Wednesday, November 2

VIDEO TERBARU DARI THAILAND.



#HANGAT DAN PANAS LIHAT DAN BUAT PENILAIAN SENDIRI APA YANG ANDA LIHAT.

Gaji, elaun Guan Eng RM46,521


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, dimaklumkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memperoleh gaji dan elaun bulanan RM46,521.27.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, Guan Eng menikmati bayaran gaji dan elaun yang tinggi, malah lebih banyak berbanding dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menurutnya, pihaknya tidak mempertikaikan jumlah yang diterima Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih), tetapi meminta agar Setiausaha Agung DAP tidak bersandiwara apabila bertindak menolak cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun bagi Ahli Parlimen di negara ini.

Katanya, Guan Eng perlu mengambil kira Ahli Parlimen lain yang hanya memperoleh gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen saja.


MKP :Jenuh jugak tadi masa sidang DUN pagi tadi speaker Naik angin kerana debat dan pembongkaran pembohongan LGE dan sekutu DAP/PR.DS Najib Razak mendapat gaji dan elaun sebanyak  RM22,826.65 bukti disini.sebulan LGE cuma ketua menteri tapi 2kali ganda dari apa yang PM dapat.Sapa yang diktator nie,itu pun Tian Chua suruh potong gaji PM sebulan alasan yang kurang cerdik kerana berbelanja boros akan tetapi setiap wang yang dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.Kenapa Tian Chua tidak mempersoalkan gaji LGE nie.potong Rm 1 pun belum tentu dia bagi.Camdek serupa punde# kasi sama LGE Nie macam yang dok ada kat sekeliling jugak.

Potong Gaji Guan Eng RM 1.00 Boleh Kot?


Kelakar jugak bila dengaq apa yang ingin diperkatakan RM1,itulah yang disarankan oleh penyelaras Gerakan KADUN Pulau tikus Rowena Yam.Sama jugaklah Punahsihat Selangor Pak sheik cuma dapat RM 1 dan LGE kena potong RM1.Kenapa beliau menyatakan nak potong Seringgit padahal kita semua tahu apa yang boleh dibuat dengan RM1 tue.Lepas beli rokok daun dan tembakau saja itu pun tembakau yang basah dan keriting.

Penjelasanya mudah kerana pembinaan tempat letak kereta bersaiz kancil yang telah diluluskan oleh PDC dan kerajaan negeri,LGE ada berani ambil cabaran tersebut?seringit saja jika apa yang DAP dan kroni dapat dari hasil projek berkenaan rasanya lebih banyak kot la?

Projek dibiayai oleh kerajaan Pusat tapi diseliakan oleh Kerajaan Negeri dan PDC.Memang projek berkenaan telah diluluskan pada tahun 2007 akan tetapi ada kawtim dalam proses kelulusan oleh DAP dan PDC pada 2008 ketika DAP mengambil alih tampok pemerintahan Penang.nie mesti kes dil mera dil,

LGE pandai putaq belit dalam percakapanya/kenyataan untuk melepaskan diri menyalahkan BN dan kerajaan pusat yang beri dana dan pihak kontraktor,sepatutnya dengan apa yang dilaung dan dipukul canang CAT atau kucing tarak gigi telus dan macam-macam propaganda DAP nie beranilah bertanggungjawab.

MKP kata:LGE sahutlah cabaran nie bukan banyak pun Cuma RM 1 bolah bagi RM 100 kepada rakyat dan hoboh sampai ke PBB.

Alamak,Pelawak Tu Cuba Merogol!



Macam-macam kisah sensasi yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelawak ni. Namanya tak adalah popular mana, tapi kisah sensasi mengalahkan artis Barat.

Terkejut Mangga Muda dapat tahu pasal gosip perlakuan 18SX si pelawak ini baru-baru ini. Gatalnya boleh tahanlah jugak. Bilalah agaknya perlakuannya akan terbongkar kepada publik.

Macam ni kisahnya. Si gatal tu ada berlakon dengan seorang pelakon muda yang sangat baru. Cantik pulak pelakon baru tu. Entah macam mana pelakon wanita itu naik kereta besama pelawak tu. Tiba-tiba pelawak itu nak buat perkara tak senonoh.

Dia nak merogol si pelakon wanita itu apabila wanita itu menolak perlawaannya nak buat hal tak senonoh. Alamak kemaruk rupanya si pelawak tu. Nasib baik pelakon wanita tu pantas menepis dan sempat keluar daripada keretanya.

Terus pelakon wanita itu berhenti daripada berlakon  bersama-sama si pelawak gatal yang suka mengambil kesempatan ke atas orang baru macam dia. Dia ingat nama yang dibinanya sebagai pelawak daripada sebuah program TV itu boleh digunakan untuk memikat wanita ke?

Dia ingat semua orang akan sujud kepada dia sebab dia ada nama. Nampaknya pelawak itu salah jalan dan salah menggunakan namanya untuk jalan yang tak baik. Sebab itulah agaknya namanya tidaklah menonjol sebagaimana kawan-kawan pelawak lain.

Nasib baik pelakon wanita itu mendiamkan diri kerana mahu menjaga nama baik dirinya yang hampir tercemar. Kalau dia dah jadi mangsa rogol pastilah sekarang ini si pelawak sudah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahannya itu. Tapi si pelakon baru itu diamkan diri saja.

Dia bimbang juga kalau perkara itu dihebahkan namanya juga akan dihina. Dia takut hasratnya untuk maju dalam lakonan akan terbantut bila kisah negatif itu tersebar.

Bila Mangga muda lihat gambar si pelakon baru itu dalam sebuah majalah, gayanya nampak seksi juga. Urmmm.... seksi itu hampir membawa padah rupa-rupanya.
Sumber,Manggaonline 

Chegu Bard Sudah Melenjit.


Fitnah terbaru Guru Bard nie nak kata pandai tak berapa nak cerdik,bila nak jadi populis pun biarlah bertempat dan dari berita yang sahih dan tepat,semuanya andaian dan tidak berdasarkan fakta.
Setelah kantoi dalam isu untuk fitnah dakwa isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor beli cincin berharga RM24 juta,puak pembangkang terus tak boleh tidor malam mengigau nak cari apa lagi ‘cerita’ yang boleh buat orangramai geram dan terbakar hati dengarnya.
Terbaru blog-blog pembangkang tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia yang melaporkan DIPERCAYAI anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth semasa ikut serta Datuk Seri Najib menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di situ minggu lalu.
Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan,puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah melenjit menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.
Isu utama di sini betulkan ada mana-mana anak Perdana Menteri ikut serta ke sidang CHOGM di Perth?
 BACA SELANJUTNYA AGENDA DAILY

LGE Buat Fitnah Lagi,Tetap Salahkan UMNO.


Dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya Umno terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan  membantah kepimpinannya DAP pada Isnin.dakwaan oleh LGE itu adalah ibarat "cakap ikut suka hati" kerana Ketua Menteri main tuduh tanpa mempunyai sebarang bukti.
Katanya Lim telah membuat tuduhan kononnya Umno terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).
Bernama melaporkan beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Lim ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
 polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.
Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.
Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning bertuliskan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Lim berkata beliau kini "mula gentar apabila golongan mat rempit" juga  menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh Umno kerana terdapat perkataan "LGE Rasis".
Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata Lim tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.
"Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional," katanya.
Sementara itu, seorang aktivitis sosial yang kecewa dengan Lim, bertindak berdiri dengan memegang kain rentang di depan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Tindakan Hii Tiong Huat, 60,  yang berdiri dengan memegang  kain rentang bertulis 'Tolak YB terima dua gaji ADUN dan MP; YB perlu full time' menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Hii menggesa Lim dan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga menjadi Anggota Parlimen agar menumpukan tugas mereka sebagai ADUN dan tidak tamak dengan memegang jawatan berganda.
"Jangan tamak pegang sampai dua atau tiga jawatan dan pada  masa sama menikmati faedah serta gaji yang banyak sedangkan gagal berkhidmat dengan berkesan," katanya 
Hii. yang berasal dari Sarawak, berkata Lim tidak seharusnya memegang terlalu banyak portfolio dalam kerajaan negeri  kerana ia menjejaskan jentera pentadbiran kerajaan.

Media Sosial Punya Angkara.

Tak sangka boleh jadi sampai macam nie,ingatkan arena politik sahaja yang hangat tentang penggunaan media sosial nie rupanya sukan pun ken tempiasnya jugak.Itu semua medium baru untuk meluahkan perasaan bagi golongan Belia yang kini lebih terbuka dalam  semua hal dan pendapat mereka.Jika teguran itu membina apa salahnya,ada kebenaran jugaklah apa yang dinyatakan oleh pihak yang memberi komen,Jangan melatah Irfan bakti terimalah dunia kini telah berubah,


IRFAN Bakti Abu Salim naik berang, semalam dengan gelagat penyokong Terengganu menggunakan laman sosial menghentam kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh gara-gara tidak menyambung kontrak ketua jurulatih itu. 

