Sunday, January 1

Dulu Cik Srikandi,Sekarang Adam Adli.Anwar 901.



Orang politik diminta tidak masuk ke universiti dan menerap budaya politik yang kurang ajar sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim pada awal pagi 1 Januari lalu adalah contoh campur tangan orang politik dalam kehidupan pelajar.



Agenda politik, itu yang kita perlu ketahui bila pembangkang dan para media upahannya hand to hand menuduh polis kejam dalam menyuraikan demosntrasi pelajar di UPSI awal pagi tadi dikala belum apa-apa pun terbukti.  Pendeknya, depa sendiri tertuduh, peguambela, pendakwaraya dan hakim dikumpulkan sekali gus untuk menyerang intergriti pasukan polis.


Belum apa-apa, gambar orang berbalut dan kain yang ‘dilumuri’ darah sudah disiarkan ke serata pelusuk negara bagi menggambarkan seolahnya berlaku kekejaman dalam usaha polis menyuraikan rusuhan pagi tadi.



Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.
Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Sebenarnya, cerita ‘keganasan polis’ ini kemudiannya akan dicantum dengan tindakan budak keding Adam Adli menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri beberapa minggu sudah dan dicantumkan untuk mencipta persepsi buruk kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Kononnya, negara ini dibawah  ’police state’ dan menghalang suara mahasiswa.

Maaf cakaplah, zaman-zaman ‘Ombak Rindu’ ini, semua rakyat pun dah faham drama berakhir macam mana sekadar mengikuti episod pertama dan kedua sahaja.  Sama juga halnya dengan so called ‘keganasan polis’ di UPSI yang dimainkan semua media pembangkang hari ini.

Penulis yakin, semuanya pun dah siap, video dan apa segala yang boleh saja dimuat turun ke Youtube dengan segera tanpa menunggu apa-apa yang lain - kalau betul ‘keganasan polis’  itu wujud.  Tapi bila gambar saja yang ditunjukkan, penulis dah tau dah, ini satu lagi pembohongan dan pembohongan memang jadi kegemaran pembangkang di Malaysia.

Dengar cerita, ada Timbalan Menteri BN juga sudah bersiap-siap untuk menyalahkan polis sama.  Boleh agak ke siapa dia?

VIDEO GEMPAR : KEKECOHAN DEPAN UPSI.


Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.
(GAMBAR: Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)
Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.
Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.
Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.
“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.
Beliau juga mendesak  pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.

(SUMBER GAMBAR: Blog Politikus)

Mahasiswa Utama 901 di Pulau Pinang!!!



Siapakah di belakang pro M USM yang mahu dan telah pun bersekongkol dengan dap, pkr dan pas pulau pinang.Persatuan mahasiswa islam, bahasa tionghua , PRS,kadet polis dan DEMA nama yang selalu di sebut di peringkat perbincangan luar . lulusan usm yang memimpin persatuan bahasa tionghua mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan guan eng. lahir nama seperti genei lim ( pkr), lim huat seng ) dan sok soh hua yang menggerakan DEMA dan berselindung di sebalik nama wartawan. semua dana dari dap di masukkan melalui mereka.


Gerakan 901 melibatkan mahasiswa usm secara tidak disedari. apapun, VC baru usm harus peka tentang hal ini. bukankah usm mempunyai pegawai keselamatan yang terbaik? jabatan keselamatan terbaik dan dinaiktaraf seharusnya memberi maklumat risikan yang juga terbaik.enjin utama 901 di pulau pinang di gerakkan juga oleh mahasiswa usm. tak percaya.....moleklah jabatan keselamatan melalui risikannya mendedahkan.


Seterusnya KLIK DISINI


UPSI Tragedi Berdarah Ambang 2012


Mereka berbaring di jalan raya dan mengusung keranda tertera perkataan “AUKU’ dengan imej gambar Datuk Seri Najib Razak sebagai simbolik bantahan.


Mereka turut membawa bunga Ros untuk dihadiah kepada Perdana Menteri itu dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin.

Sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya dibuat dari susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke UPSI untuk menghalang mahasiswa dan aktivis hadir memberi sokongan.Selepas tangkapan dibuat, pengguna twitter terkejut dan marah apabila akaun atas nama Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan polis menyerbu lokap dan memukul mahasiswa yang sudah ditahan manakala sebahagian ditahan ketika mahu membuat laporan berkaitan keganasan pihak berkuasa itu.



Ikut logik akal,yang tengah baring nak mampus tu..
dalam Tweet Adam Adli,kata kepala dibalun FRU..
Apsal tgk kepalanya ok je...nak kata kena balun belakang kepala
satu titik darah pun takde kat katil tu...
Tulang rusuk patah,dakwa adam adli...
kalau tulang rusuk patah,medical mesti letak dia atas pengusung yang keras tu
bukan letak atas tilam...


Yang kepala berbalut beriya-iya tu...
kenapa baju dalam yang berdarah beriya-iya
tapi baju melayu yang dipakai ok je....
dan kalau kepala yang dibalun,apsal baju dalam yang kena darah
baju melayu dipakai tak kena???

Politik Malaysia Akan KIAMAT 2012!!!


Melangkah masuk ke tahun 2012,semua orang sudah sedia maklum ini adalah tahun penentuan.
Mahu tidak mahu mereka yang layak mengundi perlu membuat pilihan yang bakal mencorak arah tuju negara ini.
Nampak macam kerja mudah - pangkah saja.
Soalnya apakah Malaysia bakal 'kiamat' pada tahun ini?
Para pemimpin Barisan Nasional mengakui pilihanraya umum ke 13 adalah soal 'hidup mati' dalam konteks politiknya.
Disebelah pakatan pembangkang, mereka tidak pernah mengunakan istilah itu yang mengambarkan betapa sengitnya persaingan itu.
Namun hakikatnya,gambaran mereka amat terdesak memang tidak dapat diselindung seurat benang menerusi apa jua gelagat dan lakonan.
Bulan Januari...rasanya tidak mungkin,begitu juga Februari...apa kata bulan Mac atau April ?
Ketika dag dig dug  mengenai tarikh pilihanraya berkumandang di udara, kehangatan suhu politik sudah amat terasa...apa lagi pada 9 Januari ini ada satu keputusan besar bakal dbuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia adalah satu keputusan perundangan yang akan membuat penentuan bersalah atau tidak keatas satu dakwaan perbuatan jijik melibatkan moral dan intregiti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pokok pangkalnya kalau bukan di mahkamah,siapa lagi yang lebih layak memutuskan.
Walaupun cuma seorang insan kecil yang menjadi pembancuh kopi kepada bekas bosnya,Saiful Bukhari Azlan, juga seorang warganegara yang mempunyai hak sama untuk untuk mendapat keadilan.
Riak pembangkang nak bawa keputusan kes itu ke jalanan memang melucukan.
Teori konspirasi terus menjadi alat untuk berselindung walaupun ramai yang sudah nampak kelibat orang 'macam pernah kenal' dalam aksi video seks 99.9 peratus tulen.
Kita faham mereka sudah tidak ada pilihan dan jalan lagi jika kantoi dalam kes mahkamah yang jadi perhatian ramai ini.
Jalan mudah ialah spin kes itu habis-habisan untuk dijadikan senjata terbesar mereka untuk PRU13.
Seronok memang seronok orang yang (jika betul) sendiri bikin untuk syok sendiri boleh perguna dan perbodohkan penyokongnya untuk mempertahankan satu sifat keji.
Menarik untuk dilihat apa yang bakal terjadi pada 9 Januari dan hari-hari seterusnya.
Juga bagaimana pihak berkuasa menangani drama ini.
Negara sudah melalui pelbagai kemelut semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Malaysia terus utuh dan rakyat tetap hidup dalam suasana amai damai... sekalipun terpaksa melayan pelbagai gelagat ribut itu.
Disebalik semua ini kehangatan suhu politik sudah menjadi makanan harian rakyat sejak PRU12 Mac 2008.
Negara tidak pernah sunyi dengan segala macam kontroversi kerana pembangkang merasa sudah berada di persimpangan masuk ke dalam pagar Putrajaya.
Ada saja yang berbangkit...tak itu...ini tak ini...itu.
Pembangkang menjadi besar kepala apa lagi dengan dakwaan orang bukan Melayu kini dalam poket mereka.
Dari sinilah kita lihat pelbagai isu yang dulunya tidak berani disentuh dan sensitif dirobek sesuka hati.
Ini adalah realiti politik semasa.
Tanya mana-mana pemerhati politik sekalipun...semuanya tentu bersetuju PRU13 adalah 'kemuncak' bagi negara ini sejak kita merdeka pada 31 Ogos 1957.
Samada 'Kiamat' atau tidak 'kiamat' Malaysia...untuk menempuh badai kali ini...itu elok sendiri-sendiri mau ingat.
AGENDA DAILY

13 Ditahan Edar Risalah 901.


Penyokong tegar Albjuburi telah ditahan kerana melangar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.Akan tetapi biasalah pihak pembangkang dan penyokong anwar pastinya memyalahkan UMNO/BN deka kerana kesalahan mereka.Sikap mereka cumalah membela anwar yang bakal dijatuhkan hukuman mahkamah akan tetapi benarkan inilah talian hayat anwar yang terakhir.Persoalan muncul dibenak MKP yang menyatakan anwar pasti akan diberi peluang untuk membuat rayuan.Bila dah buat salah tahu pun takut.Kenapa mengunakan rakyat untuk kepentingan peribadi??????????.Hanya rakyat yang taksub atau dibayar sahaja sanggup mempertahan ketua yang sebegitu?????

Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar di situ pada kira-kira jam 3 petang. 
Manakala enam lagi, antaranya ketua AMK negeri Mohd Azihan Che Seman, ditahan di satu sekatan jalan raya di Kuala Krai pada kira-kira 5.30 petang kerana memilik risalah tersebut dalam kenderaan yang mereka naiki. 
Ketika dihubungi semalam, Mohd Azihan berkata, pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada kempen mengajak rakyat menghadiri siri jelajah ceramah Anwar di Padang  Majlis Daerah Machang pada 5 Januari ini sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan pada 9 Januari ini.
MKP Kata:Dah bagitau polis tak bagi edar risalah menghasut supaya tidak membuat demo dimahkamah jalan duta,Depa nie ketegaq biji nak edar jugak padan la dengan muka.Jangan pulak dok salah orang lain.

Adam Adli Ditahan Dalam Rusuhan Tahun Baru...



Adam adli baru sahaja di tahan oleh polis ketika membuat demo di UPSI tengah malam tadi.antara mahasiswa yang kena tahan selain dari adam adli adalah syukri razab SMM dan 15 mahasiswa yang lain.info yang saya dapat mereka di tahan dan di bawa ke balai polis tanjung malim.lepas ini mereka akan salah kan polis konon nya polis bertindak ganas.polis dah bagi amaran jangan rempuh kenapa nak teruskan ??? Adakah ini salah polis ??? Cuba anda beritahu saya ???




Sumber badutrakyat.blogspot.com

‘Anwar bukan pilihan rakyat’



Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.


Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.

Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.

utusan malaysia.

Selamat Tahun Baru 2012.



MKP ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk seluruh rakyat Malaysia terutama pembaca blog MatKilau Penang. 

Tak lupa juga kepada semua rakan blogger pro kerajaan tidak kira blogger Penang ,nadi rakyat, nyamuk , elite , UMB dan lain2 ...tahun 2012 kita kasi gegar lagi hentak Pakatan dan Anwar ! Fokus kepada perjuangan.


Biarlah kita melangkah ke tahun baru ini dengan perjuangan menegakkan kebenaran Demi perjuangan Alif Ba Ta..
SELAMAT TAHUN BARU 2012


Saturday, December 31

Beza Pendekatan Anak Muda BN&DAP.



Konvoi dari seluruh pelusuk Johor ke Penang untuk menyambut tahun baru 2011. Terima kasih kepada yang menyertai konvoi ini...

Penghargaan kepada pencinta2 Rxz, 125, KR dari:-



JB

Pontian

Simpang Renggam

Kluang

Ayer Hitam

Batu Pahat
Rengit
Benut
Pekan Nenas 
Dll...

Itu yang telah dirancang serta telah berlangsung sekarang ini akan tetapi video dibawah pulak pihak DAP buat untuk anak muda Penang supaya terjun kelembah yang menyesatkan anak muda Penang.





PAS Kedah Bakal Tumbang!!!!!!!




 
KEPALA BATAS 31 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukannya memusnahkan demi tujuan komersial."Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini,” katanya. - BERNAMA
 


Di mana suara penyokong2 taksub PAS bila kerajaan Azizan Razak hendak robohkan madrasah ini ?  Kalau UMNO la yang roboh , sudah tentu puak2 kopiah putih terlebih dulu di depan membantah serta  membuat demontrasi .

Hari ini mereka rela madrasah ini dirobohkan sebab yang mengeluarkan arahan adalah kerajaan PAS sendiri . Nampaknya parti lebih diutamakan mereka daripada sensitivit agama sendiri .

MKP :gambar : kredit kepada Media Kedah & Kedah Ke KL ..

Dataran Merdeka Akan Bermandi Darah????? Vendetta Kuala Lumpur 2012!!!


Slogan selamatkan Anwar 901 telah dilaungkan oleh puak penyokongnya berikut adalah video yang mengunakan alasan yang tidak masuk akal kebebasan bersuara la konon akan tetapi hakikatnya,ini semua adalah perancangan Pembebasan Anwar pada 901 yang kan dilancarkar pada malam tahun baru 2012..


Selamat Petang Kuala Lumpur,

Saya, seperti juga anda menghargai keselesaan dalam rutin, keselamatan benda-benda biasa dan keamanan dalam pengulangan. Saya suka lepak di mamak dan tonton tv di rumah seperti mana manusia normal yang lain. Dan dalam semangat menyambut tahun baru ini saya fikir kita patut buat suatu yang istimewa dan meletakkan makna baru kepada tarikh 31 desember.

Sememangnya ada yang tidak mahu kita bersuara. Saya jangkakan sekarang arahan sedang dipekikkan melalui telefon dan lelaki dengan senjata sedang dalam perjalanan ke dataran. Kenapa? Kerana apabila cota digunakan untuk membantai komunikasi, kata-kata akan tetap memiliki kuasanya. Kata-kata merupakan perkakas kepada makna dan kepada sesiapa yang bersedia untuk mendengar, bersedialah untuk kebenaran. Dan sebenarnya ada yang sangat tidak kena dengan negara ini.

Kekejaman, ketidakadilan, dan penindasan. Anda pernah mempunyai ruang untuk membantah dan menyatakan pendapat sebebasnya tetapi sekarang maklumat anda ditapis, dan sistem pemantauan berterusan memakasa anda untuk tunduk, patuh dan setia. Bagaimana ini boleh berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Sememangnya terdapat orang-orang yang lebih

bertanggungjawab daripada kita dan mereka akan dipertanggungjawabkan. Tetapi apabila berbicara tentang kebenaran... jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan, tempat pertama yang anda patut lihat adalah di cermin.

Saya tahu mengapa anda lakukannya, saya tahu anda takut. Mengapa tidak? 13 mei, pergaduhan kaum, komunis, operasi lalang... Terdapat rentetan masalah dibingkaikan untuk merosakkan pertimbangan dan merompak kewarasan anda.

Lalu Ketakutan menguasai dan dalam keadaan panik anda berlindung di belakang Barisan Nasional. BN menjanjikan kestabilan, BN menawarkan keamanan. Dan sebagai balasan anda hanya perlu menyerahkan ketaatan, tunduk, patuh dan setia kepada setiap rencana mereka.

Hari ini saya bercadang untuk menghentikan ketaatan ini. 2011 akan diingati dalam sejarah sebagai tahun revolusi aman tanpa keganasan. Ia bermula di Tunisia dan merebak ke Dataran Tahrir Mesir. Dataran Tahrir adalah simbol pembebasan dan kuasa rakyat di abad ke 21. Kita juga melihat gerakan rakyat di Sepanyol yang diikuti oleh pergerakan Occupy Wall Street.

Arus demokratik yang dijana oleh warga di atas jalanan ini adalah satu perubahan besar di zaman kita sebagai tanda penentangan terhadap elit seluruh dunia. Hari semakin suntuk dan tahun ini akan pantas berakhir. Awan hitam masih terawang di langit Malaysia dan tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.

Tekanan terhadap hak asasi manusia masih tidak dipedulikan. Warga menderita dalam bentuk dan tahap berbeza. Adalah sukar bagi orang biasa untuk menjelaskan dan menyuarakan derita dan perjuangan mereka. Oleh itu kita mahu semua orang mencari suara mereka dan memformulasi tuntutan masing-masing.

Beberapa tuntutan datang daripada ketidakadilan seperti : halangan protes jalanan, rang undang-undang perhimpunan aman, kilang nadir bumi Lynas, rompakan tanah orang asli dan orang asal sabah dan Sarawak, korupsi dalam kerajaan, eksploitasi pendatang, kematian dalam tahanan polis dan sprm, tekanan terhadap kebebasan akademik baik pelajar mahupun pensyarah dalam auku dan pelbagai lagi.

Jadi, jika anda tidak nampak. Jika jenayah kerajaan ini tidak penting bagi anda, saya cadangkan supaya anda tinggalkan 31 desember tanpa apa-apa makna.Tapi jika anda nampak apa yang saya nampak, anda rasa apa yang saya rasa, dan anda mahu apa yang saya mahu, saya minta untuk anda berdiri di sebelah saya memakai topeng V pada malam ambang tahun baru di dataran merdeka dan kita berikan mereka tahun baru yang tidak akan dapat dilupakan.
Apa kejadah yang dilaungkan oleh puak musibat nie,Umpama dalam semak ada ulaq dalam seluaq.habaq la terus terang kami nak bebaskan Anwar 901

901 :Anwar Terkoyak Seluaq Dah!!!



Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan kempen Bebas Anwar 901 boleh dianggap satu perbuatan melampau.Adalah jelas matlamat utama tindakan berkenaan ialah untuk menyeret rakyat sekali lagi terutamanya golongan mahasiswa yang masih mentah soal politik turun ke jalanan mengadakan demonstrasi pada 9 Januari ini.Sememangnya tarikh berkenaan dianggap penting bagi puak pembangkang kerana ia penentu nasib kepada perjalanan kehidupan pemimpin sanjungan mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Penasihat PKR itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan dibebaskan atau dihukum atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.PKR sengaja melancarkan kempen tersebut bagi memberi gambaran kononnya Anwar teraniaya dan dianiaya, oleh itu beliau perlu dibela.

Kita tidak perlu berhujah sama ada tindakan PKR itu wajar atau tidak kerana mereka tidak akan mempedulikan semua itu, apa yang ada dalam benak fikiran mereka ialah mencetuskan demonstrasi biar pun ia akan berakhir dengan huru-hara.

Adalah sesuatu yang malang apabila ketenteraman ibu negara akan digugat lagi oleh kelompok berkenaan, sebelum ini warga kota sudah cukup rimas apabila pada 9 Julai lalu, PKR juga turun ke jalanan menyertai perhimpunan haram Bersih.

Kenapakah perlu mengadakan demonstrasi? Bukankah Anwar telah diberi peluang membela diri dengan barisan peguam yang hebat-hebat belaka? Sepatutnya mereka menyerahkan kepada mahkamah sepenuhnya untuk mempertimbangkan segala hujah dan bukti yang dibentangkan.Golongan mahasiswa ini dikatakan akan bergabung pula dengan sekelompok penyokong pembangkang yang minda dan mata mereka sudah ditutup untuk melihat kebenaran.

Atas sebab itulah, perancangan melalui kempen Bebas Anwar 901 ini tidak harus dibiarkan. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bermula daripada sekarang bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku pada 9 Januari ini.


Kita percaya kempen berkenaan bermotif politik dan sama sekali tiada kaitan dengan soal menegakkan keadilan. Kalau hendak bercakap soal keadilan Anwar sudah pun mendapat keadilan apabila beliau dibicarakan secara adil di mahkamah terbuka.


Justeru serah sahaja kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan bukannya awal-awal lagi merancang sesuatu tindakan yang dianggap tidak bertamadun serta tidak bersesuaian dengan budaya rakyat negara ini.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive