Tuesday, December 13

Nurul Izzah Cabar PM DS Najib.


Apa kelas Nurul dok  cabar PM,Selesaikan dulu masalah dalaman keluarga yang membabitkan papa jahatnya tu?Baru nek cabar PM tentang bertanding di Kawasan Lembah Pantai.Teringat kata-kata PM apabila berkempen di Hulu Selangor dulu "1 Malaysia lebih famous dari maggie mie".Melihat kepada populariti PM masa kini sudah tentu PM akan menang jika bertanding dikawasan tersebut.

Panggil orang lain lah mencabar PM selain dari Izzah nie tak sama taraf MKP lihat.Adakah Izzah telah hilang populariti hingga berbuat sesuatu yang dianggap mencari publisiti sampah masyarakat nie?????berikut adalah fakta yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Media dan Pilihanraya UIAM.

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib,” katanya.
Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib, tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

“Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka,” kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata, kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr. Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr. Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.


Breaking News:Banjir Di Kuala Lumpur

Tajuk macam gempak, tapi itulah hakikat yang bakal dilalui para sahabat yang bertugas di Ibu Pejabat Bernama, Jalan Tun Razak yang bakal menjadi ‘bahan berita’ kerana menjadi mangsa banjir di KL hari nie ….


Bukan sahaja sahabat media BERNAMA, malah kakitangan Perpustakaan Negera juga bakal tido dalam opis ajerlah hari nie jika keadaan air masih pada paras merbahaya di sana ….


Esok, kita ramai-ramai ke Wisma Bernama untuk membuat liputan berita bagaimana keadaan mangsa-mangsa banjir di sana…

Sahabat Gunung.

#SUKASAMASUKA Apa Kejadah Nie???



Perbicaraan anwar pada petang tadi telah mengelurkan kenyataan baru iatu suka sama suka  dan berikut adalah apa yang dilaporkan oleh AIDC
Sankara persoalkan bagaimana karipap daging boleh ditemui di luar bilik sedangkan dalam kenyataan sebelum ini, karipap daging itu dimakan selepas Anwar meliwat Saiful. Sankara mengulas kenyataan Saiful yang mendakwa telah mengunci pintu supaya tiada sesiapa yang dapat masuk ke premis berkenaan ketika berlakunya liwat.
Dalam hal ini, Sankara mempertikaikan bagaimana karipap dan kuih boleh berada di unit tersebut sekiranya tiada sesiapa pun yang dapat masuk kerana pintu dikunci. Sankara juga mempertikaikan bagaimana Saiful mendengar perbualan mengenai permintaan individu meminta nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu (Musa Hassan) semasa berada di kediaman Perdana menteri dan menegaskan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim itu adalah campurtangan politik semata-mata.
Sankara juga menegaskan terdapat percanggahan keputusan di kalangan laporan. Seterusnya kenyataan Jude Pereira yang menyatakan tiada tempat yang mencukupi untuk menyimpan bahan bukti dan bertindak menyimpan sendiri dan itu membuktikan wujudnya, ‘mishandling’ terhadap bahan bukti. Jude menyatakan bahawa barang bukti itu tidak diletakkan di dalam freezer dan menganggapnya sebagai tidak perlu kerana termaktub dalam IGSO.
Anwar kelihatan dan sangat jelas susah hati. Wajah cerianya sebelum itu, langsung tidak kelihatan.
Sankara Nair mempersoalkan kaedah ambil bahan-bahan bukti bersandarkan kenyataan Dr. Seah. Dia mengemukakan bukti-bukti yang sudah diserahkan kepada mahkamah dan mempersoalkan segala prosedur.
Sankara Nair menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.
Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan.
Sankara mempertikaikan tentang tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.
Saiful dipertikai kerana tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat demikian.
Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak salah.
Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkan exhibit Lelaki Y yang disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala Good Morning juga dikatakan tidak fresh.
Ram Karpal banyak menekankan bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat lagi diada-adakan.
Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.
Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan prosedur dalam hal pengumpulan, penyimpanan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek.
Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.

Malaysian Best Porn Star!!!




Ketiga-tiga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, anaknya, Ram dan Sankara Nair, nampaknya tak habis-habis dengan taktik mereka untuk menjejaskan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Di Mahkamah Tinggi pada Isnin, sebaik memulakan hujahnya pada 12 tengahari, Karpal Singh mendakwa kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap Anwar pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2011 baru-baru ini boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Dia lantas meminta mahkamah mengeluarkan notis surat tunjuk sebab kepada Perdana Menteri mengapa tindakan menghina mahkamah tidak boleh dikenakan terhadapnya.

Selepas itu Karpal mempertikaikan pula kredibiliti saksi pembelaan ke-2, Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang menjalankan pemeriksaan terhadap Saiful.

Karpal ketika membentangkan hujah berkenaan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, turut mendakwa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berbohong beberapa kali ketika memberikan keterangan di mahkamah.

Karpal berkata, tindakan Saiful membuat laporan hanya selepas dua hari didakwa diliwat secara langsung telah menghakiskan kredibilitinya.

Karpal juga membidas kredibiliti saksi pendakwaan ke-4, Dr Seah Lay Hong dan saksi pendakwaan ke-5, Nor Aidora Saedon dengan mendakwa ujian DNA dan sperma yang mereka lakukan mungkin telah tercemar.

Dalam mempersoalkan kredebitili pakar-pakar tempatan itu, Karpal mendakwa keterangan pakar luar negara, Dr David Wells telah menidakkan keputusan Seah dan Aidora sementara keterangan pakar ortopedik, Dr  Thomas Hoogland pula telah menghakis kebenaran keterangan yang diberikan oleh Saiful.

Karpal sebelum mengakhiri hujahnya memohon mahkamah menangguhkan kes liwat itu bagi membolehkan Saiful dan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil semula ke kandang saksi bagi menafikan khabar angin yang mereka kononnya mempunyai hubungan.

Karpal berkata, permintaan itu dibuat berdasarkan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah. Dia memberi alasan bahawa sehingga kini Saiful dan Farah belum menafikan hubungan mereka.

Apabila perbicaraan disambung pada 2 petang, Sankara pula menuduh Najib mempunyai peranan ke atas tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

“Sudah jelas bahawa “cap jari” Datuk Seri Najib Razak berada di mana-mana walaupun ada pelbagai usaha oleh sesetengah pihak untuk memadamkannya,” kata Sankara. Katanya tindakan Najib mengetepikan sapina menguatkan kecurigaannya.

“Mereka tak patut ketepikan sapina jika mereka tidak ada benda yang nak diselindung,” katanya.

Apabila tiba giliran Ram Karpal Singh berhujah, dia pula mempersoalkan DNA milik Lelaki Y tidak mungkin diambil daripada sel sperma Anwar.  Menurutnya DNA itu mungkin telah diambil sama ada daripada botol mineral atau berus gigi atau tuala “Good Morning” yang digunakan oleh Anwar ketika dia ditahan di ibupejabat polis Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.
AGENDA DAILY.

Pok Nik Depa Nie Tutup Aurat Tak????


Kejohanan Badan Cantik di Negeri Serambi Mekah.Mr Kelantan.Pok Nik mamu nak tanya depa nie awat tak tutup aurat????????????Klu Pok nik nak glammer pun jangan lah letak gambaq sendiri bila buat acara yang memalukan nie....Hari anok mudo namanya pun akan tetapi didalam Islam Hukumnya adalah jelas Haram tetap haram tapiiiiii.........Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.


Apa itu aurat?



Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.


Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.
 (al-A`raaf 7:31)
Rasulullah saw bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”


(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
  (Hadith Riwayat Bukhari)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
 Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak


Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam 
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.


2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga 
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut


C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah) 



1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat 


1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya



2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya. 



3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


Hukum melihat aurat 
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini


Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua


Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Akhir sekali.
Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.

Wallahua`alam.



rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive