Monday, January 16
Janji Mega Pakatan Rakyat!!!!!
Kesempatan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Alor Setar digunakan sepenuhnya untuk menabur janji-janji pilihanraya dimana ada diantara janji itu kelihatannya agak terburu-terburu dan tidak bertepatan dengan buku Jinggay yang telah dipersetujui pada awalnya.
Memang dalam buku Jinggay ada menyebut tentang penghapusan tol oleh konsesi yang melibatkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tapi nada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolahnya menggambarkan ada maksud tersirat apabila menyatakan bahawa hanya syarikat konsesi yang sudah memperoleh keuntungan sahaja yang akan dihapuskan tolnya.
Dan mungkin Guan Eng terlupa Tol Sg Nyior di Pulau Pinang yang pernah dijanjikan DAP untuk dihapuskan dalam pilihanraya lepas tapi masih beroperasi sehingga kini!!
Nampaknya, jika cakap Guan Eng dijadikan sandaran, penduduk Pulau Pinang masih perlu membayar tol Sg Nyior tersebut sehingga syarikat konsesinya memperolehi keuntungan!!Masih banyak lagi janji-janji pilihanraya terdahulu oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat yang masih ‘tertunggak’ sehingga kini.
MKP suka nak ingatkan kalau ada yang tidak tahu atau terlupa, membuat janji memang mudah tapi lebih sukar lagi untuk melaksanakannya. Ambil penghapusan tol sebagai contoh.MKP difahamkan bahawa masih belum ditetapkan lagi soal pembayaran pampasan kepada konsesi terbabit dan nasib kakitangan mereka kelak apabila tol dihapuskan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.