“Tolong jangan cetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan antara saya dengan presiden,” rayu pengendali itu yang menolak tawaran skuad Peteh, kelmarin kerana cenderung untuk membimbing Selangor, musim depan.

“Saya tidak mahu disebabkan tindakan seperti ini, hubungan saya dan pengurusan PBSNT menjadi retak.”
Irfan kesal kerana tindakannya tidak menyambung kontrak bersama Terengganu, musim depan dimanipulasikan penyokong fanatik pasukan Terengganu melalui laman sosial. 

“Tiada perbalahan atau pun pertikaman lidah berlaku antara saya dan Che Mat atau penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin pada perbincangan kelmarin. Saya dengan rela hati memaklumkan hasrat saya dan mereka bersetuju,” katanya yang turut akur akan mengendalikan pasukan Selangor, musim depan. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula bertegas akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca jurulatih itu menarik diri. “Saya tidak dimaklumkan mengenai keputusan terbaru itu...saya akan tanya pengurusan PBSNT.” 

Irfan, 60, mengakui sepanjang mengendalikan skuad penyu bermula tahun lalu, dia mendapat layanan kelas pertama kerana semua permintaannya dipenuhi, termasuk pembayaran gaji, pemberian bonus dan pelbagai kemudahan lain. 
“Che Mat meminta saya menyambung kontrak untuk mengendalikan skuad penyu dua musim lagi selepas pasukan Terengganu berjaya menewaskan Selangor pada pusingan pertama, tetapi saya hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi perlawanan pusingan kedua. 

“Saya dengan rela hati membuat keputusan untuk tidak bersama skuad penyu musim depan biarpun pengurusan PBSNT bersetuju menaikkan gaji dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kereta baru dan kediaman,” katanya, semalam. 

Dia juga berpendapat pelantikan Mat Zan Mat Aris menggantikan posisinya itu amat bersesuaian kerana jurulatih itu pernah membantu pasukan Peteh muncul juara Piala Malaysia 2001. 

Dalam perkembangan lain, Che Mat mengakui walaupun sedih melepaskan Irfan selepas membantu pasukan Terengganu menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia, tetapi itu adalah kehendak dan permintaannya. 

“Tiada perbalahan ataupun pertikaman lidah antara kami. Jadi kami juga berpendapat penyokong fanatik pasukan Terengganu jangan melaga-lagakan kami melalui laman sosial,” katanya. 

Tuesday, November 1

Video:#RempitBersih 3.0.

tengok video nie dan lihat betul-betul apa tindakan polis ambil kepada #rempitbersih 3.0 semalam.Adakah ini semua kerja orang UMNO.Mungkin tidak???Jika benar ahli UMNO Polis tidak akan mengambil tindakkan sebegitu rupa,Apa punya LGE nie tuduh sebarangan tanpa usul periksa.Klu LGE jatuh longkang pun kerana lalai tidak melihat kebawah dan disalahkan UMNO jugak untuk menutup malu.inilah sikap putaq belit untuk menyelamatkan diri.hanya orang terdesak sahaja membuat kenyataan sebegitu rupa.

GEORGE TOWN 1 Nov. - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang kesal dengan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya UMNO terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam.Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, dakwaan oleh Guang Eng itu adalah ibarat “cakap ikut suka hati” kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti.

Katanya, Guan Eng telah membuat tuduhan kononnya UMNO terlibat dalam perarakan itu sedangkan ia dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Guang Eng ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Guan Eng.Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah hari dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri. - Bernama

Lim Guan Eng kelirukan rakyat



LGE ketua menteri paling malang dalam sejarah pulau pinang adalah seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012.


Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, kepandaian Lim bermain silap mata itu ialah dengan menunjukkan defisit yang tinggi dan kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan telah berjimat dan mengurus kewangan dengan baik untuk mendapatkan lebihan.
 
"Mana ada lebihan? Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah tidak membelanjakan wang yang diperuntukkan dalam bajet sehingga menurut Laporan Audit, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya membelanjakan sebanyak 54 peratus daripada bajet yang diluluskan," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Pulau Pinang di sini.
 
Katanya, apabila wang yang diperuntukkan untuk faedah rakyat itu tidak dibelanjakan, maka ia bukannya satu penjimatan malah ia adalah satu kerugian kepada rakyat.
 
"Jika wang yang diperuntukkan tidak dibelanjakan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap dan tidak telus dalam menguruskan kewangan negeri," katanya.
Jasmin berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dengan bantuan RM100 untuk warga emas dan anak emas sedangkan pada hakikatnya peruntukan sebenar untuk rakyat tidak dibelanjakan.
 
"Apabila rakyat memohon bantuan daripada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mereka akan menjawab tiada peruntukan, kerajaan negeri tidak beri peruntukan", katanya.
 
Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mengatasi masalah kemudahan awam di kawasan luar bandar dan membiarkan jalan-jalan kampung berlopak.

Jasmin berkata, walaupun peruntukan untuk pembangunan infrastruktur itu terkandung dalam belanjawan negeri, namun kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan ini bermakna rakyat di negeri ini telah disia-siakan.

MKP kata:masa nie baru LGE dibantai oleh wakil rakyat BN yang selama nie kerja menipu rakyat dan pemdedahan ini bagus untuk membuka pekung DAP yang selama ini hanya penipu dan populis dengan propaganda yang mengatakan DAP terbaik.

Antara Elton John dan video seks..


Saya mengikuti polimik ini sejak dari awal Pemuda PAS bersuara tidak mahu konsert itu diadakan di negara ini.
Kalau rajin selak balik sejarah kita akan dapati ia sudah semacam satu rutin bagi pergerakan itu membantah konsert artis barat diadakan di negara ini.
Elton John boleh dikira seorang penghibur yang ‘ tertib’  diatas pentas tidak melalak gila-gila macam kumpulan penyanyi rock black metal dan sebagainya.
‘ Dosa’ Elton John ialah beliau seorang yang confirm gay dan mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005.
Saya tidak berhajat nak berdebat dengan Pemuda PAS bab sifat gay Elton John.Ini kerana ia memang bertentangan dari sudut Islam dan  budaya hidup rakyat negara ini.
Kita juga tidak boleh salahkan Pemuda PAS jika merasa bimbang pada bab gay Elton John boleh cetus pengaruh kurang sihat pada rakyat negara ini.
Saya kata Dr Asri silap kaitkan Pemuda PAS macam Taliban dalam bab ini kerana saya rasa mereka lebih sesuai disebut ‘ tikus mondok’ saja.
Ini kerana Taliban garang.Apa yang dirasanya tak betul dibelasahnya.
Ikut pandangan sayalah,Pemuda PAS ini lain sikit.Ia main pilih pilih.Senang cakap kuman di sebarang laut nampak tapi gajah lalu lalang depan mata tak nampak.
Siapa lagi kalau bukan tokoh besar mereka yang mendapat gelaran Anugerah Tuhan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tidak mahu menyentuh kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicara di mahkamah.Itu sama-sama kita tunggu keputusan hakim nanti.
Soalnya bagaimana tentang kes video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T?
Juga tentang rakaman perbualan berahi antara Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dengan Normah.
Pemuda PAS pun tahu rakyat Malaysia umumnya masih tertunggu-tunggu jawapan pasti pada dua pendedahan ini.
Bagi saya kalau nak melalak tentang Elton John saja atau konsert-konsert lain...itu bukan Taliban namanya.
Kalau Taliban ia tidak wajar kecut dalam menuntut kebenaran dan bukan macam sekarang  diam membisu sejuk beku tidak berani sentuh langsung hal besar yang melibatkan moral dua pimpinan besarnya sendiri.
Cuba tanya setiap anggota Pemuda PAS apakah mereka ikhlas setuju dan boleh terima kenyataan Haji Hadi yang kata video itu besi dan tidak boleh jadi bukti.
Kita ada video aksi seks yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin dan kita juga sudah lihat video CCTV aktornya naik turun lif apartmen lokasi dimana didakwa aksi itu berlaku.
Saya sendiri mempunyai rakan-rakan di kalangan anggota Pemuda PAS .Bila ditanya bab itu ada yang tersenyum malu-malu nak cakap banyak.Maklum sajalah bos atas dah cakap begitu.
Rasanya reaksi itu sudah cukup untuk agak-agak pandangan mereka tentang bab video besi.
Jadi bagi saya Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan tidak payahlah nak bercakap bergegar membelah bumi bagaimana mereka menentang kemungkaran.
Ini bab dakwaan moral rumahtangga sendiri pun boleh beres.
Kalaulah betul bagai didakwa apalah sangat Elton John yang jengah sekali ke negara ini berbanding hari-hari kita semua kena berdepan dengan dua orang 'aktor' sensasi yang dok berceramah sana sini macam pijak semut tak mati.
Soalnya beranikah Pemuda PAS mendesak diadakan siasataan terperinci bagi membersihkan nama dua tokoh besar mereka itu.
Kita tidak fikir Nasrudin ada darah Taliban bukan saja untuk bersuara tetapi bersungut.
Berani setakat minta haram konsert tu ‘ tikus mondok ‘ mana pun anytime sanggup ke depan.
Itu pun belum dengar lagi bisikan Pemuda DAP atau PKR yang berani backing Pemuda PAS sekat Elton John ke sini.
Mat Indera Cyber
Shah Alam

gara-gara Kampung Buah Dada...


Gara-gara isu Kampung Buah Pala dan ‘Kampung Buah Dada’, ahli parlimen Bebas, Padang Serai N.Gobalakrishnan diarahkan keluar oleh oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat.
Ia berikutan perbalahan antara bekas MP PKR itu itu yang mencelah ucapan ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh yang menuntut satu perjelasan daripada speaker berhubung satu usulnya yang ditolak.
Usul berkenaan yang ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) adalah berhubung permohonannya kepada Dewan supaya mengambil tindakan ke atas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung satu tulisan di laman Twitter.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam twit menyokong tulisan beberapa blog dalam isu kononnya anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan mencabul kehormatan seorang wanita.
Khairy mengambarkan isu itu dengan sinis apabila mengatakan Kampung Buah Pala bertukar Kampung Buah Dada.
Kampung Buah Pala adalah perkampuingan tradisi masyarat India yang dirobohkan kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun pembangkang sebelum ini berjanji mempertahankan kampung itu.
Wan Junaidi mengarahkan Gobalakhrisnan keluar sehingga sesi petang kerana beliau enggan duduk dan berkeras menyatakan Karpal menghina masyarakat India kerana DAP tidak mengotakan janji pada 18 januari 2009 untuk tidak merobohkan kampung tersebut.
Gobala dalam sidang media kemudiannya terus mengecam Karpal dan DAP yang mempolitikan isu itu.
Katanya, samada Kampung Buah Pala atau Kampung Buah Dada, ianya tidak memberi apa-apa makna kepada penduduk India di kampung itu yang sudah diusir dan dipindahkan apabila perintah mahkamah mengosongkan tempat tersebut.
“DAP sepatutnya mengotakan janji tidak merobohkan kampung tradisi itu. Tak kira Rembau (Khairy) cakap atau tidak, ianya tidak beri makna kepada penduduk di sana,” ujar beliau.
Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berjanji mempertahankan kampung itu tetapi akhirnya isu itu dipolitik DAP semata-mata untuk menutup cerita ‘Kampung Buah Dada”.
Gobala berkata, beliau bangkit mempersoalkan Karpal kerana sebelum ini sudah berjanji mahu mempertahankan kepentingan masyarakat india di negara ini.
 
Beberapa ahli parlimen DAP yang mencelah isu itu menganggap Khairy menghina kaum wanita dengan istilah Kampung Buah Dada.AGENDADAILY.

Up Date,Video telah dikemaskini.


Nie yang depa suka,apa punya turrr orang penang kata.Kalau dah tak sampai 500 meter Pejabat Pok Nik nie apa cerita yang PAS PIS PUS dok nak gebang.Sebagai iman dikawasan terbabit perlu ambil tahu apa yang berlaku didalam kawasan kariah tersebut,,,Nie betul-betul kelam kabut punya pok nik.Lepas nie tukaq jadi ulardalam semak la pulak buka ulamak,Sembang bagi orang bimbang last sekali pungguq bagi anwar balun la klu cam tue.Pendedahan oleh KICKDELFELA.layan lah video dibawah nie.

Monday, October 31

Guan Nenen Jadi TIGER La Pulak.


Bila masa pulak LGE nie jadi TIGER pulak dah,Pening kepala la bapak nenen nie lepas satu-satu tukaq nama la pulak dah.Projek Tiger isu terbaru yang dibangkitkan pada sidang DUN kali nie,Nie dia yang YB yang paling lancang dalam sidang DUN,Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim dah kantoikan bapak nenen kali nie!!!!!!rakyat Pulau pinang perlu tahu apa yang bapak nenen nie dok kencing rakyat.umno-online dah kena sembilan Lapor polis Oleh DAP berikut apa artikel yang didalam laporan Polis  bertajuk, 'Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam' ; 'Isu Cabul : Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Sial Moral??' ; 'Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit' ; 'Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit' dan artikel siaran suratkhabar harian Cina, Guang Ming Daily pada 21 Oktober (Guang Ming Daily bagaimanapun telah menafikan kewujudan laporan berkenaan).

Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa "kejayaan" kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Isnin.
"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?" kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.
Isnin lepas, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.
Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.
"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.
Azhar berkata bahawa setelah lebih tiga tahun berlalu, masih banyak janji kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang belum dilaksanakan.
"(Kerajaan negeri) pernah janji nak wujudkan Tiger Park, mana dia? Sampai sekarang tak ada apa.
"Heboh kata syarikat Korea akan melabur kira-kira RM300 juta untuk buat padang golf di Batu Kawan. Hilang...sampai sekarang tak bunyi-bunyi dah," katanya.
Azhar juga berkata beliau masih menunggu bila anggota exco kerajaan negeri akan mengumumkan aset masing-masing seperti yang dijanjikan.
"Dah tiga tahun enam bulan berlalu, borang tak siap lagi?" katanya.

PANAS:PERTIGA Rempit Lim Guan Eng.


Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.
Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini.
Perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.
Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.
Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. 
MKP kata LGE nie lepas status bapa nenen,masuk pulak Bapak segala rempit.

Hassan Ali & DAP.



Kerajaan perpaduan yang diusahakan secara rahsia oleh Hasan Ali sejurus selepas pilihanraya umum 2008 telah ditolak oleh kebanyakan kepimpinan PAS terutamanya Mursyidul PAS TG Nik Aziz Nik Mat. Sikap ‘belot’ Hassan Ali ini telah membuatkan beliau dipandang curiga oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


Demi kebaikan dan atas dasar ingin menjaga ketinggian syiar Islam, Hasan Ali sanggup membelakangkan rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau telah melakukan usaha membawa PAS bersekutu dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor.

Sekalipun kalau begitu niat beliau, dari sudut moralnya, itu bukanlah perbuatan yang beretika. Tidak sepatutnya kita menghalalkan cara untuk mencapai matlamat yang murni.

Semasa sukar dia berjuang bersama-sama rakan-rakan DAP dalam Pakatan Rakyat menentang BN menghadapi pilihanraya, tetapi apabila telah menang dia sanggup membelakangkan mereka.

Hassan Ali rasa malu dan keciwa dengan PAS kerana idea kerajaan perpaduannya telah tidak mendapat sambutan dari pihak PAS. DAP pula memandang Hassan Ali dengan perasaan yang curiga dan dilihat sebagai seorang ‘pembelot’.

Sepanjang kepimpinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Negeri Selangor, Hassan Ali dalam beberapa isu telah menjadi seperti pihak pembangkang kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Termasuklah isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan isu serbuan oleh Jabatan Agama Islam di sebuah gereja di Selangor.

Hasan Ali seperti ingin melepaskan dendamnya terutamanya kepada rakan-rakan DAP di Selangor bila berdepan dengan isu-isu yang ada kaitan dengan agama. Tidak seperti Khalid Samad, Hasan Ali tidak dapat bekerjasama dengan rakan-rakan DAP, kerana beliau selalu menganggap DAP sebagai musuh Islam.

Hasan Ali adalah termasuk orang yang berfikiran, syiar Islam hanya boleh ditegakkan melalui kuasa politik. Tidak hairanlah kalau dia telah memilih PAS apabila beliau ingin mendapatkan ‘kuasa’.

Syiar Islam tidak menjadi tinggi kerana kuasa. Ikutlah cara nabi, Islam disebarkan melalui dakwah dan tarbiyah. Politik berparti adalah cara kita memilih pemimpin untuk mentadbir Negara. Berbeza pendapat, berbeza parti bukan bermakna perpecahan. Umat Islam tetap satu tanpa mengira parti politik.

Masalahnya bila orang Islam sendiri tidak faham apa itu parti politik. Ada orang yang menganggap parti politik sebagai mazhab dan agama. Itu yang salahnya, dan itulah yang menyebabkan umat Islam berpecah, mereka jahil dalam memahami politik.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive