Saturday, December 17

Luahan Rasa Mahasiswa Utara.


Salam rakan-rakan siswa.

17 Disember 2011 Mahasiswa lakar sejarah baru? Di sini Mahasiswa Utara ingin berkongsi dengan rakan-rakan siswa. Cerita peristiwa yang dianggap bersejarah bagi sekumpulan rakan-rakan siswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik). 

Di saat pelbagai pihak mengeluarkan hujah-hujah mereka, apa kata rakan-rakan siswa? Terkesan juga rasa hati apabila kita sebagai golongan mahasiswa sudah mula dipandang rendah oleh golongan masyarakat. Mahasiswa = Mahasisa? Sayang, begitu sudah pandangan masyarakat terhadap kita hanya kerana tindakan rakan-rakan kita yang menggelarkan diri mereka sebagai BEBAS ini. 

Tertanya-tanya juga, apakah tindakan mereka seterusnya ya? Adakah ini kesan daripada pindaan AUKU yang masih baru dipinda berapa ketikanya? Tetapi, Mahasiswa Utara percaya mereka itu hanyalah sekelompok kecil anak-anak yang masih tercari-cari atau mungkin juga diperkuda oleh segelintir pihak.



Atas Arahan Kote Bengkok,Depa Buat Gila.

rugi mak bapak hantar budak-budak ni ke universiti kalau yg belajar guna PTPTN tu lg le..silap-silap haribulan tak dapat kerja, mak bapak juga yg susah kena bayar. inilah masalah anak-anak melayu yg sudah diresapi ideologi politik pembangkang. silap-silap ini muka-muka yg bakal gagal di universiti dan bakal gagal dlm pasaran kerja. bersedialah..keluar nnti sepak kertas je takde majikan nak ambil mereka bekerja. masa tu, barulah tahu apa maksud autonomi mahasiswa konon. siapa yang kena tanggung mslh ni sbb menggalakkan budak-budak ni berdemonstrasi. ini roadshow pertama perkakas2 anwar ibrahim sblm 9 januari 2012. waspadalah...

Kalau nak berpolitik pun habiskan pengajian tu dulu. Tak payah nak tunjuk pandai. Masuk univ pun pakai quota tak sedar dirikah? Yang berdemo ni berapa ramai bidang perubatan dan kedoktoran? Malulah sikit. Cuba tengok di hospital kerajaan dan swasta berapa ramai Dr melayu? Bila lagi nak mengangkat martabat bangsa? Dibahu andalah tanggung jawab utk memimpin generasi akan datang.

Politik Pelik Dalam PAS.


Pas tidak sedar selama ini, parti itu lemah bukan kerana UMNO tetapi akibat tindakan mereka sendiri yang terlalu menjaga hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Begitulah juga dalam isu melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali yang kini hangat diperkatakan. UMNO tidak semena-mena dikaitkan apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengatakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terperangkap dengan agenda UMNO untuk melemahkan Pas.

Soalnya, apa kaitan UMNO dalam isu Hasan? Siapa sebenarnya yang membuat kenyataan bahawa Hasan digugurkan daripada menjadi calon Pas dalam pilihan raya umum nanti? Pemimpin Pas atau pemimpin UMNO?

Kenapa pula UMNO hendak menentukan nasib Hasan? Beliau bukannya wakil rakyat UMNO tetapi wakil rakyat Pas?

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nasharudin amalan politik 'pelik' yang berlaku dalam Pas, apabila UMNO diseret bersama bagi menutupi pergolakan dalam Pas.

Sebenarnya kepimpinan Pas semakin resah apabila tidak mampu membendung isu pengguguran Hasan kerana ia mula menjadi topik yang paling merimaskan penyokong-penyokong Pas.

Mereka tertanya-tanya kenapakah seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan kepentingan orang Melayu mahu 'disingkirkan' hanya semata-mata beliau lantang dalam isu berkenaan.

''Ana nak sampaikan pesan ahli di peringkat bawah, Hasan Ali ini bukan kecil anak. Di kalangan ahli Pas pun masih ramai yang sayangkan dia.... Pada ana bukan soal Hasan Ali rapat dengan UMNO atau tidak. Kalau UMNO yang lebih menghormati dia, apakah kita masih mahu salahkan Hasan Ali? Beliau pun manusia biasa.''

Demikian luahan salah seorang penyokong Pas yang ternyata kecewa dengan isu Hasan. Pandangan penyokong Pas ini dilihat 'lebih matang' berbanding sesetengah pemimpin Pas yang terus menyalahkan UMNO.

Inilah masalah Pas sejak dulu, kini dan selamanya, apa juga kemelut yang berlaku dalam parti itu segala-galanya ditunding jari kepada UMNO.


Kita masih ingat bagaimana setiap kali muktamar Pas atau Perhimpunan Agung UMNO, pemimpin Pas akan membuat kenyataan bahawa ahli-ahli Pas lebih terbuka mengkritik parti itu berbanding pemimpin dan ahli UMNO.

Tetapi apa yang berlaku kepada Hasan jelas menunjukkan seolah-olah di dalam Pas tidak boleh ada pejuang atau sebarang usaha untuk menegur kesilapan kepimpinan, jika itu berlaku pemimpin yang terlibat akan dikaitkan dengan UMNO.

Akibat pandangan dangkal inilah yang menyebabkan usaha menyatukan orang Melayu gagal apabila Pas menolak pelawaan UMNO bagi tujuan berkenaan dengan alasan pemimpin Pas yang melaksanakan usaha tersebut adalah boneka UMNO.

Pemimpin-pemimpin Pas perlu faham bahawa Pas bukanlah parti yang sempurna, kenyataan Hasan tidak ada kaitan dengan UMNO, beliau membuat kenyataan berkenaan sebagai tindak balas terhadap politik dalaman Pas.

Oleh itu kenapakah UMNO hendak dipersalahkan? Apakah Pas fikir UMNO merancang segala-galanya yang berlaku dalam parti itu bagi melemahkan Pas menjelang pilihan raya?

Kalau itulah tafsiran pemimpin-pemimpin Pas, ternyatalah mereka salah. Ia memandangkan apa yang berlaku kepada Pas adalah salah parti itu sendiri.

Pas lemah bukan kerana UMNO tetapi Pas lemah kerana kegelojohan mereka berpolitik dan terlalu ghairah mencapai impian untuk menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP.

Cuba fikirkan, apakah UMNO yang mendesak Pas mengubah hala tujunya daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara kebajikan? Bukankah Pas berbuat demikian kerana tidak mahu perjuangan negara Islam menggugat hubungan dengan PKR dan DAP.

Kalau Pas benar-benar konsisten dan percaya bahawa perjuangan mereka menegakkan Islam akan diberkati Allah SWT, kenapakah menggugurkan perjuangan negara Islam?

Apabila tindakan itu dilihat mula menimbulkan konflik di kalangan penyokong-penyokongnya maka UMNO dipersalahkan kerana dikatakan memutar belitkan tindakan berkenaan? Bijakkah tindakan ini?

Pas perlu faham UMNO tidak perlu berbuat apa-apa untuk melemahkan Pas kerana Pas sendiri pun sudah cukup lemah sebaik sahaja berkawan dengan PKR dan DAP.

Ia memandangkan mereka tidak berupaya melawan kehendak pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang dilihat jauh lebih konsisten dalam mempertahankan prinsip perjuangan mereka, jadi jangan salahkan UMNO akibat kejahilan' sendiri.

Siapa Awek Nie LGE?.


Senyum sampai ketelinga Ketua Menteri Paling Malang dalam sejarah Pulau Pinang nie bila dapat pegang awek nie.Siapa Awek nie dimata Guan Eng nie? Sempoi nampak model lagi.suka nampak sampai tersengeh sakan cuma tak lompat lagi.Bukan itu ceritanya pada kali nie..................

Guan Eng akan saman New Straits Time pulak dah?Selepas berjaya dalam kes ke atas Utusan Malaysia baru baru ini.Dengan bangga menyatakan ini adalah kemenangan keatas semua yang difitnah,ditomah dan dinayai oleh akhbar berkenaan.Tidakkah LGE berfikir tentang MalaysiaKini yang selalu memutar-belitkan cerita berkenaan Pemimpin BN dan segala tomahan yang dilontarkan.Dia tak berani cakap macam tue sebab MalaysiaKini adalah lidah bercabang rasmi yang menyokong beliau.Banyak kali Malaysia kini telah kantoi dengan Blogger Penang terutamanya M.I.M dan rakan-rakan blogger Penang yang lain.


DAP selalu membuat Majlis Makan Malam untuk mengutip dana untuk DAP.Guan telah menang menyaman Utusan Malaysia kenapa tidak didermakan kepada DAP.Persoalan itu menjadi tanda tanya kepada semua pihak.Kenapa masih lagi menganjurkan majlis untuk mengutip derma dari rakyat.

Berbalik kepada LGE mahu menyaman News Straits Time.Berita yang dinyatakan oleh akhbar tersebut berkaitan dengan LGE,Datuk Seri Kalimullah dan Dato Azman.NST telah meminta maaf kepada kedua-duanya akan tetapi tidak kepada LGE.Dakwaannyalah ada sama benar apa yang dinyatakan oleh LGE nie benar ataupun tidak tidak dipastikan.LGE nie seorang yang diktator dan angkuh mahu semua orang tunduk kepadanya dan merayu meminta maaf.Sebab tue di terus mahu saman NST.Apa kelas Ketua Menteri orang nak minta maaf pada lu Apek.

Sedaq tak sedaq LGE telah menyatakan NST bersengkongkol dengan UMNO.Apa kejadah nie bila apa saja terjadi Apek nie mesti nak salahkan UMNO.Tunggu Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang telah menyaman Apek Nie dan kita tunggu keputusanya.

Video tersebut KLIK DISINI.

kelestarian Felda Dibahu Generasi Kedua.



Kenapa NGO yang membantah penyenaraian ini mahu campur tangan dalam usaha Felda meningkatkan pendapatan peneroka di samping menjaga kebajikan generasi kedua?

Mengapa mereka tidak mahu menerima hujah bahawa generasi Felda tidak boleh mengharapkan hasil komoditi dari ladang kelapa sawit atau getah bapa atau ibu mereka semata-mata.

Hakikat bahawa semua generasi kedua Felda harus buka mata ialah kini tiada lagi tanah rancangan baru dibuka. Dan adakah masa depan agensi Felda akan berterusan sebagai pengurus ladang semata-mata?

Kini tanggungjawab bagi kelestarian Felda terletak di bahu generasinya. Generasi muda kena bangun untuk menyambungkan kejayaan yang telah diraih oleh ibu bapa mereka dalam bentuk ekonomi baru.

Kalau dulu, kerajaan sediakan tanah, kini satu perancangan yang rapi dan teratur perlu disediakan untuk membangunkan generasi kedua dan seterusnya bagi menjamin kelestarian Felda.

Bagi MKP, Felda harus dimajukan sejajar dengan perubahan global dan juga transformasi kerajaan. Dalam konteks ini perlu ada anjakan minda - baik kepada peneroka dan anak-anak mereka.

Cara kerja 50 tahun dulu dan 50 tahun kemudian amat berbeza. Dulu agensi Felda sediakan platform misalnya tanah dan bimbingan untuk membangunkan 112,635 peneroka. Tetapi 50 tahun akan datang, kerajaan perlukan perspektif yang berbeza untuk menguruskan Felda sama ada dari segi teknologi, kemahiran dan kepakaran.

Selaras dengan hasrat Model Baharu Ekonomi (MBE) ke arah negara berpendapatan tinggi, strategi meningkatkan nilai tambah bagi setiap produk yang dihasilkan adalah dengan menggalakkan aktiviti pemprosesan dan rantaian pembuatan.

Oleh sebab itu anjakan pertama yang dibuat oleh Perdana Menteri ialah memastikan Felda itu diangkat ke peringkat antarabangsa menerusi langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Kejayaan penyenaraian demi kepentingan peneroka sudah terbukti. Jika dilihat perbandingan dari segi saiz, produk gula Felda adalah lebih kecil daripada kelapa sawit tetapi Felda telah memperolehi keuntungan RM300 juta daripada percubaan pertama menyenaraikan MSM Holdings ke dalam bursa.

Jadi apabila makanan asas gula yang tidak begitu besar dari segi peratusan pendapatan Felda boleh meningkat begitu baik, tidak ada sebab mengapa kelapa sawit yang merupakan teras pendapatan Felda, kalau diapungkan sudah pasti mampu memberi nilai tambah yang berlipat ganda dan menjadikan Felda peneraju global dalam industri kelapa sawit.

Memang Felda telah pun kukuh dalam aktiviti huluan dan bisnes Felda Global Ventures Holdings menjurus aktiviti hiliran sebenarnya telah membukakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada generasi Felda. Malah aktiviti ini bakal mempelbagaikan lagi sumber pendapatan peneroka dan generasi seterusnya.

Kepelbagaian ini penting kerana Felda adalah agensi bagi pembangunan sosio ekonomi warga Felda dan tidak boleh bergantung kepada aktiviti huluan yang tidak menentu.

Menerusi penyenaraian ini, ia akan mewujudkan lebih banyak limpahan rezeki dan peluang. Oleh itu generasi baru Felda perlulah mengambil peluang ini dengan sebaik-baik mungkin.

Kini platform telah pun disediakan kepada warga Felda untuk mengambil kesempatan daripada pelbagai potensi peluang hasil daripada penyenaraian ini kelak.

Apa yang Perdana Menteri tekankan ialah generasi baru Felda perlu menganjak minda dan berubah sikap walaupun duduk di luar bandar dan menjadi model aset luar bandar yang berupaya mempelbagaikan pendapatan mereka.

Apakah generasi Felda tidak mahu mengulangi kejayaan bapa dan ibu mereka bagi melestarikan Felda ke peringkat pertumbuhan seterusnya ataupun mereka mahu mengikut segelintir pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda politik sempit atau kepentingan peribadi yang hingga sanggup menidakkan rezeki dan peluang orang lain untuk menikmati kejayaan yang diusahakan selama ini.

Generasi kedua, ketiga dan seterusnya mesti menyokong usaha murni ini bagi memastikan dana Felda sentiasa bertambah dan berjaya membawa Felda dan generasi baru misalnya, ke gerbang perniagaan dan pasaran antarabangsa yang mana segala manfaat dan peluang pekerjaan dapat dijanakan untuk mereka di dalam dan luar negara.

Dana yang sentiasa bertambah amat perlu bagi meneruskan segala usaha untuk pelbagai pembangunan infrastruktur, rohani dan jasmani, modal insan yang cemerlang dari segi sosio ekonomi negara khasnya dan rakyat serta warga Felda amnya. Segala ini memerlukan dana yang berterusan dan lestari.

Siapa sebenarnya yang kufur?



Lagi sekali Nik Aziz membuat kenyataan yg melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu 'Ustaz Budak' yg menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yg tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya. Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak 'Islamik' menurut tafsiran ilmu politik yg bersemayam dalam serbannya.

Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi MB Kelantan, apakah sumbangannya yg maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran 'Serambi Mekah' maka dia sudah menjelmakan ciri2 'Islamik' dalam pentadbirannya? Apakah dia tidak tahu bahawa Malaysia memperkenalkan perbankan Islam hingga menjadi sumber ilham kepada negara2 Arab untuk menubuhkan bank Islam? Tahukah Nik Aziz bahawa pakar2 perbankan Islam dari Malaysia menjadi pakar runding kepada beberapa bank terkemuka di negara2 Timur Tengah? 

Kini banyak bank2 asing sudah memperkenalkan perbankan Islam sesuai dengan kehendak zaman. Siapakah yang merintis jalan? Bukan Pas tentunya. Tabung Haji siapa yg mengasaskannya? Pas atau kerajaan UMNO/BN? Tahukah Nik Aziz pelbagai negara Islam dalam OIC menjadikan Tabung Haji sebagai contoh mereka untuk menguruskan jemaah haji? Bukankah ini suatu usaha yg baik bagi umat Islam untuk menunaikan rukun kelima?

Rancangan Felda yg dilaksanakan oleh Tun Razak bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu/Bumiputera itu tidak 'Islamik'? Bukankah ini suatu projek ekonomi gergasi yg mana para penyokong Pas juga mendapat faedahnya sekarang? Bukankah ini kebajikan yg diberikan UMNO untuk membahagiakan orang Melayu? Tanya pada Nik Aziz mengapakah Kohilal, tajaan Pas, gagal? Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merupakan sebuah institusi gergasi yg diwujudkan kerajaan UMNO/BN untuk mengumpul dana dari orang Melayu/Bumiputera. Bukankah ini usaha suci kerajaan sekarang untuk memakmurkan rakyat, khasnya orang Melayu? 

Parti politik manakah yg memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti mana yg dikeramatkan dalam perlembagaan? Bukan Pas tentunya. Bukan Nik Aziz tentunya. Siapakah yg banyak mendirikan sekolah2 agama di seluruh negara yang mana anak2 orang Pas juga turut mendapat faedahnya? Apakah Pas yg mendirikan Universiti Islam Antarabangsa? Tanya pada Nik Aziz.

Ayat pertama diturunkan Allah ialah IQRA' (Bacalah...) yg bermakna sumber kekuatan manusia ialah ILMU untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Inilah yg diperjuangkan kerajaan UMNO/BN dengan perbelanjaan berbilion ringgit setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan yg terbaik kepada rakyat. Apakah anak2 orang Pas dianaktirikan untuk mendapat peluang pendidikan oleh kerajaan UMNO/BN? Tanya pada Nik Aziz sembahyang hajat, doa dan tazkirah semata2 tidak dapat membantu ummah kalau nawaitunya songsang. Jangan membohongi sejarah dan jangan celupar mulut mengkufurkan orang lain yg tidak sehaluan dengan pegangan politik dan fahaman agama yg songsang. 

Nik Aziz boleh hidup dalam dunia mimpinya bahawa Pas lebih 'Islamik' dari UMNO. Dia boleh menipu sejarah dan menipu dirinya sendiri tetapi rakyat yg celik politik tahu siapa yg lebih 'Islamik' dalam melaksanakan perintah Allah. Kalau air bersih dan tenaga eletrik pun dia tidak mampu memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, janganlah berselindung di sebalik agama Islam dan mendakwa pentadbirannya lebih 'Islamik' dari kerajaan UMNO/BN.

Friday, December 16

Pelajar Tajaan Petronas Berkahwin Dengan Jantan.

Pengguna twitter @ayshardzn memuat naik sekeping gambar lelaki bercumbuan yang mana salah seorang darinya lengkap berpakaian baju melayu.

Foto berkenaan diambil ketika berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Ariff Alfian Rusli seorang pelajar Melayu yang menuntut di University College Dublin 'selamat' berkahwin dengan seorang lelaki bernama Jonathan.



Apa perlu kita lakukan...?

Patutkah kita biarkan anak bangsa kita terus hanyut dek kerana tidak mahu melanggar HAK ASASI manusia?

Ambiga dan kuncu-kuncunya mungkin gembira dengan berita ini...

Tapi bagaimana dengan ibu bapa pelajar lelaki ini....?

PAS Lancar 'Perang' Pada Hasan, Nasha Masuk UMNO.



PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Malah, Harakah minggu depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaiaan secara dalaman dalam pelbagai isu.

Disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam termasuk PAS dan Umno.

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.



MKP kata:Depa nie dok kalut sebab Hasan Ali tidak mendengar cakap DAP dan hanya nekad dengan perjuanganya untuk memertabadkan Islam sudah tentu tidak disenangi oleh DAP.PAS dah hancur pemimpin atasan mereka langsung tidak boleh ditegur.

Video panas!!!! komunis kena pijak oleh rakyat Kedah???





Bercakap mengenai pakatan pembangkang di Pulau Pinang, Lim Boo Chang mendakwa cara Lim Guan Eng dalam mentadbir kerajaan negeri tanpa mempedulikan PAS dan PKR juga campurtangannya dalam pihak berkuasa tempatan jelas melanggar slogan cekap, akauntabiliti dan telus atau "CAT" yang diwar-warkan.

LIM BOO CHANG / BEKAS KETUA PKR CABANG BUKIT GELUGOR

Cara dia memerintah kerajaan seperti memerintah dap. Ikut cara lim kit siang. Authoritarian mcm urus dap. Siapa yang bantah, ah u wait la nanti. Saya bantah sbb saya tak boleh terima projek spice. Mcm mana state boleh arahkan majlis untuk belanja 50 juta untuk satu projek yg tidak diperlukan rakyat

Projek "Spice" juga, katanya ditandatangani secara rahsia tanpa dibentangkan kepada ahli majlis.

Dan sehingga kini salinan perjanjian terbabit tidak diberikan kepada ahli majlis.

Tegas beliau, ia adalah satu contoh bagaimana kerajaan negeri campurtangan dalam urustadbir kerajaan tempatan yang tidak pernah berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional.

LIM BOO CHANG / BEKAS KETUA PKR CABANG BUKIT GELUGOR

Kita ada majlis pakatan rakyat. PR council di Penang. U tanya Guan Eng berapa kali dia panggil meeting council itu. Takdak. Jadi siapa buat keputusan? Exco. Tapi dalam exco kalau tak setuju letak jawatan. Dia kata ini forum saya. Kalau dia seorang cakap serupa bikin dia kena bawa ke council pr dulu.



MKP kata nak tengok video KLIK DISINI

Cabaran Timbalan Presiden terhadap pengirim E-Mail.

Sebentar tadi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Datuk Raja Munir Shah menghubungi MKP berkenaan isu penyelewengan pegawai FAP menyeleweng boucer hadiah yang ditimbulkan sebelum ini.penjelasan yang amat jelas telah diterangkan menyatakan ada unsur fitnah yang cuba dilontarkan. Tujuanya adalah supaya mencemarkan imej pengurusan FAP.

Pada ketika ini FAP telah mendapat imbuhan serta sokongan dari kerajaan pusat dan tidak lagi bernaung dibawah kerajaan negeri.Ada kemungkinan ada pihak yang iri hati menghantar e-mail tersebut atas arahan dari sana.

Cabaran dari Timbalan Presiden jelas mencabar pihak yang menghantar email berkenaan bersemuka jika berani.Berikut adalah no. telefon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang 019 480 7559.

Amukkan PERTIGA terhadap Guan Eng

Pertiga adalah Pertubuhan Islam Gabungan Amal.Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga serta memelihara Agama Islam serta mempertahankan dari dicemari oleh akidah yang boleh memesongkan akidah umat Islam amnya.

Laporan kepada SPRM oleh pihak PERTIGA yang diketuai oleh YDP PERTIGA sabaruddin Ahmad,kerana pihak berkuasa telah banyak kali menyerbu kegiatan mesin judi haram yang sekarang berleluasa di Pulau Pinang akan tetapi pada kesesokkan harinya dilihat mesin judi tersebut kembali beroperasi seperti biasa.

Siapakah dalang disebalik kegiatan ini jika tidak mendapat sokongan dari pihak yang paling berkuasa di Pulau Pinang.Sudah tentu disebalik kegiatan tidak bermoral ini ada penglibatan DAP serta barisan EXCO DAP ini.




Live Update: Amukkan PERTIGA.

Memorandum telah diserahkan oleh pihak pertiga namun hanya di pintu pagar mungkin telah diarahkan oleh DAP dan Guan Eng.

Live Update : Amukkan PERTIGA Gegarkan Lim Guan Eng

Ahli PERTIGA berkumpul untuk membuat laporan kepada SPRM.

Live:Amukan Pertiga Gegarkan Lim Guan Eng.

Satu Laporan Kepada SPRM telah dibuat oleh PERTIGA.Maklumat akan diberikan kemudian semasa sidang media diadakan

Twitter Friend DAP Tiru KMS1M


DAP melihat dan kagum dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh KMS1M.Oleh sebab itu DAP telah merancang satu konvensyen yang serupa diadakan di Pulau Pinang.Konsep yang serupa dan niat depa adalah untuk menyaingi apa yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini.Menjadi perbualan hangat ketika ini disekitar Georgetown yang LGE tergugat dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pengiat media warga PulauPinang menentang beliau serta kerajaan negeri.Semua pengamal media BN bukannya dibayar pun akan tetapi diatas prinsip perjuangan dan sikap rasis LGE dan DAP menidas kaum melayu di pulau pinang.Sisap promo blogger ponen mereka lagi milo suam ternyata hampa nie semua dibayar oleh DAP dan Kroni.Tunggu gambaq depa semua akan keluar pada hari tersebut.



Sebelum ini MKP telah membongkar pertemuan rakan FB Timbalan Ketua Menteri 1 yang tak sedaq diri Mansor Osman tidak mendapat sambutan yang mengalakan dari kaum melayu dan antara yang hadir tidak sampai pun 50peserta.Agak memalukan bagi seorang yang bergelar orang NO 2 dalam kerajaan Pulau Pinang yang berbangsa melayu telah ditolak mentah-mentah.   BACA DISINI

KalPalSingh Londeh Guan Eng & Kit Siang.



Pemimpin sial anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dicabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah pendirian mereka berdua sudah berubah sedangkan Lee Kuan Yew telah menceritakan tentang 'bukti teknikal' yang dimiliki Bahagian Risikan Singapura selain kepercayaannya bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kegiatan liwat dan homoseks.

Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Lim Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar. Apakah motif mereka sebenar? Adakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama. Anwar juga tentu tahu bahawa Karpal telah berucap di Hotel Federal mendedahkan perkara itu selain menasihatkan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung aduan berkaitan dakwaan liwat. Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.



Karpal lah juga orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat Anwar kepada para pimpinan Pas masa itu sehinggakan ada diantara mereka melabelkan Anwar sebagai 'al Juburi' dan 'pak janggut' itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong Anwar sekarang.

Timbul kemusykilan disini dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu. Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.

Mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Seorang ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu juga merupakan Ketua Penerangan DAP, semasa di Dewan Rakyat juga telah mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar. Menurut beliau, persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? 

Tambah beliau lagi, jawapannya adalah jelas. " Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini" katanya. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya!

Karpal yang sebelum ini sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.

Daripada rentetan peristiwa tersebut, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.

Dan menjadi kemusykilan kapada rakyat, apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. 

Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?

Sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Yang paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.

VIDEO Demo Felda Serbu Pejabat PAS.



Video yang demo semalam Warga Felda Menyerbu Ibu Pejabat Pas semalam.Seramai 1000 warga felda berdemo.Terima kasih Darul Ehsan Today.



Gambaq Hantu Di Kedai Makan



Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

Thursday, December 15

Cerita Padiyadapa ANUwar.

Setelah tertangguh..tertangguh dan tertangguh berkali-kali, akhirnya keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui pada 9 Januari 2012.

Ia diumumkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas selesai pengulungan hujah peguam bela dan pendakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari Khamis.
Kini teka teki paling popular tentulah samada Ketua Umum PKR itu bersalah atau tidak atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Juga menjadi tandatanya andainya hakim mendapati Anwar bersalah, bersediakah beliau melangkah kembali ke penjara Sungai Buloh atau terus berjuang cuba untuk melepaskan dirinya menerusi rayuan..

Kebiasaannya proses rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan akan memakan masa panjang. Besar kemungkinan beliau boleh bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

Ikut mereka yang dakwa tahu sangat gerak langkah mantan Timbalan Perdana Menteri itu, beliau sentiasa ada ‘idea’ tertentu.

Beliau dikatakan seorang yang gemar membuat kenyataan berbentuk 'jangkaan'

Mereka faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu yang dipercayai bermaksud beliau ' kena' dulu lepas itu pilihanraya.

Seperti kebetulan - nun jauh di London, Rabu akhbar The Guardian sudah pukul canang tentang jangkaan itu.

Ada cakap-cakap berlegar kata jangan rasa pelik jika Anwar memilih jalan lain ke Putrajaya yakni melalui penjara Sungai Buloh sekalipun Azmin Ali sudah 'ancam' nak ' pecahkan' temboknya.

Dari segi perang saraf di sebalik tembok penjara, suaranya akan bergema lebih hebat seperti dulu.

Skrip kes liwat pertama pasti berulang. Temanya beliau jadi mangsa konspirasi politik pemimpin kerajaan BN. Seluruh tenaga pembangkang akan digerakkan untuk bagi meraih simpati rakyat supaya mengundi mereka.

Dalam bab main sentimen siapa yang boleh lawan mereka yang berjaya membuatkan penyokong taksub melihat keadilan hanya untuk Anwar dan Saiful tidak ada hak langsung untuk itu semua.

Umum tahu, PRU13 adalah bas terakhir Anwar untuk mencapai impian nak jadi Perdana Menteri .

Makanya segala kemungkinan boleh berlaku.

Bukan rahsia pembangkang berharap kebangkitan rakyat dengan modal kes liwat Anwar bagi membolehkan mereka menawan Putrajaya selepas pelan 16 September 2008 gagal.

Jika Putrajaya tumbang ...sendiri boleh bayang bagaimana talian hayat itu boleh ' mensucikan' segala-galanya.

Apapun di sebalik jangkaan itu semua, mungkin ramai yang tidak sedar senario sepanjang perbicaraan kes liwat selama ini sudah memberi petanda yang dikatakan merisaukan orang-orang kanan Anwar.

Lihat sajalah ketika awal kes liwatnya mula dibicarakan, rami penyokongnya hadir.

Namun akhir-akhir ini nak tengok 50 orang penyokong bersidai di lobi mahkamah untuk bagi sokongan moral pun susah.

Dulupun, kalau Anwar berceramah, penuh dewan atau tidak muat padang.

Tetapi kini, ada ceramah Anwar dihadiri tidak lebih 100 orang - sesuatu yang di luar standardnya.

Dalaman PKR, DAP dan PAS kini pun sudah kedengaran macam-macam cerita dan cacamarba berkisar tentang kes liwat itu dan sebagainya.

Masing-masing dah mula gabra dan dilanda kebimbangan adakah rakyat akan termakan dengan usaha mereka untuk meraih simpati menggunakan kes liwat Anwar.

Dari risik-risik di sana sini nampaknya ramai yang sudah naik muak dengan ding dong perbicaraan kes liwat II.

Pendedahan trio Datuk T tentang video seks lelaki mirip Anwar juga banyak membuka mata mereka yang sebelum ini merasa ragu-ragu.

Atas sebab itu orang-orang kanan Anwar dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk 'tidak bercakap sangat' tentang pendedahan itu dengan harapan orang tidak pandang ia isu besar.

Bayangkan pembangkang yang sentiasa galak dan sibuk mahu siasat itu siasat ini apabila ada saja isu melibatkan pihak kerajaan tetapi tidak berani berbunyi langsung minta siasatan terbuka dibuat ke atas pendedahan video seks.

Mereka yang rasional tentu faham melihat gelagat ' antara dua darjat' pembangkang dalam isu ini.

Juga menjadi perbualan hangat ialah perbandingan dalam kes liwat di mana pasukan peguam Anwar begitu mengagungkan saksi pakar luar negara dan berkeras anggap apa mereka kata yang untungkan Anwar semuanya betul.

Sebaliknya semua orang tahu bagaimana mereka perlekehkan hasil kajian pakar luar negara yang dapati video seks itu 99.9 peratus tulen dalam usaha untuk menyelamatkan Anwar.

Memang melucukan tetapi itulah hakikatnya.Dalam kes liwat cakap pakar luar negara OK...video seks pula tak boleh pakai langsung.

Mungkin mereka dibuai mimpi ingat semua orang taksub dan bengong hingga tidak tahu menilai langsung.

Juga jangan lupa kenapa semua peguam Melayu yang pada awalnya membela kes liwat Anwar tarik diri.

Kini barisan peguam yang membela Anwar kebanyakan bukan Melayu.

Siapa tahu ....barangkali para peguam Melayu yang bijaksana itu sudah ada firasat tentang dakwaan liwat itu dan macam-macam lagi.

Tidak kurang jadi persoalan kenapa Anwar takut bersumpah menafikannya.

Maka teringat pada kata-kata ...berani kerana benar, takut kerana salah.-

http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/kes-liwat-pi-maipi-mai-tang-tu-jugak.html14/12/2011- OLEH ROSLAN BIAN

Biawak Hidup:Pejabat SyedAli DiGegar Oleh NGO.


Seramai lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO telah hari ini menyerbu Pejabat Dato’ Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras di pejabat beliau di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Dato’ Sri Shahrizat Jalil dan keluarganya ‘Biawak Hidup”.

Pada mulanya, beliau menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan tersebut secepat mungkin menggunakan blog beliau

umnobahagiancheras.blogspot.com.

Hadir di bantahan tersebut adalah Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

Ini cuma desakan dari Gabungan NGO, belum lagi dari Wanita UMNO yang naik angin!

In Penang the Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M )


In Penang the Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M ) registration for RM500 aid at selected schools start fm 9am to 5pm until 16 Dis 2011. For evening registration, Pusat Khidmat Penyelaras Barisan Nasional DUN Padang Kota at 91A, Lebuh Muntri is open every nite until 23rd Dis from 7 pm to 9 pm. All welcomed.

MKP kata:Semua dijemput hadir ke Pusat Penyelaras BN DUN Padang Kota.

Apabila Keterangan Kandang Tertuduh Anwar Diserang..




“Kenapa pilih kaedah Mandela dan buat keterangan dari Kandang Tertuduh”, retweet Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada para pengikutnya, 16 jam lalu.
Twitter yang diretweet Anwar itu datang dari dua orang peguam Lawyers For Liberty (LFL), Lathefa Koya dan N Surendran.
Lathefa adalah pengerusi Biro Guaman PKR, manakala N Surendran adalah Naib Presiden PKR.
Untuk memahami apa itu LFL sila baca di sini dan sini
Ada Bukti Cukup & Alibi
Sampai sekarang, Anwar terpaksa menjawab kenapa beliau memilih untuk memberi keterangan dari Kandang Tertuduh semasa proses bela diri kes liwat II, 22 Ogos lalu.
Ibarat lemparan boomerangakhirnya terpantul ke muka sendiri.
Ini kerana sejak kes liwat II terdedah kepada umum pada 28 Jun 2008, Anwar mendakwa tuduhan melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah satu fitnah dan beliau mendakwa mempunyai cukup bukti termasuk alibi untuk membuktikan beliau tidak terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.
Lebih menarik lagi, ketika wartawan Dateline dari Australia, Mark Davis mewawancara Anwar sejurus selepas beliau keluar dari bersembunyi di kedutaan asing, Ketua Umum PKR itu menafikan kesemua tuduhan tersebut.
Mark Davis bertanya Anwar: “Dalam kes (liwat) ini, pada petang Khamis itu (pada 26 Jun 2008), anda bersama lelaki muda itu (Mohd Saiful) ? Apakah anda bekerja bersama-samanya ?
Anwar menjawab : “Saya mempunyai semua bukti, semua alibi atau apa yang saya lakukan (pada masa itu)..Saya tidak pernah bersamanya dalam keadaan berdua, di mana-mana tempat (sekalipun)..Selain itu, peguam nasihatkan saya – tunggu, biarkan mereka buktikan kes mereka. Tetapi adalah cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya”.
Jawapan Anwar itu menyebabkan wartawan Australia itu terkasima kerana menurut wartawan Australia itu sepatutnya Ketua Umum PKR itu menjawab secara jelas iaitu “Tidak, saya (Anwar) tidak berada di kondominium itu”, namun apabila Anwar menjawab seperti di atas ia akan menimbulkan keraguan.

MahaSiswa Dan AUKU.



Pidato lantang di speakers’ corner, membuat kenyataan akhbar, memorandum terbuka hatta demontrasi aman di kampung dan desa sering kali menjadi tanda aras (KPi) dalam kamus perjuangan mahasiswa hari ini.Akhirnya, mahasiswa secara semulajadi terbuai oleh rasa romastisme. mahasiswa melihat aksi-aksi seperti di atas ini kononnya sebagai tradisi mahasiswa – Tradisi Mencabar!

Buku ‘Mahasiswa menggugat’ (1972), Di Sebalik Tabir Politik Kampus (1995), Mahasiswa Abad Ke-21 (2005) dan sebagainya membentuk dogma-dogma stereotaip dalam kerangka gerakan Mahasiswa pada hari ini.

Begitu juga dengan subjek AUKU.Mahasiswa acapkali terperangkap dalam beberapa situasi apabila Mahasiswa berwacana subjek AUKU ini.

Pertama,mahasiswa terlalu gemar membincangkan AUKU ini sama ada perlu dimansuhkan atau dipinda; khususnya selepas Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Khalid Nordin mulai menyatakan hasrat menilai semula AUKU ini.

Kedua, Mahasiswa acapkali membicarakan tentang seksyen-seksyen yang dilihat mencabuli hak asasi manusia secara berperundangan dan terlalu teknikal; padahal rata-rata mahasiswa (aktivis mahasiswa) tegas berpendirian bahawa AUKU ini mesti dimansuhkan.

Akhirnya,Mahasiswa secara semulajadi telah hilang jatidiri mahasiswa sebagai kaum mahasiswa.Mahasiswa mulai meletakkan hasrat memansuhkan AUKU ini sebagai teras perjuangan Mahasiswa di kampus dan pentas nasional. Lebih dari itu, Mahasiswa ghairah membina suatu akta alternatif bagi menggantikan AUKU tanpa melihat sisi politik KPT/Kerajaan dan keperluan politik semasa di Malaysia sekarang ini.



Belia Patut Sahut Cabaran.



GENERASI muda negara ini terus menerima perhatian dan pengiktirafan daripada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin menggelar golongan ini superhero kepada negara sebab mereka mempunyai kuasa mengubah dan jika semua superhero ini berganding tenaga dengan kerajaan, program transformasi negara lebih mudah menjadi realiti. 

Kerajaan juga dilihat terus komited dalam menerima pandangan dan buah fikiran belia negara apabila Najib juga mengumumkan kerajaan sentiasa terbuka mendengar pandangan dan idea daripada belia dalam menjayakan setiap program transformasi negara.



Dalam menggalas tanggungjawab ini, cabaran terbesar orang muda ialah kebijaksanaan dalam menggunakan ruang dan platform yang disediakan kerajaan untuk mengeluarkan idea bernas dan mempunyai impak tinggi demi kelestarian kemajuan negara melalui program transformasi yang dilaksanakan, di samping melontarkan kritikan dan maklum balas membina yang datang dengan idea untuk menyelesaikannya.
Sikap keterbukaan dan kesediaan kerajaan untuk mengiktiraf hak dan mendengar suara golongan ini tidak dapat dinafikan lagi. Misalnya baru-baru ini kerajaan bersetuju meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik. 

Ini jelas memperlihatkan keseriusan kerajaan untuk turut membabitkan peranan belia dalam segenap program transformasi yang sedang dilaksanakan agar ia turut memenuhi kehendak dan harapan kelompok anak muda yang bakal menjadi generasi pelapis negara. 

Ringkasnya, mereka mendapat ruang secukupnya untuk memberikan pandangan dan komen bersesuaian. 

Justeru, apa yang diharapkan ialah belia kita akan lebih peka dan memainkan peranan lebih aktif dengan menyalurkan idea kreatif dan berinovasi untuk memajukan negara. 


Semoga harapan kerajaan terhadap belia tidak disia-siakan begitu saja. Oleh itu, belia kita perlu bangkit menyahut cabaran ini dengan membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab mengemudi negara ini suatu hari kelak.

Bahtera Merdeka,Perjuangan Belum Selesai.


Hayati baik-baik lirik lagu ini.

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti 
Untuk menunaikan
Untuk menunaikan
Sumpah dan janji 

Wednesday, December 14

Blogger Didikan PAPAGOMO/DR NOVANDRI Sertai PAS.

Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar. Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

SUMBER DARI KEDAHLANIE.

MKP kata:Kenapa tidak dinyatakan nama blog tersebut dan hanya menyatakan nama sebenar ternyata apa yang dinyatakan tidak berdasarkan fakta yang nyata.seperti yang dinyatakan oleh blogger MIM sebelum ini ternyata cerita yang mengaitkan nama blogger tersohor PRO BN supaya mendapat perhatian.Apa punya kelas blogger nie jika berani nyatakan nama blog dan dimana kedudukan dalam alexa rangking.

Breaking News:BR1M Pun Hampa Mau,Duit Itu Untuk Rakyat.

KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan tersebut tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya.
Beliau berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti."

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.
"Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. - BERNAMA

GEMPAQ : LIM GUAN ENG RASUAH BAGI 20RINGGIT.



Publisiti semurah RM20 sahaja. Apabila Pakatan Rakyat mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500 sebagai rasuah kepada rakyat, kini mereka buat betul-betul macam sogok....

Tahniahlah Guan Eng.. Sekarang baru nampak real macam sogok wang kepada rakyat. Lebih real b8.00 ila tak pakai sampul dan serah bulat-bulat depan kamera.

Ada sorang kawan cina pernah bagitau kat gua, kalau bangsa melayu tak lagi nak terima rasuah.., susahlah cina nak cari makan di Malaysia..

Ini realiti beb.. Korang cuba tengok perangai cina..., dari hidup sampai ke mati, semua dorang nak rasuah. Dan ada pulak melayu-melayu bengap yang suka makan rasuah. Jadi.., 2x5 je lah..

So.., itulah gaya pentadbiran Khalifah Guan Eng dan juga regim DAP di Penang. Dari mula lagi dorang dah ajar rakyat Penang makan rasuah dari pelbagai sumber.

Kalau warga emas dulu dorang ajar makan rasuah dari duit judi, sekarang ni penarik beca ntahlah dorang bagi duit apa pulak?Cekap tak Guan Eng menipu? Bagi je RM 20, terus boleh dapat undi rakyat.. Murahnya harga undi melayu-melayu HAPRAK Pakatan di Penang ni yee... Hahahahaha....

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive