Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.
Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.
"Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.
"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.
Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.
Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.
"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.
"Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitua sahaja," katanya.
Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.
Dianya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.
"Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.
"Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya.
Isnin lalu Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya pada 2008 atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa.mstar online
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.