Monday, January 16

Anwar Berang Gay Philipina Sokong Saiful?




Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

1 comment:

  1. Syabas kepada Persatuan Gay di Filipina. Kita haruslah menyokong sesama
    homo cun
    memandangkan di Malaysia ini homo cun macam kita ini puak minoriti.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.