Sunday, January 8

Pengawal Peribadi Wan Azizah Main Drama Bollywood.



Depa main drama bollywood lagi tettang kecederaan yang dialamai oleh Pengawal peribadi Wan Azizah,Fayyadh Afiq Albakqry.Berikut adalah laporan yang telah diberikan oleh Dato KP pengarah Hospital seberang jaya berhubung kejadian yang menimpa Fayyadh Afiq Albakqry.Antara intipati kenyataan akhbar itu adalah seperti berikut:


1.Menyatakan luka calar yang terkena tangan mangsa akibat terkena objek tajam tidak diketahui.


2.mangsa hanya mengalami luka/calar kurang 0.4cm dan bukan luka dalam 


3.menurut laporan awal doktor tiada kesan morphin yang wujud didalam darah mangsa.


4.Mengikut keterangan daripada mangsa,mangsa tidak mensyaki sesiapa diatas kejadian tersebut.


5.Mangsa tidak koma dan pengsan seperti yang digembar-gemburkan oleh laman Web.


6.Mangsa telah kembali stabil dan masih ditahan di wad 5 untuk rawatan susulan.


7.Keputusan analisa darah mangsa akan diketahui pada keesokan hari dimana satu pasukan pakar telah ditubuhkan untuk membuat analisa sampel darah berkenaan dimana diketuai oleh pengarah hospital.

PDRM Sahkan Pemimpin Keadilan Tandatangan Surat Akujanji Perhimpunan 901.

depa nie klu nak ranjau pun biaq berpada la nie sampai dah tandatangan pun masih nak menipu dan memutaq belitkan fakta.Azmin sebelum ini ada menyatakan bahawa perhimpunan pada 901 tiada syarat akan tetapi kali nie kantoi dengan PDRM.

Hassan Ali Redha,Dap Riang Gembira?.



Pendapat MKP tentang pemecatan Hassan Ali oleh kaum Anwaris akan merugikan PAS itu sendiri.Kebanyakkan ulama serta pengikut PAS menghormati apa yg telah dilakukan oleh Hassan demi menegakkan Islam dan tidak bersikap munafik dalam semua hal.Akan tetapi kebanyakkan pemimpin PAS pusat kini lebih rela menggadaikan Islam demi mempertahankan Anwar.Adakah itu benar dalam perjuangan PAS kini?

Pemimpin tertinggi PAS kecut teloq apabila di gertak oleh Azmin Ali.Adakah ini dalam percaturan pakatan rakyat untuk mengangkat Azmin sebagai PM apabila Anwar didapati bersalah esok.Sudah nampak bayanganya?PAS tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam perkahwinan sebantal ini.Persoalanya kini adakah PAS telah dicucuk hidung oleh PKR atas arahan DAP.

Dari maklumat yg MKP terima sebentar tadi dari penyokong PAS Pulau Pinang,mereka tidak akan turun ke Kuala Lumpur kerana Hassan Ali dipecat oleh pemimpin PAS.Ternyata hardcore Pas yang kebanyakkannya dari kampung makam,Jelutong dan sungai pinang sebelum ini kebanyakkan membela Hassan Ali berkenaan isu DUMC.Habis la musibat Azmin lepas nie pastinya jika turun kepulau mestilah berhati-hati kerana depa nie akan buat apa sahaja demi membela nasib hassan ali.

DAP pastinya lega dengan keputusan ini.Sudah lama mereka menanti saat ini ternyata doa puak harami DAP ini tercapai.Mungkin lepas nie Guan Eng akan membuat penafian tentang penglibatan DAP dalam pemecatan Hassan Ali.Padahal didalam hati sapa yang tahu?Bersorak riang dan telah menghapuskan satu batu halangan untuk mencapai hasrat mereka menubuhkan Malaysia-malaysia yg merugikan umat islam keseluruhannya.

kenyataan Hassan Ali berikutan pemecatannya:Alhamdulilah segala puji bagi allah,sebentar tadi saya menerima berita pemecatan sebagai ahli Pas dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan timdakan drastik yg diambil oleh AJK PAS Pusat itu.Saya jugak turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.Saya merujuk kepada sahabat2 dan meminta pandangan dari teman2 Ulama mengenai tindakan selanjutnya yg patut saya ambil.Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi pekara ini.

YB Dato Hassan Ali, Adun Gombak Setia.

Terkini...!!! Ehsan anak tunggal lelaki Anwar Ibrahim telah kembali untuk menatap wajah Anwar buat kali terakhir.



Terkini...!!! Ehsan anak tunggal lelaki Anwar Ibrahim telah kembali untuk menatap wajah Anwar buat kali terakhir....

Jarang sekali rakyat Malaysia menatap gambar anak lelaki tunggal Datuk Sri Anwar Ibrahim...sememangnya beliu dijauhkan dari pandangan mata umum apa lagi terlibat dengan kemelut dan masalah politik mahupun peribadi bapa nya.

amat jarang sekali Ehsan akan bersama dengan keluarganya


Terkini...Dari sumber rapat Pewaris Wasiat,
Pewaris telah dihubungi dan dan diberitahu bahawa anak lelaki Datuk Sri Anwar Ibrahim iaitu Ehsan bin Anwar dan isteri nya Shahedah TELAH SELAMAT SAMPAI KE MALAYSIA dan kini berada di rumah ibu bapa nya..


Dari komunikasi Pewaris via sms phone bersama sumber pemberi maklumat, Pewaris di beritahu dan di ingatkan bahawa "Jangan libat kan Ehsan dalam apa-apa hal kerana Ehsan TIDAK PERNAH MENYOKONG BAPA NYA Datuk Sri Anuar Ibrahim dalam kes Pertuduhan liwat bapa nya.

SAMBUNG BACA DISINI

Anwaris Putuskan Pas pecat Hasan Ali.


KUALA LUMPUR – Pas Pusat memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu diputuskan oleh parti itu yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Pas berkata, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat "keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuat kuasa serta merta."
"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," kata parti itu lagi.
MKP kata:Hassan ali patut pertimbangkan untuk masuk UMNO Kerana PAS sudah lagi dari matlamat perjuangan asal mereka.

Berapi : Kamal Affandi Hashim Balun Penyokong #Anwar901



MKP tertarik dengan apa yang dijelaskan oleh  Kamal Affandi Hashim yang merupakan penganalisis jenayah mengenai perhimpunan yang dijangka diadakan pada 9 Januari 2012.Fakta yang jelas mengenai provokasi yang bakal dilakukan oleh penjilat anwar akan lakukan untuk mencemarkan nama baik pihak polis. 




Anwar Patut bertaubat kata Karpal Singh.Perhimpunan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirancang diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini esok dipercayai hanya akan disertai oleh kumpulan penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.Menurut sumber PKR, hanya mereka yang menyokong Azmin begitu komited untuk menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 itu.Ekoran itu difahamkan, penganjur perhimpunan tersebut kini bertungkus lumus untuk memujuk para penyokong dan ahli Pas bagi menyertai perhimpunan berkenaan.Difahamkan penyokong Pas juga keberatan menyertai perhimpunan tersebut kerana beranggapan ia lebih kepada isu moral Ketua Pembangkang itu yang menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Malah seorang pemimpin Pas berkata, sokongan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak jelas kerana ia bukan bersifat arahan.

Berapi :AMK Kantoi Menipu?


Depa main drama bollywood lagi dengan bermacam provokasi murahan telah dimainkan.Cubaan ini telah  dikantoikandek  kerana kebodohan puak AMK nie.Lain kali klu nak main Drama biaq la cerdik skit. 


Fayyad Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.

Laporan laman web Keadilandaily menyebut, mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.



Berikut apa yang diulas oleh DR MIM:Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!

Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi. 

Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!

Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!

VC UiTM Diperlakukan sebegini disebabkan menjaga anak bangsa?

 



Sejak kebelakangan ini kelantangan VC UiTM menjaga kepentingan UiTM dan anak bangsanya memanaskan puak-puak pakatan HARAM.

VC UiTM cuma mengingatkan anak-anak bangsanya supaya menumpukan perhatian di minggu-minggu peperiksaan akhir dan tidak menyertai demostrasi.

Pihak  VC UiTM cuma buat roadblock dan gantung banner (rasanya inisiatif MPP) menetang pihak yang cuba mengajak mahasiswa berdemostrasi.

Adakah tindakan VC UiTM ini salah?

Tindakan pencegahan supaya unsur-unsur demostrasi tidak masuk ke dalam kampus supaya tidak menggangu anak bangsanya seramai 30,000++ supaya fokus kepada final exam dikecam pihak pakatan HARAM.

Adakah kerana tidak memihak kepada yang menganjurkan demostrasi VC UiTM layak dikutuk?

Lihat...Deputy Information Chief for  KEADILAN Malaysia dalam tweetnya...

Marah betul si NAJWAN Halimi ini... Kenapa?

Sampai serangan peribadi pun menjadi target utamanya...Warna KULIT yg ALLAH s.w.t jadikan pun dipolitikan...

Adakah anda tidak suka KAUM TAMIL???

KAUM TAMIL tiada ke dalam PKR???

Anda anti KAUM TAMIL ke???



BACA SETERUSNYA


MKP kata:Salahkah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan demi menjaga keselamatan anak bangsa walaupun bukan anak sendiri.akan tetapi telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik sempit mereka dengan alasan mansuhkan AUKU.Tembelang mereka telah didedahkan,oleh itu mahasiswa patut menilai dengan akal yang waras dan terbuka terhadap mahasiswa dipergunakan oleh mereka.  

@Anwar901 :Rusuhan Bermula Di Pematang Pauh?


MKP baru pulang dari tempat keramat bagi aljuburi sebentar tadi,melihat sekeliling kawasan Parlimen Permatang Pauh.Banyak bendera PKR dinaikan dikawasan ini dengan bermulanya hari kiamat bagi anwar serta penjilat tegarnya.Serangan puak AMK ini selalunya bermula dari permatang pauh dan  twitter Syedmeroyan ini



Ejen Jason Bourne baru sahaja mengirimkan gambar pengawal keselamatan Wan Azizah yang dikatakan telah  'diserang' dan 'disuntik' dengan sejenis racun.

Sebentar tadi heboh beberapa totok PR mengatakan Fayyad tidak sedarkan diri dan jantungnya berhenti berdenyut.

Maklumat ejen sebentar tadi mengatakan bahawa Fayyad sudah sedar, serta mampu bercakap melihat dari gambar di atas juga kelihatan mata Fayyad terbuka.

Anehnya di sini beberapa kekeliruan serta kebodohan pembangkang jelas ketara.

Pada awalnya mereka mengatakan Fayyad cuba dibunuh di mana penyerangnya telah menyuntik mangsa dengan sejenis racun :


Namun tidak berapa lami selepas itu, twitter Keadilan memperbetulkan kembali laporan dengan mengatakan Fayyad tertusuk jarum ketika berceramah.

Tapi drama ini tidak berhenti di situ sekejap tadi ianya dibetulkan semula di mana mereka mengatakan Fayyad ditusuk ketika bersalam.


Kalau benar-benar ada pihak mahukan Anwar Ibrahim dan isteri mati, percayalah ianya telah lama dilakukan dan nescaya Anwar Ibrahim hari ini mungkin tidak mampu menghirup udara di bumi bertuah Malaysia.

MKP kata:Depa nie klu nak buat provokasi biaqla cerdik skit nie dah nampak macam bangang dah,buat cerita bukan-bukan dan boleh dipertikaikan.Dengaq kata sapa pi KL esok akan dapat seorang 500ratus?Woiii kayanya puak PKR nie sampai terdesak nak suruh orang pi!!!

Video Berapi : @OmbakRindu Edisi Khas.



Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Itu versi cerita ombak rindu akan tetapi sama jugaklah dengan jalan cerita yang Pak sheik dok buat dalam Pra #Anwar901 nie.Sampai bila Pak Sheik nie nak berlakon pun tak tau lah.Penafianya sampai kiamat pun tak habis,satu cara untuk menutup jalan cerita nie dengan tidak lagi mengundi pakatan kelentong rakyat pada PRU 13.

Saturday, January 7

Pembaca Buletin, Jay Jamalina Tersasul Sebut Nama PM Anwar Ibrahim... Mohon Maaf Melalui Twitter @JAYJAMALINA



Pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter...

Nama penanya di Twitter Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali.


Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina berkata:

Dalam bahasa melayu

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya, lantas Jay memohon maaf dengan berkata:

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.

Sumber BROJINGGO.

MKP kata:Jika dah buat salah dan dengan segera mohon kemaafan tak salah,akan tetapi Nur Jamalina nie cun orangnya.sebagai pembaca berita baru tersasul itu adalah lumrah kita manusia pasti membuat silap.Jangan pulak jadi macam Pak Sheik heeeeeee

#Anwar901: Pembangkang Tolak 10 Syarat.



Pastinya ini akan terjadi kerana mereka tidak akan berpuas hati dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Polis.Malahan jika membenarkan monyet ini berkumpul pastinya akan membuat onar dan pelbagai masaalah.Budak AMK nie spises macam tue mana boleh duduk diam.

Pembangkang menolak sepuluh syarat yang ditetapkan polis kepada penganjur dan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika demonstrasi 901 yang dijadual berlangsung Isnin ini.Polis mengenakan sepuluh syarat kepada penganjur demonstrasi 901 setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam.ia nyatermasuk tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.

10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.


ChinaDoll Penang Cuti Sokong #Anwar901 Guan Eng,Perdana Menteri interim???



Perdana Menteri interim akan dilantik sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara – jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional (BN).Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sedia ada yang boleh diharap untuk memegang jawatan tersebut sementara menunggu proses yang sepatutnya selesai untuk membebaskan Anwar?Siapa pun dia, orang ini mestilah diterima oleh semua lapisan rakyat dalam Pakatan Rakyat, selain partinya sendiri.


Tidak setakat itu, pemimpin tersebut mestilah seorang yang boleh dipercayai untuk menyerahkan semula jawatan Perdana Menteri kepada Anwar bila masa itu tiba nanti dan paling penting tidak mengambil peluang di dalam tempoh tersebut untuk menguatkan pengaruhnya pula.MKP ingin mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilantik sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Anwar, walaupun perkhabaran kuat yang masuk ke gegendang telinga penulis menyatakan Azmin Ali atau Nurul Izzah yang akan menduduki jawatan tersebut.


Pandangan MKP mengenai Guan Eng adalah berdasarkan hakikat bahawa kaum cina ini boleh dipercayai dalam hal-hal sedemikian, selain jangkaan bahawa DAP juga akan menguasai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Bukan tidak percaya dengan kebolehan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi (sebagai tambahan kepada Azmin atau Nurul Izzah) , tapi seperti disebut pada awal artikel ini tadi, pemimpin tersebut perlulah boleh diterima semua kaum dalam Pakatan Rakyat.

Percayalah, pemilihan Azmin atau Nurul Izzah hanya akan menyelesaikan separuh dari masalah – memastikan jawatan Perdana Menteri diserah semula kepada Anwar, sedangkan pemilihan Guan Eng akan juga memastikan rakyat dan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar sementara menantikan Anwar bebas dari penjara.
Justeru, tidak syak lagi bahawa Guan Eng adalah pemimpin yang memenuhi kriteria sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Datuk Seri Anwar.




Berapi :Akibat #Anwar901 300 Ahli PKR Tinggalkan Parti


Dato Zainal Abidin Osman  menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga  bagi setiap kaum india,melayu dan cina yang kurang berkemampuan dimajlis yang berlangsung tadi.


NIBONG TEBAL - Seramai 300 ahli & penyokong Pakatan Rakyat kawasan Dun Sungai Acheh , Nibong Tebal hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai parti dalam BN iaitu UMNO , MCA , MIC dan Gerakan setelah kecewa dan hilang kepercayaan dgn kepimpinan kerajaan DAP diterajui Lim Guan Eng .

Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepad Pengerusi BN Parlimen Nibong Tebal , Datuk Zainal Abidin Osman dalam  satu majlis di Sungai Acheh  di sini, hari ini."

Menurut Mantan Pengerusi JKKKN & Ketua Ranting PKR Sg Acheh Hj Ahmad Bin Ibrahim berkata, mereka telah memberi peluang Kerajaan negeri DAP menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini tetapi mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan .

"Mereka langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini di Dun Sungai Acheh , Sebaliknya UMNO dan BN banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini " katanya .

Selain itu, pihak Utara News juga dimaklumkan bahawa lebih 1000 orang penyokong Pakatan Rakyat telah keluar secara senyap lebih dahulu dan kelompok ini berjanji akan menyokong BN pada PRU 13 akan datang 
sumber : Utara NEWS 




Berapi :Akibat #Anwar901 Ahli PKR Tinggalkan Parti



Maklumat yang baru diterima oleh MKP dari rakan seperjuangan yang kini berada dilokasi seramai 300 ahli dari Pakatan Rakyat telah keluar dari Parti dan kini telah menyertai UMNO/MCA dan MIC Borang keahlian mereka telah diterima Dato Zainal Abidin Osman sebentar tadi







Untuk makluman tuan seramai 300 pengundi  didalam KADUN Sg Acheh  menyertai UMNO/MCA/GERAKAN & MIC sebentar tadi mereka terdiri daripada parti DAP/PAS & KEADILAN. HJ AHMAD BIN IBRAHIN merupakan mantan Pengerusi JKKKN Pulau Pinang dan Ketua Cabang Sg Acheh.. Wakil bagi pihak  Haji Ahmad iaitu Musa Ali..menyatakan bahawa, selama ini mereka memberi peluang Kerajaan negeri utuk mengambil tanggungjawab tetapi pihak kerajaan negeri  gagal melaksanakan apa yang diberjanji sebelum PRU 12.. Tetapi berlaku disebaliknya, BN YG KALAH TELAH TURUN PADANG BAGI MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT..utuk makluman sudah lebih 1000 org telah pun keluar secara senyap2 utk memberi komitment kepada Barisan Nasional.Laporan dari saikopen

Majoriti Rakyat Meluat dengan berbagai kerenah Anwar Ibrahim...


Berikut adalah kiriman Email kepada sebuah portal politik tanah air.Ternyata rakyat telah meluat dan kesal dengan apa yang akan berlaku dan kerenah atau tabiat yang ditunjukkan oleh Ketua Pembangkang.
SAYA sudah terlalu bosan dengan hal-hal serta kerenah yang ditimbulkan berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya rakyat biasa yang bukan ahli politik, bukan NGO dan bukan siapa-siapa. Yang nyata dan pasti saya amat cintakan kedamaian dan ketenangan di dalam mencari rezeki dan hidup di kota serba maju dan membangun ini. Saya mahu kerajaan bertindak dengan lebih tegas ke atas pelampau-pelampau yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim ini.
Tindakan mereka itu semua akan menyusahkan banyak pihak, termasuk yang tiada kaitan secara langsung. Sungguh memalu dan merugikan. Bangsa lain sibuk bertungkus-lumus mencari kekayaan, membina empayar perniagaan lebih besar serta mahu terus menguasai ekonomi.
Tetapi bangsa Melayu majoritinya terlalu sibuk berpolitik. Yang tidak tahu menahu dan faham hujung pangkal pun sibuk mahu menyertainya, khususnya pelajar-pelajar IPTA yang rata-ratanya masih mentah. Mereka sudah alpa akan tanggungjawab serta matlamat mereka sebagai pelajar dan harapan tinggi keluarga.
Tindakan mereka ini semua akan merugikan serta tidak membawa apa-apa keuntungan, baik kepada bangsa mahu pun negara. Bahkan, ia boleh meruntuhkan apa yang telah dibina dan usahakan dengan keringat dan darah oleh pemimpin-pemimpin agung terdahulu.
Dalam hal-hal sebegini, peranan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera amat diperlukan demi untuk terus menjaga keamanan, ketenteraman awam dan menstabilkan keadaan sekiranya berlaku apa- apa perkara yang tidak diingini.
Pelampau-pelampau ini di antara niat lain mereka adalah mahu mensabotaj negara.
Secara tidak langsung mahu menggambarkan ke mata dunia bahawa kerajaan sekarang di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini terlalu zalim, jahat, menyalahguna kuasa dan sebagainya.
Pada mereka, apa jua yang dibuat oleh kerajaan, semuanya tidak betul. Tidak ada satu pun yang baik di mata dan hati mereka. Pada mereka, hanya mereka sahaja yang betul dan sesetengahnya berasakan diri mereka maksum.
Semuanya telah dibuat dan dilakukan sebaik mungkin khususnya untuk rakyat semua. Sebagai hamba, yang terbaik hanya kepada Allah SWT sahaja. Kita berserah. Allah Maha mengetahui segala- galanya.
Saya terlalu sedih dan amat dukacita melihatkan bangsa saya yang sebegini rupa.
Tindakan mereka semua seumpama telah kehilangan kewarasan sebagai insan dan manusia bertamadun, sedangkan mereka sebagai khalifah di muka bumi dan semulia-mulia makhluk kejadian yang mempunyai akal, fikiran, hati serta perasaan.-INSAN KERDIL Kepada agenda daily.

Friday, January 6

Sah Azmin Ganti #Anwar901???

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ekoran kenyataanya meminta orang ramai tidak hadir menyertai perhimpunan 901.

Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

"Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Itu kenyataan tidak bertanggungjawab.

"Ketika beliau menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) sedang meraikan Anwar. Kalau Nik Aziz pun beri sokongan dan akan hadir (Himpunan 901), maka siapa Datuk Hasan? Jangan terlalu celupar," katanya pada sidang media hari ini.

Hasan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.

“Saya bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang,” katanya.

Sehubungan itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ini menegaskan, perhimpunan Bebaskan Anwar 901 bukan bertujuan peribadi semata-mata, tetapi bertujuan bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar dan tentangan rakyat terhadap politik negara yang kotor.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia yang terletak dalam bahagian Parlimen Gombak.

Semalam, Azmin turut menulis di laman Twitternya dengan mengatakan bahawa: "Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno."

Susulan tweet itu juga, Azmin menulis, "Ketika Hasan Ali mencerca DSAI, pada masa yang sama, 5 petang tadi YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz sedang meraikan DSAI di Kota Bharu."

Justeru, Azmin mempersoalkan, "adakah beliau pemimpin bermoral sehinggakan org lain buruk semua?"

Oleh itu, Azmin meminta agar Pas mengambil tindakan tegas terhadap Hasan kerana dikhuatiri beliau mempunyai agenda tertentu.SINAR HARIAN.

Nik Aziz/Hadi Awang Lacurkan PAS Demi #BebaskanAnwar901.

MKP mendapat khabar malah sudah heboh diperkatakan bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 9 Januari depan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi keputusan perbicaraan kes liwatnya.

Walaupun niat dan tujuan itu kelihatannya baik tapi MKP lihat Nik Aziz dan Hadi tidak perlu sebenarnya untuk hadir ke mahkamah pada hari tersebut demi melindungi intergriti PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Mungkin ada yang tertanya, apa kaitan intergriti PAS sebagai parti Islam dengan keputusan kes Anwar?

Alasan MKP, jika kita telusuri semula proses undang-undang kes ini sejak 3 tahun lepas, jelas sekali Ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh sedang mencabar kesahihan akta dimana Anwar dituduh, dengan cuba menimbulkan keraguan bahawa perlakuan homoseksual itu memang berlaku tapi atas dasar sama suka (Seksyen 377C), bukan secara paksa (Seksyen 377B) seperti dalam pertuduhan.

Untuk menyokong teori suka sama suka itu, Karpal telah membangkitkan persoalan kenapa Saiful tidak lari, masih lagi boleh makan karipap bersama dengan Anwar dan pelbagai perkara lagi yang berkaitan.

Karpal dan pasukan pembelaan pimpinannya juga tidak langsung mencabar kesahihan bukti DNA yang dijumpai dalam dubor Saiful. Yang dicabar ialah proses untuk mendapatkan bahan bukti tersebut dan sama ada bukti itu telah tercemar.

Ini juga bukti bahawa Karpal benar-benar serius mahu menunjukkan kepada mahkamah bahawa perlakuan homoseksual itu berlaku tapi secara suka sama suka.

Katakanlah, jika Hakim Mohd Zabidi Md Diah menerima hujahan Karpal bahawa perlakuan homoseksual memang berlaku, tapi atas dasar suka sama suka, Anwar memang akan bebas tapi perlu membayar dengan harga yang amat mahal - masih dipalit dengan perlakuan homoseksual cuma bukan secara paksa tapi lebih teruk lagi, suka sama suka.

Justeru, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam (melalui konsep negara kebajikan), adakah pernyataan itu baik untuk perjuangan PAS? Jika ada yang terlupa, penghakiman itu akan direkodkan dalam Malaysia Law Journal (MLJ) yang jadi rujukan bakal pengamal undang-undang zaman berzaman.

Jelasnya apa pun takrifan dan kefahaman kita semua mengenai kes ini, tetap fakta yang jelas dan dijurnalkan ialah dalam kes Anwar wujud perlakuan homoseksual suka sama suka.

Inilah tempat dimana Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai pemimpin Islam ,terperangkap dengan strategi pembelaan yang digunakan Karpal untuk memastikan Anwar bebas. kehadiran itu juga sebagai memberi sokongan kepada perlakuan liwat suka sama suka!!

Meloyakini Minfa Maaf Pada Pehin Seri......



Terbaru apabila MalaysiaKini meminta maaf kepada Tan Sri Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 ARTIKEL berkaitan penyelewengan dalam urusan pembalakan pada tahun 2007.  Permohonan maaf ini adalah jalan penyelesaian ke atas saman yang dkemukakan Taib kepada Mkini Dot Com kira-kira 4 tahun lepas.



Persoalannya sekarang, kenapa perlu meminta maaf?
Artikel yang diterbitkan bukan satu atau dua tapi 12 artikel keseluruhannya!  Sudah tentu penerbitan artikel sebanyak ini memerlukan kajian yang mendalam dan sumber yang banyak.
Persoalannya sekarang, kemana hilang sumber dan kajian-kajian tersebut sehingga MalaysiaKini begitu mudah mengemukakan permohonan maaf?
Umum mengetahui, Pakatan Rakyat dan parti komponennya begitu menyokong MalaysiaKini, baik dari segi berita mahupun kewangan.
Pemilihan MalaysiaKini sebagai ‘medium berita tidak rasmi’ Pakatan Rakyat pada satu ketika memang tepat kerana keupayaan wartawan MalaysiaKini membongkar segala penyelewengan kerajaan Barisan Nasional.
Tapi itu dulu.
Kebelakangan ini MalaysiaKini kelihatan kehilangan arah.  Berita yang dilaporkan lebih kepada manipulasi politik yang memualkan.  Tidak terkecuali dalam hal saman Taib Mahmud ke atasnya, itupun nak dipusing-pusingkannya juga.
MalaysiaKini hari ini memetik laporan Sarawak Post yang memberikan ‘kemenangan’ kepada MalaysiaKini dalam pertikaian undang-undang dengan Taib Mahmud.  Walaupun disiarkan oleh Sarawak Post tetapi kenapa MalaysiaKini begitu dangkal untuk ‘menyedut’ masuk berita tersebut ke dalam halamannya?
Fakta tetap fakta, kemenangan apa kalau MalaysiaKini yang ‘sukarela’ meminta maaf kepada Taib secara terbuka di dalam mahkamah?
Itu bukan kemenangan tapi kekalahan.  Pusinglah kot mana sekalipun, tetap hakikat sebenarnya, MalaysiaKini ‘dilihat’ berdusta dalam penyiaran artikel tersebut apabila meminta maaf kepada Taib.
Hendaknya, biar MalaysiaKini bankrap kerana kos guaman kes ini dan membayar jumlah saman yang diputuskan mahkamah, daripada menggadai maruah, kredebiliti dan intergritinya dengan meminta maaf!!
Mungkin pengurusan MalaysiaKini merasakan, pertikaian undang-undang yang berpanjangan akan memakan sumber kewangan mereka yang bukan sedikit.
Tapi sedarkah MalaysiaKini bahawa dengan meminta maaf, mereka akan jauh lebih kerugian kerana tidak ada lagi orang yang mahu melanggan berita dari MalaysiaKini kerana sumber dan nilai berita itu sendiri yang boleh dipertikaikan.
Apatah lagi bila Pakatan Rakyat turut terseret sama kerana isu-isu yang dibangkitkan dalam 12 artikel tersebut menjadi bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang lepas.  Sekarang Pakatan Rakyat terpaksa mencari isu-isu terbaru dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang bagi memastikan kemenangan kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak.
Sebelum ini pun langganan berita dari MalaysiaKini dilaporkan semakin merosot, sukar dibayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.  Mungkin Steven Gan terlupa, tapi portal berita internet bergantung sepenuhnya kepada kredebiliti dan intergriti untuk melariskan langganan
Justeru penulis menyokong tindakan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 11 memilih portal Malaysian Insider sebagai penyiar dan pembekal berita rasmi.  Memang ia pemilihan yang tepat dengan masa dan keadaannya.SUARAPAKATANRAKYAT.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive