politik lain, bukanlah penganjur dan hadir sebagai organisasi, sebaliknya ahli-ahli parti tersebut hadir sebagai umat Islam.HIMPUN akan diadakan di Stadium Shah Alam pada SABTU INI 22 Oktober bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang.Jelas Dr Yusri, orang ramai perlu datang awal, masuk ke stadium, kerana ada beberapa acara dilakukan termasuk bacaan sajak dan nasyid sebelum ucapan daripada pimpinan.Tidak ada wakil parti politik akan berucap dan selepas itu ada bacaan deklarasi peserta perhimpunan tersebut.


HIMPUN menerima banyak sokongan moral dari pelbagai pihak  masyarakat termasuk artis-artis seperti Aznil Nawawi,Faizal Tahir, Yuna,Scha Alyahya, Heliza Helmi, Shaheizy Sam,Afldin Shauki ,Lisa Surihani,Zizan raja lawak,Inteam,Hijjaz,Wardinah Safiya,Aaron Aziz,Nur Fazura,DJ Faisal Ismail,Ally Iskandar,pemain bola Mohd Safee Sali dan ramai lain melalui facebooknya.
 
Sokongan juga diterima dari tokoh politik seperti Datuk Seri Najib Tun Razak,Tun Dr Mahathir Mohamad ,Datuk Ibrahim Ali, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga Nurul Izzah Anwar.
 
Semua mereka dan lebih 8,000 yang lain menyatakan sokongan dengan menekan butang LIKE di laman facebook HIMPUN.
 
Sehingga kini lebih 2,000 NGO berbagai latar belakang setuju hadir antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia , PEKIDA, Persatuan Bekas Perajurit (PBTM), Persatuan Bekas Anggota Polis (PBPM) PERKASA, Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia (GWGFM) dan banyak lagi  
 
Selain itu semalam empat pertubuhan mahasiswa terbesar Malaysia GPMS, Gamis, Pembina dan MPP juga mengadakan sidang media mengisytiharkan mereka akan hadir.
 
Mungkin sebab tengok ‘mood’ PAS sekali lagi ‘koner baring’ bila tiba-tiba memberitahu ahlinya tidak dilarang pergi.
 
 PAS Selangor pada Rabu memberitahu tidak menghalang ahlinya jika mereka pergi atas tiket peribadi. 
 
Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Abd. Rani Osman berkata perhimpunan itu melibatkan NGO seperti mana yang dikehendaki oleh pihak penganjur.
 
‘‘Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli PAS untuk menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi atau penglibatan mereka dengan NGO,”kata beliau.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, pihaknya menyokong HIMPUN dan menggerakkan ahli seramai mungkin. 
 
“Program sebegini yang asas tujuannya penyatuan ummah yang menentang mana-mana organisasi yang cuba mendakyahkan agama mereka untuk memurtadkan umat Islam,” katanya.
 
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) pula berharap program itu akan menjadi satu himpunan bersejarah sekiranya umat Islam dapat bersatu walaupun mempunyai latar belakang, ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
 
Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata, beliau mahu semua umat Islam dapat melupakan politik buat seketika demi kebaikan Islam kerana ini merupakan isu Islam yang melibatkan akidah umatnya.

Umno tidak terlibat HIMPUN.



Ramas nenen pun salah UMNO dan semuanya nak hempuk atas kepala umno mana boleh macam nie.Awat puak-puka pembang\kang nie terkangkang bila sesuatu yang baik dan tidak memeihak kepada mereka dan salahkan UMNO.Nak tanya kenapa main politik terdesak macam nie?ini penjelasan dari Setiausaha Agung UMNO.

Umno tidak terbabit dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, esok.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran per-himpunan itu, bersifat liar dan tidak berasas“Itu aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kami (Umno) tiada kena mengena dengannya, kenapa pula ia mengaitkan perkara tersebut dengan Umno.

“Saya juga tidak melarang mana-mana ahli untuk menyertainya, terpulang kepada mereka,” katanya di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa kemungkinan perhimpunan itu itu didalangi parti politik tertentu.

Tengku Adnan berkata, terdapat pihak tertentu cuba mempolitikkan perhimpunan itu dengan menuduh ianya program Umno yang kononnya cuba membangkitkan sentimen perkauman.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perhimpunan itu melalui media massa dan menafikan pemglibatan Umno dalam program itu.
Namun begitu katanya, Umno tidak menyekat anggotanya menyertai perhimpunan berkenaan, memandangkan ia diadakan di tempat bertutup dan mendapat permit polis.

“Ia tidak akan menimbulkan masalah berbanding perhimpunan jalanan atau demonstrasi tidak terkawal,” katanya.

Ahmad berkata, beliau suka mengingatkan agar mana-mana pihak tidak membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

“Kenapa tuduhan berkenaan dilemparkan kerana Umno tidak pernah mengadakan perbincangan dengan penganjur (Himpun),” katanya.

Depa Dok Pembohong Lagi.



Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.

Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

“Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

“Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, “ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan.” 



Hakikatnya YB Dato Bung Mokhtar Kinabatangan dan YB Datuk Mohamad Aziz Sri Gading berkata bahawa kenyataan mereka telah ditokok tambah dan Malaysiainsider salah dalam mengambil fakta kenyataan mereka.

Menurut Bung beliau bersetuju bahawa siapa jua yang membuat fitnah harus diambil tindakan, tidak kira siapa. Tapi beliau tidak pula melahirkan perasaan marah kepada blog terbabit.

Pihak Malaysiainsider perlu menamakan ahli parlimen BN mana yang marah kepada blog tersebut dan jangan hanya membuat kenyataan secara rambang.

Datuk Mohamad Aziz pula menafikan bahawa beliau meminta Guan Eng untuk menyaman blogger terbabit, apa yang beliau sebutkan semalam ialah isu ini tiada kena mengena dengan UMNO dan Lim perlulah menyelesaikannya dengan pihak blogger terbabit.

Beliau sependapat dengan Dato Bung bahawa mereka sebenarnya tidak pasti akan kebenaran cerita berkenaan namun mengakui bahawa blog juga berperanan besar dalam membawa halatuju pemikiran rakyat.

Datuk Mohamad juga menambah, beliau secara peribadi merasakan jika benar apa yang didakwa oleh blog berkenaan maka guan eng sebenarnya terkena tulah dari sikap biadap beliau kepada Sultan dan Rakyat Johor, beliau melahirkan rasa pelik kenapa Malaysiainsider tidak pulak memuatkan laporan peribadi beliau ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus gagal dihubungi.

Malaysiainsider cuba untuk melagakan pemimpin UMNO dengan blogers, kenyataan mereka diputar belit malah menipu bahawa Ahli Parlimen marah kepada pihak bloggers dan simpati kepada guan eng..



Hasil pembongkaran oleh blogger Putra Merdeka..

Thursday, October 20

VIDEO PEMBUNUHAN Muammar Gaddafi.



AlFatihah Muammar Gaddafi.

Rilex Sat Hentam Pemimpin BN.



Perjuangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti lebih besar dan bukannya kerajaan yang ada hari ini. Pengamal media, facebookez dan bloggez pro BN diminta supaya mengenepikan kepentingan individu dan kelompok sendiri serta menghentam pemimpin kerajaan dari mana-mana komponen demi untuk memperkukuhkan BN. Datuk Seri Zahid juga meminta agar perkara ini diberhentikan dengan segera atau dengan nada berseloroh "cuti ler sekejap hentam pemimpin kerajaan, lepas PRU13 nak sambung, sambung la balik. Lagi bagus jangan sambung lagi".


"Dengan slogan lawan kita menuju ke Putrajaya, maka kita perlu mempertahankan Putrajaya, tiada gunanya kita bertelagah dan saling membunuh karier pemimpin BN, namun akhirnya Putrajaya jatuh ke tangan lawan." katanya semalam.


MKP ambil teguran membina ini sebagai panduan diambang PRU 13.Nasihat dari Pemimpin tertinggi nie harus dipandang serius.Diharap rakan rakan seperjuangan dialam dunia maya ini  dapat berkerjasama agar kita tidak dilihat bersatu dan memperkuatkan jentera demi mempertahakan Putrajaya.Lupakan sengketa diantara kita buat sementara ada misi yang lebih penting.

VIDEO:PISA Kotor dibawah Pentabdiran DAP LGE



Penang International Sports Arena, PISA.dipenuhi sampah sarap/nyamuk dan tidak terurus dibawah pentadbiran DAP dan MPPP.Ternyata PISA telah siap pada tahun 2000 dibawah pentabdiran BN ketika itu.Arena tertutup terbesar di Pulau Pinang dan Semenanjung Malaysia.Banyak acara yang telah berjaya diadakan di Arena tersebut seperti SUKMA 2000, Persembahan Disney's Mickey Magic,Micheal Learns to Rock dan dikenali diseluruh dunia dan ianya telah banyak mengangkat nama Pulau Pinang sebagai suatu destinasi pelancongan serta persembahan yang hebat.Pulau Pinang banyak mendapat pendapat dari sektor pelancongan.


Sedih melihat tempat yang hebat sebegitu rupa tidak dijaga dan diabaikan untuk makluman PISA dimiliki oleh MPPP dan diuruskan oleh  Penevents Sdn Bhd.Adakah ini suatu taktik oleh kerajaan DAP supaya tempat tersebut menjadi teruk dan diabaikan kerana ada agenda lain yang tersembunyi.


Kerajaan DAP yang dipimpin oleh Lim Nenen telah melancarkan Pulau Pinang Bersih dan Hijau.( "Cleaner, Greener Penang" )Adakah PISA ini bersih dan hijau seperti apa yang dilaungkan atau hanya ingin menjadi populis dan lebih tepat lagi cakap talak selupa bikin looo.Jika MPPP tidak boleh menjaga PISA bagaimana hendak menjaga PICC selepas ini maka hancuslah lagi duit rakyat Pulau Pinang dengan Projek yang bakal masuk kantong Kroni juak DAP nie.



Nama Sebenar Wajah 3R.

Ternyata sepadai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua!!!!!!LGE sebenarnya telah termakan umpan yang dipasang oleh blogger Pro BN yang hanya meletakkan gambaq orang lain bukanlah mangsa yang sebenar.Nak pecah lubang nama sebenar perempuan tersebut ialah seorang gadis warga Britain Anya Sun Corke,21 tahun yang tiada kena mengena dengan Penang ternyata Lim kit siang dan malam Lim Guan eng dan Ramas Lim serta sekutu dengannya yang paling best malaysiakini susan loong dan portal milik pembangkang telah kena libas maut punya.


Sejak bila pula pembangkang pandai bercakap soal moral,  tidak bertamadun serta mengutuk politik keji.Bukankah sebelum ini mereka boleh dianggap menjuarai politik seumpama itu seperti penyebaran gambar palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya bersama wanita Mongolia, Altantuya Sharibu, serangan terhadap Datin Seri  Rosmah Mansor  dengan pelbagai kutukan dan sebagainya lagi yang boleh dilihat sebelum ini.


tindakan pembangkang yang sebelum ini terkenal mengherdik dan mencerca kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan apa jua perkara yang boleh dijadikan bahan.Dan masih ingatkah kita pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dahulu apabila calon BN, Rohaizat Othman diserang dengan pelbagai berita yang tidak munasabah termasuk bahawa beliau mempunyai  isteri lain dan pecah amanah serta pelbagai dakwaan lain.


Namun bila terkena batang hidung sendiri serangan sedemikian rupa, mereka dilihat mula menggelabah dan menjadi tidak tentu arah serta pandai pula menyifatkan perkara sedemikian rupa menjijikkan.Pada waktu dan saat mereka mempunyai peluang sedemikian rupa, apakah mereka tidak terfikir apa yang diungkapkan hari ini. Saya tidak kata kontroversi yang menimpa Lim Guan Eng hari ini betul atau tidak, namun menyerlahkan pembangkang  juga rupa-rupanya  mempunyai perasaan


Hari ini mungkin hari kita namun esok dan lusa belum tentu lagi akan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Jadi janganlah kita sewenang-wenangnya membuat pelbagai tuduhan kepada pihak lain kerana satu hari nanti kerana mungkin benda yang sama akan menimpa kita.

Dua ahli majlis bantah bajet MPPP



Dua Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lim Boon Chang dan Dr Lim Mah Hui membantah bajet MPPP 2012 sebanyak RM29.25 juta untuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE).

Boon Chang bangun menyatakan bantahannya selepas Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail menghabiskan ucapan bajet MPPP 2012 di Dewan Persidangan Majlis Dewan Bandaraya Jalan Padang Kota Lama.

Dalam bantahannya, beliau menyuarakan terkilan berikutan persetujuan untuk meneruskan bajet buat projek berkenaan seolah-olah hanya berdasarkan kepada arahan Kerajaan Negeri.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya kerana bantahan sebelumnya yang dibuat melalui satu me¬syuarat seperti tiada tindakan lanjut walaupun sudah ada perbincangan dengan pemaju dan MPPP.

“Kalau begini persetujuan yang dibuat dengan bajet tambahan RM29.25 juta lagi bagi tahun 2012 untuk Projek sPICE, di mana autoriti kami sebagai ahli majlis?

“Sehingga ke hari ini juga selepas mesyuarat berkenaan, tiada salinan kontraktor diberi kepada kami semula. Saya membuat bantahan ini dari segi kepentingan pembayar cukai,” katanya.

Projek sPICE sebelum ini menjadi kontroversi setelah BN Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjanjian projek yang didakwa merugikan rakyat.

Dalam laporan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan, berkata pembinaan sPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemajunya.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive