Dong Jiou Zong (Dong Jiou) adalah gabungan 2 pertubuhan akademik cina yang aktif memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sejak sekian lama.
Aktifnya sumbangan Dong Jiou ini begitu hebat sehingga hampir-hampir menyebabkan kekecohan perkauman yang membawa kepada penangkapan besar-besaran ramai orang politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang 1987.
Kebelakangan ini Dong Jiou bukan setakat terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sistem pendidikan venakular sahaja, Dong Jiou juga didapati terlibat dalam bantahan pemindahan penduduk untuk projek Massive Rapid Transport (MRT) di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Dong Jiou kebelakangan ini yang agak keterlaluan dalam memperjuangkan hak-hak sekolah vernakular ini sehingga tidak peduli dengan sensitiviti guru-guru yang hampir 90% daripada jumlah keseluruhan seramai 400,00 orang adalah terdiri daripada orang Melayu.
Baru-baru ini Pengerusi Dong Jiou, Dr. Yap Sin Tian dilaporkan di dalam akhbar Sin Chiew Daily (mukasurat 3) bahawa pertubuhan itu akan mengadakan protes besar-besaran di hadapan bangunan Kementerian Pelajaran berikutan tindakan pihak Kementerian yang menghantar guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin ke sekolah-sekolah rendah cina.
Menurut Sin Tian lagi, “Pada 1987, hanya guru kanan sahaja yang dipegang oleh guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin, tapi sekarang keadaannya begitu teruk dengan guru-guru yang tidak memegang jawatan guru kanan juga dihantar ke sekolah-sekolah rendah cina.”
Kenyataan Dong Jiou ini, jelas berbaur perkauman kerana penulis yakin guru-guru yang dimaksudkan itu bukan dari mereka yang berbangsa cina (sama ada Melayu atau India).
Dong Jiou adalah pertubuhan yang diketahui rapat dengan kepimpinan DAP. Buktinya, pemimpin dari parti itu adalah yang paling teruk terjejas dalam Operasi Lalang 1987.
Di sekolah-sekolah cina sekarang pun, semakin ramai pelajar yang gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik sedangkan itu adalah lebih perlu diutamakan kerana bahasa Melayu ialah matapelajaran wajib untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan utama seperti PMR dan SPM sebelum melayakkan mereka untuk memasuki universiti-universiti tempatan.
Antara punca yang dikenal pasti menyumbang kepada kemorosotan itu ialah, guru-guru yang mengajar bahasa Melayu, mengajar matapelajaran tersebut di dalam bahasa Mandarin!!!
Lagipun, Mandarin bukan satu-satunya dialek cina yang diamalkan negara ini, majoriti daripada penduduk cina negara bertutur di dalam dialek Kantonis, sedikit di dalam dialek Hokkien.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.