Tempoh hari, reka bentuk binaan tempat letak kereta di kaki Bukit Bendera didapati tidak sesuai. Petak-petak untuk letak kereta itu disedari hanya sesuai untuk kereta bersaiz Kancil. Itu belum termasuk siling binaan yang rendah.
Akhirnya binaan itu diputuskan untuk diruntuhkan dan dibina baru Ogos ini. Padahal kerja pembinaan menelan kos RM5 juta itu datangnya daripada peruntukan kerajaan Pusat kepada PDC. Tidakkah itu suatu pembaziran?
Itulah antara yang didakwa siri kelemahan slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT) yang diperkenalkan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sejak mengambil alih negeri itu pada 2008.
Demikianlah juga yang berlaku apabila pemaju dibenarkan untuk melaksanakan pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA). Dipersoalkan oleh Barisan Nasional (BN) negeri benarkah ia dilakukan melalui sistem tender terbuka.
Namun pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri itu hilang begitu sahaja.
Dalam lawatan Perdana Menteri China tahun lepas, ketua menteri Guan Eng ambil kesempatan tandatangan MoU dengan satu syarikat China untuk membina terowong dari Teluk Air Tawar, Seberang Perai ke Gurney Drive di bahagian pulau yang akan melalui bawah pelabuhan Pulau Pinang, kita BN negeri juga persoalkan bagaimana syarikat itu dipilih, tidak ada langsung tender, tiba-tiba tandatangan MoU di depan kedua-dua Perdana Menteri (China dan Malaysia).
Ketika baru tiga bulan mengambil kerajaan negeri, Guan Eng mengumumkan pula pencapaian Pulau Pinang sebagai negeri pertama berstatus miskin tegar sifar di negara ini. Namun mesyuarat PAC hujung tahun lepas merumuskan ramai pemilik rumah Perumahan Rakyat (PPR) tidak mampu membayar sewa. Disahkan bahawa keadaan ini disebabkan masalah miskin tegar yang masih ada di negeri itu.
Antaranya, dilaporkan keluh-kesah 20 keluarga miskin tegar di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth supaya mereka tidak dihalau keluar berikutan kegagalan membayar tunggakan sewa (bulanan RM124). Suatu ketika, dikejutkan pula dengan kisah seorang warga emas yang juga ibu tunggal di situ yang hanya bergantung kepada bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM250 sebulan untuk membayar sewa rumah.
DAP Pulau Pinang cuba mengelirukan rakyat negeri itu ialah apabila mendakwa dalam sidang DUN kononnya kerajaan Pusat hanya memperuntukkan RM700 juta kepada Pulau Pinang dari 2001 hingga 2008 padahal dakwa mereka pendapatan dari cukai kastam dan cukai pendapatan di negeri itu sahaja mencecah RM4 bilion setahun. Kalau dalam lapan tahun berapa, dakwa mereka.
Ini satu lagi isu yang cuba dikelirukan kerajaan negeri. Hakikat sebenarnya ialah apa yang penduduk Pulau Pinang dapat adalah lebih daripada kutipan cukai. Cuba kita renung-renungkan betapa banyak projek pembangunan bernilai tinggi berbilion-bilion ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk Pulau Pinang,
Pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan infrastruktur terbaik, semuanya ada di Pulau Pinang. Itu belum lagi dikira jambatan pertama sedia ada sepanjang 13 kilometer dan bakal menyusul dibina, jambatan kedua 24 kilometer yang antara terpanjang di dunia.
MKP ayat power : Ah Beng sulah banyak tipu dan kantoi apa lagi tunggu letak jawatan la!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.