Sunday, January 29

Aziz Bari Tak Layak Tegur Ostaz Zizan.


Apa pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak untuk melepaskan jawatanya.

Kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.

Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you?

Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran ‘pakar perlembagaan’ kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.

Reputasi itu diberikan Pakatan Rakyat kepada Aziz Bari bagi mengangkat tinggi sebarang kenyataannya mengenai perlembagaan negara.

Justeru, tidak usahlah Aziz Bari nak merasakan dirinya tinggi daripada Ustaz Azizan, anda masih belum ke mana dalam politik dibandingkan dengan Ustaz Azizan yang telah lama bergelumang dengan politik dan membuktikan kebolehannya, sehingga dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Kepimpinan Pakatan Rakyat harus mengambil tindakan ke atas Aziz Bari. Jika dia masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, maka itu tindakan displin tidak boleh diambil ke atasnya, maka Aziz Bari perlu dipulau dari sebarang aktiviti yang membabitkan Pakatan Rakyat.

Lagipun Aziz Bari tidak punya apa sekarang, setelah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa.Dia bergantung sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti dimana Pakatan Rakyat mempunyai kepentingan untuk mendapatkan wang tambahan atas khidmat sebagai konsultan.

Tanpa Pakatan Rakyat, Aziz Bari hanyalah pesara kerajaan yang berharap kepada pencen untuk hidup.

Aziz Bari menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Aziz Bari mungkin layak dari segi akademik tapi dari segi politik, dia tidak ubah seperti budak baru belajar berjalan. Bagaimana dia mahu berjaya dalam politik kalau sudut pandangnya terikat dengan akedemik semata-mata.

Bodohnya Strategi PKR ?.

Karpal Singh, N Surendran,R Sivarasa,Sankara Nair...dan segudang lagi peguam-peguam hebat negara ini pasti akan datang berlari bila-bila masa Datuk Seri Anwar Ibrahim petik jari.

Soalnya...bodoh ke semua mereka ini?

Jawabnya tentu tidak.

"Hello..bro..why make a donkey statment ",Itu antara reaksi sinis berlegar sana sini yang boleh kami tolong sampaikan kepada Surendran yang tidak lama dulu dapat jawatan Naib Presiden PKR secara percuma yakni dilantik.

Peguam hebat ini Sabtu dakwa kenyataan salah seorang anggota trio Datuk T ,Datuk Shuib Lazim di Utusan Malaysia Jumaat cabar Anwar lantik pakar forensik antarabangsa buat analisis keatas video seks sebagai cubaan jelas untuk wujudkan asas bagi penyebaran video seks yang direkacipta untuk cemar imej bosnya.

Seperti biasa lagi dan lagi dia melalak ini adalah taktik UMNO yang sangat memalukan.

Jangan lupa dia juga sudah naik pangkat pandai-pandai jadi hakim sendiri dakwa video seks yang disebar kebelakangan ini tidak dipercayai ramai di negara ini dan tidak perlu Anwar adakan ujian forensik seperti dicabar oleh Shuib.

Mahkamah mana yang sudah putuskan lelaki dalam video itu Anwar atau bukan Anwar?

Inilah yang dikatakan undang-undang stail 'buat bodoh' PKR.

Budak sekolah darjah satu pun tahu cara yang terbaik untuk ajar kalau orang buat fitnah...SAMAN.

Kalau Surendran tidak faham Bahasa Melayu...terjemahan dalam Bahasa Inggeris ialah SUE.

Bukankah Anwar kebelakangan ini sibuk saman Utusan Malaysia dan segala macam orang lain.

Jadi kenapa dalam bab satu ini kecut,takut dan cuba berselindung di sebalik segala macam alasan.

Siapalah sangat Shuib atau Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau Tan Sri Rahim Thamby Chik yang sah dan secara terbuka mengaku mereka yang sebar video seks pertama dulu kalau nak dibandingkan dengan status mereka sebagai barisan peguam yang digeruni di negara ini.

Lagi pun bukankah Datuk T dengan rela hati pagi petang siang malam tertunggu-tunggu saman dari Anwar yang sampai hari ini tak kunjung tiba.



Lainlah kalau mereka berpeluh terketar menyorok dalam kelambu takut terima surat saman Anwar sampai.

Bukan setakat itu ketiga-ketiganya sudah bersumpah dalam masjid untuk buktikan tidak main-main dalam soal dakwaan ini.

Maka lojik akal bertanya.....siapa yang takut dan penakut sekarang?

Mengambil kira perumpamaan berani kerana benar..takut kerana salah...baik Anwar ,Surendren dan geng peguam hebatnya tidak perlu merasa bengkak jika ramai dan semakin ramai yang menaruh sangsi dan syak wasangka amat sangat terhadap identiti pelakon lelaki dalam video berkenaan.

Kenapa tak berani guna perkataan ...see you in court .

Kalau akhirnya terbukti dakwaan pasal video seks itu tidak betul bukankah ia bonus besar bagi Anwar yang mengidam sangat nak masuk Putrajaya.

Sekali lagi kita bertanya kenapa takut dan penakut?

Apakah ini kerana analisis pakar luar negara sudah sahkan video seks pertama ( di apartmen di KL) itu 99.9 peratus tulen.

Atau apakah mereka sendiri gabra kalau kes ini dibawa ketengah jawabnya ...boleh kantoi.

Melihat pada gelagat mereka yang pusing sana...pusing sini...maka sendiri-sendirilah boleh buat andaian.

Ikut cerita kalangan ex-PKR termasuk yang pernah aktif sejak zaman reformasi 1998 dulu...'buat bodoh' adalah salah satu strategi dalam manual modus operandi mereka bila menghadapi situasi yang menekan begini.agenda daily.

Apa Yang Baguihnya Lim Kroni Nie?.

Lim Kit Siang melakukan provokasi lagi, kali ini dalam perutusan Tahun Baru Cina. Menurut beliau, masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) gagal. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Tindakan Kit Siang membangkitkan soal kekayaan kaum adalah berbahaya. Semua orang tahu bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina antaranya disebabkan percaturan penjajah yang menempatkan kaum itu di bandar-bandar, budaya niaga yang diwarisi sejak zaman lampau selain perpaduan kukuh kaum berkenaan.

Persoalannya apakah wajar ia dijadikan modal politik? Memang banyak persoalan berlegar berikutan kenyataan tersebut. Antaranya, apakah soal kekayaan hanya hak kaum Cina dan mengapa berjanji tentang penguasaan kekayaan untuk satu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan kaum lain?

Ternyata Kit Siang tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP yang membuak-buak untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia menyerlahkan hakikat sebenar bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Awang tertanya-tanya mengapa Kit Siang, 71, masih enggan berundur daripada politik. Zaman beliau sudah berlalu. Suatu ketika dulu, beliau pernah dilabel diktator sehinggakan beberapa pemimpin DAP merajuk dan berundur angkaranya.

Lagipun Kit Siang sudah sukses dalam membina dinasti Lim ekoran perencanaan kronisme yang berjaya menempatkan anaknya, Lim Guan Eng berada di persada kuasa sebagai Setiausaha Agung. Seperti bapanya, beliau akan bergayut dengan jawatan itu untuk puluhan tahun. Anak beranak yang mencorakkan parti itu. Khabarnya dalam diam, sebahagian pemimpin Cina DAP kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng. Awang tidak terkejut jika cucu Kit Siang juga akan diatur untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng.

Tetapi yang beliau tidak akan berjaya ialah untuk memulihkan imej rasis DAP yang makin busuk. Penambahan ahli Melayu dalam parti yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat, tidak akan mengubah apa-apa.

Realitinya, majoriti Melayu tetap menolak DAP biar apa topeng yang dipakai. Hanya segelintir Melayu sahaja yang boleh diperkuda.

Kit Siang dan Guan Eng tidak ikhlas menerima ahli Melayu dan pada masa yang sama tidak percayakan orang Melayu untuk diberi peranan penting dalam parti itu. Lihatlah nasib orang India dalam DAP, yang terpinggir dan menjadi kelas kedua.

DAP apatah lagi ketika era dinasti Lim, tidak akan berubah. Ia akan kekal menjadi parti paling rasis di dunia.
utusan malaysia.

Ostaz Zizan Tak Iktiraf Buku Jinggay Bila Nak Kena Pecat?



Ostaz Zizan nie bercakap seperti tak iktiraf buku Jinggay yang dibawa oleh PKR,Nampaknya Geng Anwar tak tegur atau takut dengan Ostaz tak tau nie???Ostaz Zizan mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa.Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.
"Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain".
Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya. 
“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama.


LGE Tak Buat,BN Cadang Buat Rumah Rakyat?



Kerajaan pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri ini.
    
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah-tanah tersebut.
    
"Satu isu yang begitu mencabar dihadapi oleh bumiputera, penduduk Melayu di Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli?
    
"Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk melibatkan kontraktor dan pemaju tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja terlibat, tetapi kerajaan akan memudahkan pada peringkat permulaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Georgetown.
    
Nor Mohamed yang juga merupakan ahli parlimen Tasek Gelugor berkata perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik.
    
Antara perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat hampir dua jam itu adalah berhubung isu bayaran kontraktor, kursus dan seminar berhubung kerjaya untuk golongan muda dan bantuan yang boleh disalurkan untuk golongan bumiputera di negeri ini.


MKP kata:siapa yang bela rakyat Penang yang tak mampu beli rumah?

Saturday, January 28

Izzah Minta Maaf Pada Kak Ijat?

Gambaq ini menceritakan segalanya-galanya mungkin dah ada ura-ura Parlimen Lebuh Pantai milik mutlak Kak Ijat lepas nie.Jika begini deal mera deal nie mesti ada yang tak kena pada pakatan nie???

Persoalan bermain diminda MKP ialah kenapa izzah bertemu Kak Ijat?????

HIMPUN Sokong JPPUUS,Apa masaalahnya Kepada PAS?

Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menyokong penubuhan Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah bagi mempertingkatkan penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Timbalan Pengerusi Himpun Kebangsaan Abdullah Zaik Abd Rahman berkata jawatankuasa itu penting bagi membendung gejala penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam yang kian berleluasa dewasa ini.

"Himpun menyokong usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk melaksanakan jawatankuasa itu di setiap negeri. Setakat ini Himpun belum buat sebarang tindakan tetapi kami sangat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu selepas menyampaikan pidatonya di Perhimpunan Sejuta Umat 'Selamatkan Akidah' di Dewan Budi Penyayang, di sini, hari ini.

Lebih 3,000 orang menghadiri perhimpunan yang memasuki siri keempat itu.

Katanya setakat ini undang-undang syariah yang sedia ada hanyalah untuk orang Islam, menangani orang Islam yang murtad tetapi bukan untuk orang yang memurtadkan orang Islam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Abdullah Zaik berkata Himpun juga akan menyerahkan memorandum yang mengandungi akta murtad kepada Majlis Raja-Raja dalam usaha membendung gejala ini daripada terus berleluasa di negara ini.

"Memorandum itu telah sedia tetapi belum ada masa yang sesuai untuk menghantarnya, tetapi akan dihantar dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Sementara itu dalam sesi pidato yang diadakan bekas exco kerajaan Selangor yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat segelintir pemimpin dalam Pas yang menjadi parasit kerana menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan ini.

"Saya boleh faham kalau DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang halang untuk hadir perhimpunan ini kerana itu parti campur-campur, tetapi saya tidak boleh faham kalau yang menghalang itu adalah anggota dari bekas parti yang saya pernah sertai. Jadi saudara fikir-fikirkanlah," katanya.

Bagaimanapun Hasan tidak mengulas kenapa Pas menentang penganjuran program perhimpunan sejuta umat itu.

Apa Motif Meloyakini Hantaq Wartawan,Sabotaj Himpun?

Apa kejadah yang meloyakini hantaq wartawan supaya dapat memutaq cerita yang Program HIMPUN tidak berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang,Padahal yang hadir lebih dari apa yang telah dilaporkan didalam Meloyakini.Ternyata mereka telah kantoi dalam melaporkan berita palsu ini.laporan dari DR MIM menyatakan 3ribu hadir dalam program tersebut.

DAP Takutkan HIMPUN Bersebab?


DAP takutkan HIMPUN yang diadakan hari nie kerana penyertaan akan ramai dan seperti satu peperangan akan berlaku.Pengerusi HIMPUN, Dr. Yusri Mohamad dalam ucapannya menyatakan lewat kebelakangan ini timbul kebiadaban penganut agama lain dalam mencabar kemurnian agama Islam. Usaha memurtadkan umat Islam merupakan perkara yang amat dikesali kerana apabila seorang Muslim itu murtad, ia telah menggadaikan bukan sahaja dunia malah akhiratnya juga. Beliau menyeru semua pihak agar tidak mencurigai agenda HIMPUN kerana perhimpunan ini diasaskan atas kesatuan akidah dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi. Beliau juga memberi gambaran suara yang lantang dan jelaslah yang akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Justeru, amat perlu untuk umat Islam berhimpun mencipta paduan suara atas dasar kesatuan akidah supaya penganut agama lain tidak akan berani mencalar kesucian agama Islam


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik mengingatkan pesanan Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan redha dengan orang Islam sehingga orang Islam mengikut jejak langkah mereka. Kedudukan Islam telah dicabar dan pertembungan budaya sedang berlaku dengan sengit dalam usaha musuh-musuh Islam merobek keperibadian dan jati diri umat Islam di Malaysia. Malangnya, masih ramai yang gagal melihat situasi ini adalah sebahagian daripada perancangan rapi musuh-musuh Islam dan hanya menganggap apa yang berlaku adalah kisah-kisah terpencil yang bersifat individu. Beliau menggesa umat Islam menjaga sensitiviti keimanan dan jangan sekali-kali bacul membelakangkan sensitiviti keagamaan semata-mata untuk kepentingan politik.

LIVE : HIMPUN Rakyat Penang Serbu Kompleks Budi Penyayang Kepala Batas


Pertemuan ini memberi peluang untuk berkongsi idea dan pendapat berkaitan isu permasalahan umat seperti agenda murtad dan Kristianisasi.
Para Mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.Dalam pertemuan bermakna ini, para Mufti yang hadir menyatakan persetujuan menyokong objektif dan agenda yang dibawa oleh HIMPUN selagi mana HIMPUN terus menolak usaha Kristianisasi dan gejala murtad yang semakin sukar dikawal dan membimbangkan ini.

Anwar Menjadikan Isreal Sebagai Rakan Kongsi?


kalau dah dasar suka mengadaikan maruah negara inilah sikap yang harus diketahui oleh rakyat malaysia. Gerakan kempen 'Gay Tourism' yang dilancarkan sejak dari Julai 2010 telah menjadikan ibu negara Israel ini sebegai hub terbesar bagi golongan homoseksual di mana pasangan gay boleh bergerak bebas dan berkucupan dikhalayak ramai.
Kempen penjenaam yang dijalankan disokong dan dibantu dengan bantuan dana oleh kerajaan agar Tel Aviv muncul sebagai destinasi utama bagi pelancongan golongan homoseksual di Asia Barat.
Kerajaan Tel Aviv memperuntukkan kira-kira USD100,000 (RM310,000) sebagai bajet pemasaran antarabangsa bagi menjalankan kempen pelancongan gay ini secara agresif. Pegawai kerajaan menganggarkan ketibaan berpuluh ribu pelancong gay di Israel dalam melonjakkan lagi pendapatan melalui sektor pelancongan.
Pegawai Kementerian Pelancongan, Pini Shani menyifatkan pelancong gay berpotensi besar dalam mempromosikan Israel sebagai hub terbesar golongan homoseksual dan melantik pelancong ini sebagai duta muhibbah bagi Israel.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.
Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.
Lapor portal itu lagi, walaupun Ketua Umum PKR itu menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwarjuga berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.
“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya
AIDC

VIDEO PANAS : HARRDORE PAS FELDA TELOI TIMUR MASUK UMNO.


Nampak sangat yang puak - puak Parti Angguk Saja tu sekarang ni berada dalam keadaan yang cukup genting. Semuanya bukan salah perjuangan dan dasar parti tu.

Tinggal lagi, diorang ni terlalu percayakan kata - kata Si Ketua Penipu dan juga konco - konconya yang sememangnya TAMAK dan GILA KUASA.

Punya kemaruk nak jadi Perdana Menteri, sanggup mereka lakukan apa sahaja. Malah sampai sanggup menghalalkan Si Peliwat ni untuk jadi Khalifah mereka.

Itu pun diorang masih nak nafikan lagi. Masih lagi diorang nak tipu rakyat dengan mengatakan yang PAS tidak terkesan isu pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali.

Pun diorang nak kata yang isu tu hanya memberikan kesan yang kecil? Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam diorang. 

Diorang pecat Dr. Hassan Ali pun bukan sebab nak menegakkan syiar Islam. Sebaliknya, mereka pecat sebab Hassan Ali tak sokong Si Peliwat serta perjuangan dia yang KOTOR!!! Kalau dah Haram tu, Haram la jugak!!! Jangan suka - suka kata Halal pulak!!!


Baca MKP dedahkan sebelum ini KLIK DISINI

Friday, January 27

Sapa Punya Kerja Nie?


Sapa yang dok penipu pasal surat yang ditunjukkan oleh Malik Itik semalam,Depa nie kadang-kadang boleh membuat pasal dengan membuat Provokasi bagi menjahanam Program yang telah dianjurkan oleh pihak Himpun.eloklah Pengerusi Himpun dah wat penafian,kita tunggu apa pulak kata Malik Itik.
Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menafikan mereka mengeluarkan surat yang didakwa menggunakan tandatangan palsu anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Abdul Malik Kassim.
Pengarah Urusetia Himpun negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana masjid.
"Kami tidak perlu mengeluarkan surat untuk mengajak umat Islam menghadiri perhimpunan ini. Sudah sebulan kami gunakan segala 'networking' yang ada untuk menguar-uarkan Himpun ini.
Beliau juga tidak tahu siapa yang mengeluarkan surat terbabit yang dikatakan ditandatangani Abdul Malik selaku  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang. 
Perkara itu dilapor sebuah portal berita yang antara lain menyebut surat tersebut memaparkan logo kerajaan negeri dan disebarkan kepada jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri Himpun yang akan diadakan di Kepala Batas, esok.
Abdul Malik yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung sebelum ini menafikan beliau mengeluarkan surat terbabit dan telah membuat laporan polis semalam. 
Mengulas mengenai Himpun esok, Mohamed Hafiz berkata jumlah orang yang hadir tidak penting asalkan matlamat untuk mengembali dan memantapkan akidah umat Islam tercapai.
Lebih 10,000 orang dijangka hadir esok dan bekas anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah yang akan berucap pada perhimpunan yang bertemakan "Selamat Akidah" itu.

Inikah video seks di Thailand yang didakwa 'lebih dahsyat'...?


Pada September tahun lalu satu klip video  'pemanas badan' yang sejenak tunjuk seorang lelaki memakai robe dalam bilik hotel tersebar di internet.Namun hingga sekarang kliip penuh aksi berkenaan masih belum muncul.
Al-kisahnya video itu yang didakwa satu lagi aksi  melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikatakan dirakam di Bangkok Thailand.
Agendadaily selepas itu menyiarkan pengakuan seorang blogger tempatan yang mengaku sudah menonton video penuh aksi di Thailand itu.Dakwanya ia melibatkan dua orang wanita dengan seorang lelaki.
Trio Datuk T yang mendedahkan viudeo seks pertama di sebuah apartmen di Kuala Lumpur ' tak berbunyi ' apa-apa selepas penyebaran klip sejenak itu.
Namun isu video Thailand itu pasti hangat balik ekoran kenyataan salah seorang anggota trio Datuk T yakni Datuk Shuib Lazim  pada Utusan Malaysia Jumaat bahawa  beliau sudah menonton video Thailand itu. 
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay ( Datuk Sharzly Eskay Abdullah) . Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Apa yang menarik Shuib mengunakan istilah ' lebih dahsyat ' mengenai video Thailand itu.
Dalam kenyataannya Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Apa yang jelas tertera pada klip sejenak video Thailand ialah tarikhnya 13 Januari 2011.
Shuib juga mencabar  Anwar  melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks (pertama) yang didakwa membabitkanya seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Katanya  sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.AGENDA DAILY.

200 Ahli PAS Tegar Felda Teloi Timur Masuk UMNO.

Sebentar tadi berlangsung majlis penyerahan borang kemasukan ahli tegar PAS seramai 200 orang yang telah menyertai parti itu selama 18tahun telah insaf kerana PAS tidak lagi mampu mendukung perjuangan demi memertabatkan Islam sebagai teras perjuangan.Ahli Parlimen langsung tidak mengambil tahu hal ehwal rakyat sekitar Parlimen Sik ini. Ahli Parlimen tersebut Che Uda.Apa kejadah punya MP sampai tak turun kawasan,Bila nak undi baru balik kawasan.Kebetulan ini melibatkan Peneroka Felda Teloi Timur,Sik Kedah. dan pastinya Mazlan Aliman menangis dengan berita ini.

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.

Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada dibiarkan.


Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka. Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.

Siapa Kena Tipu,Siapa Menipu?



Kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyatakan bahawa Laporan Audit Negara 2010 dalam isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) tidak ada menyebut perkataan penyelewengan, kucar kacir dan perkatan-perkataan lain yang menjadi buah mulut masyarakat sejak Oktober 2011.


Jika pembaca semua sedar, ada sebab kenapa MKP tidak begitu memberi perhatian kepada isu berkaitan NFC ini sejak ia mula hangat diperkatakan beberapa bulan lepas.Dari sumber yang diperolehi daripada salah seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bahawa isu NFC ini masuk dalam kategori no case to anwer setelah perbahasan di Parlimen.MKP ingin tekankan di sini ialah, tidak ada perkataan penyelewengan, bermaksud tidak ada penyelewengan langsung.


Tapi dalam masa yang sama MKP ingin mempersoalkan kewajaran Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memberi maklumat salah kepada rakyat, kononnya projek ini gagal disebabkan adanya penyelewengan kerana laporan Audit 2010 mengatakannya begitu?Projek ini mungkin gagal atas beberapa sebab tapi penyelewengan bukan salah satu darinya.  Pada Ketua Audit Negara pula, projek ini tidak gagal tapi ada ‘kelemahan’.


Kalau Rafizi tidak tahu, Para blogger Pakatan Rakyat yang lain sekarang ini kelihatan bodoh di mata masyarakat kerana mensensasikan isu yang sebenarnya bukan isu.Blogger Pro Pakatan bergantung kepada maklumat yang dibekalkan Rafizi tanpa terlebih dahulu meneliti laporan Audit yang tersebut.  Tambahan pula, Rafizi mendapat maklumat dari bekas kakitangan NFC sendiri.  Itu sahaja sudah cukup kuat untuk mereka diperbodohkan mempercayai intergriti maklumat yang dibekalkan oleh Rafizi.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution tampil memberi kenyataan yang sama sekali bercanggah (dengan banyak kenyataan yang dikeluarkan Rafizi sebelum ini) bahawa yang menjadi tumpuan pendedahan PKR sebelum ini ialah NFCorp, bukan NFC!!



Tapi kenyataan Ketua Audit Negara pula membuktikan sebaliknya.  Sudah tentu dalam hal-hal sebegini adalah pihak yang cuba menipu dan ada pihak yang telah tertipu.Dalam kekalutan semua ini, dimana pula kelibat Rafizi dan Zuraidah?






MB Pahang Tak Perlu Layan.

KALAU diturutkan puak pembangkang, 'benang yang basah pun boleh ditegakkan', termasuklah dalam memperkatakan sehingga memberi gambaran buruk tentang projek pemprosesan logam tanah jarang, Lynas bernilai RM2,300 juta di Gebeng, dekat sini.

Di sebalik sekadar 'minoriti lantang' (vocal minority) yang bermatian-matian berusaha mewujudkan persepsi negatif terhadap projek oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. itu, mereka berjaya juga mempengaruhi segelintir penduduk Kuantan khususnya masyarakat Cina.

(Minoriti lantang ialah segelintir individu yang sering meluahkan pendapat mereka kepada khalayak, bertentangan dengan majoriti senyap yang merupakan sebahagian besar masyarakat namun jarang meluahkan pendapat mereka).

Inilah kejayaan mereka yang hendak dipertahan dan dikekalkan, lalu mereka sentiasa merangkakan aktiviti baharu agar 'momentum' yang ada tidak terencat, sebaliknya disemarakkan dari satu tahap, ke satu tahap lain.

Yang terbaharu ialah dengan mencadangkan debat mengenai isu ini dianjurkan, kononnya supaya orang ramai dapat membuat penilaian tersendiri tentang projek yang ditohmahkan sebagai amat berbahaya kepada keselamatan dan kesihatan.

Maka, tidak adalah yang lebih menarik perhatian terhadap debat ini daripada Ahli Parlimen pembangkang dari Kuantan, Fuziah Salleh, menawarkan untuk beradu-debat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob.

Seperti sudah terhidu dengan strategi terbaharu inilah, Adnan yang diminta mengulas tentang gesaan berdebat itu semasa ditemui oleh wartawan pada satu majlis di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), 17 Januari lepas, telah menyahutnya secara positif namun menegaskan;

"Awak sendiri lihat betapa penentang-penentang projek Lynas ini, kita telah pun berikan kepada mereka segala fakta, segala penerangan yang dilakukan oleh pakar-pakar nuklear, pakar radiasi tetapi mereka masih tidak dapat terima.

"Apakah maknanya ini? Mereka ialah golongan yang bersikap tidak peduli apa. Kepada golongan sebegini, kita boleh berikan segala penjelasan tetapi jika mereka terus bersikap tidak peduli apa, agama saya sarankan agar kita tidak perlu bertikam lidah, kita tidak perlu untuk memberi sebab-musabab (reason-out) kepada mereka".

Tepat sekali kata-kata Adnan itu, dan beliau sudah tentu tahu apa yang dikatakannya kerana sebelum inipun - lama sebelum projek pemprosesan logam tanah jarang ini menjadi isu sebagaimana sekarang; beliau juga pernah bertemu dan berbalas-balas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan Ahli Parlimen wanita itu.

Hasil daripada itulah yang turut menyumbang kepada keputusan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), membawa pakar-pakar bebas mahupun yang bernaung di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), untuk melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan ke atas projek itu pada Jun lepas.

Akhirnya, pakar-pakar ini memutuskan bahawa projek ini adalah selamat, dan dalam masa yang sama mengemukakan 11 cadangan antaranya mengenai keperluan kerajaan untuk meneruskan lagi kerja-kerja perhubungan atau perundingan (engagement) agar masyarakat dapat faham tentang selamatnya projek ini.

Jika debat yang dicadangkan pula kini ialah bagi memenuhi kehendak untuk perhubungan atau perundingan itu, bagaimanakah dengan begitu banyak sesi perhubungan atau perundingan yang telah dilaksanakan selama ini sejak 2008 lagi?

Antara sesi tersebut, termasuk pada Julai 2009 lagi, apabila taklimat dianjurkan kepada ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat termasuk Fuziah, tetapi beliau tidak hadir sebaliknya menghantar seseorang sebagai wakilnya.

(Dan projek ini hanya menjadi isu selepas akhbar asing - New York Times menyiarkan laporan negatif berunsur fitnah terhadapnya pada 8 Mac lepas (2011), dikutip dan disiarkan sepenuhnya dua hari kemudian pada 10 Mac oleh akhbar tempatan, The Star; dan diburukkan dengan kejadian kebocoran yang berlaku ke atas reaktor nuklear di Fukushima, Jepun hanya sehari selepas itu, pada 11 Mac).

Jika pembangkang asyik melalak tentang keperluan untuk semua pihak mematuhi cadangan IAEA tentang keperluan untuk terus menganjurkan perhubungan atau perundingan tersebut, kenapa pula puak pembangkang tidak mahu menerima dan patuh kepada dapatan IAEA yang sama tentang selamatnya projek ini?

Sebenarnya, debat yang dicadangkan kali ini ialah alternatif puak pembangkang sendiri kepada majlis perjumpaan ala town-hall yang pernah dianjurkan menerusi perantara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kompleks Dagangan Mahkota dekat sini, pada April lepas lagi.

Hanya sempat bertahan selama tiga kali penganjuran, kerajaan negeri memutuskan untuk menangguh kemudian membatalkannya terus, berikutan kekecohan yang ditimbulkan oleh mereka yang hadir secara bebas, kebanyakannya pula dengan pre-judged mind lalu tidak mahu terima apa juga penjelasan yang diberikan.

Belajar daripada insiden pahit tersebutlah, bermula sebaik-baik selepas IAEA membuat pengumumannya pada 30 Jun lepas, sesi-sesi perhubungan atau perundingan kemudian diadakan secara kelompok ke kelompok khusus tertentu dengan yang pertama, melibatkan anggota komponen Barisan Nasional (BN).

Pada perjumpaan yang diadakan di Dewan, Kediaman Rasmi Menteri Besar dekat sini, puak-puak penentang ini tetap datang tanpa diundang, dengan matlamat tentunya untuk mengecohkan keadaan seperti mana di Kompleks Dagangan Mahkota.

Namun, sesudah menyedari betapa mereka sekadar membentuk sekumpulan kecil hadirin dalam kalangan anggota BN yang sudah tentunya lebih ramai, yang boleh puak penentang ini lakukan ialah sekadar diam menikus!

Penulis melihat cadangan puak pembangkang kepada penganjuran debat kali ini ialah kerana mereka ternampak wujud kelemahan di pihak kerajaan yang dilihat terlalu accomodative terhadap apa juga yang mereka kehendaki selama ini.

Sedangkan, apa yang telah dilakukan adalah lebih daripada memadai sungguhpun pada setiap kali juga, kerajaan tentunya sedar tentang taktik licik puak ini yang sering gemar 'mengubah tiang gol' (changing the goal post).

Maka, haruskah kerenah mereka perlu dilayani lagi termasuk dalam memenuhi gesaan mereka terhadap Adnan untuk mengadakan debat, yang pasti tidak akan mendatangkan apa-apa faedah itu?utusan.

Thursday, January 26

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Tak Dapat Sambutan?

Fuhh Jutaan yang hadir memberi sokongan kepada Mansor.

Apa yang dibincangkan oleh depa tue?

Paling ramai pun tak sampai seribu yang hadir.....

Ini baru yang kecil MKP dedahkan,dengan Guan Eng belum lagi.Rumah terbuka DAP tahun nie agak suram dengan pengunjung kali nie.terkenang pulak aura BN yang berjaya mencapai seramai 10ribu lebih bila PM turun ke Tanjung Marina selasa lepas.Apa dah jadi dengan pakatan rakyat nie.Orang Penang dah meluat dekat Lidah bewak nie atau kerana meluat selalu kena tipu.Jika ramai pengunjung sudah pasti lidah bewak pukul canang panggil press kata depa lagi hebat dari BN akan tetapi tajun nie nampak sunyi sepi.Kenapa?????????????????????????????. 

Beranikah PAS Ambil Tindakkan kepada Ostad Zizan.

Beranikah tindakan diambil kepada Ostad Zizan kerana mempertahan AUKU di kedah?Atau depa tunggu arahan dari Puak Anwarinas didalam PAS.Sepatutnya jika mereka memecat Hassan Ali dari PAS kerana kelantanganya bersuara dalam PAS.Tindakkan yang sama patut dikenakan kepada MB Kedah nie.

Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.

“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Kenapa DAP,PKR Dan PAS Serang KR1M?.

Puas hati, murah, dan dapat kurangkan perbelanjaan barang dapur. Malahan layanan para pekerjanya juga adalah mesra pelanggan.

Itu antara pandangan orang ramai berhubung Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang dilancarkan sejak enam bulan lepas.

Kewujudan KR1M dilihat banyak membantu golongan sasar iaitu penduduk di kawasan bandar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan tanpa mengenepikan kualiti barangan.

Setakat ini, KR1M bukan sahaja dikunjungi oleh golongan berpendapatan rendah, malahan oleh pelbagai golongan yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah.

PANDANGAN PENGGUNA

Bagi pegawai bank, Halim Harun, 47, dari Taman Melawati, Gombak, beliau memilih KR1M untuk membeli barang keperluan setelah membuat perbandingan harga di beberapa buah pasaraya.

Beliau yang mula mengunjungi KR1M di Pasar Wangsa Maju, Seksyen 4 sejak tiga bulan lepas berpuas hati dengan harga barangan yang terdapat di kedai KR1M terutama harga beras yang lebih murah berbanding pasaraya lain.

"Sebelum ini saya banyak membaca komen yang negatif tentang KR1M, jadi saya datang sendiri untuk melihat sejauh mana kebenaran tersebut dan kali pertama saya menjejakkan kaki datang ke sini, saya terus suka.

Membeli sebanyak dua kali sebulan di sini, beliau berkata barangan KR1M lebih murah antara 10 dan 30 peratus antaranya buah laici dalam tin, sardin dalam tin, air mineral, sabun pencuci, beras dan banyak lagi.

"Kami sekeluarga dapat mengurangkan perbelanjaan barangan dapur sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding sebelumnya," katanya.

Secara keseluruhan, beliau amat berpuas hati dengan apa yang terdapat dalam KR1M termasuk layanan mesra yang diberikan oleh pekerja di KR1M yang sangat membantu ketika membuat pemilihan barang.

"Seharusnya KR1M dimanfaatkan pengguna memandangkan peningkatan kos sara hidup masa kini, kerana kita tahu banyak keperluan lain harus diutamakan seperti pendidikan anak," katanya.

KUALITI TIDAK MENGHAMPAKAN

Seorang lagi pengguna, Tan, 40-an turut mengakui harga yang terdapat di KR1M jauh lebih murah berbanding yang terdapat di pasaraya dan kualitinya juga tidak mengecewakan.

Beliau, yang tinggal di Setapak, sanggup datang ke kedai KR1M Wangsa Maju dengan menaiki bas setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur.

"Untuk barangan produk KR1M memang murah berbanding yang dijual di pasaraya, bagi barangan biasa yang bukan jenama KR1M, harga yang ditawarkan di sini lebih kurang sama dengan harga yang terdapat di pasaraya," katanya.

Mana mungkin untuk mendapatkan kualiti yang sama seperti barangan yang terdapat di pasaraya besar, namun jenama KR1M tidak seteruk yang disangkakan dan ia sesuai dengan harga yang ditawarkan, katanya.

"Saya biasa beli dalam kuantiti yang banyak tiap bulan, memang jimat. Kalau barang makanan dalam tin, tak jauh beza rasanya, macam sardin. Beras pun memang saya beli di sini sebab murah dan rasanya pun sama," katanya.

"Jika di pasaraya harga beras 10 kilogram dalam RM25 lebih, tapi di sini, RM18.90 sahaja dan paling mahal pun RM22," katanya.

"Saya akui perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dan sebagai seorang pelajar, saya harus berjimat cermat untuk memastikan ia tidak melebihi bajet. Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana melahirkan KR1M yang banyak membantu kami semua terutama pelajar seperti saya," Ujar Khairul Azwan, 24 tahun.

BOLEH DIPERBAIKI

Bagaimanapun usaha untuk membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah itu masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

Menurut Linda, yang ditemui di KR1M Bandar Tun Razak, banyak barangan yang telah habis lambat diganti dengan stok baru.

Beliau yang datang untuk membeli sardin, tidak dapat berbuat demikian kerana ketiadaan stok.

"Selain itu saya dapati, di KR1M Bandar Tun Razak ne, stoknya agak kurang dan ini juga menyebabkan ramai penduduk di sekitar kawasan flat berhampiran tidak membeli di sini," katanya.

Namun, katanya, langkah membuka kedai KR1M di lokasi yang sesuai terutama di kawasan penduduk berpendapatan rendah sangat baik dan ia harus diperbanyakkan untuk membantu meringankan beban rakyat, katanya.

PENGGUNA BUAT PILIHAN

Bukan hanya golongan berpendapatan rendah, malah beban dari peningkatan kos sara hidup terutama kenaikan harga barang keperluan harian turut dirasakan oleh golongan pertengahan.

Mengatur perbelanjaan dengan berjimat cermat termasuk membandingkan harga yang lebih murah adalah cara terbaik menangani peningkatan kos hidup, menurut Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata pengguna perlu mengambil peluang yang diberikan kerajaan melalui KR1M untuk mengurangkan perbelanjaan kos barangan dapur.

"Pengguna harus memanfaatkan KR1M dan jika mereka berbelanja secara berhemah di sini, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan 20 peratus perbelanjaan dapur setiap bulan," katanya

Bukan sahaja baik untuk pengguna, ia adalah jalan terbaik untuk menghapuskan peniaga yang menjalankan penipuan termasuk menjual barang yang tidak elok serta tiruan, kerana di KR1M barang-barang dinilai dan dipantau terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna.

Mengulas isu kualiti, beliau berpendapat pengguna harus memahami, kualiti yang dijual tentunya tidak sama dengan yang dijual di pasaraya, namun pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk membeli yang berjenama lain dengan harga yang lebih mahal atau jenama KR1M dengan harga yang lebih murah.

"Sebab itu saya katakan pengguna harus bijak menggunakan kuasa mereka. Jika mereka berkemampuan, mereka boleh beli yang di pasaraya, namun jika mereka rasa tidak mampu, boleh memilih barangan KR1M. Namun bila sudah murah, janganlah kita mengharap kualitinya seperti barang yang mahal, tentu ada perbezaannya," katanya.

Nadzim berharap, barangan di KR1M akan diperluaskan kepada jualan barang-barangan basah seperti ikan, ayam, buah-buahan atau sayur-sayuran agar rakyat benar-benar mendapat manfaat.

"Saya juga mahu cadangkan agar kerajaan tentukan bekalan barang keperluan seperti minyak, tepung, yang dijual di KR1M dikekalkan harganya. Sekiranya KR1M boleh import sendiri barang-barang keperluan tanpa orang tengah ia lebih baik dan sudah tentu harga yang dijual jauh lebih rendah lagi," katanya.

Selain itu, beliau berharap pengguna sentiasa menggunakan saluran yang betul sekiranya ada sebarang aduan melalui persatuan pengguna termasuk PPIM.

INISIATIF KERAJAAN

KR1M yang pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Jun lepas berkonsepkan kedai runcit yang menjual barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dan dipek dengan jenama "Kedai Rakyat 1 Malaysia".

Setakat ini, terdapat 250 jenis barangan yang dijenamakan dengan jenama ini dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

"KR1M dibangunkan dengan konsep menjual barangan keperluan pada harga rendah tanpa mementingkan jenama barangan, namun kualiti barangan tetap diutamakan. Harga barangan yang dijual di KR1M ditetapkan antara 30 peratus dan 50 peratus lebih rendah berbanding jenama popular lain," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan itu berdasarkan kemampuan dan keperluan.

Untuk memastikan kualiti barangan yang dijual di KR1M terjamin dan memenuhi standard yang ditetapkan, KPDNKK dengan kerjasama kementerian Kesihatan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa oleh unit pemantauan khas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Negara Kecoh Jika Dasar-Dasar Pro-Bumi Di Tarik Balik



Sebarang langkah tergesa-gesa untuk memansuhkan dasar-dasar pro-bumiputera di negara ini akan mengundang risiko huru hara dan rusuhan, kata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
 
Beliau juga berkata tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia terjejas kerana kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
 
Menulis di dalam blognya Mahathir berkata kaum bumiputera “ masih perlu diberi pertimbangan dalam perniagaan dan lain-lain berasas kepada bangsa mereka,"
 
"Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya?"
 
“Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira,” tambah beliau.
 
Menurutnya lagi, walaupun pertumbuhan Malaysia boleh menjadi lebih dinamis jika tidak berdepan dengan masalah jurang ekonomi perkauman,  hakikat ialah  agihan kekayaan negara yang tidak sama rata boleh mencetuskan ketegangan antara golongan miskin dan kaya.
 
Keadaan sedemikian, tambah beliau lagi akan menjejaskan  pelaburan, dagangan dan perusahaan sehingga menyebabkan pembangunan terjejas.
 
"Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak," tulis beliau lagi dalam blognya.
 
Beliau kemudian merumuskan bahawa adalah lebih baik pembangunan negara terlewat sedikit akibat dasar-dasar itu daripada menanggung kehancuran akibat rusuhan yang berpunca daripada ketegangan kaum.AP

@HishammuddinH2O dan @Shaberyc di Pusat Simulasi Menembak.



Semalam di Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyebut bahawa Kementerian Dalam negeri (KDN) dan KBS telah mencetuskan bentuk kerjasama baru dan tidak lagi bekerja di dalam silo masing-masing. Penekanan pada lawatan semalam ialah mengenai Rela. Kebetulan Rela menyambut ulang tahun ke-40 pada tahun ini. Dengan penghapusan ordinan darurat baru-baru ini Rela yang ditubuh di bawah ordinan itu akan mengalami perubahan dan akan lebih melibatkan golongan muda. "Pendekatan kita bukan demonstrasi, bukan tanam kebencian. Tapi kita lihat belia hari ni sebagai stakeholder masa depan."

Datuk Seri Hishammuddin menyebut bahawa pada masa depan akan latihan di pusat ini boleh melibatkan JPAM, Rela, AADK dan Crime Awareness Team (CAT). "Saya juga mahu PDRM melihat bagaimana pusat ini dapat dimanfaatkan oleh mereka juga kerana ia boleh menjimatkan banyak kos berbanding pusat latihan biasa." 

"Polis Korea punyai lebih 40 pusat sebegini. Bila kita tengok sendiri simulasi yang ada di pusat ini, baru kita tahu betapa sukar anggota polis kita menghadapi keadaan. Mereka yang tuduh polis macam-macam, tidak alami keadaan sebenar bila diletak dalam situasi - tembak atau dibunuh." 

Perdana Menteri akan rasmikan tempat ini nanti dan pada 28 Januari ini PM akan bersama-sama dengan Rela meraikan 40 tahun kewujudannya membantu rakyat di negara ini. Cabaran masa dahulu yang ditangani oleh Rela perlu disesuaikan dengan cabaran semasa. Rela mempunyai banyak potensi untuk menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang penting dalam negara ini.

Menjawab soalan ISU KEMALANGAN mengenai cadangan untuk penjarakan pesalah, Datuk Seri Hishamuddin menyebut bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah di bawah kuasa kehakiman. Jika boleh mengurangkan jumlahnya (kemalangan), ia perlu dikaji secara mendalam dan PDRM sedia untuk bekerjasama. 

Mengenai Strategi Blue Ocean - Beliau menyebut bahawa tiada persaingan di antara kementerian. Sebaliknya ia adalah mengenai pendekatan di luar kotak. Misalnya, usaha biasa sebelum ini, Ops Sikap hanya melibatkan polis. Tetapi sekarang pendekatan berbeza, iaitu dengan memberi kesedaran kepada anak muda, dengan melibatkan juga KBS dan Rela. Begitu juga dgn kerjasama tentera, polis, RELA dalam Omnipresence bagi turunkan kadar jenayah. Ia diakui sebagai berjaya dan Ketua Polis Negara menerima jemputan Arab Saudi untuk kongsi pengalaman 2 tahun dalam Blue Ocean. tun faisal dot com

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive