Tuesday, January 24

Konsep Kesederhaan Pilihan BN Pulau Pinang.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa rakyat menyokong dan mengamalkan konsep kesederhanaan yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan risalah yang diedar pada Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Tanjung Marina di sini, BN negeri dipetik sebagai berkata ia adalah langkah terbaik ke arah memerangi segala bentuk ekstremisme termasuk agama dan ras.

"Walaupun Najib, pemimpin Umno, parti berteraskan ras, namun beliau bertekad untuk memacu gerakan aliran kesederhanaan demi mencapai kestabilan dan kedamaian sejagat.

"Sebagai rakyat Malaysia yang majoritinya adalah pencinta keamanan dan kesederhanaan, kita seharusnya menyokong saranan Perdana Menteri agar laungan kesederhanaan didengar," menurut risalah itu.

Baru-baru ini, pada Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global Najib melancarkan Yayasan Pergerakan Moderat Global dan mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah bagi memupuk sifat kesederhanaan serta kesimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Risalah yang diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin itu diedarkan kepada kira-kira 20,000 orang yang menghadiri majlis anjuran BN Negeri itu.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin BN negeri.

1 comment:

  1. Asmkm...saya telahpun linkkan blog hebat tuan ke blog saya di http://www.tekokopi.blogspot.com Harap tuan sudi linkkan blog saya ke blog hebat tuan..Terima kasih...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.