Lim Guan Eng setelah dibelasah kiri kanan atas bawah berkenaan dengan projek mega Bayan Mutiara agak melalut apabila kononnya memberi penjelasan yang sebenarnya kepada orang ramai. Lim Guan Eng kata.. projek mega Bayan Mutiara ni telus , tender terbuka, takde main nego-nego punya.
Lim Guan Eng kata lagi, IPGB (Ivory Properties Groub Bhd) diberi tender sebab tawaran yang paling tinggi sekali dengan syarat tambahan iaitu mengurangkan tempoh masa pembayaran dari 8 ke 5 tahun . IPGB bersetuju dengan syarat tambahan ini , segala pengumumaan akan di rekodkan di Bursa Malaysia.
Dari rekod Bursa Malaysia yang boleh dilawati di sini . Perkara 2.1.7 antaranya menyatakan bahawa "Pertimbangan untuk pembelian tanah bernilai RM 1,072,203,264 (oleh Ivory) adalah berdasarkaan rundingan di antara Ivory, CMI dan PDC , sebelum 'Letter of Award' di keluarkan " , lebih kurang macam tu la bunyinya kalau dalam bahasa Melayu .. original version kat dalam gambar bawah ni.
Perkara 2.1.8 pulak , menyatakan bahawa lebih kurang 10% adalah untuk pembayaran pertama iaitu berjumlah RM 109,093, 920 . Rujuk gambar di bawah untuk 'payment milestone' yang lain.
Dalam satu kenyataan akhbar pada 18 Feb 2012 , IPGB menjelaskan bahawa tender Bayan Mutiara ni sememangnya tender terbuka, CEO IPGB Datuk Low Eng Hock juga menjelaskan bahawa pembayaran deposit sebanyak RM 22.1 juta dah dijelaskan. Dia sambung lagi ... "bakinya akan dijelaskan mengikut pembayaran yang telah dijadualkan selepas persetujuan pemegang2 saham IPGB dalam mesyuarat luar biasa yang akan diadakan pada 5 March 2012 " , aku translate dari ayat asalnya iaitu ; "The remainder will be paid according to the scheduled progress payment after IPGB's shareholders' approval at the extraordinaray general meeting scheduled on March 5," (sumber)
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.