Kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyatakan bahawa Laporan Audit Negara 2010 dalam isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) tidak ada menyebut perkataan penyelewengan, kucar kacir dan perkatan-perkataan lain yang menjadi buah mulut masyarakat sejak Oktober 2011.
Jika pembaca semua sedar, ada sebab kenapa MKP tidak begitu memberi perhatian kepada isu berkaitan NFC ini sejak ia mula hangat diperkatakan beberapa bulan lepas.Dari sumber yang diperolehi daripada salah seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bahawa isu NFC ini masuk dalam kategori no case to anwer setelah perbahasan di Parlimen.MKP ingin tekankan di sini ialah, tidak ada perkataan penyelewengan, bermaksud tidak ada penyelewengan langsung.
Tapi dalam masa yang sama MKP ingin mempersoalkan kewajaran Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memberi maklumat salah kepada rakyat, kononnya projek ini gagal disebabkan adanya penyelewengan kerana laporan Audit 2010 mengatakannya begitu?Projek ini mungkin gagal atas beberapa sebab tapi penyelewengan bukan salah satu darinya. Pada Ketua Audit Negara pula, projek ini tidak gagal tapi ada ‘kelemahan’.
Kalau Rafizi tidak tahu, Para blogger Pakatan Rakyat yang lain sekarang ini kelihatan bodoh di mata masyarakat kerana mensensasikan isu yang sebenarnya bukan isu.Blogger Pro Pakatan bergantung kepada maklumat yang dibekalkan Rafizi tanpa terlebih dahulu meneliti laporan Audit yang tersebut. Tambahan pula, Rafizi mendapat maklumat dari bekas kakitangan NFC sendiri. Itu sahaja sudah cukup kuat untuk mereka diperbodohkan mempercayai intergriti maklumat yang dibekalkan oleh Rafizi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution tampil memberi kenyataan yang sama sekali bercanggah (dengan banyak kenyataan yang dikeluarkan Rafizi sebelum ini) bahawa yang menjadi tumpuan pendedahan PKR sebelum ini ialah NFCorp, bukan NFC!!
Tapi kenyataan Ketua Audit Negara pula membuktikan sebaliknya. Sudah tentu dalam hal-hal sebegini adalah pihak yang cuba menipu dan ada pihak yang telah tertipu.Dalam kekalutan semua ini, dimana pula kelibat Rafizi dan Zuraidah?
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.