Tuesday, January 3

DR.Badrul :Lawak Terbaik Menjelang 901.



Lawak sungguh firasat Dr. Badrul. Bagaimana 'ulama' PKR ini tergamak membuat kenyataan yang memperlihatkan daya taksub kelas pertama sedangkan yang digambarkan itu penuh dengan masalah integriti atau kewibawaan. Sayang, ilmu yang dimilikinya, kelulusan yang didapatinya tidak seimbang dengan kenyataan yang dibuat.


Kalaulah dikatakan Anwar memiliki faktor penyatuan umat, kerana cita-cita peribadinya untuk sampai ke Putrajaya, umat Islam berpecah dan umat Malaysia terjebak dalam sengketa. Ramai kawan yang dulunya rapat dengannya kini meninggalkannya. Dia tak mampu menjadi faktor pemersatu. Alasan kawan-kawan yang meninggalkannya ialah Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana menghadapi masalah moral yang serius. Anwar membalas dengan mudah dan lazim kepada yang meninggalkannya - mereka sudah dibeli oleh UMNO atau kerajaan.



Ujian yang dilaluinya adalah hasil perbuatannya sendiri. Dia tuduh konspirasi berlaku. Mana bukti konspirasi itu. Apakah mudah pihak polis, ahli perubatan, pakar forensik, pegawai pendakwa, hakim dan lain-lain lagi berpakat untuk melakukan kerja keji dan zalim itu. Kalau ia berlaku lambat laun ia akan pecah juga, "mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia, tidak!"

"Orang itu datang dari Timur". Ini mengingat penulis Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad, pemimpin Arqam mengenai Pemuda Bani Tamim yang bakal muncul datang dari Timur. Apakah Anwar Ibrahim orangnya. Ciri-ciri yang disebutkan oleh Dr. Badrul tidak menggambarkan watak sedemikian. Apakah kenyataan Dr. Badrul sebagai strategi "pemujaan" menjelang 901.

Dia disebut sebagai menghormati prinsip agama. Dr. Badrul tentu arif mengenai isu "kalimah Allah" yang diperjuangkan oleh Anwar yang menyebabkan ia digelar "pluralis" sewaktu bercakap di London School of Economics suatu ketika dulu. Dia juga yang mengambil sikap terbuka mengenai isu pemurtadan di DUMC , 3 Ogos 2011 yang menyebabkan Dr. Hasan Ali semacam dipinggirkan dari memainkan peranan dan Anwar dikatakan berada di belakang penyokong gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kerana kenyataannya tidak jelas.

Dia dikatakan mempunyai ramai kawan seperti Al Gore, Camdessus, George Soros, Paul Wolfowitz, Shaha Ali Reza (teman wanita Wollfowitz), Martin Indyk (bekas Duta AS ke Israel), Michael Danby (MP Australia yang pro-Israel), James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS) dan ramai lagi. Apakah Dr. Badrul tidak pernah mengetahui ini semua. Kasihan!.........................

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.