Kali ini mereka umumkan kepada media yang sekiranya dilaksanakan, pajakan tanah Felda kepada FGV akan menyebabkan Felda mengalami defisit sebanyak RM1.5 bilion.
Saya ingin bertanya, berapa ramai pakar ekonomi, ahli perniagaan yang ada di dalam Anak ini sehingga mampu nampak dan selongkar cacat cela program ini yang tidak dapat dikesan staf, tenaga kerja dan bijak pandai di dalam Felda?
Lebih utama lagi, mengapa kita harus dengar kata-kata mereka yang semua kenal mempunyai kepentingan politik? Apakah tiada kemungkinan slogan 'Demi kepentingan peneroka' ini hanyalah satu lagi permainan politik?
Anak nampaknya mampu membuat telahan sempurna tentang kesan proses ratusan juta ini dengan berpandukan hanya sebuah dokumen yang mereka peroleh.
Perbuatan mereka ini seolah-olah merendahkan kredibiliti tenaga pakar Felda yang bersusah-payah menerangkan dan merancang program transformasi Felda menerusi pelbagai kajian dan perbincangan dengan agensi kerajaan, persatuan peneroka dan bank antarabangsa.
Anak secara tidak langsung cuba mempersoalkan reputasi institusi yang terlibat dan menonjolkan diri mereka sebagai alternatif untuk digunapakai.
Mujur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pantas menjawab tuduhan mereka dan mengingatkan yang Felda juga ada bijak pandainya dan sudah ada perancangan utuh yang untungkan warga Felda, peneroka dan generasi baru.
Saya pasti kemajuan yang hendak dicapai daripada penyenaraian ini sudah jelas kepada semua.
Yang berbaki hanyalah permainan politik emosi sempit yang hanya akan merugikan warga Felda. Saya yakin kita semua cukup bijak dan tidak terikut-ikut sekali di dalam permainan ini.ROSMAN SUKIMAN
Senang ceritelah
ReplyDeleteMazlan Aliman Anak haprak ni asalnya keluarga Felda yang susah. Bila dah senang Mazlan Aliman ni dipinggirkan keluarga untuk dapat hak ke atas tanah 10 ekar milik bapanya Aliman kerana si Mazlan ni tak pandai mengurus tanah sehingga projek tanam semula kelapa sawit ladang bapanya tak menjadi dan dia tuduh Felda tak membantunya.
Dipendekkan cerita, PAS ingin mengembangkan pengaruhnya di rancangan Felda dan mencari pencacai yang sanggup diperlembukan oleh PAS, elaun sebagai pengerusi ANAK akan disumbangkan oleh tokey-tokey peraih sawit DAP yang dengkikan FELDA disamping 10% kutipan duit karung setiap ceramah anjuran bersama fuckatan dan ANAK...
er cuba tanya berapa banyak fulus si Aliman cekau masa ceramah PKR di Felda Palong dan Bera?, dalam beg galasnya ada berapa RM yer, berat tuh...senangnyer hidup dia...