Mungkin niat awal Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menjadi ikon demokrasi khususnya kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sedunia, namun apabila rakaman wawancara BBC itu tersebar kepada rakyat Malaysia, lain pula impaknya.
Setelah menerima kritikan daripada tokoh agama, seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, barangkali Anwar mula menyedari senjatanya sudah makan tuan.
Anwar menjawab, “Jangan diperdaya umno! Baca”.
Walaupun Anwar cuba mengalih isu itu kepada UMNO, namun ia belum lagi dapat memuaskan hati pengikut twitternya.
“Dato Seri dikatakan menyokong homoseksual seperti diwar-warkan dalam tv3″, kata @lacoste_sdk kira-kira 16 jam lalu.
Seperti jawapan sebelumnya, Anwar berusaha lagi mengalih isu dengan berkata, “Jangan layan fitnah umno”.
Jika dibaca dari segi maksud jawapan Anwar itu, bermakna beliau tidak akan melayan isu berkaitan dengan wawancaranya dengan BBC, 12 Jan lalu, dengan harapan isu ini akan reda sendiri selepas ini.
Namun, bacaan itu salah kerana satu jam lalu Anwar sekali lagi menghantar twitter berbunyi, “Blog: Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO: –Kenyataan Media Untuk Edaran Segera — 17hb Jan”
Kenyataan media ‘untuk edaran segera‘ itu dibuat oleh YB Hj Ahmad Kasim, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang merangkap Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat.
Intipati utama kenyataan media itu adalah menjawab wawancara Anwar di BBC yang disifatkan ‘fitnah jahat media UMNO’.AIDCNEWS
senang betul hidup nuar ni. sikit2 fitnah UMNO, sikit2 UMNO salah. dia sendiri yang punya angkara salahkan orang lain. 2 x 5 le nuar ni dengan jijah. pasangan yang memang padan. macam pinang di gelek truck.
ReplyDelete