Tuesday, January 17

Video Nie Membuatkan Izzah Tido Tak Lena?



Video ini dibuat untuk mempromosikan Malaysia dimata dunia,ternyata Malaysia kaya dengan adat dan budaya yang rakyatnya boleh hidup harmoni.Tidak seperti disesetengah negara didunia tidak aman walaupun negara itu kaya akan tetapi keharmonian tidak dijaga oleh Pemimpin yang memerintah.Alhamdulilah Malaysia aman dibawah pentadbiran Barisan Nasional.tindakan Anwar mencemarkan nama baik malaysia dimata dunia harus dikecam sehabis-habisnya.

Passengers arriving at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on Saturday, 14 January 2012 were greeted with a flash mob as they made their way out of the Arrival Hall on Level 3. Much to the delight of unsuspecting onlookers, plus the odd stare in disbelief, visitors at KLIA witnessed some 100 singers and dancers break into spontaneous entertainment as part of Malaysia Airlines' special flash mob event held to welcome the New Year with a bang.

Themed 'Missing You', the flash mob at the Arrival Hall lasting 10 minutes featured a fun medley of eight popular hit songs in various languages.

The event kick-started with Malaysia Airlines' theme song "We fly" followed by Janet Jackson's racy track 'Miss You Much' to set the tone for the flash mob in which a young man with a guitar in hand walked up to his girlfriend and suddenly broke into a song and dance. This was immediately followed in another corner of the Hall by a supposedly heart-broken young man belting out Rahim Maarof's hit 'Istana Menanti' backed by a group singing acapella echoing his emotion. Soon after, the melodious sounds of popular Hindi tune 'Aankhein Khuli' from the movie Mohabbatein filled the air.

'My Boyfriend's Back' showcased a group of guys returning from holiday only to be greeted by an enthusiastic group of girlfriends. Next was Richie Ren's version of 'Lang Hua Yi Duo Duo' sung by a group of Chinese tourist lads, complete with group leader waving a flag, on their way out of the Arrival Hall door. Saving the best for last, the flash mob continued with hits 'Rindu', 'Balik Kampung' and 'Signed, Sealed, Delivered,' featuring Malaysia Airlines cabin crew in full uniform.

The 'Missing You' flash mob finale was a 200-strong group performance of 'Akan Datang' which had the audience clapping and cheering on the performers.

Flash mob is a new trend worldwide involving a sizeable group of people who, out-of-the-blue, break into a dance act at a public place, for just a brief time, and disperse into the crowd as soon as it ends.

Malaysia Airlines' flash mob was put together with the talents from Kit Kat Klub a subsidiary of Enfiniti Vision Media, Malaysia Airlines staff & family, students from Unisel and renowned Malaysian professional dance choreographer Pat Ibrahim of Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee and The Secret Life of Nora musicals fame.

Anwar Tertelan Ludah Sendiri?



Mungkin niat awal Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menjadi ikon demokrasi khususnya kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sedunia, namun apabila rakaman wawancara BBC itu tersebar kepada rakyat Malaysia, lain pula impaknya.

Setelah menerima kritikan daripada tokoh agama, seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, barangkali Anwar mula menyedari senjatanya sudah makan tuan.


“Janganlah mengharap sokongan Masyarakat Gay dan Tomboy yang minoriti..Tumpukan pada Kemajmukan Rakyat terbesar..Insyallah”, kata @Andromeda_M31 dalam twitternya kepada anwaribrahim dan @Ambiga_s.

Anwar menjawab, “Jangan diperdaya umno! Baca”.

Walaupun Anwar cuba mengalih isu itu kepada UMNO, namun ia belum lagi dapat memuaskan hati pengikut twitternya.



“Dato Seri dikatakan menyokong homoseksual seperti diwar-warkan dalam tv3″, kata @lacoste_sdk kira-kira 16 jam lalu.

Seperti jawapan sebelumnya, Anwar berusaha lagi mengalih isu dengan berkata, “Jangan layan fitnah umno”.

Jika dibaca dari segi maksud jawapan Anwar itu, bermakna beliau tidak akan melayan isu berkaitan dengan wawancaranya dengan BBC, 12 Jan lalu, dengan harapan isu ini akan reda sendiri selepas ini.


Namun, bacaan itu salah kerana satu jam lalu Anwar sekali lagi menghantar twitter berbunyi, “Blog: Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO: –Kenyataan Media Untuk Edaran Segera — 17hb Jan”

Kenyataan media ‘untuk edaran segera‘ itu dibuat oleh YB Hj Ahmad Kasim, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang merangkap Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat.

Intipati utama kenyataan media itu adalah menjawab wawancara Anwar di BBC yang disifatkan ‘fitnah jahat media UMNO’.AIDCNEWS

Ulat Taik DAP???????


maklumat selanjutnya baca DISINI

Gempaq :Bendera Barisan Nasional DiBakar @PDRMsia @NajibRazak






Balik Pulau- Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau telah membuat laporan Polis berkaitan  Kain rentang BN telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab modus operandinya sama jugak yang dilakukan di Perak ahad lalu.






Laporan telah dibuat di Balai Polis Daerah Barat Daya... Saudara Aziaan Hj. Ariffin Selaku Ketua Pemuda bersama barisan kepimpinan Pergerakkan Pemuda Bahagian Balik Pulau, Pemuda kecewa dengan kejadian tersebut, beliau yakin kejadian itu tidak akan melemahkan semangat pemuda-pemuda UMNO dan juga pengundi-pengundi yang menyokong UMNO dan ia juga yakin masyarakat dapat menilai kejadian tersebut...





 Kejadian itu juga beliau amat yakin BN TERUS MENJADI PILIHAN ANAK MUDA.. laporan dari Saikopen...

martin luther king jr @ Pakatan Dah Mula Tabur Fitnah BR1M



Pakatan Rakyat dah mula risau dengan Tranfomasi yang dibawa oleh PM DS Najib Razak.Setiap apa yang di kata telah dikota.Terbaru berkenaan BR1M telah pun mula diberikan kepada rakyat diseluruh negara.Terdesak dengan untuk mencari publisiti pemimpin pakatan mula menabur fitnah yang mengatakan ini adalah gula-gula piliharaya.Rakyat menilai apa yang mereka lakukan,bukan semua rakyat boleh diperbodohkan oleh Pakatan haram nie.  
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini. 
"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini. 
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 
Muhyiddin berkata, program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan program turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup. 
Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M. 
Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi. 
"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita. 
"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol.
Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu. 
"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.
"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat,” katanya. 
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negara ini. 
Katanya, Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman. 
"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus,” katanya. 
Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat. 
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. — BERNAMA

Anwar Ibrahim & Geopolitik.


AMALAN siasah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak era reformasi hingga ke era pra-901 sentiasa menerima dukungan moral dan simpati segelintir individu serta organisasi di Amerika Syarikat (AS), termasuk mantan Naib Presiden dan seorang pengasas neokonservatif.
Ini menyemarakkan gerakan siasah alternatif yang kurang etika, dangkal susila dan longgar disiplin, di samping menyamakan demokrasi dengan aktiviti jalanan, atas motif peribadi.
Andaian seperti di atas kerana wujudnya beberapa bukti dan Anwar memang sentiasa berusaha mendapatkan legitimasi antarabangsa bagi mencerahkan kegerhanaan peribadinya serta menyemarakkan kelesuan politiknya.
Pertama: Di Sidang Kemuncak APEC di Kuala Lumpur, 16 November 1998, Al-Gore selaku Naib Presiden AS “memuji rakyat Malaysia yang menentang kepimpinan (Tun Dr.) Mahathir Mohamad sebagai manusia yang berani” (Mark Landler, The New York Times, 17 November 1998).
Mengapakah Al-Gore tergamak mencemarkan pelantar diplomasi pelbagai hala mengenai ekonomi Asia-Pasifik untuk menempelak Dr. Mahathir dan memuji penyokong Anwar.
Bukankah kerana AS mahu Dr. Mahathir disingkirkan sebab khuatir negarawan Malaysia yang mengasaskan Kerjasama Selatan-Selatan ini boleh menghakis pengaruh AS di Dunia Ketiga, Dunia Islam dan Negara-Negara Berkecuali.
Pada ketika itu, Bill Clinton selaku Presiden AS sedang memperhebatkan pengaruh AS ke seluruh dunia menerusi strategi yang dilabelkan Joseph Nye Jr. (2002:9) sebagai soft power menerusi prinsip hak asasi dan konsep neoliberalisme yang mencetuskan globalisasi.
Lantas kenyataan Al-Gore ini bukannya untuk menyokong Anwar, tetapi bagi menggalakkan pertukaran rejim bagi membolehkan Malaysia dipemimpin individu yang boleh diperalatkan olehnya.
Inilah sebabnya bila AS gagal dan Malaysia adalah strategik kepada perang terorisme AS, pelbagai artikel ilmiah pula memuji Dr. Mahathir dan menyatakan hubungan Malaysia-AS kembali pulih di era pasca-911.
Bukti kedua: Anwar mengakui beliau bersahabat dengan Paul Wolfowitz (Hard Talk, BBC World, 10 Mei 2005) mantan pembesar Bank Dunia, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan penngasas neokonservatif yang pro-Israel.
Ini disahkan oleh Wolfowitz menerusi kenyataan bahawa beliau memang mengenali Anwar sejak tahun 1983 (Presidential Fellows Lecture, 16 Jun 2006).
Persahabatan ini tidak salah. Namun pertalian antara seorang yang mempopularkan dirinya sebagai pejuang Islam dengan individu yang amat pro-Israel adalah aneh.
Hakikat ini makin serius kerana Wolfowitz adalah pengasas Project for the New Amerian Century (PNAC) yang menyediakan kajian Rebuilding America’s Defenses: Strategy, Forces and Resources for A New Century (2000).
Kajian ini memperakukan AS mengerahkan tenteranya daripada Eropah Tenggara ke Asia Tenggara, dan menukarkan corak mobilisasi pasukan tentera laut AS bagi mencerminkan keprihatinan strategik AS di Asia Timur (PNAC 2000:iv).
Beberapa perakuan kajian ini juga jadi sebahagian The US National Security Strategy (2002) yang mendasari perang terorisme di Afghanistan, Iraq dan Asia Tenggara (Tom Barry 2004:1).
Lantas apakah motif Anwar berbaik-baik dengan Wolfowitz, penggerak utama mobilisasi tentera AS ke Asia Tenggara dan penyokong perang terorisme yang mengorbankan ratusan ribu umat Islam di Afghanistan dan Iraq?
Tidakkah ini membuktikan neokonservatif mahukan pemimpin yang partisan kepada AS di Asia Tenggara untuk mendukung strategi besar AS kerana selama ini Malaysia berbaik-baik dengan semua pihak bagi mewujudkan perimbangan pengaruh secara halus atau hedging terhadap China.
Bukti ketiga: Anwar pernah menerima penghargaan RAND Corporation yang didakwa oleh majalah Sabili di Indonesia, sebagai satu daripada organisasi “untuk memecah belah umat Islam di berbagai belahan dunia, termasuk di Indonesia” (Dwi Hardianto 3 Februari 2011:32-33).
Dalam konteks ini, RAND Corporation juga menyediakan sebahagian strategi besar AS di Asia Tenggara menerusi kajian Zalmay Khalilzad et al. (1999) dan Richard Sokolsky et al. (2001).
Kajian The United States and A Rising China: Strategic and Military Implications (1999), menggesa AS mengukuhkan kerjasama politik dan ketenteraan dengan anggota ASEAN serta merobah pasukan tentera AS sesuai dengan kemungkinan senario di China, termasuk peperangan (Khalilzad et al. 1999:73-74).
Kajian The Role of Southeast Asia In U.S. Strategy Toward China (2001) oleh Sokolsky et al. (2001) pula menghuraikan pentingnya perairan utama di Asia Tenggara – termasuk Selat Melaka dan Laut China Selatan – kepada mobilisasi tentera AS daripada barat Pasifik ke Lautan Hindi dan Teluk Parsi.
Kajian-kajian di atas memang relevan kepada AS selaku adikuasa global. Namun intimasi Anwar dengan RAND Corporation cukup memusykilkan. Apakah keistimewaan Anwar kepada RAND Corporation hingga perlu diberikan penghargaan?
Mungkinkah RAND Corporation juga mahukan suatu hari nanti kepimpinan tertinggi Malaysia sanggup menggadaikan kedaulatan wilayahnya dengan memberikan kuasa fizikal kepada AS untuk meregulasikan ketenteraman pelayaran di Selat Melaka?
Jika hipotisis ini benar, apakah pendirian Malaysia terhadap China, dan di manakah wibawanya konsep ZOPFAN dalam ASEAN, seandainya AS dan China terdorong kepada satu konflik bersenjata di hari-hari mendatang?
Tidakkah sikap partisan Malaysia kepada AS dalam konteks ini boleh menggelapkan masa depan Malaysia dengan AS selaku rakan dagang terbesar di dunia, dan masa depan Malaysia dengan China selaku rakan dagang terbesar di Asia?
Lantaran itu, bila Anwar dipetik media sebagai berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya, 9 Januari 2012, kerana tekanan “pihak luar,” siapakah “pihak luar” ini secara khususnya.
Kerana Anwar juga dipetik akhbar sebagai menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO kononnya berkonspirasi menjatuhkan beliau, tidak mungkinkah PKR yang sebenarnya bersekongkol dengan kuasa, organisasi dan individu asing?
Demi kesejahteraan bersama, hubungan Anwar dengan pihak-pihak asing ini perlu dirungkai dari sudut geopolitik AS di Asia Tenggara, serta menerusi perspektif masa depan Malaysia-AS dan Malaysia-China, yang kini tiada cacat celanya, tetapi boleh jadi mudarat jika berlaku perubahan kuasa.Datuk Ruhanie Ahmad 

Rakyat Yang Menjadi Hakim @ZambryAbdKadir @Azwanbro




Papan iklan yang memaparkan sentuhan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang didirikan di Masjid Tinggi, Bagan Serai dicemburui oleh pihak tertentu sehingga ada yang bertindak membakar billboard tersebut.

Billboard itu dipasang sempena lawatan Perdana Menteri ke Daerah Kerian.Ia yang memaparkan gambar Dr Zambry memeluk seorang warga emas dengan slogan ‘Tiada Terpinggir, Tiada Tertinggal’ begitu terkesan sehingga menyebabkan kemarahan pihak-pihak tertentu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas ‘berterima kasih’ kepada pihak yang melakukan vandalisme itu kerana ia membuktikan pendekatan kerajaan dalam menyelami hati perasaan dan kehidupan berjaya menambat hati penduduk negeri Perak.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa..biar rakyat sendiri yang tengok tingkah laku mereka dan menilai sendiri kerana ini bukan pertama kali perkara ini berlaku.

Dan jelas perbuatan mereka menunjukkan apa yang kita lakukan selama ini memberi kesan kepada seluruh hidup rakyat,” katanya.

Menteri Besar berkata perbuatan itu juga jelas menggambarkan pihak tertentu semakin kehilangan arah dan modal sehingga sanggup menjadikan billboard sebagai tempat melepaskan geram.
Dalam kejadian malam tadi, billboard Menteri Besar yang memeluk seorang warga emas dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu berlaku sejurus selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan Menteri Besar ke kawasan itu dua hari lalu.

“ Siapa yang selama ini melaung-laungkan kebebasan dan hak..ini kah kebebasan dan hak mereka..
“ Saya tak mahu tuduh sapa-sapa..biar rakyat sendiri yang tengok tingkah laku mereka dan boleh menilai sendiri kerana ini bukan pertama kali perkara ini berlaku.

Walaubagaimanapun katanya, beliau haya akan menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

MKP kata:Pendekatan DS Zambry mendekati rakyat ada kelainan sehinggakan Pakatan Pembangkang di Perak ketandusan Idea sehinggakan bersikap seperti kanak-kanak.

Kesali Kejahatan, Jangan Takbur



Nampaknya semua begitu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri (PM) dalam perjalanan menuju Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Barisan Nasional sudah pasti akan berhempas pulas mempertahankannya.

Manakala, parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ultra kiasu, kelihatan begitu ghairah.Jangan melebihi kuasa TUHAN. Berjaya atau tidak, itu bukan kuasa kita. Serahkan kepada YANG MAHA ESA.

 Pas awal-awal lagi menasihatkan rakan-rakan sekutunya, supaya memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon PM.

Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan perhimpunan aman 901 bukan semata-mata kerana mahu membela Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya. Jelas sekali, Pas pun agak tidak selesa dengan PKR dan ultra kiasu yang bernafsu besar.

Pada mereka, pemimpin mereka semua layak, yang tidak layak hanya Pas. Ultra kiasu tidak suka orang berserban, berjubah dan berjuang untuk Islam.

Sebab itulah kenyataan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa langsung tidak disokong apabila mereka berdua mengatakan Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz adalah calon paling layak menjadi PM jika pemimpin PKR itu tidak dibebaskan.

PKR dan ultra kiasu terdiam, cepat-cepat menasihatkan supaya tidak dibincangkan perkara tersebut. Nampak atau tidak, strategi mereka mengetepikan Pas.Jika ditakdirkan pemimpin nombor satu PKR itu masuk penjara, alternatif lain masih lagi bukan Pas, tetapi pemimpin nombor dua PKR dan mungkin juga ultra kiasu sendiri.

Ternyata parti politik ultra kiasu ini langsung tidak menghormati Pas. Sedangkan dari segi senioriti, Pas lah yang paling layak, dan paling banyak berjasa.

Pas bukan sahaja lebih lama dari segi usianya, malahan pemimpin mereka lebih berakhlak daripada PKR dan ultra kiasu, kecuali beberapa tokoh tertentu. Saya tidak mahu kaitkan dengan Muslimat Pas yang beraksi berani semasa Perhimpunan 901 berdekatan kompleks mahkamah.

Nampaknya Muslimat Pas semakin pandai menyanyi, termasuk bersalaman dengan orang lelaki, sejak berpakat dengan pakatan sekular tersebut. Saya terkejut beruk, nasib baik tiada lemah jantung.

Apakah benar jangkaan saya selama ini, semakin liberal Pas, semakin mendapat sokongan. Sebaliknya, semakin cenderung Umno kepada Islam, semakin dapat mengekalkan Putrajaya.

Sekiranya jangkaan saya ini benar, Umno tidak ada pilihan lain, kembalilah kepada Islam. Biarkan Pas dengan cara barunya itu. Kita lihat hasilnya.

Apa pun, perbuatan Muslimat Pas, amat tidak manis dan tidak sedap dipandang mata. Apatah lagi dengan memaki “mampus Umno”. Jika “Umno mampus”, apakah Pas yakin akan terus hidup tanpa Umno? Jangan begitu wahai Muslimat Pas! Di manakah kelembutan anda sebelum ini? Jangan kerana terlalu ghairah ke Putrajaya sehingga hilang adab sopan dan tata susila Islam.

Hakikatnya kini, pemimpin nombor satu PKR telah dibebaskan oleh mahkamah. Sudah tentu semua mata tertumpu kepada beliau. Kepimpinan Pas janganlah ada yang bercita-cita untuk menjadi PM.

Timbalan PM pun, pada fikir saya masih sukar jika berjaya ke Putrajaya. Kecualilah diwujudkan tiga jawatan Timbalan PM. Terus-terang, pembebasan pemimpin tertinggi PKR, bukan bermakna beliau tidak bersalah.

Bukti-bukti untuk membuktikan beliau bersalah tidak cukup. Hanya beliau dan ALLAH sahaja yang mengetahui. Melalui pengamatan saya, agak sukar untuk menumbangkan BN. Paling teruk pun, majoriti BN akan semakin menipis.

Untuk ultra kiasu menang mudah jauh sekali. Namun, mereka nampak begitu bongkak, takbur dan ujub. Nasihat saya, kejahatan yang dikesali, lebih baik daripada kebaikan yang ditakburi. Hari ini, saya amati, kita jarang kesali perbuatan terkutuk yang banyak dilakukan.

Kita amat takbur dengan sedikit kebaikan yang telah dicurahkan. Apakah kita memberi jaminan bahawa jika ultra kiasu Melayu ini memerintah, mereka akan lebih bersih daripada Umno sebab mereka dahulu pun adalah orang Umno juga?

Saya bimbang, keghairahan akan menjadikan mereka memerintah lebih teruk daripada Umno. Sebab itu, saya tidak pernah percaya dengan parti ultra kiasu ini. Ingatlah, kekuasaan atau jawatan selalu bersifat sementara, ibarat roda berputar.

Kita tidak boleh menongkat langit, kecuali PENCIPTA yang menjadikan maya pada ini. Hari ini, apa yang sepatutnya kita lakukan dengan mencintai atau menyayangi sesama kita, sebab kita semua seagama.

Saya teringat kepada kata-kata, the most important thing in any relationship is not what you get, but what you give. Ingatan saya kepada Pas dan Umno, the best way to destroy an enemy is to make him a friend.RIDHUAN TEE ABDULLAH

Monday, January 16

Majlis Penyampaian BR1M DUN Padang Kota @NajibRazak


Gambaq menunjuk wajah gembira rakyat di Parlimen Tanjong(Dun Padang Kota)  mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.Kecerian wajah mereka nampak gembira dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.  

Beratuq panjang,inilah dikatakan 1Malaysia semua ada.

Terima kasih warga Maybank.

 
Penyelaras DUN Padang Kota Oh Tong Keong 




Gambaq nie susah nak cari didalam blog PRO UMNO tapi MKP berada dikawasan ramainya pengundi dari kaum Cina.

Limau pun ada.




Nik Aziz Gundah Gelana Tengok Video Nie?


Bekas pemimpin PAS yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali  akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.
Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.
"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.
"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media terbarunya di kediamannya di Taman Tun Dr Islam , Kuala Lumpur pagi Isnin.
Jelas ADUN Gombak Setia, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi  satu road show di seluruh negara dalam masa terdekat.
"Antara lain nanti road show itu akan membongkar peranan DAP dan PKR di dalam PAS ketika itu nanti," katanya yang memberitahu penganjur bagi jelajah tersebut adalah pejabat beliau sendiri.
Beliau juga ditanya mengenai temubual ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam BBC - Anwar sokong hapuskan undang-undang lapuk mengenai liwat di negara ini.
Kata Hasan, beliau sudah tahu pandangan Anwar mengenai perkara itu dan sebab itulah tidak pernah menyokong Anwar.
“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.
“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang!  Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan.
“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.
“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” katanya.
Sebelum itu, beliau membacakan satu kenyataan media empat muka surat yang antara lain mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.
Menurut Hasan, penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli PAS yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.
Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam PAS masih sah sehingga proses rayuan berakhir.
"Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini. Namun saya tidak ada masalah di atas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.
"Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan ini seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya.
"Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik," katanya.

Anwar Berang Gay Philipina Sokong Saiful?




Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

Ugut PM:Pelajar Dilepaskan Dengan Syarat.

Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan Internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

"Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu. — BERNAMA

VIDEO PANAS :Gay and Muslim in Malaysia.



Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab kau tidak minta untuk dilahirkan begitu. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab bukan kau yang minta mempunyai perasasaan sukakan kaum sejenis. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu hak kebebasan manusia. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu aku punya pasal.

Akan tetapi, jika kau seorang muslim, kau boleh menjawab begitu, ketahuilah kau adalah makhluk Tuhan paling keji. Bukan paling seksi ok. Hehehe. Hurm, gejala gay atau hubungan lelaki sesama lelaki kat Malaysia ni boleh dikatakan sudah agak normal dan biasa. Boleh nampak kat mana je lagi-lagi kat KL


Adakah golongan ini yang akan dibela oleh Anwar apabila menjadi Perdana Menteri Kelak????Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya.

Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu.

Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?


Janji Mega Pakatan Rakyat!!!!!



Kesempatan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Alor Setar digunakan sepenuhnya untuk menabur janji-janji pilihanraya dimana ada diantara janji itu kelihatannya agak terburu-terburu dan tidak bertepatan dengan buku Jinggay yang telah dipersetujui pada awalnya.


Memang dalam buku Jinggay ada menyebut tentang penghapusan tol oleh konsesi yang melibatkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tapi nada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolahnya menggambarkan ada maksud tersirat apabila menyatakan bahawa hanya syarikat konsesi yang sudah memperoleh keuntungan sahaja yang akan dihapuskan tolnya.


Dan mungkin Guan Eng terlupa Tol Sg Nyior di Pulau Pinang yang pernah dijanjikan DAP untuk dihapuskan dalam pilihanraya lepas tapi masih beroperasi sehingga kini!!


Nampaknya, jika cakap Guan Eng dijadikan sandaran, penduduk Pulau Pinang masih perlu membayar tol Sg Nyior tersebut sehingga syarikat konsesinya memperolehi keuntungan!!Masih banyak lagi janji-janji pilihanraya terdahulu oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat yang masih ‘tertunggak’ sehingga kini.


MKP suka nak ingatkan kalau ada yang tidak tahu atau terlupa, membuat janji memang mudah tapi lebih sukar lagi untuk melaksanakannya.  Ambil penghapusan tol sebagai contoh.MKP difahamkan bahawa masih belum ditetapkan lagi soal pembayaran pampasan kepada konsesi terbabit dan nasib kakitangan mereka kelak apabila tol dihapuskan.

Sunday, January 15

Video : 101 Ahli PAS Membuatkan Mat Sabu Meroyan.








Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali dan tiada bukti menunjukkan ada anggota BNyang dikesan memberi sokongan kepada pakatan itu.
"Dia berbohong dan saya menafikan kenyataan itu. Jika ada sokongan dari pihak BN, saya minta dia tunjukkan senarai siapa orang BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Empat Peringkat Penerangan BN di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekali gus membantu PR menguasai Putrajaya.
Mat Sabu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah, semalam.
Ahmad berkata: "Apa yang diucapkan atau dikatakan oleh Mat Sabu itu tidak boleh diguna pakai. Ia adalah sama seperti mana kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sedangkan Mat Indera itu merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan itu sudah pun terbukti." - Bernama

Nurul Izzzah Majukan Kedai 1malaysia?Terima Kasih MKP ucapkan...



Nurul Izzah dan Tony Phua pasti akan meroyan apabila dek kerana mereka rakyat memberi lebih sokongan terhadap Kedai 1Malaysia.Depa nie macam tak boleh pikiq bahawa rakyat menilai apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan BN.Ternyata tomahan yang dilakukan kononya harga barang membebankan rakyat telah dikitar semula demi meraih undi dengan cara menfitnah Kerajaan yang ada sekarang.apa pun terimak kasih nurul izzah,MKP nak tanya Duit yang dibawa masuk oleh Papa boleh syer ke?
Cemuhan Pembangkang Tingkatkan Jualan KR1M:PM 
PEKAN: Cemuhan dan kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.
Itulah kebenaran yang didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mendapati semakin banyak cemuhan yang dilemparkan mereka, KR1M semakin mendapat tempat di hati rakyat.
"Lebih banyak dia (pembangkang) kritik, lagi tinggi jualan yang dicatat di KR1M jadi saya galakkan dia cemuh lagi," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan KR1M Pekan di sini, Ahad.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata KR1M kini menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja dan ini terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di KR1M Pekan yang mencecah RM20,000 sehari sejak ia mula beroperasi sebulan lalu.
Beliau berkata 85 buah KR1M akan diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini memandangkan banyak permintaan bagi kedai seperti itu.
"Ke mana saja saya pergi, ramai yang datang dan minta KR1M termasuklah wakil rakyat yang mahukan kedai itu dibina di kawasan mereka," katanya.
Permintaan tinggi itu kata Najib jelas menunjukkan projek bantuan rakyat yang dilaksanakan kerajaan terbukti berkesan dan berjaya sejak dulu lagi.
"Projek seumpama ini bukanlah sesuatu yang kita war-warkan tanpa asas tapi ia adalah realiti yang telah terbukti kejayaannya," kata beliau. 
Najib berkata KR1M Pekan merupakan KR1M yang ke-27 dibuka dan yang terbesar di seluruh negara serta bertaraf kompleks membeli-belah. - BERNAMA

BREAKING NEWS:Ugut Bunuh DS Najib, Pelajar USM Ditangkap Tahniah @PDRMsia


Terima kasih kepada PDRM kerana pantas bertindak diatas maklumat yang telah diberikan oleh rakan-rakan di dalam alam maya.Artikel sebelum ini KLIK DISINI

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.
Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.
Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.
- Bernama

Kenapa PAS Pandang ke "Arab Spring".Mustahil Ianya berlaku Di Malaysia.


Akhir-akhir ini ramai pemimpin Melayu cuba bersifat Islamis, bercakap tentang Islamiah; sebahagian besarnya mereka politikus oportunis. Oleh kerana kepentingan siasah sedapat-dapatnya mereka mencuba menggambarkan diri sebagai tahu selok-belok Islamisme.

Inilah baiknya demokrasi, sebab undi yang dikejar yang dulu buta agama pun jadi celik. Kebangkitan PAS menjadikan mereka demikian. Seperti ditegaskan oleh Speaking mereka jadi, ‘cause celebrate – yakni menarik perhatian’. Bagai seorang pelajar pondok dari Pasir Mas atau seorang pengakap dari Pasir Tumbuh jadi cause celebrate politik berfahaman kiri atau sosialis!

Di Mesir sekarang, hasil revolusi Medan Tahrir dan Pilihan raya Parlimen, dua parti Islam muncul sebagai pemenang terbesar: Ikhwan al Muslimun (Muslim Brotherhood) sebuah parti Islam yang konservatif dan sebuah parti yang lebih puritanical lagi iaitu Parti Salafiyyah al Nour yakni sebuah parti yang tersangat ketat mengamalkan agama, sosial dan akhlak. Pengikutnya cenderung menganggap hiburan sebagai dosa. Mereka puritans. Apa pun kedua-dua parti itu disokong oleh majoriti rakyat Mesir. Kedua-dua parti terkejut dan gembira dengan keputusan pilihan raya itu – 60 peratus dari kerusi parlimen dimenangi oleh mereka. Kenapa begitu?

Sebabnya senang sahaja. Rakyat Mesir terlalu bosan dengan pemerintahan diktatorship tentera semenjak Mesir menjadi republik 60 tahun lalu. Tentera masih berkuasa walaupun agak longgar sedikit - membenarkan pilihan raya diadakan. Kuasa mutlak masih di tangan mereka bukan di parlimen. Apa pun sedikit kemajuan ke arah demokrasi tulen telah bermula. Kedua-dua parti mahu parlimentary demokrasi diamalkan di Mesir seperti di negara kita atau di EU (Kesatuan Eropah). Mesir negara Arab terbesar dengan penduduknya berjumlah 83 juta orang, 85 peratus Islam Sunni (Sunnah Wal Jamaah), satu peratus Syiah, 15 peratus Kristian majoritinya dari mazhab Protestant. 10 peratus pendapatan kasar negara itu datang dari industri pelancongan. Tidak seperti negara-negara Arab lain – Saudi, Kuwait, Qatar, Libya, Bahrain dan negara-negara Emirates atau Teluk yang kaya dengan minyak dan gas. Iran (bukan Arab) juga kaya dengan petroleum dan menjadi saingan terbesar kepada Arab Saudi dan juga ‘Makkah’ pengikut Syiah. Apa pun kekayaan ‘emas hitam’ di negara-negara tersebut pada umumnya telah memberikan kesejahteraan kepada rakyat mereka lantas tuntutan mahu pilihan raya, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan berhimpun, menegakkan hak asasi manusia tidak begitu ketara. Kalau pun ada gerakan demikian dipatahkan segera secara kekerasan. Mesir sebuah negara miskin tetapi kaya dengan tamadun, sejarah juga pusat ilmuwan dan cendekiawan dunia Arab – tumpuan kebudayaan dan kesusasteraan, politik, perfileman dan hiburan Arab.z

Apa pula ukuran sendiri tentang anda? Islam keturunan, Islam serius, seorang maksum atau seorang Islam songsang? Sepanjang hidup, saya memilih kesederhanaan. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali seboleh-bolehnya! Seelok-eloknya jalankan tugas, kewajipan dan memberi perkhidmatan sebaik-baiknya.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive