Tuesday, February 7

Guan Eng Bela Penyamun Pulak Dah? @PDRMsia Tolong siasat!!!


Gambaran Perkampungan haram tempat mengedar dadah dan pusat pelacuran haram di Tanjung Bungah. 

Lokasi tempat bermain judi haram sekitar Tg Bungah yang kini menjadi "port" anak muda melempiaskan nafsu mereka.

Maklumat yang telah MKP dapat bahawa JKKN telah meminta peruntukan tiang lampu bagi menerangi perkampungan haram dan diluluskan oleh YB Ahli Parlimen Bukit Bendera.Sikap ini cauvanis DAP terserlah lagi???

KISAH SEDIH KAFE DO-RE-MI  pernah menjadi bualan panas suatu ketika dahulu,tempat diatas hanya 200 meter dari perkampungan haram ini...... 

Kafe Do Re Mi milik Johar Ismail, 31, begitu kreatif dan inovatif walaupun ia hanya menggunakan kayu hutan dan atap nipah sebagai daya tarikan.Kafe Do Re Mi kena dijagai kerana ia menjadi daya tarikan pelancong bukan merobohkan sebagaimana yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila mendapat desakan oleh Pangsapuri Villa Ria yang terletak belakang gerai tersebut.

Bagi Saiful, jika anak muda yang melaksanakan perniagaan bersama isteri tercinta, Nor Irmawati Kamarul, 28, diberikan peluang lebih luas, beliau yakin perniagaan di tepi pantai bercirikan taman bunga, pintu gerbang, kulit kerang yang boleh mencetuskan alunan bunyian bila di tiup angin di samping menyediakan perkhidmatan bot memancing dan tapak perkhemahan dengan harga berpatutan boleh maju sebaris dengan perniagaan yang diusahakan oleh bangsa lain.

Johar Ismail akhirnya terpaksa akur apabila kerajaan negeri merobohkan premis tersebut.kerja merobohkan kafe itu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, polis dan bomba.Ibu mertua Johar dengan linangan air mata berkata: ''Awak semua kejam kerana bersekongkol dengan pakatan jahat. Masa pilihan raya lalu Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) datang jumpa minta kita undi mereka, tapi ini pula balasan yang kami terima''.Johar dan keluarganya akhirnya keluar dari kafe yang dibinanya lapan tahun lalu dengan kos lebih RM200,000.Johar dengan sinis mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana berjaya 'menumbangkan' peniaga Melayu sepertinya dan berjanji akan bangkit selepas ini.

Kerajaan negeri yang memegang prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dengan pemimpin hebat seperti Guan Eng, saya cabar tindakan sama diambil kepada pemilik rumah berdekatan dipercayai membina kawasan tambahan haram.




No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.