Sudah ada pepecahan dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali.
Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.
Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.
Berdasarkan maklumat , antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.
Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.
Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?
Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.
Hal yang sama juga berlaku dalam kontroversi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang. Kilang Lynas tersebut terletak di kawasan Balok, dalam Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai Azan Ismail tapi kenapa pula Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan yang menjuarai isu tersebut?
Mungkin Fuziah diarahkan pucuk tertinggi parti untuk memimpin isu tersebut atas sebab-sebab tertentu, tapi menjadi kehairanan ramai kenapa beliau tidak pernah merujuk kepada Azan Ismail dalam banyak hal terutama yang membabitkan penduduk kawasan sekitar Balok di mana lokasi kilang tersebut terletak.
Sudah tentu bila bercakap tentang hubungan Wan Azizah dan Azmin Ali, persoalannya ‘siapa’ tapi lebih kepada ‘apa’ yang menyebabkan perkara ini berlaku?
MKP kata: Depa nie semua gila kuasa,Tunggu saja benda nie akan meletup?
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.