Thursday, January 26

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Tak Dapat Sambutan?

Fuhh Jutaan yang hadir memberi sokongan kepada Mansor.

Apa yang dibincangkan oleh depa tue?

Paling ramai pun tak sampai seribu yang hadir.....

Ini baru yang kecil MKP dedahkan,dengan Guan Eng belum lagi.Rumah terbuka DAP tahun nie agak suram dengan pengunjung kali nie.terkenang pulak aura BN yang berjaya mencapai seramai 10ribu lebih bila PM turun ke Tanjung Marina selasa lepas.Apa dah jadi dengan pakatan rakyat nie.Orang Penang dah meluat dekat Lidah bewak nie atau kerana meluat selalu kena tipu.Jika ramai pengunjung sudah pasti lidah bewak pukul canang panggil press kata depa lagi hebat dari BN akan tetapi tajun nie nampak sunyi sepi.Kenapa?????????????????????????????. 

Beranikah PAS Ambil Tindakkan kepada Ostad Zizan.

Beranikah tindakan diambil kepada Ostad Zizan kerana mempertahan AUKU di kedah?Atau depa tunggu arahan dari Puak Anwarinas didalam PAS.Sepatutnya jika mereka memecat Hassan Ali dari PAS kerana kelantanganya bersuara dalam PAS.Tindakkan yang sama patut dikenakan kepada MB Kedah nie.

Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.

“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Kenapa DAP,PKR Dan PAS Serang KR1M?.

Puas hati, murah, dan dapat kurangkan perbelanjaan barang dapur. Malahan layanan para pekerjanya juga adalah mesra pelanggan.

Itu antara pandangan orang ramai berhubung Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang dilancarkan sejak enam bulan lepas.

Kewujudan KR1M dilihat banyak membantu golongan sasar iaitu penduduk di kawasan bandar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan tanpa mengenepikan kualiti barangan.

Setakat ini, KR1M bukan sahaja dikunjungi oleh golongan berpendapatan rendah, malahan oleh pelbagai golongan yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah.

PANDANGAN PENGGUNA

Bagi pegawai bank, Halim Harun, 47, dari Taman Melawati, Gombak, beliau memilih KR1M untuk membeli barang keperluan setelah membuat perbandingan harga di beberapa buah pasaraya.

Beliau yang mula mengunjungi KR1M di Pasar Wangsa Maju, Seksyen 4 sejak tiga bulan lepas berpuas hati dengan harga barangan yang terdapat di kedai KR1M terutama harga beras yang lebih murah berbanding pasaraya lain.

"Sebelum ini saya banyak membaca komen yang negatif tentang KR1M, jadi saya datang sendiri untuk melihat sejauh mana kebenaran tersebut dan kali pertama saya menjejakkan kaki datang ke sini, saya terus suka.

Membeli sebanyak dua kali sebulan di sini, beliau berkata barangan KR1M lebih murah antara 10 dan 30 peratus antaranya buah laici dalam tin, sardin dalam tin, air mineral, sabun pencuci, beras dan banyak lagi.

"Kami sekeluarga dapat mengurangkan perbelanjaan barangan dapur sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding sebelumnya," katanya.

Secara keseluruhan, beliau amat berpuas hati dengan apa yang terdapat dalam KR1M termasuk layanan mesra yang diberikan oleh pekerja di KR1M yang sangat membantu ketika membuat pemilihan barang.

"Seharusnya KR1M dimanfaatkan pengguna memandangkan peningkatan kos sara hidup masa kini, kerana kita tahu banyak keperluan lain harus diutamakan seperti pendidikan anak," katanya.

KUALITI TIDAK MENGHAMPAKAN

Seorang lagi pengguna, Tan, 40-an turut mengakui harga yang terdapat di KR1M jauh lebih murah berbanding yang terdapat di pasaraya dan kualitinya juga tidak mengecewakan.

Beliau, yang tinggal di Setapak, sanggup datang ke kedai KR1M Wangsa Maju dengan menaiki bas setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur.

"Untuk barangan produk KR1M memang murah berbanding yang dijual di pasaraya, bagi barangan biasa yang bukan jenama KR1M, harga yang ditawarkan di sini lebih kurang sama dengan harga yang terdapat di pasaraya," katanya.

Mana mungkin untuk mendapatkan kualiti yang sama seperti barangan yang terdapat di pasaraya besar, namun jenama KR1M tidak seteruk yang disangkakan dan ia sesuai dengan harga yang ditawarkan, katanya.

"Saya biasa beli dalam kuantiti yang banyak tiap bulan, memang jimat. Kalau barang makanan dalam tin, tak jauh beza rasanya, macam sardin. Beras pun memang saya beli di sini sebab murah dan rasanya pun sama," katanya.

"Jika di pasaraya harga beras 10 kilogram dalam RM25 lebih, tapi di sini, RM18.90 sahaja dan paling mahal pun RM22," katanya.

"Saya akui perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dan sebagai seorang pelajar, saya harus berjimat cermat untuk memastikan ia tidak melebihi bajet. Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana melahirkan KR1M yang banyak membantu kami semua terutama pelajar seperti saya," Ujar Khairul Azwan, 24 tahun.

BOLEH DIPERBAIKI

Bagaimanapun usaha untuk membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah itu masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

Menurut Linda, yang ditemui di KR1M Bandar Tun Razak, banyak barangan yang telah habis lambat diganti dengan stok baru.

Beliau yang datang untuk membeli sardin, tidak dapat berbuat demikian kerana ketiadaan stok.

"Selain itu saya dapati, di KR1M Bandar Tun Razak ne, stoknya agak kurang dan ini juga menyebabkan ramai penduduk di sekitar kawasan flat berhampiran tidak membeli di sini," katanya.

Namun, katanya, langkah membuka kedai KR1M di lokasi yang sesuai terutama di kawasan penduduk berpendapatan rendah sangat baik dan ia harus diperbanyakkan untuk membantu meringankan beban rakyat, katanya.

PENGGUNA BUAT PILIHAN

Bukan hanya golongan berpendapatan rendah, malah beban dari peningkatan kos sara hidup terutama kenaikan harga barang keperluan harian turut dirasakan oleh golongan pertengahan.

Mengatur perbelanjaan dengan berjimat cermat termasuk membandingkan harga yang lebih murah adalah cara terbaik menangani peningkatan kos hidup, menurut Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata pengguna perlu mengambil peluang yang diberikan kerajaan melalui KR1M untuk mengurangkan perbelanjaan kos barangan dapur.

"Pengguna harus memanfaatkan KR1M dan jika mereka berbelanja secara berhemah di sini, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan 20 peratus perbelanjaan dapur setiap bulan," katanya

Bukan sahaja baik untuk pengguna, ia adalah jalan terbaik untuk menghapuskan peniaga yang menjalankan penipuan termasuk menjual barang yang tidak elok serta tiruan, kerana di KR1M barang-barang dinilai dan dipantau terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna.

Mengulas isu kualiti, beliau berpendapat pengguna harus memahami, kualiti yang dijual tentunya tidak sama dengan yang dijual di pasaraya, namun pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk membeli yang berjenama lain dengan harga yang lebih mahal atau jenama KR1M dengan harga yang lebih murah.

"Sebab itu saya katakan pengguna harus bijak menggunakan kuasa mereka. Jika mereka berkemampuan, mereka boleh beli yang di pasaraya, namun jika mereka rasa tidak mampu, boleh memilih barangan KR1M. Namun bila sudah murah, janganlah kita mengharap kualitinya seperti barang yang mahal, tentu ada perbezaannya," katanya.

Nadzim berharap, barangan di KR1M akan diperluaskan kepada jualan barang-barangan basah seperti ikan, ayam, buah-buahan atau sayur-sayuran agar rakyat benar-benar mendapat manfaat.

"Saya juga mahu cadangkan agar kerajaan tentukan bekalan barang keperluan seperti minyak, tepung, yang dijual di KR1M dikekalkan harganya. Sekiranya KR1M boleh import sendiri barang-barang keperluan tanpa orang tengah ia lebih baik dan sudah tentu harga yang dijual jauh lebih rendah lagi," katanya.

Selain itu, beliau berharap pengguna sentiasa menggunakan saluran yang betul sekiranya ada sebarang aduan melalui persatuan pengguna termasuk PPIM.

INISIATIF KERAJAAN

KR1M yang pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Jun lepas berkonsepkan kedai runcit yang menjual barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dan dipek dengan jenama "Kedai Rakyat 1 Malaysia".

Setakat ini, terdapat 250 jenis barangan yang dijenamakan dengan jenama ini dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

"KR1M dibangunkan dengan konsep menjual barangan keperluan pada harga rendah tanpa mementingkan jenama barangan, namun kualiti barangan tetap diutamakan. Harga barangan yang dijual di KR1M ditetapkan antara 30 peratus dan 50 peratus lebih rendah berbanding jenama popular lain," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan itu berdasarkan kemampuan dan keperluan.

Untuk memastikan kualiti barangan yang dijual di KR1M terjamin dan memenuhi standard yang ditetapkan, KPDNKK dengan kerjasama kementerian Kesihatan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa oleh unit pemantauan khas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Negara Kecoh Jika Dasar-Dasar Pro-Bumi Di Tarik Balik



Sebarang langkah tergesa-gesa untuk memansuhkan dasar-dasar pro-bumiputera di negara ini akan mengundang risiko huru hara dan rusuhan, kata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
 
Beliau juga berkata tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia terjejas kerana kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
 
Menulis di dalam blognya Mahathir berkata kaum bumiputera “ masih perlu diberi pertimbangan dalam perniagaan dan lain-lain berasas kepada bangsa mereka,"
 
"Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya?"
 
“Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira,” tambah beliau.
 
Menurutnya lagi, walaupun pertumbuhan Malaysia boleh menjadi lebih dinamis jika tidak berdepan dengan masalah jurang ekonomi perkauman,  hakikat ialah  agihan kekayaan negara yang tidak sama rata boleh mencetuskan ketegangan antara golongan miskin dan kaya.
 
Keadaan sedemikian, tambah beliau lagi akan menjejaskan  pelaburan, dagangan dan perusahaan sehingga menyebabkan pembangunan terjejas.
 
"Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak," tulis beliau lagi dalam blognya.
 
Beliau kemudian merumuskan bahawa adalah lebih baik pembangunan negara terlewat sedikit akibat dasar-dasar itu daripada menanggung kehancuran akibat rusuhan yang berpunca daripada ketegangan kaum.AP

@HishammuddinH2O dan @Shaberyc di Pusat Simulasi Menembak.



Semalam di Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyebut bahawa Kementerian Dalam negeri (KDN) dan KBS telah mencetuskan bentuk kerjasama baru dan tidak lagi bekerja di dalam silo masing-masing. Penekanan pada lawatan semalam ialah mengenai Rela. Kebetulan Rela menyambut ulang tahun ke-40 pada tahun ini. Dengan penghapusan ordinan darurat baru-baru ini Rela yang ditubuh di bawah ordinan itu akan mengalami perubahan dan akan lebih melibatkan golongan muda. "Pendekatan kita bukan demonstrasi, bukan tanam kebencian. Tapi kita lihat belia hari ni sebagai stakeholder masa depan."

Datuk Seri Hishammuddin menyebut bahawa pada masa depan akan latihan di pusat ini boleh melibatkan JPAM, Rela, AADK dan Crime Awareness Team (CAT). "Saya juga mahu PDRM melihat bagaimana pusat ini dapat dimanfaatkan oleh mereka juga kerana ia boleh menjimatkan banyak kos berbanding pusat latihan biasa." 

"Polis Korea punyai lebih 40 pusat sebegini. Bila kita tengok sendiri simulasi yang ada di pusat ini, baru kita tahu betapa sukar anggota polis kita menghadapi keadaan. Mereka yang tuduh polis macam-macam, tidak alami keadaan sebenar bila diletak dalam situasi - tembak atau dibunuh." 

Perdana Menteri akan rasmikan tempat ini nanti dan pada 28 Januari ini PM akan bersama-sama dengan Rela meraikan 40 tahun kewujudannya membantu rakyat di negara ini. Cabaran masa dahulu yang ditangani oleh Rela perlu disesuaikan dengan cabaran semasa. Rela mempunyai banyak potensi untuk menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang penting dalam negara ini.

Menjawab soalan ISU KEMALANGAN mengenai cadangan untuk penjarakan pesalah, Datuk Seri Hishamuddin menyebut bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah di bawah kuasa kehakiman. Jika boleh mengurangkan jumlahnya (kemalangan), ia perlu dikaji secara mendalam dan PDRM sedia untuk bekerjasama. 

Mengenai Strategi Blue Ocean - Beliau menyebut bahawa tiada persaingan di antara kementerian. Sebaliknya ia adalah mengenai pendekatan di luar kotak. Misalnya, usaha biasa sebelum ini, Ops Sikap hanya melibatkan polis. Tetapi sekarang pendekatan berbeza, iaitu dengan memberi kesedaran kepada anak muda, dengan melibatkan juga KBS dan Rela. Begitu juga dgn kerjasama tentera, polis, RELA dalam Omnipresence bagi turunkan kadar jenayah. Ia diakui sebagai berjaya dan Ketua Polis Negara menerima jemputan Arab Saudi untuk kongsi pengalaman 2 tahun dalam Blue Ocean. tun faisal dot com

PERINGATAN KEPADA MELAYU YG SOKONG DAP.



Kepada barua punya melayu yang tak sedaq diri yang menyokong Kapiq Harbi DAP nie,Tengok dan pkiq habis-habis apa disebalik DAP nie.Klu macam nie pun tak paham lagi memang hampa nie jenis haram jadah la.ayat paling tertib lama tak guna pakai,macam nie kot baru depa nie sedaq dan ada akai dah lama letak kat lutut.


Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah

Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengulas mengenai pencapaian memberansangkan ini berkata, hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah PR berjaya memberi pulangan yang menggalakkan kepada negeri.



Itu propaganda Ostaz Zizan untuk mengaburkan mata rakyat Kedah,Depa dok pukul canang kata depa baguih,Akan tetapi inilah hakikat rakyat kedah perlu ambil tau.Depa kata telus sampai Gunung Pulai kat baling pun PAS bagi kat Pemaju. 

Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga. 
Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,











Wednesday, January 25

Guan Eng Malukan Diri Sendiri?


Lim Guan Eng malukan dirinya sendiri dengan membuat kenyataan yang agak keterlaluan,sikap inilah yang selalu menjadi tembakkan tepat blogger kepadanya.Bekas akauntan yang pandai pusing ternyata memakan dirinya.Itu baru sikit pendedahan yang telah dibuat,Memang inilah sikap muka tak tau malu Ketua Menteri Paling Malang Dalam Sejarah Pulau Pinang,Guan Eng Menyatakan Pulau Pinang berjaya melangsaikan hutang kerajaaan Negeri sebannyak 630juta padahal semuanya hutang tersebut ditolak kepada kerajaan Pusat.Pandai menipu itulah slogan DAP patut digunakan kepada Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disarankan agar tidak memalukan dirinya sendiri lantara menyebarkan dakwaan menyatakan kononnya beliau telah berjaya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri itu sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Guan Eng sebenarnya tidak pun membayar hutang tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini dan menjelaskan bahawa hutang tersebut hanya dialihkan kembali kepada Kerajaan Pusat. 
Menurutnya lagi, hutang sebanyak RM630 juta itu telah diambil alih Kerajaan Pusat ekoran satu perjanjian berhubung penyusunan semula sistem bekalan air di negeri itu yang dibuat sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.
Penyusunan semula itu menetapkan kerajaan negeri perlu membayar faedah sewaan bekalan air sebanyak RM14.6  juta setahun bagi tempoh 45 tahun.
Donald berkata, kenyataan Guan Eng tersebut jelas mengelirukan dengan mendabik dada kepada rakyat kononnya pentadbirannya yang cekap telah melangsaikan sebanyak 95 peratus hutang kerajaan negeri itu.
“Guan Eng sebenarnya tidak mampu menjana pendapatan sebegitu tinggi untuk membayar hutang yang besar dalam tempoh yang singkat,” kata Donald yang dipetik dari akhbar online TheStar hari ini.
Selain itu, Donald menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai taktik politik murahan untuk memancing undi rakyat.
Blogger terkenal, Outsyed the box, turut membidas kekeliruan yang sengaja ditimbulkan Guan Eng itu di blog miliknya dengan menyifatkan sebagai ‘helah murahan’.“Sudahlah Guan Eng. Sangat memalukan untuk mengelirukan orang ramai macam ini. Ini adalah satu helah murahan,” katanya yang petik dari blog miliknya di sini hari ini.

Kenyataan Ketua Audit Negara sahkan Rafizi/Mak Lampir penipu dalam isu NFC



Ketua Audit Negara, berkata walaupun ada disebut dalam laporan audit, terdapat kelemahan dalam beberapa aspek pelaksanaan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), laporan audit negara 2010 lalu tidak pernah melabelkan projek berkenaan sebagai huru-hara.

Tan Sri Ambrin berkata, dari sudut perspektif audit, wujud beberapa kelemahan dari segi pelaksanaan projek terbabit dan jika tidak sudah pastinya kerajaan, pada 2009 lalu menangguhkan pelaksaan berkenaan sehingga satu kajian keupayaan  projek terbabit dilakukan.

Menurutnya lagi Jabatan Audit Negara telah meneliti dan memantau pelaksanaan projek NFC sejak perbadanan itu ditubuhkan 2006 lalu.

"Dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tiada langsung perkataan 'dalam huru hara'. 'kelamkabut' atau 'salahguna' digunakan. Perkataan-perkataan tesebut digunakan oleh pihak-pihak lain dan jabatan audit tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Pendirian jabatan adalah bahawa jika wujud sebarang unsur-unsur penyalahgunaan dalam pelaksanaan projek terbabit, ia terpulang kepada bidang kuasa pihak berkuasa seperti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat," katanya hari ini.

Ambrin  berkata, audit berkenaa adalah untuk menilai samada projek NFC dirancang dengan teliti, samada pelaksanaannya juga dilakukan dengan telus sertai mencapai sasaran objektifnya.

Beliau menambah, audit yang dijalankan adalah terhadap projek terbabit dan tidak pernah terhadap syarikat tersebut.

Menurutnya lagi, audit tersebut membabitkan kajiselidik terhadap maklumat yang diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan sepert Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, pegawai dari NFC juga menyediakan maklumat kepada jabatan audit semasa menagadalan lawatan ke tapak projek Mac tahun lalu.

"Analisis audit menunjukkan objektif projek puusat fidlot negara tidak mencapai sasarannya berikuutan beberapa faktor seperi yang dijelaskan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010," tambah beliau lagi.

Antaranya, katanya lagi adalah sasaran pengeluaran pusat terbabit, yang menurut perjanjian yang ditandatangani opada Mac 2010 lalu adalah untuk membekalkan 38 ribu ternakan lembu.

Namun, tambah  beliau, sasarantersebut tidak tercapai kerana program pembangunan usahawan membabitkan 130 ladang satelit usahawan masih belum dilaksanakan lagi.

“Jabatan Audit ingin menekankan bahawa pelaksanaan audit terhadap projek NFC dijalankan dengan profesional dan bebas tanpa sebarang prehudis kepada mana-mana pihak, oleh itu kenyataan yang mempersoalkan integriti dan krdeibiliti jabatan ini adalah dikesali," katanya lagi.

Wartawan Austarlia Gay Rupanya?!!!,



Keghairahan sesetengah pihak dalam Pakatan Rakyat mensensasikan isu berkaitan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Australia.Mana tidaknya, ketika rakyat masih ‘segar’ dengan pembohongan akhbar The West Australia berhubung perbelanjaan Rosmah dan anaknya perempuannya di Australia semasa berlangsungnya persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun lepas, pendekatan sama cuba digunakan dalam hal pendedahan oleh akhbar Sydney Morning Herald mengenai perbelanjaan boros Rosmah semasa bercuti di negara tersebut.






Kolumnis Sydney Morning Herald, Andrew Hornery yang menulis mengenai perbelanjaan boros Rosmah tersebut adalah seorang wartawan yang tidak punya kredebiliti.  Andrew diketahui mempunyai kolum gosip sendiri dan dengan itu gemar menulis berita berdasarkan gosip semata-mata.Tidak setakat itu, Andrew pernah dinamakan sebagai Australia Worst Journalist pada 2009 kerana antaranya, beberapa kali menyiarkan berita yang mempunyai kesalahan fakta serta gagal menjelaskan fakta yang disiarkan dengan tepat. 


Rosmah Boros Jangan Ghairah Dengan Akhbar Australia2


Andrew dikenali dikalangan wartawan Australia sebagai seorang yang mengaku secara terbuka hidup dengan amalan gay dan transeksual (openly gay and trannssexual).



Ego Pemimpin Pakatan Rakyat Kian Terserlah.


 
Memang sukar untuk pihak yang berkuasa membuat permohonan maaf secara terbuka. Selagi kuasa di tangan, soal ego sering membelit seseorang pemimpin daripada mengakui kesalahan apabila ia membuat kesilapan. Apatah lagi, jika pemimpin berkenaan memang yakin ia berada di pihak yang benar.

Bahana kuasa ini bukan sahaja menghantui pemimpin sekular yang sering dirasuk ideologi Machiavelli di mana dalam tindakan atau keputusan mereka sering berpedoman ‘matlamat menghalalkan cara”; penyakit ini juga kerap menindih pemikiran waras pemimpin Islam.

Lazimnya pihak berkuasa akan beralasan setiap tindakannya adalah bersandar pada pertimbangan “kepentingan umum”. Lantas bagi mempamerkan ketegasan kepemimpinannya, pihak ini tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Pemimpin begini akan menggunakan setiap peruntukan undang-undang menghalalkan tindakannnya.

“Penyakit” atau mungkin kelemahan ini boleh menghinggapi mana-mana pemimpin walaupun diasuh dengan tarbiyah Islam. Apabila kuasa sudah di tangan, amat payah untuk tidak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk menghuraikan pertikaian pendapat dengan khalayak umum, khususnya orang muda.

Dilema ini kini menghantui Pakatan Rakyat. Dalam menuju akhir penggal pemerintahan mereka di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah, makin kerap terdengar pertikaian fahaman mengenai bila dan bagaimana kuasa berkerajaan harus digunakan.

Di Selangor, yang sering ditimbulkan ialah soal prestasi kerajaan negeri umumnya. Terbaharu ialah soal cara kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim mengendalikan isu pungutan buangan sisa pepejal. Kerajaan beliau memutuskan untuk mengganti Syarikat Alam Flora sebagai pengurus perkhidmatan berkenaan.

Bagaimanapun apabila keputusan itu dilaksanakan, mutu perkhidmatan semakin merosot. Khalid mendakwa ada usaha khianat dilakukan oleh musuh politik Pakatan Rakyat.
 
Walhal yang menjadi isu bagi kontraktor yang baru mengambil alih ialah pihak kerajaan hanya menawarkan kontrak perkhidmatan untuk tempoh dua bulan sahaja. Ini tidak berbaloi dengan nilai pelaburan yang perlu mereka tanam bagi mengendalikan perkhidmatan itu.

Bukan sahaja beliau enggan berganjak dari tawaran 60 hari kepada kontraktor yang mengambil alih perkhidmatan itu malah tidak pula mengambil inisiatif memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana kemerosotan perkhidmatan yang banyak meninggalkan kesan kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat. Ini adalah bertentangan dengan janji Negeri Berkebajikan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak pun begitu. Ketegasan beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.

Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta berkenaan.
 
"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.

Pergerakan itu menegaskan walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Pakatan Rakyat dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya.
 
"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.

Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

“Golongan pelajar terbabit tiada kepentingan politik apabila menyuarakan kebenaran dan kebebasan bersuara…jika Azizan terus bersikap ego dalam menangani isu ini, jangan hairan jika pihak pelajar akan mengerahkan seluruh kudrat mereka untuk menjatuhkan pemimpin ini dalam pilihanraya umum ke-13 nanti,” kata kenyataan kumpulan itu.

Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Pro-Mahasiswa Nasional sudahpun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.

Sehubungan itu dalam kenyataannya, Aksi Kami Progresif (AKP) yang menggabungkan tiga kumpulan pelajar termasuk Legasi Mahasiswa Progresif yang dipimpin “wira” gerakan pelajar mutakhir ini, Adam Adli Abdul Halim, juga menegur Azizan kerana “tidak menghormati” hak pelajar.

“Azizan mestilah insaf dan sedar bahawa pelajar-pelajar yang digantung pengajian adalah pihak yang berani menyatakan kebenaran dan bukan golongan pengampu yang sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka,” katanya.

Pergerakan itu menggesa Menteri Besar berkenaan supaya menarik balik penggantungan pelajar itu dan menghayati janji Pakatan Rakyat untuk mempertahankan hak bersuara pelajar.

Demikian cerita pemimpin Pakatan Rakyat. Belum pun menakluki Putrajaya sudah menunjukkan belangnya. Ada kalanya, kerana ego, segala janji yang ditaburkan pada rakyat, khususnya anak muda, dilanggar begitu sahaja dengan pemikiran bahawa rakyat mudah lupa.

Namun hakikatnya ialah, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Sebab itu, banyak cerita mengenai kedua-dua menteri besar itu dilayangkan pelbagai memorandum dan desakan dari kalangan pemimpin parti masing-masing supaya mengubah cara pemerintahan mereka atau menghadapi undi tidak percaya parti sendiri.

Pakatan rakyat perlu berlaku jujur dalam menangani ego pemimpin yang ia pilih sendiri. Tindakan menyapu hampas masalah ke bawah permaidani pemerintahan sentiasa dipantau rakyat. Rakyat tahu.SUMBER AP

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive