Karpal tidak tahu hormat,mahu mansuhkan Dewan Negara demi demokrasi
'ala-DAP'.
-
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP
Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan
tidak m...
Thursday, November 17
BN Youth Music 2011
Berobjektifkan misi menyatupadukan anak-anak muda dari pelbagai bangsa dan agama serta melahirkan nilai inspirasi 1Malaysia dikalangan anak muda hari ini, Pergerakan Pemuda Barisan Nasiona (BN) dengan usahasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) serta Universal Music Malaysia buat julung kalinya melancarkan pertandingan BN Youth Music 2011.
Disifatkan sebagai platform pendedahan bakat-bakat muda dalam industri seni tanahair, pertandingan ini memerlukan para peserta memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai oleh juri-juri profesional.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, peserta boleh memuat naik video berdurasi selama enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat akhir tahun ini.
Beliau berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun daripada pelbagai latar belakang dan genre muzik. 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 peserta terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.
Tambah Khairy lagi, pertandingan itu adalah sebagai wadah pembuka jalan kepada generasi muda yang mempunyai bakat sama ada dalam nyanyian dan tarian mempamerkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik video yang semakin popular di kalangan generasi muda masa kini.
“Kaedah mencari bakat ini adalah relevan dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda menonjolkan bakat mereka,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di Riverside Cafe, PWTC, petang semalam.
Juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band akan berpeluang membuat rakaman lagu dengan syarikat Universal Music Malaysia, selain turut membawa pulang hadiah wang tunai dari RM10,000 hingga RM20,000 beserta trofi.
Antara juri profesional yang akan menilai persembahan vokal dan kreativiti peserta adalah penyanyi Rock tersohor, Awie serta pelakon, Zed Zaidi.
Kepada sesiapa di luar sana, terutamanya pembaca OHBULAN! yang menepati syarat-syarat dan kriteria seperti yang disebut diatas dan berminat menyertai pertandingan ini, bolehlah melayari laman web (seperti tertera di atas) untuk mengetahui maklumat lanjut pertandingan pencarian bakat berkenaan.
Demo Menghilangkan Dakwat Kekal
Proses Dakwat Kekal yang dihilangkan dalam masa tidak sampai 5 minit ditunjukkan didalam video ini. Pihak PAS,DAP dan PKR Beriya iya untuk menggunakan Dakwat Kekal sedangkan terbukti bahawasanya dakwat kekal mampu dihilangkan dan ianya akan dimanipulasi oleh pihak tertentu dalam proses Pilihanraya. Selanjutnya layari
Video seks: Ini UMNO...itu UMNO
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cuba putarbelitkan fakta dan menuduh UMNO sebagai perancang sehingga beliau perlu beri keterangan polis mengenai dakwaan membuat laporan palsu kes video seks.
Katanya Anwar pastinya sedar apabila beliau buat laporan polis menafikan terlibat dalam kes video itu ...samada kenyataan itu benar atau tidak... ia menjadi persoalannya.
Katanya kalau ada rakyat yang tidak puashati dengan penafian itu mungkin mereka nak dapatkan kepastian.
Katanya kalau ada rakyat yang tidak puashati dengan penafian itu mungkin mereka nak dapatkan kepastian.
Maka biasalah apabila buat laporan polis siasatan akan dibuat dan keterangan diminta daripada orang berkenaan.
“Ini bukan soal UMNO...bila ada ( hal) berkaitan ( tuduh) UMNO saja...ini bukan satu perkara dilakukan oleh UMNO.
“Yang sebabkan hal hal itu disiasat polis bukan UMNO...juga isu berbangkit bukan kerana UMNO suruh...kita nak nafikan sekeras-kerasnya,”tegasnya ketika jawab soalan wartawan mengenai dakwaan Anwar ia rancangan UMNO untuk malukannya.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur petang Rabu.
Muhyiddin juga mempersoalkan tindak tanduk pembangkang yang galak mengaitkan apa saja libatkan mereka dengan UMNO.
“Ini mesti UMNO punya kerja....nanti pihak lain, (misalnya) Guan Eng kata ini UMNO punya kerja...Kit Siang (pun tuduh) UMNO...tak ada lain ke UMNO semua sekali ...ini sifat amat tak bertanggongjawab...nak cemarkan nama baik parti (UMNO)...nak kaitan apa saja (masalah) mereka disebabkan oleh parti,”katanya.
Ketua Menteri Jika Gerakan Menang.
Tan Sri Khoo Tsu Koon tidak akan bertanding pada PRU 13 akan datang.Adakah Teng Chang akan menjadi Ketua menteri Pulau Pinang jika BN kembali merampas Pulau Pinang Dari DAP.Khabar angin telah melanda dan tidak dapat dipastikan hingga pucuk pimpinan Gerakan membuat keputusan.Keputusan tidak bertanding oleh Tsu Koon akan memberi impak yang amat besar kepada pengundi Cina disekitar Pulau Pinang dari apa yg MKP lihat dari akar umbi.Kerja dan persiapan telah dibuat oleh BN untuk merampas Kembali Pulau Pinang.Dengan Slogan Bergerak bersama rakyat yang dilaungkan akan memberi impak selain dari OPS TANJONG 1 DAN TANJONG 2.
KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di parlimen, mahupun di peringkat negeri.
Katanya, tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan.
"Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan 'Bergerak bersama rakyat'," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, pagi tadi.
MeloyaKini &Gendut Loone Kencing Kuat?
Meloyakini buat hal lagi dengan posting yang agak kurang cerdik dan dunggu menyatakan UMNO mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang berdasarkan Pendapat ketua NGO yang dunggu dan kurang cerdik dalam politik semasa dan apa yang telah dinyatakan oleh pucuk pimpinan UMNO sebelum ini.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) sekarang sudah tidak lagi releven macam dulu dan mahu mengambil sikap populis seperti lidah bewak jugak cari publisiti murahan macam nie.Kepada Rahmad Isahak sudah-sudahlah.politik murahan macam hang buat nie,Tak akan ada sapa pun nak layan hang klu buat cam nie.Kepimpinan dulu mungkin takut sekarang dunia dan senario politik UMNO sudah berubah dan lebih baik dari dulu.Baca disini
Susan Gendut dan Bapak nenen usah main lagi dengan politik dan isu basi nie tak ada maknanya lagi isu ini dimainkan.Pisang takkan berbuah kali kedua mungkin isu nenen akan ada kali kedua dan memberi impak yg lebih besaq kali nie.Tunggu dan nantikan dengan sabaq pendedahannya oleh blogger Penang.
Wednesday, November 16
Projek Bina Terowong RM8 Billion.
Sikap Populis yang menimbukan tanda tanya?adakah LGE mahukan dana untuk PRU 13.Motif pembinaan tersebut sebelum ini adalah insprasi dari PORR yang dicadangkan oleh BN sebelum ini akan tetapi dibantah keras oleh masyarakat cina di sebelah pulau.DAP pada waktu itu mengabil kesempatan diatas isu tersebut dan menghasut pengundi membenci GERAKAN dan BN.Bila dah dapat kuasa dan nampak itu adalah keperluan untuk rakyat kini berpaling dan mahu membuat terowong dan mengambil kesempatan untuk buat duit bagi menghadapi PRU 13.
KUALA LUMPUR, 16 Nov – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.
“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar rayaGeorge Town.
“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya
Muhyiddin berkata projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang.
“Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
“Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya.
Pada Isnin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar.
Projek yang dicadangkan itu adalah terowong ketiga yang menghubungkan Persiaran Gurney ke daerah Seberang Perai Utara, jalan pintasan menghubungkan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan hubungan antara Bandar Baru Air Itam ke lebuh raya itu serta satu lagi jalan ke jalan pantai dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, menurut portal berita itu.
Wardina Minta Maaf Pada Blogger BN.
Betul ke tak nak jadi calon... kalau dari tweetpun dah pandai praktikkan ciri-ciri calon PAS/PKR yang suka mengeji dan sumpah-seranah, dah belajar perlekehkan orang lain tak reti menulis, pathetic segala?
Sepatutnya Wardina bangga bila ada blog pro-UMNO spekulasikan dirinya sebagai calon, membuktikan ada ciri-ciri kepimpinan padanya yang tak harus PR memandang remeh- semetelah dengan sokongan dan kempen yang telah dilakukannya di ruang siber kepada PR selama ini.
Tapi dengan mempertikaikan fakta & cara penulisan blogger2 pro-UMNO menunjukkan Wardina masih bias dalam menilai. Mungkin Wardina tidak pernah membaca blog no.1 pembangkang - MILOSUAM yang asyik kantoi kerana cuma reti membuat black propaganda bertahap amatur.
Mungkin Wardina terlepas pandang kepada blog no.2 pembangkang - TUKARTIUB yang seperti orang putus urat ketawa (kah kah kah)... Atau Wardina tidak mendengar berita mengenai blogger pembangkang SHARPSHOOTER yang terpaksa meminta diskaun bila harus membayar saman RM400,000 terhadap fitnahnya kepada DS Rais Yatim.
Pernah Wardina dengar berita blogger pro-UMNO kalah dalam mana-mana kes saman? Kalau adapun setakat 'lakonan' saman oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang hanya tamat di luar pagar IPD, untuk memperbaiki persepsi dan menutup kesalahan sendiri.
Bila terpaksa membayar saman bermakna isi blognya berunsur fitnah dan penipuan. Sedangkan blogger2 pro-UMNO tidak pernah di bawa ke mahkamah kerana disaman. Mungkin Wardina boleh mentafsir sendiri sebabnya, dan berfikir kembali siapa yang menulis dengan FAKTA!
Menggelar orang lain pathetic hanya bila diri sendiri tidak utuh emosi untuk bertahan... errr nak buat sidang media lagi ke lepas ni??? heheheee...
Dengar cerita Wardina nak saman blogger pro-UMNO semasa sidang media dulu... Katanya bagi tempoh 14 hari, ni dah masuk lebih 140 hari takkan senyap aje kot??? =p
Baca juga mengenai Wardina di blog KERIS 7 LOK .
Sepatutnya Wardina bangga bila ada blog pro-UMNO spekulasikan dirinya sebagai calon, membuktikan ada ciri-ciri kepimpinan padanya yang tak harus PR memandang remeh- semetelah dengan sokongan dan kempen yang telah dilakukannya di ruang siber kepada PR selama ini.
Tapi dengan mempertikaikan fakta & cara penulisan blogger2 pro-UMNO menunjukkan Wardina masih bias dalam menilai. Mungkin Wardina tidak pernah membaca blog no.1 pembangkang - MILOSUAM yang asyik kantoi kerana cuma reti membuat black propaganda bertahap amatur.
Mungkin Wardina terlepas pandang kepada blog no.2 pembangkang - TUKARTIUB yang seperti orang putus urat ketawa (kah kah kah)... Atau Wardina tidak mendengar berita mengenai blogger pembangkang SHARPSHOOTER yang terpaksa meminta diskaun bila harus membayar saman RM400,000 terhadap fitnahnya kepada DS Rais Yatim.
Pernah Wardina dengar berita blogger pro-UMNO kalah dalam mana-mana kes saman? Kalau adapun setakat 'lakonan' saman oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang hanya tamat di luar pagar IPD, untuk memperbaiki persepsi dan menutup kesalahan sendiri.
Bila terpaksa membayar saman bermakna isi blognya berunsur fitnah dan penipuan. Sedangkan blogger2 pro-UMNO tidak pernah di bawa ke mahkamah kerana disaman. Mungkin Wardina boleh mentafsir sendiri sebabnya, dan berfikir kembali siapa yang menulis dengan FAKTA!
Menggelar orang lain pathetic hanya bila diri sendiri tidak utuh emosi untuk bertahan... errr nak buat sidang media lagi ke lepas ni??? heheheee...
Dengar cerita Wardina nak saman blogger pro-UMNO semasa sidang media dulu... Katanya bagi tempoh 14 hari, ni dah masuk lebih 140 hari takkan senyap aje kot??? =p
Baca juga mengenai Wardina di blog KERIS 7 LOK .
Yusmadi akui tak takut tapi toloq dah hilang.
Sama ada rasa goyang kerana khuatir pertandingan tiga penjuru, ahli parlimen PKR Balik Pulau, Yusmadi Yusof pelawa Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyertai pembangkang jika mahu mengubah kerajaan sedia ada.
Bagi beliau, jika PRM mahu memperjuangkan nasib penduduk Balik Pulau, eloklah bersama-samanya mencari jalan membantu mereka selepas mendakwa Barisan Nasional gagal membela nasib penduduk kawasan tersebut.
Yusmadi percaya dengan muafakat PRM dan Pakatan Rakyat, BN boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, jika muafakat ini melihatkan kelebihan kepada calon PRM, beliau terbuka jika pucuk pimpinan PKR memutuskan sama ada beliau kekal bertanding atau tidak.
“Bagi saya, jika dalam permuafakatan itu menguntungkan (Presiden PRM) Dr Rohana (Ariffin) saya terbuka (beri laluan) tapi kalau dalam masa sama ada kelebihan saya dan PKR, adalah tanggungjawab saya duduk dengan sesiapa saja yang sayangkan Balik Pulau untuk pastikan agenda pembangunan di situ,” katanya.
Yusmadi mengadakan sidang media di lobi parlimen Selasa bagi menjawab hasrat PRM untuk bertanding di tiga kawasan parlimen dalam PRU termasuk di Balik Pulau selain Selayang dan Petaling Jaya Selatan.
Tiga kerusi itu dikuasai PKR dalam PRU ke 12.
Menjawab soalan Agendadaily, Yusmadi menafikan beliau takut tewas lalu mencadangkan PRM bergabung dalam pakatan pembangkang.
“Soal takut tidak timbul. Yang saya takut agenda itu akan merugikan rakyat. Secara peribadi saya tak takut kerana saya menang. Bila saya melihat ada ruang untuk memantapkan sokongan rakyat saya buka ruang tapi kalau merugikan rakyat saya kena pastikan ini tak berlaku,” katanya.
Mengenai khabar angin kononnya beliau sedang mengintai kerusi di Lembah Klang dan mahu melepaskan kerusi Balik Pulau, Yusmadi berkata, beliau belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Persoalannya jika pembangkang menerima PRM dalam pakatan mereka, sudah tentu soal pembahagian kerusi antara PKR,DAP dan PAS yang belum lagi selesai akan huru hara.
Ini kerana pakatan rakyat kena beri tiga kerusi yang PRM minta untuk bertanding.
Memandangkan semua kerusi itu milik PKR, persoalannnya apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkannya?
Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka pilihan raya umum yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.
Dalam pada itu, Rohana menegaskan PRM mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka".
"Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," katanya.
Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".
Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".
PRM kelmarin mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi, William Leong dan Hee Loy Sian.
DAP & LGE Khianat Kedai Menu Rakyat 1Malaysia.
Jika sebelum ini Mek Izzah/Tony Puah dok meroyan pasal Kedai 1Malaysia kata barang yang terdapat dikedai tersebut tak berkualiti dan macam-macam tomahan.Nie yang terbaru dan panas meletop DAP dan LGE mengarahkan Banner Menu Rakyat 1Malaysia diturunkan dan dihapuskan.Kenapa hendak diturunkan dan takutkan kedai Rakyat yang dilancarkan oleh PM sebelum ini.ternyata LGE takutkan tranfomasi yang dilakukan oleh PM dan takut sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap tranfomasi tersebut.
Kedai Menu Rakyat yang MKP maksudkan ialah Khalil Nasi Kandar yang terletak di Persiaran Gurney yang terkenal Di Pulau Pinang.Jika sesiapa yang berkunjung di Pulau Mutiara ini pasti tahu dimana lokasinya.Tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.Guan Eng nak tanya sikit sebelum ini BN tak pernah terdesak nak buat macam tue dekat pakatan rakyat kenapa ini dilakukan terhadap program yang menguntungkan rakyat.moto DAP adalah CAT sekarang dah hilang gigi tinggal gusi dah.
Apakah alasan banner tersebut diturunkan jika dilihat pada gambar diatas ianya terletak didalam kedai.mengikut undang-undang ianya tidak memerlukan lesen.Adakah ini mempunyaii motif politik atau takutkan kebenaran.
VIDEO:Kenapa Anwar Suka Thailand.
Alkisah kenapa Pak Sheik Suka dengan negara jiran kita disebelah utara.Satu dekat dengan Permatang Pauh yang kedua bebas melakukan apa saja dan yang ketiga sebab depa boleh buat macam nie>>>>
Tuesday, November 15
Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau Pinang?
Mana
khairat kematian yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau
Pinang? Apakah duit RM1000 itu tersangkut dalam poket sapa-sapa? Ini
bukan fitnah. Ini cerita benar daripada seorang Ketua Kampung yang
tinggal di kawasan Teluk Kumbar. Borang diberikan sudah beberapa bulan
yang lalu. Tapi sehingga ke hari ini, duit RM1000 itu masih tak
nampak. Bila diminta jumpa dengan pemimpin PKR berkenaan yang sentiasa
rapat dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas?
Ketua Kampung itu sudah bosan dengan sikap pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Bercakap gah, bantuan tak seberapa pun. Ramai lagi yang tak dapat. Jika tak ada duit jangan cakap lah. Janji pilihanraya yang dulu pun belum tertunai. Jika begini, apakah pengundi2 perlu beri undi lagi. Kami tertipu kata Ketua Kampung itu. Sejak DAP memerintah, banyak tanah di kampung-kampung Melayu sudah didirikan rumah harga ratus-ratus ribu ringgit. Orang Melayu tak mampu beli tapi kenapa dibina di kampung2 rumah jenis ini.
Mana rumah kos rendah seperti zaman BN memerintah dulu. Ada flat Taman Sahabat, ada flat Sri Gertak Sanggul, Flat Bandar Baru Perda, Flat Taman Emas dan flat Teluk Kumbar dan banyak lagi rumah flat yang tak dapat disebut di sini. Itu semua rumah2 kos rendah yang dibina semasa kerajaan BN dulu.
Kerajaan DAP disokong oleh PAS dan PKR hanya dapat binakan rumah-rumah kos ratusan ribu ringgit untuk orang2 Melayu. Pemaju2 perumahan ketawa besar, kroni2 kerajaan PR ikut tumpang kaya sebab semua untung besar. Yang rugi orang kampung dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin. Kira2 10 tahun lagi, akan ada orang Melayu terpaksa tidur dalam kotak2 di bawah jambatan seperti kita lihat di Jakarta dan Medan, Indonesia. Kita teramat amat yakin, suatu masa nanti akan ada si Mamat, Ah Chong dan Ramasamy akan tinggal dalam kotak di bawah Jambatan Pulau Pinang. Sebelum kita jadi seperti itu, marilah kita pastikan kerajaan PR tumbang dalam PRU yang akan datang.
Sokong la DAP lagi!
LGE Buat Keja Gial Lagi!!!!!!!!
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yg masih mengamalkan sistem pendidikan pelbagai aliran. Negara seperti Thailand dan Indonesia yg juga memiliki penduduk berketurunan pendatang telah lama menghapuskan sekolah berasaskan perkauman demi mewujudkan perpaduan nasional.
Singapura sbg sebuah negara berpenduduk majoriti Cina juga tidak mempunyai sekolah aliran Cina. Tetapi Malaysia masih mewarisi dasar penjajah British yg menubuhkan sekolah vernakular semata-mata tidak inginkan kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu bergaul mesra.
Kesilapan kita di sini ialah tidak terus memansuhkan sekolah vernakular ini semasa negara ini mendapat kemerdekaan sedangkan kita berpeluang melakukannya. Ini semua berpunca drpd kelembutan dan sikap penuh toleransi pemimpin Melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum pendatang menubuhkan sekolah mengikut kaum.
Mungkin benar kata sesetengah org bahawa inilah akibatnya apabila negara kita mendapat kemerdekaan melalui diplomasi/perjanjian di atas kertas. Kita tidak mempunyai kuasa mutlak utk membentuk jati diri negara sendiri, malahan perlu pula mengambil kira hak-hak kaum lain yg bukan penduduk asal negara ini.
Sekarang, kita telah menerima kesan akibat kesilapan kita sendiri. Sekolah vernakular Cina dan Tamil telah melahirkan individu yg lebih memiliki kecintaan kepada kaum sendiri melebihi kasih kepada negara. Kerana sekolah aliran perkauman ini jugalah yg menyebabkan lahirnya warganegara yg tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik & menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana ingin mewujudkan perpaduan antara kaum sedangkan sejak di bangku sekolah lagi mereka telah dipisah-pisahkan? Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan. Gunakan saja sistem sekolah satu aliran. Malaysia dengan sistem pendidikan satu aliran pasti akan melahirkan kehidupan masyarakat yg harmoni & boleh menerima perbezaan yg wujud antara pelbagai kaum.
Melentur buluh biar dari rebungnya. Perpaduan di kalangan rakyat perlu dipupuk sejak dari kecil. Biarkan rakyat pelbagai kaum belajar & bercampur-gaul di dalam satu sekolah. Kita masih belum terlambat. Fikirkanlah, sampai bila kita hendak menghadapi sebilangan rakyat yg tidak tahu menghormati hak-hak kaum lain & tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik?
Guan Eng cuba mencetuskan rasa benci masyarakat cina dan india terhadap UMNO dengan membangkitkan isu ini.Pemuda UMNO sekarang nampaknya kembali kepada perjuangan asal dalam masa terdekat ini.Pendesak kepada DAP.Takut dengan apa yg berlaku LGE kembali membangkitkan isu yang menhentam peribadi.APA APEK AMBIL TINDAKANLAH IKUT UNDANG-UNDANG TAK PAYAH DOK MEREPU MCM NIE.
Ibu dan anak dicekup khalwat
MB kedah Lena lagi,Kata kedah akan lebih sejahtera padahal masaalah sosial menjadi-jadi,Inilah diAgungkan oleh PAS dari pucuk sampai ke AKAQ semua MANGKAQ.Nak makan tak boleh semuanya kelat dan keras.Hancus jika tidak ada langkah pro aktif untuk menyekang masaalah sosial.Lepas nie kelepiak kata salah kerajaan terdahulu atau Pusat yang punya angkara.Malam ini dokumen mengenai surau Salihin akan didedahkan siapa pemilik dan mengapa kerajaaan PAS kedah Beriya nak roboh surau tersebut.Apa motifnya dan habuanya nantikan.
Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam.
Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi.
Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu.
Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Seorang daripada lelaki yang tidur bersama gadis terbabit berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20-an. Janda itu mendakwa, dia kesunyian selepas bercerai dengan bekas suaminya dan menyara dua anak, manakala tiga lagi anaknya dipelihara keluarga mentua kerana masih bersekolah.
Dia yang juga pembantu kedai makan dikatakan menyewa bilik motel itu dengan RM600 sebulan bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai pencuci kereta dan membawa tiga lelaki berkenaan untuk menemani mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka wanita yang hanya memakai singlet serta berkain batik.
“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang gadis dipercayai anak wanita itu yang hanya bersinglet dan berseluar jeans sedang tidur bersama dua lelaki dalam bilik berkenaan, manakala seorang lagi lelaki tanpa baju dan hanya berseluar jeans,” katanya.
Syeikh Muhammad Suhaimi berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
Kalau PunahSihat RM 1.Inilah Jadinya.
YB Abdul Shukor Idrus mendesak Kerajaan negeri menjelaskan dakwaan wujudnya amalan salah tadbir urus membabitkan sebuah anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).Desakan itu dibuat kerana mendakwa syarikat terbabit, Selangor Palm Oil Industries Corporation Sdn Bhd. (SOPIC) yang didapati telah membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada RM20 juta wang tunai milik anak syarikat itu pada tahun 2010.
Perbelanjaan yang membabitkan pelantikan kontraktor bernilai jutaan ringgit untuk projek pembinaan kandang lembu tenusu Milking Parlour dan Pejabat Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam menimbulkan pelbagai persoalan kerana SOPIC sendiri telah dihentikan operasinya oleh PKPS pada tahun 2009.Amalan itu katanya didakwa dikesan menerusi satu prosedur kewangan yang tidak munasabah apabila SOPIC menerusi dua ahli lembaga pengarahnya, pada 19 julai 2010 meluluskan pelantikan kontraktor iaitu syatikat LLK Construction Sdn Bhd. (LLK Construction) untuk melaksanakan projek tersebut yang berjumlah RM1.38 juta.Bagaimana sebuah anak syarikat yang telah dihentikan operasinya pada tahun 2009 boleh menjalankan operasi perniagaan. Malah, dia ahli lembaga pengarah SOPIC terbabit difahamkan tidak mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah PKPS selaku syarikat induk.
Malah, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang juga Pengerusi PKPS sendiri tidak kah mengetahui perkara ini. Apa penjelasan Menteri Besar mengenai perkara ini. Difahamkan salah seorang ahli lembaga pengarah SOPIC yang juga Pengurus Besar PKPS itu merupakan proksi Menteri Besar dan pernah bertugas di Kumpulan Guthrie sebelum ini
selain projek tersebut, amalan sedemikian turut melibatkan kelulusan pelantikan kontraktor yang sama untuk projek ternakan ayam daging di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam berjumlah RM975,130 pada 18 Mei 2011.Jelasnya, pemberian kontrak itu turut melibatkan pembelian mesin projek ternakan ayam sejumlah RM3.5 juta oleh syarikat Jensen Poultry Equipment atas cadangan LLK Construction sendiri.
berdasarkan maklumat yang diterima, wujud campurtangan dalam pengurusan perlombingan pasir di negeri ini oleh ahli lembaga pengarah KSSB yang terdiri daripada Exco serta ADUN daripada kerajaan negeri.Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang bekas Eksekutif Pemasaran KSSB, T . Sivanesan yang menyatakan wujud elemen campurtangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir, penjualan pasir kepada syarikat yang sama yang didakwanya dimiliki oleh individu yang berpentingan politik serta mempunyai hubungkait dengan Menteri Besar dan juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tembelang Guan Eng Edisi Mandarin.
Edisi Gempur untuk Persiapan Piliharaya untuk Pengundi Cina sekitar P94 Parlimen Tanjong.Tembelang LGE/DAP perlu diperjelaskan.Semangat 1malaysia kena faham semua bahasa.
Monday, November 14
Kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan
Sebuah kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 7.30 pagi tadi, mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur.
Khalwat: MB Terengganu.
Dalam politik di zaman blog, Facebook dan twitter ini, jika seseorang pemimpin difitnah dan beliau diam, orang akan kata betul, maka sebab itulah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat.
Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang.
"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam selepas membuat laporan polis itu.
Katanya pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.
"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam selepas membuat laporan polis itu.
Katanya pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.
Sebelum ini, Ahmad berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat.
MKP kata kita tunggu hasil siasatan Polis dan tengok sapa yang kena?
UMNO Jugak Yang Salah??????/
Kereta milik ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaikh Ismail hilang dipercayai dicuri semalam.
Benda yang remeh hendak dipolitikkan oleh PKR nie,klu seluar dalam yang hilang tentu salahkan UMNO jugak lepas nie.Tuduhan tidak berasas serta melu;u.
Menurut Harakahdaily, kereta jenis Proton Waja berwarna perak itu disedari hilang pada jam 7 pagi semalam setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.
Siti Aishah Shaik Ismail, ketua srikandi pkr"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi.
"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," katanya kepada Harakahdaily.
Berikutan kehilangan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.
"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.
"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kereta tersebut," katanya sambil menegaskan beliau tidak mahu menuduh sesiapa.
Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, mengapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan kejadian berlaku berhampiran dengan balai polis.
Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting berkenaan.
"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Siti Aisyah.
DAP Gila Kuasa.Melayu Dah layu Sahaja Ikut DAP.
Melihat pada penjelasan oleh Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak.tersentuh untuk MKP menulis apa yang diperkatakan.Pak Ngah turut menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa ke jalan yang sesat. Walaupun Malaysia (Tanah Melayu) sudah aman damai dan merdeka, namun terdapat anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai ruang untuk merobohkan keharmonian negara ini.
"Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. Sebagai contoh, buku yang saya sedang baca sekarang ini, "Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia", jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik."Dia memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu ini," tambahnya.
Adakah belia masa kini sedar apa yang berlaku?jika tidak diberi penjelasan kepada golongan ini nescaya mereka akan hanyut dibuai oleh DAP.Golongan belia perlu diberi penerangan oleh pihak yang berkenaan.
Sunday, November 13
Susu 1Malaysia ada E.coli?? Mana Sampel dan Nama Makmal??
Nampaknya Pakatan Rakyat semakin mengganas, menyerang kerajaan dari pelbagai sudut. Terkini, hal salah satu produk Kedai 1Malaysia, susu yang dikatakan dicemari bakteria e.coli.
Berita ini boleh dibaca di Kosmo Online.
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli.
Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.
Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.
"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."
Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Semalam. Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M. -malaysiakini (sumber rasmi berita fitnah)
Kalau nak kata laporan makmal yang mengesahkan tuduhan ini, bagi saya, laporan makmal boleh ditipu atau dibuat sendiri, atau upah mana2 makmal untuk keluarkan laporan tipu, macam yang Anwar buat untuk tipu laporan kes liwat dia.
"Hang ngata aku no??"
Kalau betullah susu tersebut dicemari oleh bakteria e.coli, jadi sila tunjukkan bukti sampel yang telah dibeli dan nama makmal swasta yang buat analisis. Ini penting untukMEMBUKTIKAN bahawa sampel itu memang ada e.coli, dan kita nak buat analisis jugak untuk membandingkan keputusan. Keputusan makmal boleh jadi tidak jitu jika sampel berlainan diambil. Dan perlu diingatkan juga, kilang yang menghasilkan susu ini mesti ada buat ujian makmal untuk produk susunya, paling kurang seminggu sekali. Jadi, kalau ada masalah terhadap produk susu yang dikatakan tercemar itu, sampel2 susu dari batch yang sama perlulah dianalisis supaya keputusan yang diperolehi adalah tepat. Berapa peratus kandungan bakteria e.coli dalam sampel? Adakah ia mematuhi standard Akta Makanan 1983???
Setakat tunjuk laporan macam tu, semua orang boleh buat. Nak tipu penyokong PAS macam Mahfuz Omar tu bolehlah, nak tipu orang yang belajar Sains, susahlah ...
Tak payah bagi alasan bila kita mintak nama makmal yang buat analisis tu, takut KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ambil tindakanlah, apalah. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Kita nak tau jugak makmal mana yang buat analisis tu. Maklumlah, majoriti makmal analisis swasta dimonopoli oleh Cina.
Awat Nurul Izzah masam muka?? Kurang minum susu pekat manis kot?
Tersentuh Nenek Ini.
Nenek ini berusia lebih 70 tahun. Dia amat terharu hingga menangis kerana terkejut dengan kehadiran sekaligus 2 orang Menteri Kabinet, iaitu Menteri Dalam Negeri & Menteri KPDNKK (DS Hishamuddin & DS Ismail Sabri) ke sebuah warung nasi kerabu kampung di Salor, Kota Bharu pagi tadi.
Sambil dengan nada sebak, mak cik ini menyapu air mata & berkata, "Mene doh kali ni (Kali ini mesti menang). Tok wakil kita pun tak pernah masuk kedai ni". Untuk rekod , kedai ini berada dalam kawasan DUN Salor, diwakili Naib Presiden PAS, Husam Musa. Rumah beliau cuma 6 km dari kedai ini. TANYA SAMA HATI LA, KAWAN.EA.
DS Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bertindak turun padang bagi memantau usaha pencegahan yang dilakukan oleh RELA dengan kerjasama KPDNKK untuk membanteras aktiviti penyeludupan minyak subsidi di sekitar Tumpat, Kelantan hari ini.
Pemantauan sehari ini dilakukan oleh DS Hishammuddin Tun Hussein bertujuan untuk melihat sendiri kelancaran kerja-kerja pencegahan yang dilakukan oleh anggota-anggota RELA bagi memastikan aktiviti penyeludupan minyak subsidi terus dibanteras dari masa ke semasa.
Selain DS Hishammuddin Tun Hussein, Menteri KPDNKK iaitu DS Ismail Sabri turut serta dalam program sehari ini - melalui program-program turun padang begini selain melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh anggota terlibat, ianya secara tidak langsung mampu menguatkan lagi semangat anggota bawahan mereka untuk terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
Sambil dengan nada sebak, mak cik ini menyapu air mata & berkata, "Mene doh kali ni (Kali ini mesti menang). Tok wakil kita pun tak pernah masuk kedai ni". Untuk rekod , kedai ini berada dalam kawasan DUN Salor, diwakili Naib Presiden PAS, Husam Musa. Rumah beliau cuma 6 km dari kedai ini. TANYA SAMA HATI LA, KAWAN.EA.
DS Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bertindak turun padang bagi memantau usaha pencegahan yang dilakukan oleh RELA dengan kerjasama KPDNKK untuk membanteras aktiviti penyeludupan minyak subsidi di sekitar Tumpat, Kelantan hari ini.
Pemantauan sehari ini dilakukan oleh DS Hishammuddin Tun Hussein bertujuan untuk melihat sendiri kelancaran kerja-kerja pencegahan yang dilakukan oleh anggota-anggota RELA bagi memastikan aktiviti penyeludupan minyak subsidi terus dibanteras dari masa ke semasa.
Selain DS Hishammuddin Tun Hussein, Menteri KPDNKK iaitu DS Ismail Sabri turut serta dalam program sehari ini - melalui program-program turun padang begini selain melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh anggota terlibat, ianya secara tidak langsung mampu menguatkan lagi semangat anggota bawahan mereka untuk terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PALING SEMPOI MINGGU INI
-
Tengok sendiri dan enjoy. Nurul dah mula lancarkan "Arab Spring" part-1untuk menghancurkan Malaysia. MKP pun nak start jugak ...
-
Jika dulu KDN dikenali dengan Kementerian memberi amaran dan kini bakal berubah dengan peneraju baru. MKP pecaya dengan Tranfomasi yang...
-
Sehingga kini tiada kenyataan terbaru dari anak Sulong Wan jijah mengenai dakwat kekal serta menyalahkan SPR. Mungkin terkedu dengan ded...
-
Ini adalah dedahan Kedua yang MKP janjikan pada semua pembaca, Taktik untuk melancarkan #MalaysiaSpring telah dimulakan oleh Anak Anuwa...
-
Ayat yang sesuai bagi bagi pengikut tegar atau penyokong setia DS Noh Omar. Kita semua kena redha dan berfikir sejenak dan bukannya bua...
My Blog List
-
-
Syed Hamid Albar – cabaran jadi pengerusi SPAD lebih dahsyat daripada jadi Menteri... - [image: syedhamid-teksixxx]Pada 3 Jun 2013 genaplah tiga tahun Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pe...
-
Integrasi Flickr dan Vimeo Mungkin Hadir Pada iOS 7? - Pada platform iOS daripada Apple, sebelum ini mereka telah mengintegrasikan sokongan Twitter dan juga Facebook. Kini, mengikut laporan daripada 9To5Mac, ia...
-
Air Asia Lupakan Standard Kemanusiaan? Sila Belajar Dari MAS… - Memang kecoh diperkatakan tentang seorang ibu, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan bayinya yang berusia 14 bulan, Mariam Sofea Mohd Reza, yang mendapat layanan ...
-
World not ready if flu outbreak strikes - GENEVA: The globe remains unprepared to deal with the risk of a massive virus outbreak, the deputy chief of the World Health Organisation warned Tuesday,...
-
DAP will end the BN “racism and extremism” - National unity: The Star‘s proud-to-be-Christian guest star “Well look at our ethnic unity champion….. Likes ‘Proud to be a Christian’… wonder what happene...
-
LIVE! Himpunan Black 505 di Kota Sarang Semut, Kedah.. - Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu ...
-
Gambar Panas Rozita Che Wan Tersebar - Sejak akhir akhir ini, nama Rozita Che Wan semakin laris. Apatahlagi dia bersama jejaka pilihan hatinya, Zain Saidin berada didalam rancangan popular, Ma...
-
DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE - Apa itu dimsum? Dimsum adalah makanan orang Kantonis. Ada banyak jenis Dimsum. Ada yang kukus, yang goreng dan yang dibakar. Ianya tidak pedas dan...
-
Segerakan Usaha Kerajaan Perpaduan – Fathul Bari - Berdasarkan senario politik semasa tanah air, pimpinan daripada Umno dan Pas perlu mempertimbangkan cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara kedu...
-
Panasss!! Azmin Ali Terus Buka Pekung PKR - *KUALA LUMPUR 12 Mei -* Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Al...
-
Dua Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Merusuh Pada Hari Pengundian - *KLANG: *Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam satu rusuhan di Jalan Mes...
-
mengapa tun mahathir sedih? - MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN TUN MAHATHIR. MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH? SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya aka...
-
[LIVE] Keputusan #PRU13 - class="statcounter"> href="http://statcounter.com/tumblr/" target="_blank"> class="statcounter...
-
28.04.2013 - UFB - Futsal Bersama Pemuda #Sanglang #PRU13 - [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=9xiok44EsWo[/youtube] *Komen Abu Aqif:* *Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang ...
-
GM13 tidak mendapat sambutan di UiTM - *Shah Alam,18 Mac* - Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) disambut dingin oleh mahasiswa UiTM ketika mengadakan speaker corner bagi menjelaskan manifesto mere...
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2011
(1336)
-
▼
November
(178)
- 7langkah Panglima Mengatur Langkah
- #PAUMNO :@SerinaRedzuawan Gamatkan PWTC.
- Umno Tidak Pernah Menyerah Kalah Perjuangkan Hak O...
- Eksklusif #PAUMNO : Ombak Rindu @LisaSurihani di P...
- #PAUMNO : BN Pilihan Orang Muda.
- LIVE:#PAUMNO Persidangan Puteri UMNO.
- #PAUMNO : UMNO Bukan Eksklusif!!!
- Peguam ambingai yang kurang cerdik
- Anwar Aibkan Malaysia di Indonesia
- Live at #PAUMNO
- Puteri UMNO Fokus Gerak Kerja Hadapi Pilihan Raya ...
- Pasal Nie Depa Ketaq Kat Shahrizat.
- Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim @ Al ...
- Semangat Nasi Merdeka .
- The "Nenen' Song for Lim Guan Eng
- Hebat Sangatkah Menjadi Pemimpin?
- Tahniah Kepada UMNO BHGN Bayan Baru.
- DILEMMA DAN PERMASALAHAN PENGUNDI MELAYU PULAU PIN...
- Lagi Janji Penipu Pakatan 2011.
- Nga Kor Ming Kutuk Melayu Dalam Majlis Melayu.
- Silap Mata Atau Mata Silap??????????/
- UMNO Belum Kuat Jika???????????//
- Dr Mansor Othman Orang Indon Rupanya.
- Sepatu Tinggi Celana Ketat
- EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Mi...
- Nik Ajis Bawa Cerita Bangau Oh Bangau
- Kambing pun pelik cam azmin ali
- GEMPAR!!!.... Projek Taman Tema Air Di Teluk Bahan...
- VIDEO PANAS:ADUN KOMTAR kENA pUKUL.
- PKR Sudah Tidak Releven Lagi.
- PAU 2011.Pemuda Pulau Pinang Sedia Gempur.
- Pelancaran Jentera Pilihan Raya
- PENDERITAAN WAN AZIZAH
- 3 PEGAWAI UNISEL DI PECAT, PEROGOL PULA DIKEKALKA...
- Skandal Seks Malaysia.
- Bukti PAS Negeri Sembilan ditolak Rakyat Negeri Se...
- LIDAH BEWAK sungguh ADUN KOMTAR NIE.
- No Way...
- Anwar Dan Kit Siang Malam Kena Pukul NGan Selipar ...
- Ustaz PAS Suka Macam Nie
- Video 18 Sx Srikandi Bersama Anwar.
- Cekik Terkucir DAh Pakatan Haram Nie.
- Bila Masa Pulak Anwar Jadi Wakil Perdana Menteri
- #BN Membantu Rakyat Kelantan Dilanda Musibah
- LAMAN WEB 1MALAYSIA KENA HACKED.
- ADUN DAP KOMTAR Mengamuk.
- BerbedaA Skandal Seks Pemimpin Nie.
- Ustaz Terbaik Dlm PAS atau HamPAS.
- Biaq Betul Apa Aku Tengok Nie.
- Disko Pokok Cherry Kat Kelantan.
- Di Chalok Kedai, Langkap Setiu-Kenapa mesti terjad...
- Guan Eng Takut Ulaq Tedung Seluaq.
- Pelacur politik" dan ' katak"
- Hampir 50 calon SPM, STPM di hulu Terengganu ke Pu...
- POK NIK KATA:tokleh nok tehe
- Terkini:Penyokong kita selamat
- Penyokong Malaysia Hilang Di Indon.
- Pegawai Wakil Rakyat Kantoi.
- Pok Nik Buat Naya Kat Budak-Budak.
- VIDEO:Kelantan LAgi Dasyat Dari Penang
- Guan Eng Takut Hantu Cyber.Kita Dihina Tunggu Apa ...
- Penjelasan Kekeliruan yang Dibangkitkan.
- Bila Bapa Nenen Mengamuk.
- Mentaliti Yang Kurang Ajaq.
- Penahanan tanpa perbicaraan perlu untuk perangi ke...
- Fuziah cuba cantas Datuk Fauzi
- Ketua Perang/Ketua Menteri Baru Pulau Pinang.
- Pemain Bola Malaysia Suka Berlakon!
- Terkini : MB Selangor TS Khalid Ibrahim PONTENG si...
- mengaku berkhalwat di hotel!
- Mak Lampir Menjerit Ditendang Lembu Gara-Gara Saif...
- Dr MIM wakili Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sa...
- Pok Nik Gagal Tadbir Ayaq Kelantan.
- 'BN pilihan orang muda'
- PRU 13 pada 3/3/03.Biar Betul?
- Rafizi Ikut Anwar Main Belakang
- Live:konvensyen media sosial 1malaysia
- GUAN ENG AMBIK KREDIT ATAS KERJA BN.
- 13 ditahan ISA di Tawau amat bahaya.
- Zul Nordin dakwa ditawar jawatan GLC Selangor gaji...
- KECIK KECIK LEMBU JAGA.
- Duit Budak Pun Hampa Mau Ka?
- TUNJUK PERASAAN BANTAH PROJEK LADANG TERNAKAN BABI...
- UMNO Terbuka Menerima Keputusan Tsu Koon,Guan Eng ...
- Simpati Kepada Dr Koh Bukti Guan Eng Memang Pelawa...
- Lim Guan Eng Mengamuk
- Menyerah Secara Total.Siapa Bakal Lawan Guan Eng?
- UMNO:Strategi Rampas Kembali. .
- Tahniah blogger Penang ! Label kerajaan DAP meleka...
- ALAMAK TOYOL ISAP NENEN.
- BN Youth Music 2011
- Demo Menghilangkan Dakwat Kekal
- Video seks: Ini UMNO...itu UMNO
- Ketua Menteri Jika Gerakan Menang.
- HP Sauce & Tobasco Tidak Halal.
- MeloyaKini &Gendut Loone Kencing Kuat?
- Orang Kelantan belajaq cakap Penang.
- Projek Bina Terowong RM8 Billion.
- Wardina Minta Maaf Pada Blogger BN.
- Yusmadi akui tak takut tapi toloq dah hilang.
- DAP & LGE Khianat Kedai Menu Rakyat 1Malaysia.
- VIDEO:Kenapa Anwar Suka Thailand.
- Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau P...
- LGE Buat Keja Gial Lagi!!!!!!!!
- Ibu dan anak dicekup khalwat
- Kalau PunahSihat RM 1.Inilah Jadinya.
- Tembelang Guan Eng Edisi Mandarin.
- Kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan
- Khalwat: MB Terengganu.
- UMNO Jugak Yang Salah??????/
- DAP Gila Kuasa.Melayu Dah layu Sahaja Ikut DAP.
- Susu 1Malaysia ada E.coli?? Mana Sampel dan Nama M...
- Tersentuh Nenek Ini.
- Cakap Talak Selupa Bikin.Habuk Pun Tarak
- LGE Belakang Kira.Tuduh BN Kelentong Rakyat.
- Saya bersedia disiasat: KJ
- TAHUKAH ANDA MAKSUD Peace ( V ) + Lidah Terjelir ....
- BATMAN KENA BELASAH
- MCCBCHST Apa Masalah LU?
- Politik Malaysia.
- cara nak pindah barang kalau duduk flet
- Perkasa bantah KN sediakan bas percuma untuk rakya...
- #Rempit Beca 3.0
- Otak Burung.
- DAP SuDah Hilang Sokongan Masyarakat India.
- Kantoi!!!!!!!!Guan Eng Mengaku Bina 3,421 Rumah.
- DiTelan Mati Emak Di Luah Mati Bapa
- Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tete...
- Konti Radio Filipina.Rupanya!!!!!!!!
- Setiausaha DAP Pulau Pinang hampir bunuh OKU !!
- Dalil Politik Malaysia.
- Mat Sabu hina YB Zulkifli Noordin
- Betulkah Apa Yg Dilihat?
- Khalid Semakin Gagap.
- Salam 1 Malaysia.
- MB Saman Penulis Blog Fitnah.
- Boria, Francis Light, dan Koh Tsu Koon
- PDRM Kereta Peronda Baru.
- Mesti UMNO yang salah ni..
- DiPukul Kerana Mencuri.Jangan Tengok Jika Takut Da...
- Umno Tidak Sekat,Cakaplah Apa Pun!!!!!!
- Pelajar Malaysia di Jawa Timur dibunuh cuba halang...
- Hampa Tipu Anuar Dah Pi Haji La.
- SELAMAT DATANG KE NEGARA KEBAJIKAN
- MKP Dah Kena Depan/Belakang Kiri Dan Kanan.
- EXCO AGAMA PENANG TIDO LENA.
- Jutaan Terima Kasih.Kepada semua yg menyokong MKP....
- Anak Gadis Islam Berbogel Dlm Kolam.
- Bila Pok Nik Jumpa Teo Nie Ching .
- Kucing Dipotong Kaki Kerana Mencuri Ikan
- Gobi Lu Bikin Panas!!! Hina Islam Pulak.
- Ibadah Qurban "Reformasi"
- Siapa Zairil Yang Pergunakan Nama Khir Johari?
- Salam Aidiladha 1432H
- Singa Betina Dalam Pelukan.
- Pemimpin DAP hina Ibadah Qurban.
- Sister In ISlam (SIS) boleh disamakan dengan binat...
- Pramugari Seksi.????????????????
- BN kesal Seberang Perai kini menjadi kotor.
- @chegubard gila Publisiti,NUPW digunakan!!!
- Apa motif Ambiga nak demonstrasi?
- Anwar Dah pegi Haji LA!!!!
- MPPP Pulau Pinang Tidoq Dibawah Pemerintahan DAP/P...
- Mat Saleh nyanyi lagu Dikir Serabut Wehh..
- Cikgu Bard Pasti Menagis Tengok Nie
- BOB ISabella rela Ditangkap.
- VIDEO TERBARU DARI THAILAND.
- Gaji, elaun Guan Eng RM46,521
- Potong Gaji Guan Eng RM 1.00 Boleh Kot?
- Alamak,Pelawak Tu Cuba Merogol!
- Chegu Bard Sudah Melenjit.
- LGE Buat Fitnah Lagi,Tetap Salahkan UMNO.
- Media Sosial Punya Angkara.
- Video:#RempitBersih 3.0.
- Lim Guan Eng kelirukan rakyat
- Antara Elton John dan video seks..
- gara-gara Kampung Buah Dada...
- Up Date,Video telah dikemaskini.
-
▼
November
(178)




















