Anda boleh lihat kebodohan Guan Eng bila marah iaitu beliau sanggup cabar syarikat kroni UMNO mengapa tidak masuk tender membida tanah .hahaha. ..
Bila Guan Eng sudah jawab emosi ini, Ir Shaik Hussein yang mencabar Guan Eng sebelum ini dengan relaks je memberi jawapan balas beliau yang pasti memeningkan lagi kepala ketua regim DAP ini .
Salam;
Pemuda Umno Pulau Pinang mengalu alukan jawpan Lim Guan Eng mengenai pembangunan di Bayan Mutiara.Namun begitu jawapan yg diberikan Lim Guan Eng masih tidak menjawab persoalan yg ditimbulkan dan AMAT MENGELIRUKAN.
Pemuda Umno Pulau Pinang inginkan penjelasan Lim Guan Eng sahaja bukannya membuat fitnah.Persoalan baru yg timbul daripada jawapan Lim Guan Eng adalah seperti berikut;
1.Mengapakah hanya dua pemaju mengambil bahagian dalam proses tender tersebut?adakah pemaju lain tidak mampu atau sudah tahu bahawa tiada peluang?
2.Mungkinkah harga yang lebih baik dapat diperolehi jika proses tender RFP dibuat semula memandangkan hanya 2 pemaju yang mengambil bahagian?Ini adalah perkara biasa dalam sebarang proses tender.
3.Pemuda tidak pernah mempertikaikan proses panggilan tender yg dibuat secara tender terbuka,yang dipertikaikan adalah proses selepas itu sehingga ditawarkan kepada pemaju,mengapa tidak telus?Siapa yang menilai tender dan bagaimana penilaian dibuat?
4.Pemuda mahu jawapan konkrit dimanakah tapak masjid dan tapak sekolah dalam pembangunan keseluruhan Queensbay yang telah diluluskan dahulu,bukan dalam pembangunan Bayan Mutiara?Namun begitu pemuda mengalu alukan kenyataan Lim Guan Eng mengenai pembinaan tapak masjid/rumah ibadat dan sekolah dalam pembangunan Bayan Mutiara.
5.Pemuda masih ingin laporan teknikal mengenai kadar harga tanah yg dijual pada harga 240 sekaki persegi yg dirasakan rendah,ini adalah kerana pada mei 2011 Business Times melaporkan bahawa pemaju asal Queensbay, CP Land Sdn Bhd telah menjual 40 hektar tanah miliknya di Queensbay pada kadar harga 420 sekaki persegi,untuk makluman turut dilaporkan bahawa Quenssbay Mall juga dijual kepada Capitamalls Asia pada harga 657 juta,satu harga yg amat tinggi,Pemuda hanya ingin melihat laporan teknikal penilaian tanah dan kaedah penilaiannya,Teluskah Lim Guan Eng untuk mempamerkannya dalam semua akhbar tempatan?
6.Lim Guan Eng telah memaklumkan bahawa pemaju perlu membina rumah mampu milik di PULAU bukan Bayan Mutiara,Kenyataan ini mengelirukan rakyat,boleh jelaskan?
7.Mampukah Lim Guan Eng memastikan rumah mampu milik dibina di pembangunan Bayan Mutiara dan menentukan berapa harganya dan bilangannya?Secara anggaran kasar,jika nilai pembangunan kasar(GDV) adalah 10 bilion,maka 30% daripadanya untuk rumah mampu milik adalah 3 bilion.Jika sebuah rumah mampu milik adalah 100 ribu maka Lim Guan Eng perlu memastikan sekurang kurangnya 30 ribu rumah mampu milik dibina disitu,benarkah pemaju bersetuju dan mampu melaksanakannya?
8.Lim Guan Eng masih belum menjawab mengapakah PDC tidak membangunkan tanah tersebut dengan kepakaran dan pengalaman yang ada?apa gunanya PDC PROPERTIES Sdn Bhd yg melaksanakan banyak pembangunan PDC sebelum ini.
9 Mengapakah perunding Singapura dilantik bagi projek perumahan di Batu Kawan?apa gunanya PDC Consultancy Sdn Bhd yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran.
10.Mampukah Lim Guan Eng menjawab semua persoalan diatas secara Kompeten,Akauntabel dan Telus dengan memamerkannya didalam semua akhbar tempatan tanpa mempolitikkannya.
Pemuda PP hanya inginkan kepastian untuk kepentingan rakyat,
Ir.Shaik Hussein Mydin,
KP UMNO PP
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.