Jangan cabar kedaulatan Raja Melayu,Koo Ham mula 'kecut perut'.
-
“Saya tujukan pada MCA, bukan mahu pertikai institusi diraja.” Itu reaksi
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas isu kenyataan
kontrove...
Sunday, November 20
Rafizi Ikut Anwar Main Belakang
Pembangkang semakin galak dan lantang mengkritik, membuat kesimpulan sendiri serta menyebarkan laporan tidak disahihkan, dengan tujuan semata-mata untuk mencetus perasaan tidak puas hati serta kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Keghairahan pembangkang untuk mendedahkan kononnya penyelewengan dengan menerima maklumat daripada individu atau kumpulan yang mempunyai agenda, mengakibatkan mereka tanpa usul periksa terus melontar fitnah dan pembohongan.
Projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) adalah antara fitnah penyelewengan yang paling serius dilemparkan tanpa usul periksa. Semuanya berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Bagi yang mengikuti isu yang dilemparkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, tindakannya terus membuat tuduhan terhadap NFC, amat tidak bertanggungjawab, apa lagi dengan kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi negeri Selangor. Setiap tuduhan yang dilemparkan kepada NFC sudah dijawab satu persatu oleh Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang langsung tidak menyerang Rafizi, sebaliknya kecewa melihat seorang anak muda yang kononnya pakar boleh membuat kenyataan mengenai pengurusan perniagaan tanpa berfikir panjang.
“Saya mempunyai latar belakang dalam bidang sains makanan dan bioteknologi dan orang yang bertanggungjawab membangunkan Taman Teknologi (Bukit Jalil) selama 18 tahun. “Keputusan untuk mewujudkan NFC itu seperti kembali kepada kepakaran saya dalam bidang sains makanan dan berasaskan kesedaran dalam keadaan dunia semakin tidak menentu ini, Malaysia perlu mempunyai jaminan keselamatan makanan,” kata Salleh mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan import daging lembu dan kerbau yang mencatat 71 peratus dari keperluan negara.
“Kami juga meminta bantuan bank, tapi satu pun tidak menerima kerana peruntukan diperlukan terlalu besar. Oleh kerana itu, kami kembali kepada kerajaan dengan cadangan baru, untuk mendapat pinjaman mudah. “Disebabkan ini adalah projek sosioekonomi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran daging negara, kerajaan bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM250 juta dengan kadar faedah dua peratus yang perlu dibayar tiga tahun selepas pengeluaran sepenuhnya pinjaman itu,” kata Salleh mengenai kontrak yang turut pengawasan Kementerian Pertanian dan sekiranya gagal, projek ini akan diambil alih kerajaan.
Salleh yang ditemani peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Perunding Korporat dan Kewangan NFC, Zakaria Mohamed, menyatakan NFC memulakan operasi fasa pertama pembangunan infrastruktur termasuk fidlot, rumah penyembelihan dan bilik sejuk, mencipta baka lembu daging lebih baik, mewujudkan pakar untuk memotong daging berkualiti tinggi dan memulakan sendiri sistem pemasaran tanpa bantuan sesiapa.
NFC yang dipantau Kementerian Pertanian telah merangka tiga fasa pembangunan dan telah menyiapkan fasa pertama membabitkan pembangunan infrastruktur, fasa kedua bermula 2012 akan bertumpu kepada pembangunan pasaran, manakala fasa ketiga akan melaksanakan perladangan kontrak. Dengan geran RM13 juta dan pinjaman RM250 juta (RM181 juta telah diterima) NFC yang memasuki tahun ketiga, sudah mula berfikir cara pembayaran balik pinjaman iaitu pada kadar RM14.4 juta setahun selama 17 tahun.
“Walaupun ini projek nasional tetapi saya mempunyai pinjaman yang harus dibayar. Oleh kerana itu dalam menunggu fasa kedua dan ketiga bermula, kami membuat keputusan untuk membuat pelaburan yang boleh membawa pulangan lebih besar dari sekadar membuat simpanan tetap. “Mungkin ini yang tidak difahami Rafizi. Dia mungkin masih muda untuk memahami hampir setiap perniagaan akan rugi pada tahun pertama, dan hasil hanya akan dilihat selepas tahun kedua.
“Kalau macam inilah dia membuat analisis perniagaan di Selangor, semua mesti mengikut ‘unjuran’ tanpa mengambil kira keadaan dan krisis yang mungkin berlaku, kasihan mereka yang berniaga di Selangor,” kata Salleh.
Sebagai anak Melayu, Salleh, sama seperti isterinya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, mempunyai semangat kebangsaan cukup kuat dan itu membuatkan dia mendesak ketiga-tiga anaknya – Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah – kembali ke tanah air untuk sama-sama menjayakan projek ini.
Live:konvensyen media sosial 1malaysia
Konvensyen media sosial 1malaysia at pwtc catat sejarah apabila kehadiran lebih 2ribu perserta.ini membuktikan tranfomasi media telah berjaya dilakukan.harap ia lebih hebat apabila menjelang pru13 nanti.
GUAN ENG AMBIK KREDIT ATAS KERJA BN.
Guan eng pun ambil kesempatan diatas usaha program pemberian bantuan awal persekolahan yang telah diberikan oleh kerajaan BN terhadap pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 4.inilah yang dinamakan lembu punya susu babi dapat nama.Ketua menteri paling celaka dalam sejarah nie jenis tak tahu malu atau terlacur dengan perlakuan sendiri.Lidah bewak nie sedaq yang bantuan ini akan memberikan ibubapa pelajar sedaq usaha kerajaan pusat lebih prihatin terhadap pelajar yang ada diseluruh malaysia.Terdesak takut popularitinya hilang lidah bewak ini jugak turun padang memberikan bantuan kepada pelajar sekolah Di[parlimen Bagan.
Apaapek lu tukar itu nama kepada sumbangan kepada pelajar miskin sahaja ka atau dipilih dengan bagi kepada orang yang menyokong lu sahaja kot.Tak sangka pulak lidah bewak nie pandai pulak ketaq lutut pasal wang sumbangan RM 100 kepada pelajar sekolah nie.Duit apa yang digunakan pada kali ini.duit halal atau haram punya atau itu lumba kuda.
Persoalan yang MKP nak tanya kepada Lidah Bewak serta bapa nenen nie Kenapa sekalang baru lu mau kasi tak bolehkah lepas nie????????????????????????????//
13 ditahan ISA di Tawau amat bahaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap mempertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu di bawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.
Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggungjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.
Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
Beliau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.
Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.
Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.
"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.
Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.
"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.
Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.
Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.
Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.
"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.
Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. AGENDA DAILY.
Matkilau penang kata depa nie suhakam mai pakai serbu tanpa usul periksa.jika 13tahanan tersebut boleh medatangkan bahaya pasti siasatan rapi telah dilakukan dan tealh diteliti dengan seadil-adilnya jika tidak mengapa pihak berkuasa bertindak dengan menahan mereka.Nie dok pakai serebu tembok tak pakai helmet kan dah pecah kepala.
Zul Nordin dakwa ditawar jawatan GLC Selangor gaji RM50,000...
Tuduhan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan bukunya “Memoir Perjuangan Politik” yang mengatakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin pernah minta RM60,000 untuk mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding membuka lebih banyak pekung Ketua Pembangkang itu.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu beliau sebaliknya mendawa Syed Husin sendiri berjumpanya mewakili Anwar dengan janji jawatan tinggi dalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan RM50,000 hingga RM60,000 sebulan jika setuju mengosongkan kerusi tersebut.
Episod ini didakwa berlaku setelah Anwar tamat ‘ tempoh edah’ tak boleh bertanding selepas keluar dari penjara. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh ambilalih daripada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Beliau juga mendakwa Syed Husin pernah memberitahunya kalau dia (Syed Husin) mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan kepadaya jawatan Senator.
Zulkifli mendakwa Anwar terdesak dengan menggunakan ‘anjing-anjing pencen’ untuk menyerang beliau dan Senator Ezam Mohd Noor.
Beliau juga mendakwa bahawa Anwar juga memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding.
Beliau juga mendakwa bahawa Anwar juga memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding.
Menurut Zulkifli, yang merupakan bekas pimpinan kanan PKR, selama lebih 10 tahun beiau menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, beliau tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan bayaran khidmat guaman dan semuanya percuma.
Saturday, November 19
KECIK KECIK LEMBU JAGA.
Layan Lagu sambil kita tengok fakta mengenai NFC yang telah diputaq-belit oleh Puak dan pencacai PR yang telah kantoi dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak NFC dan telah menjemput blogger melihat operasi serta penjelasan.
Menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka kalut terhendap sana sini untuk cari apa saja yang dapat balon kerajaan tanpa mempedulikan fakta dan kisah benar.Ini lebih-lebih lagi bos besar mereka sedang berserabut bergelumang dengan isu video seks dan perbicaraan kes liwat.
Sasaran dalam isu NFC tidak lain tidak bukan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.Harapan mereka jentera Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kempen jadi lintang pukang jika Shahrizat dapat dilumpuhkan.
Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu strategi mereka kini ialah lanyak dulu, janji dapat wujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan…lain hal belakang kira.Maka kita dapat lihat akhbar lidah rasmi PKR yang digantung di kedai–kedai terpampang dengan tajuk untuk menyakitkan hati orang ramai lembu dan kondo mewah.
Terbaru dengar cerita budak-budak PKR yang galak main isu NFC sudah jadi makin kelamkabut apabila pengurusan NFC membawa media arus perdana melawat ladang fidlot di Gemas Khamis.Penjelasan terperinci mengenainya sudah diberi oleh Dr Mohamad Salleh pada media semasa lawatan itu.
Malah peguam NFC, Datuk Shafie Abdullah sudah senaraikan sembilan tuduhan tidak berasas dibuat oleh budak-budak PKR yang boleh disaman.Kini sudah makin jelas isu pembelian kondo mewah yang cuba diputar oleh budak-budak PKR, ialah pelaburan sementara – yang disifatkan oleh Dr Mohamad Salleh ‘satu keputusan perniagaan yang bijak’
Itulah nampak lojiknya dari letak duit pinjaman kerajaan untuk projek fidlot itu yang belum dapat digunakan lagi dalam simpanan tetap di bank ia mendapat pulangan tahunan yang lebih besar dengan melaburkan beli dua unit kondo mewah.Budak-budak PKR cuba menyakitkan hati orangramai dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam pembelian kondo di Bangsar itu tanpa mempedulikan rasional perniagaan sebaliknya.
Usaha mereka untuk mengaitkan Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafiqe kononnya ‘dapat free’ lembu dari NFC juga kantoi.Shaziman kata beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan lembu dari NFC, malah berterima kasih jika benar, kerana ia merupakan sumbangan kepada orang miskin.
Pegawai kepada Zulhasnan pula menjelaskan mereka bukan dapat percuma tetapi telah menjelaskan bayaran untuk lembu-lembu berkenaan.Dr Mohamad Salleh sendiri telah menjelaskan projek fidlot berkenaan bukan gagal seperti didakwa. Beliau mengakui memang ada masalah di peringkat awal kerana pelbagai masalah teknikal.
Namun katanya NFC baru beroperasi tiga tahun sedangkan projek berkenaan seluruhnya memakan masa 30 tahun.Kini budak-budak PKR yang gabra itu sudah pusing minta didedahkan pula minit mesyuarat kabinet sewaktu meluluskan projek fidlot berkenaan.
Ada juga orang yang ketawa melihat gelagat mereka yang nak tenggelam punca ini kerana dalam bab bos besar mereka terpampang didakwa sedang belasah pelacur China, siapa pun tak berani langsung berbunyi minta siasatan terperinci dibuat.Masing-masing kalau boleh nak cuba tutup dan buat tak faham ke atas isu yang semua orang ingin tahu jawapan pasti itu.
“Ini gelagat macam lembu suruhan yang main sondol saja…kita tengoklah nanti siapa yang bakal jadi 'lembu' dalam isu NFC ni,”.
Duit Budak Pun Hampa Mau Ka?
Majlis Penyampai Khas Bantuan Awal Persekolahan tahun 2012 telah disempurnakan oleh Penyelaras KADUN Padang Kota,OH TONG KEONG pada jumaat di sekolah SJK(C) Union P.Pinang dengan penyertaan ramai ibu bapa dan penjaga datang menuntut bayaran tersebut.Tak sangka pulak respon yang diterima amat memberangsangkan dengan pejelasan diberi oleh penyelaras Kadun bahawa kerajaan pusat menunaikan janji yang yang telah diberikan pada bajet 2012.Kebanyakkan ibupada berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan pusat yang prihatin terhadap rakyat tidak seperti DAP hanya memberi apabila terdesak dan mahukan undi.Inilah seorang calon boleh menang yang selalu turun padang dan membantu rakyat walaupun beliau tidak diberikan liputan media yang meluas.Buat kerja cakap kurang.
Cerita kurang enak timbul disebuah sekolah dekat DAto Keramat Pulau Pinang ditimbulkan oleh seorang bapa yang mengeluh berkenaan wang yang diberikan hanya 50ringgit bukannya 100ringgit seperti dijanjikan.apabila ingin mendapatkan penjelasan akan tetapi ditolak keras oleh pihak sekolah berkenaan.Setelah tidak berdaya menangkis segala pertanyaan dan desakan dari ibubapa barulah pengetua sekolah berkenaan memberi tahu wang 50ringgit itu bakal dimasukkan didalam tabung PIBG sekolah,apa kejadahnya kena mengena dengan PIBG pulak.setelah diperiksa dengan teliti rupanya pengetua sekolah berkenaan adal penyokong kuat PAS diKawasan terbabit dan ingin mensabotaj niat dan pemberian dari kerajaan pusat.jika ini berlaku mudahlah untuk mereka menbuat cerita-bukan-bukan memperburukkan kerajaan.berikut kenyataan TS Muhyiddin Yassin:
KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau tidak atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah.
"Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan...ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari UNESCO Malaysia di sini hari ini.
Muhyiddin berharap pengagihan wang bantuan itu dapat diselesaikan dalam bulan ini dan sekiranya masih belum dituntut oleh ibu bapa atas sebab-sebab tertentu, pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan boleh membuat keputusan mengenai perkara terbabit.
"Kalau masih ada ibu bapa yang jauh atau ke luar negara, itu tidak menjadi masalah kerana duit itu kita akan simpan dulu.
"Kalau ada yang tidak disampaikan lagi oleh sebab tertentu, guru besar atau pengetua boleh buat keputusan. Kalau ada sampai hujung tahun (tidak dituntut), mereka kena serahkan baliklah," katanya.
Wang bantuan persekolahan RM100 sudah mula diagihkan kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sejak 15 November lalu.
Pengumuman bantuan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Ia diagihkan lebih awal untuk memudahkan urusan pengagihan dibuat dengan lancar. BERNAMA
TUNJUK PERASAAN BANTAH PROJEK LADANG TERNAKAN BABI RM100 JUTA
Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menempatkan pejabat Menteri Besar bagi membantah tindakan kerajaan Selangor yang meluluskan projek ladang ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta.
Kesemua mereka yang berkumpul merupakan penduduk dari daerah Sepang dan Kuala Langat daripada Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Tanjung Laut, Kampung Layang, Kundang dan Kampung Indah iaitu kawasan berhampiran projek yang bakal dilaksanakan itu.
Penduduk terbabit mula berkumpul sejak pukul 10.30 pagi sambil membawa beberapa sepanduk melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap projek yang diluluskan kerajaan Selangor baru-baru ini.
Seorang wakil penduduk, Mohamad Tarmudi Tushiran berkata majoriti penduduk membantah projek itu kerana mencemarkan alam sekitar dan boleh membawa penyakit bawaan terutama Japanese Encephalitis (JE) seperti yang berlaku di Bukit Pelandok di Negeri Sembilan, tidak lama dulu.
Beliau mendakwa kawasan itu sudah menjadi pusat ternakan babi secara kecil-kecilan sejak berpuluh tahun lepas dan mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar.
“Kami pastinya risau apabila projek ini dimajukan sudah tentu jumlah ternakan babi bertambah dan alam sekitar lebih teruk tercemar dengan bau najis yang menganggu penduduk,” katanya yang juga merupakan Ketua Kampung Tumbuk Darat.
Mohamad Tarmudi berkata industri pelancongan di kawasan Pantai Morib dan Kelanang juga akan terjejas kerana pengunjung akan berasa jijik dengan persekitaran yang menjadi pusat ternakan babi terbesar di Selangor itu. Beliau turut mewakili penduduk menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diberikan kepada Setiasaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad di perkarangan SUK. Antara kandungan memorandum itu, penduduk mendesak kerajaan negeri membatalkan atau memindahkan projek ternakan babi secara moden itu ke tempat lain seperti di Pulau Ketam yang majoritinya bukan Islam.
Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek ternakan babi berpusat secara moden di Ladang Tumbuk, Kuala Langat di Selangor akan diteruskan dengan memantapkan lagi proses pelaksanaannya.
Beliau berkata kawasan projek ternakan babi itu sudah menjadi ladang haiwan babi utama di negeri ini dan ia memenuhi keperluan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri.
Projek itu diluluskan oleh mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang ketika itu dipengerusikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada 30 Jan lepas, katanya.
Namun dalam reaksinya bekas Menteri Besar itu menjelaskan kerajaan negeri pimpinannya hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata muktamad.
Lagipun menurutnya apa yang dipersetujui ialah projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta kerana Selangor tidak perlu projek penternakan babi bernilai sebanyak itu. Beliau meminta kerajaan negeri sekarang mengkaji semula untuk membatalkan projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, jika benar-benar mahu berbuat demikian.
Beliau berharap kerajaan negeri pimpinan PKR itu tidak mengaitkan keputusan melulus kan projek itu pada 2 April lalu, dengan apa yang diluluskan oleh pentadbirannya pada 30 Januari lepas.
SUMBER
UMNO Terbuka Menerima Keputusan Tsu Koon,Guan Eng tetap kena Saman.
UMNO Pulau Pinang menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Tan Sri Khoo Tsu Koon untuk tidak bertanding pada PRU-13.Agak terkejut dengan tranfomasi yang dibuat dan perancangan yang telah dicaturkan untuk mengetengahkan Pemimpin muda dalam Gerakan untuk menjadi calon dan melihat calon muda dapat memberi tekanan dan kembali merampas Pulau Pinang dari DAP.Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata keputusan Koh itu juga di luar jangkaan kerana ia dibuat ketika beliau menjadi presiden parti.Zainal Abidin berkata rakyat terutama penduduk di Pulau Pinang harus membuka mata dengan keputusan Koh kerana beliau telah banyak berjasa kepada negeri itu semasa kepimpinannya sebagai Ketua Menteri.
"Dr Koh sangat berjasa kepada rakyat Pulau Pinang kerana sejak 18 tahun lepas pelbagai kemajuan dibuat untuk negeri ini dan penduduk juga harus memberi peluang kepada pemimpin muda dalam Gerakan untuk meneruskan kepimpinan parti itu," katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 November ini bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain yang disaman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebanyak RM30 juta supaya memfailkan pembelaan masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos mewakili Datuk Zainal Abidin Osman selaku plaintif dan peguam Latheefa Koya bagi pihak defendan.
Mahkamah juga menetapkan 13 Disember ini untuk pengurusan kes itu.
Pada 24 Oktober lalu, Zainal Abidin memfailkan saman itu atas alasan difitnah kerana mendakwa defendan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.
Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR & syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd.; dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
MKP kata lepas nie tengok apa pulak helah Lidah Bewak nie,Gugup dengan kenyataan yang diberi oleh Tsu Koon,tiada lagi peluru hendak tembak gerakan lagi.Meminta Tsu koon bertanding lagi.Saman umno telah bermula kita nantikan kesudahan yang membuatkan LGE dan Geng bagai cacing kepanasan.
Simpati Kepada Dr Koh Bukti Guan Eng Memang Pelawak Lidah Bercabang
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang melahirkan simpati dan kesal terhadap tindakan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dianggap sebagai pelik dan lucu.Tindakan Guan Eng itu sebagai satu lagi bukti Guan Eng pemimpin lidah bercabang.
Satu cara Guan Eng untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pelbagai isu yang melingkari pentadbiran beliau.Dahulu, mereka sering mengutuk Dr Koh kononnya Dr Koh tiada kreadibiliti sebagai pemimpin dan sebagainya serta sering menyerang mendedahkan pelbagai kelemahan Dr Koh. Tapi sekarang Guan Eng kata simpati dan tak patut pula tak bertanding pada pilihanraya umum akan datang.Ini cukup melucukan dan membuktikan Guan Eng memang pemimpin lidah bercabang… dulu cakap lain sekarang cakap lain. Cukup-cukuplah main sandiwara. Tidak perlu lagi meneruskan lakonan yang dah basi.tindakan Guan Eng yang menuduh bahawa UMNO dalang kepada tindakan Dr Koh tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang amat melucukan.
Secara tidak langsung, kenyataan Guan Eng itu tegas beliau jelas membuktikan bahawa dia sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sering menuduh UMNO menjadi dalang dalam banyak perkara.Sebenarnya, Guan Eng hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat Pulau Pinang terhadap pelbagai isu yang membelengu DAP.UMNO sekarang ini sedang memberi penjelasan kepada rakyat tetang janji-janji kosong DAP. Jadi mereka berasa gerun dan ingin mengalihkan perhatian rakyat. Lagipun DAP dah takde kerja lain. Kerja mereka hanya mencari dan memburukkan UMNO. Maklumlah, Pilihan Raya Umum sudah semakin hampir.
DAP mahu UMNO terus dipandang buruk walaupun perkara tersebut tidak benar. Secara tidak langsung DAP berharap dengan menaikkan sentimen ini mereka akan mampu meraih undi pengundi kaum terbabit.Ini semua taktik mereka. Tapi sayangnya, rakyat Pulau Pinang sudah nampak kepincangan Guan Eng dalam mentadbir negeri ini.Selama tiga tahun ini, janji mereka tidak tertunai termasukkan isu kos rumah rendah, tol dan pelbagai isu lagi. Bak kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru. Guan Eng patut berhenti daripada terus menyalahkan UMNO kerana rakyat sudah muak dengan penipuan sebegini.
Friday, November 18
Lim Guan Eng Mengamuk
Orang ramai membantu pihak polis menangkap seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar.Dalam kejadian hampir 11 pagi tadi, dua cedera manakala cermin enam buah kenderaan rosak apabila lelaki yang bersenjatakan sebatang cangkul pendek mengamuk. - foto BERNAMA
Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Malang Dalam sejarah Pulau Pinang pasti mengamuk bila tengok video ini.Siap dengan versi mandarin lagi.Klu Lelaki gambar diatas mengamuk begitu rupa cuba bayangkan jika Lidah Bewak nie mengamuk macam mana rupanya.
Menyerah Secara Total.Siapa Bakal Lawan Guan Eng?
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti samada untuk kerusi DUN mahupun kerusi Parlimen di negeri Pulau Mutiara itu.
Keputusan itu memang ada kaitannya dengan desakan oleh beberapa pihak di dalam Parti Gerakan yang diterjaui olehnya yang secara berterus terang telah meminta agar beliau tidak lagi menyertai PRU-13 akan datang sebagai calon parti. Kemuncak desakan datangnya daripada Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe ketika berlangsungnya Perhimpunan Tahunan Gerakan di Ibu Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Kemampuan Tan Sri Koh untuk terus diberi kepercayaan memimpin Pulau Pinang sekiranya BN berjaya mengambil alih kerajaan sedia ada daripada DAP telah banyak kali dipersoalkan oleh berbagai pihak di negeri berkenaan termasuklah daripada pihak pembangkang. Prestasi Tan Sri Koh selama menerajui kerajaan Pulau Pinang ketika dibawah BN sering dipertikai.
Akan tetapi walaupun beliau dan Gerakan tewas kepada DAP di Pulau Pinang namun kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melupakan jasa beliau yang telah menyerahkan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Pakatan Haram Pembangkang selepas keputusan PRU-12 pada tahun 2008 menyaksikan BN kalah teruk di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.
Dan sebagai mengenang jasa beliau yang tidak terhingga itu yang menyerahkan negeri Pulau Pinang untuk diperintah DAP maka kerajaan pimpinan Pak Lah ketika itu dan kemudiannya dasar itu diteruskan pula oleh kerajaan Datuk Seri Najib apabila perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara atau sebagai Senator dilanjutkan ke satu tarikh yang belum ditentukan.
Malah bukan setakat dilantik ke jawatan sebagai seorang Senator malahan beliau terus dilantik oleg Datuk Seri Najib menjadi menteri penuh iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mana jawatan beliau lebih kanan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang lain. Beliau diberi tugas untuk menjaga prestasi menteri-menteri kabinet yang lain... hahaha...sesuatu yang amat lucu,,,,adakah patut ?
Punyalah banyak Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah yang menang dengan cemerlang pada PRU-12 itu dulu, tetapi kenapa Tan Sri Koh Tsu Koon juga yang dipilih ? Bukan main ramai juga Ahli Parlimen BN yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri penuh, timbalan menteripun okay,,,tetapi kenapa juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pula yang jadi pilihan Datuk Seri Najib?
Tapi tak apalah, sudah Tan Sri Koh kata dia tak nak bertanding pasal dia memang tahu bahawa beliau akan tetap kalah maka eloklah juga lepas ini dia tolak sebarang jawatan yang melibatkan jemaah menteri,,, banyak lagi Ahli Parlimen BN yang belum diuji akan kemampuan mereka...jadi saya rasa tidak timbul lagi sebab mengapa perlu untuk Perdana Menteri "mengimport" orang luar untuk mengisi jawatan dalam kerajaan memandang sumbangan Ahli-ahli Parlimen juga perlu diambilkira...
UMNO:Strategi Rampas Kembali. .
PERHIMPUNAN Agung UMNO sering menjadi tumpuan ramai kerana ia forum bagi pemimpin parti dan perwakilan memberi pandangan dan membuat teguran mengenai keadaan semasa politik dan pentadbiran negara.
Perhimpunan tahun ini bermula dengan Amanat Presiden UMNO secara tertutup pada 29 November ini, dianggap antara yang terpenting kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka diadakan tidak lama lagi.
Justeru, sudah tentu semua pihak, terutama pemimpin parti pembangkang ingin mendengar ucapan perasmian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, perbahasan perwakilan dan kemudiannya, pada hari terakhir, ucapan penggulungan pemimpin parti.
Pada perhimpunan ini jugalah cadangan dan kritikan ditimbulkan secara terbuka oleh perwakilan, dan teguran mereka diterima dengan baik oleh barisan pemimpin yang duduk di pentas Majlis Tertinggi.
Setiap tahun juga ada pembahas yang mampu meriuhkan Dewan Merdeka, medan berlangsungnya perhimpunan itu, dengan senda gurauan melucukan menyebabkan hadirin tidak kering gusi.
Menyedari betapa seriusnya perhimpunan 2011 ini berikutan keputusan pilihan raya 2008 yang mengejutkan dengan parti pembangkang menguasai lima negeri, perhimpunan berkenaan dijangka menjadi forum bagi ahli UMNO merangka strategi bagi merampas semula negeri yang kalah itu.
Antara perkara utama ialah persiapan yang perlu dilakukan jentera Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri serta jentera Jawatankuasa Penerangan pada peringkat cawangan serta jawatankuasa peti undi.
“Perwakilan yang berucap membahaskan usul terutama dari negeri yang Barisan Nasional (BN) gagal menguasai kerajaan, diharap dapat membentangkan perancangan bagi membolehkan kekalahan itu ditebus semula dalam PRU-13,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dalam satu pertemuan, kelmarin.
Katanya, ahli Pemuda, Wanita dan Puteri mesti menimbulkan kelemahan pembangkang di negeri yang BN kalah dalam pilihan raya lalu.
“Jurucakap dari negeri berkenaan kena timbulkan apa janji pembangkang dalam kempen mereka dan apa pula yang ditunaikan. Saya syorkan agar jurucakap dari negeri terbabit menyediakan senarai janji pembangkang dan apa yang mereka tidak buat. Perwakilan dari negeri lain juga hendak mendengar hujah mereka,” katanya.
Ahmad berkata PRU-13 ini yang paling penting dalam sejarah peperangan politik di negara ini kerana ia menentukan hidup matinya UMNO dan BN.
“Mesej yang perlu dibawa balik oleh pembangkang daripada perhimpunan ini ialah BN wajib menang pilihan raya ini,” tegasnya.
Ini juga kali pertama pembangkang mempunyai momentum yang kuat selepas mendapat beberapa kemenangan pada PRU-12 lalu, menyebabkan mereka berasakan sudah boleh menawan Putrajaya.
Katanya, BN berjaya mematahkan momentum itu pada pilihan raya kecil dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Antaranya pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Kerdau dan Merlimau serta kemenangan dua pertiga di Sarawak.
Oleh itu, Ahmad berkata UMNO dan BN perlu mencari calon terbaik yang boleh menang. Calon yang menang dalam beberapa pilihan raya kecil lalu itu juga boleh dijadikan sebagai contoh ‘winnable candidate’, antaranya isteri bekas calon, ada yang hanya berkelulusan SPM saja, ada anak bekas ketua bahagian dan ada ustaz lulusan Mesir.
“Kita kena lihat kita berlawan dengan siapa. Di Tenang kita pilih Penolong Pegawai Daerah (ADO) sebagai calon. Dia seorang graduan yang juga anak bekas ketua bahagian dan aktif dalam pertubuhan belia, manakala umurnya masih muda.
“Di Galas, calon kita hanya berkelulusan SPM tetapi dia disukai ramai, pegang pula jawatan setiausaha bahagian, lama berkhidmat dengan Kesedar di Gua Musang. Maknanya kita kena lihat suasana di tempat itu dan merujuk pada isu tempatan,” jelas Ahmad.
Katanya, pembahas yang berucap pada perhimpunan boleh memberi pandangan mengenai calon boleh menang bagi membolehkan pemimpin membuat persediaan lebih baik.
Ahmad berkata, daripada pemerhatiannya, pembangkang kini tidak sekuat dulu kerana ‘kepala mereka’ sendiri pun lemah.
“Tidak pernah dalam sejarah, ketua pembangkang mempunyai masalah seteruk (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Kita juga tidak pernah melihat parti politik boleh mengubah dasar perjuangannya semata-mata kerana hendak menang, sanggup ubah daripada perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan.
“Saya yakin jika Anwar menjadi perdana menteri, akan mati perjuangan parti, bangsa dan Melayu diperkudakan DAP. Parti cauvinis akan menguasai kerajaan.
Cauvinisme akan menjadi ideologi dan menyebabkan kita hancur,” katanya.
Selain politik, beliau berharap perwakilan yang membentang atau membahaskan usul akan memberi pandangan mengenai dasar transformasi kerajaan termasuk Gagasan 1Malaysia serta Bajet 2012.AGENDADAILY.
Komen MKP;29 November - 3 Disember ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC.harap blogger & cybertrooper UMNO semua akan turun. Selain membuat liputan untuk perhimpunan itu, kita semua boleh buat liputan kerja bangang mereka di kelab dangdut dan rumah urut sekitar KL. JANGAN LUPA BAWA KAMERA ATAU CAMCORDER... KITA DEDAHKAN SEMUA!tak tuduh semua perwakilan UMNO tu bangang (PAS/PKR/DAP pun sama je)... cuma segelintir yang berperangai macam inilah yang akan menjahanamkan UMNO nanti. Kebanyakan perwakilan adalah mereka yang terpilih untuk menjadi pemimpin... lu tak boleh nak pimpin nafsu, lu tak payah perasan nak jadi pemimpin! Chowww!
Subscribe to:
Posts (Atom)
PALING SEMPOI MINGGU INI
-
Tengok sendiri dan enjoy. Nurul dah mula lancarkan "Arab Spring" part-1untuk menghancurkan Malaysia. MKP pun nak start jugak ...
-
Sehingga kini tiada kenyataan terbaru dari anak Sulong Wan jijah mengenai dakwat kekal serta menyalahkan SPR. Mungkin terkedu dengan ded...
-
Ini adalah dedahan Kedua yang MKP janjikan pada semua pembaca, Taktik untuk melancarkan #MalaysiaSpring telah dimulakan oleh Anak Anuwa...
-
Jika dulu KDN dikenali dengan Kementerian memberi amaran dan kini bakal berubah dengan peneraju baru. MKP pecaya dengan Tranfomasi yang...
-
Ayat yang sesuai bagi bagi pengikut tegar atau penyokong setia DS Noh Omar. Kita semua kena redha dan berfikir sejenak dan bukannya bua...
My Blog List
-
-
Winfy Memudahkan Anda Mengawal Spotify Di Windows Melalui Tetingkap Mini - Spotify telah pun dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas, dimana membolehkan para pengguna tempatan mendengar muzik secara percuma pada desktop, ataupun ...
-
Polis siasat konspirasi guling kerajaan melalui demo jalanan... - [image: bersihcv513-grain]Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan ...
-
A Chinese view? - Following is an article that was published in the Outsyed the Box blog. *The Mole* found the article interesting and is reproducing it in its entirety for...
-
Pasukan peronda DAP membentuk bridged wanita pula sekarang - Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Bridged Wanita akan ditubuhkan ekoran “rekod kejayaan kerajaan negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela”, mengikut satu l...
-
Najib : Hati-hati Dengan Tipu Helah Anwar - Kerakusan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan setiap gerak langkah beliau penuh dengan tipu muslihat. Maka Datuk Seri Najib harus berhat...
-
Ustaz Kazim buat lawak ke ni? - Cerita Ustaz UMNO nak berhenti ceramah ni rasanya aku dah dengar satu atau dua tahun lalu.. dah banyak kali dah dia kata nak berhenti dari memberikan cer...
-
Kerajaan Akan Bertegas - Zahid Hamidi - Kuala Lumpur - Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertind...
-
JUMAAT DEPAN NIK SURYANI MILIK SAIFUL BAHRI - * * PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman. Menge...
-
Akibat Ungkapan “BN Bagi… Ambil, Undi.. Beri Pada PR” – Ramai Mula Susah Hati. - Selepas BN kalah pada 2008, rakyat umumnya dapat melihat niat dan usaha dari BN untuk tetap berkhidmat kepada rakyat dengan menyalurkan bantuan melalui Pej...
-
Panasss!! Azmin Ali Terus Buka Pekung PKR - *KUALA LUMPUR 12 Mei -* Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Al...
-
Dua Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Merusuh Pada Hari Pengundian - *KLANG: *Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam satu rusuhan di Jalan Mes...
-
mengapa tun mahathir sedih? - MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN TUN MAHATHIR. MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH? SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya aka...
-
[LIVE] Keputusan #PRU13 - class="statcounter"> href="http://statcounter.com/tumblr/" target="_blank"> class="statcounter...
-
28.04.2013 - UFB - Futsal Bersama Pemuda #Sanglang #PRU13 - [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=9xiok44EsWo[/youtube] *Komen Abu Aqif:* *Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang ...
-
GM13 tidak mendapat sambutan di UiTM - *Shah Alam,18 Mac* - Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) disambut dingin oleh mahasiswa UiTM ketika mengadakan speaker corner bagi menjelaskan manifesto mere...
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2011
(1336)
-
▼
November
(178)
- 7langkah Panglima Mengatur Langkah
- #PAUMNO :@SerinaRedzuawan Gamatkan PWTC.
- Umno Tidak Pernah Menyerah Kalah Perjuangkan Hak O...
- Eksklusif #PAUMNO : Ombak Rindu @LisaSurihani di P...
- #PAUMNO : BN Pilihan Orang Muda.
- LIVE:#PAUMNO Persidangan Puteri UMNO.
- #PAUMNO : UMNO Bukan Eksklusif!!!
- Peguam ambingai yang kurang cerdik
- Anwar Aibkan Malaysia di Indonesia
- Live at #PAUMNO
- Puteri UMNO Fokus Gerak Kerja Hadapi Pilihan Raya ...
- Pasal Nie Depa Ketaq Kat Shahrizat.
- Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim @ Al ...
- Semangat Nasi Merdeka .
- The "Nenen' Song for Lim Guan Eng
- Hebat Sangatkah Menjadi Pemimpin?
- Tahniah Kepada UMNO BHGN Bayan Baru.
- DILEMMA DAN PERMASALAHAN PENGUNDI MELAYU PULAU PIN...
- Lagi Janji Penipu Pakatan 2011.
- Nga Kor Ming Kutuk Melayu Dalam Majlis Melayu.
- Silap Mata Atau Mata Silap??????????/
- UMNO Belum Kuat Jika???????????//
- Dr Mansor Othman Orang Indon Rupanya.
- Sepatu Tinggi Celana Ketat
- EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Mi...
- Nik Ajis Bawa Cerita Bangau Oh Bangau
- Kambing pun pelik cam azmin ali
- GEMPAR!!!.... Projek Taman Tema Air Di Teluk Bahan...
- VIDEO PANAS:ADUN KOMTAR kENA pUKUL.
- PKR Sudah Tidak Releven Lagi.
- PAU 2011.Pemuda Pulau Pinang Sedia Gempur.
- Pelancaran Jentera Pilihan Raya
- PENDERITAAN WAN AZIZAH
- 3 PEGAWAI UNISEL DI PECAT, PEROGOL PULA DIKEKALKA...
- Skandal Seks Malaysia.
- Bukti PAS Negeri Sembilan ditolak Rakyat Negeri Se...
- LIDAH BEWAK sungguh ADUN KOMTAR NIE.
- No Way...
- Anwar Dan Kit Siang Malam Kena Pukul NGan Selipar ...
- Ustaz PAS Suka Macam Nie
- Video 18 Sx Srikandi Bersama Anwar.
- Cekik Terkucir DAh Pakatan Haram Nie.
- Bila Masa Pulak Anwar Jadi Wakil Perdana Menteri
- #BN Membantu Rakyat Kelantan Dilanda Musibah
- LAMAN WEB 1MALAYSIA KENA HACKED.
- ADUN DAP KOMTAR Mengamuk.
- BerbedaA Skandal Seks Pemimpin Nie.
- Ustaz Terbaik Dlm PAS atau HamPAS.
- Biaq Betul Apa Aku Tengok Nie.
- Disko Pokok Cherry Kat Kelantan.
- Di Chalok Kedai, Langkap Setiu-Kenapa mesti terjad...
- Guan Eng Takut Ulaq Tedung Seluaq.
- Pelacur politik" dan ' katak"
- Hampir 50 calon SPM, STPM di hulu Terengganu ke Pu...
- POK NIK KATA:tokleh nok tehe
- Terkini:Penyokong kita selamat
- Penyokong Malaysia Hilang Di Indon.
- Pegawai Wakil Rakyat Kantoi.
- Pok Nik Buat Naya Kat Budak-Budak.
- VIDEO:Kelantan LAgi Dasyat Dari Penang
- Guan Eng Takut Hantu Cyber.Kita Dihina Tunggu Apa ...
- Penjelasan Kekeliruan yang Dibangkitkan.
- Bila Bapa Nenen Mengamuk.
- Mentaliti Yang Kurang Ajaq.
- Penahanan tanpa perbicaraan perlu untuk perangi ke...
- Fuziah cuba cantas Datuk Fauzi
- Ketua Perang/Ketua Menteri Baru Pulau Pinang.
- Pemain Bola Malaysia Suka Berlakon!
- Terkini : MB Selangor TS Khalid Ibrahim PONTENG si...
- mengaku berkhalwat di hotel!
- Mak Lampir Menjerit Ditendang Lembu Gara-Gara Saif...
- Dr MIM wakili Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sa...
- Pok Nik Gagal Tadbir Ayaq Kelantan.
- 'BN pilihan orang muda'
- PRU 13 pada 3/3/03.Biar Betul?
- Rafizi Ikut Anwar Main Belakang
- Live:konvensyen media sosial 1malaysia
- GUAN ENG AMBIK KREDIT ATAS KERJA BN.
- 13 ditahan ISA di Tawau amat bahaya.
- Zul Nordin dakwa ditawar jawatan GLC Selangor gaji...
- KECIK KECIK LEMBU JAGA.
- Duit Budak Pun Hampa Mau Ka?
- TUNJUK PERASAAN BANTAH PROJEK LADANG TERNAKAN BABI...
- UMNO Terbuka Menerima Keputusan Tsu Koon,Guan Eng ...
- Simpati Kepada Dr Koh Bukti Guan Eng Memang Pelawa...
- Lim Guan Eng Mengamuk
- Menyerah Secara Total.Siapa Bakal Lawan Guan Eng?
- UMNO:Strategi Rampas Kembali. .
- Tahniah blogger Penang ! Label kerajaan DAP meleka...
- ALAMAK TOYOL ISAP NENEN.
- BN Youth Music 2011
- Demo Menghilangkan Dakwat Kekal
- Video seks: Ini UMNO...itu UMNO
- Ketua Menteri Jika Gerakan Menang.
- HP Sauce & Tobasco Tidak Halal.
- MeloyaKini &Gendut Loone Kencing Kuat?
- Orang Kelantan belajaq cakap Penang.
- Projek Bina Terowong RM8 Billion.
- Wardina Minta Maaf Pada Blogger BN.
- Yusmadi akui tak takut tapi toloq dah hilang.
- DAP & LGE Khianat Kedai Menu Rakyat 1Malaysia.
- VIDEO:Kenapa Anwar Suka Thailand.
- Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau P...
- LGE Buat Keja Gial Lagi!!!!!!!!
- Ibu dan anak dicekup khalwat
- Kalau PunahSihat RM 1.Inilah Jadinya.
- Tembelang Guan Eng Edisi Mandarin.
- Kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan
- Khalwat: MB Terengganu.
- UMNO Jugak Yang Salah??????/
- DAP Gila Kuasa.Melayu Dah layu Sahaja Ikut DAP.
- Susu 1Malaysia ada E.coli?? Mana Sampel dan Nama M...
- Tersentuh Nenek Ini.
- Cakap Talak Selupa Bikin.Habuk Pun Tarak
- LGE Belakang Kira.Tuduh BN Kelentong Rakyat.
- Saya bersedia disiasat: KJ
- TAHUKAH ANDA MAKSUD Peace ( V ) + Lidah Terjelir ....
- BATMAN KENA BELASAH
- MCCBCHST Apa Masalah LU?
- Politik Malaysia.
- cara nak pindah barang kalau duduk flet
- Perkasa bantah KN sediakan bas percuma untuk rakya...
- #Rempit Beca 3.0
- Otak Burung.
- DAP SuDah Hilang Sokongan Masyarakat India.
- Kantoi!!!!!!!!Guan Eng Mengaku Bina 3,421 Rumah.
- DiTelan Mati Emak Di Luah Mati Bapa
- Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tete...
- Konti Radio Filipina.Rupanya!!!!!!!!
- Setiausaha DAP Pulau Pinang hampir bunuh OKU !!
- Dalil Politik Malaysia.
- Mat Sabu hina YB Zulkifli Noordin
- Betulkah Apa Yg Dilihat?
- Khalid Semakin Gagap.
- Salam 1 Malaysia.
- MB Saman Penulis Blog Fitnah.
- Boria, Francis Light, dan Koh Tsu Koon
- PDRM Kereta Peronda Baru.
- Mesti UMNO yang salah ni..
- DiPukul Kerana Mencuri.Jangan Tengok Jika Takut Da...
- Umno Tidak Sekat,Cakaplah Apa Pun!!!!!!
- Pelajar Malaysia di Jawa Timur dibunuh cuba halang...
- Hampa Tipu Anuar Dah Pi Haji La.
- SELAMAT DATANG KE NEGARA KEBAJIKAN
- MKP Dah Kena Depan/Belakang Kiri Dan Kanan.
- EXCO AGAMA PENANG TIDO LENA.
- Jutaan Terima Kasih.Kepada semua yg menyokong MKP....
- Anak Gadis Islam Berbogel Dlm Kolam.
- Bila Pok Nik Jumpa Teo Nie Ching .
- Kucing Dipotong Kaki Kerana Mencuri Ikan
- Gobi Lu Bikin Panas!!! Hina Islam Pulak.
- Ibadah Qurban "Reformasi"
- Siapa Zairil Yang Pergunakan Nama Khir Johari?
- Salam Aidiladha 1432H
- Singa Betina Dalam Pelukan.
- Pemimpin DAP hina Ibadah Qurban.
- Sister In ISlam (SIS) boleh disamakan dengan binat...
- Pramugari Seksi.????????????????
- BN kesal Seberang Perai kini menjadi kotor.
- @chegubard gila Publisiti,NUPW digunakan!!!
- Apa motif Ambiga nak demonstrasi?
- Anwar Dah pegi Haji LA!!!!
- MPPP Pulau Pinang Tidoq Dibawah Pemerintahan DAP/P...
- Mat Saleh nyanyi lagu Dikir Serabut Wehh..
- Cikgu Bard Pasti Menagis Tengok Nie
- BOB ISabella rela Ditangkap.
- VIDEO TERBARU DARI THAILAND.
- Gaji, elaun Guan Eng RM46,521
- Potong Gaji Guan Eng RM 1.00 Boleh Kot?
- Alamak,Pelawak Tu Cuba Merogol!
- Chegu Bard Sudah Melenjit.
- LGE Buat Fitnah Lagi,Tetap Salahkan UMNO.
- Media Sosial Punya Angkara.
- Video:#RempitBersih 3.0.
- Lim Guan Eng kelirukan rakyat
- Antara Elton John dan video seks..
- gara-gara Kampung Buah Dada...
- Up Date,Video telah dikemaskini.
-
▼
November
(178)












