gaza

Saturday, November 26

PENDERITAAN WAN AZIZAH



Anwar terbitkan dvd terbaru dan akan jual di pasaran ... tajuk PENDERITAAN WAN AZIZAH 


soalan 1. siapa yang susahkan wan azizah ?

soalan 2. wan azizah dan anak2 hidup mewah di banglow segambut tak makan ?


soalan 3. mana lebih susah dan wajib diutamakan, wan azizah atau pun makcik2 fakir miskin yang masih ramai lagi perlukan pembelaan di permatang pauh ?




‎3 PEGAWAI UNISEL DI PECAT, PEROGOL PULA DIKEKALKAN



Tak perlu ikut peraturan untuk pecat pegawai, terus beri arahan untuk pecat. Tidak perlu panggil untuk bela diri. Itulah konsep keadilan yang diperjuangkan oleh PKR. Habis hancur semua yang dibina oleh kerajaan BN dulu. PR ini memang tahu memusnah jer. Guna kuasa sesuka hati.

Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Datuk Dr Rosti Saruwono m
eletak jawatan berkuat kuasa hari ini sebagai membantah pemecatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup melaksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai UNISEL tanpa memberi sebab dan tanpa `due process'.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Naib Canselor untuk melucutkan jawatan tiga pegawai itu.

Pelucutan jawatan itu, tidak mengikut tatacara perundangan tatatertib UNISEL.

Mereka terbabit tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang membela diri. Sebagai membantah tindakan itu, Rosti meletak jawatan sebagai Naib Canselor UNISEL
Perkara yang dijangkakan akan berlaku ;

1. Sidang akhbar tanpa rasa malu oleh Khalid Ibrahim

2. Wujud 'bukti' penyelewengan dan salah guna duit oleh ketiga-tiga orang ini untuk memecat mereka

3. Tindakan ini mendapat 'sokongan' padu dari Rakyat negeri Selangor

Inilah akibatnya kalau PR memerintah. Habis semua orang BN akan dipecat dan dituduh buat penyelewengan walaupun sebenarnya tuduhan itu tidak benar. Begitulah zalimnya Menteri Besar Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat. Memecat sesiapa pun secara sesuka hati, tanpa mengikut sebarang prosedur. Ketegasan bekas Naib Canselor UNISEL ini amat dihormati.

Yang terbabit dengan kes rogol tak pula dipecat. Baca pendedahan dari KGC.


KGC pernah mendedahkan tentang laporan polis oleh seorang pelajar yang di rogol oleh TNC Unisel sekarang. KLIK SINI. TNC tersebut adalah PROF. DR. IR. MOHAMED BIN DAUD. Aku tak tau apa kesudahan kes ini. Kalau ianya betul apa tindakan kerajaan negeri terhadap beliau. Kalau ianya fitnah, jangan cepat melenting sebab fitnah juga makanan rasmi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bersihkan nama supaya pelajar tidak lagi was-was dengan akhlak pensyarah mereka. Jangan bersikap seperti Petualang Negara yang asyik nak tunda kes mahkamah. 



sumber

Skandal Seks Malaysia.



1.Chuah Soi Lek seorang cina. Apabila video terdedah walaupun tak jelas mukanya, beliau dengan gentleman mengaku salah & meletakkan jawatan. Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yg mepersoal @ kata jangan letak jawatan. MCA pun kata ok.


2.Elizabeth Wong seorang cina. Apabila kangkangnya terdedah jelas, dia pun mengaku itu kangkangnya, Nik Aziz membela penzina ini dan Anwar kata jangan lepas jawatan, buat bodo saja. Siap dapat hadiah cuti.

3.Anwar Ibrahim seorang islam. Apabila bervideo2 terdedah aktiviti zina yang jelas muka & batang tubuhnya dgn tidak gentleman menyalahkan orang2 lain, objek lain & bukan diri dia. Tidak berani mubahalah, tidak berani bersumpah dan tidak melepaskan jawatan. Malah aktiviti menegakkan benang basahnya disokong oleh Hj Hadi, Nik Aziz dan kepimpinan orang islam Pas. Video telah dimarah dgn begitu rupa kerana dia besi.


4.Mat Sabu seorang islam Pas. Apabila dia berkhalwat dengan bini orang, terlondeh segala2nya di Kelantan negeri islam yg Pas perintah. Oleh sebab rupanya dia komunis maka hudud telah tidak dilaksankan ke atas beliau dan dia dilepaskan saja. Sekali lagi Nik Aziz dan segala kepimpinan yang kononnya nak laksanakan hudud, tidak melaksana hudud kerana hudud tidak berkuatkuasa ke atas seorang komunis. Komunis itu hari ini adalah Timbalan Presiden Pas.

Bukti PAS Negeri Sembilan ditolak Rakyat Negeri Sembilan


Bukti PR ditolak Rakyat apabila Ceramah Umum PAS Negeri Sembilan di Kg.Sawah Raja Dun Kota hanya dihadiri 15 org sahaja.Penceramah PR yg hadir 4 org semuanya iaitu Ketua Penerangan PAS Rembau, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Yb Eng Siew Lim ( DAP ) Adun Sekinchan & Yb Taufik Adun Paroi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Kenapa 15 org sahaja hadirin yg hadir ?

Ceramah Umum PAS N.Sembilan pada 25.11.2011 jam 9mlm-12mlm bertempat di Kg.Sawah Raja Dun Kota Negeri Sembilan.

LIDAH BEWAK sungguh ADUN KOMTAR NIE.


ADUN Komtar yang memaki hamun seorang peniaga barangan lusuh membuat laporan polis untuk menafikan apa yang berlaku pada hari kejadian.Sungguh tak disangka ilmu putaq alam ini telah diimpilikasikan terhadapnya dari bapak nenen.Benda dah heboh satu malaya dah woi nak kelepiak lagi ka?????Banyak saksi yamg melihat dan mendengar apa yang berlaku dan kami semua kenal perangai buruk adun nie suka memaki hamun ingat dulu masa kedai nasi kandaq dia kata tak suka balik india.Kali nie maki orang pulak pengkianat negara kerana berkahwin denga warga asing.Itu hak individu.Klu nak bercerita dengan kawin dng warga asing kaum cina lebih banyak berkahwin dengan warga asing seperti china doll dan dan negara lain.APasal lu tak cakap depa nie semua pengkhianat negara.Takut kena sidai kot???????


No Way...


Kerajaan tidak akan menarik balik Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 seperti yang didesak pembangkang.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pembangkang hanya menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka
Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju rang undang-undang tersebut dikaji semula atau dipinda.Menurutnya adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.
Hishammuddin juga menafikan rang undang-undang tersebut bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen tengah hari Khamis.
Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Khamis dan akan dibahaskan bermula Selasa depan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan,  36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat akan dibebaskan dalam tempoh masa terdekat ini, kata Hishammuddin.
Beliau berkata pembebasan itu selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) fasa kedua melalui pembatalan tiga Proklamasi Darurat.
"Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membebaskan tidak kurang daripada 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat."Ini merupakan proses yang berjalan secara berterusan... pada dasarnya ia mengambil masa selama enam bulan," katanya.
Mengenai sekumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu

Anwar Dan Kit Siang Malam Kena Pukul NGan Selipar Lembik.


Perbahasan untuk mansuhkan Proklamasi Darurat 1966,1969 dan 1977 di Dewan Rakyat pada Khamis menconteng arang di muka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila dua ahli parlimen Bebas ‘hentam cukup-cukup’ Ketua Pembangkang dan penasihat DAP itu.Puncanya, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor yang bangun membahaskan usul itu mempersoalkan kenapa kerajaan tunggu 34 tahun untuk mansuhkan proklamasi tersebut.
Bagaimanapun, ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang turut membahaskan usul tersebut mengambil peluang  menjawab soalan itu dengan meminta Kit Siang bertanya kepada Anwar jawapannya“Ipoh Timor patut tanya Anwar Ibrahim. Sejak 1982 hingga dipecat, beliau ada 14 tahun dalam kerajaan. Beliau pegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden dan kemudian Timbalan Perdana Menteri,”.
“Anwar patut cadang ISA dimansuhkan, begitu juga dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta undang-undang Darurat,” sindir Presiden Perkasa itu.Menurut Ibrahim, isu ini hanya timbul sejak Anwar dipecat dari UMNO.“Kalau dia (Anwar) cadang dulu lagi bukan macam sekarang, semua dah selesai,”  kata Ibrahim.
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin kemudian bangun mencelah dan mendakwa Kit Siang sengaja 'putar’ isu itu dan lupa sejarah mengapa undang-undang Darurat dikuatkuasakan.Menurut beliau, kewujudkan undang-undang itu adalah kerana kebebasan bersuara  yang sudah di luar kawalan dan tindakan rasis yang melampau didalangi Ipoh Timor (merujuk Kit Siang) dan partinya pada masa itu.
” Antara tindakan itu, saya nak baca, biar rakyat dengar balik apa mereka kata pada 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa masa itu adalah bermakna antaranya Mati Melayu..,” tegas Zulkifli.
 Katanya, kenyataan lain dikeluarkan adalah,” dalam perhimpunan dan perarakan yang dibuat dan kenyataan yang mereka buat pada 11 Mei (1969) di Bukit Bintang... Apa polis boleh buat, Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan, pada 11 Mei  Jalan Changkat Dollah,.. KL sekarang Cina Punya, pada  12 Mei, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman...Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa.”
“Di Kampung Baru depan orang Melayu, ini kenyataan parti Ipoh Timor. Melayu Keluar, apa lagi duduk sini, Kita hantam Lu, Sekarang kita ada kuasa,” ujar Zulkifli.
Pada masa itu Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menegur Zulkifli kerana masa yang diperuntukkan kepada Ibrahim selama 10 minit hampir tamat.Ibrahim sendiri nampak gelisah kerana Zulkifli terus berhujah mendedahkan apa dikatakan parti diwakili Ipoh Timor sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Zulkifli kemudian mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani melakukan anjakan dan transformasi  politik ke arah demokrasi lebih matang.Beliau kemudian mencabar Ipoh Timur dan partinya melakukan transformasi yang matang seperti dilakukan kerajaan dengan mengungkai proklamasi Darurat.
“Saya cabar Ipoh Timor antara dalang tercetusnya 13 Mei jadi ‘anak jantan’ meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa berlaku pada 13 Mei 1969 dan tidak mengulang perbuatan terkutuk tersebut,” tegasnya.Wan Junaidi terus menegur Zulkifli dan berkata tidak gembira dengan apa diluahkan Zulkifli.
Bagaimanapun, Ibrahim yang meneruskan perbahasan menyokong apa didedahkan Kulim Bandar Bharu dan mahu ucapannya Zulkifli dimasukkan sebagai sebahagian ucapannya.
Lebih parah, Ibrahim kemudian berkata, waktu berlaku 13 Mei, ahli Ipoh Timor adalah Ketua DAPSY atau ketua pemuda DAP.“Dia (Kit Siang) bangun nak menutup sejarah. Tapi dia lupa kita masih segar dalam ingatan sejarah,” katanya.
Ibrahim kemudian meneruskan kritikan terhadap Anwar yang sebelum ini dalam perbahasan mendakwa proklamasi Darurat  bertujuan menjatuhkan rakyat Kelantan.
“Pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang adalah Pengerusi UMNO Kelantan, Dan waktu itu,  PAS berada dalam Barisan Nasional.  Krisis dalam parti PAS menyebabkan huru hara Kelantan.  Kalau dituduh ini rancangan jatuhkan kerajaan negeri,  Ketua Pembangkang menuduh Tengku Razaleigh sebagai pengerusi UMNO negeri,” jelasnya.
AGENDADAILY.
MKP KATA:Baru betul dua ekor keldai nie kena hentam lunyai dalam Perlimen hari nie.Depa buat salah tak nampak lepas tue dok ungkit pasal apa????kan dah kena selipar lembik kat muka.Pedihnya tidak tersa akan tetapi menyusuk hingga kedalam hati.Inilah sifat munafik yang ada dalam pemimpin pembangkang lain dimulut lain dihati.PErbalahan bermula dari mereka yang merencanakan keadaan akan tetapi kenapa nak disalahkan orang lain.Jika taktik begini digunakan oleh kit siang dan anwar pasti cepat mereka akan dimatikan oleh hujah yang memakan diri sendiri,ibarat meludah kelangit jatuh kemuka sendiri.

Friday, November 25

Ustaz PAS Suka Macam Nie




Video 18 Sx Srikandi Bersama Anwar.



Ini bukan kali pertama, retorik PKR kepada penyokongnya yang seolah-olah undang-undang negara ini di bawah tapak kaki mereka. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi amaran kepada UMNO bahawa PKR, sayap pemuda dan wanita PKR "akan bangun dan merobohkan tembok penjara “untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dipenjara.


READ MORE

Cekik Terkucir DAh Pakatan Haram Nie.


Tuduhan pembangkang kononnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar dan meleset sama sekali.rang undang-undang tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata.kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yang dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yang digariskan undang-undang.

Sesuatu perhimpunan boleh diteruskan di bawah perlindungan undang-undang meskipun pihak penganjur belum mendapat maklum balas pihak berkuasa selepas tempoh masa tertentu.Terbukti segala dakwaan pembangkang kononnya rang undang-undang ini mahu mencekik kebebasan berhimpun meleset sama sekali. Undang-undang ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang-undang sedia ada.Kita sedar betapa murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap dan sudah pun memukul canang bagi memburuk-burukkan undang-undang baru yang ingin dibentangkan.

Jelas PM, di bawah rang undang-undang baru itu nanti, pihak polis yang selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas.keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yang kekal hanya hukuman denda bagi mereka yang masih berdegil melanggar undang-undang. ianya digubal selaras dengan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak orang lain juga diambil kira.jika kebebasan berhimpun itu didapati menganggu ketenteraman awam dan mencerobohi hak serta kebebasan orang lain, polis mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut bidang kuasa mereka.






Bila Masa Pulak Anwar Jadi Wakil Perdana Menteri


Bila masa Anwar jadi wakil perdana menteri malaysia pulak nie?alahai satu video yang diambil dari youtube telah diupload pada 29sep 2010.Adakah ini satu propagaganda untuk mencemarkan nama baik malaysia disana dan mengunakan nama wakil perdana menteri malaysia.harap pihak yang bertanggungjawab menyiasat pekara ini.

#BN Membantu Rakyat Kelantan Dilanda Musibah



Laporan terkini menyatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyenaraikan sebanyak 5,156 pusat pemindahan, dan berupaya menampung 1.4 juta mangsa banjir seluruh negara. Bukan sedikit… jumlah mangsa banjir kini mencapai angka berjuta!


Stok makanan dan minuman untuk bekalan penghuni pusat pemindahan juga terus meningkat. Keperluan bencana seperti pakaian, selimut, perubatan, doktor-doktor, klinik kesihatan, pengawal, bot penyelamat, pasukan Rela, polis dan tentera, semuanya menelan kos yang bukan sedikit. Saya temui maklumat mengatakan, seramai 28,000 petugas banjir dari pelbagai agensi berkaitan turut terbabit. 12,500 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga turut bersiap sedia dengan jentera pengangkut, air, darat dan udara.


Suatu kejadian berlaku secara kebetulan, tetapi meninggalkan kesan amat kelakar dan memberi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat mengendali mangsa banjir. Kejadian berlaku apabila seorang imam muda, terpeluk wanita lain yang bukan isterinya. Dia terpeluk wanita itu dari arah belakang. Wanita itu menjerit-jerit, menggemparkan pusat pemindahan.Siapakah ustaz itu sama-sama kita meneka???


Dakwa imam muda itu, pada mulanya dia yakin itu isterinya berdasarkan susuk tubuh wanita itu. Lagipun pakaian yang dipakai di pusat penempatan banjir itu sama sahaja dengan orang lain, iaitu baju pemberian dari longgokan pakaian terpakai. Ada besar, ada sendat. Dia tidak ingat baju-baju isterinya, katanya. Akibat kejadian itu, imam muda berkenaan telah dipukul dan diterajang oleh suami lelaki berkenaan. Teruk juga dia dibelasah. Keadaan mula menjadi tidak menentu dan tidak selesa untuk dua tiga hari seterusnya. Imam muda dan isterinya yang sebenar, menjadi amat malu.


