Monday, November 14

Kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan

Sebuah kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 7.30 pagi tadi, mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur.

Khalwat: MB Terengganu.


Dalam politik di zaman blog, Facebook dan twitter ini, jika seseorang pemimpin difitnah dan beliau diam, orang akan kata betul, maka sebab itulah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat.
Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang.

"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam  selepas membuat laporan polis itu.

Katanya pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.
Sebelum ini, Ahmad berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat.
MKP kata kita tunggu hasil siasatan Polis dan tengok sapa yang kena?

UMNO Jugak Yang Salah??????/



Kereta milik ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaikh Ismail hilang dipercayai dicuri semalam.
Benda yang remeh hendak dipolitikkan oleh PKR nie,klu seluar dalam yang hilang tentu salahkan UMNO jugak lepas nie.Tuduhan tidak berasas serta melu;u.

Menurut Harakahdaily, kereta jenis Proton Waja berwarna perak itu disedari hilang pada jam 7 pagi semalam setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

Siti Aishah Shaik Ismail, ketua srikandi pkr"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi.

"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," katanya kepada Harakahdaily.

Berikutan kehilangan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kereta tersebut," katanya sambil menegaskan beliau tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, mengapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan kejadian berlaku berhampiran dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting berkenaan.

"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Siti Aisyah.

DAP Gila Kuasa.Melayu Dah layu Sahaja Ikut DAP.




Melihat pada penjelasan oleh Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak.tersentuh untuk MKP menulis apa yang diperkatakan.Pak Ngah turut menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa ke jalan yang sesat. Walaupun Malaysia (Tanah Melayu) sudah aman damai dan merdeka, namun terdapat anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai ruang untuk merobohkan keharmonian negara ini.

"Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. Sebagai contoh, buku yang saya sedang baca sekarang ini, "Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia", jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik."Dia memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu ini," tambahnya.

Adakah belia masa kini sedar apa yang berlaku?jika tidak diberi penjelasan kepada golongan ini nescaya mereka akan hanyut dibuai oleh DAP.Golongan belia perlu diberi penerangan oleh pihak yang berkenaan.

Sunday, November 13

Susu 1Malaysia ada E.coli?? Mana Sampel dan Nama Makmal??


Nampaknya Pakatan Rakyat semakin mengganas, menyerang kerajaan dari pelbagai sudut. Terkini, hal salah satu produk Kedai 1Malaysia, susu yang dikatakan dicemari bakteria e.coli.



 Berita ini boleh dibaca di Kosmo Online.


Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli.

Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.

Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.

"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Semalam. Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M. -malaysiakini (sumber rasmi berita fitnah)


Kalau nak kata laporan makmal yang mengesahkan tuduhan ini, bagi saya, laporan makmal boleh ditipu atau dibuat sendiri, atau upah mana2 makmal untuk keluarkan laporan tipu, macam yang Anwar buat untuk tipu laporan kes liwat dia.


"Hang ngata aku no??"




Kalau betullah susu tersebut dicemari oleh bakteria e.coli, jadi sila tunjukkan bukti sampel yang telah dibeli dan nama makmal swasta yang buat analisis. Ini penting untukMEMBUKTIKAN bahawa sampel itu memang ada e.coli, dan kita nak buat analisis jugak untuk membandingkan keputusan. Keputusan makmal boleh jadi tidak jitu jika sampel berlainan diambil. Dan perlu diingatkan  juga, kilang yang menghasilkan susu ini mesti ada buat ujian makmal untuk produk susunya, paling kurang seminggu sekali. Jadi, kalau ada masalah terhadap produk susu yang dikatakan tercemar itu, sampel2 susu dari batch yang sama perlulah dianalisis supaya keputusan yang diperolehi adalah tepat. Berapa peratus kandungan bakteria e.coli dalam sampel? Adakah ia mematuhi standard Akta Makanan 1983???


Setakat tunjuk laporan macam tu, semua orang boleh buat. Nak tipu penyokong PAS macam Mahfuz Omar tu bolehlah, nak tipu orang yang belajar Sains, susahlah ...

Tak payah bagi alasan bila kita mintak nama makmal yang buat analisis tu, takut KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ambil tindakanlah, apalah. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Kita nak tau jugak makmal mana yang buat analisis tu. Maklumlah, majoriti makmal analisis swasta dimonopoli oleh Cina.

Bila si Tony Pua yang bukak cerita, dah dasar mamat komunis ni nak menjahanamkan kedai 1Malaysia kerana kedai 1Malaysia mampu menggugat bisnes2 runcit yangMAJORITI dipelopori oleh kaum Cina. Tapi bila barua2 macam Saifuddin, Nurul Izzah yang kecoh lebih, jadi betullah kata orang Melayu, bangsa Melayu lah yang membunuh Melayu sendiri. Apa yang kerajaan buat sekarang ni pun untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah tidak mengira kaum, tidak disambut baik oleh barua2 dan parti RASIS, KAUVINIS dan KIASU ini. Apa nak dikata???




Awat Nurul Izzah masam muka?? Kurang minum susu pekat manis kot?



Tersentuh Nenek Ini.

Nenek ini berusia lebih 70 tahun. Dia amat terharu hingga menangis kerana terkejut dengan kehadiran sekaligus 2 orang Menteri Kabinet, iaitu Menteri Dalam Negeri & Menteri KPDNKK (DS Hishamuddin & DS Ismail Sabri) ke sebuah warung nasi kerabu kampung di Salor, Kota Bharu pagi tadi. 

Sambil dengan nada sebak, mak cik ini menyapu air mata & berkata, "Mene doh kali ni (Kali ini mesti menang). Tok wakil kita pun tak pernah masuk kedai ni". Untuk rekod , kedai ini berada dalam kawasan DUN Salor, diwakili Naib Presiden PAS, Husam Musa. Rumah beliau cuma 6 km dari kedai ini. TANYA SAMA HATI LA, KAWAN.EA.



DS Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bertindak turun padang bagi memantau usaha pencegahan yang dilakukan oleh RELA dengan kerjasama KPDNKK untuk membanteras aktiviti penyeludupan minyak subsidi di sekitar Tumpat, Kelantan hari ini.

Pemantauan sehari ini dilakukan oleh DS Hishammuddin Tun Hussein bertujuan untuk melihat sendiri kelancaran kerja-kerja pencegahan yang dilakukan oleh anggota-anggota RELA bagi memastikan aktiviti penyeludupan minyak subsidi terus dibanteras dari masa ke semasa.


Selain DS Hishammuddin Tun Hussein, Menteri KPDNKK iaitu DS Ismail Sabri turut serta dalam program sehari ini - melalui program-program turun padang begini selain melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh anggota terlibat, ianya secara tidak langsung mampu menguatkan lagi semangat anggota bawahan mereka untuk terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

Cakap Talak Selupa Bikin.Habuk Pun Tarak


"Kerajaan berjiwa rakyat’...ini antara billboard yang terpacak di tepi beberapa jalan utama di Pulau Pinang.
Ini mungkin sedikit sebanyak ‘perubahan’ yang nampak sejak kerajaan pimpinan Lim Guan Eng ambil alih pemerintahan negeri itu lebih tiga tahun lalu.
Cogankatanya sedap manakala gambarnya menunjukkan betapa caringnya kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.
Penanda arasnya mungkin pemberian RM100 kepada wargaemas yang pernah riuh satu ketika dulu.
Namun mengambil kira manifesto pakatan pembangkang yang janji bulan dan bintang menjelang pilihanraya umum Mac 2008... apa sangat ‘jiwa rakyat’ yang melimpah ruah di negeri itu.
Jangan tanya orang luar yang sekali sekala ke negeri itu. Ini kerana propaganda kerajaan negeri boleh mengelirukan mereka.
Mereka yang setiap hari pejam celik di negeri itu tentu dapat membuat penilaian apa bezanya dulu dan sekarang.
Ayat kasar orang Utara yang popular ‘habuk pun tarak’ mungkin dapat memberi kesimpulannya.
Tolak sebelah bab politik.Guna mata dan telinga lihat sekeliling baik di bahagian pulau atau di Seberang Perai negeri itu.
Antara fakta yang kerajaan Guan Eng tidak boleh nafi ialah ia tidak membina satu unit pun rumah murah di negeri itu sejak memerintah.
Hebat sungguh ‘jiwa rakyat’ kerajaan negeri sampai tidak terfikir nak bina satu unit pun rumah murah.
Ada yang kata berilah peluang kerana kerajaan Guan Eng baru lebih tiga tahun memerintah.
Beliau juga memerlukan tempoh lebih 50 tahun macam kerajaan Barisan Nasional dulu.
Itulah adat janji politik.
Soalnya bukankah dalam Buku Jingga mereka boleh buat macam-macam silap mata dalam tempoh 100 hari?
Jadi kita tidak boleh salahkan jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan anak jati Pulau Pinang mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak keliru.
Beliau tidak mahu ibarat perumpamaan ‘lembu punya susu tapi sapi dapat nama’.
Katanya pada wartawan di Georgetown, Sabtu rakyat Pulau Pinang perlu 'buka mata' berhubung usaha berterusan kerajaan BN membawa pembangunan ke negeri ini menerusi pelbagai jenis pelaburan sama ada dari dalam (DDI) atau luar negara (FDI) walaupun negeri ini diperintah oleh kerajaan pembangkang.
Menurut beliau pendedahan itu juga penting bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mahukan publisiti sedangkan kerja keras dilakukan pihak lain.
"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini, kita tidak mahu segelintir pihak yang hanya mahukan nama, atas usaha orang lain," katanya.
Faktanya di depan mata sekarang,Guan Eng pun tahu dan mereka yang pejam celik setiap hari di Pulau Pinang tahu segala yang tersergam di negeri itu adalah peninggalan dan usaha kerajaan negeri dahulu.
Sehingga takat ini secara mata kasar belum ada kelihatan sesuatu yang extra istimewa ataupun yang menusuk kalbu baik dari segi dasar dan pembangunan fisikal.
Kerajaan PR masuk ke Pulau Pinang dengan ‘karpet merah’.Memang senang hidup kalau bernasib baik begitu.
Sama juga halnya di negeri Selangor yang sudah maju ke depan sejak zaman pemerintahan BN lagi.
Pusing kiri ...pusing kanan.Guan Eng tidak harus berkecil hati jika ada yang gelar kerajaan negeri pimpinanya tidak lebih dari kerajaan poster dan sepanduk sahaja.Gempak lebih...habuk pun tarak.-Agendadaily

LGE Belakang Kira.Tuduh BN Kelentong Rakyat.


Lge takut pilihanraya bakal diadakan tahun ini kerana banyak isu tidak dijawab oleh be;liau.Tuduh pulak Kerajaan BN tiada wang untuk diberikan kepada rakyat sebanyak RM500.Apa nie lidah bewak cakap tak serupa bikin la lu apek,Kerajaan BN kota apa yang dijanjikan kepada rakyat bukan seperti lu.Isu nenen tak jawab ada sama lu bagi tiu 200k sama family kena raba ma?

Tuduhan yang tidak berasas ini dibuat oleh ketua menteri yang mengaku bijak padahal bodoh nak mampus.Nie balakang kira belajaq dekat Pak Sheik kot.Kenyataan berikut dikeluarkan oleh LGE kerana takutkan apa yang telah dijanjikan oleh PM sebelum ini.UMNO tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, menghilangkan segala kegusaran dan kebimbangan masyarakat Cina negeri ini.
Ketika ini kaum Cina Pulau Pinang dimomokkan oleh pakatan pembangkang kononnya UMNO akan merampas jawatan nombor satu dalam pentadbiran negeri itu yang selama ini disandang pemimpin kaum Cina, sama ada daripada MCA mahupun GERAKAN. 
Momokan pakatan pembangkang itu yang semakin lantang sejak kebelakangan ini hanyalah semata-mata mahu pengundi Cina yang beralih angin kepada mereka pada 2008 terus kekal memberi undi pada pilihan raya akan datang. DAP sedar majoriti pengundi Cina masih boleh kekal bersama pakatan pembangkang jika mereka berjaya mengeksploitasi sepenuhnya isu berkenaan. 

Tambahan lagi, dalam keadaan pada hari ini GERAKAN dan MCA tidak memiliki sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, berbanding UMNO mempunyai 11 wakil, momokan itu lebih mudah termakan oleh pengundi Cina kerana bilangan kerusi DUN yang mungkin dimenangi BN sekiranya berjaya merampas semula negeri ini, majoritinya adalah milik UMNO. 

Atas sebab itulah DAP begitu galak menabur dakyah kononnya kerusi Ketua Menteri akan berada dalam genggaman UMNO jika BN menang di Pulau Pinang. Temberang DAP itu semata-mata untuk kelangsungan politik mereka di negeri ini.
Sesungguhnya, jaminan Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN ketika merasmikan persidangan Perwakilan GERAKAN, kelmarin, amat besar signifikannya kepada masyarakat Cina khususnya penduduk Pulau Pinang. Ia pengiktirafan oleh BN, khususnya UMNO terhadap sumbangan masyarakat Cina terhadap sokongan serta kerjasama dalam pasukan sejak negara mencapai kemerdekaan. 

Masyarakat Cina juga memberi sokongan kepada BN hingga berjaya membentuk kerajaan di negeri lain. Jadi amat wajar kerusi itu diberikan kepada pemimpin Cina Pulau Pinang memandangkan majoriti penduduk Pulau Mutiara kaum Cina.
Ia juga melambangkan semangat perkongsian kuasa dalam BN yang diamalkan selama ini. Jika UMNO mahu memiliki kerusi berkenaan, tindakan sudah dilakukan selepas PRU 1990. Ketika itu, UMNO mempunyai 12 kerusi berbanding GERAKAN yang memperoleh tujuh kerusi, manakala DAP menang 14 kerusi. MCA dan MIC pula gagal menang sebarang kerusi. Jumlah kerusi DUN ketika itu ialah 33. 

Tambahan lagi, pada pilihan raya itu, Tun Dr Lim Chong Eu, yang sudah 21 tahun memerintah Pulau Pinang, juga kalah kepada calon DAP, Lim Kit Siang di DUN Padang Kota. 
Tetapi, UMNO tidak tamak dan gilakan kuasa. Atas semangat perkongsian kuasa, kerusi Ketua Menteri diberikan kepada GERAKAN dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilantik menyandang jawatan itu hingga BN gagal mempertahankan negeri pada PRU 2008.
Kita melihat jaminan Najib itu memberi satu tamparan hebat kepada pakatan pembangkang khususnya DAP pada pilihan raya umum akan datang. DAP sedar jika mereka gagal memperdaya pengundi Cina dengan membuat tohmahan kononnya pemimpin UMNO akan menjadi Ketua Menteri, sokongan pengundi Cina ke atas pakatan pembangkang akan merosot, sekali gus boleh menjejaskan peluang parti itu untuk terus kekal memerintah.
Sebab itulah Najib tidak bersetuju dengan andaian sesetengah pihak bahawa BN tidak mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang. Bagi Perdana Menteri, harapan untuk BN kembali mentadbir negeri ini masih terbuka dan jaminan UMNO tidak akan tuntut kerusi Ketua Menteri akan menjadi senjata berbisa untuk menundukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Apa yang penting sekarang ialah pemimpin GERAKAN dan MCA perlu menghapuskan segala kebimbangan dalam diri sendiri serta pengundi Cina di negeri ini. Jentera parti perlu menjelaskan pendirian UMNO itu kepada masyarakat Cina bagi menghilangkan kesangsian mereka.

Mesej itu perlu disampaikan berhemat kerana ia bukan sekadar untuk menafikan dakwaan DAP kononnya kerusi Ketua Menteri akan dirampas oleh UMNO, tetapi ia sememangnya sudah ada persefahaman dalam semangat perkongsian kuasa BN bahawa kerusi nombor satu pentadbiran negeri ini akan disandang oleh pemimpin kaum Cina.
Pada masa sama, mereka juga perlu fokus terhadap perjuangan parti dengan merangka perancangan serta barisan kepemimpinan untuk rakyat Pulau Pinang, seperti yang dikehendaki Perdana Menteri. GERAKAN selaku pemain utama dalam BN Pulau Pinang perlu menonjolkan kebolehan untuk kembali memimpin serta tidak terperangkap dalam permainan politik pakatan pembangkang, khususnya DAP yang menggunakan strategi mencari salah kerajaan terdahulu untuk menyemai kebencian rakyat terhadap BN.

Saya bersedia disiasat: KJ



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan cuba melindungi mana-mana individu mahupun syarikat dikaitkan dengan penyele­wengan dan pecah amanah.
Katanya, dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) beliau tidak ber­cakap kosong dan berhujah bersandarkan fakta dengan kajian yang dilakukan secara terperinci.
“Siasatlah saya, saya berse­dia kerana apa yang saya bentangkan adalah benar, bukan penipuan.
 
“Saya bukan mahu jadi pembela atau jurucakap, tetapi saya membuat kajian sebelum membentangkan sesuatu, bukan seperti mereka (pemimpin pembangkang),” tegasnya.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Se­ti­ausaha Agung PKR, Sai­fuddin Nasution Ismail didak­wa cuba memutarbelitkan fak­ta dan melindungi perbuatan pecah amanah.
 
Saifuddin sebelum itu men­­­dedahkan syarikat ada kai­­­t­an dengan Menteri Pemba­ngu­nan Wanita, Datuk Shah­ri­zat Abdul Jalil menggunakan pinjaman melalui NFC untuk mem­beli satu unit kondo­mi­nium mewah dengan bayaran RM9.8 juta.
 
Beliau mendakwa, tin­­dakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.
 
Mengulas mengenai serangan pemimpin pembangkang itu, Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah.
 
“Pada hakikatnya peruntukan yang diterima syarikat berkenaan adalah RM181 juta dan bukan RM250 juta seperti didakwa PKR. Manakala tanah yang dipajak hanya 600 hektar kepada NFC dan bukannya 2,000 hektar se­per­ti yang didakwa Saifuddin, kenapa lakukan sedemikian? Beliau seolah-olah ada agenda tersembunyi,” katanya.
 
Mengulas mengenai pembelian kondominium itu, beliau berkata, National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.
 
“Hartanah yang dibeli atas nama syarikat yang meng­­u­ruskan ladang. Syarikat itu mene­rima peruntukan, tetapi pro­jek tidak boleh dilak­­sanakan.
 
“Oleh itu pihak syarikat mengambil langkah untuk melabur dalam bidang hartanah sebelum menjualnya ia akan memberikan keuntu-ngan kepada mereka akibat projek tertangguh sebelum itu,” katanya.
 
Sementara itu dalam blognya, Rembau.net, Khairy berkata, pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang “boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi” akibat kelewatan operasi itu.
 
“Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain se­perti akaun simpanan tetap.
 
“Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC,” katanya.

TAHUKAH ANDA MAKSUD Peace ( V ) + Lidah Terjelir ...???



Mungkin ramai lagi yang tahu pasal nie , Adakah anda tahu maksud V + Lidah terjelir nie dan entah anda perasan ke tidak sebab budak-budak perempuan sekarang nie suka buat posing macam nie selalu.. tak percaya ? Cuba anda tengok friend kat Facebook @ mana2 pun laman sosial , mesti ada yang posing macam nie....

apa maksud Peace ( V ) + Lidah Terjelir :
V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.
so , bila d gabungkan kedua-dua : V+LIDAH = JILAT KEMALUAN WANITA..

RENUNG-RENUNGKAN DAN JGN AMALKAN..

Saturday, November 12

BATMAN KENA BELASAH


MCCBCHST Apa Masalah LU?



Kenyataan bersifat provokasi, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu qurban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam dan kegiatan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.


Gesaan yang dibuat oleh MCCBCHST dan alasan yang dikemukakan adalah sangat tidak munasabah dan secara jelas cuba membangkit kemarahan serta mencetuskan perbalahan antara umat Islam dengan penganut-penganut agama lain di negara ini.


Sejak turun-temurun lagi, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, ummat Islam di negara ini akan melaksanakan ibadah qurban di kasawan masjid, surau, dewan masyarakat, padang awam atau kawasan-kawasan yang majoritinya didiami oleh orang-orang Islam. Kadangkala ada juga yang melakukan aktiviti penyembelihan di kawasan padang sekolah jika dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar kawasan perumahan atau masjid tersebut.


Ternyata kegiatan penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah sangat sedikit. Jika terdapat aktiviti penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah, ianya membabitkan guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibupaba yang bergama Islam dan tiada kaitan dengan penganut-penganut agama lain. Dakwaan MCCBCHST yang menuduh ummat Islam tidak sensitif terhadap pelajar-pelajar agama lain tidak timbul sama sekali. Dakwaan MCCBCHST ini adalah sangat tidak bertanggung jawab, bertentangan dengan amalan hidup bertolenransi, berfikiran dangkal dan berniat jahat.


Umat Islam di Malaysia sentiasa sensitif dan bertoleransi dengan penganut-penganut agama lain. MCCBCHST yang sebenarnya perlu sensitif terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan mencampuri hal ehwal agama Islam adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina Majlis Raja-raja Melayu.sekiranya MCCBCHST terus menerus mengeluarkan kenyataan berniat jahat seperti ini, ia bakal mengundang permasalahan besar antara penganut berbilang agama di negara kita dan mampu mengancam keselamatan dan keharmonian negara. 


Selaku majlis perundingan antara agama MCCBCHST sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan mendidik dan memahamkan masyarakat majmuk di nagara ini agar saling menghormati antara satu agama dengan agama yang lain dan bukannya mencetuskan api perkauman atau ketegangan antara agama.







Politik Malaysia.



ORANG politik cakap tak serupa bikin. Semuanya kerana harta, berebut pangkat, penting diri sendiri dan ketamakan. Itulah yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang.

Baik dalam Pas di Kelantan atas sifat nepotisme dan kronisme, begitu juga di Selangor dan di Pulau Pinang. Jangan cakaplah sama ada orang politik itu kononnya alim dan berserban atau tidak alim, semuanya sama saja.

Lim Guan Eng yang kononnya mahu mewujudkan kerajaan yang bersih pun sama. Setelah berada di puncak kuasa, beliau sudah lupa janji-janjinya dalam pilihan raya lalu. Itu pasallah Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengamuk dengan menuduh Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berotak-komunis”. Tuduhan itu cukup serius. Setakat ini tiada desas-desus Guan Eng akan saman Zahrain.

Betul tak betul, hakikatnya itu semua adalah kerana harta dan ketamakan. Jika dulu mereka menuduh orang UMNO bersifat begitu, kini mereka lagi lebih. Orang putih kata “the pot calling the kettle black”, orang Melayu kata “cakap tak serupa bikin’'. Baru tiga tahun rakyat memberi undi dan memberi peluang perintah kepada mereka - suasananya sudah haru-biru.

Jika dulu mereka tuduh orang UMNO atau BN korup, tapi sebusuk-busuk UMNO dan BN, Malaysia telah disentosakan dan rakyat telah dimakmurkan. Tapi, bagi pakatan pembangkang ini apa yang kita nampak? Habuk pun tarak. Apa yang ada di hadapan kita sekarang sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah – malah Kelantan sekali ialah peninggalan kerajaan Barisan dulu yang ditolak rakyat.

Rakyat telah menikmati pelbagai faedah daripada kerajaan yang mereka tolak itu. Sekurang-kurangnya orang Melayu boleh bekerja di kilang-kilang yang tumbuh bagai cendawan dulu. Tak pasti berapa banyak kilang sudah wujud dan berapa banyak pekerjaan sudah dibuka semasa pemerintahan Guan Eng ini. Di Pulau Pinang, jika kita pergi sekarang ke kompleks-kompleks membeli-belahnya tiada budaya Malaysia langsung! Itu adalah realiti. Sepatutnya ia menggambarkan budaya 1Malaysia, sekurang-kurangnyalah.

Tapi politik Malaysia ini penuh dengan warna-warninya.


Friday, November 11

cara nak pindah barang kalau duduk flet


Perkasa bantah KN sediakan bas percuma untuk rakyat


Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar.

Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.


"Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, di sini.

Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".


Mereka turut membawa beberapa kain rentang Guan Eng anti Melayu.

Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib.


MKP kata:tertunai sudah apa yang dijanjikan pada posting sebelum ini

#Rempit Beca 3.0


Minggu lepas LGE dikejutkan dengan mat rempit motorsikal,minggu nie mat rempit naik beca la pulak.kita lihat apa reaksi dari DAP/LGE pulak lepas nie.Pasti akan melompat sakan kali nie,Beca dikenali sebagai ikon negeri Pulau Pinang selain Nasi Kandaq.lepas nie nak tuduh UMNO punya angkara lagi ka????????Laporan akan menyusul pada malam nanti. 

Otak Burung.


Otak Burung Tiong sungguh Pakatan Rakyat punya ahli parlimen nie,Depa pertikai harga barang dikedai 1malaysia akan tetapi tidak pernah berfikir untuk menolong rakyat marhein yang sekarang ditimpa dengan kos sara hidup yang kritikal ketika ini.MKP cabar Pakatan Rakyat buka kedai yang sama dengan kedai 1malaysia di negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat.ada berani.jangan dok asyik kondem keja dan kebaikan BN yang dibuat untuk rakyat.nama saja dari rakyat untuk rakyat.cakap pandai perlaksaaanan hampeh.tidak dibuat langsung.

DAP agak marah apabila dikaitkan dengan pemborong yang kita tahu semuanya berbangsa cina.kenapa ini adalah konspirasi yang dibuat supaya rakyat membenci BN dan kerajaan malaysia.Pakatan telah bersubahat dengan pemborong supaya menyorok atau mengurang bekalan supaya niat dan hasrat jahat mereka tercapai.

DAP SuDah Hilang Sokongan Masyarakat India.


Masyarakat india telah menolak DAP dan pemimpin.ini dilihat apabila disuatu majlis sambutan deepavali kurang dari 50orang yang menghadiri majlis berkenaan.Gambar diatas membuktikan segala-galanya jika dikira tak sampai pun 50 yang sambut LGE ketua menteri paling celaka dalam sejarah pulau pinang serta timbalan ketua menteri 1 ramasammy.Umum tahu apa yang berlaku di KG buah Pala dan apa yang telah dijanjikan oleh DAP sebelum dapat kuasa dan apabila dapat kuasa mereka dipinggirkan.Dengan sikap yang angkuh dan cakap tak serupa bikin terhadap kaum india.Ini adalah petanda bagus bagi BN untuk merampas kembali pulau pinang.Akan tetapi jangan pulak lah lena dan tidak berbuat apa-apa dan selesa dengan pencapaian ini.Sentuhan mendekati rakyat harus dipergiatkan supaya matlamat dan apa yang dikehendaki oleh PM kita tercapai.Berikut adalah ucapan PM yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Calon Pilihanraya asalkan Boleh menang.,

Barisan  Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya,Khamis.
Bernama melaporkan turut hadir Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.-10/11/2011




rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive