Setiap cabang PKR di seluruh negara telah dikerahkan dan diarahkan oleh Azmine Ali agar menghantar sekurang-kurangnya 100 orang ahli pada 9 Januari 2012 ke Kuala Lumpur. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi menunjukkan solidariti serta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetahui nasibnya setelah perbicaraan liwat yang paling panjang dalam sejarah Malaysia diketahui keputusannya pada hari itu.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar penganjur demonstrasi Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) agar menarik semula hasrat mereka untuk menghimpunkan orang ramai di pekarangan Mahkamah Tinggi dan di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Agak menarik apabila modus operandi PKR yang diketuai oleh Azmine Ali, tidak lagi menggunakan blog mahupun Facebook, sebaliknya menggunakan Twitter dan BBM.
Dalam arahannya, Azmine Ali meminta agar ahli-ahli PKR yang hadir untuk menggemparkan pihak berkuasa dan menggertak hakim Mahkamah Tinggi agar datang secara bersendirian sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Mereka tidak digalakkan berkonvoi bagi mengelakkan pihak berkuasa mudah mengesan serta menangkap atau menghalang kemasukan ke Kuala Lumpur.
Tempat pertemuan adalah di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012, jam 7.00 pagi. Kesemua PKR Negeri turut diarahkan agar mendapatkan sokongan daripada PAS dan DAP untuk menghantar ahli-ahli mereka seramai mungkin ke pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.
MKP kata:depa pakat dok gempak kata 1juta rakyat akan mai pada hari pengadilan terakhir nie.Macam jugak depa kantoi dengan Bersih 2.0.Gunalah apa saja taktik akan diketahui juga akhirnya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.