Tuesday, January 3

Kenyataan Nurul Menyentuh Hati MKP.



Nurul Nadirah Fazmin Narawi, Pelajar Jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia:

“Melihat kembali kepada sejarah Malaysia, YAB Perdana Menteri merupakan diantara individu penting yang bersungguh-sungguh menaiktaraf Institut Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebuah institusi pendidikan negara yang tertua dan disegani kerana berjaya melahirkan ribuan pendidika anak bangsa. Tetapi, tahun 2011 telah membawa kepada titik sejarah hitam UPSI kerana disinilah lahirnya seorang aktivis yang beria-ia mahu menjatuhkn pemimpin no 1 negara.. Apakah kesudahan mereka yang kononnya membawa satu perjuangan kebebasan akademik? Mahu bebas bagaimana lagi? Apakah mahasiswa belajar dalam kurungan ataupun dipenjarakan jika tiada kelas? Melihat apa yang telah berlaku malam semalam di ambang tahun 2012, Saya berasa kesal dan mengutuk perbuatan mereka kerana tindakan mereka tidak melambangkan kredibiliti n rasionalisme seorang mahasiswa. 

Saya melihat mereka (SMM/BEBAS) seolah-olah membina satu momentum kehancuran yang berupaya memecah-belahkan mahasiswa diseluruh Malaysia dengan ideologi perjuangan tidak sihat mereka. Sebagai seorang mahasiswa UPSI ,saya kecewa dengan tindakan mereka (SMM/BEBAS) yang sanggup mencetuskan kontroversi dan mencabuli keamanan kampus serta mencalarkan imej bersih UPSI itu sendiri. Saya tidak tahu dari sudut mana harus saya banggakan dengan perjuangan dan tindakan biadap merek. Molek kiranya jika kita menghayati sejarah UPSI dan mengkaji apakah kesan terhadap masyarakat khususnya dengan tindakan mereka. Saya ingin menyeru Mahasiswa/siswi di seluruh Malaysia menjaga gelaran MAHASISWA itu sendiri dengan baik agar ianya tidak dicemari dengan ideologi politik luar. Berfikir sebelum bertindak agar ia tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diri sendiri. Jangan berbicara tentang politik dan masa depan negara selagi diri tidak istiqamah dalam menimba ilmu".

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.