Wednesday, December 21

Ceramah vs Kutip Derma...Alahai Mat Sabun



Hampa tengok Mat sabu nie mata duitan,Paksa orang bagi duit inilah yang diperjuangkan oleh PAS.

Tanah Liat Boleh Ajaq Anuar Ibrahim


Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil permatang pauh. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskini.Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa india kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.
Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743 undi.
Bagi DUN ini daerah pengundian adalah seperti berikut:-Sama Gagah,Permatang Ara,Permatang Pauh,Bukit Indra Muda,Kampong Pelet,Kubang Semang,Tanah Liat Mukim 8,Kampong Cross Street 2.
                                                                                                            PKR                  BN
Tanah Liat Mk 8                                          623         534

BUKIT MERTAJAM, 21 Dis – Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR. 
Kumpulan itu menyerahkan  borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang  Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman, ,70, berkata  mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.
“Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas  11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.
“Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat  terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah  haluan dan kembali kepada perjuangan UMNO,” katanya di sini.
Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.
Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai UMNO.
Zainal Abidin yang ditemui selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam  UMNO.





Adam Adli Hebat atau Pro-Aspirasi.



Siapa yang lebih hebat SMM atau Pro-Aspirasi lebih hebat?MKP melihat lenyap terus apa yang diperjuangakan oleh SMM sebelum ini dek kerana kebangkitan Pro-Aspirasi nie.Setakat ini belum ada lagi suara sumbang dari SMM yang melawan Pro-Aspirasi.


Ribuan mahasiswa pro-Aspirasi dan  alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana didakwa melayan kerenah bodoh dengan pelajar pro-Anwar sehingga membawa kepada perbuatan biadap dengan menurunkan bendera di PWTC.

Kumpulan yang diketuai presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah itu berkumpul di satu padang di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi hampir dua jam petang ini sambil melaungkan slogan.

Mohd Sahar dalam ucapannya di hadapan kumpulan itu antara lainnya melaungkan bahawa Saifuddin telah "melacurkan demokrasi kampus demi Anwar Ibrahim"

Katanya timbalan menteri itu enggan mendengar pandangan kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi berkenaan walau wakil mereka memenangi pilihan raya kampus sebelum ini. Saifuddin lebih gemar mendengar pandangan Mahasiswa Pro-Anwar

"Walaupun kami tahu Saifuddin adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tetapi dalam masa yang sama kami tidak mahu Timbalan Menteri yang bengong"

Kumpulan berkenaan bertindak demikian sebagai perhimpunan balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan Mahasiswa pro-Anwar yang kalah dalam pilihanraya kampus di Kuala Lumpur pada hujung minggu lepas.

Perhimpunan kumpulan pelajar Mahasisasuki PWTC dan bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno.


Anwar dalam kenyataannya menyokong tidakan biadap kumpulan mahasiswa yang telah dihasutnya.

Anwar Didesak Letak Jawatan.

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana perjuangan beliau jelas hanya berasaskan kepentingan peribadi.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perjuangan ketua pembangkang itu dalam politik bukannya untuk kepentingan rakyat, jauh sekali kepada negara.

"Selain itu, Anwar juga terbukti menggunakan platform politik untuk melunaskan dendam terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dan melindungi masalah peribadi, kes liwat, video seks serta melarikan diri daripada hukuman undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

MKP kata:Dah lama dah dok pembohong rakyat.kencing rakyat hidup-hidup kata perjuangan membela rakyat padahal demi kepentingan peribadi dan anak cucu serta kroni.Rakyat perlu lihat kebanyakkan pemimpin yang dekat dengan peliwat tegar nie takkan lama.depa semua pakat kena kencing atas kepala lagi.terbaru rakyat permatang pauh sendiri telah bersuara dan menyatakan Pak Sheik kencing kuat.Atas prinsip apa lagi nak membuktikan perjuanganya demi rakyat.Masa depanya dalam politik telah tercemar teruk.tunggu apa lagi "pi melingkup la lagi baguih".

Anwar Ibrahim Di Bogelkan Oleh Rakyat Permatang Pauh.

Hari ni jadi bukti, 130 orang ahli PKR dikawasan Tanah Liat Permatang Pauh bertindak beramai-ramai keluar parti sebab dah bosan dengan janji hancing Anwar.

55 ahli dibawa oleh Haji Wahab, bekas Ketua cabang PKR Tanah Liat, dan lagi 75 dibawa oleh Saudara Nasir, bekas AMK Bukit Berangan.

Yang paling best, bekas Ketua Cabang PKR Tanah Liat tu sendiri kena tipu dengan Anwar. Kalau Ketua cabang sendiri kena tipu, ahli-ahli biasa lagi laa..

So.., dorang hari ni beramai-ramai isytihar keluar dari PKR dan masuk UMNO..

Anwar mesti sakit jiwa bila dengar berita ni.. Patutlah ceramah Anwar selalu tak dapat sambutan di Pmtg Pauh.., dah tak ada orang yang suka kat dia rupanyaa... Hahahaha...

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/12/terkini-video-anwar-punya-pasal-130.html

Adam Adli & SMM Fikirlah???





SETIAP tahun ribuan pelajar berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) gagal memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS).

Mereka gagal kerana pelbagai alasan termasuklah ada antaranya tidak cukup syarat dan ada pula kerana kuota sudah penuh.

Justeru ibu bapa mereka akan berusaha bermati-matian membuat rayuan dan berjumpa dengan pihak itu dan pihak ini, dengan matlamat anak mereka boleh menjadi seorang mahasiswa.

Ada antara mereka yang berjaya dan ada pula yang gagal dalam rayuan masing-masing. Yang berjaya ibu bapa akan berusaha sedaya upaya mencari sumber kewangan termasuk memohon biasiswa atau pinjaman kerana yang penting anak mereka mampu menggenggam segulung ijazah.

Tetapi bagaimanakah dengan gelagat sekumpulan anak muda yang bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang secara biadab melakukan demonstrasi dan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu.

Cuba kaji bagaimana mereka berjaya memasuki universiti, mereka berjaya menjejak kaki kerana dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ada antara mereka sudah pasti menerima biasiswa atau pinjaman daripada kerajaan.

Namun keghairahan kononnya untuk menjadi pejuang biar pun usia baru setahun jagung telah menyebabkan mereka terlupa tujuan sebenar mereka memasuki menara gading.

Ibu bapa di kampung menaruh harapan anak mereka akan berjaya sebagai mahasiswa di universiti dan bukannya terpekik terlolong di jalanan.

Apa yang mengecewakan, SMM bukan sahaja angkuh dengan menolak desakan supaya mereka memohon maaf malah seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan supaya mendengar tuntutan mereka atau berhadapan dengan protes secara besar-besaran oleh mahasiswa yang menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Persoalannya hebat sangatkah SMM ini? Siapa mereka? Apakah mereka benar-benar mewakili seluruh mahasiswa di negara ini atau mereka sekadar hanya 'tukang karut' yang didalangi oleh pihak tertentu bagi menentang kerajaan?

Tidak apalah buat sementara ini kita menerima penafian SMM bahawa mereka tidak menjadi alat sesiapa, kalau begitu bijak sangatkah mereka untuk mengajar kerajaan bagaimana hendak mentadbir negara?

Ia terbukti apabila, mereka mendakwa tindakan menurun bendera tersebut sebagai satu gambaran bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepimpinan negara yang dilihat gagal menangani isu-isu utama negara.

Hebat betul, kelompok yang mendakwa mewakili mahasiswa ini, belum habis belajar sudah pandai untuk menuding kesilapan orang lain, seolah-olah mereka lebih bijak mentadbir negara, biar pun kemungkinan ada antara mereka memasuki universiti atas kelayakan 'cukup makan sahaja'.

Apa pun kita percaya, SMM tidak mewakili majoriti mahasiswa di negara ini, mereka hanya kelompok kecil yang terlalu ghairah untuk berpolitik biar pun ilmu mereka ibarat buih di lautan, banyak tetapi tidak mampu mendatangkan manfaat dan kemudaratan kepada sesiapa.

Apa pun 'tahniahlah' kepada SMM, sekurang-kurang kita mampu menilai bahawa ada di kalangan mahasiswa yang tidak layak digelar mahasiswa.

Kebebasan bersuara yang diberikan telah dicemari dengan perbuatan biadab yang jelas membuktikan mereka tidak tahu menghormati pemimpin negara.

Kalau benar mereka mahu melakukan protes atau memberikan pandangan berhubung AUKU lakukan secara beradab, jangan lupa ini Malaysia yang rakyatnya mempunyai tata susila dan adab sopan yang tinggi.

Sebenarnya, dari satu segi, protes SMM itu tidak perlu dilayan kerana pindaan AUKU baru peringkat perbincangan, belum lagi ada kata pemutus berhubung pindaan yang hendak dibuat.

Oleh itu, adalah lebih baik jika SMM bertindak matang sebagai kelompok yang kononnya menganggap diri mereka mahasiswa atau pelajar universiti dengan menanti dulu apa pindaan tersebut.

Jika kerajaan di bawah kepimpinan Najib tidak mempedulikan suara mahasiswa, sudah pasti beliau tidak akan mengarahkan AUKU dikaji semula dan dipinda.

Kerajaan tidak berhasrat membisu suara dan menutup mata para mahasiswa sebab itulah pindaan ke atas AUKU dilakukan dan masyarakat juga amat memahami peranan mahasiswa dalam bersama-sama membangunkan negara.

Sebab itulah, SMM perlu matang, janganlah mendesak kerajaan mendengar dan memenuhi tuntutan mereka sahaja, apatah lagi kalau suara itu, bukan suara majoriti.

Apa yang perlu diingat SMM hanyalah kelompok kecil di kalangan mahasiswa, mereka tidak pernah dan tidak akan dianggap mewakili seluruh mahasiswa di negara ini.

Justeru tidak perlulah SMM terlalu angkuh, seolah-olah desakan mereka harus dipatuhi kalau tidak, kerajaan akan berhadapan dengan bantahan besar-besaran mahasiswa.

Hakikatnya, negara ini mengamalkan demokrasi dan kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak dan dalam apa juga isu.

Malahan kalau dikaji, mahasiswa di negara ini paling beruntung kerana mendapat pelbagai faedah dan manfaat daripada kerajaan, termasuklah terbaru sumbangan baucer RM200 untuk mahasiswa membeli buku.

Perbezaan pendapat dan pandangan adalah perkara biasa dalam kehidupan, apa yang penting ia pendekatan bagi menyatukan perbezaan tersebut.

Sudah pastilah ia perlu dilakukan secara berhemah dan bersopan, bukannya cara dianggap biadab dan tidak bertamadun.

Adalah sesuatu yang malang apabila SMM menganggap tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri adalah perkara kecil berbanding tuntutan mereka.

Kalau itulah pandangan mereka jelaslah, SMM adalah terdiri daripada sekelompok mahasiswa yang tidak matang dalam bertindak. Mereka melakukan sesuatu tindakan berdasarkan emosi dan bukannya akal.

Apa yang dibimbangkan, jika beginilah tahap pemikiran yang ada dalam SMM, mereka boleh terpengaruh dengan mainan politik sesetengah pihak.

Kepada SMM, berhentilah bersikap angkuh atau merasa hebat, urusan kalian di universiti masih belum selesai, berusahalah menjadi mahasiswa yang cemerlang dalam pelajaran dan bukannya terpekik terlolong di jalanan.

Tidak salah untuk memberi pandangan dan cadangan tetapi lakukanlah secara berhemah. Malaysia berhasrat melahirkan generasi mahasiswa yang berkualiti dan menggunakan pertimbangan akal dalam melakukan tindakan, bukannya kelompok mahasiswa yang cetek fikiran dan mengikut perasaan.

Seandainya kelompok SMM ini merasakan diri mereka hebat dan mampu mengubah segala-galanya melalui demonstrasi serta perbuatan biadab yang dianggap kecil maka mereka juga perlu bersedia menanggung akibatnya termasuk disingkirkan dari universiti.

Mungkin itu yang mereka mahukan supaya akan dianggap wira tetapi percayalah rakyat sudah mampu menilai siapa yang layak menjadi wira dan siapa pula hanya sekadar 'boneka'.

UTUSAN MALAYSIA

Adam Adli Kini Kesorangan Dalam Perjuangan.



Sepanjang penubuhannya, PKR telah mengkaderkan ahli-ahli baru yang sentiasa mengamalkan sikap revolusioner dengan sebahagian pegangan Mao Tze Tung iaitu golongan pelajar menentang guru, golongan muda memusuhi golongan sederhana dan idea-idea anti-establishment menjadi motif pendewaan, turut menunjangi perjuangan parti tersebut.
Ianya tidak menghairankan memandangkan Anwar Ibrahim sendiri merupakan seorang pejuang Sosialis pada zaman pelajarnya. Kemudian bertukar kulit menjadi seorang pejuang pergerakan Islam, sebelum bertukar kulit lagi menjadi seorang pejuang Nasionalisme dan pada penghujung kerjaya politiknya, sekali lagi bertukar sebagai Sosialis Islam yang memperjuangkan Pluralisme dan Liberalisme.
Menentang kerajaan atau anti-establishment dianggap sebagai kemuncak kejayaan pejuang-pejuang muda. Lagi hebat penentangan terhadap kerajaan, mereka akan dianggap sebagai pemimpin masa hadapan yang bersuara lantang.
Cuma sesuatu yang agak aneh di Malaysia ialah, semangat membara menentang kerajaan yang dipertontonkan menerusi siri-siri demonstrasi semenjak 1974 hanyalah membabitkan pelajar-pelajar Melayu yang kemudiannya diketahui keciciran dan terpaksa mengulangi kembali pelajarannya. Malah lebih ramai yang terus tercicir dengan Anwar Ibrahim sendiri adalah contoh utamanya.

MKP melihat  tuntutan Bebas dan mendapati ia kurang berasas antaranya kerana:

1.     Memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan Akta 555.

Tuntutan ini sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi. Saya bersetuju pindaan pada Seksyen 15 dan ia adalah lambang keterbukaan kerajaan dalam memperkasa suara mahasiswa.
 
 
2.     Bebaskan Ilmuwan Berakademik.

Adakah selama ini Ilmuwan kita tidak bebas berakademik? Menyatakan pandangan dan pendirian politik atas topi parti bukan kebebasan berakademik tulen. Saya percaya isu ini timbul akibat sentimen terhadapkes Prof Aziz Bari di UIA dan halangan pembentangan buku Datuk Saifudin Abdullah (buku berjudul Kalau Saya Mahasiswa) dan ini dijadikan modal untuk menghentam kerajaan tanpa asas.

3.     Bebaskan Mahasiswa Bersuara.

Kebebasan bersuara yang bagaimana lagi yang mereka mahukan? Datuk Seri Najib Tun Razak  telah membuka ruang seluasnya untuk mendengar suara mahasiswa melalui pelbagai pendekatan. Kenapa tidak menggunakan saluran disediakan?

4.     Bebaskan Mahasiswa Mengurus Pilihanraya Kampus.

Mahasiswa sendiri tidak bersifat berkecuali seandainya mereka diberi tanggungjawab ini dan akan terdedah kepada pelbagai agenda yang tidak bersesuaian dengan tujuan asal pilihan raya kampus. Tuntutan untuk menggunakan SPR dalam mengurus pilihan raya kampus juga agak pelik kerana kelompok pro mahasiswa inilah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.

5.     Bebaskan Mahasiswa Mengurus Tadbir Persatuan dan Aktiviti.

HEP hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya program dan aktiviti pelajar tidak terpesong dari maksud asal program. Apa yang dikatakan sebagai kebebasan urus tadbir? Persatuan dan aktiviti tidak berdaftar sememangnya akan di halang kerana setiap aktiviti perlu membawa manfaat kepada mahasiswa secara keseluruhan dan bukan sekadar alat pihak tertentu. Tuntutan ini tidak lebih sekadar provokasi dan usaha awal untuk menutup terus HEP sebagai jabatan yang mengawal dan mengurus tadbir aktiviti pelajar.
 
6.     Bebaskan Mahasiswa Berpatisipasi dalam Politik.

Perdana Menteri sendiri bersetuju meminda Seksyen 15 AUKU yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik dan ia sedang diproses. Kebebasan bagaimana lagi mahasiswa mahukan?

Sehubungan itu, kesemua tuntutan ini hanya bersifat retorik.

Bagaimanapun  kelompok seperti ini harus dekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik terdesak mereka.

TAUFAN mula membadai PAS...


Hangat....memang hangat...Ambil kira kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, nampaknya apa yang berlaku kepada Datuk Dr Hasan Ali dan kemudiannya Nasaruddin Mat Isa yang membelanya...jelas parti itu sudah hampir ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan mereka.
Ikut ceritanya ramai di kalangan ahli parti itu sendiri yang macam tidak percaya dengar kenyataan beliau hentam secara terbuka kedua-dua mereka termasuk dakwa terperangkap dalam agenda UMNO.
Ia dihangatkan lagi dengan pendedahan Mustapha bahawa Dr Hasan,bekas Persuruhjaya PAS Selangor dan Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden PAS jarang hadir mesyuarat parti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tumpang semangkuk macam tidak sabar-sabar mahu melihat Dr Hasan lenyap dengan kenyataan terbuka ‘mempersilakan' Exco Kerajaan Negeri Selangor itu keluar parti atas alasan hak negara demokrasi.
Rupanya kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang menyatakan ADUN Gombak Setia itu tidak cukup pencalonan dan tidak layak bertanding dalam PRU ke 13 telah membuka mata semua orang pada perang dingin yang serius PAS.
Ini kerana kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa sendiri dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercanggah satu sama lain.
Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim menyifatkan soal pencalonan itu tidak betul kerana Majlis Syura dan Pusat akan menentukan siapa layak bertanding.
Nik Aziz pula serahkan pada PAS Selangor menjelaskan isu itu.
Namun, sehingga hari ini Persurhjaya PAS yang menggantikan Dr Hasan iaitu Dr Rani Osman masih berdiam diri tentang isu kenyataan Saari  kecuali timbalannya Khalid Samad seperti dilaporkan media arus perdana mengesahkan apa dikatakan Ketua Penerangan PAS negeri itu.
Bagaimanapun, kenyataan Mustafa dalam wawancara akhbar dan portal organ PAS,  menampakkan seolah-olah Dr Hasan dan Nasharuddin bakal ‘sama-sama dimandikan’ supaya tidak bertanding pada pilihan raya nanti.
Nasharuddin dalam respons terhadap apa yang menimpa Dr Hasan menyifatkan pelik kerana ada pihak mengeluarkan kenyataan lebih awal daripada Presiden PAS.
Kerana itu, Nasharuddin kena sedia ‘dimandikan’ oleh pemimpin lain yang tidak sebulu dengannya selepas Mustafa seolah-olah memberi lampu hijau.
Timbul tanda tanya, adakah Mustafa kini lebih berkuasa daripada Majlis Syura, Presiden dan Mursyidul Am?
Pendedahan beliau kononnya ada bukti Dr Hasan berusaha menyakinkan beberapa pemimpin PAS lain supaya bersamanya jika benarpun, tidak patut Mustafa dedahkan begitu saja.
Jika benarlah Dr Hasan dan Nasharuddin bakal ‘dimandikan’ oleh PAS, ia boleh dilihat sebagai dendam pucuk pimpinan tertentu dalam parti itu yang melihat kedua-dua mereka ada persamaan.
Ini membuatkan sesetengah pemimpin PAS sudah ada berani mempersoalkan apakah  ini tanda golongan ulama bakal dicantas dalam kepimpinan parti itu?
Adakah salah Dr Hasan dan Nasharuddin yang mempertahankan Islam dan perpaduan sehingga PAS bertindak demikian?
Memang Dr Hasan pernah dikaitkan dengan usaha kerajaan perpaduan di Selangor antara PAS dan UMNO sebelum kerajaan PKR menerajui negeri itu.
Begitu juga Nasharuddin yang jadi mangsa terpaksa ‘bersilat’ dengan Nik Aziz gara-gara cadangan perpaduan Islam dan Melayu antara PAS-UMNO di peringkat pusat.
Nampaknya, PAS menggunakan sebutir peluru bagi menumbangkang  Dr Hasan dan Nasharuddin yang kini dianggap ‘dua musuh’ dalam parti.
Inilah peluang terbaik puak tertentu dalam PAS yang tidak mahu lagi melihat kedua-dua pemimpin PAS itu kekal dalam parti kerana boleh menyekat hasrat mereka untuk lebih mesra berpelukan dengan PKR dan DAP.
Namun ada yang berkata puak-puak ini perlu ingat, adakah ahli-ahli dan penyokong PAS boleh terima bulat-bulat pemimpin yang pertahankan Islam dan Melayu disingkirkan atau diperlakukan begitu sahaja ibarat habis madu sepah dibuang?
                                  
Dr Hasan dan Nasharuddin jika ‘dibuang’ keluarpun dari PAS, mereka mungkin boleh melangkah senang hati...
Mustapha sendiri sebut mereka jarang hadir mesyuarat.
Dalam politik kalau begini...biasanya mesti ada yang tidak kena.
Siapa tahu mungkin banyak yang pelik dalam PAS sekarang...
Mungkin Dr Hasan dan dan Nasaruddin lebih mengetahui.
 OLEH ROSLAN BIAN  AGENDA DAILY.


Tuesday, December 20

Steelers @Nik Nazmi Kata PKR Tiada Kaitan.Adam Adli DiBogelkan.


Semua dah tahu yang PKR memang mempunyai kaitan dengan Adam Adli dan kekecohan yang berlaku di PWTC iatu rumah UMNO,Bodohnya Nik Nazmi tahap cipan yang menyatakan PKR tiada kaitan dengan perancangan tersebut:
SHAH ALAM- Tindakan mahasiswa menurunkan  bendera berwajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu tidak mempunyai kaitan dengan PKR.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, arahan kepada mahasiswa tidak boleh dibuat sesuka hati kerana mereka mempunyai pendirian tersendiri.
"Sekarang yang menjadi tumpuan ialah mengenai pelajar yang menurunkan bendera. Sedangkan isu pokoknya sekarang ialah isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan kebebasan akedemik.
Nie sapa dia bukan Chegu baRd.
Dalam Video nie gambaq sapa heee..

Adam Adli Biadap! Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa.





Laporan polis yang telah dibuat melibatkan suara mahasiswa daripada Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa yang bernaung di bawah Kumpulan Rakan Siswa Malaysia  oleh Pengerusi SSKM, Muhamad Mukhlis Bin Maghribi.SSKM yang mempunyai rangkaian 18 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta.Mereka berhasrat untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka diatas tindakan biadap menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Malaysia oleh Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM).Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa merasakan tidakan SMM dan beberapa pertubuhan berhimpun bersama pada hari tersebut adalah tidak wajar.




Oleh itu,rasional laporan dibuat adalah lebih fokus kepada isu tindakan penurunan bendera dan perhimpunan yang dilakukan oleh SMM yang disifatkan biadap dan tidak mewakili keseluruhan Suara Mahasiswa Malaysia dan merasakan tindakan mereka perluu diselar.Bendera wajah Perdana Menteri telah digantikan dengan bendera SMM juga telah mendorong rakyat Malaysia terutama mahasiswa-mahasiswi berasa marah dan kurang selesa.


Empat tuntutan telah dibuat kepada pihak Polis untuk kembali menganalisa isu perhimpunan dan penurunan bendera tersebut:


1. Menyiasat penubuhan SMM samada ia merupakan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) ataupun berdaftar dengan mana-mana Persatuan di dalam Universiti mengikut peruntukan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971


2. Menyiasat samada perhimpunan yang diadakan Di PWTC itu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan PWTC atau tidak?


3. Menyiasat samada perhimpunan yang dilakukan itu mendapat permit dari pihak Polis atau tidak?


4. Tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri dilihat sebagai satu tindakan vandalisme dan ia merupakan satu kesalahan merosakkan harta benda awam.

Adam Adli Akhirnya?

Melihat kepada mahasiswa yang menjadi perbualan hangat masa kini Adam Adli.Mahasiswa kebanyakkannya menolak dan ada yang menyokong tindakan yang dilakukan oleh beliau.Natijahnya amat besar kepada semua mahasiswa.Di ibaratkan seekor kerbau terpalit selut akhirnya semua terpalit sama.

Buat pengetahuan mereka yang hadir demontrasi aman di UPSI pagi tadi bukan hanya Pemuda UMNO, tetapi turut disertai rakyat tempatan Tanjong Malim yang berbilang kaum dari pelbagai latarbelakang dan berbagai usia. Mereka merasa sungguh terkejut dengan sikap biadap seorang pelajar yang menuntut di UPSI, sebuah institusi yang namanya begitu harum dan telah melahirkan begitu ramai pendidik anak bangsa.

Biarpun bilangan yang hadir sekitar 200 orang (bukan 50 seperti yang didakwa), tetapi mereka ini warga Tanjong Malim yang begitu sayangkan nama baik UPSI, dan tidak pernah terlintas difikiran mereka bahawa di dalamnya ada seorang pelajar yang bersikap begitu buruk sehingga sanggup menurunkan bendera wajah Perdana Menteri di 'rumah' UMNO - PWTC.

Pelajar yang bersikap buruk seperti Adam Adli ini hanya segelintir di dalam UPSI. Majoriti yang lain masih tahu matlamat asal mereka menuntut di menara gading itu. Bak kata pemimpin Majlis Hal Ehwal Pelajar (MPP) yang hadir menemani Naib Censelor tadi, "jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Nila setitik ini masih boleh disudu dan dikeluarkan daripada belanga supaya susu tidak menjadi rosak. Malahan susu ini bakal menghilangkan dahaga ilmu anak bangsa generasi akan datang. Janganlah beri anak bangsa kita minum susu yang telah rosak.

Adam Adli ini ibarat susu yang sudah rosak. Dari cara percakapannya yang angkuh dan enggan memohon maaf kepada Perdana Menteri itu sudah jelas menunjukkan kerendahan moral dan kebiadabannya. Maka menjadi tanggungjawab UPSI untuk mengambil tindakan sewajarnya mengeluarkan susu yang rosak ini. Gunakanlah AUKU yang masih boleh digunapakai, dan janganlah tunduk dengan ancaman segelintir kecil mahasiswa picisan ini. Tindakan tegas UPSI bukan sahaja akan melegakan hati majoriti rakyat, malahan hati pelajar UPSI yang lain.

Adam Adli dan kumpulannya bukanlah nak perjuangkan sangat isu kebebasan kampus, tapi lebih kepada memperjuangkan agenda parti pembangkang, PKR, PAS, DAP. Isi dan cara bercakap pun sudah jelas. Nak buat mini revolusi jika Adam Adli diambil tindakan? Kita nak tenguk macamana mini revolusi tu. UPSI jangan tunduk kepada sikap segelintir pelajar yang dah songsang matlamat ini. Majoriti mahasiswa masih bersama aspirasi kerajaan, hati mereka inilah yang perlu dijaga dan merekalah yang perlu dihormati.

Laporan selanjutnya tunggu selepas ini.Apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG MPP UPSI !! ADLI CALARKAN IMEJ MAHASISWA & UPSI !! TAHNIAH !!



Saya mewakili YDP MPP UPSI, MPP UPSI dan seluruh mahasiswa UPSI membantah keras tindakan yang dilakukan oleh Adam Adli, mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera PM di PWTC. 

Beliau bukan membawa nama mahasiswa UPSI dalam tndakannya!!! Itu tindakan individu berkepentingan sendiri. Wajar diberi tindakan sepatutnya!!! Ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!

- Shahril Khasin, Setiausaha Agung MPP UPSI

Adam Adli : Pengetahuan Kebudayaan Satu Keperluan Mahasiswa



Atas kesedaran mahasiswa untuk menjadikan gerakan “melata kebumi” atau menjadikan sifat subjektif teorikal gerakan kampus kepada implementasi segar kepada masyarakat setempat. Perbahasan budaya masyarakat selalu dikupas secara teknikal sempit sehingga mahasiswa melihat enteng kepada penyediaan sosiolisasi (pembiasaan) diri dengan adat, pemikiran, perspektif dan tanggapan masyarakat kampungnya. Maka perbahasan ini MKP namakan sebagai Pembahagian Budaya atau pengkelasan budaya (cultural taxonomy) atas sebab pentingnya kita mengetahui disiplin membahagikan pembudayaan masyarakat bukan secara rawak sebaliknya perlu membahagikan budaya berdasarkan faktor geografi, asal usul serta bahasa sesuatu masyarakat.



Terlalu pentingnya kita meraikan budaya sesetengah tempat kerana budaya adalah suatu kuasa semulajadi yang “memerintah” pengetahuan, ciri-ciri pengetahuan, perasaan, tradisi, perspektif serta idealisme sesuatu kelompok masyarakat. Atas sebab itulah kita selaku mahasiswa yang berkemandirian tinggi perlu memahami hakikat ini agar mahasiswa tidak dipinggirkan apatahlagi layu di tengah jalan dakwah. Kelayuan bukan atas sebab kekurangan pengetahuan dan amalan sebaliknya layu akibat salah tanggapan dengan “basis” asas masyarakatnya.

Sebagai contoh, Mahatma Ghandi adalah tokoh India yang berpemahaman dinamik terutama dalam konsep dharma Hinduisme.Pemahamannya yang jelas dengan tanggapan masyarakat, tahap mentality serta mengimplimentasi konsep dharma dalam seruan kesatuan Indianya.

Contoh lain adalah sikap gerakan Ikhwanul muslimin yang tidak terlalu gopoh menghukum masyarakat syiah nusairiyyah yang sesat di Syria. Kita sedia maklum majoriti pada suatu ketika di syiria, mereka terlalu mendominasi massa. Bagaimana sikap mereka yang biadab menyebabkan Syria jatuh ke tangan British. Sebaliknya budaya Syiah Syria yang jelas syirik dijadikan sebagai jambatan untuk membina pengaruh di Syria.

Pemahaman pembudayaan ini perlu juga diketagorikan kepada tahap umur masyarakat umpamanya. Pembiasaan kita kepada pergaulan dengan golongan remaja islamik umpamanya tidak boleh disamakan dengan pergaulan remaja lain ataupun budak tahap rendah. Begitu juga pergaulan dengan golongan tua yang perlu diambil berat persoalan sensitivity, tanggungan dan pandangan lama mereka atas dasar pengalaman. Tujuan MKP mengemukakan tajuk ini adalah untuk membuka mata mahasiswa bahawa kegagalan mereka menceburkan diri dalam kelompok besar masyarakat adalah sikap mereka sendiri.

Budaya elitisme, budaya kerja last minutes, budaya cakap tak serupa bikin dalam perancangan serta idealisme melampau meninggikan keberasingan kita dengan kelompok berkenaan. Terlalu penting mahasiswa untuk berhenti sejenak apabila membaca topik pembudayaan dan nilai budaya masyarakat setempat untuk direnung dan dihadami. Kita perlu insaf dengan usaha Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang berusaha menyebar Islam dan meningkatkan jati Melayu melalui pemertabatan budaya melayu. Tokoh-tokoh nationalis Islam seperti Dr Burhanuddin Al Helmi dan Prof. Zulkifli Muhammad juga menjadikan teras pembudayaan melayu Islam sebagai maudhu dan pilaar dakwah mereka. Sikap revolusioner berasaskan budaya Melayu Islam adalah senjata ampuh bagi tokoh-tokoh ini.

Konsep ketamadunan Islam tidak sama dengan peningkatan graf ketamadunan lain terutama tamadun barat. Sebagai contoh kita melihat terlalu banyak mahasiswa graduan barat yang turut terpengaruh dengan konsep kemodenan dengan meninggalkan aspek pemanduan agama. Namun kronologi ketamadunan Islam membuktikan kemajuan adalah atas kesepaduan syariat dengan keikhlasan pemimpin Islam itu sendiri. Pembebasan masyarakat Eropah daripada kongkongan gereja pada zaman pertengahan adalah akibat penyelewengan gereja bukannya salah agama samawi berkenaan. Begitu juga dengan pembawaan kita selaku mahasiswa Islam. Bagaimana usaha meyakinkan masyarakat dengan keharmonian budaya melayu dengan syariat Islam tulen tanpa membelakangkan konsep usul agama kita. Sikap Baginda Rasul yang turut meraikan kepelbagaian persepsi masyarakat menimbulkan kaedah pembacaan Al Quran yang pelbagai. Inilah unggulnya gagasan Islam yang kita bawa.

MKP kata:Adam Adli kembalilah kepada asas menjadi mahasiswa yang mempunyai jati diri tidak memalukan bangsa sendiri.Pendapat MKP menyatakan anda telah lari dari asas kerana dirasuk oleh sifat ingin memberontak yang dihalusi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam survival politik.Bapa Adam Adli hanya seorang pekerja KTM. Keluarganya menyewa rumah kampung di Permatang Bertam, Kepala Batas..Sudah tentulah Adam anak harapan kepada keluarga pekerja KTM tetapi dengan perbuatan anaknya yang tiba-tiba menjadi berita utama sikit sebanyak telah memalukan keluarga dan paling menyedihkan apabila mengenangkan masa depan yang gelap untuk Adam. 

Adam mungkin dibuang dari UPSI dan tidak lagi layak untuk berada dalam mana-mana IPT Awam dan mungkin akan kembali ke kampung sebagai tukang sepak kertas. Sedih bila membayangkan air mata ibunya yang akan mengalir kerana sedih dan malu mengenangkan perbuatan anaknya. Ayahnya mungkin akan mendapat penyakit kemurungan apabila mengenang nasib anaknya yang menjadi sandaran dihari tua kini berkecai umpama kaca yang jatuh ke tanah dan pecah berderai. 

Atau memang Adam jenis anak rintik bapa borek kerana emak bapaknya adalah penyokong tegar pakatan

Adam Adli Ikut Jejak DAP





Konvesyen DAP yang diadakan baru-baru ini mengeluarkan satu usul menyatakan akan membuat ancaman berlandaskan kepada undang-undang kepada Cybertroper UMNO serta penyokong Pro Kerajaan.Caranya mudah mengumpul maklumat berkenaaan provokasi melampau oleh cybertroopers dan membuat laporan  kepada Polis,SKMM atau mengeluarkan kenyataan menyaman di Mahkamah.Dengan cara ini akan mengurangkan ancaman serta provokasi yang dibuat oleh cybertroopers Pro BN.Kecenderungan ini diusulkan kerana melihat dari keadaan semasa yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat dan Parti DAP,PAS dan PKR.Adam Adli telah memulakan langkah pertama berbuat demikian kerana merasakan dirinya diancam oleh penyokong BN.Padahal yang berlaku sebaliknya.Sehingga kini tidak ada satu calar dibadannya pun.


Dari video diatas ternyata apa yang diugut tidak akan terjadi,ternyata golongan mahasiswa yang lebih ramai tidak menyokong apa yang dibuat oleh SMM.Berikut adalah kenyataan media oleh Akmal Saufi Mohamed Khaled:,

Majoriti mahasiswa tidak bersetuju tindakan Adam Adli.Hanyalah golongan yang saja ingin mencetuskan provokasi sedangkan perbincangan meja bulat baru sudah diadakan untuk mendapat sudut pandangan pelbagai pihak untuk berkenaan AUKU.

Bukan itu saja,malah kelihatan secara umum,AUKU digesa dihapuskan dalam perbincangan tersebut dan The Star Online turut melaporkannya.Ini menunjukkan berita masih boleh sampai kepada rakyat tanpa perlu provokasi kumpulan kecil mahasiswa ini.Tiada wujudnya 'news blackout'.

Walaupun mahasiswa inginkan peluang lebih lapang menyuarakan pendapat,tetapi ia tidak bermaksud mahasiswa akan mengejar kebebasan itu dengan tidak menghormati nas undang-undang dan maruah pihak lain.

Saya pohon masyarakat tidak memandang serong kepada mahasiswa kerana mereka tidak mewakili kami.

Pada masa yang sama,kami mewakili rakan-rakan mahasiswa mahasiswi menolak tindakan mengaibkan diri individu dari mana-mana pihak kerana ia bukan menjuruskan kepada penyelesaian tetapi lebih kepada menjatuhkan maruah semata-mata.

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Mahasiswa Aman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Anwar Sampai Kapan Mahu Kelentong?



Ayahanda Tun M. mencabar Anwar  bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.Ayahanda Tun tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Anwar itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.


Cabaran itu dibuat ekoran portal propembangkang, Meloyakini melaporkan Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini, mendakwa Ayahanda Tun telah melakukan perbuatan yang akan merugikan negara itu.Dalam reaksinya sehari selepas itu, Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran berkenaan termasuk mendakwa apa yang dibangkitkannya melibatkan soal rasuah dan jenayah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah.


Sebenarnya, berbohong, memutar-belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi tabiat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah sesuatu yang baru.



Ini dapat dilihat pada 1998, apabila beliau mendakwa menyimpan enam kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini tidak pernah didedahkan.


Pada 1999 pula, Anwar digambarkan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat berikutan terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya menggunakan racun asernik. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi penyampai segala dakwaan Anwar itu turut menuduh suaminya disuntik dengan virus HIV semasa dalam penjara dan akan meninggal dunia dalam tempoh singkat kerana AIDS.


Isu keracunan arsenik dan virus HIV itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.


Pun begitu, walaupun diramal meninggal dunia dalam tempoh singkat, sehingga kini, Anwar segar bugar dan pemeriksaan yang dilakukan doktor mendapati tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuhnya.


Biarpun berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kreativiti Anwar dalam menghasut dan meracuni fikiran rakyat tidak pernah luntur.


Semua ini dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya dan untuk mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya.


Pada 2001, Anwar digambarkan berkeadaan sangat uzur hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher kerana menghadapi sakit belakang yang kronik. Penipuan mengenai penyakit yang dihidapinya terbongkar apabila satu rakaman video menunjukkan Anwar dalam keadaan sihat ketika berada di hospital.


Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, beliau dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapat rawatan di Hospital Munich, Jerman.


Sebaik sahaja tiba di Munich, stesen televisyen CNN menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan beliau tidak lagi memakai pendakap leher dan boleh berjalan sendiri tanpa kerusi roda walaupun belum dirawat.


Dalam pada itu, tidak semena-mena apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa diliwat pada Jun 2008, Anwar berkejar ke kedutaan Turki bagi mendapat perlindungan dengan alasan menerima ugutan bunuh. 


Persoalannya siapa yang mahu membunuh Anwar? Pelbagai pihak selepas itu menyifatkan tuduhan beliau ‘tidak masuk akal sama sekali’, tambahan pula beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.


Ingatlah, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru buat selama-lamanya. Semoga kedatangan 2012 yang dikaitkan sebagai era transformasi besar-besaran terhadap evolusi umat manusia akan membuat Anwar sedar mengenai kewajipan seseorang muslim untuk bercakap benar walaupun pahit.

Adam Adli Hang Cari Pasal Buat Apa?



Masa hang buat demo yang menyusahkan ramai orang dan menurunkan bendera gambar Najib, lebih guna akai ke atau tulang 4kerat...jadi jangan salahkan rakyat apabila lebih ramai yang nak menggunakan tulang 4 kerat bila berdepan dengan masalah ini. Apa orang kata,hang berani buat berani tanggung la.


Monday, December 19

Don't Watch It If You Are Under 18.... Very Dangerous Video...!!!


sesiapa yang berani nak tonton video ini silakan akan tetapi jangan pulak meniru aksi tersebut kerana ianya merbahaya dan tidak sesuai ditonton oleh bawak 18 tahun.

Tun Mahadir Bohong?????????


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak-budaknya dalam PKR nampak gaya dalam mood 'raya sakan' kerana merasa macam dapat 'hadiah cepumas' balun Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semua orang dah tau ini gara-gara Ketua Umum PKR itu dakwa kononnya ada bukti konon bekas Perdana Menteri itu bohong beliau tidak memohon pinjaman Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.
Sandaran mereka hanya pada senarai yang tertera di laman web Bank Dunia yang tunjuk bantuan untuk Malaysia antara 18 Jun 1998 hingga 30 Mac 1999.
Laman web itu menyenaraikan empat bantuan dalam sektor pelajaran,ekonomi,teknikal dan sosial untuk Malaysia.
Anwar dalam twitternya pagi Ahad bukan main garang lagi kata ' Nak sumpah apa" merujuk pada cabaran Dr Mahathir beliau bersumpah di masjid jika benar.
Bekas Perdana Menteri minta Anwar tunjuk surat beliau memohon bantuan Bank Dunia bagi membuktikannya.
Anwar yang ditemui wartawan di Pulau Pinang selepas itu macam biasa tunjuk pendirian tidak mahu layan cabaran bersumpah.
Tentu ingatkan beliau tidak ke masjid dalam dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlan dan videk seks didedahkan oleh trio Datuk T.
Anwar bagi alasan cabaran Dr Mahathir beliau tunjuk surat  adalah satu perangkap.
"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu."Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi  pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.
Makanya sepanjang Ahad budak-budak PKR bukan main galak tweet sana sini balon Dr Mahathir bohong.
Soalnya sekarang apakah senarai yang tertera dalam laman web Bank Dunia itu bukti sahih Dr Mahathir bohong?
Satu sumber yang rapat dan lama berkhidmat dengan bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi Agendadaily petang Ahad nampak relaks saja ketika ditanya mengenai senarai di laman web Bank Dunia itu. 

Dari cara cakapnya Anwar dan budak-budak PKR mungkin kena tekan brek syok sangat dan mungkin gigit jari nanti.
"Mana  dia surat yang kata Tun minta pinjaman Bank Dunia itu," katanya.
Sumber itu berkata setahu beliau bekas Perdana Menteri itu memang tidak minta bantuan dari Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.
"Tun sendiri sudah cakap beliau tidak minta...itulah yang sebenarnya,"katanya.
Kata sumber itu senarai dalam laman web Bank Dunia itu tidak membawa maksud Dr Mahathir memohon.
"Tun sendiri ada kata Bank Dunia desak kita terima bantuan dana tapi kita menolak.
"Apakah separuh atau semua yang disenaraikan dalam laman web Bank Dunia itu diterima.Ataupun Bank Dunia lulus tapi kita menolak...samaada kita terima atau tidak...itu tidak disebut oleh laman web itu,"katanya.
Sumber itu menjelaskan apa yang disenaraikan dalam laman web itu mungkiin diluluskan sendiri oleh pihak Bank Dunia tetapi disitu tidak sebut samaada Malaysia terima atau tidak tawaran itu ataupun siapa yang memohon.
" Siapa tahu Anwar sendiri yang memohon bantuan itu...ini kerana permohonan tidak semesti ikut tarikh ia diluluskan sertamerta ( merujuk kepada empat tersenarai dari 18 Jun 1998 ke 30 Mac 1999 - waktu itu Anwar sudah tidak Menteri Kewangan).
"Biasakan...kalau kita mohon sesuatu pinjaman...ada masanya sampai tiga empat tahun selepas itu baru diluluskan.Inikan melibatkan dana yang beratus juta.
"Pernah kita dengar sesuatu permohonan dilulus dalam masa sehari,seminggu atau sebulan...katakan kalau permohonan dibuat dua tiga tahun sebelum Jun 1998...siapa Menteri Kewangan waktu itu dan siapa yang semua orang tahu cukup cenderung sangat nak ikut cara  IMF masa krisis kewangan.

"Sebab itu seperti Tun kata tunjuk surat yang kata beliau ada minta bantuan dari Bank Dunia.Kalau ada surat itu boleh percayalah,"katanya.
Apapun cukup seronok tengok gelagat Anwar dan budak-budaknya dalam bab kalau merasa KONON ,mereka sudah dapat bukti.
Ambil contoh isu pendedahan video seks oleh Datuk T sudah.Ia disahkan 99.9 persen tulin oleh pakar luar negara pun...mereka masih cuba nak ' bersilat'.
Wajah dalam video itu amat seiras dengan Anwar.
Begitu juga CCTV dua lelaki yang naik turun lif apartmen llokasi rakaman adegan seks.Siapa tak kenal wajah lelaki bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah itu.
Namun mereka cuba ' buat lawak' macam tak faham...dan berlagak seolah-olah tak ada hal.
Anehnya keterangan pakar luar negara yang menyebelahinya misalnya dalam perbicaraan kes liwat...pasukan peguamnya habis-habisan ditekan ia betul dan mesti diterima.
Ewah ewah...yang sahkan video seks 99.9 persen tulin tu bukan pakar luar negara ke ?
AGENDA DAILY.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive