Friday, January 13

Nik Nazmi Hang Jangan Loklaq Dengan Orang Kedah?


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjadi mangsa fitnah PKR kini tampil memberi perjelasan berkenaan isu rumah dan wang zakat.Katanya, isu rumahnya itu sepatutnya tidak berbangkit kerana telah dibeli sejak dari tahun 1994 ketika beliau berkhidmat dalam tentera.
“Saya beli rumah itu dan saya beli masa saya (berkhidmat dalam) tentera pangkat mejar dan saya berhenti tentera (berpangkat mejar jeneral)
“Banyak tahun saya mengalami proses kenaikan pangkat..barulah saya berada di post (pangkat) itu..dan bila saya beli rumah itu..Tuhan bagi kat saya alhamdulillah rezeki..saya beli rumah itu lelong di mahkamah dan saya menang”, katanya dalam sidang media di ibu pejabat Jakim, Putrajaya, 11 Jan.
Menjawab isu dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) bagi pembayaran kos guaman Datuk Che Mat Che Ali, Jamil Khir dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata peruntukan untuk kes-kes guaman memang diluluskan dalam Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Wilayah Persekutuan, 3 September 2009.
Jamil Khir membacakan kenyataan jawapan yang disediakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh bagi menjawab isu tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.
“Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.
“Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam,” 














No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.