Monday, January 23

PKR & PAS Berani Tegur Guan Eng?



Hampir empat tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengusahakan langsung pembinaan satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah. Hanya rumah berkos tinggi dibina.

Rakyat Singapura dikatakan banyak membeli rumah dan hartanah di negeri itu. Harga rumah mencecah antara RM400,000 hingga RM700,000 sebuah di Balik Pulau sahaja.penghijrahan penduduk Tanjung ke tanah besar semakin meningkat akhir-akhir ini. Sebabnya, harga rumah yang menjulang.

Bukan sahaja orang Melayu berkeluh-kesah akan hal ini, kaum Cina pun begitu juga. Mereka pergi mengadu ke pihak Barisan Nasional (BN). Tetapi apa nak dibuat, kuasa di tangan orang lain.

Mengejutkan. Tetapi hakikatnya perlu diterima. Tiada satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina oleh kerajaan negeri DAP dalam tempoh beberapa tahun ini.

Pengakuan itu datang daripada Exco Perumahan parti itu sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) awal tahun lepas.

Soalnya, berapakah jumlah rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina, kalau tidak pun dalam 2009/2010 oleh kerajaan negeri menggunakan dananya sendiri atau melalui anak syarikat dan jabatan negeri.

Exco Perancangan Desa, Perumahan Dan Kesenian, Wong Hon Wai pernah menjelaskan, sejumlah unit rumah dibina tetapi semuanya oleh syarikat swasta.

"Depa bagi '100 Ringgit' boleh tetapi pembelaan kepada orang miskin perlulah dilakukan. Jangan asyik main politik, jangan dok gila heboh ada bajet surplus tapi tak ada pembel aan. Dulu pun kita (BN) ada surplus tapi masih bina rumah kos rendah.

Apabila Pas, PKR takut nak tegur...

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai Pulau Pinang. Antaranya, peruntukan pembangunannya berjumlah RM379.77 juta kepada sembilan jabatan, yang mana perbelanjaan hanya RM225.95 juta atau 59.5%.

Sejumlah lima jabatan, prestasi lebih 90%, dua jabatan prestasi 80% - 89%, satu jabatan prestasi 70% - 79%. Yang paling rendah ialah Pejabat Ketua Menteri iaitu hanya 54.7%. Ini kerana terdapat 23 projek yang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan.

Apa projek-projek itu? Ia melibatkan enam projek pembesaran masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah kos rendah, tiga projek penyesiatan untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang, dua projek membina Mahkamah Syariah serta masing-masing satu projek pembangunan sukan, pembangunan ICT dan projek bekalan air.

Projek di tapak tebus guna tanah di utara Queensbay. Dulu masa BN dah diluluskan satu projek perumahan bercampur, rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi, lengkap dengan sekolah dan masjid.

Sekarang di bawah Lim Guan Eng, Pas dan PKR, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dah hilang, yang ada rumah kos tinggi sahaja... sekolah dan masjid pun hilang juga.

"Tanah tapak masjid Teluk Kumbar telah pun diambil oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tiga tahun lalu tapi tidak wakafkan. Sebaliknya 'dia' letak tanah tersebut di bawah syarikat kerajaan negeri. Tajuk tanah tersebut ialah rumah ibadat.

"Kalau rumah ibadat, ia bukan untuk masjid sahaja. Apa maknanya? Kariah Teluk Kumbar nak minta peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk bina masjid tapi tak boleh kerana tanah bukan wakaf.

Semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu, perkara sebegini tidak pernah berlaku. Kerajaan negeri BN dahulu ambil tanah untuk kegiatan agama Islam sama ada untuk masjid, surau, sekolah agama dan kubur orang Islam. Semuanya terus diwakafkan. Puluhan ekar tanah telah diambil untuk tujuan tersebut. Tidak ada masalah. Semuanya terus diwakafkan.


1 comment:

  1. "Apa projek-projek itu? Ia melibatkan enam projek pembesaran masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah kos rendah, tiga projek penyesiatan untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang, dua projek membina Mahkamah Syariah serta masing-masing satu projek pembangunan sukan, pembangunan ICT dan projek bekalan air.

    Projek di tapak tebus guna tanah di utara Queensbay. Dulu masa BN dah diluluskan satu projek perumahan bercampur, rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi, lengkap dengan sekolah dan masjid.

    Sekarang di bawah Lim Guan Eng, Pas dan PKR, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dah hilang, yang ada rumah kos tinggi sahaja... sekolah dan masjid pun hilang juga."

    KESIAAAAAN...

    KESIAAANNNN...

    KESIAAAANNNNN!!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.