Thursday, February 2

Hasan Ali: 'Tsunami baru' boleh tumbang PR.

Sesiapa yang mengikuti dari awal siri jelajah bekas orang kuat PAS, Datuk Dr Hasan Ali tentu sekali sedar bahawa kini wujud momentum baru yang boleh buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS tak senang duduk.
Melihat dari jumlah kehadiran orangramai, aura bekas Naib Presiden PAS itu nyata tidak terhakis dengan segala kecaman yang diterimanya termasuk kononnya jadi alat UMNO sejak dipecat oleh parti yang disertainya 13 tahun lalu.
Bahkan menggunakan platform sendiri Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang disertai oleh kawan-kawan lama beliau dalam PAS dan mereka yang bersimpati dengannya setiap ceramah Hasan Ali mendapat sambutan luar biasa.
Senang cakap kalau PAS dakwa roadshow Dr Hasan tidak memberi sebarang kesan itu tanda mereka cuba memujuk hati sendiri.
Kekuatan Dr Hasan ialah pada kredibilitinya apa lagi dilihat sebagai mangsa percaturan dalaman PAS yang terlalu nak jaga hati PKR dan DAP.
Mereka yang mendengar ceramahnya yang bersemangat dan disampaikan dengan jelas itu dibawa menyusuri kongkalikong pakatan tiga parti yang tidur sebantal mimpi lain-lain itu.
Di Bukit Gantang misalnya, penganjur memberitahu Agendadaily lebih lima ribu orang keluar mendengar penerangan Hasan Ali.“Kita sediakan 10 khemah, 2,000 kerusi penuh, yang berdiri pun ramai, dan kebanyakan mereka orang tempatan yang hadir naik motor saja,” katanya yang enggan dikenali.Di Jalan Kebun, Klang lebih 2,000 hadir.Enam khemah dan 800 kerusi penuh, yang berdiri di sekitar padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu pun ramai. Dianggarkan tidak kurang daripada dua kali anda jumlah yang duduk berkerusi.Ada yang naik motor, tapi kebanyakannya berkereta, sehingga siapa yang lambat kena jalan kaki jauh sebab tempat parking penuh.Dalam siri jelajahnya, Dr Hasan Ali tidak keseorangan dari PAS, beliau ditemani dengan seorang Hassan lagi, iaitu bekas ketua penerangan PAS Selangor Ustaz Hassan Basri.Hassan Basri pun bukan calang-calang pemidato, kalau dengar dari jauh tak tengok muka, gayanya saling tak tumpah macam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Selain itu, Norman Toha, bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor,  yang mengacarakan majlis, lebih berperanan sebagai penganjur dan penyelaras setiap ceramah.Kiranya jentera utama Dr Hasan untuk berkempen dalam siri jelajah ini adalah kawan-kawan lama beliau dalam PAS. Berdasarkan jadual yang disusun oleh SMU, Dr Hasan akan menjelajah seluruh Selangor sehingga hujung bulan Febuari ini.“Setiap malam beliau ceramah, ada hari yang programnya bermula pagi, iaitu majlis penerangan dengan NGO Selangor yang kita panggil Wacana Ilmu.“Ada program yang bermula petang macam majlis Hi-Tea, tapi hampir semua program adalah sebelah malam, meliputi DUN-DUN yang dikuasai PAS seperti Meru, Selat Klang, Sijangkang, Gombak Setia.“DUN PKR kita pergi ke Bukit Antarabangsa, Ijok, Kota Damansara, Taman Medan dan banyak lagi,” kata Norman.Agendadaily berkesempatan melihat kertas jadual program-program Dr Hasan Ali tersebut, yang mana, hari yang dibiarkan kosong hanya Jumaat. Lain-lain sudah penuh setiap nama tempat dan DUN sasaran.Orang kata dari segi mobilisasinya amat terancang, lelah dan senak perut jugalah PAS dan PR hendak counter semua ceramah dalam siri jelajah ke seluruh pelusuk Selangor itu.Sudah tentu isu utama yang disentuh Dr Hasan dalam siri jelajahnya adalah sebab pemecatan beliau dari PAS pada 8 Januari lalu. Pemecatan yang dibuat tanpa pertuduhan dan hak beliau untuk membela diri, katanya.“Tidak ada sekeping suratpun yang dihantar untuk memaklumkan pertuduhan atau jemputan untuk saya menghadiri sesi soal siasat sebelum dipecat,” katanya."Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah…"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai...” katanya dengan retorik yang memukau hadirin.Sebagai bekas orang nombor tiga PAS, pengaruhnya dalam parti tersebut tidak boleh dipandang ringan,. terutamanya di Selangor yang mana beliau merupakan Pesuruhjaya PAS negeri sejak 2004 lagi.Selain kepada ahli PAS,  peengaruhnya juga menyusur juga kepada golongan atas pagar yang selama ini berjinak-jinak dengan parti pembangkang. Golongan kelas pertengahan Melayu, yang suka dengan gaya ceramah motivasi Dr Hasan, yang mengenali beliau sejak di zaman beliau menjadi penceramah Biro Tata Negara (BTN) lagi.

1 comment:

  1. "saya tak meliwat orang"
    hahaha Dato nak kung tow pun agak-agak la. Kesian orang tu.


    Tahniah Dato Hassan. Harap dapat bersihkan PAS. Harap ada sinar baharu dlm PAS (kasi racun itu parasit). Lpas PRU13, mungkin kita akan tengok PAS dan UMNO duduk semeja... ala mcm yg Dato Shahrizat buat tu la... bukan tido sekatil pun! Perpaduan Islam lebih utama...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.