Thursday, January 12

Duta Amerika Patut Tengok Video Nie Dulu Baru Komen????


  

KENAPA Amerika Syarikat (AS) bersikap campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim sahaja? Ini adalah pertanyaan yang dikemukakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO masa itu, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (lihat Utusan Malaysia 2 Julai 2008).

Agensi berita AFP telah melaporkan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan yang bermotifkan politik.

Mengapa AS begitu cepat memberikan reaksi? Kata Menteri Dalam Negeri masa itu; Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar, Anwar sendiri yang melaporkan perkara tersebut kepada AS. (lihat Utusan Malaysia 3 Julai 2008).

Sebelum ini, Datuk Mukhriz Mahathir pernah mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kaitan Anwar dengan perancang perang AS, Paul Wolfowitz yang turut bertanggungjawab terhadap Perang Iraq yang mengorbankan kira-kira sejuta nyawa, majoriti orang Islam. (sila lihat The Star 17 Mei 2008).

Mukhriz mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan Anwar kerana Penasihat PKR itu adalah pengerusi sebuah yayasan antarabangsa (Foundation of the Future) yang latar belakangnya boleh dipersoal. Yayasan itu menerima sumbangan AS$35mil (RM112mil) daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, AS$10 juta (RM32 jutal) daripada Bahrain dan AS$11 juta (RM35.2 juta) daripada sumber-sumber yang tidak diketahui.

Maka ada sebab bagi rakyat Malaysia untuk mencurigai campur tangan Jabatan Negara AS dalam kes Anwar.

Selain para pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kenyataan Tom Casey, kalangan Pas juga mulai gelisah. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub semalam turut mengingatkan Washington supaya tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia berhubung kes Anwar (lihat Utusan Malaysia 3 Julai 2008).

Hanya Karpal Singh, Pengerusi DAP yang berpendapat bahawa kenyataan Casey tidak wajar dilihat sebagai campur tangan negara lain.

Anwar sering ke Amerika sejak zaman memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan menjadi ahli lembaga pengarah International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang beribu pejabat di Herndon, Virginia, AS tidak jauh dari Washington. IIIT pada asalnya ditubuhkan sebagai pelopor gerakan Muslim-Christian Understanding yang kemudian berkembang ke Malaysia sebagai Inter Faith Council (IFC) yang cuba mewujudkan persamaan antara agama atas nama merapatkan jurang perbezaan bagi maksud kedamaian.

Bagaimanapun ibu pejabat IIIT disyakki menjadi sarang pengganas dan pernah diserbu oleh FBI pada 20 Mac 2002, tapi tiada tangkapan dibuat. (sila lihat Wikipedia).

Antara pengasas IIIT ialah Dr. Ismail Farouqi, dekan pengajian Islam dan Timur di Universiti Temple, Philadephia. Allahyaham mati ditikam di rumahnya pada akhir 80-an. Kes pembunuhannya tidak dapat diselesaikan dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Allahyarham Ismail Farouqi semasa hayatnya.

Ramai anggota ABIM (Angkatan Belia Islam di Malaysia) yang suatu masa dulu dipimpin Anwar, menuntut dengan Ismail di Universiti Temple pada akhir 80-an. Malah semasa zaman puncaknya, ABIM mempunyai cawangan di universiti-universiti Amerika yang ramai terdapat pelajar Malaysia.

Menjadi kehairanan bagaimana Anwar yang suatu masa dulu memimpin ABIM dan dianggap salah seorang pemimpin muda pergerakan Islam antarabangsa akhirnya boleh menjalin hubungan rapat dengan Washington. Bagaimana ABIM boleh membuka cawangan di universiti-universiti di Amerika. Dan IIIT masih dibenarkan bergerak walaupun FBI pernah menyerbu ibu pejabatnya?
Dan bagaimana pula kemudiannya Anwar boleh menjadi pengerusi Future di mana teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza bekerja dengan gaji yang mahal dan akhirnya mencetuskan skendal.

Terlalu banyak muslihat dan faktor yang boleh ditulis mengenai hubungn antara Anwar dan Amerika sehinggakan Syed Hamid Albar pun mengakuinya bahawa semasa Hamid menjadi menteri luar, tajuk mengenai Anwar merupakan satu agenda semasa berucap di luar negara terutama pada rakyat Amerika.

Syed Hamid mengakui bahawa jaringan antarabangsa Anwar sungguh kukuh,kerana itu apabila sodomy II diaktifkan, maka campur tangan negara-negara asing ini datang bagaikan air bah selepas ribut yang panjang.



Exco DAP Penang:Pecaya ka Malik Kasim Pakai Tiara?

Kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri Pulau Pinang menimbulkan tanda tanya.Exco cuma ada keta Tiara.biaq betul????? klu nak temberang pun biaqla berpada-pada,janganlah keterlaluan untuk meraih simpati rakyat bahawa depa nie tak tak berharta.

Malik itik nie semua geng kat tanjong kenal hang la tok sah dok berlakon naif dan buat muka kesian.klu orang luaq boleh la dok temberang tapi orang tanjong pun hang nak pekena jugak.Pi la cerita kt sapa saja dlm tanjong nie pasal malik itik nie kata dia pakai keta tiara.depa nanti gelak dan maki dia sampai tanjong boleh banjir dengan ayaq mata kerana gelak kat malik itik.berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.

Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Kak Ijat Cuti 3Minggu Atau Terus?

Kak Ijat minta cuti kat PM 3minggu pasal nak clear nama pasal isu NFC.Sabaqlah kak ijat kita mengalah bukan bermakna kalah dalam perjuangan.bagi MKP ini adalah tindakan yang bijak dan segalanya kebenaran akan terbukti juaakhirnya.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai Jumaat ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Shahrizat berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. - BERNAMA

Sapa Mau 10,000??????


Pakatan Akan Bungkuih Jika Terus Hentam Hassan Ali?



Pakatan Harami wajar menghentam Dato’ Dr. Hassan Ali secara keterlaluan kerana ia memberi kelebihan kepada BN.Sebagai pemimpin kanan dan EXCO kerajaan negeri, Hassan Ali pasti menyimpan banyak maklumat dalaman dan sulit, kerajan negeri. Kerajaan Selangor berhadapan dengan berbagai isu sejak mengambil alih kuasa pada 2008 dan kebanyakan isu yang timbul, pastinya akibat pendedahan orang dalam.   Maka, dengan sikap yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap Hassan Ali, tidak mustahil lebih banyak maklumat akan terdedah selepas ini. 



Kerajaan PR Selangor kurang cerdik dan terlalu yakin merasakan parti berada dalam keadaan selesa dan kuat kerana rakyat melihatnya dalam perspektif berbeza terutama apabila segala penyelewengan yang melibatkan kerajaan negeri seperti isu tanah, air, pasir, PKNS dan kedudukan Melayu menjadi rahsia umum dan dibincangkan secara terbuka. 
Peniaga Cina yang merungut kerana terpaksa membayar lebih kepada orang-orang politik Selangor semata-mata untuk urusan perniagaan.  Kata mereka, keadaan sekarang adalah lebih buruk dari kerajaan BN terdahulu walaupun BN sering dituduh korup dan tidak cekap.  Ahli-ahli politik Selangor dikatakan sering meminta wang untuk membantu rakyat. 
Oleh yang demikian, bayangkanlah apa lagi kepincangan yang akan terlondeh atau dilondehkan jika kita berterusan mencabar dan menghentam Hassan Ali.  Setiap manusia ada had dalam bersabar dan kesilapan Pakatan Harami kurang bijak menguruskan isu Hasan Ali boleh menjadi bencana besar kepada negeri. 
Datuk Seri Najib dan jentera BN ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan kembali Selangor.  BN telah mengatur berbagai program yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan Harami di Selangor. 
Selain itu juga, terimalah hakikat bahawa PR masih belum mampu menangani atau menjawab dengan baik beberapa isu terutamanya isu murtad, pasir dan juga air di Selangor.  Jawapan bela diri yang ‘standard’ iaitu menyalahkan kerajaan BN terdahulu ataupun kerajaan pusat menimbulkan kemusykilan rakyat kalaupun tidak rasa muak dan jelak mereka.  
Jika benar ada yang tidak kena dalam beberapa isu yang berbangkit ini, maka bersedialah PR Selangor untuk ditembak oleh Hassan Ali.  

KETUA WIRA PERKASA TIMUR LAUT BODOH?

Replika tandas buat LGE

 Apa yang hang dok tunjuk?
Mangsa kekejaman DAP.

Surat tunjuk sebab kenapa DAP robohkan kedainya.setahun lalu

 LGE memang musibat
Temubual mangsa dengan RTM

Apa ada dalam kain merah nie.

Nak naik pi komtar pun depa halang,semuanya melayu pencacai LGE 

Telefon pun pegawai LGE tak bagi naik 

Buat nak demo serius la skit.mangkuk hanyun. 

Tua dia pengawal pakat dok kunci pintu tak baik naik.

Kain merah macam mayat la....Woi mangkuk LGE suka warna kuning la


BERAPI !! Kenapa MKP Mempersoalkan Akidah???



Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muadzin Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya.

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di muka bumi ini.

DR Hassan Ali dipecat PAS kerana mempertikaikan soal akidah Anwar dan kini tiba pulak masanya Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kini menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dilihat berada pada kedudukan bahaya dan mungkin pada bila-bila masa akan menerima nasib yang sama seperti mana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat Ahad lalu.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof berkata gerak geri beliau serta segala tindak tanduk Ahli Parlimen Bachok itu mungkin dalam perhatian golongan Anwarinas yang telah berjaya mencampakkan Hasan Ali keluar daripada Pas.

Menurut beliau tidak mustahil perkara yang sama yang menimpa Hasan Ali itu akan turut terkena kepada Nasharudin memandangkan beliau didakwa tidak sebulu dengan golongan Anwarinas yang berada di dalam Pas hari ini.

“Mungkin Pas hari ini menunggu lampu hijau daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat ‘suis utama’ di dalam Pas yang tidak boleh dijentik atau disentuh oleh mana-mana pemimpin di dalam parti berkenaan.

“Apa yang berlaku terhadap Dr Hasan seolah-oleh menggambarkan kedudukan Anwar lebih tinggi ‘darjatnya’ dari kalangan pimpinan Pas yang lain termasuklah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apa tidaknya…..Sebaik sahaja disentuh oleh Dr Hasan, beliau menerima tekanan dan akhirnya dicampak keluar dengan serta merta tanpa ada sedikitpun penghargaan terhadap Adun Gombak Setia itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, jika dulunya Hasan dijaja dan didukung sebagai pemimpin serta cendekiawan yang menyertai Pas, hari ini kerana taksubnya kepada Anwar, segala-galanya hilang dalam sekelip mata.

Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menegaskan cengkaman kumpulan yang pro kepada Anwar di dalam Pas hari ini seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.

Mereka katanya menguasai segala tindak tanduk dan seolah-olah bertindak kepada nasihat daripada orang luar untuk menggerakkan parti berkenaan.

“Kepada Ustaz Nasharudin, bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan kerana kedudukannya dalam paras bahaya….Jika musim tengkujuh, amaran pada tahap berjaga-jaga,” katanya.

Kenyataan Mufti Wilayah Isu Fitnah Salah Guna Wang Zakat DS Jamil Khir.

Klik untuk membesarkan imej.


Terima kasih kepada pihak Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atas maklumat ini. 

Tolong sebarkan. 

Jelas wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah. Penjelasan Mufti Wilayah di atas pada 9 Jan 2012 perlu diterima semua pihak. 

Ia sudah disediakan sejak 1993. 

Tidak timbul ia disalahguna. 

Kecuali diputarbelit oleh Nik Nazmi dan Pakatan demi memburukkan Menteri yang jaga Agama Islam. 

Semua tahu jawapan yang dijawab di Parlimen oleh Datuk Dr Mashitah pada 21 Jun 2011, mungkin tidak tepat kerana disediakan oleh pegawai tertentu yang mungkin tidak memahami bab asnaf zakat sepenuhnya. 

Jika mahu dibuat andaian ia disabotaj pihak tertentu yang menyediakan jawapan Panglima fikir mungkin ada kebenarannya. Ramai penyokong Pakatan terutama Pas berada di dalam JAKIM. 

Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman. 

Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini. 

Tolong sebarkan agar orang yang difitnah oleh Pakatan Haram akan terbela berkat tangan berbisa kita di alam maya. 

Tolong jangan buat dosa percuma dengan menyebarkan fitnah tidak berasas.

dipetik dari blog PANGLIMA PERANG SIBER

GADIS-GADIS SEKSI HIMPUN AMAN 901.


901 bebas 075


Dalam banyak gambaq yang nie palaing best jugak untuk dilihat.

Wednesday, January 11

Akidah Anwar Nie Bagus Sangat Ke?


Ismail Mina, 62, yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970 mengambil keputusan meninggalkan sahabat lamanya itu berpunca dari persoalan akidah.

Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, dari zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam) hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setalah merawat di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown.

Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.

Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan “Islam dan Demokrasi”.

Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”, benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.

Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.AIDCNEWS

Bapa Saiful Rayu Peguam Negara Fail Rayuan.



Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.
Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.
"Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.
"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.
Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.
Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.
"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.
"Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitua sahaja," katanya.
Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.
Dianya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.
"Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.
"Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya.
Isnin lalu Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya pada 2008 atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa.mstar online

Perjuangan Anwar Kotor?.




Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang ahli PAS yang tegar dan konsisten dengan perjuangan parti tersebut untuk memartabatkan Islam.Dr Hasan amat sensitif tentang perjuangan survival agenda Islam, bangsa Melayu dan institusi raja di negara ini.Walaupun Dr Hasan menghadapi banyak tekanan ketika menguatkuasakan enakmen jenayah syariah di Selangor, namun beliau tetap komited melaksanakan tugas-tugasnya.
“Saya komen Anwar Ibrahim yang pertama itu soal peribadi..saya tak mahu dia mengheret rakyat ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor”, kata Datuk Dr. Hasan Ali mengulas isu pemecatannya dalam keahlian PAS di kediamannya, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, 8 Jan.
“Saya dah ikut daripada tahun 1997 sampai sekarang..satu persatu..saya belajar sampai PHD, satu tahu sistem pengkajian, saya tahu research, saya tahu data, saya tahu mengklasifikasi data..saya tengok data ini reliable(tepat)..tak reliable“Saya terdidik dengan itu..jadi saya nak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada saudara Anwar Ibrahim”, katanya. 
Katanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya, beliau tidak sanggup mendokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim apatah lagi menobatkan Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.
“Saya tak sanggup saudara..betul-betul saya tak sanggup..tak sanggup saya..saya tak sanggup nak hadir 901..tak sanggup..saya tak sanggup bersama..
“Saya adalah di antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk memberikan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim mesti terus dilonjakkan menjadi Perdana Menteri”, katanya.AIDCNews.

MELAYU sudah dihina?





Bukan semua kemenangan itu menguntungkan...Adakala kemenangan itu menyumbang kerugian.Ada juga tikanya kekalahan memberi keuntungan...Tetapi keuntungan yang tersembunyi.


Jika dilihat dari sejarah,Pembebasan Anwar bukanlah kali pertama institusi kehakiman tidak memihak kepada kerajaan dan pemimpin umno.Datuk Haron Idris pernah dipenjara selama tiga setengah tahun kerana dituduh pecah amanah pada 1975,diikuti pengharaman UMNO pada 1988 dan terbaru Khir Toyo dijatuhi setahun penjara. Ini membuktikan kerajaan tidak pernah menggunakan kepentingan dalam Badan Kehakiman Negara.


Aman rasanya...Selesai sudah perbicaraan kes Anwar.Anwar bebas atau kepenjara bukanlah sesuatu yang utama...yang harus kita utamakan ialah kesejahteraan Negara.Anwar dah pun terbang keluar Negara...doakan saja agar beliau tiada keinginan lagi balik ke Malaysia.Sudah terlalu lama Anwar cetuskan masalah yang merugikan!!!


Orang UMNO jangan rasa sedih dan berkecil hati dengan keputusan Mahkamah mengenai pembebasan Anwar.Kes Anwar tidak ada kena mengena dengan UMNO,ianya hanya melibatkan Anwar & Saiful.


Hari ini Dunia sudah tahu...Wujudnya GAY dikalangan Orang Melayu yang pernah tertulis didalam kebanyakan hikayat lama,sebuah bangsa yang berpegang teguh pada Islam,sebuah bangsa yang bersopan santun serta sebuah bangsa yang berpekerti tinggi.MELAYU sudah dihina!!!Rupanya memang benar,Anwar seorang gay...ini kerana beliau dibebaskan kerana aktiviti sedap tersebut berlaku secara suka sama suka.Anwar ke penjara atau tidak bukan sesuatu yang penting,yang penting kenyataan ini membuktikan Anwar memang gay @ kaki juboq!


Syukur... Anwar bebas. Terbukti mahkamah kita adil. Malangnya selepas bebarapa jam meraikan kemenangan Anwar batal ceramahnya di Seberang Jaya kerana pergi bercuti & rehat ke MUMBAI. INDIA lebih penting dari pulang ke Permatang Pauh untuk berjumpa penyokongnya yang dah histeria. Anwar dah bebas & tak perlu sokongan sesiapa lagi. TAKBIR!!!


Dari segi maruah Negara,kita sebagai rakyat Malaysiayang cintakan keamanan harus berbangga kerana memiliki sistem kehakiman yang adil lagi bersih.Menjatuhkan hukuman dengan mengambilkira berlakunya liwat atas dasar suka sama suka.Pada rakyat bersalah atau tidak bukan kebanggaan.Istilah suka sama suka itu membuktikan berlaku liwat..nyatanya Anwar seorang GAY!


Yahudi seringkalali gagal mencari ruang membolosi Malaysia.Ketika Bersih 2.0 yang ditahan diberi makan,kali ini pula siapa sangka Anwar bebas?Syukur atas apa yang berlaku..negara kita terus aman,nilai matawang kita terus naik dan pelabur makin berani mengunjungi kita.


MKP kata:Rogol jangan,liwat line clear beb.........tak sangkut nyer.

Video Letupan Bom Semasa #901.



Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.


Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.


Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.


“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.


“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.


“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.


Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.


Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.


Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.


Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.


Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.


“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.

MKP kata:Tahniah PDRM pastinya akan tetangkap jugak pencetus bom ini.

La nie Sapa Yang Tertekan Atau Kena Tekan?


"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan...?" itu komen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya seorang wartawan apakah BN tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Sejak keputusan semalam, pemimpin dan penyokong Anwar 'pukul kompang' macam segala-galanya kini memihak kepada mereka. Sudah tidak ada kata-kata sinis terhadap hakim dan sistem kehakiman negara seperti yang dihebohkan pembangkang selama ini.
Lebih melucukan lagi keputusan mahkamah itu - bagi pembangkang seolah-olah 'mensucikan' Anwar yang sebelum ini bergelumang dengan segala macam masalah peribadi, dari kes liwat ini hinggalah kes video seks.
Relax dulu beb, kurang-kurang tunggulah keputusan bertulis hakim, semalam hakim Datuk Zabidin Mohd Diah hanya baca keputusan lisan sahaja, tidak sampai lima minit pun.
Dari cakap-cakap di kedai kopi, kes video seks Anwar lebih 'sedap' lagi dari kes liwat kerana buktinya yang diproses berdasarkan sains forensik paling moden tunjuk 99.99 peratus orang itu Anwar Ibrahim.
Juga jangan lupa,fail kes Anwar didakwa bagi maklumat palsu dalam isu video seks didedahkan oleh Datuk T 'masih aktif'
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika ditanya wartawan dulu pernah membayangkan mungkin kes video seks melibatkan Anwar itu akan ' ON ' selepas selesai perbicaraan kes liwat.
Laporan polis mengenai dakwaan Anwar bagi maklumat palsu dalam laporan polis dibuat oleh seorang pegawai polis sendiri.
Dalam kes ini,polis sendiri perlu mempertahankan intregitinya bila dituduh turut berkonspirasi.
Kalau dalam kes liwat Anwar lepas kerana tidak ada bukti 100 peratus boleh mengikat...tapi dalam kes video seks 99.9 peratus disahkan tulen.
Ingat lagi masa perbicaraan kes liwat pasukan peguam Anwar yang bawa pakar luar negara bukan main tekankan keterangan mereka mantap.
Sebaliknya puak pembangkang bersikap 'lidah bercabang' dakwa analisis pakar luar negara keatas video seks karut.
Itupun kes didakwa 'sendiri bikin' gara-gara perangai nak syok sendiri tetapi satu dunia dituduh berkonspirasi.

ChinaDoll Anwar Suka "C" Cup Kenapa????


Pada mulanya MKP pun melompat jugak kenapalah Mahkamah kita membuat keputusan sebegitu.Akan tetapi itu adalah perasaan semasa emosi,Lepas tempoh bertendang dan melepaskan geram barulah sedaq keputusan ini banyak menguntungkan Barisan Nasional dimata Dunia.Pencacai dan penjilat Anwar seronok meraikan kemenangan ini akan tetapi depa x sedaq ini hanyalah sementara.banyak komen diberikan dan kutuk diterima akan tetapi ini adalah lumrah takkan selalu nak menang,kalah mesti jugak sekali-sekala.Depa kena ingat kalah hari nie bukan kalah untuk selamanya.MKP nak tengok bila Anwar kalah dalam pilihanraya dalam Parlimen Permatang Pauh kerana itu adalah matlamat utama dalam Tranfomasi Politik Baru Biarlah Anwar kalah secara adil dalam pilihanraya PRU13 barulah tamat riwayat karier politiknya. Masa tue hampa tunggu pencacai Al juburi MKP bantai hampa........
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata keputusan mahkamah membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat mencerminkan dengan baik kebebasan badan kehakiman Malaysia.
"Kami sambut baik penyelesaian kes yang telah berjalan lama, yang kami ikuti dari dekat," kata kenyataan dari pejabat jurucakap jabatan itu, yang dikeluarkan menerusi kedutaan AS di sini pada Selasa.
Ia menyatakan keputusan itu memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada masa depan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA

Tuesday, January 10

Jaga-jaga Jay Jamalina, Abang...Abang...Abang Cuma Nasihat Aje...



Anwar Ibrahim teringin berjumpa dengan pembaca berita TV3 yang tersasul Jay Jamalina. Nampaknya di Malaysia sekarang untuk seseorang menjadi popular bukanlah sesuatu perkara yang sukar.Jika sesuatu pekara dibangkitkan mengaitkan ahli politik paling banyak masaalah moral pastinya mendapat perhatian ramai.Slogan Liwat tetap liwat pasti melekat dihati sanubari rakyat sehingga keakhir hayatnya,Dalam dok raplah dengan taktik tranfomasi nie sempat jugak lagi nak tambah ranting baru,Patutlah muka Kak Wan masam mencuka semasa sidang akhbar tue.Hai tak habis-habis lagi la Pak Sheik nie dok wat hal....  


Ayat Power dari PakSheik: 
"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.
Itulah yang berlaku kepada Jay Jamalina, gara-gara tersilap sebut Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Beliau kini menjadi buah mulut kepada pengikut totok Anwar Ibrahim sehinggakan Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan dalam ceramahnya menyatakan hasrat untuk bertemu Jay Jamalina.


MKP turut bergembira dengan pembebasan anwar,klu tak pecaya tengok video nie...............


INIKAH BEKAS MODEL BANTU KEMPEN HIMPUN 901 ANWAR!!?


Semalam semasa MKP membuat liputan di mahkamah jalan duta tengok benda nie tapi tak terperasanlah dengan dua gambar ini. Ingatkan gambar muslimat PAS. Comel betul.




Tapi bila pagi ini MKP baca posting kat blog Medan Info Kita (http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/kehadiran-shamsidar-di-mahkamah-beri.html), barulah MyMassa tau siapakah dia gerangan dua gadis comel di atas.


Terima kasih blogger MIK atas maklumat.

Jangan lupa dulu kedua-dua gadis ini pernah bergambar seperti ni.




MKP: pstttt…gambar perempuan diatas sekali hanyalah gambar hiasan semata-mata…kehkehkeh

Pulau Pinang Apa Pun Boleh,Tak Pecaya??????



Pulau Pinang 10. Jan. 2012 Selasa- seramai 30 ahli dari pelbagai Pertubuhan sekitar Pulau Pinang yang diketuai oleh YDP GPMS BARAT DAYA BALIK PULAU.Saudara Mohd. Faiz Hj. Mohamed Rafeek  telah menghantar MEMORANDUM kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) berkaitan  laporannya Polis oleh beliau kelmarin iaitu SLIP NO EKOR YANG MEMPUNYAI AYAT AL-QURAN DIBAHAGIAN BELAKANG... WAKIL iaitu penerima En. Rizal b Kamis penolong pengarah Khidmat Urusan (wakil MAIPP) dan Tengku Rosnani Tengu Yusoff Ketua Unit Penguatkuasa bahagian penerbitan dan teks Al-Quran (KDN PP) telah menerima memorandum tersebut.. Laporan dari saikopen




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya menggesa pihak berwajib untuk menyiasat cetakan keputusan nombor ramalan di sebalik kertas yang mengandungi ayat suci al–Quran.

Yang Dipertuanya, Mohd Faiz Mohamed Rafeek berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat nombor ramalan di pekan Kongsi itu dikesan oleh rakannya pada 1 Januari lalu kira–kira jam 8 malam.

“Saya memintanya untuk mendapatkan kertas tersebut dan alangkah terkejutnya apabila keputusan nombor ramalan itu sememangnya mengandungi ayat al–Quran.

“Tindakan syarikat itu secara tidak langsung menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, tidak sepatutnya kertas yang bercetak ayat al–Quran digunakan sebagai catatan keputusan nombor ramalan, walaupun kertas tersebut dikitar semula dan laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin.


“Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Mainpp) perlu memainkan peranan untuk membongkar isu yang berlaku di Balik Pulau,.

Mohd Faiz berkata, beliau turut mendapat sokongan rakan–rakan laman sosial yang bersetuju akan tindakan yang diambil.


“Bukan itu sahaja, saya turut mengajak mereka yang berminat untuk menyerahkan memorandum kepada Mainpp pada minggu hadapan bagi menyatakan kekesalan umat Islam akan kejadian itu.


“Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim juga perlu tampil dan membantu memberi penjelasan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan lebih efektif.



MKP kata:Sebentar tadi rakan media cuba menghubungi Malik Itik berkenaan isu ini untuk mendapatkan  komen  beliau,Nak tau apa dia kata NO KOMEN,,,,,,Apa kejadah punya YB Batu Maung nie bab nie pun takkan kena tanya Big Boss Nenen kot???????????????????????????

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive