Friday, November 18

Lim Guan Eng Mengamuk

Orang ramai membantu pihak polis menangkap seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar.Dalam kejadian hampir 11 pagi tadi, dua cedera manakala cermin enam buah kenderaan rosak apabila lelaki yang bersenjatakan sebatang cangkul pendek mengamuk. - foto BERNAMA


Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Malang Dalam sejarah Pulau Pinang pasti mengamuk bila tengok video ini.Siap dengan versi mandarin lagi.Klu Lelaki gambar diatas mengamuk begitu rupa cuba bayangkan jika Lidah Bewak nie mengamuk macam mana rupanya.

Menyerah Secara Total.Siapa Bakal Lawan Guan Eng?



Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti samada untuk kerusi DUN mahupun kerusi Parlimen di negeri Pulau Mutiara itu.

Keputusan itu memang ada kaitannya dengan desakan oleh beberapa pihak di dalam Parti Gerakan yang diterjaui olehnya yang secara berterus terang telah meminta agar beliau tidak lagi menyertai PRU-13 akan datang sebagai calon parti. Kemuncak desakan datangnya daripada Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe ketika berlangsungnya Perhimpunan Tahunan Gerakan di Ibu Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kemampuan Tan Sri Koh untuk terus diberi kepercayaan memimpin Pulau Pinang sekiranya BN berjaya mengambil alih kerajaan sedia ada daripada DAP telah banyak kali dipersoalkan oleh berbagai pihak di negeri berkenaan termasuklah daripada pihak pembangkang. Prestasi Tan Sri Koh selama menerajui kerajaan Pulau Pinang ketika dibawah BN sering dipertikai.

Akan tetapi walaupun beliau dan Gerakan tewas kepada DAP di Pulau Pinang namun kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melupakan jasa beliau yang telah menyerahkan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Pakatan Haram Pembangkang selepas keputusan PRU-12 pada tahun 2008 menyaksikan BN kalah teruk di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Dan sebagai mengenang jasa beliau yang tidak terhingga itu yang menyerahkan negeri Pulau Pinang untuk diperintah DAP maka kerajaan pimpinan Pak Lah ketika itu dan kemudiannya dasar itu diteruskan pula oleh kerajaan Datuk Seri Najib apabila perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara atau sebagai Senator dilanjutkan ke satu tarikh yang belum ditentukan.

Malah bukan setakat dilantik ke jawatan sebagai seorang Senator malahan beliau terus dilantik oleg Datuk Seri Najib menjadi menteri penuh iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mana jawatan beliau lebih kanan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang lain. Beliau diberi tugas untuk menjaga prestasi menteri-menteri kabinet yang lain... hahaha...sesuatu yang amat lucu,,,,adakah patut ?

Punyalah banyak Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah yang menang dengan cemerlang pada PRU-12 itu dulu, tetapi kenapa Tan Sri Koh Tsu Koon juga yang dipilih ? Bukan main ramai juga Ahli Parlimen BN yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri penuh, timbalan menteripun okay,,,tetapi kenapa juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pula yang jadi pilihan Datuk Seri Najib?

Tapi tak apalah, sudah Tan Sri Koh kata dia tak nak bertanding pasal dia memang tahu bahawa beliau akan tetap kalah maka eloklah juga lepas ini dia tolak sebarang jawatan yang melibatkan jemaah menteri,,, banyak lagi Ahli Parlimen BN yang belum diuji akan kemampuan mereka...jadi saya rasa tidak timbul lagi sebab mengapa perlu untuk Perdana Menteri "mengimport" orang luar untuk mengisi jawatan dalam kerajaan memandang sumbangan Ahli-ahli Parlimen juga perlu diambilkira...

UMNO:Strategi Rampas Kembali. .


PERHIMPUNAN Agung UMNO sering menjadi tumpuan ramai kerana ia forum bagi pemimpin parti dan perwakilan memberi pandangan dan membuat teguran mengenai keadaan semasa politik dan pentadbiran negara.
Perhimpunan tahun ini bermula dengan Amanat Presiden UMNO secara tertutup pada 29 November ini, dianggap antara yang terpenting kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka diadakan tidak lama lagi.
Justeru, sudah tentu semua pihak, terutama pemimpin parti pembangkang ingin mendengar ucapan perasmian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, perbahasan perwakilan dan kemudiannya, pada hari terakhir, ucapan penggulungan pemimpin parti.
Pada perhimpunan ini jugalah cadangan dan kritikan ditimbulkan secara terbuka oleh perwakilan, dan teguran mereka diterima dengan baik oleh barisan pemimpin yang duduk di pentas Majlis Tertinggi.
Setiap tahun juga ada pembahas yang mampu meriuhkan Dewan Merdeka, medan berlangsungnya perhimpunan itu, dengan senda gurauan melucukan menyebabkan hadirin tidak kering gusi.
Menyedari betapa seriusnya perhimpunan 2011 ini berikutan keputusan pilihan raya 2008 yang mengejutkan dengan parti pembangkang menguasai lima negeri, perhimpunan berkenaan dijangka menjadi forum bagi ahli UMNO merangka strategi bagi merampas semula negeri yang kalah itu.
Antara perkara utama ialah persiapan yang perlu dilakukan jentera Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri serta jentera Jawatankuasa Penerangan pada peringkat cawangan serta jawatankuasa peti undi.
“Perwakilan yang berucap membahaskan usul terutama dari negeri yang Barisan Nasional (BN) gagal menguasai kerajaan, diharap dapat membentangkan perancangan bagi membolehkan kekalahan itu ditebus semula dalam PRU-13,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dalam satu pertemuan, kelmarin.
Katanya, ahli Pemuda, Wanita dan Puteri mesti menimbulkan kelemahan pembangkang di negeri yang BN kalah dalam pilihan raya lalu.
“Jurucakap dari negeri berkenaan kena timbulkan apa janji pembangkang dalam kempen mereka dan apa pula yang ditunaikan. Saya syorkan agar jurucakap dari negeri terbabit menyediakan senarai janji pembangkang dan apa yang mereka tidak buat. Perwakilan dari negeri lain juga hendak mendengar hujah mereka,” katanya.
Ahmad berkata PRU-13 ini yang paling penting dalam sejarah peperangan politik di negara ini kerana ia menentukan hidup matinya UMNO dan BN.
“Mesej yang perlu dibawa balik oleh pembangkang daripada perhimpunan ini ialah BN wajib menang pilihan raya ini,” tegasnya.
Ini juga kali pertama pembangkang mempunyai momentum yang kuat selepas mendapat beberapa kemenangan pada PRU-12 lalu, menyebabkan mereka berasakan sudah boleh menawan Putrajaya.
Katanya, BN berjaya mematahkan momentum itu pada pilihan raya kecil dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Antaranya pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Kerdau dan Merlimau serta kemenangan dua pertiga di Sarawak.
Oleh itu, Ahmad berkata UMNO dan BN perlu mencari calon terbaik yang boleh menang. Calon yang menang dalam beberapa pilihan raya kecil lalu itu juga boleh dijadikan sebagai contoh ‘winnable candidate’, antaranya isteri bekas calon, ada yang hanya berkelulusan SPM saja, ada anak bekas ketua bahagian dan ada ustaz lulusan Mesir.
“Kita kena lihat kita berlawan dengan siapa. Di Tenang kita pilih Penolong Pegawai Daerah (ADO) sebagai calon. Dia seorang graduan yang juga anak bekas ketua bahagian dan aktif dalam pertubuhan belia, manakala umurnya masih muda.
“Di Galas, calon kita hanya berkelulusan SPM tetapi dia disukai ramai, pegang pula jawatan setiausaha bahagian, lama berkhidmat dengan Kesedar di Gua Musang. Maknanya kita kena lihat suasana di tempat itu dan merujuk pada isu tempatan,” jelas Ahmad.
Katanya, pembahas yang berucap pada perhimpunan boleh memberi pandangan mengenai calon boleh menang bagi membolehkan pemimpin membuat persediaan lebih baik.
Ahmad berkata, daripada pemerhatiannya, pembangkang kini tidak sekuat dulu kerana ‘kepala mereka’ sendiri pun lemah.
“Tidak pernah dalam sejarah, ketua pembangkang mempunyai masalah seteruk (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Kita juga tidak pernah melihat parti politik boleh mengubah dasar perjuangannya semata-mata kerana hendak menang, sanggup ubah daripada perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan.
“Saya yakin jika Anwar menjadi perdana menteri, akan mati perjuangan parti, bangsa dan Melayu diperkudakan DAP. Parti cauvinis akan menguasai kerajaan.
Cauvinisme akan menjadi ideologi dan menyebabkan kita hancur,” katanya.
Selain politik, beliau berharap perwakilan yang membentang atau membahaskan usul akan memberi pandangan mengenai dasar transformasi kerajaan termasuk Gagasan 1Malaysia serta Bajet 2012.AGENDADAILY.

Komen MKP;29 November - 3 Disember ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC.harap blogger & cybertrooper UMNO semua akan turun. Selain membuat liputan untuk perhimpunan itu, kita semua boleh buat liputan kerja bangang mereka di kelab dangdut dan rumah urut sekitar KL. JANGAN LUPA BAWA KAMERA ATAU CAMCORDER... KITA DEDAHKAN SEMUA!tak tuduh semua perwakilan UMNO tu bangang (PAS/PKR/DAP pun sama je)... cuma segelintir yang berperangai macam inilah yang akan menjahanamkan UMNO nanti. Kebanyakan perwakilan adalah mereka yang terpilih untuk menjadi pemimpin... lu tak boleh nak pimpin nafsu, lu tak payah perasan nak jadi pemimpin! Chowww! 

Tahniah blogger Penang ! Label kerajaan DAP melekat dikalangan orang Melayu !



Nampakanya  medium blog di PP yang dikuasai blogger Pro UMNO  seperti Dr MIM , Generasi Pejuang Bangsa , MPP , Empayar Pemuda , Pisau.net , Mat Kilau Penang, Anak Seberang  terhadap kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng berjaya .

Melabel kerajaan Negeri sebagai kerajaan  DAP  setiap hari di blog termasuk bantuan  di media arus perdana akhirnya melekat dalam minda orang Melayu P.Pinang. Itu belum lagi dikira kezaliman kerajaan DAP terhadap orang Melayu di negeri ini seperti merobohkan gerai-gerai  mereka .

Guan Eng sememangnya  akan terus dilihat sebagai mengancam Melayu kerana jelas terbukti  DAP memang menjadi UMNO sebagai musuh ketat mereka.  Sebagai parti Melayu yang terbesar di negeri , jika DAP menyerang UMNO  ,maka diibaratkan juga mengancam orang Melayu !


BACA SETERUSNYA

Thursday, November 17

ALAMAK TOYOL ISAP NENEN.


BN Youth Music 2011


Berobjektifkan misi menyatupadukan anak-anak muda dari pelbagai bangsa dan agama serta melahirkan nilai inspirasi 1Malaysia dikalangan anak muda hari ini, Pergerakan Pemuda Barisan Nasiona (BN) dengan usahasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) serta Universal Music Malaysia buat julung kalinya melancarkan pertandingan BN Youth Music 2011.
Disifatkan sebagai platform pendedahan bakat-bakat muda dalam industri seni tanahair, pertandingan ini memerlukan para peserta memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai oleh juri-juri profesional.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, peserta boleh memuat naik video berdurasi selama enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat akhir tahun ini.
Beliau berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun daripada pelbagai latar belakang dan genre muzik. 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 peserta terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.
Tambah Khairy lagi, pertandingan itu adalah sebagai wadah pembuka jalan kepada generasi muda yang mempunyai bakat sama ada dalam nyanyian dan tarian mempamerkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik video yang semakin popular di kalangan generasi muda masa kini.
“Kaedah mencari bakat ini adalah relevan dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda menonjolkan bakat mereka,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di Riverside Cafe, PWTC, petang semalam.
Juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band akan berpeluang membuat rakaman lagu dengan syarikat Universal Music Malaysia, selain turut membawa pulang hadiah wang tunai dari RM10,000 hingga RM20,000 beserta trofi.
Antara juri profesional yang akan menilai persembahan vokal dan kreativiti peserta adalah penyanyi Rock tersohor, Awie serta pelakon, Zed Zaidi.
Kepada sesiapa di luar sana, terutamanya pembaca OHBULAN!  yang menepati syarat-syarat dan kriteria seperti yang disebut diatas dan berminat menyertai pertandingan ini, bolehlah melayari laman web (seperti tertera di atas) untuk mengetahui maklumat lanjut pertandingan pencarian bakat berkenaan.


Demo Menghilangkan Dakwat Kekal


Proses Dakwat Kekal yang dihilangkan dalam masa tidak sampai 5 minit ditunjukkan didalam video ini. Pihak PAS,DAP dan PKR Beriya iya untuk menggunakan Dakwat Kekal sedangkan terbukti bahawasanya dakwat kekal mampu dihilangkan dan ianya akan dimanipulasi oleh pihak tertentu dalam proses Pilihanraya. Selanjutnya layari

Video seks: Ini UMNO...itu UMNO


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cuba putarbelitkan  fakta dan menuduh UMNO sebagai perancang sehingga beliau perlu beri keterangan polis mengenai dakwaan membuat laporan palsu kes video seks.
Katanya Anwar pastinya sedar apabila beliau buat laporan polis menafikan terlibat dalam kes video itu ...samada kenyataan itu benar atau tidak... ia menjadi persoalannya.

Katanya kalau ada rakyat yang tidak puashati dengan penafian itu mungkin mereka nak dapatkan kepastian.
Maka biasalah apabila buat laporan polis siasatan akan dibuat dan keterangan diminta daripada orang berkenaan.
“Ini bukan  soal UMNO...bila ada ( hal) berkaitan ( tuduh) UMNO saja...ini bukan satu perkara dilakukan oleh UMNO.
“Yang sebabkan hal hal itu disiasat polis bukan UMNO...juga isu berbangkit bukan kerana UMNO suruh...kita nak nafikan sekeras-kerasnya,”tegasnya ketika jawab soalan wartawan mengenai dakwaan Anwar ia rancangan UMNO untuk malukannya.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur petang Rabu.
Muhyiddin juga mempersoalkan tindak tanduk pembangkang yang galak mengaitkan apa saja libatkan mereka dengan UMNO.
“Ini mesti UMNO punya kerja....nanti pihak lain, (misalnya)  Guan Eng kata ini UMNO punya kerja...Kit Siang (pun tuduh) UMNO...tak ada lain ke UMNO semua sekali ...ini sifat amat tak bertanggongjawab...nak cemarkan nama baik parti (UMNO)...nak kaitan apa saja (masalah) mereka disebabkan oleh parti,”katanya.

Ketua Menteri Jika Gerakan Menang.


Tan Sri Khoo Tsu Koon tidak akan bertanding pada PRU 13 akan datang.Adakah  Teng Chang akan menjadi Ketua menteri Pulau Pinang jika BN kembali merampas Pulau Pinang Dari DAP.Khabar angin telah melanda dan tidak dapat dipastikan hingga pucuk pimpinan Gerakan membuat keputusan.Keputusan tidak bertanding oleh Tsu Koon akan memberi impak yang amat besar kepada pengundi Cina disekitar Pulau Pinang dari apa yg MKP lihat dari akar umbi.Kerja dan persiapan telah dibuat oleh BN untuk merampas Kembali Pulau Pinang.Dengan Slogan Bergerak bersama rakyat yang dilaungkan akan memberi impak selain dari OPS TANJONG 1 DAN TANJONG 2.

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di parlimen, mahupun di peringkat negeri.
Katanya, tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan.
"Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan 'Bergerak bersama rakyat'," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, pagi tadi.


HP Sauce & Tobasco Tidak Halal.

Maklumat dan surat dari JAKIM bahawa Tobasco dan HP sauce tidak halal.

MeloyaKini &Gendut Loone Kencing Kuat?


Meloyakini buat hal lagi dengan posting yang agak kurang cerdik dan dunggu menyatakan UMNO mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang berdasarkan Pendapat ketua NGO yang dunggu dan kurang cerdik dalam  politik semasa dan apa yang telah dinyatakan oleh pucuk pimpinan UMNO sebelum ini.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) sekarang sudah tidak lagi releven macam dulu dan mahu mengambil sikap populis seperti lidah bewak jugak cari publisiti murahan macam nie.Kepada Rahmad Isahak sudah-sudahlah.politik murahan macam hang buat nie,Tak akan ada sapa pun nak layan hang klu buat cam nie.Kepimpinan dulu mungkin takut sekarang dunia dan senario politik UMNO sudah berubah dan lebih baik dari dulu.Baca disini

Susan Gendut dan Bapak nenen usah main lagi dengan politik dan isu basi nie tak ada maknanya lagi isu ini dimainkan.Pisang takkan berbuah kali kedua mungkin isu nenen akan ada kali kedua dan memberi impak yg lebih besaq kali nie.Tunggu dan nantikan dengan sabaq pendedahannya oleh blogger Penang.

Orang Kelantan belajaq cakap Penang.

Wednesday, November 16

Projek Bina Terowong RM8 Billion.



Sikap Populis yang menimbukan tanda tanya?adakah LGE mahukan dana untuk PRU 13.Motif pembinaan tersebut sebelum ini adalah insprasi dari PORR yang dicadangkan oleh BN sebelum ini akan tetapi dibantah keras oleh masyarakat cina di sebelah pulau.DAP pada waktu itu mengabil kesempatan diatas isu tersebut dan menghasut pengundi membenci GERAKAN dan BN.Bila dah dapat kuasa dan nampak itu adalah keperluan untuk rakyat kini berpaling dan mahu membuat terowong dan mengambil kesempatan untuk buat duit bagi menghadapi PRU 13.
KUALA LUMPUR, 16 Nov – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.
“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar rayaGeorge Town.
“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya 
Muhyiddin berkata projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang.
“Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
“Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya.
Pada Isnin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar.
Projek yang dicadangkan itu adalah terowong ketiga yang menghubungkan Persiaran Gurney ke daerah Seberang Perai Utara, jalan pintasan menghubungkan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan hubungan antara Bandar Baru Air Itam ke lebuh raya itu serta satu lagi jalan ke jalan pantai dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, menurut portal berita itu.

Wardina Minta Maaf Pada Blogger BN.


Betul ke tak nak jadi calon... kalau dari tweetpun dah pandai praktikkan ciri-ciri calon PAS/PKR yang suka mengeji dan sumpah-seranah, dah belajar perlekehkan orang lain tak reti menulis, pathetic segala?

Sepatutnya Wardina bangga bila ada blog pro-UMNO spekulasikan dirinya sebagai calon, membuktikan ada ciri-ciri kepimpinan padanya yang tak harus PR memandang remeh- semetelah dengan sokongan dan kempen yang telah dilakukannya di ruang siber kepada PR selama ini.

Tapi dengan mempertikaikan fakta & cara penulisan blogger2 pro-UMNO menunjukkan Wardina masih bias dalam menilai. Mungkin Wardina tidak pernah membaca blog no.1 pembangkang - MILOSUAM yang asyik kantoi kerana cuma reti membuat black propaganda bertahap amatur.

Mungkin Wardina terlepas pandang kepada blog no.2 pembangkang - TUKARTIUB yang seperti orang putus urat ketawa (kah kah kah)... Atau Wardina tidak mendengar berita mengenai blogger pembangkang SHARPSHOOTER yang terpaksa meminta diskaun bila harus membayar saman RM400,000 terhadap fitnahnya kepada DS Rais Yatim.

Pernah Wardina dengar berita blogger pro-UMNO kalah dalam mana-mana kes saman? Kalau adapun setakat 'lakonan' saman oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang hanya tamat di luar pagar IPD, untuk memperbaiki persepsi dan menutup kesalahan sendiri.

Bila terpaksa membayar saman bermakna isi blognya berunsur fitnah dan penipuan. Sedangkan blogger2 pro-UMNO tidak pernah di bawa ke mahkamah kerana disaman. Mungkin Wardina boleh mentafsir sendiri sebabnya, dan berfikir kembali siapa yang menulis dengan FAKTA!

Menggelar orang lain pathetic hanya bila diri sendiri tidak utuh emosi untuk bertahan... errr nak buat sidang media lagi ke lepas ni??? heheheee...

Dengar cerita Wardina nak saman blogger pro-UMNO semasa sidang media dulu... Katanya bagi tempoh 14 hari, ni dah masuk lebih 140 hari takkan senyap aje kot??? =p

Baca juga mengenai Wardina di blog KERIS 7 LOK .

Yusmadi akui tak takut tapi toloq dah hilang.


Sama ada rasa goyang kerana khuatir pertandingan tiga penjuru, ahli parlimen PKR Balik Pulau, Yusmadi Yusof pelawa Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyertai pembangkang jika mahu mengubah kerajaan sedia ada.
Bagi beliau, jika PRM mahu memperjuangkan nasib penduduk Balik Pulau, eloklah bersama-samanya mencari jalan membantu mereka selepas mendakwa Barisan Nasional gagal membela nasib penduduk kawasan tersebut.
Yusmadi percaya dengan muafakat PRM dan Pakatan Rakyat, BN boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, jika muafakat ini melihatkan kelebihan kepada calon PRM, beliau terbuka jika pucuk pimpinan PKR memutuskan sama ada beliau kekal bertanding atau tidak.
“Bagi saya, jika dalam permuafakatan itu menguntungkan (Presiden PRM) Dr Rohana (Ariffin) saya terbuka (beri laluan)  tapi kalau dalam masa sama ada kelebihan saya dan PKR, adalah tanggungjawab saya duduk dengan sesiapa saja yang sayangkan Balik Pulau untuk pastikan agenda pembangunan di situ,” katanya.
Yusmadi mengadakan sidang media di lobi parlimen Selasa bagi menjawab hasrat PRM untuk bertanding di tiga kawasan parlimen dalam PRU termasuk di Balik Pulau selain Selayang dan Petaling Jaya Selatan.
Tiga kerusi itu dikuasai PKR dalam PRU ke 12.
Menjawab soalan Agendadaily, Yusmadi menafikan beliau takut tewas lalu mencadangkan PRM bergabung dalam pakatan pembangkang.
“Soal takut tidak timbul. Yang saya takut agenda itu akan merugikan rakyat. Secara peribadi saya tak takut kerana saya menang. Bila saya melihat ada ruang untuk memantapkan sokongan rakyat saya buka ruang tapi kalau merugikan rakyat saya kena pastikan ini tak berlaku,” katanya.
Mengenai khabar angin kononnya beliau sedang mengintai kerusi di Lembah Klang dan mahu melepaskan kerusi Balik Pulau, Yusmadi berkata, beliau belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.          
Persoalannya jika pembangkang menerima PRM dalam pakatan mereka, sudah tentu soal pembahagian kerusi antara PKR,DAP dan PAS yang belum lagi selesai akan huru hara.
Ini kerana pakatan rakyat kena beri tiga kerusi yang PRM minta untuk bertanding.
Memandangkan semua kerusi itu milik PKR, persoalannnya apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkannya?
Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka pilihan raya umum yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.
Dalam pada itu, Rohana menegaskan PRM mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka".
"Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," katanya.
Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".
PRM kelmarin mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi, William Leong dan Hee Loy Sian.

DAP & LGE Khianat Kedai Menu Rakyat 1Malaysia.


Jika sebelum ini Mek Izzah/Tony Puah dok meroyan pasal Kedai 1Malaysia kata barang yang terdapat dikedai  tersebut tak berkualiti dan macam-macam tomahan.Nie yang terbaru dan panas meletop DAP dan LGE mengarahkan Banner Menu Rakyat 1Malaysia diturunkan dan dihapuskan.Kenapa hendak diturunkan dan takutkan kedai Rakyat yang dilancarkan oleh PM sebelum ini.ternyata LGE takutkan tranfomasi yang dilakukan oleh PM dan takut sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap tranfomasi tersebut.


Kedai Menu Rakyat yang MKP maksudkan ialah Khalil Nasi Kandar yang terletak di Persiaran Gurney yang terkenal Di Pulau Pinang.Jika sesiapa yang berkunjung di Pulau Mutiara ini pasti tahu dimana lokasinya.Tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.Guan Eng nak tanya sikit sebelum ini BN tak pernah terdesak nak buat macam tue dekat pakatan rakyat kenapa ini dilakukan terhadap program yang menguntungkan rakyat.moto DAP adalah CAT sekarang dah hilang gigi tinggal gusi dah.

Apakah alasan banner tersebut diturunkan jika dilihat pada gambar diatas ianya terletak didalam kedai.mengikut undang-undang ianya tidak memerlukan lesen.Adakah ini mempunyaii motif politik atau takutkan kebenaran. 

VIDEO:Kenapa Anwar Suka Thailand.


Alkisah kenapa Pak Sheik Suka dengan negara jiran kita disebelah utara.Satu dekat dengan Permatang Pauh yang kedua bebas melakukan apa saja dan yang ketiga sebab depa boleh buat macam nie>>>> 

Tuesday, November 15

Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau Pinang?



Mana khairat kematian yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang? Apakah duit RM1000 itu tersangkut dalam poket sapa-sapa? Ini bukan fitnah. Ini cerita benar daripada seorang Ketua Kampung yang tinggal di kawasan Teluk Kumbar. Borang diberikan sudah beberapa bulan yang lalu. Tapi sehingga ke hari ini, duit RM1000 itu masih tak nampak. Bila diminta jumpa dengan pemimpin PKR berkenaan yang sentiasa rapat dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas? 
Ketua Kampung itu sudah bosan dengan sikap pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Bercakap gah, bantuan tak seberapa pun. Ramai lagi yang tak dapat. Jika tak ada duit jangan cakap lah. Janji pilihanraya yang dulu pun belum tertunai. Jika begini, apakah pengundi2 perlu beri undi lagi. Kami tertipu kata Ketua Kampung itu. Sejak DAP memerintah, banyak tanah di kampung-kampung Melayu sudah didirikan rumah harga ratus-ratus ribu ringgit. Orang Melayu tak mampu beli tapi kenapa dibina di kampung2 rumah jenis ini.
Mana rumah kos rendah seperti zaman BN memerintah dulu. Ada flat Taman Sahabat, ada flat Sri Gertak Sanggul, Flat Bandar Baru Perda, Flat Taman Emas dan flat Teluk Kumbar dan banyak lagi rumah flat yang tak dapat disebut di sini. Itu semua rumah2 kos rendah yang dibina semasa kerajaan BN dulu. 
Kerajaan DAP disokong oleh PAS dan PKR hanya dapat binakan rumah-rumah kos ratusan ribu ringgit untuk orang2 Melayu. Pemaju2 perumahan ketawa besar, kroni2 kerajaan PR ikut tumpang kaya sebab semua untung besar. Yang rugi orang kampung dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin. Kira2 10 tahun lagi, akan ada orang Melayu terpaksa tidur dalam kotak2 di bawah jambatan seperti kita lihat di Jakarta dan Medan, Indonesia. Kita teramat amat yakin, suatu masa nanti akan ada si Mamat, Ah Chong dan Ramasamy akan tinggal dalam kotak di bawah Jambatan Pulau Pinang. Sebelum kita jadi seperti itu, marilah kita pastikan kerajaan PR tumbang dalam PRU yang akan datang.
 Sokong la DAP lagi!

LGE Buat Keja Gial Lagi!!!!!!!!



Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yg masih mengamalkan sistem pendidikan pelbagai aliran. Negara seperti Thailand dan Indonesia yg juga memiliki penduduk berketurunan pendatang telah lama menghapuskan sekolah berasaskan perkauman demi mewujudkan perpaduan nasional.

Singapura sbg sebuah negara berpenduduk majoriti Cina juga tidak mempunyai sekolah aliran Cina. Tetapi Malaysia masih mewarisi dasar penjajah British yg menubuhkan sekolah vernakular semata-mata tidak inginkan kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu bergaul mesra.

Kesilapan kita di sini ialah tidak terus memansuhkan sekolah vernakular ini semasa negara ini mendapat kemerdekaan sedangkan kita berpeluang melakukannya. Ini semua berpunca drpd kelembutan dan sikap penuh toleransi pemimpin Melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum pendatang menubuhkan sekolah mengikut kaum.

Mungkin benar kata sesetengah org bahawa inilah akibatnya apabila negara kita mendapat kemerdekaan melalui diplomasi/perjanjian di atas kertas. Kita tidak mempunyai kuasa mutlak utk membentuk jati diri negara sendiri, malahan perlu pula mengambil kira hak-hak kaum lain yg bukan penduduk asal negara ini.

Sekarang, kita telah menerima kesan akibat kesilapan kita sendiri. Sekolah vernakular Cina dan Tamil telah melahirkan individu yg lebih memiliki kecintaan kepada kaum sendiri melebihi kasih kepada negara. Kerana sekolah aliran perkauman ini jugalah yg menyebabkan lahirnya warganegara yg tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik & menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana ingin mewujudkan perpaduan antara kaum sedangkan sejak di bangku sekolah lagi mereka telah dipisah-pisahkan? Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan. Gunakan saja sistem sekolah satu aliran. Malaysia dengan sistem pendidikan satu aliran pasti akan melahirkan kehidupan masyarakat yg harmoni & boleh menerima perbezaan yg wujud antara pelbagai kaum.

Melentur buluh biar dari rebungnya. Perpaduan di kalangan rakyat perlu dipupuk sejak dari kecil. Biarkan rakyat pelbagai kaum belajar & bercampur-gaul di dalam satu sekolah. Kita masih belum terlambat. Fikirkanlah, sampai bila kita hendak menghadapi sebilangan rakyat yg tidak tahu menghormati hak-hak kaum lain & tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik?


Guan Eng cuba mencetuskan rasa benci masyarakat cina dan india terhadap UMNO dengan membangkitkan isu ini.Pemuda UMNO sekarang nampaknya kembali kepada perjuangan asal dalam masa terdekat ini.Pendesak kepada DAP.Takut dengan apa yg berlaku LGE kembali membangkitkan isu yang menhentam peribadi.APA APEK AMBIL TINDAKANLAH IKUT UNDANG-UNDANG TAK PAYAH DOK MEREPU MCM NIE.

Ibu dan anak dicekup khalwat


MB kedah Lena lagi,Kata kedah akan lebih sejahtera padahal masaalah sosial menjadi-jadi,Inilah diAgungkan oleh PAS dari pucuk sampai ke AKAQ semua MANGKAQ.Nak makan tak boleh semuanya kelat dan keras.Hancus jika tidak ada langkah pro aktif untuk menyekang masaalah sosial.Lepas nie kelepiak kata salah kerajaan terdahulu atau Pusat yang punya angkara.Malam ini dokumen mengenai surau Salihin akan didedahkan siapa pemilik dan mengapa kerajaaan PAS kedah Beriya nak roboh surau tersebut.Apa motifnya dan habuanya nantikan.

Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam. 

Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi. 

Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu. 

Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. 

Seorang daripada lelaki yang tidur bersama gadis terbabit berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20-an. Janda itu mendakwa, dia kesunyian selepas bercerai dengan bekas suaminya dan menyara dua anak, manakala tiga lagi anaknya dipelihara keluarga mentua kerana masih bersekolah. 

Dia yang juga pembantu kedai makan dikatakan menyewa bilik motel itu dengan RM600 sebulan bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai pencuci kereta dan membawa tiga lelaki berkenaan untuk menemani mereka. 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. 

Katanya, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka wanita yang hanya memakai singlet serta berkain batik. 

“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang gadis dipercayai anak wanita itu yang hanya bersinglet dan berseluar jeans sedang tidur bersama dua lelaki dalam bilik berkenaan, manakala seorang lagi lelaki tanpa baju dan hanya berseluar jeans,” katanya. 

Syeikh Muhammad Suhaimi berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. 

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive