Saturday, January 21

Apa Ganas Sangat Pemuda UMNO nie?@chegubard

Betoi ka apa yang terjadi nie atau depa main drama?sapa boleh sahkan benda nie,atau depa nie nak publisiti murahan supaya orang mai ramai ceramah depa????atau dah mula gelabah pasal PM cakap benda bawah nie.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau teruja apabila kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia menunjukkan 43 peratus yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa pada pilihan raya akan datang.

"Saya teruja kalau ada laporan sedemikian, tetapi apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?
"Salah satu mungkin mereka yakin dengan agenda nasional untuk bawa transformasi, menuju sebuah negara maju dan kita buktikan dalam tempoh tiga tahun ini banyak perubahan, begitu banyak idea baru, ini sedikit sebanyak membantu keyakinan rakyat kepada kerajaan," katanya dipetik Bernama selepas merasmikan program Ihsan Samudera di sini, hari ini.
Laporan media kelmarin memetik kajian kendalian pusat itu akhir tahun lalu menunjukkan Najib menjadi pemimpin pilihan berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berbanding dengan Anwar, menurut kajian itu, lebih ramai yang berpendapat Najib merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.
Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajian itu - yang dijalan dari Oktober hingga Disember lalu bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.

Teo Nie Ching Mengamuk Bila Tengok Video MCA?


Satu video selama satu setengah minit yang dimuat-naik oleh ibupejabat MCA tiga hari lalu, secara tersirat dilihat seolah membayangkan bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji-janjinya.

Video itu bermula dengan memaparkan sebuah keluarga yang bertutur berbahasa Cina, sedang sibuk membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina Isnin ini.

Ia memaparkan dua orang lelaki yang nampaknya seperti adik-beradik. Lelaki yang muda memakai baju merah putih, manakala yang seorang lagi memakai baju putih berkolar biru.

Kebetulan, baju putih berkolar biru adalah baju seragam parti MCA untuk lelaki, manakala merah dan putih adalah warna DAP.

Dalam video itu, adiknya kelihatan banyak bercakap dan banyak memberi arahan, manakala abangnya sibuk membersihkan rumah.

Tidak sabar dengan sikap adiknya itu, lelaki berbaju kolar biru itu kedengaran berbisik: "Hah, hanya pandai bercakap, tetapi tak pernah bertindak. Akhirnya, saya yang terpaksa buat kerja awak."

Seorang wanita - mungkin ibu mereka - muncul menghantar sebuah baldi berisi air dan sehelai kain mencuci kepada lelaki muda itu, seolah-olah mengatakan yang dia juga perlu membantu mencuci rumah tersebut.

Sejurus selepas ibu berlalu, lelaki muda itu beredar meninggalkan abangnya seorang sahaja melakukan kerja tersebut.

"Tak mengapalah, jika kamu tidak mahu buat kerja, biarlah saya yang buat," keluh abang itu sambil engambil baldi dan meneruskan kerja membersihkan habuk plak anugerah dan sijil pujian yang tergantung di dinding.

Plak tersebut memaparkan beberapa slogan MCA seperti 'MCA kerja untuk Pendidikan' dan 'Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA'

Video itu berakhir dengan keluarga tersebut menikmati makan malam bersama, serta ucap selamat dari MCA.


Imbas Kembali "DRAMA BOLLYWOOD" Anwar.



Sikap manipulatif Anwar seperti ini mengingatkan semua kepada peristiwa 20 tahun lalu ketika beliau mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba. Anwar mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan beliau mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Ramai wartawan dan pemimpin Umno yang hadir tapi mereka sebenarnya ditipu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno dan wartawan telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat khas, bukannya untuk menghadiri sidang media Anwar. Cebisan ini dikisahkan Tan Sri Mohamed Rahmat dalam bukunya yang diterbitkan tiga tahun lalu.

Oleh kerana sidang media itu diadakan di Ibu Pejabat Umno, ramai menyangka Tok Mat yang urus kerana ketika itu dia berjawatan Setiausaha Agung Umno (1988-1996). Rupa-rupanya ia manipulasi Anwar dengan Setiausaha Kerja Umno ketika itu, yang tidak memberitahu Tok Mat.

Ramai ahli MKT marah dan tidak selesa (termasuk Tok Mat sendiri) apabila menyedari mereka kena duduk sebaris atau berdiri di belakang Anwar sewaktu dia membuat pengumuman itu.

Ghafar menarik diri daripada bertanding kerana mendapat hanya tujuh pencalonan, manakala Anwar memperoleh 143 pencalonan daripada 151 bahagian Umno yang bermesyuarat. (Umno mempunyai 153 bahagian waktu itu). Akhirnya, Anwar naik menjadi Timbalan Presiden Umno, dan Timbalan Perdana Menteri pada 1993.

Menurut Tok Mat lagi, beliau sedar Anwar mula berkempen secara halus sejak itu untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. “Masa itu saya lihat Anwar sudah semakin yakin yang beliau akan menjadi PM dalam masa terdekat… Dalam kesibukan Dr Mahathir mengembangkan usaha pembangunan ekonomi, Anwar pula sibuk berkempen.

Apa pula muslihatnya jika bukan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin nombor satu tidak patut lagi memimpin negara. Pada masa sama, Anwar mula menguasai media massa. Beliau meletakkan ketua-ketua media daripada kalangan penyokongnya.” (hal 140-141)

Pengamatan veteran Umno ini menjawab persoalan siapa sebenarnya konspirator No. 1 negara yang memanipulasi media massa dan sanggup berkempen memburuk-burukkan pemimpin dan negara sendiri di luar negara atas kepentingan peribadi, semata-mata mahu menjadi PM. Sampai hari ini, apa yang disebut Tok Mat mengenai Anwar masih benar dan relevan.
Menurut bekas Menteri Penerangan (1978-82, 1987-99) ini, reformasi atau revolusi bukanlah mengenai cita-cita besar seseorang individu. Perubahan tak boleh dicapai dengan bercakap atau berslogan sahaja, malah mesti diikuti dengan pelaksanaan projek dan program yang benar-benar menghayati cita-cita dan memenuhi harapan rakyat.

Beliau yakin Gagasan 1Malaysia mampu menyatupadukan rakyat Malaysia bagaikan satu keluarga besar; setiap warganegara mempunyai peranan masing-masing memajukan negara tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai pemikir dan pelaksana beberapa kempen nasional yang berjaya seperti Setia, Semarak dan Mesra pada dekad 1980an dan 1990an, Tok Mat percaya 1Malaysia juga boleh menguatkan negara kerana dapat mentransformasikan pemikiran rakyat Malaysia sebagai "we are one".

Walaupun bukunya bertajuk “Umno: Akhir Sebuah Impian” (The Malaysian Insider, Petaling Jaya, 2009), ia bukan ramalan kejatuhan Umno, tetapi peringatan untuk semua ahli Umno agar setia kepada parti dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilihatnya sebagai mewarisi kepimpinan dan keupayaan bapanya.

Tok Mat menyarankan pemimpin Umno kembali kepada orang Melayu dan rakyat, cermin diri sendiri dan jangan lupa sumbangan orang Melayu yang mengangkat mereka sebagai pemimpin. Menurutnya, pemimpin kena bersikap terbuka dan mendengar pandangan akar umbi.

“Kita sebagai bapa harus bersedia mendengar pandangan isteri dan anak-anak. Jangan takut berdepan dengan orang yang kita sudah berikrar untuk membantu dan menjaga kepentingan mereka. Tidak ada lebih teruk daripada pemimpin yang takut kepada rakyatnya sendiri.” (hal 166).

Katanya, Umno telah berubah dari parti kampung kepada parti nasional yang menjaga kepentingan semua rakyat. Perjuangan parti mestilah mengikut kehendak dan keperluan rakyat. Rakyat mesti puas hati dengan apa dilakukan untuk mereka.

Inilah formula asas yang sentiasa memenangi hati rakyat. Formula inilah memastikan sokongan rakyat kepada BN sejak enam dekad lalu.DR MASHITAH IBRAHIM

Anwar Mengamuk Bila Tengok Video Nie?



Sebagai rujukan, Seksyen 337 (B) berbunyi barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Seksyen 377 (C) pula berbunyi barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Maruah PAS Hancuq Dilunyai Rakan Sebantai??


Pas terlalu sukar untuk mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya ingin memperalatkan kemampuan serta kekuatan Pas bagi meraih sokongan undi terutama di kalangan sesetengah orang Melayu yang terlalu percayakan kepada perjuangan Islam Pas.

Tetapi Datuk Abdul Hadi Awang sendiri begitu mempertahankan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malahan dalam satu perhimpunan Presiden Pas itu berkata, ‘‘Tidak apa DAP memperkudakan Pas, Pas memperkudakan DAP yang penting jangan diperlembukan oleh UMNO.’

Dan terbaru beliau berkata, tiada sesiapa pun yang menjadi tunggangan dalam pakatan pembangkang, sebaliknya pakatan itu bersatu demi menumbangkan BN.

Namun apa yang berlaku di Selangor sudah menjadi bukti bahawa Pas hakikatnya hanya dipandang sebelah mata oleh PKR dan DAP. Mereka tidak pernah mahu menganggap Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebab itu portfolio Hal Ehwal Agama tidak diberikan kepada wakil rakyat.

Pas dan pakatan pembangkang boleh berhujah apa sahaja berhubung perkembangan terbaru ini tetapi apa yang pasti orang Melayu semakin yakin bahawa maruah Pas seperti kata Datuk Dr. Hasan Ali sudah dipijak.

Apakah Pas masih bermaruah apabila tunduk kepada PKR apabila memecat Dr. Hasan kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, membatalkan arahan penjualan arak di kedai 24 jam dan membatalkan arahan melarang pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadan.

Malahan sebelum ini Pas juga terpaksa mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata desakan DAP, oleh itu apakah Pas masih menganggap ia sebuah parti yang bermaruah jika sentiasa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP?

Malang sekali nasib Pas, parti itu bukanlah sebuah parti yang digeruni pada era 70-an, 80-an mahupun 90-an, sebaliknya parti itu kini tidak ubah melukut di tepi gantang dalam pakatan, terpaksa ‘mengemis’ kepada persetujuan PKR dan DAP untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama menyokong sahaja apa yang diputuskan oleh kedua-dua parti tersebut.

Oleh itu sudah pasti orang akan bertanya di manakah maruah Pas, apabila satu demi satu tindakannya dilihat sekadar memenuhi agenda politik PKR dan DAP. Kenapakah Pas begitu lemah untuk bersuara? Di manakah suara asal Pas dahulu yang dianggap suara pembangkang paling berbisa dalam arena politik negara?

Semua itu sudah tinggal kenangan, Pas kini lebih ghairah untuk memburu kuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Anwar Mula DiTibai Media Luar Negara.


Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar, Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.
Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?AIDC

Kecaman Terhadap Hassan Ali Bertentangan Dengan Islam - Fathul Bari



Pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali serta merta daripada parti baru-baru ini akan dilihat oleh rakyat sebagai satu keputusan yang bercanggah dengan dasar parti berkenaan.

Malah pelbagai kecaman serta suara-sura sumbang terhadap Hasan yang dianggap lantang dan berkredibiliti memperjuangkan Islam seolah-olah menyerlahkan parti berkenaan tidak mengotakan apa yang dikata.

Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mereka yang membuat tuduhan serta fitnah dikategorikan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak sebagai golongan muflis.

"Adakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelar golongan muflis di akhirat kelak. Kata Nabi s.a.w tidak akan masyuk surga seseorang itu yang mengadu domba. Ini prinsip. Keduanya mengumpat. Walaupun Dr Hasan dikatakan telah keluar parti, kita bercakap soal kredibiliti dia.

"Pastikah beliau terlibat dengan mana-mana pihak...menerima wang ringgit..gila jawatan dan sebagainya. Kita imbau satu kisah di mana sahabat ada bertanya Nabi s.a.w. apakah pendapatmu apa yang kusebutkan itu benar-benar terjadi kepada saudaraku.....lalu dijawab Nabi s.a.w sekiranya pada saudaramu itu benar-benar apa yang kamu perkatakan tentangnya ada padanya maka kamu telah mengumpatnya.

"Tetapi jika tidak benar maka kamu telah menuduhnya dan menfitnahnya. Maka ini satu benda yang sangat besar di dalam Islam. Apakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelarkan sebagai muflis diakhirat kelak.

"Digelar oleh Nabi sebagai muflis.....orang yang datang dengan amalan solatnya, zakatnya, hajinya dan senagainya bentangkan dihadapan Allah s.w.t tiba-tiba Allah datangkan manusia-manusia yang pernah dia sakiti, manusia yang pernah dia zalimi, manusia yang pernah dia fitnah, dia tuduh dan sebagainya.

"Mereka ini datang kepadanya lalu mereka ini mengambil setiap kebaikan yang dia lakukan. Ambil pahala solatnya, zakatnya,puasanya, pahala hajinya. Setelah habis kesemua pahala tersebut sekiranya dosanya masih ada, dosa-dosa mereka yang pernah beliau tuduh di aats muka bumi akan diberikan ke atas orang yang menuduh ini. Maka pada ketika itu golongan ini dikategorikan oleh Allah sebagai ahli neraka, golongan yang muflis di dalam neraka Allah," katanya.

Ustaz Fathul seterusnya menegaskan penyelesaian kepada apa yang berlaku terhadap Dr Hasan hari ini bukanlah dengan cara umpatan atau sebarang keji-kejian sebaliknya dengan syura.

"Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan tindakan Dr Hasan yang bercakap soal parti dan sebagainya tetapi penyelesain bukannya dengan fitnah serta umpatan. Bukan dengan cacian dan makian. Penyelesainnya dengan syura..dimana syura..dimana perbincangan..dimana perkatan baik yang sewajarnya ditunaikan sebagai muslim.

Dalam isu ini syura dalam Pas wallahuaklam...Cuma keputusan yang dianggap menzalimi seseorang. Itu yang perlu dipertikaikan," katanya.

Friday, January 20

Video Terhebat Rafizi SiTanggang,Perangai Macam Musibat?!!!


Bro U Cheap la... takkan nak cari publisiti murah dengan cara ni... gaduh dengan blogger UMNO lepas tu mengadu kat FB haha! Macam budak-budak!

Rafizi mula perasan kononnya dia lah hero, glamer la konon di serang blogger UMNO... Tapi yang sebenarnya Rafizi terkucil, hancik, keras tak terjawab serangan di twitter.. Apa pun tak boleh!

Sorry la bro... Ko macam hebat, tapi habuk pun tarak.... Rafizi ni hanya sekadar budak hingusan sama taraf dengan Chegu Bard yang tak ada apa-apa jasa pun... Perasan je hebat!

Rafizi Ramli @rafiziramli
Cheap, buat malu @Khairykj RT @aidilarazak: byknya duit RT @BroJinggo: Betul Ke Rafizi Bayar RM200 Kpd Peserta 901?: bit.ly/A1W0Bw
(Rafizi cuba mengelak pertanyaan aku...) 


Klu macam nie la perangai pengarah strategi Pakatan lama-lama akan mampus dengan sikap kebudak-budakkan Rafizi nie.Tahapnya tak lebih dari anak aku saja.dari dok layan cerita tue rafizi nie patut jangan pulak mengamuk pasal video nie pulak.




Semangat 1Malaysia walaupun kita berbilang bangsa akan tetapi saling bantu membantu satu sama lain,Rafizi lain kali ngadu kat mak lampir atau anwar aljuburi pasal kena serang dengan blogger UMNO>apa kejadah nie macam pondan la lu.

AZIZAN MB KEDAH NAIK ANGIN , Pas Kedah Kantoi Besar!! #SaveKedah



Nampaknya kes Selamatkan Madrasah Salihiah ni menjadi semakin panass.. panass berapi. Kalau tak percaya, sila baca dengan teliti dan fahamkan apa yang cuba Mc sampaikan, di samping melihat kepada dokumen-dokumen yang Mc lampirkan bersama.




Anda tahu dokumen apa di atas? Tak tahu? Itu dokumen pengambilalihan tanah dari pemaju cina kapir harbi dari Penang tu. Itu tarikh penjualan Tanah Wakaf kepada pemaju. Tengok tarikh tu betul-betul.. 9 JUN 2011

Ini dokumen yang lengkap.. carian pada Tanah Wakaf..

Takpa rilek dulu.. maknanya.. tanah tu bertukar tangan pada  tarikh 9 JUN 2011.. Ingat tarikh tu betul-betul. MAIK menjualkan tanah wakaf khas milik madrasah Salihiah pada 9 JUN 2011.

Tengok dokumen kat bawah pulak!


warna kuning fatwa pertama, warna merah fatwa kedua
BACA SETERUSNYA KEDAH KE KE....L

Melayu Dijanjikan Menteri Besar Jika Sertai DAP?

Permintaan kaum bukan Melayu untuk memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia bukan isu baru.

Beberapa tahun lalu, kaum itu juga pernah meminta dipertimbangkan supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua diwujudkan untuk diisi oleh pemimpin bukan Melayu. Tetapi permintaan itu akhirnya ditolak.

Kini dengan kemunculan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama dipilih daripada keturunan bukan kulit putih, tiba-tiba ia menjadi inspirasi kepada pemimpin bukan Melayu untuk membangkitkan semula isu jawatan tertinggi negara.

Tetapi sekarang bukan meminta kerusi nombor dua, sebaliknya jawatan Menteri Besar pulak 4negeri menggunakan melayu yang senang diarah .Sebelum permintaan itu dibuat, kita minta pemimpin dan penyokong idea itu memikirkan hakikat dan latar belakang pembinaan negara bangsa Malaysia dengan negara lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan sukar untuk dicari persamaannya di dunia.Memang ada negara membangun mahupun negara maju telah mempunyai Presiden atau Perdana Menteri daripada kaum minoriti dan bukan penduduk asal negara itu.

Hal ini boleh berlaku apabila pemimpin bukan pribumi negara itu dapat mengasimilasi dengan menerap budaya, bahasa dan adat resam penduduk majoriti. Tetapi, bagaimana sikap pemimpin dan kaum bukan bumiputera di negara kita apabila usaha untuk mewujudkan dasar satu bahasa dan usaha mengagih kek ekonomi negara dengan saksama.

Itu jika boleh mereka mengubah pelembagaan negara,DAP nampak semua ini mustahil berlaku akan tetapi beralih kepada taktik baru mengunakan melayu yang senang dicucuk hidung untuk mencapai matlamat mereka.Apa gunanya memegang jawatan jika disebalik kuasa dicaturkan oleh pihak lain.

KUALA LUMPUR : DAP didakwa akan meletakkan calon Melayu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri terbabit.

Selain itu, parti itu juga akan memilih calon berkenaan di negeri lain bagi memastikan mereka boleh dilantik sebagai Ketua Menteri. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata mereka bertindak demikian berdasarkan kepada pengalaman pahit parti itu di Perak yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding lima (PAS), enam (Parti Keadilan Rakyat) tetapi terpaksa memberi jawatan Menteri Besar kepada PAS akibat tidak mempunyai calon Melayu. “Kali ini, DAP sangat strategik dan akan mengambil seorang atau dua calon Melayu untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti supaya mereka dapat menjadi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang di Perak.

“Saya melihat ia sebagai satu strategi mengoptimumkan kaum lain, termasuk Melayu… dan orang ramai dapat melihatnya dengan jelas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan EcoGreen Tahun Baru Cina 2012 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Mohamed Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru menyertai DAP.

Mengulas lanjut, Soi Lek berkata, kaum Cina yang menyokong DAP dengan harapan memperkukuhkan politik Cina ketika pilihan raya umum lalu sebenarnya memperkasakan PAS misalnya, di Perak dan Kedah.


Anwar Akan Mulakan Drama Bollywood?

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.


Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".

Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.

Lawan tetap lawan pada kes liwat 2nie

Ah Jib Gor Bagi AngPau 2.5 Juta?

Siapa dia nie nak bagi angpau banyak sampai macam tue,,,,Pada mulanya MKP pun cuak jugak dengan nama dan pendekatan terbaru PM nie.Akan tetapi melihat dari apa yang diperkatakan oleh puak belah sana,depa nampak tersesak dan cuba memanipulasi keadaan supaya pendekatan baru nie nampak kurang releven.Dari laporan yang MKP baca populariti PM naik mendadak daripada Al Juburi.Semoga lepas nie masyarakat dari kaum cina menyokong tranfomasi yang telah dibuat oleh PM.Moga apa yang telah berlaku di PRU 12 tidak berulang lagi.

KUALA LUMPUR, 20 Jan Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak di sini untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah pun meluluskan model pembangunan projek tersebut, dan peruntukan yang diberikan merupakan sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2012 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

"Sebagai brother... Ah Jib Gor, saya nak beri angpau kepada sekolah ini. Ini sumbangan ikhlas kepada rakyat," katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai laman sosial Facebook bahasa Cinanya 'Ah Jib Gor' yang bermaksud 'Abang Najib' yang dilancarkan tiga hari lepas, Najib berkata laman sosial itu telah menarik kira-kira 12,000 pengikut, dan beliau berharap jumlah pengikut laman sosial itu akan bertambah lagi selepas ini.

Najib, yang menyifatkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa itu sebagai sekolah yang baik tetapi memiliki bangunan yang lama, berkata sumbangan yang diberikan kepada sekolah berkenaan akan turut mendapat pelepasan cukai.

Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dengan harapan Tahun Naga ini akan mencetuskan kejayaan kepada kira-kira 1,000 pelajar yang hadir pada majlis berkenaan.

"Tahun Naga tahun baik untuk pilihan raya... atau pun (pilihan raya) tahun depan," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi Lembaga Pengelola SMJK Chong Hwa Datuk Lim King Hoo.bernama.

RM200 Upah Demo 901,Buat Maksiat Kt Hotel Murah?




Dahlah pi sana dibayaq lepas tue buat maksiat pulak dekat hotel murah,apa kejadah tabiat puak harami nie.Depa nie dah terdesak sangat ke sampai nak kena bayaq pi demo.Dedahan terbaru ini pastinya mengundang gundah gelanda dari rafizi nie.baru saja kena saman dengan kak ijat,terbongkar jugak kisah kantoi nie.PKR dan gerembolan haprak pakatan semakin terdesak,Apa yang dapat kita lihat sejak perbicaraan Anwar didalam kes liwat Saiful tidak ramai penyokong PKR berbanding zaman reformasi dahulu.Depa nie suka menyususahkan rakyat dengan pemberian ini ramai peniaga tak dapat menjalankan perniagaan mereka pada hari tersebut.alasannya kerana sesak dan faktor keselamatan tidak terjamin akan tetapi diatas kecekapan pihak polis semuanya terkawal dan tidak terjadi kejadian tidak diingini berlaku. 


 
SMS dari rafizi beb. Dia bagi rm200 seorang time demo 901. Itu pasal ramai yang datang. Datang sebab duit. Bukan pasal perjuangan. Bukan pasal keikhlasan. Tapi pasal duit. Ahli2 pkr seme boleh dibeli guna wang. Depa memang hampeh !!!! Depa memang jahat !!!!G mati lah weh. Mati. Aku cakap mati. Faham tak? - Amenoworld

Azmin Jangan Besaq Kepala?KakWan & Izzah??



Di kalangan rakan-rakan PKR pun sedang pening kepala sebenarnya. Dalam usaha mempertahankan, mendewakan dan mengagungkan ANWAR; rupanya sudah ada perang saudara di antara aktivis dan penyokong-penyokong ini. Pelik tetapi benar. Susah juga nak ‘manage’ dan perbaiki keadaan ini. Anwar sendiri tidak mampu nak selesaikan ‘perbedaan pendapat’ di kalangan penyokong-penyokong yang ada ini.
Penggerak Reformasi sekitar tahun 1998 – 2008 sebenarnya masih mengakui lingkaran sokongan Anwar. Orang lama. Yang kononnya sudah terbukti sanggup ‘hidup mati; timbul dan tenggelam’ bersama Anwar. Mereka ini jugalah yang sudah mula mendaki pelbagai jawatan di dalam parti dan kerajaan Negeri milik PKR. Aktivis reformasi ini sangat ‘possessive’ dan sentiasa sahaja beranggapan Anwar milik mereka. Mereka sudah bersama Anwar; sejak Anwar dalam penjara lagi.
Namun, wujud kumpulan baru yang tidak mahu sangat diikat dengan gelaran aktivis reformasi. Pada mereka, aktivis reformasi sudah tidak lagi ‘in’ dengan banyak perjuangan baru yang lebih utama dan penting. Aktivis reformasi sudah digambarkan sebagai kelompok ‘oportunis’ yang sudah terlalu galak mencari kekayaan dalam parti.
Kumpulan aktivis baru yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Aktivis 901′ mahu membawa arus perjuangan baru. Yang tidak terikat dengan budaya UMNO yang ada dalam PKR. Ketua Mazhab Reformasi ini pastinyalah Azmin Ali. Azmin lah yang boleh menentukan ‘who gets what? when? and how?’ di Selangor. Surat sokongan Azmin lebih berharga daripada surat sokongan EXCO Negeri. Malahan, Azmin boleh menentukan proposal siapa yang sampai ke meja UPEN, Selangor. Ada ketika, pejabat MB pun boleh di bypass oleh Azmin.
Khalid mesti faham, bahawa Azmin menggunakan alasan bahawa dia lebih perlu ‘dana politik’ berbanding MB. Puak reformasi yang sekian lama bergantung di talipinggang Azmin ramai. Malahan, ada seorang penggerak reformasi mengatakan – Azmin memerlukan hampir RM300,000 setiap bulan (bagi memastikan semua penggerak reformasi mendapat habuan secara bulanan. Ada yang dapat RM2k. Ada yang dapat RM3k. Bulanan.
Sebab itu Azmin mendapat lesen besar untuk bermaharajalela di GLC milik Kerajaan Negeri Selangor. Azmin adalah ‘nerve centre’ kepada gerakan politik.
Aktivis 901 dikatakan banyak dibantu oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Agenda solo Nurul Izzah dalam mendapatkan sokongan dan dokongan kalangan aktivis muda. Berbanding mazhab reformasi yang bertuankan ‘RM’; Aktivis 901 mahu bergerak di atas landasan perjuangan sebenar. Duit penting – tapi bukan sekarang. Mesti kukuhkan kedudukan Izzah terlebih dahulu.
Semua ini membuktikan bahawa sudah wujud pertembungan ‘mazhab’ di dalam PKR. Satu mazhab duit. Satu mazhab (kononnya) perjuangan ikhlas.
Kita sama-sama tengok mazhab mana yang lebih utuh dan kuat.  GA

Tahniah @PDRMsia,Peinee Teoh Ugut PM Ditahan.


Tahniah MKP ucapkan kepada PDRM kerana bertindak pantas dengan aduan yang telah dikemukakan,Pastinya ini memberikan pengajaran kepada pelajar berkenaan.Moga selepas ini tiada lagi pelajar berani bertindak sedemikian.

ALOR SETAR, 19 Jan Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. 
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. 
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut. 
"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan. 
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.
Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan. 
"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.
Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut. 
"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA

Thursday, January 19

Video Karaoke Khalid Perli PAS,Biar Bulan Bicara Sendiri?

Setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengumumkan pengambialihan porfolio Pengerusi Hal Ehwal Islam semalam, video beliau sedang berkaraoke mula tersebar di internet.
Rakaman video itu dibuat oleh channel pro Pakatan Rakyat, ‘mediarakyat’ yang merakamkan aksi Khalid sedang berkaraoke dalam satu majlis makan malam PKR, Kuala Langat pada 11 Jun tahun lepas.
Dalam sidang media semalam, Khalid mengumumkan beliau mengambil alih porfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari PAS.
Khalid turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, wakil dari PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menjaga porfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Jawapan Standard Bila Kena Tuduh,MP Balik Pulau?


Biasalah sama jugak macam idolanya,semuanya salahkan UMNO yang sengaja membuat provokasi berkenaan kes pembakaran bendera tersebut.Dalam laporan Polis tersebut hanya menyatakan perlu ada siasatan siapa punya angkara.Tidak sesekali Pergerakkan Pemuda UMNO Balik Pulau menuduh itu kerja yang dilakukan oleh pihak PKR.Sudah terang lagi bersuluh yang menyatakan siapa punya angkara?Pepatah orang lama ada menyatakan bahawa Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.Berikut atikel MKP sebelum ini BACA SETERUSNYA.

BALIK PULAU: Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff has refuted claims by local Umno Youth wing that Pakatan Rakyat supporters were behind the burning of the Umno party banner in Simpang Empat here yesterday.
Instead, he accused Umno of being the only party in the country capable of committing such acts of political violence.
“Everybody knows that political riots, vandalism, arson and street hooliganism are Umno brand of democracy.
“So it is hypocritical of Umno to accuse others of copyright violations. PKR will never emulate its undemocratic actions,” said Yusmadi.
Yesterday, Balik Pulau Umno Youth chief Azian Ariffin accused “the opposition” (Pakatan) of burning a party banner made of cloth put up along a road shoulder in Simpang Empat.
The flag carried the wordings: “Untuk Kesejahteraan Anda Undilah Barisan Nasional” (Vote BN for your prosperity).
IN its police report lodged in Balik Pulau district police headquarters, the Youth wing claimed that it suspected the banner was set alight at midnight yesterday.
In the report, Azian alleged that the arsonist had poured petrol on the banner before torching it.
He accused Umno rivals of resorting to arson out of fear of the growing people’s support for Umno in the area.
But Yusmadi said PKR was never perturbed by the so-called growing support for Umno neither would it ever resort to arsonist act for political gain.
He rapped Umno instead for resorting to cheap tactics to portray PKR and Pakatan in a bad light.
“PKR would always resort to democratic means to resolve our political differences.
“We will never adopt the Umno culture of violence and intimidation,” said Yusmadi, who is PKR Balik Pulau division vice-chairman.

Hadi Awang Akan Tukar Amanatnya,Sokong DAP Murtad?

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa DAP kurang mendapat sokongan orang Melayu di negara ini.DAP adalah parti perkauman cina dan pro komunis, kurangnya orang Melayu mengisi saf kepimpinan DAP juga dilihat sebagai penyumbang kepada hilangnya minat orang Melayu untuk menyertai parti itu.

Tapi jangan terkejut jika dimaklumkan bahawa ada juga diantara faktor yang menghindar orang Melayu dari menyertai DAP itu juga berasal dari parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri!!

Yang maksudkan ialah Amanat Haji Hadi pada 1982, dimana amanat tersebut menghukum mana-mana orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir.

Selain dari itu, sebagai parti yang mengamalkan sistem sosialis, DAP turut menerima tempias apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak pencalonan mantan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali di kawasan Parlimen Kota Bharu pada 2004 kerana beliau menyifatkan fahaman sosialis sebagai adik komunis.

Sementara DAP berusaha keras membaiki imej negatif ke atasnya yang dilemparkan oleh seterunya melalui cara tersendiri dengan membawa masuk orang Melayu seperti Arif Sabri, Aspan Alias dan terbaru Hata Wahari, MKP melihat ada keperluan untuk kepimpinan PAS sendiri, terutama Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang sendiri (sebagai pencetus Amanat Hadi) membantu DAP mengikis tanggapan serong orang Melayu ke atasnya.

Patut dicadangkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi mengeluarkan fatwa bahawa orang Melayu yang menyertai DAP tidak kafir atau terkeluar dari landasan Islam.

Fatwa ini perlu diberi publisiti meluas di seluruh negara kerana dengan cara itu sahajalah orang Melayu akan lebih yakin untuk menyertai DAP sebagai wadah perjuangan politik mereka.

Sebaiknya fatwa tersebut dikeluarkan dalam masa sehari dua ini bagi menambah keyakinan di kalangan orang Melayu terhadap parti tersebut.

DAP Umpama Menang Loteri Kebajikan Di Awal Tahun 2012



DAP tersenyum lebar umpama kena loteri kebajikan RM2 juta.  Apa tidaknya ada dua perkara besar yang membuat DAP, parti paling rasis ini bergumbira iaitu pertama Anwar Ibrahim dibebaskan dari kes liwat (walaupun mahkamah akui kejadian itu berlaku suka sama suka).
Yang kedua pula Pas telah mengesahkan buat sekian kalinya bahawa mereka adalah “Barua” setia kepada DAP apabila sanggup memecat Dr Hassan Ali.
Kenapa DAP harus meraikan dua perkara ini?
Jawapannya cukup mudah, Anwar amat diperlukan DAP bukan kerana Anwar bersih, suci dan murni tetapi Anwar diperlukan untuk memecahbelahkan lagi orang Melayu dan menjadi alat penting untuk mengawal Pas.
Ini kerana selain kebijaksanaan otak auta Anwar, ramai pemuja Anwar juga berada dalam saf kepimpinan Pas.  Jadi mudahlah DAP untuk menjayakan agenda mereka.
DAP tak kisah untuk angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana segala rahsia Anwar sebenarnya sudah berada dalam poket DAP.  Bukankah Karpal Singh sendiri yang mengesahkan Anwar seorang peliwat pada tahun 1997?
Lagi pun Karpal jugalah yang mengakui kes liwat antara Anwar dan Saiful adalah satu perbuatan SUKA SAMA SUKA.  Maka dalam bahasa kasarnya telur Anwar kini dalam genggaman DAP.
Dalam kes Hassan Ali juga ternyata telah memberi jaminan kepada DAP bahawa Pas sanggup lakukan apa saja demi DAP.  Pas sanggup memancung siapa saja di kalangan pemimpin mereka yang cuba melawan DAP.
Bukankah Hassan Ali seorang pemimpin yang lantang menentang dasar DAP yang ghairah untuk membiakkan rumat urut, penjualan arak dan aktiviti murtad di Selangor.
Jadi dengan ketiadaan Hassan Ali memudahkan kerja-kerja DAP untuk menyemarakkan lagi aktiviti sosial tidak bermoral ini.
Justeru nampaknya DAP sudah menempah kejayaan awal…. Syabas buat DAP yang telah berjaya menjadikan pemimpin Melayu PKR dan Pas menjadi KUDA KAYU buat mereka dalam melaksanakan agenda rasis mereka.

Kak Ijat Mula Langkah, Saman Mak Lampir dan Tanggang Rafizi.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Saman tersebut dikeluarkan berikutan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah ke atas dirinya mengenai Syarikat milik suami Shahrizat iaitu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).
Shahrizat yang diwakili Peguam beliau Safie Abdullah mendakwa, saman tersebut merupakan saman yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu sendiri berdasarkan serangan bertubi-tubi sehingga mengaibkan beliau.
Safei telah menfailkan saman malu itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.
Sebelum ini, kedua-kedua Pemimpin kanan Parti pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah itu telah menyerang Shahrizat berkenaan isu NFC yang turut melibatkan pembelian 2 kondominium sebagai salah satu aset syarikat terbabit.
MKP kata:Gambaq diatas hanyalah untuk tatapan tiada kena mengena dalam artikel ini.

Kahalid Semakin Gagap,PAS diHina?



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambilalih portfolio Hal Ehwal Islam daripada wakil Exco Pas dijangka memberikan implikasi negatif yang boleh merugikan umat Islam khususnya rakyat di negeri Selangor.

Ini kerana portfolio berkenaan sepatutnya disandang oleh individu yang berkelayakan dan arif tentang soal agama dan Pas yang mengangkat diri sebagai parti Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan amanah penting itu.

Profesor Datuk Dr Zainal Kling dari Fakulti Sains, Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, walaupun Khalid berhak membuat keputusan itu, namun tindakan beliau itu mungkin dilihat sebagai tunduk kepada tekanan DAP dan PKR untuk mengawal institusi seperti Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).

"Maknanya, ia akan memenuhi kehendak-kehendak DAP dan yang lain-lain dan bukannya memenuhi kehendak umat Islam di Selangor. Seharusnya kita jangkakan memang hal ehwal Islam ini akan diterajui oleh PAS...Ini terang-terang menunjukkan Khalid mengekang kegiatan-kegiatan MAIS atau Jais (supaya) sesuai dengan kehendak PR (Pakatan rakyat)," .

Walaupun menggantikan Hasan, Yunus tidak diberikan portfolio agama, sebaliknya beliau hanya dijandikan Exco Adat Resam Melayu serta menjaga porfolio Bela dan Sukan. 

Khalid berkata keputusan itu berdasarkan pengalaman Yunus dan mengumumkan beliau akan mengambil alih tugas-tugas sebagai Exco Hal ehwal Agama daripada Hasan. 

Datuk Dr Zainal khuatir dengan rombakan  itu, segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Hasan berhubung isu-isu pengkristianan orang Islam serta aktiviti memesong akidah umat tidak akan lagi dipantau dan dibiarkan  begitu sahaja. 

Beliau juga menjangka polimik mengenai isu-isu agama akan bertambah hangat kerana Hasan akan meneruskan perjuangan beliau dengan menubuhkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi tumpuan kepada masalah terbabit.

Sekaligus katanya, akan berlaku konflik diantara kerajaan negeri dan NGO-NGO di Selangor dalam hal berkaitan agama.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin pula menyifatkan rombakan berkenaan jelas sebagai satu penghinaan besar kepada PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam

"Konon kata PAS mendabik dada memperjuangkan Islam, tiba-tiba potfolio hal ehwal Islam ditarik daripada mereka. Keduanya ia menunjukkan rakan Pakatan sendiri tidak percaya bahawa PAS boleh menjaga hal ehwal Islam ," katanya lagi

Menurutnya lagi, PAS sewajarnya membuka mata setelah parti tidak diberikan sebarang potfolio dalam kerajaan Pakatan negeri Pulau Pinang, dan kini jawatan yang sewajarnya diberikan pada mereka tidak dberikan di Selangor.

Hasan dipecat pada 8 Januari kerana dianggap bertindak membelakangkan kepentingan parti setelah beliau mengkritik tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit keputusan kes liwatnya. . 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive