Sebenarnya ada banyak sebab kenapa DAP kurang mendapat sokongan orang Melayu di negara ini.DAP adalah parti perkauman cina dan pro komunis, kurangnya orang Melayu mengisi saf kepimpinan DAP juga dilihat sebagai penyumbang kepada hilangnya minat orang Melayu untuk menyertai parti itu.
Tapi jangan terkejut jika dimaklumkan bahawa ada juga diantara faktor yang menghindar orang Melayu dari menyertai DAP itu juga berasal dari parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri!!
Yang maksudkan ialah Amanat Haji Hadi pada 1982, dimana amanat tersebut menghukum mana-mana orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir.
Selain dari itu, sebagai parti yang mengamalkan sistem sosialis, DAP turut menerima tempias apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak pencalonan mantan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali di kawasan Parlimen Kota Bharu pada 2004 kerana beliau menyifatkan fahaman sosialis sebagai adik komunis.
Sementara DAP berusaha keras membaiki imej negatif ke atasnya yang dilemparkan oleh seterunya melalui cara tersendiri dengan membawa masuk orang Melayu seperti Arif Sabri, Aspan Alias dan terbaru Hata Wahari, MKP melihat ada keperluan untuk kepimpinan PAS sendiri, terutama Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang sendiri (sebagai pencetus Amanat Hadi) membantu DAP mengikis tanggapan serong orang Melayu ke atasnya.
Patut dicadangkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi mengeluarkan fatwa bahawa orang Melayu yang menyertai DAP tidak kafir atau terkeluar dari landasan Islam.
Fatwa ini perlu diberi publisiti meluas di seluruh negara kerana dengan cara itu sahajalah orang Melayu akan lebih yakin untuk menyertai DAP sebagai wadah perjuangan politik mereka.
Sebaiknya fatwa tersebut dikeluarkan dalam masa sehari dua ini bagi menambah keyakinan di kalangan orang Melayu terhadap parti tersebut.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.