Monday, January 2

Adam Adli Hina PM/ Menteri Pulak!!!

Sikap budak Adam nie dah mai tahap melampau dan tidak boleh lagi diterima lagi.Apa pulak kena mengena dengan PM dan Menteri dalam kes beliau?selalunya pihak pembangkang PKR.PAS dan DAP sahaja bersikap sedemikian membuat pertuduhan sebegitu.Mungkin jugak Adam dan rakan-rakan tidak mendapat reaksi PM dan DS Hishammudin dalam demo budak hingusan ini.MKP nak bagitau kat Adam anda tidak layak mendapat perhatian dari PM atau Menteri la????????????Adam meroyan sebab Polis dah menjalankan siasatan terhadap rakan serta blogger pembangkang yang menimbulkan fitnah terhadap polis.

Al-kisah, dua orang lelaki melihat seekor itik tidur sambil berdiri dengan kaki satu.Maka berkatalah lelaki itu kepada kawannya, “Itik berkaki satu.”Kawannya membantah, “Bukanlah, itik berkaki dua!”Dia membalas, “Tidak, itik berkaki satu.”Oleh kerana mereka bercakap terlalu kuat, itik itu pun terjaga dari tidur lalu berlari menggunakan kedua-dua kakinya.“Aha, kan aku dah cakap tadi, itik kaki dua!” kata lelaki kedua itu, berpuas hati.Balas lelaki pertama, “Ah, kalau dah berlari, itik boleh berkaki tiga!”Begitulah politik kita. Berikanlah hujah apa sekali pun. Tunjuklah gambar atau video apa sekali pun, sebahagian kita hanya mahu dengar dan percaya apa yang dia mahu dengar dan percaya.Walaupun kita sering melaungkan kita lebih arif dan terbuka berbanding generasi terdahulu, saya tak fikir kita cukup terbuka.Kita selektif membaca blog atau tulisan yang serasi dengan pendapat kita saja.Politik itik kaki tiga memang dah lama wujud dalam masyarakat kita. Kita bukan nak cari kebenaran.Kita hanya nak menang hujah; walaupun dalam proses nak menang hujah itu kita akan berkata itik kaki tiga! dipetik dari blog nobisha


Gempar:Adam Adli Mengamuk Lagi!!!



Kereta Kawan Adam Adli dipecahkan cermin hadapanya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,sudah tentu Adam akan menyalahkan orang lain padahal tiada bukti yang sahih atau saksi yang nampak kejadian tersebut.


 


Budak kontroversi Adam Adli mula mengamuk di twitter nya bila kereta rakan baiknya yang juga pelakon terbaik demo SMM , Safwan Anang telah dipecahkan .


 

Seperti skrip Pakatan yang menjadi  kebiasaaanya , pastinya  isu kereta Safwan Anang  akan  digunakan semaksimum mungkin untuk meraih simpati dan publisiti .   Mana tahu duet  Perlis iaitu Dr Juanda - Dr Asri lepas ini akan keluar kenyataan lagi defend SMM   sebab cermin kereta pemimpin mereka  pulak pecah .

Tak ada keja  la orang  nak pergi pecah cermin  kereta budak nazak ini .  Tak mustahil mereka sendiri pecahkan seperti yang ditulis oleh   Adam sendiri di twitternya kononnya  meraih simpati mahasiswa dizalimi . .


Skrip Oleh GBP gambaq oleh DOUBLE YY Pengarah seni MKP.

Apa Yang Sebenarnya Berlaku di UPSI..

Pada jam 5 pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.
Jam 10 pm, kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.
Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan Suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force).
Demi menjaga maruah UPSI, seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI”. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.
Sekitar jam 2.10 pagi, pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.
Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI, dijulang untuk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada di kalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.
Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.
2.20 am, polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat di depan simpang klinik Shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti Mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang-undang UM (pakai baju merah, muka macam Cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.
2.35 am, mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka, ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar Suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.
Oleh kerana mereka tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.
Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.
Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Tindakan sepenuhnya pada tanggungjawab polis kerana di luar kawasan UPSI dan TNC HEPA mengarahkan agar staf/pelajar berada di dalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.
ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM

Cikaro Adam Adli Biar Betul???



Terkejut bila penulis didatangi email mendakwa bahawa gadis ini teman wanita kepada x gangster UPSI Adam Adli. Email yang tertera nama Mr zooul yang dihantar melalui pelayar email yahoo group telah mula tersebar.

Sejauh mana kebenaran dakwaan pengirim email tersebut penulis masih samar-samar sebab setahu penulis Adam Adli ini sibuk dengan aksi rempuh merempuh pintu pagar UPSI dan klinik UPSI –mana sempat untuk bercinta.

Kalau pembaca budiman boleh sahkan…sila tulis diruang komen penulis…

MKP SUMBER DISINI.

Datuk Saifuddin Abdullah menggesa pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) semalam, yang bertukar menjadi ganas supaya tampil dengan bukti menggunakan saluran-saluran sesuai.
"Pihak-pihak yang tidak puas hati dalam insiden ini wajar tampil dengan bukti masing-masing. Saluran menyuarakannya ada, contohnya melalui Suhakam," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, dalam kenyataannya pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya bagi menyiasat kontroversi terbaru membabitkan perhimpunan di pekarangan Upsi itu.
Selain itu, Asri yang juga bekas Mufti Perlis menyarankan agar Saifuddin, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan di Upsi, bagi mencari jalan penyelesaian.
Asri berkata, beliau telah memberi pendapat itu kepada Saifuddin semalam, beberapa jam selepas insiden di pintu masuk utama Upsi pada awal pagi tahun baru 2012.
"Saya juga telah beri pendapat tadi (semalam) kepada Datuk Saifuddin agar berjumpa dengan ketua operasi polis dan pihak pelajar secara tertutup.
"Siasat. Bawa peguam yang baik untuk bersoal jawab. Mungkin hakikat sebenar dapat ditemui," kata beliau yang kini merupakan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford.
Mengulas lanjut mengenai insiden di pekarangan Upsi awal pagi semalam, Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah meneliti kenyataan-kenyataan dibangkitkan oleh banyak pihak menggunakan pelbagai medium sejak awal semalam.
"Saya dapati terdapat kenyataan atau istilah tertentu yang digunakn tak tepat atau sesuai," katanya.
Sehubungan itu Saifuddin menambah, beliau juga telah menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau istilah bagi mengelakkan elemen-elemen fitnah.
"Kerana saya bimbang berlaku fitnah daripada insiden ini," katanya.
Dalam kenyataannya, Saifuddin juga berkata, mahasiswa ada hak untuk bersuara tetapi perlu dengan cara yang sesuai.
"Polis ada tanggungjawab menjaga keamanan dengan cara tertentu. Saya yakin tiada permusuhan antara kedua-duanya," katanya lagi.

PAS TANJUNG BODOH : ISU TANDAS DIKITAR SEMULA.


MKP pernah berdebat mengenai isu ini yang dibangkit oleh Pemuda PAS Tanjung sebelum ini kira-kira 2 tahun lepas.Isu yang dimainkan oleh Depa nie nampak tahap kematangan PAS tanjung nie sama tahap dengan tandas tersebut.Jika berani sahut cabaran yang telah dikemukakan?dan masih lagi berpegang kepada hujah yang lama mereka memainkan reka bentuk kubah yang telah direka bentuk untuk memberikan lebih cahaya kepada tandas tersebut.Adakah itu salah dengan reka bentuk?Untuk makluman PAS Tanjung reka bentuk tandas tersebut direka oleh ahli PAS sendiri yang kini belajaq di Mesir....


Kepada Ketua Penerangan PAS Tanjung Rashidi Salim bezakan gambaq diatas dan dan disertakan ini,jika masih lagi tak boleh bezakan antara keduanya anda boleh diketegorikan sebagai jumub Agama.Salahkah reka bentuk berkenaan dikekalkan.Rasanya pihak DAP tidak akan melayan isu remeh yang diketengahkan ini kerana PAS tiada hak bersuara pun dalam kawasan Tanjung nie.........Banyak lagi isu yang lebih sensitif patut diketengahkan oleh PAS Tanjung demi menyatukan ummah dari bermain isu pancoq nie!!!!Publisiti murahan dan pelaq nie lain kali tok sah dok main la,malu kepada masyarakat umum. 


ADAM ADLI & KAWAN-KAWAN DIBIAYAI OLEH YAHUDI...!!!



Panas telinga MKP bila dengaq kata Adam Adli dibayar oleh pihak yahudi nie beb.Apa tidaknya semua demo yang dibuat patutlah ramai yang hadir dan berani bertindak serta tidak hiraukan kepada pelajaran.


Tak payah nak cerita banyak...akibat perangai Taik budak Hingusan ni  habis semua ROSAK nama UPSI dan bakal-bakal Guru anak bangsa...

Pecah lubang, rupa-rupa nya Si Adam Adli dan Team Hingusan nya di biayai oleh YAHUDI...banyak duet Yob...!!! (patut laaa siap ada Kereta dan Markas Tersembunyi untuk buat kerja)

Semua maklum bahawa Cina Tian Chua lah orang yang bertangung jawab mengenalkan dan membawa Azmin Ali serta Eli Wong berjumpa George Soros - Bapak Yahudi Pemanipulasi Ekonomi & Matawang Dunia...


Tian Chua dan Geroge Soros


Tian Chua telah menjadi Co-Ordinator pada 17hb Dec yang lepas di PWTC


Orang Kesayangan Khalid


Masih kah kita ingat dengan Skandal gamba geli Eli Wong..???



Azmin Ali

Apa pun masalah dan apa pun hal yang berlaku di Tanah air ni...yang perlu kita tahu ialah YAHUDI TETAP YAHUDI....dan ianya Termaktub di dalam Al-Quran sebagai Musuh Islam yang NYATA...!!!

Berbalik kepada Si Budak Taik Adam Adli ni...ko dapat duit dari DAP & YAHUDI, ader tak ko bagi sikit-sikit duit kopi pada kawan-kawan kau yang datang PWTC pada hari tuuu...jauh tu Bhai...Tanjung Malim...atleast dapat laa duit kocek boleh gi rayau-rayau cari Seluar Levis kat maner-maner...

Chines Chamber Assembly Hall Petaling Street



dan senang laa Hidup Si Adam Adli ni dapat sponsor....patut laa buat Sidang Akhbar pun di Chines Chamber Assembly Hall Petaling Street...takper laa Yop...China duit banyak...tak macam Melayu. 


Nak Berlakon Pun Biaq la Real Skit?????


"Berlakon sebijik macam Anwar" itu reaksi orang ramai bila menyaksikan gambar seorang pelajar pro pembangkang terbaring di katil hospital 'kononnya' dicederakan polis di Tanjung Malim semalam.
Di laman-laman sosial macam facebook dan twitter, ramai yang pakat gelak tengok gambar berlakon tak jadi itu, sebab mula-mula macam 'nazar' sangat, tapi pada Ahad sekeping gambar lagi nampak ketawa riang.
Memang sah 'auta'. Sebab sebelum itu riuh puak-puak pembangkang menjerit kat facebook dan twitter kata mahasiswa nazar kena pukul dengan polis. Padahal yang sebenarnya cedera sebab rempuh pintu kaca sebuah klinik masa hendak melarikan diri bagi mengelak ditangkap polis.
Kejadian di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI) semalam memang sudah dijangka sebagai sebahagian dari rancangan nak buat gamat menjelang keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
Bagi yang ikut perkembangan politik dua tiga tahun terakhir ini, memang kenal sangat gaya pembangkang mencipta isu, mereka akan bermula dengan secara sengaja langgar undang-undang, kemudian apabila tindakan diambil pihak berkuasa, mereka berlakon jadi mangsa dan akhirnya pakat-pakat tuduh kerajaan zalim.
Ia dah jadi modus operandi pembangkang termasuk kejadian di UPSI semalam.
Kisahnya bermula apabila sekumpulan mahasiswa yang mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta PKR buat satu perhimpunan haram di luar pagar universiti tersebut.
Lebih 70 orang yang kebanyakkannya mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang bukan sahaja tidak mahu bersurai bila diarahkan polis, bahkan ada di antara mereka sampai baring di tengah jalan semata-mata untuk menarik perhatian.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua individu akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim pada Ahad.
Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.
klinik
Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.
"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.
Jelasnya lagi, pihak berkuasa percaya kejadian semalam didalangi pihak 'tertentu' berdasarkan cara pelajar tersebut 'melawan' arahan polis dengan agresif sekali.
"Saya percaya pastinya pihak tertentu di sebalik penganjuran perhimpunan itu, kita melihat cara pelajar agresif dalam ucapan, cara mereka bertindak... hingga sanggup tidur di atas jalan yang saya anggap keterlaluan hingga menyebabkan polis terpaksa buat tangkapan.," jelasnya.
Salah seorang yang ditahan adalah Adam Adli, budak UPSI yang sebelum ini bikin panas apabila menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan UMNO PWTC.
Menurut Mohd Shukri tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.
Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.
Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.
Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.
AYATHELME AGENDA DAILY..
MKP kata:Depa nie tiru sebijik macam mentornya al-juburi.Dah kantoi dan rakyat majoritinya gelak melihat apa yang mahasewel nie dok buat.Jika ini berterusan bagus jugaklah kerana ini akan memberikan rasa kebencian terhadap PKR dan mahasewel mencari publisiti murahan untuk mendapat simpati rakyat.Adam adli dok rasa ramai mahasiswa menyokongnya padahal yang hadir cuma 50 orang.Adam patut kira secara keseluruhan UPSI tak sampai 00.1% yang menyokongnya.Klu nak kira suara yg silent majoriti sure dia akan dikambing hitamkan lepas nie.adam,anda telah berjaya diperbodohkan oleh Chegu Bard dan rakan-rakan untuk mencapai kepentingan politik mereka.

Anwar Ada Berani Buat Solat Hajat???


Zulkifli Nordin mencadangkan supaya diajak Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari bersama umat Islam yang lain melaksanakan solat hajat di Masjid Negara Jumaat ini 5 Jan 2012.

Solat Hajat itu adalah untuk berdoa hajat kepada ALLAH SWT supaya memberi petunjuk siapa antara mereka sebenarnya yang pembohong & penipu.

Adakah Anwar berani menyambut cadangan ini? dan moga ALLAH melaknat sipembohong & penipu itu malam itu juga.

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
   1. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.   2. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.   3. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat hajat ini diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Maja. Hadith ini agak lemah tetapi sedikit sahaja: hadith sedemikian dilakukan bagi ibadat (fada’il al-a`mal) melalui persetujuan umum oleh ulamak mazahab Sunni][1]

Polis Dah Bagitau Hampa (Mahasiswa)Gatai Punkoq.!!!



Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) .Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.


Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka.Tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi.Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.





 Peguam kurang cerdik mendengar fakta dari sebelah pihak dan mendahului keputusan oleh pihak berkuasa.Tunggulah dulu sisatan dibuat baru keluarkan tuduhan,Silap hari bulan depa nie pulak dituduh menghasut.


Sunday, January 1

Dulu Cik Srikandi,Sekarang Adam Adli.Anwar 901.



Orang politik diminta tidak masuk ke universiti dan menerap budaya politik yang kurang ajar sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim pada awal pagi 1 Januari lalu adalah contoh campur tangan orang politik dalam kehidupan pelajar.



Agenda politik, itu yang kita perlu ketahui bila pembangkang dan para media upahannya hand to hand menuduh polis kejam dalam menyuraikan demosntrasi pelajar di UPSI awal pagi tadi dikala belum apa-apa pun terbukti.  Pendeknya, depa sendiri tertuduh, peguambela, pendakwaraya dan hakim dikumpulkan sekali gus untuk menyerang intergriti pasukan polis.


Belum apa-apa, gambar orang berbalut dan kain yang ‘dilumuri’ darah sudah disiarkan ke serata pelusuk negara bagi menggambarkan seolahnya berlaku kekejaman dalam usaha polis menyuraikan rusuhan pagi tadi.



Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.
Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Sebenarnya, cerita ‘keganasan polis’ ini kemudiannya akan dicantum dengan tindakan budak keding Adam Adli menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri beberapa minggu sudah dan dicantumkan untuk mencipta persepsi buruk kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Kononnya, negara ini dibawah  ’police state’ dan menghalang suara mahasiswa.

Maaf cakaplah, zaman-zaman ‘Ombak Rindu’ ini, semua rakyat pun dah faham drama berakhir macam mana sekadar mengikuti episod pertama dan kedua sahaja.  Sama juga halnya dengan so called ‘keganasan polis’ di UPSI yang dimainkan semua media pembangkang hari ini.

Penulis yakin, semuanya pun dah siap, video dan apa segala yang boleh saja dimuat turun ke Youtube dengan segera tanpa menunggu apa-apa yang lain - kalau betul ‘keganasan polis’  itu wujud.  Tapi bila gambar saja yang ditunjukkan, penulis dah tau dah, ini satu lagi pembohongan dan pembohongan memang jadi kegemaran pembangkang di Malaysia.

Dengar cerita, ada Timbalan Menteri BN juga sudah bersiap-siap untuk menyalahkan polis sama.  Boleh agak ke siapa dia?

VIDEO GEMPAR : KEKECOHAN DEPAN UPSI.


Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.
(GAMBAR: Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)
Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.
Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.
Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.
“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.
Beliau juga mendesak  pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.

(SUMBER GAMBAR: Blog Politikus)

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive