Monday, January 23
Ibrahim Ali Sanggup Masuk Jel.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak kisah jika Kerajaan Negeri Selangor mahu menyaman beliau berhubung kenyataannya mengecam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu portfolio, minggu lalu.
"Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putus, apa yang saya kata mungkin berlaku itu dan ini, salah atau tidak.
"Kalau salah saya masuk jel, tak ada hal. Sudah dua kali masuk tahanan. Kalau kena denda, kalau mampu saya bayar. Kalau tidak, saya muflis. Semua tak ada hal pada saya," kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini menjawab kenyataan Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, petang ini.
Ibrahim dengan nada sindir menjawab, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ha ha, apa pun Tok Him tetap jaguh rakyat."
Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Kerajaan negeri Selangor bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ibrahim yang mengkritik keras keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama negeri itu, minggu lalu.
Faekah berkata, bercakap tanpa iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor.
"YAB Datuk Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.
"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dibuat dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat Pas awal bulan ini.
Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco baru.
Ibrahim pula menambah, komen beliau mengenai pertukaran jawatan portfolio adalah kenyataan biasa apabila ditanya oleh pihak media.
"Sama juga lain-lain pihak yang buat ulasan politik. Tidak ada kena-mengena dengan kedudukan DYMM Tuanku Selangor.
"Bukankah Perkasa yang konsisten membela institusi diraja," katanya sambil menambah, "bila kita beri pandangan, jika Khalid (sebagai) MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku.
"Hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Itu cabaran padanya," katanya.
Wakil rakyat itu menambah, hal beliau dengan Pas ketika pilihan raya umum 2008 adalah atas kerjasama.
"Saya tidak pernah jadi ahli Pas. Kerjasama menang-menang pada waktu itu. Kalau tidak tahu tak payah cakap. Sebenarnya yang mengata saya inilah yang lebih celupar," katanya.
Katanya, jika dikatakan tidak mengenang budi kepada Pas, bagaimana pula Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada satu masa lalu menjadi pemimpin Umno, tetapi sekongkol pula dengan DAP dan Pas selepas dipecat pada 2008.
"Dalam politik tidak ada yang kekal... ia ikut perkembangan semasa. Apa pun, apa kurang perangai pemimpin PKR," katanya lagi sambil mempersoalkan apa hak pihak berkenaan untuk menghalangnya memasuki Selangor. sinarharian.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.