Wednesday, November 30

7langkah Panglima Mengatur Langkah

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, satu daripadanya ialah Pemuda perlu mewujudkan perpaduan yang ampuh di peringkat bahagian dengan memujuk ahli-ahli yang merajuk supaya kembali menyokong UMNO kerana setiap undi adalah berharga.

Katanya, mereka juga perlu bekerjasama dengan Pemuda daripada parti komponen di bahagian masing-masing dalam menyusun strategi yang mencakupi seluruh kawasan termasuk kampung baru Cina dan estet-estet.

“Kita panggil badan bukan kerajaan, belia, persatuan-persatuan seperti pemandu teksi dan pastikan mereka jelas dengan dasar dan hala tuju BN,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 di sini, hari ini.

Selain itu, Khairy berkata, Pemuda perlu mengemaskan jentera kerana mereka kini diiktiraf sebagai hulubalang oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya pemain sampingan.

Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.

“Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, facebook dan twitter, jangan takut kalau orang mengata BN…kita bagi penerangan, jangan lari,” katanya.

Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.

“Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengingatkan anggota UMNO khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini”, ujarnya.

Beliau berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi. Komen MKP garis panduan telah diberi semangat telah ditiup,Ayuh pemuda bangun kuasai media baru untuk memberi penjelasan kepada pemuda serta pengundi diseluruh negara.Rapatkan saf perjuangan jangan ada sifat kesumat yang merugikan parti dan masa depan negara.

#PAUMNO :@SerinaRedzuawan Gamatkan PWTC.





Kehadiran dan Serina Chefwan ke majlis perhimpunan sayap Puteri UMNO 2011 merenjis semangat baru kepada Puteri UMNO dalam usaha memperjuangkan agenda tulus mereka untuk nusa & bangsa.

Lisa Surihani menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO, manakala Serina memuji ucapan Ketua Puteri, Datuk Rosnah sambil menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan UMNO melalui kicauan twitternya!

Percaya atau tidak, blogger PR tidak akan berani menyiarkan atau membuat sebarang spekulasi mengenai kehadiran personaliti popular ini kerana mereka tahu semua itu akan menjadi backfire kepada mereka. Cubalah spekulasikan kehadiran Lisa & Serina jika mau tengok berduyun-duyun peminat mereka menyertai Puteri UMNO... =)

Lisa, Serina... ramai lagi artis Malaysia yang TAHU BERSYUKUR sudah menyatakan sokongan langsung kepada parti yang sudah lama berkorban untuk kemakmuran dan kegemilangan bumi yang mereka pijak... Wardina dan Bob Lokman tak sedar2 lagi???



Kredit kepada 1peluru

Umno Tidak Pernah Menyerah Kalah Perjuangkan Hak Orang Melayu



Orang Melayu tidak perlu resah kerana Umno telah bangkit daripada rempuhan Tsunami 2008. Umno tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu.Mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu, mereka tertanya-tanya apakah apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri?


Semua persoalan itu Umno ada jawapannya. Umno memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan mereka.ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Umno tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar.Ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera serta menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan dana sebanyak RM500 juta.


Umno juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperlecehkan. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung, kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela, manakala pendidikan Islam akan diperkasakan lagi.Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah Umno, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan.


Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Eksklusif #PAUMNO : Ombak Rindu @LisaSurihani di PWTC!!!

Maya teruja dapat berjumpa dengan pelakon popular yang superjelita - Lisa Surihani yang turut sama datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini. Kak Lisa datang untuk memberikan sokongan kepada perwakilan Puteri UMNO... secara langsung menyatakan sokongannya kepada kerajaan yang memerintah Malaysia menjadi sebuah negara yang maju & makmur kini! Blogger pembangkang tak nak spin cerita ni ke??? Hik Hik Hik... ~~jendela maya





#PAUMNO : BN Pilihan Orang Muda.


Sejak dua menjak ini, antara acara yang paling dapat sambutan di kalangan Pemuda UMNO adalah pidato politik. Ia merupakan hasil usaha Unit Pidato Pemuda UMNO yang diketuai oleh Lokman Noor Adam.
Sempena perhimpunan kali ini ada pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda BN.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin penganjuran program yang julung kali diadakan, dengan penyertaan ramai peserta muda pelbagai kaum, mendorong program itu untuk dijadikan acara tahunan BN.
"Ini merupakan satu program mencari bakat, yang saya rasa penting dalam BN dan cara yang paling berkesan," katanya.
Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berpendapat ciri utama seorang pemimpin adalah menjadi penghujah paling berkesan.
Pertandingan akhir pidato politik pada Selasa menyaksikan 12 peserta berpidato setelah melalui peringkat zon di seluruh negara sejak 13 Nov lalu.
Johan dimenangi Mohd Syamsul Salleh, 25, yang membawa pulang RM5,000 beserta piala iringan manakala naib johan menjadi milik Mohd Noorfirdaus Che Aman, 22, yang menerima RM3,000 dan piala iringan serta tempat ketiga Azmi Ismail, 39, yang mendapat RM1,000 beserta piala iringan.AGENDADAILY.
MKP kata:lepaih nie yang menang bolehlah berceramah dan berkempen dibahagian.Pembangkang cukup ketaq lutut bila dapat tau benda nie.Dulu depa ingat Pemuda tak ada bakat untuk berceramah akan tetapi ini adalah buktinya.Jika semua 191 bahagian ada skuad pemidato tidak mustahil untuk menang 2/3 kawasan Parlimen.

LIVE:#PAUMNO Persidangan Puteri UMNO.

Ucapan Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia berkisar tentang erti perjuangan dan wadah perjuangan orang terdahulu.Tun Teja adalah model terbaik dalam perjuangan.Namun begitu Wanita muda harus lebih memahami erti perjuangan demi mempertahankan agama,bangsa dan negara.Puteri dengan tegas menentang apa yang diucapkan oleh mat sabu yang mepertikaikan sejarah.

#PAUMNO : UMNO Bukan Eksklusif!!!


Tohmahan menyatakan UMNO eksklusif dan hanya makan di hotel dan restoran mewah hanyalah retorik pembangkang semata-mata. Gambar-gambar dalam entri ini jelas menunjukkan apa yang dilontarkan itu cuma tohmahan dan tidak benar sama-sekali. MKP merakam sesi perbincangan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Puan Shahanim Mohd Yusof dan beberapa orang Puteri serta Pemuda UMNO tanpa merasa janggal menikmati hidangan di warung tepi jalan.




Peguam ambingai yang kurang cerdik

Inilah barisan peguam-peguam yang bodoh bingai sedang memegang pelekat yang berarak ke Parlimen untuk membantah terhadap undang-undang kontroversi mengawal perhimpunan awam, Beratus-ratus peguam bodoh berarak ke parlimen untuk menyerahkan kertas cadangan bersabit "Pindaan kepada Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman" kepada Jabatan Perdana Menteri

Peguam_peguam bodoh ini kalau berani bawa lah kes ke mahkamah. gunakan saluran yang betul.


Hundreds of people marched on Malaysia's parliament as it was set to pass a law banning street protests that critics say stifles free speech and breaks a government vow to improve civil liberties.
Chanting "Bebas berhimpun" ("Free assembly"), about 500 lawyers, opposition lawmakers and activists on Tuesday marched in the capital Kuala Lumpur to parliament, which was expected to pass the contentious Peaceful Assembly Bill later in the day.
Prime Minister Najib Razak has framed the bill as part of a campaign he launched in September to replace tough laws on security, speech and assembly in a bid to shore up support ahead of elections he is expected to call next year.
The bill would replace current legislation requiring a police permit for public gatherings, but critics complain that it proposes a range of prohibitive new restrictions including the outright ban on street marches.
"The government must reject the bill as it infringes on the rights of the people and violates the constitution," said Wong Chin Huat of Bersih 2.0, which spearheaded a rally for electoral reform in July that was broken up by police.
"If they don't change the law, they will pay the price when voters abandon the government in the next general elections," he told AFP during the march.
Najib defended the act on Monday, saying it guarantees the right to peaceful assembly.
But it has been assailed by opposition politicians who call Najib's reforms a cynical election ploy and who say the bill validates their fears that tough old laws will merely be replaced by strict new rules.
The bill prohibits public marches to avoid disruptions to general society, Najib has said.
But it would allow gatherings to be held in designated places, such as stadiums, without prior notice, while those in other areas would first require police approval.
Malaysian Bar Council President Lim Chee Wee said the ban on street demonstrations was "outrageous."
"Assemblies in motion provide the demonstrators with a wider audience and greater visibility, in order for others to see and hear the cause or grievance giving rise to the gathering," he said.
Following an initial outcry, the government said it would shorten the amount of notice that assembly organisers must give police to within 10 days instead of the original 30 days.
But critics including the Malaysian Bar Council and Human Rights Watch maintain the act would grant police too much power over the timing, duration, and location of gatherings.
"This bill is a legislative attack on Malaysians' right to peaceful protest," Sam Zarifi, Amnesty's Asia-Pacific director, said in a statement.
The demonstrators marched under the close watch of dozens of riot police to parliament, where they handed over a protest memorandum to a government representative.
The ruling Barisan Nasional coalition now headed by Najib has been accused of routinely using tough laws to snuff out challenges to its five decades in power.
But public opinion has turned against such strict measures in recent years as the once-insignificant political opposition has gained strength and soaring Internet use has fuelled more open debate.

Tuesday, November 29

Anwar Aibkan Malaysia di Indonesia


beberapa puak rakyat Indonesia terhadap Negara kita tidak perlu dipersoalkan lagi. Layanan kelas Ketiga pasukan2 Negara yang terlibat dengan Sukan SEA di Negara Seberang baru2 ini memperlihat membuktikan sifat hasad dengki puak2 Indonesia terhadap Malaysia. Persoalannya, bagaimana timbulnya perasaan tersebut?

Ucapan2 Anwar yang menimbulkan perasaan kebenciaan rakyat Indonesia terhadap Malaysia adalah salah satu faktor utama berlakunya semua ini. Anwar terbukti mengkhianati Negara dengan menaikkan semangat benci dan mengaibkan Negara dengan pelbagai tohmahan jahat mengenai layanan Malaysia terhadap golongan2 kelas Atasan Indonesia yang datang melawat Negara ini.

Bohong. Lihat bagaimana artis2 Indonesia diberi layanan VVIP sehingga puluhan syarikat dari Negara kita sanggup memberi sumbangan dalam menjayakan konsert buat mereka.

Begitu juga layanan yang diberikan terhadap Pemimpin2 Politik, Atlet2 dan Pasukan Bola Sepak dari Negara mereka melampaui batasan. Bagaimana mereka boleh mendakwa layanan yang diberikan kita bersifat kelas Ketiga?

Anwar telah mengapi2 kan masyarakat di Negara tersebut dengan mengherdik dan merendah2 kan mertabat Kerajaan Malaysia seterusnya masyarakat2 yang menyokong Kerajaan Pusat. Semua ini dek kerana mahukan kuasa dan sokongan di peringkat Asia waimah Antarabangsa.

Inikah yang dinafikan seorang Pengkhianat Negara?

Live at #PAUMNO

Suasana terkini di PWTC pada ketika ini sebelum perasmian Wanita,pemuda Dan puteri UMNO.ramai perwakilan nampak bersemangat segala Dan bergaya.

Puteri UMNO Fokus Gerak Kerja Hadapi Pilihan Raya Umum


Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini sangat penting dalam memfokuskan usaha dan gerak kerja ke arah pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya, keupayaan dalaman parti akan menjadi pengkhususan kerana sebagai anggota pergerakan sayap UMNO, Puteri juga mempunyai peranan untuk memastikan calon ‘winnable candidate’ sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini merupakan Perhimpunan Agung yang terpenting kerana diadakan sebelum pilihanraya umum ke- 13. Untuk Pergerakan Puteri UMNO,tahun ini adalah ulangtahun Pergerakan Puteri yang ke 10, bermakna kali ke 10 Pergerakan ini menghadapi Perhimpunan Agung UMNO.”

Sepanjang persidangan yang bermula 29 hingga 3 November ini, Pergerakan Puteri UMNO aktif melaksanakan pelbagai program iaitu:
1. PELANCARAN MISI BANTUAN PRIHATIN BERSAMA SKUAD VOGUE
Misi Bantuan Prihatin (MBP) , yang digerakkan melalui Skuad VOGUE berperanan untuk memberi perkhidmatan bantuan kepada orang awam ketika berlakunya sesuatu bencana atau kecemasan seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
Fokus MBP adalah dari segi perkhidmatan kesihatan dan perubatan.Bagi membentuk skuad VOGUE yang terlatih dan efektif, MBP akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
2. PELANCARAN SKUAD GAGASAN 1MALAYSIA.
Skuad ini akan berfungsi sebagai agen yang akan turun padang menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi tentang manfaat bajet 2012 dan produk 1Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan. Langkah ini diambil kerana Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyedari rakyat di peringkat akar umbi sering saja mendapat maklumat yang tidak benar dan tidak tepat kerana dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Skuad ini akan dilancarkan pada 30 November 2011 di Dewan Merdeka pada 10.30 pagi.
Perasmian oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. (TBC)
3. PELANCARAN BUKU CPR & PERTOLONGAN CEMAS
Pelancaran Buku CPR dan Pertolongan Cemas adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan mengetahui ilmu dan kemahiran tentang Pertolongan Cemas dan menyelamatkan nyawa. Kemahiran ini adalah bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk dan langkah-langkah yang tepat boleh diambil ketika berlaku kecemasan. Buku ini memberi panduan langkah-langkah terbaru CPR dan pertolongan cemas secara mudah.
Buku ini akan dilancarkan pada 30 November 2011 di Dewan Merdeka pada 10.30 pagi.
Perasmian oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. (TBC)
4. PELANCARAN PORTAL DAN DIREKTORI USAHAWAN PUTERI
Biro Usahawan & Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia akan melancarkan Portal dan Direktori Usahawan Puteri. Ini merupakan usaha dari Pergerakan ini sebagai pengenalan kepada e – entrepreneurs database usahawan Puteri UMNO 2011. Program ini juga merupakan susulan daripada Klinik Usahawan yang diadakan pada tahun lepas. Kewujudan portal dan data usahawan Puteri seluruh Negara akan dapat membuka dan mengembangkan jaringan perniagaan.
Portal ini akan dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden UMNO pada 2 Disember 2011 di booth 102 dan 104, Dewan Tun Razak 3 Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
5. PELANCARAN PRE-HEART CHARITY SHOP
Pre LOVE Charity Shop adalah satu usaha Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia (BUPEM) untuk mendapatkan barangan terpakai yang baik dan berharga daripada pemimpin atau orang ramai untuk dijual semula kepada orang ramai untuk tabung kebajikan.
6. KEMPEN DERMA DARAH (29 NOVEMBER 2011 HINGGA 3 DISEMBER 2011)
Sebuah program kerjasama dengan Pusat Darah Negara bagi membantu Pusat Darah Negara untuk sentiasa dapat mengekalkan bekalan darah diparas selamat iaitu sebanyak 2500 unit darah setiap hari. Terdapat KAUNTER bersama 15 orang jururawat Pusat Darah Negara dan Sukarelawan Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sedia membantu untuk individu yang ingin menderma darah seperti berikut :
Tempat : Aras 5 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
7. KEMPEN MENDERMA ORGAN (29 NOVEMBER 2011 HINGGA 3 DISEMBER 2011)
Kempen ini merupakan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan Pusat Sumber Transplan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen ini adalah bagi membantu seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik selepas transplantasi atau pemindahan organ.
Terdapat kaunter yang akan dibuka untuk individu mendapatkan maklumat tentang pendermaan organ dan individu yang mahu mendaftar sebagai penderma organ, seperti berikut :
Tempat : Aras 5 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
8. KAD HAWA (REAL REWARDS) (BOOTH – 30 NOVEMBER 2011 DI DEWAN MERDEKA)
Keahlian Kad Hawa adalah terbuka kepada semua ahli Puteri UMNO dan juga wanita dalam Parti Komponen Barisan Nasional yang berumur 18 tahun ke 40 tahun dengan bayaran RM 10.
Kelebihan Kad Hawa Privelege Program adalah :
Perlindungan Kecurian Ragut
Diskaun di Rakaniaga Privilege
Mengumpul Mata Ganjaran REAL REWARDS
9. PUTERI COWAY (BOOTH – 30 NOVEMBER 2011 DI DEWAN MERDEKA)
– 29 NOVEMBER,1-3 DISEMBER 2011 (BOOTH 103, TINGKAT 3 PWTC)
Coway yang bertindak sebagai pembekal semua produk keluaran Coway akan menawarkan atau melantik mana-mana ahli Puteri UMNO yang berminat untuk menjadi agen atau wakil jualan produk keluaran Coway. Coway dan Puteri UMNO bersetuju membentuk satu rangkaian pasukan pemasaran yang dikenali sebagai Team PUTERI – Coway. Coway bersetuju akan menganjurkan Seminar Kerjaya Bersama Coway bagi memantapkan strategi pemasaran dan dari masa ke semasa Coway akan menganjurkan seminar dan workshop untuk semua ahli Team PUTERI – Coway seluruh negara.
Bayaran pendaftaran sebagai Team PUTERI – Coway akan dikenakan sebanyak RM 100 dan mereka akan menerima bag berserta dengan marketing kits termasuk risalah, kad pengenalan, name tag dan lain-lain
10. BOOTH BIRO USAHAWAN DAN PEMANTAPAN EKONOMI 
- NO.104 & 102, TINGKAT 3 PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR
(29 NOVEMBER 2011 – 3 DISEMBER 2011)
Jualan tudung dan busana – bersama Duta Rafida Ibrahim
(pelakon slot Akasia TV3, Kasih Alia)
Jualan produk kopi Puteri
Jualan produk kosmetik Puteri
Kerjasama perniagaan Puteri – Wetra Trading , Produk Kopi Puteri, Nutrition Blander, Healthfood, kerjasama Perniagaan dengan Stevia.CO


Pasal Nie Depa Ketaq Kat Shahrizat.



Sempena Perhimpunan Agung UMNO ini, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bakal memperkenalkan program ‘Shuttle Skuad Sayang’ yang menawarkan khidmat pengangkutan sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung bermula 30 November ini.sebanyak 22 buah van Skuad Sayang akan mengelilingi kawasan sekitar Kuala Lumpur untuk bagi mengambil ahli UMNO.


Skuad sayang telah menjadi satu gelombang dan simbol kekuatan Wanita. Skuad yang diperkenalkan dua tahun lalu ternyata diterima baik oleh masyarakat. Saya bangga dengan Skuad Sayang yang menjadi nadi Pergerakan Wanita,” ujarnya.



Beliau turut melahirkan rasa bangga kepada setiap ahli wanita yang sentiasa fokus terhadap kerja dalam membantu parti apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita Wanita tidak mudah tergugat walau didesak dengan pelbagai isu oleh pembangkang. Sebab itulah pembangkang amat takut dengan Wanita UMNO dan sering mencetuskan kontroversi untuk melemahkan semangat Wanita namun Wanita tidak akan pernah goyah.
“Kami sentiasa bersatu dan tidak akan tunduk dengan desakan pembankang walau apapun yang terjadi. Kami akan terus setia berkhidmat dan berkorban demi UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
MKP kata pasal nie la depa do attack ketua Wanita UMNO kerana tekad dalam perjuangan serta sentiasa ada saja perubahan yang membuatkan pihak pembangkang seperti cacing kepanasan.




Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim @ Al Juburi @ Si Kitol !!



Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR) 



MKP KATA YANG TINGGAL HANYA LAH PENCACAI2 MURAHAN YANG DIBAYAR MURAH OLEH SI NUAR JUBURI !!

Semangat Nasi Merdeka .



Sekalipun bangga dengan kematangan UMNO sekarang.ahli veteran di Perlis  bimbang dengan masa depan parti itu apabila melihat semangat perjuangan asal semakin luntur pada kalangan anggota.Menyamakan perjuangan itu sebagai semangat “nasi merdeka”, mereka melihat anggota sekarang sudah leka dengan kejayaan yang dicapai parti sehingga mengetepikan kepentingan pengorbanan diri demi keutuhan UMNO.


 ”orang dulu” menjual nasi lemak dan hasilnya disalur kepada tabung perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi merundingkan kemerdekaan negara.bekerja dengan semangat yang satu iaitu berkorban untuk parti demi negara.suasana UMNO sekarang sudah jauh berubah kerana selain wujud puak-puak, parti tersebut juga dianggotai mereka yang meletakkan kepentingan diri melebihi perjuangan parti.mengharapkan perhimpunan agung yang bakal berlangsung minggu ini dapat mengembalikan kekuatan semangat “nasi merdeka” demi masa depan UMNO sendiri.



The "Nenen' Song for Lim Guan Eng


Monday, November 28

Hebat Sangatkah Menjadi Pemimpin?


Ingatlah UMNO ialah parti keramat orang Melayu. Perjuangannya ikhlas. Pejuang-pejuangnya dulu juga ikhlas. Ramai pejuangnya yang berada di merata cerok kampung dan desa akhirnya mati dalam kemiskinan.
Namun mereka puas. Puas kerana dapat melihat anak cucu mereka sekarang masih boleh hidup dengan aman dan makmur, walaupun tidak sekaya bangsa lain.
 
Kita masih mempunyai kuasa politik. Kuasa itulah yang satu-satunya yang kita ada. Pertahankanlah. Tanpa kuasa itu, orang Melayu akan hancur. Dengan penguasaan ekonomi pun lemah, ke mana kita hendak pergi?
 
Tapi sedarkah orang UMNO sekarang? Berpijak di bumikah orang UMNO? Merendah dirikah orang UMNO?
Ada yang berkata ramai orang UMNO kini terlalu extravagant. Bahasa Melayu bermaksud terlalu mewah. Mewah yang kadang-kala lain macam. Benarkah, kata-kata popular mengatakan orang UMNO ini kaya-raya belaka?
 
Kalau nak kaya masuk UMNO? Bagi saya itu subjektif. Dalam PKR, Pas dan DAP di negeri-negeri kuasaan mereka juga sedang merebut-rebut projek. Malah, lahapnya lebih dahsyat lagi.
 
Tapi jika mewah sekali pun perlukah ditunjuk-tunjuk? Jika ada kereta yang mahal-mahal tidak perlu tunjuk-tunjuk. Janganlah masing-masing berlumba membeli kereta mengikut trend.
 
Ada sahabat bergurau, pakaian perwakilan kaya yang datang ke persidangan, jika dikira dari kepala sehingga ke kaki boleh mencecah nilai puluhan ribu ringgit. Kain samping songket sutera tenunan benang emas boleh mencecah ribuan ringgit. Itu tidak kira cincin batu zamrud, jam tangan hinggalah ke kasutnya.
 
Orang dulu hanya memakai kain samping UMNO. Kain samping UMNO pada masa itu sudah menjadi jenama yang dikenali.
 
Kini, mungkin kerana peredaran zaman, kain samping pun sudah berubah. Ia sudah menjadi barangan mewah. Ahli yang miskin pakai yang murah, yang kaya pakai yang mahal.
 
Jika DAP mengekalkan baju dan seluar putihnya, begitu juga Gerakan - yang masing-masing mengikut pakaian PAP Singapura, mengapa UMNO tidak boleh mengekalkan identitinya semula?
 
UMNO perlu kekal pada sifat asalnya. Kembalilah kepada fitrah semangat perjuangannya. Biar merendah diri dan kerja keraslah demi rakyat. Tunjukkan keikhlasan yang ikhlas, bukan yang dibuat-buat.
 
Selamat bersidang.

Tahniah Kepada UMNO BHGN Bayan Baru.


Tahniah MKP diucapkan kepada UMNO BHGN. BAYAN BARU kerana telah melancarkan Jentera Pilihanraya UMNO Parlimen Bayan Baru.Nampak bergaya dan mantap dengan pelancaran ini.Semoga dengan harapan dan iltizam yang nekad dapat kembali merampas kembali Parlimen Bayan Baru dari Pakatan Rakyat.Inilah yang diperlukan untuk memenangkan BN dalam PRU13 semangat juang yang tinggi.



DILEMMA DAN PERMASALAHAN PENGUNDI MELAYU PULAU PINANG.



Dari sudut politik, orang Melayu Pulau Pinang di kawasan kajian memperlihakan sikap tidak kondusif terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka melihat bahawa kuasa Melayu terhakis apabila DAP memerintah negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah dikuasai olen golongan Cina DAP yang cauvanis.

Dari sudut ekonomi pula, orang Melayu Pulau Pinang berasa mereka terus ketinggalan di dalam arus pembangunan ekonomi di mana orang Cina lebih dominan mengaut hasil ekonomi. Golongan mamak juga antara yang sering menjadi perbandingan kepada orang Melayu Pulau Pinang. Dalam isu hartanah pula, orang Melayu seolah-olah memahami bahawa mereka jauh ketinggalan untuk bersaing menyebabkan mereka akur bahawa kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang tinggi. Mereka hanya mampu membeli hartanah di pinggir Pulau Pinang seperti di Kulim, Parit Buntar dan Sungai Petani kerana budaya orang Melayu yang sukakan suasana hidup harmoni dan tidak suka hiruk-pikuk kota di dalam kehidupan harian mereka.

Dari sudut sosial, generasi kedua Melayu Pulau Pinang juga agak rasional  dan dilihat lebih terbuka dalam menilai prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Generasi ini juga menghadapi cabaran pembangunan yang hebat untuk 'survive' dalam arus ini di Pulau Pinang terutama dalam peluang meriah peluang pekerjaan, pendidikan dan pendapatan sara diri.







Lagi Janji Penipu Pakatan 2011.



Walaupun gagal menunaikan beberapa janji pilihan raya umum lalu, PKR sekali lagi mengemukakan janji baru untuk menambat hati pengundi.Kali ini golongan wanita pula menjadi tumpuan apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, parti itu akan memperkenalkan Bayaran Suri Rumah sebanyak RM1,000 bagi setiap suri rumah yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.Wan Azizah berkata, bayaran itu bagi mengurangkan beban akibat kenaikan harga barang.


Nak tanya Wan Azizah siapa yang memonopoli harga barang bukan Kroni Pakatan iaitu DAP?Mengapa DAP mengamuk apabila video fakta yang dikeluarkan oleh  kawasaki9722's Channel tempoh hari mendapat tentangan yang keras dari Lim Guan Eng dan Kroni.





Nga Kor Ming Kutuk Melayu Dalam Majlis Melayu.




Kenapa pak lebai nie semua gelak????????//nak tahu nie semua pasal masyukkkkkkkkkkkkk la tengok gambar diatas berapa depa kaut dalam setiap ceramah.Semua duit yang dikumpul kononnya untuk PARTI padahal benda yang berlaku masyyyyyyukkkkk kantong sendiri.

Seronok sungguh Melayu berkopiah ketawa apabila orang Islam berkulit gelap dihina oleh orang cina yang bernama Nga Kor Ming.

Masih ingat dulu bagaimana Azmin Ali menggelarkan N.Gobalakrishnan dengan perkataan 'PARIAH'? 

Adakah kenyataan sebegini tidak rasis?

Masih ingat dengan orang Melayu yang menyebut 'kaki botol' dan 'mata sepet'?

Apa jadi dengan orang itu?

Dikenakan tindakan?

Diberhentikan kerja?

Cuba tanya 'pak google'...

Silap Mata Atau Mata Silap??????????/


Tengok dengan mata kepala hampa sendiri dan buat penilaian tentang apa yang anda lihat.Persoalan yang bermain diminda ini tidak dapat dijawab.Mohon kepada pengunjung Blog MKP untuk memberi penjelasan.Gambaq selalunya tidak pernah tipu dan MKP tidak membuat sebarang edit dan perubahan pada gambar nie.harap ada yang respon.Kerjasama anda amat dihargai.

UMNO Belum Kuat Jika???????????//



MKP setuju apa yang diperkatakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO malaysia nie.Faktor kemenangan BN bukan hanya terletak kepada kelemahan pembangkang akan tetapi cara pendekatan pemimpin turun padang dan mendekati rakyat dengan lebih berkesan dan sentuhan peribadi ini telah terbukti dari dahulu lagi.Usah lagi dibuai mimpi yang indah dengan sokongan dari cybertropper yang kini BN mendahului.Jika kempimpinan dapat berinteraksi bersama cybertrooper kesannya lebih mendalam untuk mendekati rakyat.nescaya pihak pembangkang akan lebih resah dengan perubahan ini.Dan interaksi ini akan mendekati lebih ramai pengundi muda.Pengundi muda mewakili lebih 50% dalam peratusan mengundi dalam PRU 13 yg akan datang.Slogan BN bersama orang muda lebih cepat dicapai.Sama-sama kita renungkan dan fikirkan.

Dr Mansor Othman Orang Indon Rupanya.

Ganyang Malaysia itu adalah sinonim dengan indonesia akan tetapi diguna pakai oleh Dr Mansor untuk ganyang BN pulak dah nie.Apa la punya toya mak amin punya ayat dok asyik cedok taik orang punya saja.Mungkin ada kekasih baru dari seberang laut kot sebab tue lidah dah jadi orang seberang dah nie.Adakah benar beribu orang yang datang akan tetapi yang musykil tak nampak depa ambil gambar pun.Atau semua gimik saja.Boleh lawan ka PAU UMNO 2011 kali nie.Depa dah ketaq lutut dengan tranfomasi UMNO yang kini menampakkan hasil yang agak cermerlang sejak dua menjak nie.


Sepatu Tinggi Celana Ketat



aku sedih betul dengar ada sorang ketua wanita cawangan yang kena marah dengan sorang ketua wanita bahagian sebab bagi cadangan yang bernas.

hanya kerana si ketua cawangan bg pendapat mengenai tumpuan berkempen pada golongan muda, dia terus dimarahi oleh ketua wanita tersebut. damn!

menurut satu sumber, wanita yang baru bergelar datin tu memang dah lama besaq kepala. setahu aku laki dia asyik jadi drebar je. itupun drebar kepada ketua bahagian, bukannya drebar F1, dah dapat datuk. kalau macam tu pak sahak drebar bas yang dok bawak macam2 jenis orang tu lebih layak jadi datuk

berbalik pada kisah datin ni. dia jadi marah bila ketua bahagian suro dia buat kerja macamana nak pikat golongan muda, terus dia hangin sebab dia kena buat kerja.

cuba hangpa habaq bgtau, kalau dia buat perangai huduh macam ni, layak ke jadi pemimpin. aku harap UMNO akan lebih bertegas selepas ni. pemimpin yang hanya main duit seharusnya dijauhkan dari parti.mereka adalah parasit kepada umno itu sendiri.

bukan aku saja2 nak burukkan gend sendiri tapi itulah hakikat. mungkin jugak pompuan style ni yang dok buat orang menyampah nak undi kita

awek aku pun dah mula nak isi borang PKR. dia masih tak sign sebab tak mau aku tinggalkan dia...

kepada ketua wanita berkenaan, jangan sampai anak buah hang pakat dok anti hang. aku tau, kali ni puak kesayangan hg akan tetap menetap di pan pac walaupun semua orang bawahannya tu takdela menyumbang sangat kat umno. sekadar nak habiskan wang peruntukan je.

aku dengar cerita terbaru, dah dok nampak ketua ni akan dicantas. kali ni depa nak pilih orang yang low profile. takmau dah cari yang laki bini kuat bodek.



READ MORE

Sunday, November 27

EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Minta Menteri Buat Sesuatu


Bercakap tentang isu saman, kami sendiri boleh naik bulu roma. Maklumlah, hampir jadi mangsa saman emosi. Heh.
Isu ini kami hidu Khamis yang lalu sebelum kami berjaya dapatkan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) untuk pengesahan tindakan beliau untuk membuka fail saman.
Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di’Festival Filem Malaysia ke 24.
Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.
Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.
“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.
“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”
MKP KATA:Perbalahan sesama artis patut tidak melibatkan menteri.Seeloknya diselesaikan secara membawa perbincangan diantara mereka.Tua-tua ni mudah terasa hati..berkecil hati atas buatan anak-anak muda..masa kita muda-muda dulu pun tak ingat dunia..kita pun pada satu masa dulu mulut laser jugak. Apabila umor mencecah lewat senja, lagi mudah berkecil hati atas kata-kata anak-anak-cucu. Jadi ingat-ingat lah semasa diri masih muda. Sejarah akan berulang dan berputar kembali. Contoh teladan. Apabila sudah tua, sabar sahaja dapat mengatasi semua

Nik Ajis Bawa Cerita Bangau Oh Bangau



Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.

Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.

Ini lah cerita yg telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak2. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait2 lagu ini, terasa ada lucunya. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait2 lagu ini mengandungi unsur sindiran yg sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yg suka salah-menyalahkan orang lain. Masing2 menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan. 

Lalu teringatlah kita pada alasan Nik Ajis perihal air kotor di Kelantan. Nik Ajis menyalahkan pembangunan diHulu Kelantan. Adoi ... kesitu pulok doh ... Mengapakah lagu ini mengambil binatang2 seperti bangau, ikan dan katak sebagai pesalah? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah ia tidak menggunakan manusia sebagai karektornya? Mungkin agaknya penulis lirik lagu ini hendak menjaga hati manusia, maklumlah justeru terdapat ramai manusia yg begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yg dibuat. 

Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil2nya sehinggalah ke sebesar2nya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing2. Hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang2nya menuding jari. Kita perlu mencari apa yg salah, bukannya siapa yg salah. Apakah yg salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yg terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain. 

Marah, kecewa dan bingung. Itulah di antara reaksi majoriti rakyat Kelantan berhubung kegagalan kerajaan negeri itu mengatasi masalah bekalan air bersih. Mengejutkan, Kelantan hanya menerima purata 57 peratus bekalan air terawat berbanding 1.54 juta penduduknya iaitu paling rendah di Malaysia. Bekalan air Kelantan juga sama ada yg tidak terawat dan dirawat oleh Air Kelantan Sdn Bhd. (AKSB) dikesan dicemari kandungan logam berat daripada jenis mangan, arsenik, merkuri, plumbum secara berlebihan. Ia mendedahkan penduduk negeri itu kepada risiko pelbagai penyakit berbahaya antaranya kanser, penyakit hati dan serangan jantung. 

Menerusi kajian berkenaan, kawasan Kelantan selatan turut diancam dengan penyakit leptospirosis (air kencing tikus) kerana penduduknya sejak hampir 30 tahun terpaksa bergantung sumber air dari bukit yg dipenuhi haiwan liar. Selain itu, data daripada Kementerian Kesihatan mengesahkan air di Kelantan dicemari dengan logam berat serta bakteria E.coli, yg boleh menyebabkan kematian. Laporan daripada Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Kelantan turut mendedahkan air terawat di negeri itu tidak mempunyai florida yg mencukupi, menyebabkan hampir keseluruhan kanak2 (lebih 95 peratus) di bawah umur enam tahun mengalami pereputan gigi atau gigi berlubang. 

Banyak lagi fakta jika mahu ditulis. Itu belum mengambil kira kesusahan rakyat termasuk untuk mengeluarkan belanja yg lebih membeli bekalan air bersih. Perigi masih menjadi sumber bekalan air penting selain saluran mata air. Di sebahagian surau, tadahan air hujan terpaksa digunakan untuk wuduk. Seperti dijangka, kerajaan Kelantan terus dengan sindrom penafian kerana tidak mahu mengaku kelemahan sendiri. Ada sahaja alasan diberikan termasuk mencari salah pihak lain. 

Inilah retorik pemimpin negeri terutama Menteri Besar, Nik Ajis. Mereka mungkin hebat dan ghairah berceramah tetapi tidak apabila menyentuh soal pentadbiran. Apakah rakyat Kelantan yg majoritinya orang Islam tidak berhak mendapat pengurusan yg baik sebagaimana dituntut dalam Islam? Apakah juga ini balasan Pas kepada rakyat Kelantan yg memberikan sokongan selama empat penggal kepada parti itu? Persoalan inilah perlu dijawab dengan jujur dan ikhlas oleh Nik Ajis. 

Realitinya, sudah lebih 21 tahun Pas memerintah - begitu lama - isu bekalan air bersih masih tiada penyelesaian. Ia jelas mencerminkan kegagalan Pas mentadbir. Air yg menjadi keperluan asas tidak mampu ditangani, bagaimana mahu memerintah negara. Kasihan dengan nasib rakyat Kelantan, sampai bila harus begitu? ... inilah agaknya model negara berkebajikan.

Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yg proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yg apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. 

Masing2 melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yg tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila2pun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yg reaktif. Dan inilah yg sedang membudaya dalam masyarakat kita. Guano nie Pok Nik ooiii ....

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive