Tuesday, January 10

Jaga-jaga Jay Jamalina, Abang...Abang...Abang Cuma Nasihat Aje...



Anwar Ibrahim teringin berjumpa dengan pembaca berita TV3 yang tersasul Jay Jamalina. Nampaknya di Malaysia sekarang untuk seseorang menjadi popular bukanlah sesuatu perkara yang sukar.Jika sesuatu pekara dibangkitkan mengaitkan ahli politik paling banyak masaalah moral pastinya mendapat perhatian ramai.Slogan Liwat tetap liwat pasti melekat dihati sanubari rakyat sehingga keakhir hayatnya,Dalam dok raplah dengan taktik tranfomasi nie sempat jugak lagi nak tambah ranting baru,Patutlah muka Kak Wan masam mencuka semasa sidang akhbar tue.Hai tak habis-habis lagi la Pak Sheik nie dok wat hal....  


Ayat Power dari PakSheik: 
"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.
Itulah yang berlaku kepada Jay Jamalina, gara-gara tersilap sebut Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Beliau kini menjadi buah mulut kepada pengikut totok Anwar Ibrahim sehinggakan Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan dalam ceramahnya menyatakan hasrat untuk bertemu Jay Jamalina.


MKP turut bergembira dengan pembebasan anwar,klu tak pecaya tengok video nie...............


INIKAH BEKAS MODEL BANTU KEMPEN HIMPUN 901 ANWAR!!?


Semalam semasa MKP membuat liputan di mahkamah jalan duta tengok benda nie tapi tak terperasanlah dengan dua gambar ini. Ingatkan gambar muslimat PAS. Comel betul.




Tapi bila pagi ini MKP baca posting kat blog Medan Info Kita (http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/kehadiran-shamsidar-di-mahkamah-beri.html), barulah MyMassa tau siapakah dia gerangan dua gadis comel di atas.


Terima kasih blogger MIK atas maklumat.

Jangan lupa dulu kedua-dua gadis ini pernah bergambar seperti ni.




MKP: pstttt…gambar perempuan diatas sekali hanyalah gambar hiasan semata-mata…kehkehkeh

Pulau Pinang Apa Pun Boleh,Tak Pecaya??????



Pulau Pinang 10. Jan. 2012 Selasa- seramai 30 ahli dari pelbagai Pertubuhan sekitar Pulau Pinang yang diketuai oleh YDP GPMS BARAT DAYA BALIK PULAU.Saudara Mohd. Faiz Hj. Mohamed Rafeek  telah menghantar MEMORANDUM kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) berkaitan  laporannya Polis oleh beliau kelmarin iaitu SLIP NO EKOR YANG MEMPUNYAI AYAT AL-QURAN DIBAHAGIAN BELAKANG... WAKIL iaitu penerima En. Rizal b Kamis penolong pengarah Khidmat Urusan (wakil MAIPP) dan Tengku Rosnani Tengu Yusoff Ketua Unit Penguatkuasa bahagian penerbitan dan teks Al-Quran (KDN PP) telah menerima memorandum tersebut.. Laporan dari saikopen




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya menggesa pihak berwajib untuk menyiasat cetakan keputusan nombor ramalan di sebalik kertas yang mengandungi ayat suci al–Quran.

Yang Dipertuanya, Mohd Faiz Mohamed Rafeek berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat nombor ramalan di pekan Kongsi itu dikesan oleh rakannya pada 1 Januari lalu kira–kira jam 8 malam.

“Saya memintanya untuk mendapatkan kertas tersebut dan alangkah terkejutnya apabila keputusan nombor ramalan itu sememangnya mengandungi ayat al–Quran.

“Tindakan syarikat itu secara tidak langsung menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, tidak sepatutnya kertas yang bercetak ayat al–Quran digunakan sebagai catatan keputusan nombor ramalan, walaupun kertas tersebut dikitar semula dan laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin.


“Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Mainpp) perlu memainkan peranan untuk membongkar isu yang berlaku di Balik Pulau,.

Mohd Faiz berkata, beliau turut mendapat sokongan rakan–rakan laman sosial yang bersetuju akan tindakan yang diambil.


“Bukan itu sahaja, saya turut mengajak mereka yang berminat untuk menyerahkan memorandum kepada Mainpp pada minggu hadapan bagi menyatakan kekesalan umat Islam akan kejadian itu.


“Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim juga perlu tampil dan membantu memberi penjelasan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan lebih efektif.



MKP kata:Sebentar tadi rakan media cuba menghubungi Malik Itik berkenaan isu ini untuk mendapatkan  komen  beliau,Nak tau apa dia kata NO KOMEN,,,,,,Apa kejadah punya YB Batu Maung nie bab nie pun takkan kena tanya Big Boss Nenen kot???????????????????????????

Hikmah Sebalik Pembebasan Anwar.

mynewshub.my – Keputusan perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagaikan satu pukulan kuat di kepala bukan sahaja bagi musuh-musuhnya tetapi juga bagi penyokong-penyokongnya.

Ia merupakan satu pengakhiran yang anti-klimaks apabila semua penyokongnya sudah bersedia memulakan huru-hara dan bercakap secara terbuka mengenai ‘pertumpahan darah’ ala Libya jika Anwar ke penjara.

Beberapa minggu kebelakangan ini, media-media barat juga, begitu aktif memfokuskan kepada Malaysia, memberi isyarat akan akibat yang negara ini mungkin hadapi jika Anwar dipenjara kerana meliwat. Mereka menegaskan bahawa liwat bukanlah satu jenayah kerana ia adalah sebahagian dari hak asasi manusia untuk mempunyai keinginan seks songsang.

Media-media barat ini secara langsung menghentam undang-undang berlandaskan Islam dan hukum alam.

Anwar, dalam kenyaataannya berkata bahawa keputusan mahkamah itu pasti ada kena mengena dengan tekanan antarabangsa – dalam ertikata lain mengakui hubungan eratnya dengan para pemimpin neo-con dan dirinya adalah pemimpin boneka pilihan mereka.

Saiful Bukhari, mangsa dalam kes liwat Anwar dalam kenyataannya pula menyatakan yang dia tenang menerima keputusan, yakin dan tawakkal kepada apa saja takdir Allah ke atas dirinya. Bagaimanapun, dia juga berharap agar kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Rakyat Malaysia pasti punya banyak untuk diperkatakan mengenai kes ini tetapi satu perkara yang pasti ialah kita semua merasa gembira kerana negara kekal aman untuk sedikit masa lagi kerana Anwar tidak ada alasan lagi untuk memulakan huru-hara atau menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat.

Pandangan dan simpati kini ditujukan kepada Saiful Bukhari.

Saiful mungkin dicemuh dan diketawakan oleh penyokong Anwar tetapi bagi mereka yang bijak, Saiful adalah seorang wira.

Saiful telah dinafikan keadilan lama sebelum keputusan diumumkan apabila kes ini ditangguh dan diheret selama bertahun-tahun. Untuk anak muda sepertinya terus bertenang walau apapun yang didedah dan diperkatakan terhadapnya, memerlukan kekuatan yang jitu. Kini, beliau telah pun kalah dalam perbicaraan tetapi masih mampu menerima hakikat itu dengan tenang menjadikan beliau seorang Muslim sejati.

Kita semua sedia maklum bahawa sekiranya Anwar dipenjara, negara ini tidak mungkin akan aman lagi. Dia akan bekerja siang dan malam dari dalam penjara dengan bantuan rakan-rakannya di barat bagi mencetuskan huru-hara dan meberikan alasan terbaik untuk kuasa besar masuk campur dan mengambil-alih negara.

Ia adalah satu hikmah yang tersembunyi apabila keputusan mahkamah ternyata tidak sepertimana yang diharap dan dirancang oleh Anwar dan pihak barat.

Dan ini juga menjadikan Saiful satu-satunya mangsa peperangan politik dunia ini. Saiful telah kehilangan sebahagian dari maruah dan reputasinya dengan kekalahannya di mahkamah. Tetapi, beliau mungkin tidak menyedari bahawa pengorbanannya itu telah menyelamatkan negara ini dari kehancuran.

Hassan Ali : Pertimbangkanlah Untuk Sertai UMNO?.

''Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan." Itulah kata Datuk Dr. Hasan Ali.Pemecatan Hasan sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.

Sikap telus Hasan dalam menyatakan kebenaran dan begitu tegas dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu, umat Islam dan institusi raja-raja dilihat ancaman kepada usaha pembangkang meraih undi semua golongan.

Sejak dari awal lagi, Hasan yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Selain berusaha menghalang penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Selangor, Hasan juga adalah penentang kepada gejala murtad di negeri berkenaan apabila bersedia menanggung risiko dengan menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) biar pun ia tidak mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Tetapi Hasan tidak mempunyai karektor 'pak turut' sebab itulah beliau tegas untuk menentang gejala berkenaan kerana ia berkaitan dengan aliran perjuangannya iaitu Islam.

Begitu juga apabila beliau menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901, ia juga dilakukan atas dasar prinsip kerana kes berkenaan adalah kes peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh itu rakyat termasuk ahli Pas tidak harus diseret ke jalanan.

Bagi Hasan, Pas tidak sepatutnya mengerahkan penyokong parti itu terutama golongan muda turun ke jalanan bagi menyokong Anwar.

Akibat perjuangan itu semua, Hasan akhirnya dipecat kerana didakwa tindak-tanduknya merugikan parti. Mungkin Hasan dilihat merugikan Pas kerana penegasan perjuangan Islam akan menyebabkan orang bukan Melayu tidak akan mengundi parti itu.

Dan Hasan juga merugikan Pas kerana kenyataan terhadap Anwar akan menyebabkan Pas tidak akan diberi kuasa memerintah bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika pembangkang menang pilihan raya nanti.

Justeru Pas tiada pilihan, mereka terpaksa tunduk kepada desakan pemimpin-pemimpin PKR supaya Hasan dikenakan tindakan kerana dianggap liabiliti kepada pembangkang.

Ternyata PKR begitu berkuasa dan Pas tidak mampu melawan, Hasan dipecat yang sekali gus membuktikan bahawa parti itu akur dengan kehendak PKR.

Dan dalam masa yang sama sudah pastilah akan ada pemimpin DAP yang menarik nafas lega kerana di Selangor sekarang tidak ada lagi pemimpin pejuang seperti Hasan.

Ini jelas apabila seorang pemimpin DAP Selangor yang mengulas pemecatan Hasan berkata, ''Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali''.

Walaupun Hasan dikatakan mempunyai peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura yang merupakan badan tertinggi dalam Pas tetapi tindakan beliau itu akan dilihat sia- sia.

Ia kerana suara ulama di dalam Pas sudah ditenggelamkan oleh puak-puak pemimpin yang menyokong Anwar. Golongan ulama Pas mungkin tidak akan berani mengubah keputusan Majlis Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Kedudukan Majlis Syura bukanlah seperti mana sebelum Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR. Dulu Majlis Syura ada keberanian untuk mengubah keputusan kerana perasaan hormat kepada ulama Pas masih tinggi dan ketika itu perjuangan Pas adalah bersendirian tanpa perlu mengambil kira apa kata parti pembangkang lain.

Tetapi sekarang tidak boleh kerana Majlis Syura juga perllu berhati-hati untuk mengelakkan PKR dan DAP tersinggung.

Kalau majlis berkenaan tidak menyebelahi Hasan pun tidak apa kerana aliran perjuangan beliau dan Pas sudah tidak sama, Hasan memperjuangkan Islam tetapi Pas memperjuangkan negara berkebajikan. Hasan menentang perhimpunan yang bertujuan membela kes peribadi seorang pemimpin, tetapi Pas mengerahkan penyokong-penyokongnya untuk hadir.

Begitu juga Hasan tegas mempertahankan kepentingan umat Islam di Selangor tetapi Pas hanya mendiamkan diri.

Berdasarkan hujah itu, mana mungkin Hasan sesuai untuk terus berada dalam Pas. Kalau pun rayuan diterima, percayalah Hasan akan 'disejukbekukan' apatah lagi di saat-saat Pas semakin ghairah untuk bersama-sama PKR dan DAP menuju Putrajaya.

Walaupun Dewan Ulama Pas menyatakan Hasan memerlukan Pas dan Pas memerlukan Hasan, hakikat sebenarnya Hasan sudah tidak sesuai untuk berada dalam Pas dan Pas tidak sesuai untuk memiliki pejuang seperti Hasan.

Begitu juga dengan kenyataan Dewan Pemuda Pas yang menyokong penuh pemecatan Hasan tetapi masih mengharapkan Hasan tidak meninggalkan perjuangan parti itu apabila Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, ''Kepada Datuk Dr. Hasan Ali, jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini."

Kita ingin bertanya siapa yang meninggalkan perjuangan Islam - Pas atau Hasan? Dan benarkah dalam Pas masih adalah perjuangan seumpama itu? Kalau masih ada, kenapakah Pas menggugurkan perjuangan negara Islamnya? Kenapakah Pas begitu takut untuk memasukkan pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya parti?

Dan kita juga ingin tahu kenapakah Pas tidak memberi sokongan kepada perjuangan Hasan menentang gejala murtad sehingga menganggap perhimpunan Himpun sebagai agenda UMNO?

Kalau betul Pas memperjuangkan Islam, kenapakah mereka tidak selesa apabila Hasan bercakap soal penyatuan orang Melayu yang turut melibatkan kerjasama antara UMNO dan Pas?

Tidak payahlah Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam sebaliknya akui sahaja parti itu kini tidak ada apa-apa kuasa hatta untuk membuat keputusan bagi menentukan nasib pemimpinnya dan juga hala tuju parti itu. Segala-galanya perlu dirujuk kepada PKR dan DAP, kalau kedua-dua parti itu memberi lampu hijau barulah Pas boleh melakukan sesuatu, jika tidak mereka perlu akur terhadap keputusan sekutu mereka itu.

Kenapa Anwar Keluar Negara???


Kenapa perlu keluar negara diwaktu kemenangan tercipta????Sanggup melupakan pengundi yang menyokongnya sebelum dijatuhkan hukuman, merayu dan sanggup berlakon drama supaya menyokongnya sepenuh hati.Maklumat diterima anwar membatalkan untuk hadir pada ceramah di Permatang Pauh untuk ke India betemu dengan cucu pemimpin hebat dinegara itu....Apa motifnya?????????/

 

Walaupun telah menang dari kes liwatnya akan tetapi dari segi moralnya anwar tetap dilabel sebagai pemipin yang mempunyai masaalah.Riak wajah Wan Azizah semasa keputusan dibacakan oleh Hakim semalam nampak tidak gembira dengan keputusan tersebut????Adakah apa yang telah dirancang sebelum ini gagal????Atau Anwar ada agenda tersembunyi selepas ini???? Hanya orang terdekat dengan beliau tahu dan faham apa yang tersimpan dihatinya??

1. Satu keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah yang memeranjatkan ramai pihak. Tetapi persoalannya sekarang ialah what is next?

2. Penyokong-penyokong Anwar yang hadir di Bangunan Mahkamah, Jalan Duta menyambut keputusan dengan kegembiraan tetapi di dalam masa yang sama seperti ada yang tidak kena.

3. Ada di antara kita terutamanya penyokong-penyokong parti pembangkang telah ditanam dengan perasaan membenci serta tidak mempercayai lagi sistem kehakiman negara.

4. Setiap pemimpin pembangkang menyuarakan perkara yang sama. No fair justice in BN ruling party.

5. Sistem kehakiman negara dilabel seburuk-buruknya sebagai tali barut BN, UMNO atau pun dibawah telunjuk Najib Razak. 

6. Dimana sahaja Anwar Ibrahim berada sama ada di dalam mahu pun luar negeri, beliau akan menuduh sistem kehakiman negara adalah yang paling teruk dimanipulasikan oleh kerajaan pemerintah UMNO.

7. Sama ada anda tergolong di dalam pihak yang percaya 'sistem kehakiman yang teruk serta tali barut UMNO' atau pun percaya Anwar Ibrahim meliwat, kedua-duanya amat yakin Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat Shaiful Bukhari.

8. Begitu juga dengan kenyataan Anwar Ibrahim selama ini yang mengatakan bahawa kes liwat Shaiful Bukhari adalah konspirasi UMNO dan Najib Razak. 

9. Dari hari pertama sehingga di malam sebelum 9hb Januari, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin bahawa kes liwat tersebut diada-adakan atau pun ulang tayang kes liwat yang pertama. Pokoknya, UMNO yang kononnya bersalah!

10. Tetapi sekarang, semua mata terbuka dan sedar bahawa 'sistem kehakiman dibawah telunjuk Najib Razak' dan 'kes liwat adalah konspirasi UMNO Najib Razak' merupakan pembohongan dan fitnah Anwar Ibrahim belaka!

11. Selama 3 tahun ini Anwar Ibrahim telah menipu rakyat termasuk penyokong-penyokongnya sendiri supaya mempercayai bahawa kes liwat beliau tidak akan diadili dengan saksama dan Saiful Bukhari adalah boneka UMNO.

Video Berapi : Macam Nie Hampa Panggil Muslimah.



melihat kepada tingkah laku muslimah PAS nie ternyata sempit pemikiranya.Apa tidaknya kes Anwar tidak ada kena mengena dengan UMNO pun akan tetapi dipukul canang oleh muslimah PAS nie menyatakan UMNO bersalah dan semua hal.Esok klu anak depa gagal dalam peperiksaan pun salahkan UMNO jugak ke?Kita manusia tidak akan melihat kelemahan diri sendiri sedangkan kelemahan orang lain pulak dicanang.Berbalik pulak tomahan yang dilemparkan itu kepada diri sendiri.Apakah riaksi anak kepada muslimah PAS nie apabila melihat seorang yang bergelar ibu memaki hamun dijalanan?Depa nie aibkan siapa UMNO atau diri sendiri,Jika Pakatan memerintah Malaysia pun merasakah depa nie menjejak kaki ke Putrajaya?.

Anwar Meraikan Kemenangan Di Permatang Pauh.

Seperti yang diduga anwar kembali ke permatang pauh meraikan kemenangannya dikawasan Parlimen Permatang Pauh.MKP pelik dengan jumlah kehadiran yg hadir cuma 1ribu hadir.Sedangkan pengundi yng menyokong beliau di sini berpuluh kali ganda jumlahnya.Jangan cakap bab negeri Pulau Pinang angkanya boleh mencapai ratusan ribu.Mengapa kehadiran begitu menghambarkan????????

Mungkin sebelum ini rakyat menilai Anwar telah difitnah oleh pemimpin UMNO dan BN.bertolak dari undi simpati serta kemarahan rakyat terhadap kepimpinan terdahulu yang tidak peka motif oprandi yang telah digunakan oleh PKR.Kini pengundi atas pagar mungkin sedar dengan taktik sebegini PKR tiada lagi alasan untuk menghentam kerajaan bahawanya tidak adil dan saksama serta mempengaruhi mahkamah dalam membuat keputusan

sumber gambar MPP.

Monday, January 9

Anwar Kata Liwat Suka Sama Suka

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik."Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Ismail Kamus pernah berkata;

"Melepaskan 9 orang yang ternyata bersalah adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah."

Faham tak apa maksudnya? Faham? Samar-samar? Atau nak kaji dulu? Hmmm...

Pasukan Pendakwaan telah melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun tak cukup cemerlang. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah juga telah melakukan tugasnya. Mungkin akan ada hakim lain pula selepas ini yang akan melakukan tugas yang sama, mendepani kes yang sama, melayan karenah penangguhan yang sama, di platform yang berbeza. Itupun jika Peguam Negara mahu teruskan. Dan pasti bicaranya akan memakan masa yang panjang lagi...dan kali ini mungkin cecah 5 tahun!



Atau mungkin selepas ini tiada lagi kedengaran kononnya MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK ADIL? atau SISTEM KEADILAN MALAYSIA TEMPANG? Heh...MUNGKIN TIDAK...

Apapun tahniahlah kepada Kak Wan & keluarga, kaum kerabat serta pencinta Bapak Anwar Bin Ibrahim. The damage has been done. Mungkin akan ada lagi 'bukti' cctv di kondominum atau hotel terbaru yang akan berleluasa di alam maya selepas ini?! Manalah tau...kan...kan...kan! Hehehe...

Adam Adli Digantung 3 Semester.



Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengajian tinggi itu selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno bulan lalu.

Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
beliau dimaklumkan keputusan itu pada sesi pendengaran kes ke atasnya petang ini.
"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan diumumkan sekitar 4.30 petang."
Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.
"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.
Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario politik) di negara ini."
"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.
Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang dikenakan.
"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi amaran.
Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dijadual dipanggil menghadap panel disiplin ekoran penglibatannya dalam demonstrasi di hadapan Upsi awal pagi 1 Januari lalu.

 

Video : Naib Ketua Cabang Lembah Pantai Terkejut Keputusan Anwar Bebas Terus Kena Hard Attack?.


Saudara Baktha terkena serangan jantung terkejut kerana Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat sebentar tadi.Melihat kepada video ini ternyata ahli  PKR tidak dapat menerima keputusan mengejut ini.BACA SETERUSNYA DISINI.

Komando AMK Mati Kena Bom?


Kekecohan berlaku bila satu kumpulan anti-Anwar dalam lingkungan 50 orang yang berhimpun  di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan yang tidak disenangi oleh penyokong2 Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi jalan Duta bagi mendengar keputusan penghakiman kes liwat Ketua Pembangkang tersebut.

Kumpulan anti-Anwar (berbaju kuning) yang pada mulanya berhimpun secara  aman, telah diprovok dan diserang oleh penyokong-penyokong Anwar sebelum mereka berundur berlindung di dalam kawasan masjid. Kejadian di atas berlaku beberapa minit sebelum berita pembebasan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan tersebar.

Penyokong Anwar tinggalkan taik,selepas meraikan kemenangan?.

Inilah sikap yang ditunjukkan oleh penjilat Anwar,Banner telah ditinggal dimerata tempat dan mengotorkan tempat letak kereta.bak kata pepatah tangan dihulur taik dicalitkan pada pemberi.Jahat lagi pihak Polis yang telah memberikan persetujuan berhimpun akan tetapi kebersihan tidak dijaga dengan sempurna.

Provokasi telah dilakukan oleh pihak komando AMK mengatakan polis melemparkan bom akan tetapi itu adalah dilakukan oleh mereka sendiri untuk mencemarkan nama baik polis.apa punya kejadah depa nie dah menang balik ajelah.permit telah diberikan oleh pihak polis hanya sampai pukul 10 pagi dan keputusan telah diketahui.tunggu apa lagi berambus la!nie dok tengak jalan sambil menggangu lalulintas dan menyusahkan orang ramai.

Anwar mesti bersumpah laknat selepas ini?

Anwar mesti bersumpah laknat bagi membersihkan namanya.Mahkamah telah membebaskan beliau tidak bersalah ternyata mahkamah malaysia adil dan saksama menjalankan undang-undang mengikut tatacara yang telah ditetapkan.tidak pulak kedengaran tuduhan yg menyatakan mahkamah tidak adil dari pemimpin pakatan rakayt.kenapa depa nie tau jika mengatakan mahkamah tidak adil alan ditemplak oleh penyokong BN.

Nada keriangan dikongsi oleh penyokong yang mengikutnya mengadakan sidang akhbar diluar perkarangan mahkamah ketika ini.yang peliknya Anwar terlebih dahulu pergi ke media luar negara dari malaysia.pastinya kenyataan memburukan malaysia dimata dunis dicanangkan.

gambar Anwar berpeluk dengan azizah sebaik sahaja dibebaskan.

bagi MKP ini adalah malapetaka dan bagi penyokong anwar bertempit gembira meraikan kemenangan Anwar peliwat dibebaskan.

Gempar anwar dibebaskan dari tuduhan liwat Anwar

Anwar dibebaskan dari hukuman.maklumat diterima dari twitter nurul izzah yang menyatakan bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan menimbulkan keraguan.so anwar lepas dari hukuman.

Kehadiran Anwar menjadikan suasana kelam kabut.

Pengawal peribadi yang membawa anwar masuk di perkarangan mahkamah sungguh kurang ajar memaki hamun petugas media.taktik yang digunakan supaya pihak polis dinampakkan tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna.Akan tetapi taktik yang digunakan tidak berjaya mendapat perhatian pihak polis.

Semasa bersembang dengan penyokong PKR diluar mahkamah.Ada yang terkejut apabila polis memberikan kebenaran kepada penyokong PKR berhimpun dan pakcik nie pecaya anwar pasti didapati bersalah kerana semasa Anwar masuk tadi nampak riak muka macam dah tahu???

live update : gempaq lebih cuma 1ribu yang hadir.Kekasih gelap anwar pun mai?

Kira-kira 1,000 penyokong Saja yang ada depa nie gempaq saja lebih.

Live update;penyokong lynas yang bodoh dibawa oleh #Fauziahtipu ambiga dan a samad said.

MKP tengok hanya warga tua yang telah diperdaya oleh fauziah untuk dibawa ke perkarangan mahkamah jalan duta ini untuk menyokong anwar nie.mungkin telah dibayar oleh fauziah kerana dari segi pemakaianya nampak dari golongan tidak cerdik untuk menilai dan tidak mengenali alam siber ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannyaesok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin," katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita pada Sabtu.

Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyaisalinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar," katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan)," katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi.

Perhimpunan itu diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan esok terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat PKR, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

Terkini:dipintu masuk mahkamah jalan duta.

depa nie bukan ramai pin kt sini akan tetapi provokasi aje lebih.

live: depan pintu masjid jalan duta.

pencacai anwar telah berkumpul dan keluar dari pintu masjid.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive