Thursday, January 5

10 Mahasewel Hitam Cemarkan USM.



Ini lah kebodohan mereka Mahasiswa Robot Anwar Ibrahim yang sanggup menjadi balaci semata mata untuk menyelamatkan Adam adli. Kalau di UPSI pintu kaca klinik dipecahkan.Akan tetapi di USM mahasiswa ini tidak mengetahui fakta yang sebenar apa yang terjadi akan tetapi mahasewel ini melulu tanpa fakta yang jelas dan bukti.mereka hanya berpandukan penulisan yang telah diputarbelitkan oleh keadilan daily.

10 mahasewel ini adalah tajaan DAP penang kerana semuanya adalah mahasewel dari kaum lain bukanya melayu.MKP tengok depa nie cakap melayu pun tak pandai ada hati nak buat perbincangan mengenai hapuskan AUKU.Sepatutnya depa belajaq pada musim peperiksaan yang sedang dijalankan pada ketika ini.

Mahasiswa USM Pulak Sokong Adam Adli

Terkini dipadang bola keranjang USM satu perhimpunan telah dibuat oleh mahasiswa USM yang mengelarkan kumpulan mereka dema malaysia.Dari apa yang MKP lihat depa nie macam dah kena ayat power oleh adam adli.Yang menjadi persoalan mereka ini kebanyakkannya tidak faham apa yang sebenarnya terjadi.Laporan seterusnya akan menyusul selepas ini.

Hasan Ali: Jangan sertai kempen Bebas Anwar 901




Pendapat MKP mengatakan bahawa Hassan Ali patut masuk UMNO dan tidak lagi sesuai menyertai PAS kerana kenyataan terbarunya akan menimbulkan kemarahan dari banyak pemimpin Pakatan Rakyat.Mana tidaknya beliau perpendapat tidak wajar berhimpun bagi menyelamatkan Anwar pada 9/1/2012.  


SHAH ALAM – Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.
“Saya bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang,” kata beliau merujuk kepada perhimpunan yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mengumumkan keputusannya berkenaan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan beliau itu, yang baru-baru ini menjadi perhatian dalam pergolakan dalaman Pas, sekali gus menolak tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abd. Rani Osman yang mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram berkenaan.
Rani menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.
Menurut Hasan, tindakan Rani itu hanya pendapatnya sendiri dan telah membelakangi pandangan pimpinan pusat.
“Pas Selangor nampak proaktif dalam cara yang salah sebab sebelum ni dihalang ahli pergi Himpun 2011, padahal itu perkara baik membincangkan isu agama yang sebenarnya hala tuju parti Pas.
“Kalau diteruskan sikap seperti ini, pandangan parti nampak tak cantik. Jangan malukan parti dengan kenyataan dia (Rani) yang tidak mewakili Pas, itu kenyataan peribadi dia,’ katanya pada sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor di sini.
Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli Pas menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901.
“Boleh dikatakan 70 peratus anak muda ahli Pas, mahu mengajak mereka buat sesuatu perkara itu biarlah betul... ini isu peribadi, buat apa nak besarkan, bagi saya mahkamah dah bagi banyak ruang dan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, terima saja keputusannya nanti.
“Tambahan sekarang ini sedang peperiksaan akhir, anak muda dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh dan takluk universiti utama dunia daripada menyertai benda yang dah lama atau ‘mual’ ini,’ katanya.
Pakatan Rakyat dilapor bercadang membawa sekitar 100,000 orang menyertai kempen itu Isnin ini.
Mereka yang akan hadir termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.SINARHARIAN.

Anwar Dimanakan Ku Cari Ganti?????

Lagi mahasiswa diperbodohkan demi kepentingan politik sempit untuk menyelamatkan Anwar pada 901.Banner ini telah disebarkan di FB dan lokasi tempat banner ini digantung di UITM Kelantan.Adakah ini tak tik terbaru menyeru supaya mahasiswa menyertai bebaskan Anwar 901 setelah provokasi di UPSI gagal.


Siapa yang paling layak mengganti beliau selaku Ketua Pembangkang?Pastinya Ketua Pembangkang yang baru harus datang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga.Kak Wan (Wan Azizah) memanglah Presiden PKR, tetapi mampukah beliau mengemudi Pakatan Rakyat dengan memastikan ‘warlord’ dan ‘godfathers’ politik pembangkang negara seperti Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, Nik Aziz dan orang-orang PKR terus berkerjasama.


Beliau terjun ke dunia politik pun disebabkan kasih sayang beliau kepada Anwar.Walaupun khabarnya Anwar telah menyebut beliau sebagai pengganti, mampukah PKR bersetuju bahawa itu adalah pilihan yang paling tepat?Mampukah beliau berhadapan dengan nama-nama besar pembangkang lain untuk mencari penyelesaian sesuatu isu andai kata berlaku pertikaman lidah antara rakan-rakan PR. sampai mana Kak Wan mampu menjadi binding factor untuk pakatan pihak pembangkang terus kekal.


Nurul Izzah dijangka menggantikan ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai cabaran Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke 13 sekiranya ketua pembangkang itu disabit kesalahan dan di hukum penjara atas tuduhan liwat.

Isu Penilaian Hadith - Ustaz Fathul Bari Komen Azhar Idrus


Berdebat biarlah berilmu dari semua segi,MKP bukanlah bijak dan pandai dalam bab ini akan tetapi bila melihat video ini membuka minda kita dalam penilaian kedua-dua ustaz diantara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Azhar Idrus.tengok dan nilai sendiri apa yang diperkatakan oleh kedua-dua ustaz ini.


Kronologi POLITIK KAMPUS UPSI Dari Tahun 2002.



Tahun 2002

MPPUPSI ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Amir Hamzah dan Ust Fauzi. Ustaz Fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. Ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di UPSI.USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
Bagi menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP .Beliau ialah saudara shahruddin. Juga digelar sharudin songkok tinggi .Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini UPSI dan pegawai HEP nya sememangnya menyebelahi pembangkang. inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu. Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.

Tahun 2003

Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan.Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI.Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro pas. pro pas pula mendapat dana yang di salirkan oleh pertubuhan luar.
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat 14 kerusi dan aspirasi mendapat 12 .YDP MPPUPSI dipegang oleh Ust fauzi bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, fauzi bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di upsi.

Tahun 2004

Gerakan MPPUPSI lebih menyengat di zaman Dato Dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain. Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro pas. Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan hep ketika itu. sekarang pegawai tersebut masih ada lagi di UPSI.
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula takut dengan movement aspirasi..Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.
MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul ( dihantar mengajar ke sarawak atau sabah tak silap ) dan Nydp Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di batu pahat. Najib membawa watak agama yang tinggi sehingga membuktikan bahawa kumpulan fauzi bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan islam. Kabinet aspirasi dikuasai oleh pihak aspirasi.

Tahun 2005

PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi. Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(kolej harun aminurashid).Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat speaker corner oleh pihak universiti. Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan-Namun, di bawah pimpinan saudara faizul , najib dan rakan rakannya aspirasi menang buat kali kedua.Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.

Tahun 2006

Akhir tahun 2005, jawatan tnc hep dato dollah tidak di sambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum.Puak-puak pembangkang semakin aktif dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh mohd faiz. .Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2.Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro pas di kampus.
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya . Semua ini adalah permainan prof aminah seorang vc yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.

Tahun 2007 hingga sekarang

Peninggalan prof aminah sebenarnya yang menyebabkan upsi tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. Prof Aminah gagal dalam mengawal gerakan student upsi. prof aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di upsi sehingga sekarang. Bagi prof aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus. Akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari upsi.lahirlah mahasiswa upsi yang kurang ajar. sekiranya aminah bertindak dengan cekap bersama HEPnya . sudah pasti upsi dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN DAN PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.

Sumber KLIK DISINI

Pok Nik Samakan #bebaskananwar901 Seperti Sembahyang Jumaat.



Apa dah jadi dengan Pok Nik nie samakan perhimpunan haram #bebaskananwar901 dengan umat Islam berhimpun semasa Solat Jumaat dan sembahyang Fardu yang lain.MKP nak tanya hukum mana yang Pok Nik guna pakai??????? Solat berjamaah, berhimpun di Padang Arafah dan berhimpun dalam masjid disamakan oleh Nik Aziz sebagai demonstrasi. Dia tidak nampak sebarang perkataan lain yang lebih sesuai kecuali DEMONSTRASI. Sebabnya demonstrasi itu merupakan satu keuntungan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.


 Tiada yang menghairankan kalau orang tua itu mengeluarkan 'fatwanya'. Demonstrasi adalah menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati. Perhimpunan dan demonstrasi adalah dua perkataan dan dua pengertian yang sama sekali berbeza, sama ada anda seorang pakar bahasa mahupun menguasai ilmu mantik. Kalau bersolat jemaah pun dikatakan demonstrasi, agak-agaknya kepada siapa sebenarnya perasaan tidak berpuas hati itu hendak ditunjukkan?


Kalau dah berdemonstrasi, datang mana pula 'disengajakan solat itu kerana Allah Taala?' Apakah solat itu suatu paksaan atau latihan jiwa dan fizikal? Adakah solat itu suatu manifestasi tunjuk perasaan atau sebenarnya satu isyarat pematuhan dan penyerahan hamba kepada Khaliq?

Kalau solat itu disamakan sebagai DEMONSTRASI, di mana pula letaknya Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin? Apakah demonstrasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu kerajaan atau organisasi itu terdiri daripada 3 rukun iaitu qasad, ta'arrudh dan ta'yin seperti wajibnya ketiga-tiga rukun itu di dalam solat sama ada solat itu bersendirian mahupun berjemaah? Apakah demonstrasi yang disebut oleh Nik Aziz itu mempunyai qasad, ta'arrudh dan ta'yin seperti berhimpun di Arafah yang merupakan salah satu perkara wajib dalam ibadah Haji?

Berikut pandangan Ustaz Fathul Bari tentang Demonstrasi aman yang dinyatakan oleh pihak Pakatan rakyat.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.
Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.
“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.SUARAPAKATANRAKYAT.

Maruah PAS Telah Dijual Oleh Nanyang!!!



Nanyang Siang Pau telah menyiarkan artikel yang mengupas atau menjelaskan hudud kepada pembacanya setelah isu hudud kembali bangkit mewarnai politik Malaysia.Tindakan Nanyang Siang Pau ini walaupun konon berniat baik iaitu untuk memberi pemahaman kepada kaum Cina berkenaan hudud yang ingin dilaksanakan PAS, tetapi ia juga secara tidak langsung dilihat sebagai provokasi terhadap agama Islam.Ini kerana, akhbar tersebut juga menyiarkan kenyataan Pheng Yin Huah, Presiden Hua Zong iaitu sebuah NGO yang mewakili kaum Cina yang menganggap hudud sebagai membawa keresahan kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. 


PAS telah bertindak tegas meminta agar Nanyang Siang Pau menarik balik artikel tersebut tetapi telah dikritik keras oleh NGO-NGO Cina yang menyatakan sokongan mereka kepada akbar tersebut. dan menuduh PAS dan PKR sebagai menghalang kebebasan akhbar.Benarkah PAS menghalang kebebasan akhbar?Hakikatnya,, tindakan PAS adalah wajar bagi memastikan hukum hudud tidak disalahtafsir atau dipermainkan oleh pihak-pihak yang kurang arif tentangnya dan mungkin punya agenda tersembunyi. Dalam hal ini, kita merasa terkilan dengan sikap DAP yang langsung tidak berusaha membantu memberi penjelasan kepada masyarakat Cina agar tidak merasa resah dengan hudud dan tidak terpengaruh dengan provokasi Nanyang Siang Pau. 


Umum tahu bahawa PAS telah melakukan berbagai-bagai pengorbanan untuk DAP sehinggakan sanggup membelakangkan Himpunan Sejuta Ummah demi menjaga hati DAP.  Oleh itu, kita ingin bertanya, kenapakah sukar benar bagi DAP untuk membela PAS dalam isu hudud ini?Bukankah telah diterangkan bahawa hudud adalah untuk orang Islam tetapi ruang untuk berbincang mengenai kedudukan bukan Islam dalam undang-undang ini sentiasa terbuka.Mungkin DAP inginkan pendirian yang pasti mengenai kedudukan bukan Islam dalam hudud, tetapi soal ini seharusnya ditangani dari dalam dan bukannya dengan melibatkan akhbar dan NGO-NGO Cina yang lain.   Tindakan melibatkan semua kumpulan yang mewakili kaum Cina untuk menentang PAS dilihat sebagai usaha DAP untuk menekan PAS agar mengikut apa saja yang baik untuk kaum Cina. SUARAPAKATAN.



Demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" Tidak Akan Ubah Keputusan Mahkamah



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.
Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.
"Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di sini, Rabu.
Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua PembangkangDatuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.
Hishammuddin berkata, polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.
"Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteramandan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.
"Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis," katanya.
Pada sidang akhbar sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu.
Dalam perkembangan lain, Ismail sekali lagi menegaskan bahawa anggota polis tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Ahad lepas.
"Jadi tuan-tuan tengok sendiri. Kita dah tunjuk video itu. Sudah ada dalam Youtube sekarang ini. Nilai sendirilah siapa yang bercakap benar siapa yang tak benar," katanya sambil menegaskan polis cukup profesional dalam menghadapi kejadian itu. - BERNAMA

VIDEO PANAS :Nur Amalina Che Bakri





Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. 

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap. 

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. 

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. 



“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. 

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog. 

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

NGO Membuat Laporan Polis Terhadap Keadilan Daily.



Satu laporan polis telah dibuat oleh (NGO) Pertubuhan Perpaduan Dan Kebajikan Islam Pulau Pinang (ISCO) terhadap Keadilan Daily kerana menyebarkan hasutan supaya orang ramai berhimpun atau menghadiri perhimpunan haram yang akan diadakan pada 9/1/2012 bertempat di mahkamah jalan Duta.Tajuk yang dinyatakan dalam blog tersebut adalah Bebaskan Anwar 901. maklumat selanjutnya mengenai laoran tersebut boleh dibaca  DISINI,Laporan telah dibuat oleh Pengerusi NGO ISCO Abd. Rahman Makthun,menurutnya dengan laporan ini pihak Polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang berhimpun pada  kempen Bebaskan Anwar 901.

Wednesday, January 4

Dasyat Sungguh DAP/Anwar MKP Di paksa Ke IPD Timur Laut.

Tak sangka MKP dipaksa ke balai polis malam ini.Kenapa dan mengapa tidak dapat dipastikan lagi kerana MKP baru sahaja tiba dan pasti akan ada sesuatu yang menanti kehadiran MKP ketika ini.Laporan lengkap akan menyusul apabila semuanya selesai disini.

Rekod Akademik Kepala Demo Didedahkan.

MKP tabik ‘spring’ kepada rakan blogger penulis yang bertungkus lumus mencari bahan dan berita sensasi berkenaan mahasiswa kepala demo tempoh hari.

Pendedahan terkini berkaitan dengan pencapaian akedemik mereka telah disebarkan dan didedah.

Bukan tujuan mengaibkan tetapi sebagai pengajaran kepada yang lain-satu pesanan MKP kepada mahasiswa, tingkahlaku anda sentiasa dipantau oleh kami (para blogger).

Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun
Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.




Sumber: double Y

Lulu Yuna Bertekad Terus Menetap di Asrama.



Lulu Yuna mahasiswi yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.Siti Nurul Piteriah Abdul Halim  yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".


Menurut Siti Nurul, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.


MKP nak bagitau kat Lulu yuna supaya lain kali klu dah takut dilambung ombak jangalah berumah ditepi pantai,bila dah kena tindakkan oleh pihak UPSI tahu pun nak gelabah tak mau pulak keluar dari asrama UPSI,ternyata tindakan yang dikenakan terhadap lulu adalah wajar kerana lulu telah memalukan UPSI bertindak menyertai demo pada malam tahun baru.


MKP cadangkan kepada Lulu supaya tinggal disini pasti dapat layanan yang istimewa.berikut adalah etika pelajar sepanjang pembelajaran mereka di UPSI mungkin lulu dah lupa MKP tolong ingatkan:atau dah buang buku tue

2. Etika Pelajar 
   
 Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki:

2.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang 
Universiti iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, 
Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan 
keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari 
semasa ke semasa;  

2.2 sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta 
serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya dari 
dirosakkan oleh sesiapa juga; 

2.3 tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang 
menghalang perjalanan dan urusan Universiti seperti 
memulaukan kuliah dan sebagainya atau melibatkan diri 
dengan kegiatan–kegiatan yang boleh menjejaskan nama 
baik Universiti; 

2.4 menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti; 

2.5 bekerjasama dengan Pengetua–Pengetua Kolej Kediaman 
dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama 
ada anda penghuni atau tidak ;  

2.6 mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, 
kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang 
dilaksanakan oleh Universiti untuk anda; dan

Sumber dari 

BUKU PANDUAN KEMASUKAN  PELAJAR BARU ISMP & DP.

BEZAKAN ANTARA 2 PEMIMPIN MENGENAI AUKU.

Surat diatas yang telah dihantar oleh MAHFUZ HAJI OMAR kepada Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)pada tahun 2000.dalam surat ini mahfuz mengatakan demi mencapai matlamat perjuangan ini,pergunakan pelajar cina,india dan bumiputra bukan islam terutama dari sabah dan sarawak bagi mencapai matlamat perjuangan kita (PAS)walaupun kita tidak mungkin bersama-sama dengan golongan kafir ini...............

sikap sebenar perjuangan PAS pada masa itu dan sekarang masih lagi mempergunakan mahasiswa demi kepentingan politik sempit mereka.



(AUKU) AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (Statement by Tun M)
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.


TUAN2 PUNYA AKAL DAN FIKIRAN..RENUNGKAN DENGAN KEMATANGAN... 


Azmin Ali Akan Jadi PM,Jika Anuwar Bersalah???


Setiap cabang PKR di seluruh negara telah dikerahkan dan diarahkan oleh Azmine Ali agar menghantar sekurang-kurangnya 100 orang ahli pada 9 Januari 2012 ke Kuala Lumpur. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi menunjukkan solidariti serta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetahui nasibnya setelah perbicaraan liwat yang paling panjang dalam sejarah Malaysia diketahui keputusannya pada hari itu.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar penganjur demonstrasi Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) agar menarik semula hasrat mereka untuk menghimpunkan orang ramai di pekarangan Mahkamah Tinggi dan di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Agak menarik apabila modus operandi PKR yang diketuai oleh Azmine Ali, tidak lagi menggunakan blog mahupun Facebook, sebaliknya menggunakan Twitter dan BBM.
Dalam arahannya, Azmine Ali meminta agar ahli-ahli PKR yang hadir untuk menggemparkan pihak berkuasa dan menggertak hakim Mahkamah Tinggi agar datang secara bersendirian sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Mereka tidak digalakkan berkonvoi bagi mengelakkan pihak berkuasa mudah mengesan serta menangkap atau menghalang kemasukan ke Kuala Lumpur.
Tempat pertemuan adalah di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012, jam 7.00 pagi. Kesemua PKR Negeri turut diarahkan agar mendapatkan sokongan daripada PAS dan DAP untuk menghantar ahli-ahli mereka seramai mungkin ke pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.
MKP kata:depa pakat dok gempak kata 1juta rakyat akan mai pada hari pengadilan terakhir nie.Macam jugak depa kantoi dengan Bersih 2.0.Gunalah apa saja taktik akan diketahui juga akhirnya.

. Afdlin, Harun sertai perjuangan UMNO.


boboilead513

















“Saya berasal dari keluarga yang susah. Tetapi sistem yang dibentuk oleh kerajaan memberi saya peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil bidang arkitek walaupun akhirnya saya menceburi industri seni.," itulah luahan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki ketika mengulas mengenai penyertaan beliau ke dalam UMNO di PWTC pada petang Selasa.


“Saya memang selama ini menyokong kerajaan dan percaya kepada perjuangan UMNO walaupun tidak menyertainya. Tetapi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat transformasi, saya lihat dia nampak serius dan jujur,” kata Afdlin.


Lebih menarik lagi apabila Afdlin bukan masuk seorang sebaliknya bersama Presiden Seniman Harun Salim Bahcik, kedua-duanya merupakan nama besar dalam industri hiburan negara memilih untuk sama-sama menyertai tranformasi politik negara yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.


Baru bergelar naib juara Maharaja Lawak Mega, pasangan kumpulan Boboi ini hadir ke ibu pejabat UMNO di PWTC untuk menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof di Ibu pejabat parti.


Awal-awal lagi Afdlin dan Harun telah mengingatkan peminat supaya tidak menyalahertikan tindakan mereka dan memusing cerita.


“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas. Apa yang kami lakukan adalah atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya ada yang nak buat cerita bahawa kami masuk UMNO kerana mahu cari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah,” kata Harun pula.


Ditanya mengapakah baharu sekarang mahu sertai UMNO, Afdlin secara berseloroh berkata, “Macam orang cakap, hidup bermula pada usia 40.”


“Umur saya genap 40 pada tahun lalu. Pada usia begini, kita mula memikirkan banyak perkara dan akan bertanya pada diri sendiri apa yang penting dalam kehidupan kita. Pada usia begini kita sedar ada perkara yang memang sudah tersurat dan ada perkara yang masih boleh diperbetulkan


“Secara peribadi, saya menyertai UMNO tahun ini kerana pilihanraya dah dekat dan saya percaya dengan apa yang diusahakan oleh kerajaan sekarang untuk membuat perubahan kepada negara ini. Saya percaya dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri.


“Sekiranya penyertaan saya dalam UMNO dapat membantu kerajaan melakukan transformasi, ia adalah satu penghormatan bagi saya,” kata Afdlin.


Afdlin dan Harun akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.
Menurut Afdlin sistem yang dibentuk oleh kerajaan telah membantu mempertingkatkan taraf kehidupannya.
“Saya berasal dari keluarga yang susah. Tetapi sistem yang dibentuk oleh kerajaan memberi saya peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil bidang arkitek walaupun akhirnya saya menceburi industri seni.


“Saya percaya sekiranya seseorang tidak mensesiakan peluang yang ada, dia boleh berjaya. Oleh itu saya tidak faham mengapa ada golongan yang merungut mereka tidak ada peluang. Padahal peluang itu sentiasa ada depan mata. Sekiranya saya boleh mengubah hidup saya daripada susah kepada berjaya, sesiapa pun boleh lakukannya,” tambah Afdlin.


Harun, yang juga presiden Seniman, berkata, dia memang menyokong kerajaan sejak dahulu lagi.
“Selama ini saya cari makan pun dengan kerajaan. Tetapi saya tak pernah dipelawa secara rasmi untuk menyertai sebarang parti. Jadi apabila dipelawa, saya kata, mengapa tidak?


“Saya harap penyertaan kami dalam UMNO dapat membantu rakan-rakan seperjuangan dalam industri ini. Saya juga berharap dapat membantu golongan remaja yang mungkin terlepas pandang atau tidak mendapat maklumat yang betul sehingga mereka salah laku,” katanya.
Sebelum Harun, naib presiden Seniman, Zed Zaidi telah menyertai UMNO tahun lalu. Bagaimanapun Harun berkata keputusannya menyertai UMNO adalah atas dasar peribadi dan bukan sebagai presiden Seniman.


Bagaimanapun dia akan berusaha mempelawa ahli-ahli Seniman untuk menyertai UMNO. “Tetapi saya tidak akan paksa. Ia terpulang kepada keinginan masing-masing,” katanya.


Ditanya sama ada dia mempunyai cita-cita untuk berkecimpung dalam politik secara serius, Afdlin tidak menafikan.


“Ya, saya ada. Saya akan bekerja keras untuk cuba mendapat tempat supaya saya dapat membantu orang, terutama sekali golongan yang terbabit dalam industri seni.”


Afdlin berkata dia juga tidak takut kehilangan peminat.


“Saya tetap orang Malaysia, sama seperti mereka. Cuma bezanya sekarang saya ada pegangan dalam apa yang saya percaya di segi politik.


“Saya berkawan dengan semua orang tak kira dari parti manapun. Malah, saya ramai kawan dari parti pembangkang. Tak jadi masalah. Harapan saya ialah saya tidak menjadi masalah kepada orang lain. Kalau ada, mereka terpaksa terimalah keputusan yang saya buat ini.”


Tahun lalu, beberapa artis telahpun berbuat demikian. Antara mereka Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Awie, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool, Adam AF dan ramai lagi.


Sementara itu, Ab Rauf berkata golongan artis yang menyertai parti Umno telah menjadi ikon dan membawa pengaruh mereka kepada peminat di luar sana untuk turut serta menyokong UMNO.


Kini terdapat 40 orang ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada kalangan artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah

AGENDA DAILY.– 3/1/2012. OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Tuesday, January 3

18SX : Mahasiswa Terlampau!!!



Jangan Tengok jika anda tidak cukup matang untuk berbuat sedemikian."Penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal."-Tun Dr. Mahathir Mohamad-

Safwan Anang Boleh BerLAKON NAZAK....ISTERINYA MASTURAH PERNAH BERLAKON HILANG.


Memang dasar penipu kedua pasangan duasejoli nie,dari apa yang diperhatikan MKP lebih mencari apa yang telah diselidik dengan fakta yang sahih,rupanya depa nie adalah pelakon terbaik tahun baru dek kerana mentornya Anwar,akhirnya kantoi dengan perbuatan menipu itu sendiri.Apa nak jadi dengan depa nie berikut adalah apa yang berlaku terhadap isteri beliau Mastura Abu Bakar.


Misteri kehilangan Masturah Abu Bakar tidak perlulah MKP ceritakan panjang lebar kerana ianya sudah dilaporkan di dada-dada akhbar samada mainstream ataupun tidak. Sila rujuk di sinisini, dan sini.


Untuk makluman pembaca sekalian, kes kehilangan Masturah ini telah pun menjadi satu kes polis. Dan ianya masih dalam siasatan. Namun siasatan pastinya terganggu ekoran keengganan Masturah untuk ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) bagi tujuan pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan psikologi. Malah ibunya, Mariam Abdul Rashid meminta kebenaran dari PPUM untuk membawa pulang anaknya ke rumah kononnya 'tidak ada sesiapa yang akan menjaganya' ekoran keluarga Masturah yang akan berangkat ke Indonesia.

Namun apa yang menghairankan ialah bagaimana seseorang yang mendakwa mahu ke Indonesia, akhirnya kantoi sedang berkempen di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau? Apakah Ibu Masturah 'terlupa' untuk ke Indonesia? Atau sebenarnya adalah alasan untuk 'Melarikan' anaknya dari diperiksa kesihatannya oleh PPUM?

Kepada Masturah Abu Bakar, kami tahu kamu ini merupakan seorang pelajar dalam jurusan Sains Politik Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bercita-cita tinggi mahu menjadi Ahli Parlimen menjelang 2020, namun tindakan kamu melarikan diri dari menjalani pemeriksaan kesihatan adalah satu tindakan yang kurang wajar. Janganlah disebabkan ilmu yang kamu pelajari di API menjadi asas untuk kamu membuat pelbagai helah.....Kalau kamu benar-benar di pihak yang betul, mengapa takut untuk menyatakan kebenaran? Mengapa masih melarikan diri? Mengapa kamu boleh ada masa membahagikan bunga-bunga ros sempena Hari Wanita Sedunia di pondok Bas berdekatan Perpustakaan, tetapi kamu tidak ada masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di PPUM? Apa yang cuba kamu sembunyikan wahai Cik Masturah?

Tidak ada gunanya kamu belajar tinggi-tinggi dalam bidang sains politik Islam kalau kamu sendiri tidak mengaplikasikan segala ilmu yang kamu pelajari. Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi pembohong. Maka dengan itu nyatakanlah kebenaran, walaupun pahit untuk ditelan.

Kepad Masturah, jangan disebabkan kerenah kamu, orang lain pula yang akan mendapat susah. Sudah berapa minggu ini, MPMUM masih belum dibentuk. Dan kami mendengar cerita, kelewatan pengesahan status MPMUM ini kerana 'Kes Kehilangan' kamu ini masih belum dapat dirungkai.

'Anwarista' Persekongkolan Luar Tabii'.



Raja Petra yang sejak tiga tahun lalu tinggal dalam 'buangan' di Manchester, England menegaskan, Pihak pembangkang patut mengurangkan perjuangan untuk Anwar atau 'Anwarista' kerana agenda untuk perubahan tidak harus berteraskan kepada personaliti.''Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya.


Apa yang ditegaskan oleh Raja Petra itu telah mendedahkan akan hakikat bahawa pihak pembangkang bukanlah alternatif terbaik untuk memimpin negara ini kerana dasar yang diperjuangkan mereka berbeza-beza dan hanya menjadikan Ketua Pembangkang itu sebagai 'ikon' penyatu.Penyatuan pihak pembangkang itu boleh dianggap sebagai 'persekongkolan luar tabii' kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan berlainan termasuk DAP yang bersifat cauvinis dan rasis.


Pada masa depan tidak mustahil parti-parti yang menganggotai pakatan itu akan kembali kepada perjuangan asal setelah mendapat kuasa atau setelah merasakan sudah menjadi parti paling dominan dalam pakatan itu. Pas telah melancarkan dokumen negara berkebajikan yang turut disokong pimpinan pembangkang lain. Ia sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah bagi mencapai nafsu serakah untuk menawan Putrajaya.


Sekiranya Pas sanggup melancarkan dokumen baru ini bagi menggantikan dokumen negara Islam yang diperkenalkan pada 12 November 2003, tidak mustahil mereka akan membuat pusingan 'U' untuk membuang dokumen negara berkebajikan dan menggantikannya dengan dokumen entah apa lagi!Tidak mustahil juga bila DAP berkuasa, mereka akan melancarkan pula dokumen negara cauvinis dan jika sosialis berjaya, mereka akan lancarkan pula dokumen negara komunis.Anwar tidak mempunyai falsafah perjuangan terbaik bagi membangunkan negara dan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan mendapatkan kuasa bagi diri dan kroni-kroninya.


Pendedahan Raja Petra seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak-pihak yang baru mahu berjinak-jinak dengan Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup memperalatkan sesiapa sahaja bagi menjaja pembohongannya.Beliau sanggup memburukkan negara malah bangsanya sendiri demi memperjuangkan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya.Rakyat seharusnya bimbang dengan trend mendewa-dewakan Ketua Pembangkang itu yang dapat dilihat apabila 'ulama' PKR yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Badrul Amin menggelar Anwar sebagai pemimpin dari sebelah Timur yang ditunggu-tunggu.Anwar ternyata tidak mampu mentadbir negara kerana beliau tidak mempunyai ciri-ciri integriti, kredibiliti, bertanggungjawab dan sanggup memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sosiologi Politik, Jabatan Antropologi dan Sosiologi.



Sehubungan itu, semua rakyat perlu menolak pemimpin yang pandai bersandiwara dengan pelbagai imej baik semata-mata supaya dia terus dipuja.Ingatlah, masa depan sebuah negara bukan ditentukan oleh seorang pemimpin walau sehebat mana pun beliau, sebaliknya ia ditentukan oleh ideologi dan arah perjuangan yang dibawa.








Yuyu Luna Klu Dah Termakan Air Kaki Aljuburi Beginilah Perangainya?



MAHASISWA sekarang lebih kepada berpolitik dari belajar(bukan semua yang bersikap menentang),jika dahulu pada zaman MKP menjadi mahasiswa tak ramai pun yang menentang AUKU nie,Banyak yang patut difikirkan dan lebih kepada pelajaran , almaklum MKP bukanlah orang senang dan masuk universiti pun keluarga dikampung berharap dan memberikan kepercayaan yang penuh supaya nasib keluarga berubah.Umpama hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kehidupan MKP dikampung.Nasib baik mendapat biasiswa dari kerajaan ringanlah sikit perbelanjaan keluarga menangung MKP belajar.Alhamdulilah berkat doa keluarga yang susah MKP lulus dengan cermerlang.Kini dapatlah menanggung keluarga dan berubahlah nasib keluarga MKP.Terima kasih Kerajaan BN kerana membantu keluarga miskin seperti MKP melanjutkan pelajaran dengan kouta yang diberikan.Akan tetapi kisah berbeza dengan Mahasewel yang membuat onar di depan UPSI baru-baru nie  






klik gamabar untuk memperbesarkan imej.




Kasihan rupanya pelajar-pelajar yang terlibat merusuh semata-mata membela nasib mahasiswa biadap bernama Adam Adli terdiri daripada anak-anak mereka yang berpendapatan rendah. Kebanyakkan dari mereka berasal dari Pantai Timur :


Ada ibu bapa yang bekerja tukang jahit, petani dan selebihnya bekerja sendiri - namun pendapatan bulanan ibu bapa pelajar ini di bawah RM1000 sebulan.

Tidakkah mereka kasihan dengan perit jerih ibu bapa mereka yang menghantar mereka ke menara gading semata-mata untuk melihat mereka berjaya?

Kita lihat beberapa lagi pelajar yang terlibat serta diperbodohkan oleh Adam Adli yang mana kita dapat maklumat sebelum berhimpun beliau dipercayai berjumpa dengan seorang pemimpin politik pembangkang.



Lagi para 'mahasewel' yang terlibat dalam kejadian merusuh serta memfitnah pihak PDRM :







Nama : Mohd Salaihudin Bin Mat Jusoh 


Fakulti Sains Kemanusian/Semester 8/Pengajian Malaysia/AJK Tertinggi LMP 


Facebook: Park Jung Din









Nama : Amar Afiq Harun


Diploma Sains/Semester 2/AJK Tertinggi LMP

afiq_92sya@yahoo.com





Kumpulan pelajar di atas dipercayai turut terlibat dalam menulis status di laman facebook mengatakan bahawa polis bertindak kejam serta memukul Safwan Anang sehingga berdarah. 

Betulkah dakwaan ini?

Jika benar...

Kasihan sungguh tidakkah mereka sedar bahawa Adam Adli mempergunakan mereka semata-mata untuk membebaskan dirinya dari dihukum oleh pihak pentadbiran UPSI? 

Pelajar lain sibuk mengulang-kaji untuk menghadapi 'final exam' kamu sibuk merusuh... isk..isk..isk...

Sabar belum habis lagi, sambung lagi dengan paparan gambar perusuh yang dipercayai turut terlibat memecahkan pintu klinik Syifa :


Yuyu Luna klu dah termakan air kaki aljuburi beginilah perangainya
Mereka-mereka ini dikeldaikan oleh Adam Adli yang dipercayai mendapat sentuhan 'ajaib' dari Chegubard ahli AMK yang mengetuai SMM.

Dalam kebebasan bersuara, kita perlu tahu batas-batas lebih-lebih lagi kamu adalah golongan mahasiswa yang bakal bergelar guru serta bertanggungjawab mendidik anak bangsa kelak. 

Jika sikap ekstrem begini ditunjukkan ketika masih belajar tidak hairan jika sekolah-sekolah di Malaysia kelak hanya mampu melahirkan golongan murid yang tidak berkualiti.

Soalan akhir saya kepada golongan 'cerdik' ini - bukankah kerajaan telah mengumumkan untuk mengkaji serta memansuhkan AUKU dan membenarkan mahasiswa berpolitik. Jadi apakah tujuan sebenar perhimpunan di hadapan UPSI tempoh hari?

Saya beranggapan tujuan perhimpunan yang diadakan tempoh hari bertujuan :

  • Untuk menyelamatkan 'batang tengkuk' Adam Adli yang bakal dibuang kolej dan akan gelap masa depannya?
  • Untuk melatih mobilisasi sempena 9 Januari yang akan datang?
  • Atau pun perhimpunan diadakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari salah pihak berkuasa dengan harapan imej kerajaan berjaya diburukkan?

Laporan terkini menyatakan ada yang telah membuat penafian terhadap penglibatan mereka dalam rusuhan depan UPSI BACA DISINI

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive