Tak salah untuk ikut serta program tue akan tetapi lobang telah pecah dan maklumat ini MKP harus dedahkan kerana kebanyakkan Pemimpin UMNO masih lagi dalam mimpi dan tidak memperdulikan ABU nie sehingga masuk dalam kawasan sendiri masih lagi buat tak tahu dan tak mau ambil tahu!!!!!Kalau bahagian lain MKP kurang la peduli sangat nie dah sampai kat Tanjong.Bukan semua ada segelintir yang bersikap demikian.
Namanya biarlah dirahsiakan dahulu sehingga MKP dapat bertentang mata dengan mamat nie.Hang nak buat onar silakan hingga kita bertemu.
kempen A.B.U yang bermaksud Asal Bukan UMNO yang di jana oleh Pakatan Rakyat. Tujuan kempen adalah untuk menjatuhkan UMNO. Kenapa UMNO? mengapa tidak Barisan Nasional yang menjadi tagline Pakatan Rakyat ?
Adakah kerana UMNO parti tunggal majoriti Melayu didalam BN yang dilihat paling kuat. Atau kerana UMNO parti yang berjaya menyatukan orang bukan Melayu dan etnik di Malaysia. Oleh kerana itu UMNO perlu di tumbangkan.
Yang beria ia untuk menumbangkan UMNO parti melayu terbesar ini adalah terdiri dari Orang Melayu sendiri, Benarlah kata orang lama lama dahulu hanya kayu yang boleh menumbangkan kayu ( hanya melayu yang boleh menjatuhkan melayu).
Mungkin mereka melihat bahawa selagi ada UMNO peluang mereka untuk menguasi negara tidak akan berjaya dan Perdana Menteri dalam simpanan pun tidak akan tercapai cita citanya.
Mengapa Asal Bukan UMNO di lancarkan? mengapa tidak Asal Bukan MCA, DAP,MIC, PAS, KALDAIAN?
Kerana UMNO berjaya menyatukan Melayu, Cina, India dan lain lain kaum pribumi yang lain, Kesemuanya dapat hidup dalam aman damai dalam pelbagai perkongsian, Ini lah yang menyakitkan hati dan mata mereka, terutama Perdana Menteri dalam bayangan mereka yang silap hemat akan menjadi Perdana Menteri Republik River Of Bamboo.
Jelas disini orang yang bencikan UMNO adalah orang yang bencikan Melayu kerana didalam UMNO hanya ada orang melayu, walaupun DS Najib ada menyebut Bugis pun Melayu, Banjar juga Melayu.
Mereka yang bencikan UMNO inilah yang di umpakan sebagai “Kayu yang menebang Kayu”, dan kayu ini sanggup menumbangkan kayu yang lain demi menyokong rakan mereka dari kaum bukan Melayu yang tidak sedar nasib di untung, Kerana UMNO lah mereka ini dapat mengumpul kekayaan.
Oleh kerana mereka ini tahu pepatah hanya kayu yang boleh tumbangkan kayu maka mereka ini mengunakan kayu ini (Melayu PKR dan PAS) untuk menumbangkan UMNO ,mereka sanggup menyerang saudara seagama sendiri hanya kerana kegilaan kepada kuasa dan tamak haluba, mengapa mereka tidak menyerang Barisan Nasional? kerana didalam BN ada kaum Cina dan India yang mungkin terdiri dari saudara mereka dari DAP parti paling rasis yang berselindung disebalik nama Democratik.
DAP dengan bijaknya memperkudakan PAS dan PKR untuk menyerang UMNO dan bukan nya Barisan Nasional. Sesuai dengan syair di atas yang menyebut “Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu”.
Ingatlah orang Melayu di luar sana tiada untungnya jika UMNO diserang, Tidak ada guna jika UMNO direbahkan. Sejahat jahat UMNO, ramai orang Melayu,Cina,India dan kaum pribumi lain yang berhutang budi dengan UMNO. Bukan sedikit jasa UMNO kepada negara Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Oleh itu pertahankan parti keramat ini, pertahankan sampai hujung hayat dan pertahankan walaupun sahingga ketitisan darah terakhir. Jangan kita benarkan musuh musuh Melayu ini merampas kuasa menggunakan kempen ABU yang jelas dijana oleh orang Melayu sendiri yang terbuta sebenar diri diperlembukan !!!.
Jangan biarkan kita jadi abu dan debu, sila jelas dan paham dengan kempen A.B.U yang dianjurkan oleh PKR ini, apa yang tersirat didalamnya, kecuali kita tukarkan dari ASAL BUKAN UMNO kepada ANWAR BOLEH UNDUR demi Agama Bangsa dan Negara.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.