Semoga kisah imam muda terpeluk isteri orang di pusat pemindahan banjir tidak akan kita dengar lagi. Pihak yang mengendalikan pusat pemindahan banjir mungkin sudah sedia memikirkan kaedah terbaik mengatasi hal ini. Janganlah nanti akan wujud keadaan bilamana ada banjir di kaki… ada banjir juga di hati.

LAMAN WEB 1MALAYSIA KENA HACKED.


 Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini.
Tinjauan ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini.
Sumber memberitahu laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan. 
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu. 
“Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar hari ini,” katanya. 
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. 
Bagaimanapun, menjangkakan sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan menggodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan. 
Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu. - mynewshub.my
MKP kata depa nie dah melampau,kalah bola itu adat permainan.apa punya mentaliti pengangak nie. 
 


ADUN DAP KOMTAR Mengamuk.



Mengamuk tak tentu pasal nie la perangai tak ada akai punya ADUN nie.inikah yang harus dipilih lagi oleh rakyat pulau pinang.Banyak sudah yang telah didedahkan blogger penang tentang tingkah laku musibat nie.Akan ada pendedahan dengan terbaru tentang adun nie mengenai kelab malam yang diusahakan oleh kroni dan musibat nie.tunggu aje la nak cakap pun tak guna.tempatnya jika orang penang tau kat mana tue CAmpell street.Semuanya Masyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuk............


BerbedaA Skandal Seks Pemimpin Nie.



1.Chuah Soi Lek seorang cina. Apabila video terdedah walaupun tak jelas mukanya, beliau dengan gentleman mengaku salah & meletakkan jawatan. Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yg mepersoal @ kata jangan letak jawatan. MCA pun kata ok.


2.Elizabeth Wong seorang cina. Apabila kangkangnya terdedah jelas, dia pun mengaku itu kangkangnya, Nik Aziz membela penzina ini dan Anwar kata jangan lepas jawatan, buat bodo saja. Siap dapat hadiah cuti.

3.Anwar Ibrahim seorang islam. Apabila bervideo2 terdedah aktiviti zina yang jelas muka & batang tubuhnya dgn tidak gentleman menyalahkan orang2 lain, objek lain & bukan diri dia. Tidak berani mubahalah, tidak berani bersumpah dan tidak melepaskan jawatan. Malah aktiviti menegakkan benang basahnya disokong oleh Hj Hadi, Nik Aziz dan kepimpinan orang islam Pas. Video telah dimarah dgn begitu rupa kerana dia besi.


4.Mat Sabu seorang islam Pas. Apabila dia berkhalwat dengan bini orang, terlondeh segala2nya di Kelantan negeri islam yg Pas perintah. Oleh sebab rupanya dia komunis maka hudud telah tidak dilaksankan ke atas beliau dan dia dilepaskan saja. Sekali lagi Nik Aziz dan segala kepimpinan yang kononnya nak laksanakan hudud, tidak melaksana hudud kerana hudud tidak berkuatkuasa ke atas seorang komunis. Komunis itu hari ini adalah Timbalan Presiden Pas.

Ustaz Terbaik Dlm PAS atau HamPAS.


Nie la depa kata dulang paku masuk mata.Berceramah ikut kata hati seperti Mat SAbu jugak.Nak tanya skit semua pemimpin PAS tak pernah buat salah atau tak pernah ada skandal kot.Dulu betul la membangun bersama ISLE la nie sudah tukar la ustaz depa koloberte ngan DAP jadi negara kebajikan dah.Dalam islam ditegur supaya jangan menjadi MUNAFIK dan inilah salah satunya.Lain dimulut berbicara niat dihati tak serupa.Kita adalah hamba allah,setiap diantara kita membuat kesilapan akan tetapi janganlah mengunakkan MASJID iatu rumah ALLAH untuk menyebarkan fitnah.MANA BUKTINYA?????????????????????Pas mengunakan RUMAH ALLAH UNTUK BERPOLITIK.Sama-sama kita menilai apa yang berlaku.

Thursday, November 24

Biaq Betul Apa Aku Tengok Nie.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.

Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.
''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.


Disko Pokok Cherry Kat Kelantan.


Penang ada Nasi Kandaq pokok ceri,tapi kt kelantan lagi hebat depa buat disko kat bawah pokok cerry nie apa cita Pok NIk.Nama membangun bersama islam tp ini yang terjadi pulak dah.SUDAK TUKAQ KA??????Tue dia depa berdisko sampai ke AZan subuh lagi.KLu kat penang nama tempatnya lorong garu padan dengan namanya.Sebab yang pi semua gatai nak kena garu.




Geli geleman MKP tengok sampai jalang yang tua pun ada sama la pulak.Apa kejadah yang dibuat oleh kerajaan negeri kelantan nie.Tidoq lena dengan bantai mahal nampak????al maklum masyukkkkkkkkkkk. Setelah mendapati pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)  tidak mengambil apa-apa tindakan selepas beberapa hint yang kami berikan tentang lokasi pusat hiburan ini, akhirnya, Agen Johnson telah bersetuju untuk mengadakan ‘Operasi Disko-Dut’. Operasi Disko-Dut merangkumi 3 pusat hiburan dan bermula dengan pusat karaoke di bawah pokok ceri.



READ MORE



Di Chalok Kedai, Langkap Setiu-Kenapa mesti terjadi sebegini ?


Semua masalah dalaman parti perlu diselesaikan sebelum parti bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13.Bahkan semua 'warlord' (hulubalang) di peringkat akar umbi perlu memastikan bahawa bukan saja pedang mereka tajam tetapi juga mempunyai bala tentera di belakang.
Selain itu, untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling getir ini, kata Menteri Pertahanan itu, unsur sabotaj seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas perlu dihentikan bagi memastikan calon yang ditampilkan UMNO untuk bertanding menang.
Sambil menegaskan UMNO perlu berada dalam keadaan "cacat sifar" sebelum pilihan raya umum, beliau berkata perbuatan sabotaj boleh dihindari sekiranya setiap anggota parti bersatu padu dengan segera menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat cawangan dan bahagian.
Menurutnya, memegang jawatan tinggi di mana-mana peringkat bukan jaminan bagi individu itu dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
"Namun yang agak menggusarkan kepimpinan atasan adalah permasalahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian yang istilah politiknya dipanggil warlord (hulubalang) yang mahu terus memberikan penekanan bahawa mereka telah mengasah pedang begitu lama... hendak tajamkan (memperkukuhkan) kuasa dan mencengkam pengaruh di kawasan masing-masing, maka akan berlakulah masalah 'intra-party'.
"Kalau tiada tentera di belakang, hanya kita sebagai jeneral (sahaja) yang ada pedang yang tajam, kita akan kalah dalam perang. Oleh sebab itu kita perlu mempunyai bala tentera yang berada di belakang dan mendapat sokongan semua," katanya.
MKP kata ini tidak sepatutnya berlaku didalam bahagian dan cawangan.Apa lagi nak komen spechlessssssssssssssssss

Guan Eng Takut Ulaq Tedung Seluaq.


Bewak takut dekat ulaq apa punya turr la bapak nenen nie.kata orang penang tau bukan itu melaka import mali punya.beratus pelancong tidak dapat melihat keindahan pulau mutiara dek kerana ular tedung seluaq.ini pun nak dijadikan cerita dan nak ambil sikap populis ke????? lidah bercabang sungguh.

Musim cuti persekolahan ini ramai pelawat dari luar negeri dan didalam negara datang kePulau mutiara untuk menikmati keindahan Pulau Mutiara yang sejak azali lagi terkenal dengan keindahan pantainya serta segala macam pemandangan serta syurga makanannya.akan tetapi hanya seekor ular tren APIKERETA telah diberhentikan dan ramai pelancong terkandas serta kecewa dengan sikap DAP nie.Lumrah kiranya ulaq tue kena langgaq pun dah dalam hutan bukannya ada orang mati kena patuk pun.Pelancong semua dalam APIKERETA selamat,Nasib ulaq tue saja nak mati.

APIKERETA tidak dapat beroperasi pelancong merungut nie semua sabotaj namanya kepada sektor pelancongan serta pedapatan negeri dan negara.Pelancong yang tidak puas hati pasti akan bercerita tentang apa yang berlaku kepada rakan-rakan mereka dan ini akan mencemarkan nama baik malaysia.Ada depa kesah dengan apa berlaku.Ini kerana projek Terbaru menaik taraf APIKERETA BENDERA BUKIT adalah dari kerajaan pusat dan satu isu telah dibangkitkan semasa kes tempat duduk lidah bewak nie kantoi hari tue.Mungkin ada kesumat didalam hati agaknya.

Jika inilah pemimpin buanganan dari melaka yang dijadikan pemimpin lagi hancusssslah Sektor Pelancongan Pulau Mutiara dan Malaysia pasal dia boleh perbusukkan nama malaysia diluar punya.

Pelacur politik" dan ' katak"




Timbalan Yang Dipertua DUN Datuk Hee Yit Foong yang mempengerusikan persidangan meminta Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) yang membahaskan Belanjawan 2012 negeri supaya menarik balik kata-kata berkenaan kerana ia menghina golongan wanita termasuk ibu dan nenek kepada wakil pembangkang berkenaan.


"Ia menghina (kaum) wanita, tarik balik, kalau tidak saya putuskan jangan berbahas... ibu dan nenek Yang Berhormat juga kaum wanita," katanya pada persidangan DUN di Ipoh.

Namun, Nga enggan menarik kenyataan itu dan berkata beliau tidak menuduh sesiapa dan juga tidak menyebut nama tertentu bagi membayangkan maksud "pelacur politik" dan "katak" itu.

"Adakah saya tuduh sesiapa? Siapa makan cili dia terasa pedas... saya tidak cakap sesiapa tapi kenapa Timbalan Yang Dipertua terasa sangat?" katanya.

Keengganan Nga menarik balik kenyataan itu menyebabkan Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan Dr Wan Nooashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) bangun lantas mendesak dengan keras supaya wakil rakyat itu berbuat demikian.

Hee memutuskan persidangan ditangguhkan lima minit seperti dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong Hamidah untuk menenangkan keadaan.

Bernama melaporkan penangguhan itu bagaimanapun tidak meredakan keadaan kerana sebaik persidangan bersambung semula, Nga meneruskan perbahasannya serta masih enggan menarik balik kenyataannya walaupun diberi peluang sebanyak tiga kali oleh Hee.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) bangun lalu berkata: "Kami di sebelah sini dengar perkataan yang dikeluarkan iaitu "pelacur politik". Saya mahu bertanya kepada sidang ini adakah perkataan ini dibenarkan di sini? Jika tidak diizinkan ia perlu ditarik balik."

Beliau berkata jika wakil rakyat Pantai Remis tidak mahu tarik balik perkataan itu, Timbalan Yang Dipertua dewan boleh "menghalau" Nga daripada persidangan hari ini dan cadangan itu disokong Jamaluddin Mohd Rdzi (Bebas-Behrang).

Berikutan keengganan Nga menarik balik kata-kata berkenaan, Hee akhirnya mengarahkan Nga keluar dewan kerana menggunakan perkataan menghina serta mencela anggota DUN di samping berkata beliau tidak memberi peluang kepada mereka yang biadap.

Beberapa wakil rakyat pembangkang terutama V.Sivakumar (DAP-Tronoh) bangun membantah keputusan itu dan mendesak Hee yang keluar dewan kerana mengatakan "adakah wakil pembangkang minat pelacur, jika betul saya boleh bawa".

Nga pula kekal ditempatnya enggan mematuhi arahan Hee.

Yang Dipertua Datuk R.Ganesan, yang kemudiannya mengambil alih sesi persidangan menggantikan Hee, berkata Nga telah menimbulkan keadaan haru-biru dengan mengeluarkan perkataan "pelacur politik" serta "katak" malah enggan menarik balik selepas diberi banyak peluang.

Bertindak tegas, Ganesan mengarahkan Nga keluar dewan dan meminta Datuk Hamdi Abu Bakar (BN-Pengkalan Baru) meneruskan sesi perbahasan Belanjawan 2012 negeri menyebabkan wakil pembangkang itu akhirnya akur dengan arahan keluar dewan.

Selain Nga, wakil rakyat pembangkang lain iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut meninggalkan persidangan sebagai tanda protes terhadap keputusan dewan. 



AGENDADAILY>

Hampir 50 calon SPM, STPM di hulu Terengganu ke Pusat peperiksaan dengan bot


HULU TERENGGANU - Hampir 50 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terpaksa menaiki bot untuk ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di sini apabila kampung mereka ditenggelami air.

Kesemua calon SPM dan STPM dari Kampung Pengkalan Ajal di sini itu diangkut ke pusat peperiksaan menggunakan perahu penduduk kampung dan bot bomba bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zazuli Baderu berkata pihaknya sentiasa bersedia di lokasi terbabit dan menghulurkan bantuan bagi memastikan kedua-dua peperiksaan itu dapat dijalankan dengan lancar.

"Kami telah berbincang dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum ini untuk mengatasi masalah itu dan kami akan bersedia di lokasi terlibat bagi membolehkan calon SPM dan STPM menduduki peperiksaan," katanya.

MKP kata klu nie jadi kat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Haram PASti akan heboh satu malaya menyatakan ketidakprihatian kerajaan Pusat.Nama pun Pembangkang mulut macam kong-kang.

POK NIK KATA:tokleh nok tehe


Wali Selipor lebih suka kepada benda cam nie dari menjaga air yang teruk dikelantan.Dari mana Kelantan Serambi mekah la konon benda nie dok ada apa yang PAS dan Kepimpinan dok gebang.

Wednesday, November 23

Terkini:Penyokong kita selamat

Syukur alhamdulillah berita mengenai seorang penyokong Malaysia yang menonton perlawanan akhir bolasepak sukan sea di gelora bung karno,jakarta bernama ahmad ikhram bin firdaus dari taman Dato syahbandar ampangan kini telah berada dimalaysia .majikan beliau iaitu encik abib yang kini masih lagi berada dijakarta memberitahu bahawa Ahmad ikhram telah tercicir beg semasa membeli belah di kedai.beliau datang kejakarta kerana menguruskan artis bukannya menonton bolasepak.


Penyokong Malaysia Hilang Di Indon.


Berita yang baru diterima dari kedutaan Malaysia,Bahawa seorang rakyat malaysia telah hilang selepas menonton bolasepak di Stadium Bung Karno Indonesia.Nama Ahmad Firdaus Bin Arham.Hanya beg dan wallet kepunyaan beliau ditemui.Bersama ini kita doakan keselamatan beliau semoga selamat ditemui semula.

Pegawai Wakil Rakyat Kantoi.



Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.

Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat, anggota polis peronda yang melalui kawasan itu membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bersama pasangannya berumur 34 tahun dalam kereta terbabit.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan dibebaskan dengan jaminan sebelum dihadapkan ke Makahmah Rendah Syariah Marang, petang kelmarin.

Bagaimanapun, perbicaraan secara tertutup diadakan kerana ia berlaku pada hari cuti umum iaitu Jumaat.

Difahamkan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah terpaksa menangguhkan perbicaraan untuk rayuan dan keputusan dibuat pada hari bekerja.

Kedua-dua tertuduh terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2011 yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenainya.

Namun ketika diajukan soalan mengapa perbicaraan itu diadakan secara tertutup, beliau berkata, ia hanya prosedur biasa bagi membolehkan pihaknya menahan individu terbabit dalam masa lebih panjang.

Sehubungan itu, ADUN terbabit ketika dihubungi bagi mengesahkan status lelaki terbabit memberitahu, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan. SH


** Dimaklumkan di Parlimen Marang mempunyai 4 kerusi DUN  DUN terbabit ialah Alor Limbat (BN )  , Rhu Rendang ( PAS )  , Bukit Payung ( PAS )  dan Pengkalan  Berangan  ( BN )  .

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive