Thursday, December 1

VIDEO PANAS : Sejak Bila KJ Pandai Berpuisi Nie? #PAUMNO


Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Rahsia silam bumi yang engkau pijak,
Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,
Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,
Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa
Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,
Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,
Engkau tidak lagi perlu bertanya,
Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,
Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,
Kita akan sama-sama teguh berdiri!

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,
Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,
Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,
Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri kerana aku Pemuda yang tidak gentar semua,
Berdiri kerana aku Pemuda penerus perjuangan bangsa!
Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

HIDUP UMNO! 
HIDUP UMNO! 
HIDUP UMNO!

Pakatan Sabotaj Perwakilan #PAUMNO Dari Utara.



Kesemua perkhidmatan kereta api antara Tapah Road dan Tanjung Malim terganggu ekoran panggilan diterima polis awal pagi adanya bom di landasan kereta api.Laporan media menyebut polis menerima panggilan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek berkata seorang lelaki mendakwa bom diletakkan di bahagian bawah jambatan laluan kereta api antara Bidor dan Tanjung Malim. polis telah menerima 16 daripada 21 jambatan antara stesen Tapah Road dan Tanjung Malim, sejak 3 pagi tetapi tidak menemui sebarang bahan yang meragukan.Polis masih meneruskan pemeriksaan.
KTM Berhad menyediakan perkhidmatan bas dari Ipoh ke Tanjong Malim untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral.“Tetapi kami menunggu dari 6.30 pagi, cuma perkhidmatan ganti, bas disediakan untuk ke Tanjong Malim selepas 9.30 pagi, untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral,” kata seorang pengguna yang menamakan dirinya Rao.
Dua skuad bom dihantar untuk mengadakan pemeriksaan sepanjang laluan 76km, satu bermula di Tapah dan satu lagi dari Tanjung Malim.Laporan Star Online juga satu bonggol di celah-celah batu di KM259.25 laluan ke arah utara, terletak kira-kira 30km dari stesen Tapah Road.


MKP kata ramai perwakilan yang datang dari utara bertolak dari utara menuju ke PWTC pada hari ini untuk Perhimpunan Agung UMNO.Ada yang mengamuk kerana terlepas ucapan dasar Presiden Parti.Sepatutnya mereka tiba pada awal pagi ini dan sempat ke PWTC akan tetapi timbul jugak syakwasangka menyatakan kenapa time nie benda macam nie berlaku.Mesti ada pihak yang sengaja berbuat demikian.Adakah ini salah satu taktik mereka untuk memastikan PWTC kosong????

Mak Lampir Ada Hati Kt Anwar Rupanya!!!


Seperti diduga Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamarudin tetap pejam mata mempertahankan bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim 'amat suci'  sekalipun  berdepan dengan dakwaan kes liwat mahkamah dan isu video seks yang 99.9 peratus tulin.
Pendirian itu terpancar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Rabu sebagai reaksi pada cabaran Datuk Seri Shahrizat Jalil agar beliau mencabar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail letak jawatan kerana suaminya berdepan dengan pelbagai dakwaan.
Shahrizat membuat cabaran itu kerana Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesaknya letak jawatan kerana isu NFC yang digembar gembur pembangkang menyelubungi suaminya ,Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Zuraida sebaliknya mendakwa Sharizat membuat cabaran itu untuk alih pandangan dari isu NFC.
Tanpa mempedulikan samaada dakwaan keatas Anwar betul atau tidak,Zuraida mengajak Shahrizat bersimpati dengan nasib Wan Azizah  yang katanya terpaksa menanggung derita apabila suaminya difitnah dan anak-anaknya membesar tanpa seorang bapa buat sekian lama.
Beliau juga meminta Shahrizat tidak terikut-ikut dengan permainan politikUMNO yang dakwanya  bersenjatakan fitnah dan video lucah untuk menjatuhkan lawan.
Hakikatnya sebagai contoh dalam isu video seks semua orang tahu PKR  tidak pernah mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat atau meminta siasatan terbuka dibuat keatas dakwaan itu  kecuali menerima bulat-bulat penafian Anwar.
Ramai pemerhati menilai cabaran Shahrizat ada lojiknya.
Adilkah dipihak Shahrizat yang tidak akan kena mengena dengan NFC yang dikendalikan oleh syarikat suaminya diminta letak jawatan sedangkan Wan Azizah yang suaminya berdepan dengan pelbagai dakwaan moral ' boleh goyang kaki'.
Seorang libatkan isteri  dan seorang lagi suami,Pasangan keduanya-duanya ahli politik.Juga kedua-duanya berdepan dengan dakwaan.Jadi kenapa pasangan seorang saja perlu letak jawatan dan seorang lagi tidak.
Undang-undang apa yang Zuraida pakai?
Nampaknya bagi puak pembangkang apa jua penjelasan pihak yang mereka tuduh tak boleh pakai langsung tetapi penjelasan dan penafian mereka wajib ditelan bulat-bulat.
Memang sedap dan senang hidup  kalau itu aturan mainnya...tak gitu YB Zuraida.-

#PAUMNO Ucapan Dasar Presiden.


“UMNO Menjuarai Transformasi”


Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telahkembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokongdan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, SaidinaUmarAl-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.



Seterusnya,SaidinaUthmanAl-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat,simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja.Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.


Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkantali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi.Semuanyadipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.


Saudara dan Saudari,



Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaikiperjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis,selaku sebuah parti penuh berjasa.


Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiarmemartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.


Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa.Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkinpadam cita-cita.


Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.


Saudara dan Saudari,



Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri……, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, wargaparti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini.Marilah….., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.


Bermula dengangemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokohyang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun AbdullahBadawi dan Tun Musa Hitam.


Saudara dan Saudari,



Khususnya,kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.






Saudara dan Saudari,



Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.


Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi,wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah,diawalidengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.


Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.


Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.




Saudara dan Saudari sekalian,



Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia,waima,mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnyamereka menjadi negara yang gagal.


Saudara dan Saudari,



Padaperhimpunantahunlepas, sayatelahbercakapdanmembicarakandarisudutfalsafahdanasalusulnya,siapakahituMelayu.Kita dah dengarbahawaantaraterhitungdalamkelompokMelayuadalahBugis, Minang, Arab, Muallaf, sertaberpuluhsukukaumdi Sabah dan Sarawak.HattaMamakdanMalbari pun dah serapjadiMelayu.Celah-celahitu,ketiga-tigaNaibPresidenkitatampaknyaterdiridaripadaJawa, TurkidanBajauLautataulanun.Saya kata takpalah, yang pentingsemuakiraMelayu…



Jadinya, padaperhimpunan kali ini, setelahsayabelek-belekdansayakaji-kajipengalamansecaraaktifselama 35 tahundalamparti, bersempena pula UMNO sudahmenjangkausatuumur yang sangatdewasa, berpengalamandanmatangyakni 65 tahun, elokrasanyakalaudikupaspula siapakahdanapakahertinyamenjadi orang UMNO.


Maksudsaya, bilamanamemperkatakantentangparti, kitasemua,sebenarnya,tidakcukupsekadardidefinisikansebagaiahli UMNO. Sebaliknya, kitaperlumenjadi orang UMNO.Makna kata, orang UMNO yang tergambardanterpamerperwatakannyamelaluitindaktanduksertasistemnilai yang dipegang.


SaudaradanSaudari,



TAAT DAN SETIA



Pertamasekali, orang UMNO ituadalah, orang yang taatdansetiakepadaparti. Orang UMNO tidakakansekali-sekalimengkhianatiparti.



Kita faham,adalahlumrahdalamsesebuahparti, mestitimbulperbezaanpendapat.Apa yang penting, kelainanpandanganitu,seharusnyamembawarahmatdanbukannyamengundangmudarat.



Dalamberijtihad pula, orang UMNO harusmenciptakebaikanuntukparti.Mengambilmufahampengertiansetiadantaatmelaluisyuradanmusyawarahsepertidifirmankandenganindahnyapadahelaian Surah An-Nisa’, apabilasesuatukeputusantelahdibuat, jikatidakmenyalahisyariat,makawajiblahditaati.



Contohnya, kitamahupengikutseperti Khalid al-Walid yang taatmengundurdirisebagaiPanglimaperangapabiladiarahkanolehKhalifahdanhanyaikutsertasebagaisoldadubiasa.Sekalipunsedangberadadikemuncakkarier, menurutsejarahnyatidakpernahkalahperang.



Seterusnya, Usamah binZaid, seoranganakmudabelasantahun yang setiamenurutarahanmengepalaipasukantentera Islam walaupunbukanlahseorangpanglima yang berpengalaman di medanperang.



Inilahdia,watak,dankeperibadianpejuangsejati yang kitainginkandalamsusukdiri orang-orang UMNO.



Bercakaptentangtaatsetiajuga, kitatakmau, biladepankitadisuruhangguk, diaangguk, disuruhgeleng, diageleng. Tapi dibelakanglainpulakhalnya.



Jangantikamdaribelakangdanjanganpulakmain belakang.Bak kata pepatah, janganlahtelunjuksajalurustetapikelingkingberkait.



SaudaradanSaudari,



CINTA DAN KASIH



Adapunnilaikedua orang UMNO ituadalah, orang yang cintadankasihkepadaperjuanganparti.SepertidimadaholehAllahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalamlagunya…itulahkasihmesra, sejatidanmulia.



Dalamhalini, apabilaada rasa cintadankasihkepadaparti, orang UMNO itujugaadalah, orang yang tidaktakutdantidakgentarmenyuarakanpendapatsertamendengarpula pendapatorang lain demi kebaikanparti.



Ajaran agama danpujanggamelorongkanpedoman, perkatakanlah yang benarkeranakebenaranituisidanmakanannyasejarah, tidakakanpatahdipukulzaman.



Bersesuaiandengannilaikesetiaan, bilakuathawakasihnyakepadaparti, orang UMNO wajibmembeladanmempertahankanparti,selagihayatdikandungbadan.



Seperkarautamalagiadalah, cerdikpandaiberfatwa, takkenalmakatakcinta.Lantaran, untukmencintaiparti, orang UMNO wajarkenalsejarahparti,samada yang tersurat,mahupun yang tersirat.Begitulah, seharusnyamenjiwaiprinsipsertafalsafahperjuangannya.



Pendek kata, orang UMNO harusmelihatpartisebagaisatu-satunyawadah yang mampumembelauntungnasib orang Melayu.Dalamberusaha pula, sebagaitandakasih,orang UMNO sewajibnyabersemangatdantidaksesekalimengecewakanparti yang dicintai.



Meluncurtopikcintadalamberorganisasi, orang UMNO wajibadacinta yang satusahajakepadaparti, tidakbolehcintapoligami, tidakbolehcintaberbelahbagiataukata orang Indonesia berbagicinta…takmungkin Pak…engga’bisa Pak…



SaudaradanSaudari,



BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN



Orang UMNO ituadalah orang yang sanggupberkhidmattanpajemudansanggupberkorban.Pengorbananadalahsatusifat yang harusbersebatidalamdiri orang UMNO.



Bersandarkanprinsippersalingan, orang UMNO harusmenunjukkankeikhlasanberkhidmatkepadarakyat.



Beringatlahbahawa,rakyatsedangmemerhatikita.Kata orang, rakyatitusentiasamerasa, mendengardanmengadili,biarbetapapunsenyapsuaramereka, biarbetapapunjuadiamgerakgerimereka.



Disudutlain, sambilmenghadamperadabanMelayu, orang UMNO perlubermuhasabahkedalamdirimasing-masing.MasihwujudkahsemangatTunTuah di sanubari?MasihbergemakahkekentalanjiwaTun Fatimah?



Mahutidakmahu, orang UMNO harusberusahatanpajemu.Biarberdepanapapun cabaran, pastikanUMNO menang, biardilintangapapundugaan, orang UMNO mestiterusberdampingdenganrakyat.Sedarlahkitabahawa,dalamsistemdemokrasi, tidakadatempatkedua.Kita wajibjadijuara.



Kesimpulannya, kemuncakpengorbananadalahmenjunjungkepentingandanmaruahparti, bukannyakepentingandanmaruahperibadi.



Saudara dan Saudari,



i) 1946



Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orangMelayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua,masih belum endah politik,disampingterbelenggu semangat kenegerian.


Jangan dilupa juga, termusta’id dalam lembaransejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan MalayanUnion dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.


Saudara dan Saudari



ii) 1951



Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato’ OnnJaafarseorang tokoh bangsa,selaku Presiden Pengasas,meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.


Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO keranahilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikanTunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertuadenganTun Razak sebagai Timbalannya yang setia.


Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam,amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan “Hidup Melayu” telah diubah kepada “Merdeka”.


Kendatipun para ahli tidak menerima cadanganDato’ Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan partiwaktu itu,memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.


Saudara dan Saudari,



iii) 1955



Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanrayatahun 1955, untuk memilih 51 daripada52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.


Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoritikira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribupula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau,hampir 4 peratus sahaja,di kalangan pengundi India.


Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.


Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri,demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.


Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis.UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetussertaperintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya,telah mencipta kestabilan sosial,membawa kepada kemakmuran nasional.


Saudara dan Saudari sekalian,



iv) 1957



UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipunterhadap sumber kekayaan negara,samada dalam bentuk ladang mahupun lombong.Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya,di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.


Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad,di bawah kepimpinanTunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.


Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.


Saudara dan Saudari,



Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripadatempoh tiga tahun selepas 1957.


Kejayaan yang dicapaibukanlahsedikit,sebaliknyaiabegitusignifikandantersergamkepadanegara. Kita harusmelihatkejayaaninidariperspektifapa yang berlakudirantauini. Kalaudiamati,walauadapenglibatankuasabesarduniadengankekuatanmilitertanpatolok banding, masihtidakmampumenghalangpengaruhkomunisme. Sebaliknya,sebuahkerajaanbarumerdeka,dengansokonganpadurakyat,berjayamenyanggahteori domino.


Oleh yang demikian, UMNO mengecamsekeras-kerasnyatindakanpihaktertentu yang cubamenulisdanmeriwayatsemulasejarah,denganmemperlekehkansumbanganparapahlawannegara. Sebagaisebuahkerajaan yang bertanggungjawabdanmengenangbudi,kerajaanBarisanNasionaltidakakansekali-kali membiarkanwirawansertawirawatikita,tanpapembelaansewajarnya. Sesungguhnya, jasadanbaktimerekaakanterus malar sertasegardalamsanubaridaningatansetiaprakyat Malaysia.


Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.


Lucunya, kitakinimendengarpihak-pihaktertentutanpasegansilumenguar-uarkankonsepnegaraberkebajikan. Kita ucapkansyabasdantahniahkepadamereka,kerana,barusedarterhadapkonsepnegarakebajikanini. Sesungguhnya,merekasudah 60 tahunterlewat.


Soalnya, kenapakahkini,baruprihatinterhadapkebajikanrakyat? Kita inginbertanya,sebeluminiapamatlamatperjuanganmereka?Adakahmatlamatnyasemata-matauntukmemecahbelahkanukhuwahumat? Hakikatnya, dengansegalainisiatifdanperlaksanaan demi rakyat,kerajaanBarisanNasionalsudahsejakmelebihienamdekad,mengamalkankonsepnegaraberkebajikan.


Saudara dan Saudari,



v) 1969



Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapatdikalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.


Saudara dan Saudari sekalian,



vi) 1970



Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.


Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA danLembagaKemajuanWilayah Jengka.


Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula,kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.


Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.


Saudara dan Saudari,



vii) 1988





UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua,seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah,hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.


Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi.Bangkitdari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.


Saudara dan Saudari,



viii) 1990



Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya,setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum diMalaysia.


Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkattinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.


Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera.Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.


Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.


Dasar inijuga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan.Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat,usahawan, hartawan dan cendekiawan.








Saudara dan Saudari,



Sebagai dimaklumi,asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.


Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya,LebuhrayaUtara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.


Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.


Saudara dan Saudari,



ix) 1999



Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif.Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.


Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau,124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isirumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau,lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.


Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera,bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.


Saudara dan Saudari,



x) 2011



Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerryMessenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.


Umpamanya, ucapan perayaan AidilAdha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini,telah dirakam semasa di Padang Arafah,dengan menggunakan iPhone,sebelum diedarkan kepada media tempatan.








Saudara dan Saudari,



Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir SaddamHussein ditali gantung, serta juga nasib yang menimpa MuammarGaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia,Mesir,Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat,adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar danYouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.


Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusatjalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan,berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.


Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.


Saudara dan Saudari,



Begitu jugabermula tahun 90an,bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.


Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20.Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti danlebih 400 kolej swasta serta5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.


Saudara dan Saudari sekalian,



Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah,telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.


Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.


Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal,UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supayaparti kita difahami.


Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.






Saudara dan Saudari,



UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.


Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.


PENUTUP



Saudara dan Saudari,



Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.


Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi “gamechanger” kepada UMNO menyusuri sejarah parti.


Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.


Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang,samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.


Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau “supremacyofideas” dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.


Keempat,UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksanamengutamakan kebajikan rakyat.


Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.


Saudara dan Saudari,



Oleh sebab itulah, apabila saya mengambilalih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.


Dalam parti,mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “theproofofthepudding is in theeating”.


Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasapulakdari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun,langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti?Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.


Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala…., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknyatidak diundi secara demokratik,tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A.Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak…..hrmm…tak payah lah kita cerita.


Saudara dan Saudari,



Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “gamechanger” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional,sertatidak pula mengambil langkah merangka semula “gameplan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.


Apakah yang dimaksudkan dengan gamechanger ini? Pertamanya ialah realiti baru.Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya,media baru. Mahu tidak mahu,suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini,detik ini, ia mampu menentukankemenangan atau kekalahan.Ia berupayamendatarkan “theplayingfield” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara.Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.


Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.


Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada dikalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.


Saudara dan Saudari,



Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.


Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.


Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional.Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.


Saudara dan Saudari,



Sebagai gamechanger yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam.Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi.Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.


Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.


Saudara dan Saudari,



Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat.Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam.Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demikehidupan lebih baik untuk kita.Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.


Ingatlah….., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO,parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendakdipadamterusdari helaian sejarah.


Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa,UMNO langsungtiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang menguburMalayanUnion?Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman?Kalau bukan parti bertuah ini.


Saudara dan Saudari,



Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?


Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru?Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.


Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkantidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?


Saudara dan Saudari,



Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yangdapat terus memuliakan Raja-Rajakita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.


Saudara dan Saudari,



500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.


Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.


Saudara dan Saudari,



Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.


Ayuh,rapatkan saf,nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita.Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.


Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!



WabillahitaufikWalhidayahWassalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh. Terima kasih.


Lagi Berita Berkaitan :

Pemuda Anggap Ucapan Dasar Presiden Sebagai Berani, Progresif
Usul Ucapan Dasar Presiden Dipersetujui Sebulat Suara
Pembahas Usul Ucapan Dasar Presiden – Bermuhasabahlah
Usul Ucapan Dasar Presiden

Gempak Filem Terbaru.


Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, tu yg pas buang negara islam gantikan negara kebajingan yg sebenarnya ciptaan dap melalui malaysianmalaysia...PAS tidak pernah tegas dalam menentukan hala tuju parti mereka!!bercelaru dan merapu hasil kebodohan tuk guru...

#PAUMNO LIVE:Ucapan Dasar Presiden UMNO

orang umno tidak akan mengkhinat parti.kena faham erti perjuangan parti serta taat dan setia kepada parti.pejuangan mestilah ada taat setia.jangan ada seperti pak angguk dan yes men.akan tetapi dibelakang kutuk mengutuk serta tikam belakang.orang umno seharusnya mencintai parti keramat ini.tidak boleh cinta berpoligami dan serta berbelah bahagi.umno mesti berkhimat untuk rakyat.

DAP&LGE Gantung Diri Pasal Ng Wei Aik


Sebelas ditahan dalam selepas menyertai satu demontrasi bersama lebih 300 orang yang lain bagi mendesak supaya ADUN  DAP Komtar, Ng Wei Aik dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat.
Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.
Memorandum itu turut menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.
Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.
Dalam perarakan itu, kumpulan berkenaan membawa sepanduk besar yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, Adun Komtar mulut celupar, kami tidak akan maafkan kamu' sambil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ng yang disifatkan biadap dan berat sebelah.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setiba di Jalan Penang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di tengah jalan raya selama 20 minit.
Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.
"Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini (demonstrasi). Sebagai Adun pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas," katanya.
Ng, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 Nov lepas selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Rafizi dan Zuraidah Kena Bantai Dng Selipar Lembik.


Nah ambil sebijik dengan selipar lembik dengan kak Ijat.Padan muka Mak Lampi5r dengan Rafizi.Baru hampa ada akai.Dok sangat kacau sangat mummy penang mali kan dah kena.Jika dibandingkan dengan kongres PKR tak dapat sambuatan cam nie.Jika ini sambutannya cerah masa depan bila bertanding pada PRU 13.

Wednesday, November 30

7langkah Panglima Mengatur Langkah

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, satu daripadanya ialah Pemuda perlu mewujudkan perpaduan yang ampuh di peringkat bahagian dengan memujuk ahli-ahli yang merajuk supaya kembali menyokong UMNO kerana setiap undi adalah berharga.

Katanya, mereka juga perlu bekerjasama dengan Pemuda daripada parti komponen di bahagian masing-masing dalam menyusun strategi yang mencakupi seluruh kawasan termasuk kampung baru Cina dan estet-estet.

“Kita panggil badan bukan kerajaan, belia, persatuan-persatuan seperti pemandu teksi dan pastikan mereka jelas dengan dasar dan hala tuju BN,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 di sini, hari ini.

Selain itu, Khairy berkata, Pemuda perlu mengemaskan jentera kerana mereka kini diiktiraf sebagai hulubalang oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya pemain sampingan.

Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.

“Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, facebook dan twitter, jangan takut kalau orang mengata BN…kita bagi penerangan, jangan lari,” katanya.

Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.

“Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengingatkan anggota UMNO khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini”, ujarnya.

Beliau berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi. Komen MKP garis panduan telah diberi semangat telah ditiup,Ayuh pemuda bangun kuasai media baru untuk memberi penjelasan kepada pemuda serta pengundi diseluruh negara.Rapatkan saf perjuangan jangan ada sifat kesumat yang merugikan parti dan masa depan negara.

#PAUMNO :@SerinaRedzuawan Gamatkan PWTC.





Kehadiran dan Serina Chefwan ke majlis perhimpunan sayap Puteri UMNO 2011 merenjis semangat baru kepada Puteri UMNO dalam usaha memperjuangkan agenda tulus mereka untuk nusa & bangsa.

Lisa Surihani menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO, manakala Serina memuji ucapan Ketua Puteri, Datuk Rosnah sambil menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan UMNO melalui kicauan twitternya!

Percaya atau tidak, blogger PR tidak akan berani menyiarkan atau membuat sebarang spekulasi mengenai kehadiran personaliti popular ini kerana mereka tahu semua itu akan menjadi backfire kepada mereka. Cubalah spekulasikan kehadiran Lisa & Serina jika mau tengok berduyun-duyun peminat mereka menyertai Puteri UMNO... =)

Lisa, Serina... ramai lagi artis Malaysia yang TAHU BERSYUKUR sudah menyatakan sokongan langsung kepada parti yang sudah lama berkorban untuk kemakmuran dan kegemilangan bumi yang mereka pijak... Wardina dan Bob Lokman tak sedar2 lagi???



Kredit kepada 1peluru

Umno Tidak Pernah Menyerah Kalah Perjuangkan Hak Orang Melayu



Orang Melayu tidak perlu resah kerana Umno telah bangkit daripada rempuhan Tsunami 2008. Umno tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu.Mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu, mereka tertanya-tanya apakah apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri?


Semua persoalan itu Umno ada jawapannya. Umno memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan mereka.ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Umno tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar.Ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera serta menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan dana sebanyak RM500 juta.


Umno juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperlecehkan. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung, kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela, manakala pendidikan Islam akan diperkasakan lagi.Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah Umno, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan.


Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Eksklusif #PAUMNO : Ombak Rindu @LisaSurihani di PWTC!!!

Maya teruja dapat berjumpa dengan pelakon popular yang superjelita - Lisa Surihani yang turut sama datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini. Kak Lisa datang untuk memberikan sokongan kepada perwakilan Puteri UMNO... secara langsung menyatakan sokongannya kepada kerajaan yang memerintah Malaysia menjadi sebuah negara yang maju & makmur kini! Blogger pembangkang tak nak spin cerita ni ke??? Hik Hik Hik... ~~jendela maya





#PAUMNO : BN Pilihan Orang Muda.


Sejak dua menjak ini, antara acara yang paling dapat sambutan di kalangan Pemuda UMNO adalah pidato politik. Ia merupakan hasil usaha Unit Pidato Pemuda UMNO yang diketuai oleh Lokman Noor Adam.
Sempena perhimpunan kali ini ada pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda BN.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin penganjuran program yang julung kali diadakan, dengan penyertaan ramai peserta muda pelbagai kaum, mendorong program itu untuk dijadikan acara tahunan BN.
"Ini merupakan satu program mencari bakat, yang saya rasa penting dalam BN dan cara yang paling berkesan," katanya.
Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berpendapat ciri utama seorang pemimpin adalah menjadi penghujah paling berkesan.
Pertandingan akhir pidato politik pada Selasa menyaksikan 12 peserta berpidato setelah melalui peringkat zon di seluruh negara sejak 13 Nov lalu.
Johan dimenangi Mohd Syamsul Salleh, 25, yang membawa pulang RM5,000 beserta piala iringan manakala naib johan menjadi milik Mohd Noorfirdaus Che Aman, 22, yang menerima RM3,000 dan piala iringan serta tempat ketiga Azmi Ismail, 39, yang mendapat RM1,000 beserta piala iringan.AGENDADAILY.
MKP kata:lepaih nie yang menang bolehlah berceramah dan berkempen dibahagian.Pembangkang cukup ketaq lutut bila dapat tau benda nie.Dulu depa ingat Pemuda tak ada bakat untuk berceramah akan tetapi ini adalah buktinya.Jika semua 191 bahagian ada skuad pemidato tidak mustahil untuk menang 2/3 kawasan Parlimen.

LIVE:#PAUMNO Persidangan Puteri UMNO.

Ucapan Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia berkisar tentang erti perjuangan dan wadah perjuangan orang terdahulu.Tun Teja adalah model terbaik dalam perjuangan.Namun begitu Wanita muda harus lebih memahami erti perjuangan demi mempertahankan agama,bangsa dan negara.Puteri dengan tegas menentang apa yang diucapkan oleh mat sabu yang mepertikaikan sejarah.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive