Monday, January 9

Anwar Kata Liwat Suka Sama Suka

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik."Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Ismail Kamus pernah berkata;

"Melepaskan 9 orang yang ternyata bersalah adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah."

Faham tak apa maksudnya? Faham? Samar-samar? Atau nak kaji dulu? Hmmm...

Pasukan Pendakwaan telah melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun tak cukup cemerlang. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah juga telah melakukan tugasnya. Mungkin akan ada hakim lain pula selepas ini yang akan melakukan tugas yang sama, mendepani kes yang sama, melayan karenah penangguhan yang sama, di platform yang berbeza. Itupun jika Peguam Negara mahu teruskan. Dan pasti bicaranya akan memakan masa yang panjang lagi...dan kali ini mungkin cecah 5 tahun!



Atau mungkin selepas ini tiada lagi kedengaran kononnya MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK ADIL? atau SISTEM KEADILAN MALAYSIA TEMPANG? Heh...MUNGKIN TIDAK...

Apapun tahniahlah kepada Kak Wan & keluarga, kaum kerabat serta pencinta Bapak Anwar Bin Ibrahim. The damage has been done. Mungkin akan ada lagi 'bukti' cctv di kondominum atau hotel terbaru yang akan berleluasa di alam maya selepas ini?! Manalah tau...kan...kan...kan! Hehehe...

Adam Adli Digantung 3 Semester.



Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengajian tinggi itu selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno bulan lalu.

Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
beliau dimaklumkan keputusan itu pada sesi pendengaran kes ke atasnya petang ini.
"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan diumumkan sekitar 4.30 petang."
Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.
"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.
Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario politik) di negara ini."
"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.
Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang dikenakan.
"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi amaran.
Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dijadual dipanggil menghadap panel disiplin ekoran penglibatannya dalam demonstrasi di hadapan Upsi awal pagi 1 Januari lalu.

 

Video : Naib Ketua Cabang Lembah Pantai Terkejut Keputusan Anwar Bebas Terus Kena Hard Attack?.


Saudara Baktha terkena serangan jantung terkejut kerana Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat sebentar tadi.Melihat kepada video ini ternyata ahli  PKR tidak dapat menerima keputusan mengejut ini.BACA SETERUSNYA DISINI.

Komando AMK Mati Kena Bom?


Kekecohan berlaku bila satu kumpulan anti-Anwar dalam lingkungan 50 orang yang berhimpun  di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan yang tidak disenangi oleh penyokong2 Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi jalan Duta bagi mendengar keputusan penghakiman kes liwat Ketua Pembangkang tersebut.

Kumpulan anti-Anwar (berbaju kuning) yang pada mulanya berhimpun secara  aman, telah diprovok dan diserang oleh penyokong-penyokong Anwar sebelum mereka berundur berlindung di dalam kawasan masjid. Kejadian di atas berlaku beberapa minit sebelum berita pembebasan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan tersebar.

Penyokong Anwar tinggalkan taik,selepas meraikan kemenangan?.

Inilah sikap yang ditunjukkan oleh penjilat Anwar,Banner telah ditinggal dimerata tempat dan mengotorkan tempat letak kereta.bak kata pepatah tangan dihulur taik dicalitkan pada pemberi.Jahat lagi pihak Polis yang telah memberikan persetujuan berhimpun akan tetapi kebersihan tidak dijaga dengan sempurna.

Provokasi telah dilakukan oleh pihak komando AMK mengatakan polis melemparkan bom akan tetapi itu adalah dilakukan oleh mereka sendiri untuk mencemarkan nama baik polis.apa punya kejadah depa nie dah menang balik ajelah.permit telah diberikan oleh pihak polis hanya sampai pukul 10 pagi dan keputusan telah diketahui.tunggu apa lagi berambus la!nie dok tengak jalan sambil menggangu lalulintas dan menyusahkan orang ramai.

Anwar mesti bersumpah laknat selepas ini?

Anwar mesti bersumpah laknat bagi membersihkan namanya.Mahkamah telah membebaskan beliau tidak bersalah ternyata mahkamah malaysia adil dan saksama menjalankan undang-undang mengikut tatacara yang telah ditetapkan.tidak pulak kedengaran tuduhan yg menyatakan mahkamah tidak adil dari pemimpin pakatan rakayt.kenapa depa nie tau jika mengatakan mahkamah tidak adil alan ditemplak oleh penyokong BN.

Nada keriangan dikongsi oleh penyokong yang mengikutnya mengadakan sidang akhbar diluar perkarangan mahkamah ketika ini.yang peliknya Anwar terlebih dahulu pergi ke media luar negara dari malaysia.pastinya kenyataan memburukan malaysia dimata dunis dicanangkan.

gambar Anwar berpeluk dengan azizah sebaik sahaja dibebaskan.

bagi MKP ini adalah malapetaka dan bagi penyokong anwar bertempit gembira meraikan kemenangan Anwar peliwat dibebaskan.

Gempar anwar dibebaskan dari tuduhan liwat Anwar

Anwar dibebaskan dari hukuman.maklumat diterima dari twitter nurul izzah yang menyatakan bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan menimbulkan keraguan.so anwar lepas dari hukuman.

Kehadiran Anwar menjadikan suasana kelam kabut.

Pengawal peribadi yang membawa anwar masuk di perkarangan mahkamah sungguh kurang ajar memaki hamun petugas media.taktik yang digunakan supaya pihak polis dinampakkan tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna.Akan tetapi taktik yang digunakan tidak berjaya mendapat perhatian pihak polis.

Semasa bersembang dengan penyokong PKR diluar mahkamah.Ada yang terkejut apabila polis memberikan kebenaran kepada penyokong PKR berhimpun dan pakcik nie pecaya anwar pasti didapati bersalah kerana semasa Anwar masuk tadi nampak riak muka macam dah tahu???

live update : gempaq lebih cuma 1ribu yang hadir.Kekasih gelap anwar pun mai?

Kira-kira 1,000 penyokong Saja yang ada depa nie gempaq saja lebih.

Live update;penyokong lynas yang bodoh dibawa oleh #Fauziahtipu ambiga dan a samad said.

MKP tengok hanya warga tua yang telah diperdaya oleh fauziah untuk dibawa ke perkarangan mahkamah jalan duta ini untuk menyokong anwar nie.mungkin telah dibayar oleh fauziah kerana dari segi pemakaianya nampak dari golongan tidak cerdik untuk menilai dan tidak mengenali alam siber ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannyaesok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin," katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita pada Sabtu.

Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyaisalinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar," katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan)," katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi.

Perhimpunan itu diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan esok terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat PKR, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

Terkini:dipintu masuk mahkamah jalan duta.

depa nie bukan ramai pin kt sini akan tetapi provokasi aje lebih.

live: depan pintu masjid jalan duta.

pencacai anwar telah berkumpul dan keluar dari pintu masjid.

Live :Jalan masuk ke mahkamah Dikawal Polis.

ramai jugak penyokong aljuburi di depan mahkamah dan pintu masuk.

#fitnah2 Tahniah Anwar Berjaya Pecah-Belahkan Umat Islam Malaysia?.


Di depan kira-kira 200 orang, terdiri dari sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga  wakil media bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,".
Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.
Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.
hasanalidanisteri400
Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berbangkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.
"Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM," katanya dengan penuh bersemangat.
Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.
"Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PHD, saya tahu sistem reseach, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim...
"Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup..."
"Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan  justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri," katanya.
Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bahcok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.
“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.
Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota UMNO.
“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.
nasharudin400
Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.
Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS 'kem Hasan Ali' yang terdiri dari golongan profesional yang bukan jenis pak turut danindependent.
Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR)  dalam PRU ke 12.
"Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja," katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.
Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA,yang katanya, "saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengata, Dr Hasan ada PHD, saya tidak ada," katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.
Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat 'soladiriti' dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, "Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan 'pusing' Malaysia, dia jadi hero baru kita,".

Guan Eng Gembira Hassan Ali Dipecat PAS.#fitnah2 #bebasanwar901.



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS telah membuat keputusan terbaik untuk parti itu dalam pendiriannya mengambil tindakan ke atas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali, hari ini.
Hasan dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta semalam.
"Hubungan antara PAS dan DAP adalah normal dan sihat dan akan diteruskan sebegitu," katanya ketika ditemui selepas Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pula berkata "itu adalah isu dalaman PAS" sementara penasihat DAP Lim Kit Siang enggan memberi sebarang komen.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor Ronnie Liu berkata tindakan pemecatan itu sudah dijangka berikutan Hasan sering mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan yang membelakangi polisi pakatan pembangkang serta PAS.
Ditanya mengenai kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri Selangor, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Abdul Samad menyambut baik keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk memecat Hasan.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata secara peribadi, beliau menganggap keputusan itu adalah jalan terbaik yang telah difikirkan oleh pucuk pimpinan pusat untuk kebaikan parti pada masa depan.
"Pada pandangan saya, kita hormati keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS pusat (memecat Hasan).
"Banyak pandangan telah diberikan kepada Hasan sebelum ini. Di peringkat PAS Selangor sendiri, kita dah cuba banyak kali nasihatkan dia (Hasan) sebelum ini," katanya.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri hanya akan dibincangkan selepas PAS menyerahkan notis rasmi berhubung pemecatan itu kepada kerajaan negeri Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor itu berkata: "Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali."SINAR HARIAN.
MKP kata:Sudah pasti DAP gembira dengan pemecatan ini,DAP sudah menunggu saat ini sekian lama.Hassan ali bukanlah pemimpin PAS yang disukai oleh pemimpin DAP kerana mengganggu usaha DAP untuk memecah-belahkan melayu.DAP adalah seperti mentornya PAP yang tidak akan mengiktiraf pemimpin yang susah untuk dicucuk hidung seperti khalid Gagap dan Khalid Samad.Peringatan kepada semua melayu PAS pihak DAP tidak dapat menghancurkan perpaduan kita sesama Islam,hanya Islam itu sendiri dapat menghancurkan sesama kita.Kaum ini tidak setia kepada kepada raja dan negaranya. 

Live di Jalan Duta:Penyokong Anwar Dah Sampai KL.


penyokong al-juburi telah sampai ke ibu kota bagi membuat kacau sebentar tadi.Polis mengawal kehadiran penyokong ini dengan ada beberapa ekor lipas insomnia
sudah mula berkeliaran di sekitar mahkamah jalan duta...

menurut khabar terbaru, ramai penyokong
DATUK HASAN ALI membatalkan niat menyertai
demo 901 kerana kecewa dengan tindakan PAS
memecat beliau.

nampaknya cuma beberapa kerat penyokong2 murtad DUMC
di bawah seliaan khalid gereja yang akan memberuk
di hadapan mahkamah hari ini! boooOOOo!!

Video Berapi :Wan Azizah Menangis Terkenang Anwar Bakal DiHukum?.



Buat semua rakyat ikutlah apa yang diperkata oleh legenda penyanyi rock tanah air supaya menjauhi perhimpunan901 hanya 6 jam dari sekarang.Jauhilah...............
Satu family buat drama terbaik bagi meraih simpati rakyat,jika diikutkan parti bukanlah milik individu akan tetapi Anwar and family nie mengunakan PKR sebagai survival untuk menyelamatkan diri.Rakyat menilai apa yang dilakukan akan tetapi ini jelas PKR telah digunakan untuk dalam keluarga ini.

Anwar Teriak Sampai Keluaq Air Mata Darah DiCeramahnya Terakhirnya.?


Anwar teriak sampai macam tue,pasal esok dah tentu pasti dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. "Apa kekuatan Anwar? Kekuatan saya kegentalan dalaman. Membujur lalu, melintang patah!" Anwar memberitahu pada hadirin yang hadir bahawa Kempen 901 untuk membebaskannya ini bukanlah semata-mata isu peribadinya tetapi ianya merupakan agenda rakyat kononnya dalam menentang kerajaan yang zalim. Tugasnya hanya menyelaraskan dan menguatkan Pakatan Rakyat. Bukan nak jadi Perdana Menteri. 





Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive