Thursday, November 10

Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tetek nk kacau tetek org



Zarina dalam gaya bersahaja turut mempersoalkan isu dedah payudara yang menjadi kecaman ramai pihak yang pernah menyaksikan foto berkenaan.
“All I hear frm yesterday is tetek this tetek that.. Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tetek nk kacau tetek org.” – @Zarina_anjoulie.
Majalah FHM Indonesia edisi Oktober memaparkan aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dalam beberapa aksi yang menghairahkan menjadi perhatian media online sejak petang kelmarin. Berikutan daripada itu, Zarina Anjoulie telah dikecam, tak kurang juga yang memuji akan aksi beraninya melalui ruangan sosial seperti Twitter & Facebook.
Bagaimanapun, Zarina Anjoulie yang dikenali kebal dengan pelbagai kecaman telah berkongsi satu tips agar payudara kelihatan mantap seperti yang dimilikinya. Dalam satu kenyataannya di laman Twitter @Zarina_anjoulie, dia menyebut, “Girls pegi La Senza beli push up bra maximum double layer, SETTLE THE BATTLE.”
Foto terbitan FHM Indonesia itu tidak seseksi manapun kerana sudah ramai yang melihat aset milik aktres ini dalam versi yang lebih terbuka. Google it!


SUMBER OHBULAN.

Konti Radio Filipina.Rupanya!!!!!!!!



Konti Radio Filipina rupanya.MKP hanya membuat andaian supaya ini tidak berlaku dimalaysia.Kepada FATlady baca dulu apa yang ditulis dan faham betul-betul.MKP bukannya menuduh yang bukan-bukan.
terima kasih kepada pemberi maklumat (fatlady) berikut adalah komen dari beliau
ni bukan berlaku kat malaysia. ni radio dari filipina dan perempuan ni namanya maui taylor...please check the internet n investigate it first, dont simply terus fikir radio local aje k...jadilah bangsa malaysia yang berkualiti... 
http://lahingpinoy101.multiply.com/photos/album/10/Maui_Taylor_Naked_Pictures
nanti u tak pasal2 kena saman linora low baru tau....baru dua blog i tengok siar ni, yours n Dr. MIM....c'mon lah....cuba la belajar selidik dulu baru selak kat blog....lain kali jangan buat lagi...

Setiausaha DAP Pulau Pinang hampir bunuh OKU !!


Apa nie DAP dah jadi gangstar dan buat Pulau pinang macam mak/bapak depa punya cakap prihatin dan pembela rakyat tapi OKU pun nak langgar.Apa punya kurang cerdik DAP nie sikap yang kurang ajar ditunjukkan oleh pemimpin mereka.ini belum dapat putrajaya klu dah dapat tak tau apa lagi depa akan buat terhadap OKU apabila berada dijalanraya.BACA SETERUSNYA

Dalil Politik Malaysia.




Tugas pembangkang ialah untuk melihat rakyat susah, kecewa dan marah kepada kerajaan. Jika rakyat marah, maka senanglah kerja mereka untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kerajaan semasa ini.Itu kerja pembangkanglah. Rakyat harus faham. Politik juga seperti berniaga nasi lemak. Jika gerai nasi lemak sebelah itu sedap dan untung, maka gerai nasi lemak satu lagi yang kurang pelanggan akan cuba sedaya upaya untuk memburuk-burukkannya. Itu termasuklah menggunakan perkhidmatan bomoh yang profesional.

Akhirnya gerai nasi lemak yang sedap itu pun jatuh bankrap. Yang memburuk-burukkan itu pun jatuh bankrap. Kedua-duanya lingkup dan gulung tikar. Puas hati.Itu ialah sifat orang Melayu yang suka dengki mendengki. Bacalah buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang kalau nak tau sikap dengki-mendengki orang Melayu sejak zaman kegemilangan hinggalah zaman itu jatuh berkecai dek dengki mendengki dan tikam belakang.

Parti-parti Melayu pun mempunyai sifat dengki yang sama. Akhirnya Melayu juga yang rugi. Parti milik bukan Melayu, yang akan mendapat labanya.Kita kini bersepak terajang mengenai hudud. Ia dibawa oleh Pas, yang mereka sendiri pun tidak mampu melaksanakannya di Kelantan dan Kedah. Pas sengaja melontarkan hudud itu kepada kerajaan Pusat supaya melaksanakannya, yang pada hakikatnya amat sukar dibuat.

Orang lain, bukan Islam dan bukan Melayu melihat dengan penuh keseronokan. Yang keliru ialah rakyat jelata. Pas pun bertepuk tangan, kerana melontarkan hudud dan melihat kerajaan Pusat terkapa-kapa.Pas minta rakyat bencikan Melayu UMNO. Melayu PKR pun masuk sama. DAP sebaliknya kini sudah mengumpul orang-orang Melayu untuk menyokong mereka.Kononnya, sudah ramai Melayu-Melayu digroom oleh DAP untuk menjadi calon dalam pilihan raya kelak. Malah ada yang dijanjikan jawatan Menteri Besar jika DAP memerintah negeri itu kelak.

Taktik DAP kini bukan main-main lagi. DAP ini cukup cerdik dan hebat dalam permainan politik mereka. DAP bermain senyap-senyap, buat bodoh-bodoh, tapi cukup halus dan licik.DAP tahu, wakil Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar, maka janji-janji telah ditaburkan kepada orang-orang Melayu itu. Difahamkan ramai lagi Melayu-Melayu telah dijanjikan kerusi untuk bertanding atas tiket DAP. Pas sedar ke?

Apabila Melayu berpecah-belah, maka percayalah Pas juga akhirnya tidak lagi relevan.Lagi pun Pas itu bukan pun kuat sangat, bising saja yang lebih. Seolah-olah mereka itulah yang hebat dan Islamik. Di Selangor pun, merekalah yang paling kuat bising, tapi berapa saja kerusi yang Pas menang? DAP pun bukannya suka sangat dengan mereka ini.
Akibatnya kita semua tergadai. Malaysia, mereka mahu dijadikan republik. Republik seperti di bawah negara kita ini. Tiada lagi raja-raja Melayu. Ia hanya tertera dalam sejarah, itu pun jika ia dibukukan.

Maka, jika itulah jadinya dan nasi sudah jadi bubur, ikutilah pantun klasik ini:

Pulau Pinang bandarnya baharu,
Kapten Light menjadi raja,
Jangan dikenang zaman dahulu,
Duduk mengalir air mata.

Oleh itu, selagi ada masa, tidak salah jika kita bersatu padu. Pepatah Melayu menyebut “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”Kini kita sedang berpecah-belah, paling teruk dalam sejarah moden Melayu...

Mat Sabu hina YB Zulkifli Noordin



mat sabu ketika berucap di majlis makan malam bersempena sambutan pas 60 tahun di bukit katil melaka.Apa cerita ni Mat Sabu!!! Cerminlah muka sendiri dulu.. hang tu dah lah mengaji tak tinggi.. Sibuk nak hina orang pulak.. Hang berjubo dengan bini orang tu kira HINA ke tak?Mempertikaikan Pejuang Kemerdekaan tu HINA ke tak? Sudah-sudahlah Mat Sabu Oiiii.. Balik rumah pi tengok cermin naa....Ni meh aku habaq kat hang.. Aku tunjuk hang latar belakang pendidikan YB Zul..Hang compare dengan hang sebelum hang nk HINA orang naa....

Latar belakang pendidikan YB Zulkifli Nordin :-

- Pendidikan awal di Ashby Road (Engllish) Primary School, Ipoh
- Sek. Men Anderson School & King Edward VII
- Pra Universiti Maktab Tentera Di Raja Sungai Besi
- A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland
- Victoria University of Wellington, New Zealand

Manakala Mat Sabu pulak, bersekolah di Pulau Pinang dan mendapat SPM dengan kelulusan gred 3. Kemudian menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM separuh jalan pada 1975 apabila terkandas dalam pelajarannya. Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. 

Betulkah Apa Yg Dilihat?

foto yang menunjukkan seorang wanita tanpa seurat benang di dalam konti radio!mungkin foto itu milik LINORA LOW benar atau tidak dapat dipastikan.Hanya pihak yang terbabit dapat memberi pengesahan apa yang berlaku.Berharap pihak Red.Fm dapat menyiasat apa yang berlaku supaya pekara begini tidak berulang.

Khalid Semakin Gagap.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pasti menghadapi laluan sukar kerana pasti banyak perkara yang perlu ditawarkan kepada rakyat terutama dari sudut kebajikan.Beliau pasti terbeban dengan tuduhan-tuduhan negatif penyokong parti dan sekutunya yang menganggap Bajet 2012 adalah gula-gula politik sedangkan Abdul Khalid pula mahu menawarkan apa ketika rakyat menanti-nanti imbuhan daripada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Abdul Khalid sudah pasti akan memastikan bajetnya tersebut memberi impak positif menjelang PRU-13 termasuk menjamin populariti kepimpinannya tidak merudum.Ini kerana Menteri Besar itu sedar beliau hanya mempunyai cengkaman pentadbiran sahaja tetapi cengkaman dan penguasaan politik dibayangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.


Belum tentu beliau akan terus kekal menerajui negeri ini sekiranya PKR berjaya mengekalkan kerusi yang banyak pada PRU akan datang kerana Pas dan DAP juga sudah pasti mengintai tempat kerusi panas Menteri Besar.




Isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh tersebut akan memberikan impak kepada setinggi mana tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan parti pembangkang di Selangor berdasarkan bidang-bidang tumpuan yang diberikan iaitu dari segi kredibiliti, efektif, keberkesanan dan tadbir urus.Sebenarnya memang mudah membuat pelbagai janji yang manis-manis tetapi apabila sudah mendapat tampuk kuasa dan menghadapi realiti politik dan masalah akar umbi ia tidak semudah dijangkakan.


BN yang mendapat suntikan daripada Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa kali melengkapkan pusingan program turun padang ke negeri selain pukulan Bajet 2012 yang sekali gus menenggelamkan sinar 'Buku Jingga' harus mengambil peluang ini untuk menampilkan perdebatan yang berkualiti dalam sidang kali ini bagi mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju PKR, DAP dan Pas.


Isu terbaru  termasuk membabitkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB). Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.


Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.Menurut laporan itu lagi, selain itu, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak diadakan mengikut kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi. KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri.


Kerajaan memberikan alasan bahawa program pemberian air percuma 20 meter padu tidak mempunyai kaitan dengan kerugian KDEB. Namun setakat ini tiada sebarang sebab pula diberikan tentang faktor kerugian kalau bukan sebab air. Adakah faktor ketidakcekapan pengurusan baru KDEB?Kerana berdasarkan perjanjian dengan kerajaan negeri pada September 2008, KDEB telah diberikan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun.
Difahamkan kerugian KDEB pada 2009 kerana menanggung kos program air percuma bernilai RM131.47 juta di samping perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor sebanyak RM4.1 juta sedangkan kedua-duanya bukan aktiviti KDEB.


Program air percuma sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Pinjaman KDEB daripada kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana syarikat tersebut perlu berhutang. Namun demi janji PRU-12, kerajaan negeri terpaksa meneruskan program air percuma meskipun tidak mampu dalam tempoh jangka panjang. Akhirnya KDEB tidak dapat bertahan dan pembayaran perlu diberhentikan. Kalau tidak anak syarikat kerajaan negeri itu akan terus mengalami kerugian.


Pendedahan Laporan Audit Negara terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Woldwide Holdings Bhd., PKPS Agro Industries dan Tourism Selangor Sdn. Bhd. juga memerlukan satu bedah siasat secara terbuka dalam sidang kali ini.
Selain itu, kepimpinan Abdul Khalid juga tidak dapat lari daripada kepincangan yang pernah didedahkan sendiri oleh laporan audit dalaman kerajaan negeri berkaitan Yayasan Selangor dan juga kemelut yang menimpa Universiti Selangor (Unisel).


Isu-isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar termasuk melibatkan pelantikan pasukan penasihat dan perunding luar dengan gaji lumayan hingga mengetepikan kemampuan pegawai sedia ada.


Soal pengurusan hasil pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. juga sebenarnya masih menjadi tanya tanya. Sedangkan rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran hasil pasir yang dilombong secara agresif itu benar-benar masuk ke kantung rakyat. Ini kerana membincangkannya pada masa ini menjadi sub judice sementalah ia masih dalam pendengaran Jawatankuasa SELCAT.




MKP kata:Ingatlah rakyat sudah semakin sedar dan celik jika terdapat sebarang pembohongan dan tipu daya. Tunggu saja PRU-13.

Salam 1 Malaysia.

MB Saman Penulis Blog Fitnah.



Sapa punya kerja buat fitnah pulak nie.MB Terengganu lebih berani dari LGE kerana menyaman penulis blog berkenaan dan laporan polis akan dibuat.Blogger terbabit mungkin mahu meniru cara blogger elit penang untuk bermain dengan isu nenen yang hangat sebelum ini.Begitu jugaj dengan ADUN PAS dikelantan.nampaknya akan kantoi mereka lepa nie.
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.
Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya. - BERNAMA

Wednesday, November 9

Boria, Francis Light, dan Koh Tsu Koon



Bayangkan satu senario di mana sebaik sahaja Francis Light menjejakkan kakinya di bumi Pulau Pinang kira-kira 150 tahun silam, ribuan penduduk menyambut beliau dengan persembahan dan nyanyian boria: “Lainlah buluh, lainlah parang. Lain dahulu, lain sekarang. Tuan Light sudahlah datang. Kami nak serah, Pulaulah Pinang. Yay!!”
Namun hal seumpama ini tidak berlaku dalam sejarah. Malah tidak ada rekod seni persembahan boria itu adalah merupakan budaya tempatan melainkan diimport sebagaimana Francis Light itu mengimport dirinya ke Pulau Pinang.
Apapun catatan sejarah menunjukkan Light menguasai Pulau Pinang setelah memperdayakan Sultan Kedah. Dan kemunculan beliau, bukan sahaja merobah lanskap rupa bumi pulau berkenaan tetapi turut merobah demografi, budaya sosial serta set minda penduduknya hampir untuk selama-lamanya.
Justeru di atas sebab inilah juga barangkali askar-askar Inggeris diarahkan oleh pihak berwajib British agar mengimport persembahan boria dari India dan memaksa penduduk tempatan ketika itu mengubahsuaikannya agar dapat diterima di sepanjang zaman kelak sebagai satu budaya tempatan yang lahir dan berasal dari Pulau Pinang.
Itulah kebijaksanaan penjajah. Penipuan tidak semestinya secara langsung tetapi secara tidak langsung dan cukup halus.  Paling penting, segala penipuan, tipu daya dan putar belit mestilah berkeupayaan  kekal untuk selama-lamanya.
Kita tak perlu menyelongkar khazanah sejarah bagi mempertahankan tentang asal-usul boria kerana ia semacam tidak lagi relevan dalam konteks Pulau Pinang.  Ini kerana bagi kebanyakan penduduk Melayu pulau negeri tersebut, hampir semuanya sudah tiada lagi kecuali boria.
Sultan Kedah dan penduduk negeri “jelapang padi” waktu itu,  mempunyai sebab untuk tidak merestui kehadiran penjajah berkulit putih itu. Benarlah dasar penjajah seperti kata pepatah lama, diberi betis,hendakkan peha dan  benarlah Francis Light seperti juga macam Belanda—mulanya mendapat seinci tanah, kemudian lama kelamaan habis satu negeri dijadikan tanah jajahan. Tak cukup dengan sebuah pulau, sebahagian tanah besar Kedah juga dijadikan milik mereka dan diberikan nama Province Wellesley (kini Sebarang Perai).
Penduduk Cina di Pulau Pinang tidak kisah sikap Inggeris dan Francis Light kerana kedatangan mereka ke pulau itu adalah untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kehidupan masa depan yang lebih baik.
Orang Melayu sebagai  penduduk asal selain kehilangan sumber pendapatan malah mereka kini terpaksa hidup berketuakan Inggeris, bukan lagi Sultan dan harus patuh kepada segala garis panduan dan peraturan hidup yang ditetapkan penjajah pula.
Dalam sekelip mata  Sultan dan rakyat Kedah kehilangan sebahagian dari sebuah  negeri dan di samping itu mereka juga kehilangan bebebasan manakala orang Melayu Pulau Pinang kehilangan sejarah “who’s who” orang-orang melayu di pulau itu. Kini dari senarai 20 orang-orang terkenal di Pulau Pinang, tiga empat kerat  saja Melayu manakala yang lain-lain terdiri dari bukan Melayu termasuklah pereka kasut dan juga jaguh badminton.
Tidak ada usaha oleh orang Melayu sendiri menulis sejarah mereka selain dari bergantung kepada “tulisan dan rujukan” yang disediakan bukan Melayu.
Sejarah kedatangan Inggeris ke pulau ini dikaitkan dengan permulaan “open war” antara orang Melayu dan Inggeris yang mana seperti diketahui, kita tidak pernah menang. Kalau menangpun kita sekadar menang dalam hal-hal rundingan. Maka seperti kita ketahui kalau setakat keris dan parang bukan saja tidak dapat menghalau penjajah dari bumi mereka bahkan anjing yang dibawa penjajahpun boleh mentertawa melihat keupayaan orang Kedah mendepani askar-askar Ingeris yang dilengkapi senjata yang secara relatifnya dianggap canggih.
Sejarah Pulau Pinang hari ini adalah sejarah ketidakupayaan orang-orang Melayu menentang Inggeris yang datang dengan niat hendak menjajah mereka. Seperti umum ketahui negeri itu asalnya milik Kesultanan Kedah tetapi bertukar tangan pada 1786 setelah diserahkan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa, kepada Inggeris sebagai pertukaran  mendapat perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Inggeris bukan saja berjaya menguasainya, pada 11 Ogos 1786,  Francis Light menukar namanya kepada Pulau Prince of Wales serta “tanjung” mendapat nama Georgetown.
Sejak dari tarikh keramat itu, Kedah bukan saja kehilangan sebuah “pearl of the orient” atau mutiara timur, Kedah juga kehilangan sumber kekayaan dan lebih perit orang-orang Melayu juga mendapat “tuan” baru. Maka sejarah juga memperlihatkan bagaimana Pulau Pinang yang mulanya dihuni orang Melayu,mula menerima kemasukan orang Cina dan India dan akhirnya orang Melayu kekal sebagai kaum minoriti di situ.
Justeru hari ini, Pulau Pinang sudah terlepas peluang untuk kembali di bawah naungan Kedah bahkan cucu cicit Francis Light pun tidak peduli. Keresahan orang-orang Melayu bertempat berbanding masyarakat Cina. Semakin hari semakin merosot pengaruh orang Melayu di pulau itu dan semakin lama semakin terpinggir mereka ditempat yang pernah mereka anggap sebagai sebuah surga. Setiap kali ada usaha memperjuangkan nasib mereka dibuat, ada pihak menganggap Melayu di sana terlalu dimanja-manjakan.
Hakikatnya bukannya orang Melayu tak mahu memperbaiki diri dan masyarakat tetapi tekanan serta penindasan seperti berjadual. Bahkan isu yang sering dijadikan “hantu” menakut-nakutkan pengundi Cina ialah UMNO mahukan semula jawatan Ketua Menteri. Pilihanraya umum ke-13 dilihat sebagai berakhirnya kekuasaan calon Cina sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan selepas tarikh itu, calon dari UMNO bakal menggambil alih.
Dengan demikian orang Cina tanpa mengira fahaman politik serta parti yang ditunjanginya akan berdiri mempertahankan status quo. Pulau Pinang dilihat kini milik mereka malah milik mereka selama-lamanya dan  jawatan Ketua Menteripun dianggap hak mutlak yang tidak boleh ditawar menawar lagi.
Tidak, Pulau Pinang masih gah dipersada dunia bahkan akibat tsunami lima tahun lalupun negeri itu muncul macam yang kita biasa saksikan di kaca tv. Bagi orang Melayu banyak benda yang berubah sejak beberapa tahun kebelakangan. Kalau ratusan tahun lalu, sultan mereka adalah sultan Kedah namun, kini ia hanya ada Yang diPertua (atau Gabenor) serta Ketua Menterinya adalah dari orang Cina. Sebab itu ada juga budak-budak nakal menyamakan Pulau Pinang macam Singapura, itupun sekadar dinyanyikan dalam pertunjukan boria di kampung-kampung.
Hari ini sesiapa yang berjalan di Penang Road ataupun berada di Batu Maung tentu akan mendengar orang bercakap tentang politik tempatan. Selain bercakap tentang betapa angin perubahan mulai bertiup melepasi jambatan Pulau Pinang, mereka juga  bercakap tentang masa depan Tan Sri Koh Tsu Koon. Ramai yang mahu melihat Pulau Pinang diperintah oleh Ketua Menteri baru, bukan Guang Eng dan bukan juga Tsu Koon.
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak macam ada “bola Kristal” yang selain dapat melihat malah boleh membaca apa yang tersirat dalam hati penduduk tempatan. Maka pengumuman Najib bahawa UMNO tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri walaupun BN kembali memerintah mengandungi maksud tersirat.
Mungkin kenyataan Najib membuatkan masyarakat Melayu, buat masa ini, terkilan namun jangka panjang, orang-orang Melayu di pulau itu akan nampak hakikat yang tersirat. Pendek kata Najib bukan boleh dibuai dengan lagu-lagu boria semata-mata.Ada perkara yang lebih besar dan signifikant bermain difikirannya.
Dan ia bukan lagi dalam bentuk Francis Light jelmaan, atau Koh Tsu Koon jadi-jadian tetapi dalam erti kata yang lebih saksama kepada semua.-

PDRM Kereta Peronda Baru.

Tahniah kepada PDRM kerana telah mendapat kereta peronda baru dari pihak NAZA  WORLD BHD.Pada Majlis penerimaan 3 kereta peronda dirasmikan oleh DS HishammuddinH20.Cantik dan bergayalah anggota PDRM lepas nie.diharap selepas ini segala tugas yang diberi dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan efisen.inilah tranfomasi kerajaan BN untuk memperkasakan KDN dan PDRM.

KDN memberi tumpuan khusus terhadap usaha membasmi jenayah di negara ini bagaimana usaha memerangi jenayah dilaksanakan.
 kemajuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.

NKRA, seperti pengerahan semula para pegawai polis daripada tugas-tugas bukan teras kepada tugas-tugas kepolisan serta balai polis bergerak kami.

Di bawah Makmal Jenayah, lebih kurang 55 inisiatif telah dikenal pasti bagi membantu mencapai sasaran untuk menurunkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada 2010.
hampir kesemua 55 inisiatif berkenaan telah dilaksanakan di pelbagai peringkat dan telah menghasilkan pencapaian ketara daripada segi penurunan indeks jenayah.

Sebagai contoh, pemantauan yang kami buat secara suku tahunan (membandingkan pencapaian dalam tempoh suku tahun dengan tempoh suku tahunan asas iaitu suku kedua 2009), kami dapati di seluruh negara, indeks jenayah telah mencatat penurunan yang menggalakkan iaitu lebih kurang sebanyak 15.1 peratus, manakala jenayah jalanan pula menurun sebanyak 39.6 peratus.

Penurunan kadar jenayah ini juga menjadi bukti tentang keberkesanan strategi dan pendekatan

KDN dalam memerangi jenayah. Sebagai langkah pertama, KDN menganalisis statistik bagi mengenal pasti 50 kawasan yang paling banyak berlaku kes jenayah, yang kami labelkan sebagai titik panas. Kemudian, kawasan ini dipecahkan mengikut balai polis.

Selepas itu, makmal berkenaan akan menggubal kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh bagi memerangi jenayah yang meliputi bidang seperti pencegahan, pendakwaan, hukuman dan pemulihan.

Daripada segi pelaksanaan, KDN juga telah melaksanakan inisiatif bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan di jalan-jalan raya.


Mesti UMNO yang salah ni..


Sekarang ini macam macam hal telah berlaku , setiap kali fitnah dilemparkan pada  orang yang tak bersalah  maka ada ajer perkara yang berlaku selepas itu- Baru baru ni anak PM pulak jadi mangsa akan tetapi semuanya dispin- UMNO juga la yang salah.
Baru baru ni anak siapa la pulak kena tangkap ni akibat merompak. Kadang tu jika difikirkan ucapan ucapan yang dikeluarkan oleh mereka semacam tak ada salah , cacat celanya  institusi keluarga mereka ini. Tapi kali ni Allah tunjukkan bahawa berlaku adil sesama manusia tu wajib- bukan ikut  perut sendiri ajer.. kena faham bab ni..
Anak tiri kepada wakil rakyat (PAS) di Kelantan ditahan reman selama tujuh hari kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar Kota Bahru. Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Pemuda berusia 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan menggunakan senjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah. Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki yang bertubuh gempal, berambut kerinting dan memakai baju lokap berwarna ungu itu kelihatan tenang.
Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Jalan Telipot, selepas pihak berkuasa itu menemui beberapa petunjuk. Berdasarkan modus operandi, suspek disyaki menyamun sekurang-kurangnya lima buah kedai serbaneka di sekitar bandar ini iaitu di Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerlang, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau dan bersebelahan pasar raya KB Mall baru-baru ini.
Sebelum menyamun, pemuda itu dikatakan berpura-pura untuk membeli kad tambah nilai pra-bayar sebelum mengeluarkan pisau dan melarikan wang. Malah dia juga dikatakan tidak memakai topi keledar atau topeng untuk menutup muka setiap kali melakukan rompakan.
Psssttt…. susun bini pandai… tanggungjawab buat2 lupa…


Tuesday, November 8

DiPukul Kerana Mencuri.Jangan Tengok Jika Takut Darah.

INILAH PENGAJARAN KEPADA PENCURI,PATUTKAH BELIAU DIHUKUM SEBEGITU RUPA NASIB BAIK KITA DIMALAYSIA MASIH MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG YANG ADIL DAN SAKSAMA.NAMUN BEGITU PIHAK PEMBANGKANG PAS/DAP DAN PKR MASIH LAGI TIDAK BERPUAS HATI DEK KERANA KEKEDANG KEPUTUSAN TIDAK MENYEBELAHI MEREKA.INILAH YANG BERLAKU DI INDONESIA.ADAKAH KITA SEMUA MAHU MENERIMA UNDANG-UNDANG RIMBA INI.

Umno Tidak Sekat,Cakaplah Apa Pun!!!!!!

UMNO tidak menyekat mana-mana pihak untuk bersuara bagi memperkasakan parti keramat ini.ini dilihat pada kepimipinan yang lalu telah memberikan kebebasan bersuara dikalangan pemimpin mahuipun akar umbi.akan tetapi adakah semua pemimpin selesa apabila kena teguran.Melompat bila kena batang hidung sendiri.

 KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, setiap hari beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan daripada parti.

"Tiada satu pun pekeliling yang dikeluarkan kepada mana-mana pemimpin Umno baik di peringkat negeri, bahagian atau individu mengatakan mulut mereka terkunci dan tertutup sepanjang masa. Kadang-kadang mereka bercakap lebih daripada yang sepatutnya pun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog terbuka dengan 50 graduan yang terpilih untuk menyertai program Teach For Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini yang mendakwa kononnya dalam UMNO sudah tiada peluang untuk bersuara, dan jika mahu bercakap pada perhimpunan agung pun, individu itu perlu mendapatkan kelulusan pihak atasan.

Pada 22 Julai lepas, Tengku Razaleigh melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan beliau sebagai presidennya, sebagai “platform untuk menyuarakan pendapat secara lebih meluas”. - Bernama

Pelajar Malaysia di Jawa Timur dibunuh cuba halang motosikalnya dicuri

JAKARTA - Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandarMalang, Jawa Timur, malam tadi.

Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti
Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan
ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.

Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia
sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis
Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.

Pereira berasal dari Klang, Selangor.Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, LudinataMisnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.

Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah
itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya. - BERNAMA




Hampa Tipu Anuar Dah Pi Haji La.


Hampa tipu la Pak sheik dah pi haji la siap dapat haji mambur pesemboq lagi.Bukti yang dinyatakan oleh pihak berkenaan kantoi sekali lagi dah.Nama pun PakSheik mesti dan gerenti konfom dah pi haji,Pak shiek tahu selok belok agama dan pandai dalam ilmu dan fatwa la,martabat Pak sheik lebih up skit dari Pok Nik la.Berceramah dan berpidato punya dasyat.Bab nie aku puji Pak shiek.Kencing pun pandai habis satu malaya kena ranjau dengan dia,cakap sini Cakap sana kona sini kona sana semuanya bau hancing kena kencing.


tue dia kantoi jugak juak-juak penjilat pak sheik nie,gambar yang kena kona kot belakang depa cedok.Apalah punya bingai puak nie klu nak tipu belajaq bagi khatam kat Pak sheik dulu.Dia hebat pandai kona.depan belakang sama rasa.Pak sheik bila nak pi haji dan bila nak angkat sumpah lahanat nie?????lama dah dok tunggu sampai berjanggut atas dan bawah dah nie.

Monday, November 7

SELAMAT DATANG KE NEGARA KEBAJIKAN


HAAAAAA SAPA NAK TENGOK POK NIK NGAN MAT SABUN MENARI HULA-HULA HAWAII,KELAKAR GILA BABI NIE BEB.CHEH PERUT ADA BULU.

MKP Dah Kena Depan/Belakang Kiri Dan Kanan.


Fuh tak sangka blogger picisan pun kena jugak tempiasnya.Inilah dunia politik yang sungguh kejam dan tidak bertimbangrasa.Dah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke telingalah jawabnya.Klu setakat maki hamun MKP tak rasa apa dah!memang jenis yang berani mati punya.inilah cabaranya jika kita bermain dengan api kekadang terbakaq jua jika tidak berhati-hati dengan niat dan sifat iri hati sesetengah pihak.Berpura-pura baik didepan mata akan tetapi niat yang busuk itu terhidu jua akhirnya.Woi bangkai tikus bolehlah tutup dengan daun ketapang nie bangkai ikan PAUS mana boleh tutup dengan daun.satu kampung berbau jua akhirnya.

Berkat kesabaran dan tiada niat untuk membalas kembali apa yang dilakukan terhadap MKP.Ternyata Allah membuka pintu hati seorang hamba Allah menceritakan semua pekung yang tersimpan didalam hati terhadap penfitnah yang melakukan kemungkaran terhadap MKP.Sampai tiduh bermacam-macam fitnah dan tomahan.Kesabaran itu ada had dan limitnya.Buat apa yang menyimpan kesumat dengki yang terpendam sebegitu lama.

MKP berjuang adalah dengan niat yang ikhlas untuk membantu UMNO/BN merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP.Akan tetapi jika niat perjuangan MKP disalah anggap dan perkecilkan dan dihina seperti pelacur.MKP berjuangan bukan kerana nama dan pangkat atau mengejar kekayaan.jika hendak kaya jadilah peniaga atau usahawan.MKP tidak pernah mendapat apa-apa habuan dari agensi berkenaan.Pada masa ini pun semua perbelanjaan untuk berblogging ditanggung sendiri,Tak pakai duit mak/bapak hampa pun.Tapi pihak berkenaan pernah berjanji nak bagi  tapi apakan daya cuma blogger picisan makan kuah sepanjang masa.Selalu kena kencing. tetapi tidak mengapa bukan itu yang dikejar.

NAK TAHU LEBIH LANJUT BACA DISINI.

EXCO AGAMA PENANG TIDO LENA.


Takkan nak dok diam bila masalah sosial yang meruncing ditengah bandaraya Georgetown yang terkenal sebagai pusat pelancongan dimata Dunia.Sebab Inilah yang kami membantah Seksualiti Merdeka 2011 yang akan dianjurkan dalam masa terdekat,Kita dah banyak sangat masaalah sosial yang ditahap meruncing jika tidak dibendung nanti besaq kepalalah puak-puak dwi seks nie.Pak Sheik pasti suka sebab mereka sealiran walaupun pada zahirnya nampak tidak sama tapi naluri dan keinginan mereka tetap sama.

DAP diam membisu kerana sekarang sibuk dok kumpul dana untuk pilihanraya akan datang.Tp exco Agama yang cakap pandai dari orang lain walaupun suaranya tidak sempurna macam itik senang cakap.Terkenal seluruh seantero Malaya Malik Itik nie garang apabila membela BOSSnya Lim Nenen dan tidak berbuat apa=apa apabila masaalah yang melibatkan agama islam dan akidah yang diberi amanat kepadanya untuk menjaga hal ehwal agama dan Islam,Takkan hal islam pun kena tunggu arahan dari BOSS nenen baru nak buat kerja kot.????

GEORGETOWN: Kawasan sekitar Lebuh Chulia di sini, terus menjadi tumpuan kegiatan maksiat dan imej sebagai 'lubuk pondan' mencari rezeki masih kekal walaupun tindakan penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa.

Dengan berpakaian wanita, kebanyakan pondan yang berkeliaran mencari pelanggan di kawasan itu dan lorong lain yang berdekatan termasuk Jalan Pintal Tali, Lebuh Campbell dan Jalan Penang, tidak segan silu menawarkan perkhidmatan mereka.

Peniaga di sini boleh mengenali wajah pondan kerana sudah lama cari makan di sini, malah ada juga muka baru setiap bulan. Bukan di sini saja, mereka juga merayau di Jalan Pintal Tali, Lebuh Chambel dan Jalan Penang. - Ali Abdul Rahman, Peniaga runcit Tinjauan di sekitar kawasan itu mendapati pondan, sama ada berkumpulan atau berseorangan berpelisiran bermula jam 9 malam sehingga awal pagi di bawah cahaya lampu yang samar-samar mencari pelanggan.

Ada pondan yang berpakaian terdedah seperti model, malah ada yang hanya memakai kemeja-T serta berseluar panjang, yang sekali sekala muncul dari kawasan gelap.

Sekurang-kurangnya 10 pondan menunggu pelanggan di sepanjang Lebuh Chulia, malah mereka berani menahan kereta apabila pemandu memperlahankan kenderaan apabila aksi pondan itu mencuri tumpuan orang awam.

Kelihatan juga pelanggan yang menunggang motosikal menghampiri pondan, dipercayai berminat dengan tawaran pondan berkenaan. Mereka juga mensasarkan pelancong asing serta pekerja asing di bandar ini. 

Seorang pondan bernama Ema, 20, mendakwa sudah enam bulan mencari rezeki di kawasan itu dan menawarkan khidmat serendah RM20.

“Kamu boleh bawa saya pergi,” katanya yang beredar selepas curiga dengan penulis.

Sementara itu, seorang peniaga runcit, Ali Abdul Rahman, 39, berkata senario itu bukan sesuatu yang baru di kawasan berkenaan, malah pelbagai tindakan diambil bagi membasmi gejala yang tidak sihat itu.



READ MORE

Jutaan Terima Kasih.Kepada semua yg menyokong MKP.






berikut adalah rangking yang dikeluarkan oleh MYMASSA.Alhamdulilah MKP telah mencapai pada kedudukan 24 dalam carta.ini adalah pencapaian terbaik dalam dunia blog ini.Pada bulan lepas MKP berada dia kedudukan 34 naik 10 anak tangga.walaupun MKP baru berusia setahun jagung.Pencapaian ini tiada maknanya jika tidak mendapat sokongan dari pengunjung/pembaca dan pengikut blog MKP.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua.MKP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kepada otai blogger penang.MIM,PISAU,EMPAYAR PEMUDA,PEJUANG BANGSA,MPP & ANAK SEBERANG kerana banyak membantu.Tak lupa jua kepada rakan-rakan lain yang berada didalam dunia blogging ini.Nak Sebut semua ramai nie.

AKAN BERUSAHA LAGI UNTUK MERAMPAS KEMBALI PULAU PINANG DARIPADA DAP PADA PRU 13 NANTI.




Anak Gadis Islam Berbogel Dlm Kolam.


Jika ini dijadikan ukuran.Apatah lagi yang akan terjadi apabila Seksualiti Merdeka 2011 tidak ditentang serta dibantah oleh pihak yang berwajib yang mempertahankan adat serta masalah sosial yang melanda malaysia kini boleh dianggap ditahap meruncing.Pihak Berkuasa harus memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan tidak bermoral itu.DBKL berhak ambil tindakan kerana tiada kelulusan diberi untuk majlis sebegini. Kalau ia dilakukan di premis perniagaan, kita boleh sita dan kalau di premis awam kita akan ambil tindakan (terhadap penganjur).



Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedia bertemu dengan penganjur program 'Seksualiti Merdeka 2011' untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penganjuran program itu.
"Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara," katanya.
jika ini biarkan adakah pekara yang diatas mungkin berlaku.

Rasanya perempuan ini menyokong siapa?adakah BN atau Pakatan Rakyat.Pemimpin PAS,PKR dan DAP menyokong ambiga selama ini membisu dan mayokong apa saja yang dibuat oleh betina sekor tue.Adakah mereka telah disumbat dengan gula-gula supaya berdiam diri.fikirkanlah apa yang akan terjadi apabila budaya seks bebas ini dibiarkan.
Kenyataan mufti perak harus diberi perhatian.





Bila Pok Nik Jumpa Teo Nie Ching .


tengok dan buat penilaian apa yang diperkatankan. 

Sunday, November 6

Kucing Dipotong Kaki Kerana Mencuri Ikan

Masih ada yang prihatin dan sayang kucing.Itulah sifat yang harus dipuji.Kepada yang memotong kaki kucing ini terimalah balasan dari Allah.Jika kita berbuat baik maka baiklah balasannya jika membuat kejahatan atau penginayaan kepada manusia atau binatang terimalah balasanya kelak.

Gobi Lu Bikin Panas!!! Hina Islam Pulak.


inilah sikap yang ditunjukkan oleh Gobikrishan,sengaja mencetuskan kemarahan umat islam dikala bulan baik dan hari yang mulai ini bagi semua umat islam menunaikan ibadah qurban yang dituntut oleh Islam. Katanya "takde beza org islam sembelih lembu dgn org hindu sembelih kambing dan org buddha sembelih babi! sama je". Kenyataannya ini menghina umat Islam, menyamakan adab sembelih dan haiwan korban dengan babi.

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Kenapa hendak menghina agama yang dianuti oleh kaum lain dalam masyarakat di Malaysia.Ternyata Gobi ini kurang cerdik dan pemikiran sama dengan babi yang hanya tahu makan dan berak ditempat yang sama. Namun kemeriahan ini dicemari dengan lemparan yang tidak berasa dari si bangsat ini! Gobi Rasis!!

Kaum India yang lain pun malu dengan sikap si bangsat ni!

Ibadah Qurban "Reformasi"

Ibadah Qurban pun nak dipolitikkan oleh tian chua dan mempergunaan AJK masjid untuk mencapai hasrat beliau.Gambar ini diambil oleh seorang rakan diMasjid Saidina Ali.Inilah yang digunakan oleh PKR masuk masjid untuk memecah-belahkan umat islam.

Siapa Zairil Yang Pergunakan Nama Khir Johari?



DAP kononnya akan meletakkan seorang calon melayu mewakili parti itu di Pilihan Raya Umum akan datang. Calon tersebut adalah pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bernama Zairil Khir Johari. Apa yang menjadi persoalan saya, adakah Zairil ini seorang Melayu? Layakkah dia dipanggil Melayu?
Saya telah mencari pelbagai maklumat mengenai Zairil di internet tetapi hasil yang saya perolehi adalah Zairil hanyalah anak tiri kepada bekas pejuang UMNO iaitu Khir Johari. Ini bermakna, dia hanyalah anak tiri kepada Khir Johari. Ibunya seorang Cina dan bapanya tidak diketahui.
Adakah kerana dia anak tiri kepada Khir Johari maka dia boleh dilabelkan sebagai seorang Melayu? Bukannya saya bermaksud rasis di sini tetapi sikapnya sama sekali tidak mencerminkan seorang Melayu. Apatah lagi dia seakan memperkecilkan parti UMNO yang menjadi perjuangan bapa tirinya itu.
Secara tidak langsung, Zairil memalukan nama besar Tan Sri Khir Johari. Jasa bapa tirinya itu terlalu besar kepada parti UMNO. Amatlah memalukan apabila dia yang hanya merupakan anak tiri Khir Johari cuba mengaibkan nama baik tokoh berkenaan.
Saya amat berharap, sekiranya Zairil ingin berkecimpung di dalam dunia politik, berdirilah atas kaki sendiri dan jangan sesekali menggunakan nama Khir Johari sebagai landasan untuk dia mencari populariti murahan dalam kancah politik.
Jangan mencari jalan pintas untuk terkenal. Perjuangan Zairil dan bapa tirinya jauh berbeza, oleh itu, jangan sesekali mengaitkan nama Khir Johari dalam arus politik yang dibawanya.
Saya juga berharap agar ada anak-anak kandung Khir Johari yang bersuara dan menghentikan perbuatan Zairil ini. Berpolitiklah dengan betul.
Halijah Ahmad

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive