Pengalaman absinthe tak ada, Perjuangan ada la sedikit sebanyak. Nama pun jantan. Kalau jatuh basikal itu pra-syarat bergelar budak lelaki, maka sakit putus cinta itu pra-syarat jadi jantan. Dia punya sakit, macam langgar keretapi.
Tapi Hang, kau hati tengah bunga-bunga. Dalam hati Hang ada Taman Tasik Titiwangsa. Hang, kalau kena langgar lori balak tengah lebuh raya pun, kau bangun balik, ketis debu di bahu dan jalan terus. Macam tak ada apa jadi.
Sebab dalam hati hang ada taman.Hang lari pusing-pusing pokok dengan kekasih kau. Kepala otak kau la nak faham perit sakit hati orang lain bila nak cilok orang punya hasil kerja serta penat lelah, Musibat namanya orang macam nie.Ayat Paling Best hampa tunggu lepaih PRU 13 Selesai melabuhkan tirai.
Hang nie , kalau kena tembak dengan meriam, peluru meriam tu kau tepis. Itu hang la. Hang yang asal datang musibat saja menggelabah tempah restoran. Terkengkang-kengkang lari beli bermacam benda untuk nak bodek pemimpin, balut kotak cenderamata dalam kertas kilat seperti lubuk emas ada disitu.
Hingus meleleh-leleh pergi jumpa proksi nak minta budget 100K konon. Mengharap dapat untung dan mungkin balasan aktiviti ranjang. Atas nama perjuangan. Kau bertuhan duit. Kau sembah hasil dari kerja orang lain. Perjuangan yang hang ada di celah kelangkang wanita. Perjuangan yang mengekek ketawa bila hang termakan pujuk rayu setan. Dan hang gadaikan prinsip perjuangan hang untuk seorang yang sudah tidak punya jati diri sebagai pembela anak bangsa. Demi mengaut keuntungan atas angin . Aku marah orang macam musibat ini.
Perjuangan boleh pergi mati. Perjuangan boleh pergi mampos. Perjuangan boleh pergi telan racun tikos. Perjuangan boleh pergi terjun KLCC. Perjuangan boleh ikat kakinya pada ketulan konkrit, pangku konkrit itu dan terjun dari tepi jambatan Pulau Pinang. Ini macam punya perjuangan penuh musibat kepala toya mak amin. Sial dan celaka untuk yang berhati walang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.