Sunday, December 4

MENANG SAMAN SUARA KEADILAN RM100 JUTA


Suara Keadilan,Lain kali kalau nak buat fitnah pun tengok pada tempatnya.dah kena saman 100 juta tue.ini adalah pengajaran kepada pihak akhbar suara pembangkang yang suka nenabur fitnah serta mereka cerita yang
bukan-bukan.Ternyata pertemuan dengan DR Zamry Abd Kadir memberikan seribu makna kepada kami kerana dapat menemu bual dan berbicara secara langsung.Segala pertanyaan dijawab dan diberikan fakta yang menarik.Menteri Besar Paling Muda di Perak ini adalah hasil kilang/didikan Pemuda UMNO Malaysia.

Memalukan keluarga!


Memalukan dan mengecewakan! Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
 
Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini.
 
“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.
 
“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,”

 
Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.
 
“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.
 
“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.

 

Gesa Musa ambil tindakan
 
Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
 
“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.
 
“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.
 
Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.
 
“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.

 
Minta suami Syella tampil
 
Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat kenyataan.
 
“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.
 
Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.
 
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.
 
“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata Jalaluddin.
 
Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta.
 
Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.

Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu.
 
Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.

Bodohnya DAP Dok Main Drama Pasal Kancil Parking.


Berikut adalah keratan akhbar yang menyatakan Parking bukit bendera patut diubahsuai kerana kesilapan yang berlaku hingga hanya kereta kancil sahaja dapat masuk dan meletakkan kereta didalamnya.sapa kata???? DAP haram jadah nie kata.Masa bila laporan ini dikeluarkan 12 september 2011.Depa kata laporan siap dalam masa seminggu akan tetapi PDC bertanggungjawab untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh ADO.PDC bertanggungjawab untuk memperbaiki pakai apa????Awat pakai ayaq lioq boleh siap dan perbesaqkan laluan masuk kesana?????Mesti pakai duit kan!!!!!!!!!!!sapa bayaq PDC ok clear kot no setakat nie.


Nie pulak berita pada 3/12/2011 menyatakan bangunan ini bakal dirobohkan sedangkan dalam laporan terdahulu hanya seminggu untuk menyiapkan laporan dan penyelesaian isu ini.Apa punya kartun nie DAP celaka nie?Macam-macam tembelang yang depa dok buat cerita.Mulanya repair lepas tue roboh.Duit repair tue bagi kat MKP pun baguih daripada dok buat kerja bodo macam tue buang duit.Habis nak populis kata repair kami menyalahkan BN kerana kesilapan mereka.DAP repair ambil kredit.Yang bingai saja akan sokong putaq alam shah nie.Duit sapa yang dilaburkan untuk repair dan merobohkan benda haram jadah pelaq nie.DUIT RAKYAT LA KAMJAT.habis semua dapat kat LIM PELAQ NIE CAKAP PEMBOHONG TP DUIT MASUK KAT DEPA>

Uniknya Nama Perdana Menteri,Kenapa Ek???????



Maksud dan signifikasi nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembaharuan yang dibawa dalam pentadbirannya.Najib yang membawa makna bijak dan pintar, susur galur nama semua bekas Perdana Menteri membawa makna mengikut susunan proses pembangunan negara.


Tunku Abdul Rahman, sesuai dengan maknanya iaitu hamba yang pemurah telah membawa rahmat kepada masyarakat melalui program pembasmian buta huruf dan kemiskinan.


Tun Abdul Razak (Hussein), bermaksud hamba yang membawa rezeki meneruskan pembangunan negara dengan pembukaan tanah Felda yang memberi limpahan keselesaan kepada rakyat.


Tun Hussein Onn yang digelar 'Bapa Perpaduan' telah meninggalkan warisan yang sangat hebat apabila mewujudkan perpaduan antara penduduk pelbagai etnik, kaum dan agama di negara ini.Sesuai dengan pengertian Hussein iaitu baik.


Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya membangunkan Malaysia sebagai sebuah tamadun terkenal menerusi idea pembangunan yang dicetuskan, sesuai dengan namanya yang berasal daripada perkataan "Hadhara Yahdhuru Hadhari" yang bermaksud tamadun.


Ketamadunan itu diperhebatkan lagi oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi program pembangunan modal insan sehingga lahirnya anak Melayu pertama memperoleh 19A dan 21A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Hari ini perdana menteri kita Datuk Seri Najib, apa maknanya pula, kalau Abdul Rahman membawa rahmat, Abdul Razak membawa rezeki, Hussein membawa kebaikan, Mahathir membawa tamadun, dan Abdullah bangunkan modal insan, Najib pula lebih hebat dan pintar, cukup kena dengan asal perkataan namanya "Najiba Yanjibu Najban Najib" iaitu bijak lagi pintar.


Menjadikan Najib yang juga Presiden Umno sebagai contoh.kebijaksanaan dan kepintaran Perdana Menteri merencana pelbagai strategi dan transformasi terutamanya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) dihempas badai 'tsunami politik' pada 2008 berjaya membuatkan pihak yang sentiasa mencemuh dan mencari keburukan kerajaan terdiam


MatKilau kata: Maksud Nama Anwar Ibrahim Bro Anwar Bin Ibrahim (BABI) AlJuburi pasal suka main jubuq kata mat sabun. 



Awat Jadi Macam Nie?Kena Halau!!!!!!!!!!!!!


Tengok dan membaca apa yang berlaku didalam PAU tahun nie agak keliru dengan sikap pihak pengurusan yang berkenaan,Awat nie hempa dok buat raplah jingga dekat depa nie kesian nana tengok dah.Pengamal media yang berkerja secara suka rela tidak rugi apa-apa sebaliknya UMNO yang kurang mendapat publisiti secara percuma.sungguh merugikan!!!!!! MKP dapat masuk dan tiada siapa menghalang tapi bila terbaca dalam nie.

KLIK DISINI Kalau ada tentu ada sahabat blogger yang melaporkan pengiktirafan DS Najib ini pastinya.Yang ada cuma laporan Naib Presiden Datuk Zahid Hamidi yang memberi pengiktirafan sebegitu.Jadi sekarang ANDA,SAYA dan KITA semua dah ada pilihan ke-2 sama ada nak jadi TENTERA MAYA UMNO atau TENTERA MAYA KEMENTERIAN PERTAHANAN memandangakan Menteri Pertahanan pulak yang iktiraf kita.

KLIK SINI Atas kesedaran itu jugalah, kebanyakkan Badan Perhubungan UMNO Negeri telah mewujudkan Unit Media mereka bagi menyahut seruan Presiden ini.

Tujuannya ialah untuk menyebarkan maklumat secara lansung kepada rakyat di negeri mereka melalui media sosial ini.

Namun, malangnya, kebanyakkan pengamal media negeri yang ditemui semuanya mengeluh apabila mereka dinafikan hak untuk membuat liputan sepanjang PAU2011 ini berlansung.

Pelbagai rintangan yang terpaksa mereka lalui. SOP media berubah - ubah untuk mereka. Mereka seolah - olah dihalang oleh pihak - pihak tertentu yang menurut arahan katanya.

Persoalannya, kenapa perkara ini boleh timbul sedangkan Media Negeri ini merupakan tulang belakang kepada jentera UMNO itu sendiri?

Tetapi layanan yang mereka terima ternyata amat mendukacitakan. Mereka dilayan seolah - olah mereka ini orang luar. Padahal mereka orang UMNO sendiri!!!

Saranan Semut hanya satu. Pihak tertentu perlu melihat masalah ini dengan serius dimasa akan datang kerana ianya memberi imej buruk kepada UMNO secara tidak lansung.

Mereka datang dari jauh membawa amanah yang telah diberikan. Maka tanggungjawab tu dipenuhi. Jangan sampai mereka mengingkari amanat Perdana Menteri pulak!!!

KLIK DISINI Media bukan sahaja perlu mempunyai PAS MEDIA yang dikeluarkan oleh pejabat UMNO malah untuk memasuki ruangan dewan para wartawan/jurugambar perlu mempunyai 'vest' BIRU atau MERAH, tidak cukup dengan itu media juga perlu memiliki kad media. (scan kad)

Ironinya saya yang memiliki PAS MEDIA, vest BIRU, dan juga kad media yang boleh di scan juga dihalang masuk oleh security pagi tadi. Salah seorang darinya cuba menolak dan mengherdik saya umpama saya ini ahli PKR datang untuk mengintip perjalanan perhimpunan terbesar parti orang Melayu ini.

Tindakan kurang ajar security ini menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara saya dan security tapi saya ditenangkan oleh anggota polis serta seorang wartawan berbangsa cina.

Jika saya yang mematuhi setiap peraturan juga dihalang dari masuk dewan, bagaimana dengan rakan bloggers yang lain? Usahkan nak masuk dewan pintu dewan pun sudah tentu mereka tak dapat dekati, tidak hairanlah jika beberapa rakan bloggers berpengaruh pun kecil hati dengan layanan yang diterima mereka!

Namun paling menggelikan hati adalah, security di pintu utama tak benarkan masuk, namun security di pintu lain di bahagian belakang benarkan masuk tanpa scan kad media?

Hahaha... hoii nak buat undang-undang kasi betul-betullah depan tarak kasi masuk belakang kasi masuk? Ini sudah ikut jejak langkah bro Nuar Berahim. Hahaha!

Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Terima Kasih.



Terharu dengan kata-kata dari pada bekas BIG BOSS UMNO Pulau Pinang Nie.MKP suka dengan cara dan style DS Zahid Hamidi nie bercakap.Kata Orang sebijik-sebijik ayat yang keluaq dari mulutnya faham dan jelas apa yang diperkatakan.Dari Dulu lagi MKP telah letakkan DS sebagai Idola.MKP telah banyak kali menjadi jentera pilihanraya semasa pilihanraya kecil yang lalu.Selalunya setiap pagi mesti DS senantiasa berjumpa dengan kami petugas jentera pilihanraya kecil Pulau Pinang selain Datuk Musa Dan Bro Ramlan.Paling bestnya apa bila DS membaca Al-Quran serta Yassin apabila majlis tahlil yang selalunya diadakan dirumah pengundi apabila PRK diadakan.Sapa yang pi tau la dan meremang bulu roma nie dengaq al-maklum Lepasan Universiti Al Azhar Mesir mesti terbaik???????????/TERIMA KASIH BIG BOSS ATAS PENGHARGAAN INI.

Saturday, December 3

Aznil Pengacara No 1 Di PWTC.


Adakah Aznil penyokong ataupun ahli UMNO?Kenapa pulak Aznil ada disini???????Persoalan itu hanya dapat dijawab oleh tuan punya badan.Kalau benar apa yang dipersoalkan ramailah yang akan menyokong UMNO nanti.Aznil adalah IKON ni 1 negara dan pengikutnya ramai sekali.Ternyata BN kini telah diterima oleh orang muda.Diakhir Pertemuan MKP bersama beliau sempat jua Aznil Berkata "kena berangkat dulu sebab ada show.kalau tidak mesti tunggu sampai habis ucapan DS Najib Razak yang tengak best hentam pemimpin pembangkang nie.banyak lagi gambaq dan pose tunggu esok ekslusif untuk pembaca MatKilauPenang.

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.
Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.
Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.
“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.
Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.
Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kekalahan UMNO pada pilihan raya lepas adalah disebabkan oleh anggota yang mengkhianati parti.
“Seperti yang disebut dalam ucapan Muhyiddin, kita perlu ada semangat berpasukan sebab bila kita analisa kekalahan dulu (pilihan raya umum 2008) kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati partinya sendiri, betul tak?”, kata beliau dan disambut laungan daripada semua perwakilan dan pemerhati yang mengiyakan kata-katanya itu .
Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya.
“Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan ketua bahagian,” katanya.
Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.
“Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).
“Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing,  turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh”, katanya.
UMNO ONLINE.



Deja Moss Berniaga di Perhimpunan Agung UMNO 2011


Deja Moss di perkarangan ruang gerai.Deja antara artis yang turut berniaga sepanjang perhimpunan ini dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Menurut Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, beliau teruja kerana berpeluang untuk mempromosikan kek lapis buatannya itu.Beliau menjual 30 jenis kek lapis dengan harga RM30 sebiji. Antara kek lapis yang menjadi tarikan ialah kek lapis yang ada nama UMNO.

Ketua Puteri Mengamuk dan Gamatkan PWTC


Ketua Puteri UMNO,Datuk Rosnah Shirlin dalam sesi pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2011 disini hari ini berkata PAS dan PKR ditubuhkan atas dasar kekecewaan dan dendam tetapi UMNO tertubuh atas dasar rasa tanggungjawab membela bangsa,maka jelas UMNO adalah parti tulen dan sejati untuk orang melayu

Artis Sokong #BN Untuk Orang Muda



Adakah parti UMNO relevan ?? adakah ia diperlukan oleh generasi muda ??

Salam Media Baru Atau Tangan


Tidak mudah menjadi pemimpin pada era siber masa kini setiap gerak geri,kelakuan hatta salam pun diperhatikan tambahan pulak masa nie #PAU setiap apa yang berlaku boleh menjadi isu dan perhatian rakyat.

Kehadiran laman sosial seperti facebook,twitter dan blog membuat spekulasi sesuatu isu pada mulanya dianggap remeh menjadi hangat/serius dan mendapat perhatian pucuk tambahan pulak diterbitkan oleh media arus perdana.Mulalah menjadi perdebatan semua pihak dan diambil kredit oleh pihak yang pandai menjual nama.

Apa yang berlaku di PAU yang masuk hari terakhir hari ini tidak terkecuali daripada mendapat perhatian.ramai pemilik laman sosial ini,sehinggakan ada yang menjadi bahan dalam ucapan beberapa perwakilan.

Zaman sekarang adalah zaman menilai pemimpin dari dekat.zaman sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh bersalam dari dekat dan berjabat tangan dan berbincang.zaman sekarang adalah zaman menerima pemimpin yang boleh menjawab twitter dan facebook.

Tapi ingatlah jika bersalam itu janganlah hanya dihujung jari sahaja,tak pandang muka pun.jika begitu macam mana nak rasa denyutan nadi rakyat dari akar umbi.Fikirkanlah kepada pemimpin nie?Program semalam pun bukan kami mahukan perhatian atau apa saja dari pemimpin tapi hargailah apa yang telah diberi seperti pepatah menyatakan. Jangan Tanya Apa yang Telah dibuat akan tetapi apa yang anda sumbangkan kepada orang membantu.


MKP kata:Gambar diatas diambil dari blog pembangkang yang telah memutarkan fakta dan cerita tentang kehadiran Lisa Surihani dalam PAU UMNO 2011.Ternyata impaknya besar hingga mereka beebuat sedemikan rupa.

HAMPAS Kutip Derma Jual Nik Ajis.


Gambaq Pok Nik dilelong untuk diletakan dirumah oleh Pemimpin PAS serta penyokongnya kononnya hasil dari kutipan tersebut adalah untuk perjuangan Parti.Potret yang bernilai 6ribu ringgit Malaysia.Sehingga terdesak sebegitu rupa hanya kerana mengejar impian disiang hari oleh pakatan Haram.Mereka ini boleh disimpulkan umpama tidoq sebantai akan tetapi mimpi yang berbeza.PAS dengan Negara kebajikanya serta Islam ditinggalkan.DAP pulak hanya mempergunakan PAS demi kepentingan Politik rasisnya untuk mengambil hati serta memperbodohkan pengundi yang kebanyakkannya terdiri dari Orang melayu.

Inilah Shahrul khan Malaysia Edisi Melayu,Umum tahu penipuan atau kencingan yang dilakukan oleh Pak Sheik nie sehinggakan makcik nie menawarkan diri untuk gambarnya diambil oleh MKP.Nilaikan sendiri apa yang tersemat didalam hati seorang yang pernah dikecewakan.

VIDEO TERLARIS #PAUmno : UMNO Pulau Pinang.


Datuk Musa,Dengan selamba memberi ucapan menyokong usul dasar Presiden.Lawak jenaka yang mendapat tepukan paling gemuruh.Perwakilan memberikan sepenuh perhatian kepada ucapan beliau.Walaupun melawak tapi ada tegasan yang perlu diberi perhatian dari pucuk pimpinan.

Gambar Terbaik #PAUmno.


Nyatakan Pendirian Makcik Nie?

Kempen Kesedaran HIV.

BN Youth Music 2011
Datuk Seri Hishamuddin berjalan keluar.
Perwakilan puteri Tekun mendengar ucapan ketua Puteri

BN Youth Music 

Perwakilan mendengar ucapan Presiden parti.

Kanak-kanak ini leka bermain game.

macamku kenal puteri nie

Tekun melihat skrin besar.









#PAUmno Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.



Makanan Jepun Yang Aneh Tetapi Cool

Gempar Plaza Metro Kajang Banjir!


Selangor: hari ini penduduk kajang dan bangi di kejutkan dengan banjir yang mungkin agak teruk, dan dengar cerita ada dua orang yang maut akibat banjir tadi, tapi kesahihannya tidak dapat dipastikan, dan ramai yang mendakwa banjir ini adalah disebabkan system perparitan yang tidak terkawal dan sumbat menyebabkan punca banjir, apa-apapun esok kita dengar apa kata MPKJ.

kepada anda semua plss la jangan la membuat sebarang andaian lebih-lebih lagi berkenaan kiamat, gua percaya semua ni di sebabkan sungai yang sumbat akibat dicemari dengan sampah sarap, sungai kajang bukan macam sungai klang ok, sungai klang walaupun penuh sampah tapi ia sangat besar, lebih-lebih lagi sekarang kajang sedang pesat dengan pembangunan di sekitar semenyih dan yang sewaktu dengannya...

#tak kurang jugak yang bawak masuk politik dengan banjir yang melanda ni,

Friday, December 2

@ZambryAbdKadir "Screenagers" Mana Dok Mai Pulak?

Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sudi meluangkan masa untuk berborak santai bersama 10 orang bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan tersebut Dr. Zambry Abd Kadir sempat membicarakan isu-isu di negeri Perak antara yang menarik adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mana merupakan bajet tertinggi dalam sejarah negeri Perak.

Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan beliau dalam menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.



READ MORE


MKP kata:Terkejut dengan penjelasan mengenai Perkataan Screennagers,Diambil dari Teenagers merupakan remaja dan jika remaja hari-hari menghadap skrin komputer dinamakan SCreenagers yang selama ini membantu UMNO/Barisan Nasional mengekang tomahan Pembangkang.



















Datuk Musa Mengamuk Di PWTC.


Isu calon luar yang tidak menghormati ‘tuan rumah’ dibangkitkan UMNO Pulau  Pinang melalui wakilnya Datuk Musa Sheikh Fadzir yang membahaskan usul ucapan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, pagi Jumaat.


Katanya, tidak salah kalau calon luar dipilih Presiden UMNO bertanding tetapi ‘berilah salam’ kepada tuan rumah.
“Ini tidak, kerana calon PM, mereka mai tak jumpa ketua bahagian, tak jumpa ketua wanita. Bawa orang-orang sendiri, ada yang lelaki pakai rantai dan gelang... masuk kampung pula pakai kot dan tai,” katanya.
Malah menurut Musa, ada juga calon yang perjuangan UMNO pun mereka tidak tahu.
“Bawalah calon luar tetapi berilah salam masuk rumah orang. Kalau tak, macam mana dia nak dapat sokongan,” ujarnya.




Selain itu, beliau mencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa Disiplin Pilihanraya bagi mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding bukannya golongan pembelot atau pengkhianat parti.
Menurut, parti perlu calon yang benar-benar bersih dan setia kepada parti supaya boleh menang dalam pilihan raya.



Beliau kecewa kerana tidak ada tindakan diambil terhadap golongan terbabit malah ada dicalonkan semata-mata memegang jawatan Ketua Bahagian.
Katanya, dengan adanya jawatankuasa disiplin ini, bolehlah disiasat calon-calon terbabit dan diambil tindakan.
Musa turut membawa keluhan rakyat Pulau Pinang sejak negeri itu dikuasai kerajaan DAP.
“Kami seksa dah, kami nak menang di Pulau Pinang. Orang Melayu perlu kembali kepada UMNO,” ujarnya.
Agenda Daily



Mat Kilau Kata:Selama 4 hari berada di PWTC nie ucapan paling best adalah dari Datuk Musa,Dengan selamba memberi ucapan serta lawak jenaka yang mendapat tepukan paling gemuruh.Perwakilan memberikan sepenuh perhatian kepada ucapan beliau.Walaupun melawak tapi ada tegasan yang perlu diberi perhatian dari pucuk pimpinan.


VIDEO PANAS:UMNO P.Pinang Bidas Fitnah Anwar.



Sebagai ahli  MT UMNO ,  beliau menegaskan bahawa UMNO Malaysia tidak pernah mengeluarkan buku panduan pilihanraya yang di dalam menyatakan menyuruh mencipta fitnah .  Sebagai sebuah parti yang berpengalaman  dan banyak  berjasa kepada rakyat  , UMNO tidak perlu  membuat kerja menabur fitnah ini.


Buku yang dinyatakan didalam blog tersebut.

Kenapa tidak meletakkan gambar buku seperti ini dalam blog hampa.Nak kencing pun agak-agak la.Nie nampak sangat nak kencing merecik la nanti hancing satu malaya.

Kenapa Mengamuk Nie?


Nie pasal apa jadi macam nie Penyokong Pakatan haram nie,Gambaq nie MKP dapat dari rakan dalam BBM .Ada yang maki dan menyumpah dengan apa yang dilakukan oleh sipelaku namun bagi yang tahu menilai dan memperhalusi ucapan Dasar Presiden UMNO jelas menunjukkan yang ucapan dasar yang dinyatakan adalah yang terbaik.Sehingga mendapat reaksi sedemikan. 

Gambar Candid #PAUmno

porsonaliti tv3 dalam merasa makanan yg ada di gerai makanan yang dijual semasa berlangsungnya #PAUmno di PWTC

Tikus Boleh Ajaq Anak Gajah Nie.


Pepatah orang utara klu Perempuan badan gemuk dan kurang cerdik kami panggil Anak Gajah.Gajah Takutkan tikus kerana boleh masuk dalam telinganya.Siapa yang pandai gajah yang berbadan besaq atau tikus.jika dilihat dari saiz mememang tikus tak boleh makan cekak dengan gajah tapi kerana AKAI yang panjang dan berfikir secara bijak dapat menumbangkan gajah.itulah perumpamaan yang boleh MKP terangkan kepada pembaca sekelian terhadap SriKandi Pakatan Tibai Belakang nie.

Masih mengagungkan aljuburi yang jelas main dengan china doll.Pasal Besaq punya pasal kot dia nie dok syok sendiri.Apa nie dok kata bangla,nepal dan lain-lain nie boleh mengundi.Mana bukti yang dikatakan.nie semua ajaran songsang pakatan haram dan mentornya aljuburi Pak Sheik.

Ada berani???????? Ketua Wanita UMNO Mummy Ijat dah bantai Mak Lampir dan Rafizi-Tanggang Muda dengan seliper Lembik.Takut dengan PM rupanya kerana bersama anak muda kita telah bersama BN.Slogan Yang dilancarkan oleh Pemuda Orang Muda Bersama BN membuatkan depa ketaq lutut.   

Thursday, December 1

VIDEO PANAS : Sejak Bila KJ Pandai Berpuisi Nie? #PAUMNO


Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Rahsia silam bumi yang engkau pijak,
Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,
Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,
Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa
Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,
Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,
Engkau tidak lagi perlu bertanya,
Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,
Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,
Kita akan sama-sama teguh berdiri!

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,
Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,
Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,
Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri kerana aku Pemuda yang tidak gentar semua,
Berdiri kerana aku Pemuda penerus perjuangan bangsa!
Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

HIDUP UMNO! 
HIDUP UMNO! 
HIDUP UMNO!

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive