MKP tertarik dengan apa yang dijelaskan oleh Kamal Affandi Hashim yang merupakan penganalisis jenayah mengenai perhimpunan yang dijangka diadakan pada 9 Januari 2012.Fakta yang jelas mengenai provokasi yang bakal dilakukan oleh penjilat anwar akan lakukan untuk mencemarkan nama baik pihak polis.
Anwar Patut bertaubat kata Karpal Singh.Perhimpunan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirancang diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini esok dipercayai hanya akan disertai oleh kumpulan penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.Menurut sumber PKR, hanya mereka yang menyokong Azmin begitu komited untuk menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 itu.Ekoran itu difahamkan, penganjur perhimpunan tersebut kini bertungkus lumus untuk memujuk para penyokong dan ahli Pas bagi menyertai perhimpunan berkenaan.Difahamkan penyokong Pas juga keberatan menyertai perhimpunan tersebut kerana beranggapan ia lebih kepada isu moral Ketua Pembangkang itu yang menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Malah seorang pemimpin Pas berkata, sokongan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak jelas kerana ia bukan bersifat arahan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.